Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:19 PG

:: cina islam | 2011 ::


Munajat 100K bertukar ke Padang Merbok

Posted: 16 Aug 2013 04:54 AM PDT

9 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Himpunan Munajat 100K esok bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman kudeta Mesir terhadap rakyatnya bertukar tempat ke Padang Merbok.


Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pertukaran tempat itu berlaku selepas pihaknya berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan polis Kuala Lumpur pagi tadi.



Himpunan anjuran DPPM bersama parti-parti politik serta badan bukan kerajan (NGO) ini pada asalnya dicadangkan diadakan di Dataran Merdeka.



"Perbincangan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan pihak polis Kuala Lumpur tadi bersetuju himpunan esok diadakan di Padang Merbok dan akan mendapat kerjasama penuh daripada polis dan DBKL," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.



Menurut beliau juga, satu lagi perbincangan akan diadakan dengan pihak polis Dang Wangi petang ini bagi membincangkan pergerakan peserta himpunan esok.



"Kami akan berbincang dengan polis Dang Wangi bagi kelancaran perjalanan program esok," katanya lagi.



Himpunan itu akan diadakan bermula jam 4 petang hingga 9 malam.



Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan beberapa lagi pemimpin dijangka memimpin munajat ini.



Sehubungan itu, penganjur mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk sama hadir memohon doa kepada Allah SWT agar menyelamatkan rakyat Mesir dari tindakan zalim pemerintah pimpinan tentera yang telah merampas kuasa.

Harakahdaily/-

Venue final Piala Malaysia ditukar ke Stadium Shah Alam

Posted: 16 Aug 2013 04:50 AM PDT

9 Syawal 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA: Perlawanan akhir Piala Malaysia pada 3 Nov ini akan diadakan di Stadium Shah Alam dan bukan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) seperti dijadualkan sebelum ini, demikian diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini. 


Ini berikutan arahan Kementerian Belia dan Sukan menutup SNBJ dengan serta merta bagi kerja-kerja baik pulih padang stadium berkenaan yang dijangka bermula selewat-lewatnya awal November ini.


Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah berkata venue perlawanan akhir itu disahkan selepas jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat hampir dua jam dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini. 


Beliau berkata FAM terpaksa memindahkan perlawanan akhir ke Stadium Shah Alam selepas mendapat penjelasan mengenai keadaan padang SNBJ dan kerja-kerja baik pulih daripada Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Ahmad Halmi. 



"Kerja-kerja baik pulih padang SNBJ dijangka dimulakan selewat-lewatnya akhir Oktober atau awal November ini bagi tempoh enam bulan dan hanya boleh digunakan pada Jun tahun depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu. 



Berikutan penutupan SNBJ, katanya, perlawanan Kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Asia 2015 antara skuad Harimau Malaysia menentang Bahrain dan Qatar, masing-masing pada 15 Okt dan 19 Nov ini dijangka diadakan di Stadium Shah Alam. 



Afandi, yang juga naib presiden FAM, bagaimanapun, berkata kata putus mengenai pertukaran venue SNBJ bagi kedua-dua perlawanan itu hanya boleh diumumkan oleh Sekretariat FAM. 
Keadaan padang di SNBJ yang tidak memuaskan dan gagal menepati piawaian antarabangsa itu mendapat perhatian serius selepas pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona FC, enggan menggunakan stadium itu untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Harimau Malaya, Sabtu lepas. 



Pihak penganjur terpaksa menukar venue ke Stadium Shah Alam pada saat-saat akhir bagai memenuhi permintaan kelab sensasi Eropah itu. 



Pada perlawanan tersebut, Barcelona FC mengalahkan Harimau Malaya 3-1. - BERNAMA 

Video serangan terhadap penyokong Morsi

Posted: 16 Aug 2013 12:15 AM PDT

9 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,16 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Sebuah video, yang menceritakan sebahagian suasana pembunuhan kejam pihak tentera terhadap para penyokong legitimasi di Dataran Raba'ah Mesir, kelmarin dimuat naik ke Youtube.


Video yang berdurasi lebih 8 minit itu mengandungi rakaman babak awal serangan, kekalutan di Dataran Raba'ah selepas serangan, suasana kecemasan di Hospital Lapangan serta wajah-wajah mereka yang meninggal dan tercedera.
Ianya juga turut memuatkan suasana perkumpulan jenazah dan mereka yang cedera di tembak, yang ditempatkan di Masjid Raba'ah yang dibakar oleh pihak tentera.

Bagaimanapun, video ini turut mengandungi unsur seram dan ganas dan kanak-kanak di bawah 13 tahun dinasihatkan mendapat pengawasan dan bimbingan ibu bapa.

