Lim Guan Eng

Posted by Unknown | Posted on 3:21 PTG

Lim Guan Eng

In Averting A Likely Deregistration Of The Party By BN, DAP Must Not Be Defeated By The Brutality Of An Oppressive Registrar of Societies(ROS) Nor Be Under Any Delusion That The ROS Still Respects The Rule Of Law.(en/bm/cn)

Posted: 16 Aug 2013 12:43 AM PDT

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 16.8.2013

In averting a likely deregistration of the party by BN, DAP must not be defeated by the brutality of an oppressive Registrar of Societies(ROS) nor be under any delusion that the ROS still respects the rule of law. DAP leaders will go on a nationwide tour of all states to explain the rationale of the latest decision after the 2008-2011 Central Executive Committee(CEC) meets next Thursday to conduct fresh re-elections.

There is no doubt that the ROS has repeatedly behaved unprofessionally, unethically and even unlawfully by making media announcements that had no factual or legal basis. Instead of all facts and information supplied by the DAP that were verified by an accounting firm, ROS appears to believe the unsubstantiated lies of a non-existent person called Father Augustus Chen, Utusan Malaysia(UM) and New Straits Times(NST) that 753 DAP delegates had been denied their right to attend the DAP Congress in Penang or that there were 547 "phantom" delegates attending the Congress.

The bitter and painful decision made by party leaders in an emergency meeting of the 2012-15 Central Executive Committee(CEC) on Wednesday night to hold re-elections was solely to prevent ROS from being given another opportunity to abuse their powers by deregistering the party. There are many examples of the ROS abusing its powers in the past and practicing double standards, including their recent inaction over the 2011 SUPP party elections in contrast to their unlawful and quick interference in the 2012 party elections.

The announcement by the Home Minister Datuk Ahmad Zahid Hamidi, before the ROS had even informed the DAP, that the DAP has been directed to hold fresh re-elections is a clear indication that the ROS is neither an independent nor an impartial authority but acting solely under the political dictates of BN. Further, the DAP's repeated requests to the Registrar of Societies to be supplied with the complaints made against the party have been futile.

Finally the shocking refusal of the ROS to even see me in my capacity as DAP Secretary-General that was communicated to DAP National Organising Secretary Anthony Loke on Wednesday 14.8.2013 is not only unprofessional but proves its oppressive, repressive and suppressive intent against the DAP. DAP leaders can not be passive but must be pro-active in face of such overt hostility and mala fide intent towards the DAP.

Clearly there is a legal recourse for the DAP to seek a judicial review against the ROS' decision that is clearly unlawful as it contravenes 18A, 18B and 18C of the 1966 Societies Act. However in the face of such openly hostile attitude of the ROS that is clearly oppressive, repressive and suppressive, there were genuine concerns expressed by top leaders that filing a judicial review may trigger further action by the ROS in the form of deregistration of the party.

There is no doubt that such a de-registration of the party by ROS would also be unlawful. However, deregistration is a risk that the party just can not take for taking the ROS to court. Even when DAP wins in court against the unlawful directive to the party to hold re-elections, the party would have to go to court again to fight a possible deregistration of the party. Despite the likely outcome of winning again in court against de-registration, the legal process and time taken of months and even years will put any political party that has been deregistered by ROS in limbo, which will not only be impractical but will threaten the party's very survival and growth.

BN has been seeking revenge against the DAP since DAP historic victories in the 13th General Elections by winning its largest ever number of 38 Parliamentary and 107 state seats nation-wide as well as contributing towards PR winning the popular vote of 51% and pushing BN to be a minority party. As a minority government, BN has shown that it has no qualms and hesitation in either acting unlawfully or practicing double-standards.

For this reason, despite the strong legal position of the DAP that the directive of the Registrar of Societies that the party holds fresh CEC elections in that that directive does not have the sanctity or authority of law, the DAP has no choice but to forestall any possible future action by the ROS of further abusing its powers by de-registering the party.

This decision is painful when the CEC election in December 2012 last year was properly and cleanly conducted except for a computer glitch caused the wrong announcement of the successful candidates. DAP had immediately rectified it and even got an accounting firm to verify the corrected results. There was no mistake either in vote counting or tabulation but only in posting the results, leading to one candidate Vincent Wu wrongly announced as a successful candidate when it should be Zairil Khir Johari.

This mistake had been duly rectified by reinstating Zairil Khir Johari as the winning candidate. DAP had fully explained this honest mistake to the officials from the Registrar of Societies by furnishing all relevant materials. The mistake was admitted voluntarily by DAP without being exposed by ROS or BN in the interests of upholding transparency and accountability. DAP is now being punished for being honest and truthful.