[LIHAT VIDEO]

Kudeta Mesir cuba padam bukti kekejaman

Posted: 16 Aug 2013 12:14 AM PDT

9 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,16 Ogs 2013

(Jenazah yang sempat diselamatkan dari dibakar dan ditempatkan di Masjid Al_Iman)

MESIR: Kerajaan kudeta Mesir yang dikuasai tentera dilaporkan sedaya upaya cuba memadamkan kekajaman mereka yang telah membunuh ribuan penyokong legitimasi di beberapa kawasan di Kaherah khususnya di Medan Raba'ah Adawiyah, semalam.


Beberapa sumber termasuk Ikhwan Muslimin mendedahkan, pihak tentera cuba untuk menghapuskan bukti dengan sebolehnya menipu angka korban semalam pada kadar paling rendah.

Tindakan terdesak dilakukan bagi mencapai tujuan itu termasuk dengan membakar mayat-mayat penyokong Morsi di Medan Raba'ah semalam selepas menembak mereka.
(Keadaan Masjid Raba'ah selepas dibakar oleh pihak tentera)

Pecubaan kedua, mereka membakar jenazah yang dikumpulkan di tingkat bawah Hospital Awam di Medan Raba'ah semalam.

Di tingkat itu, terdapat ribuan jenazah penyokong Morsi yang terkorban ditempatkan disitu.

Bagaimanapun hanya 350 mayat sahaja sempat diusung keluar dari hospital itu manakala selebihnya hangus terbakar.

Kesemua mayat yang berjaya dikeluarkan itu kemudian dikumpulkan di Masjid Al-Iman, kawasan Makram 'Abid.

Percubaan ketiga pula, pihak keselamatan didakwa enggan mengeluarkan surat kelulusan untuk pengebumian tersebut, dan diubah sebab kematian adalah kerana bunuh diri.

Percubaan keempat, para petugas perubatan di Pusat Nasr diarah mengeluarkan laporan perubatan palsu terhadap mangsa korban di Rabaah.

Pengerusi Kesatuan Farmasi wilayah Qalyubiyah mendedahkan para petugas perubatan di Pusat Nasr ditekan oleh pihak berkuasa agar merekodkan punca kematian penyokong Morsi itu akibat seksaan dalam tahanan, bukan ditembak ketika serangan polis di Rabaah.

Tekanan ini diberikan oleh pihak berkuasa melalui Kementerian Kesihatan kepada anggota keluarga mangsa korban yang ingin menuntut mayat keluarga masing-masing. Sebagai contoh, Rumah Mayat "Zenhom" enggan membenarkan mayat mangsa dikeluarkan sehingga keluarga mangsa menandatangani surat akuan bahawa mangsa mati akibat membunuh diri.

Percubaan kelima, pihak tentera melepaskan gas pemedih mata ke dalam Masjid Al-Iman -masjid yang dijadikan tempat pengumpulan jenazah penyokong Morsi - bagi menyuraikan ahli keluarga mangsa yang sedang mengecam jenazah di dalamnya.

Tindakan tentera itu dipercayai bertujuan untuk mencuri jenazah di Masjid itu bagi mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan bukti dengan mendakwa hanya sedikit yang terkorban dalam serangan semalam.

(Anggota keluarga meneliti senarai nama mereka yang terkorban)

Dalam pada itu, sumber R.N.N menyebut kiraan pertama angka syuhada' sehingga kini melebihi 3,000 orang di seluruh negara sepanjang operasi ketenteraan semalam.

Mereka yang terkorban di dua lokasi utama himpunan iaitu Raba'ah dan Nahdhah sahaja melebihi 2,500 orang.

Lebih 300 orang lagi dilaporkan terkorban di beberapa wilayah lain dalam perhimpunan yang diadakan sejurus pembunuhan di Raba'ah dan Nahdhah.

Di pihak kerajaan kudeta pula, mereka hanya menyebut jumlah kematian hanya ratusan, malah tidak lebih dari 1000 orang.

Mereka pula lebih membesarkan kes beberapa orang polis terkorban dalam inseden semalam.

Insiden Di Surau Kota Tinggi: Pemilik Resort Bebas Dengan Jaminan Polis

Posted: 16 Aug 2013 12:12 AM PDT

9 Syawal 1434 H. [MOD] -

KLUANG: Pemilik resort berusia 45 tahun yang ditahan kerana membenarkan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan dalam surau dibebaskan dengan jaminan polis.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim pada Jumaat berkata, warganegara Singapura itu yang mendapat status permaustatin tetap (PR) Malaysia ditahan reman sejak Selasa.
Polis telah melengkapkan siasatan dan laporan itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri acara Jalur Gemilang peringkat negeri di sini.
Pemilik resort itu turut disiasat kerana mencemarkan tempat ibadat dengan niat untuk menghina agama Islam.
Berita itu mendapat laporan meluas selepas klip video berdurasi 85 saat yang menunjukkan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di sebuah surau tersebar di laman sosial, YouTube.

Gempa bumi 6.8 magnitud gegar New Zealand

Posted: 16 Aug 2013 12:08 AM PDT


9 Syawal 1434 H. [MOD] -

WELLINGTON: Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud menggegar bahagian tengah New Zealand hari ini menyebabkan gangguan trafik dan menyebabkan pekerja pejabat bertempiaran menyelamatkan diri. 

Sebahagian bangunan di sini dikosongkan dan kelengkapan pejabat berselerak. 

Polis berusaha mengesahkan laporan sebuah rumah berdekatan pusat gempa mengalami kerosakan teruk. Tiada laporan mengenai kecederaan. 

Gempa itu berlaku depat bandar Seddon, Pulau Selatan diikuti beberapa gegaran susulan. - AP 

Polis, Bapa Sanjeevan Bertengkar Siapa Yang Harus Simpan Peluru

Posted: 15 Aug 2013 05:42 PM PDT

9 Syawal 1434 H. [MOD] -
Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr Ardi Awang menunjukkan bekas yang mengandungi peluru yang dikeluarkan daripada tulang rusuk Sanjeevan.
SERDANG: Keluarga Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan dan pihak polis bertegang leher siapa yang harus menyimpan peluru yang berjaya dikeluarkan daripada tulang rusuknya di Hospital Serdang pada Khamis.

Meskipun selepas pertengkaran itu berlaku, polis memberi jamiman kepada keluarga mangsa bahawa Bukit Aman akan menyelia siasatan dalam kes berkenaan.
Pengasas MyWatch, S. Gobi Krishnan berkata pihak polis telah memberi jaminan bahawa peluru berkenaan akan di bawa ke jabatan forensik balai polis Cheras.
Sanjeevan masih berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan mengeluarkan peluru selepas 18 hari beliau ditembak.
"Pada mulanya kami telah menghalang mereka daripada membawa peluru (keluar daripada hospital) namun kami diberi jaminan oleh (polis) Negeri Sembilan tidak akan terlibat dalam kes ini.
"MyWatch dan keluarga Sanjeevan telah melawat jabatan forensik untuk memastikan siasatan berjalan lancar," katanya.
Terdahulu Gobi Krishnan memberitahu pemberita bahawa ayah Sanjeevan, P. Ramakrishnan, telah membuat laporan polis di pos polis Hospital Serdang berhubung kehadiran anggota polis daripada Jempol dan Seremban di bilik pembedahan.
"Saya telah membuat laporan meminta Bukit Aman mengambil alih kes anak saya dan saya mempunyai sebab untuk percaya polis Jempol terlibat dalam cubaan mengancam nyawa Sanjeevan," dakwa Ramakrishnan.
Sanjeevan dimasukkan ke bilik pembedahan pada pukul 2.30 petang Khamis untuk mengeluarkan peluru yang tertanam di tulang rusuknya sejak 18 hari lalu.
Doktor membuat keputusan untuk membedahnya selepas beliau mempunyai darah beku di jantung dan paru-parunya yang menyukarkan dia untuk bernafas.

Mungkinkah Ku Li masuk gelanggang tanding presiden?

Posted: 15 Aug 2013 04:35 PM PDT

9 Syawal 1434 H. [MOD] -




Pemilihan Umno Oktober depan menyaksikan nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kembali menjadi perhatian ramai.


Ini kerana sejak 26 tahun lalu, anggota Parlimen paling lama di Malaysia itu yang lebih dikenali sebagai Ku Li adalah satu-satunya ahli Umno yang berani mencabar penyandang bagi jawatan presiden pada pemilihan tahun 1987. 



Justeru, persoalan kini timbul jika Ku Li akan mencabar Datuk Seri Najib Razak di bawah sistem baru yang tidak memerlukan syarat kuota pencalonan bahagian untuk berbuat demikian.



Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir, ketika diajukan persoalan tersebut berpendapat bahawa Ku Li tidak perlu lagi berbuat demikian memandangkan 'zaman' beliau dalam Umno sudah lama berlalu.



"Saya fikir zaman untuk Tengku Razaleigh sudah berlalu. Fasa Umno pada zaman beliau dan fasa pemimpin (seangkatan) Ku Li sudah jauh," kata pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak itu kepadaMalaysiakini.