ROS wants to make winter out of spring of justice, democracy, freedom and hope offered by the DAP. DAP leaders have taken the difficult, painful and unpalatable decision to face the reality of the brutality of ROS abuses of power and refused to be deluded by any hope that the ROS still respects the rule of law. For this reason, DAP is compelled to follow the ROS directive to hold re-elections to force the spring to continue.


—–BM Version —
Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 16 Ogos 2013.

Demi mengelak kemungkinan pembatalan pendaftaran parti oleh BN, DAP tidak boleh tewas kepada kekejaman Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang bersifat menindas mahupun mempunyai sebarang andaian bahawa ROS mempunyai sebarang rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang.

Demi mengelak kemungkinan pembatalan pendaftaran parti oleh BN, DAP tidak boleh tewas kepada kekejaman Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang bersifat menindas mahupun mempunyai sebarang andaian bahawa ROS mempunyai sebarang rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang. Pimpinan DAP akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk menerangkan rasional keputusan terbaru selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sessi 2008-2011 Khamis depan untuk mengadakan pemilihan semula.

Tidak ada keraguan lagi bahawa ROS telah berulangkali berkelakuan tidak profesional, tidak beretika malah tidak menepati undang-undang dengan mengumumkan kepada media perkara-perkara yang tidak berasaskan fakta. Daripada bergantung kepada fakta dan maklumat yang disediakan oleh DAP yang turut disahkan oleh firma perakaunan, ROS nampaknya lebih percaya kepada penipuan tidak berasas seorang manusia yang tidak wujud bernama Father Augustus Chen, Utusan Malaysia dan New Straits Times; bahawa 753 perwakilan DAP telah dinafikan hak mereka untuk hadir kongres DAP di Pulau Pinang atau wujudnya 547 'perwakilan hantu' menghadiri kongres tersebut.

Keputusan pahit dan menyakitkan yang dibuat oleh pimpinan parti dalam mesyuarat tergempar CEC 2012-15 pada hari Rabu lalu untuk mengadakan pemilihan semula adalah semata-mata untuk mengelak daripada memberi peluang kepada ROS untuk menyalahgunakan kuasanya dengan membatalkan pendaftaran parti. Sudah ada banyak contoh salahguna kuasa ROS sebelum ini dan tindakan 'double standard' termasuklah dengan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pemilihan parti SUPP pada tahun 2011 berbanding tindakan pantas mereka yang tidak menepati undang-undang dengan mencampuri urusan pemilihan parti pada tahun 2012.

Pengumuman oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, sebelum pun pihak ROS memaklumkan kepada DAP bahawa parti diarahkan untuk mengadakan pemilihan semula adalah petunjuk jelas bahawa ROS adalah tidak bebas mahupun tidak berpihak malah bertindak semata-mata menurut arahan politik BN. Lanjut, permintaan berulang kali daripada pihak DAP kepada ROS untuk melihat aduan-aduan yang yang dibuat terhadapnya langsung tidak membuahkan hasil.

Akhirnya, keengganan ROS yang begitu mengejutkan untuk bertemu dengan saya atas kapasiti saya sebagai Setiausaha Agung DAP seperti yang dimaklumkan kepada Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pada hari Rabu 14 Ogos 2013, bukan sahaja tidak profesional malah membuktikan bahawa ia memang berniat menindas, menekan dan membungkam terhadap DAP. Pimpinan DAP tidak boleh bertindak pasif malah mesti bertindak proaktif menghadapi serangan yang begitu jelas berniat jahat terhadap parti.

Jelas sekali bahawa wujud pilihan perundangan bagi DAP mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan ROS yang jelas tidak sah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Seksyen 18A, 18B dan 18C Akta Pertubuhan 1966. Namun dalam berhadapan dengan sikap bermusuh ROS yang jelas berniat menindas, menekan dan membungkam; terdapat kerisauan daripada pimpinan tertinggi bahawa memfailkan semakan kehakiman hanya akan mencetuskan tindakan lanjut daripada ROS dengan membatalkan pendaftaran parti.

Tidak dapat diragukan lagi bahawa tindakan membatalkan pendaftaran parti oleh pihak ROS juga adalah salah dari segi undang-undang. Namun, pembatalan pendaftaran adalah satu risiko yang tidak dapat ditanggung oleh pihak parti hanya untuk membawa ROS ke mahkamah. Kalaupun DAP menang di mahkamah ke atas arahan tidak sah untuk mengadakan pemilihan semula, parti akan tetap perlu ke mahkamah lagi untuk menentang kemungkinan parti dibatalkan pendaftarannya. Walaupun terdapat kemungkinan menang sekali lagi terhadap pembatalan pendaftaran, proses mahkamah dan masa yang diambil barangkali berbulan atau bertahun akan meletakkan mana