Menurutnya lagi, langkah terbaik buat Ku Li kini adalah memberikan ruang kepada pemimpin lain untuk bertanding jawatan itu.



Ku Li adalah ketua Umno bahagian Gua Musang. Beliau merupakan menteri kewangan Malaysia sewaktu zaman perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan bertanggungjawab mengasaskan Petronas dan Bank Bumiputera  Malaysia Berhad.



Beliau pernah menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan tertinggi Umno itu pada tahun 2004 namun gagal berbuat demikian kerana tidak mendapat pencalonan yang mencukupi.



Di bawah sistem pemilihan baru yang akan dilaksana kali ini, syarat memenuhi keperluan kuota sudah dimansuhkan dan sesiapa sahaja boleh bertanding dengan syarat mendaftarkan diri untuk berbuat demikian.

Tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai, antaranya:
  • 146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.
  • Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.
  • Syarat untuk bertanding AJK bahagian ialah telah menjadi anggota parti selama tiga tahun.
Sebelum pindaan perlembagaan parti, jawatan tertinggi parti memerlukan seseorang yang mahu bertanding terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno iaitu:
  • Presiden - 30 peratus atau sokongan daripada 57 bahagian.
  • Timbalan Presiden - 20 peratus atau 38 bahagian.
  • Naib Presiden - 10 peratus atau 19 bahagian.
  • Anggota Majlis Tertinggi - 5 peratus atau 10 bahagian.
  • Ketua Pemuda - 20 peratus atau 38 bahagian.
  • Ketua Wanita - 20 peratus atau 38 bahagian.
  • Ketua Puteri - 20 peratus atau 38 bahagian.
Selain itu, untuk jawatan naib bagi ketiga-tiga sayap parti itu pula, perlu mendapat sokongan sebanyak 28 bahagian atau 15 peratus.

Malaysiakini/-

Lelaki kelar anak saudara sebelulm cuba bunuh diri

Posted: 15 Aug 2013 04:31 PM PDT

9 Syawal 1434 H. [MOD] -

Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas lehernya dikelar oleh bapa saudara menggunakan pisau pemotong sayur, dalam kejadian di hadapan sebuah kuil di Taman Sri Reko, Kajang semalam.
    
Ketua Polis Daerah kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam kejadian pada jam 11.30 pagi itu, K. Yogiswari maut di tempat kejadian, manakala bapa saudaranya pula ditemui parah dengan kesan kelaran di leher, dipercayai cuba membunuh diri.
   
"Siasatan awal polis mendapati semasa kejadian suspek telah menarik keluar mangsa yang sedang menolong ibu saudaranya mencuci pinggan di rumah sebelum suspek bertindak mengelar mangsa di hadapan kuil berhampiran rumah mereka.
    
"Tindakan itu pada mulanya cuba dihalang anak suspek namun gagal dan sejurus kejadian suspek terus bertindak mengelar lehernya sendiri di dalam sebuah bilik di kuil itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
    
Ab Rashid berkata suspek yang berusia 59 tahun itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dirawat dan polis akan menahannya untuk membantu siasatan sebaik sahaja dia pulih daripada kecederaan. 
    
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.


- Bernama

Keputusan SPM ulangan Rabu ini

Posted: 15 Aug 2013 04:21 PM PDT

9 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2013 akan dikeluarkan Rabu ini.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini, slip keputusan akan diposkan atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri, tempat calon mendaftar peperiksaan.

Calon juga boleh membuat semakan melalui perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPMU RESULT, nombor kad pengenalan dan hantarkan ke 15888.

Seramai 12,520 calon menduduki peperiksaan dan daripada jumlah itu, 7,148 calon mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu manakala 2,932 calon mendaftar bagi mata pelajaran Matematik dan 2,440 lagi bagi kedua-dua mata pelajaran.

Sebanyak 232 pusat peperiksaan dibuka pada 11 dan 12 Jun di seluruh negara. - BERNAMA

Mercedes-Benz perkenal model baru E-Class

Posted: 15 Aug 2013 04:16 PM PDT

9 Syawal 1434 H. [MOD] -

Mercedes-Benz perkenal model baru E-Class
Kai Schlickum bersama Mercedes-Benz E-Class baru. 

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) memperkenalkan model baru E-Class yang menampilkan reka bentuk lebih sporty serta disepadukan dengan sistem enjin lebih cekap yang disasar membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju segmen kereta mewah. 

Menggabungkan ciri kemewahan, keselesaan dan pelbagai ciri terkini terutama sistem yang dapat membantu menghindar kemalangan, E-Class 2013 dinobatkan sebagai siri E terbaik yang pernah dikeluarkan pengeluar automotif Jerman itu. 

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Kai Schlickum, berkata E-Class terbaru itu turut mengorak langkah penting dari aspek keberkesanan dan ekologi apabila ia dipertingkatkan dengan enjin petrol suntikan langsung BlueDIRECT empat lejang. 

"Kami meletakkan standard baru pada E-Class dari aspek keselamatan, reka bentuk dan keberkesanan yang memberikan nafas baru kepada segmen kereta mewah.

"Simbol 'E' itu terus berdiri sebagai peneraju bagi segmen itu," katanya pada pelancaran Mercedes-Benz E-Class terbaru di Kuala Lumpur, semalam.

Dua varian

Di Malaysia, dua varian model itu dilancarkan semalam iaitu E200 dan E250 BlueEFFICIENCY dalam kemasan Avantgarde, yang dipadankan dengan kotak gear baru, 7G-TRONIC PLUS. Varian E-400 pula dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini. 

Varian berkenaan dalam kemasan Avantgarde dipadankan dengan komponen sporty manakala sistem keselamatan terkini iaitu bantuan halangan pelanggaran meningkatkan aspek keselamatan bagi menghindar kemalangan sama ada objek melintas mengejut mahupun lampu pintar anti-silau.


Sistem pemanduan pintar itu yang dapat membantu menghindar kemalangan dan beroperasi menggunakan sistem amaran berasaskan radar yang menyelaraskan bantuan brek bagi mengurangkan risiko pelanggaran belakang.

E200 dan E250 BlueEFFICIENCY dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang MBM, Pekan, Pahang dan masing-masing dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM366,888 serta RM405,888 di Semenanjung Malaysia. 

E200 yang dipadankan dengan enjin 2.0 liter dan menjana 184 bhp dan tork 300Nm, memecut dari pegun hingga 100 kilometer (km) sejam dalam 7.9 saat manakala E250 pula dengan enjin sama menghasilkan 211 bhp dan tork 350Nm untuk memecut dari sifar ke 100 km sejam pada 7.4 saat. BH/-

Cef angkut 48kg dadah

Posted: 15 Aug 2013 04:14 PM PDT

9 Syawal 1434 H. [MOD] -

Hong Kong: Seorang warga Hong Kong berusia 35 tahun yang juga seorang cef ditahan selepas cuba menyeludup 48 kilogram (kg) kokain dari Brazil, dua hari lalu, satu rekod bagi seorang penumpang pesawat. 

Rampasan itu adalah satu daripada dua kes rampasan kokain mutu tinggi bernilai HK$58 juta (RM24.5 juta) pada hari sama di lapangan terbang Chek Lap Kok. 

Kes kedua membabitkan wanita Russia, 22, yang didapati membawa 12kg dadah. Mereka menaiki pesawat dari Brazil ke Hong Kong tetapi tiada sebarang perkaitan antara mereka. Kedua-duanya transit di Beijing, laluan baru pengedar dadah dari Amerika Selatan, kata Ketua Jabatan Eksais dan Kastam, Ng King-hong. 

Ia adalah rampasan kokain ketiga dalam tempoh lima hari dari penumpang yang tiba dari Amerika Selatan. 

Berat dua rampasan pada Sabtu lalu adalah kurang 2kg daripada rekod tertinggi pada 2011. 

Transit di Madrid, Beijing 
Cef dan wanita Russia itu melakukan perjalanan selama 27 jam membabitkan tiga penerbangan dari Sao Paulo, Brazil. 

Dua tempat transit lain ialah Madrid dan Beijing. Pengedar dadah Amerika Selatan biasanya transit sekali sama ada di lapangan terbang Eropah, Afrika atau Asia Barat termasuk Dubai. 

Ketulan kokain seberat 48kg itu dimasukkan dalam dua beg dan dibungkus empat lapisan untuk dielak daripada dapat dihidu anjing pengesan. 
Wanita Russia itu yang mendakwa menganggur, menyembunyikan tiga kilogram dadah dalam beg bimbitnya. 


Dua kes itu terbongkar selepas jabatan berkenaan membuat pemeriksaan mengejut tanpa maklumat risikan. 

Ketua biro siasatan dadah kastam Hong Kong, Donald Wong Sui-cheung, berkata pihaknya bekerjasama dengan rakan di Brazil bagi membongkar pembabitan sindiket dadah. 

Siasatan awal menunjukkan dua penumpang berkenaan tidak bersaudara dan mungkin menerima arahan ketua sindiket dadah, kata Wong. 

AGENSI

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP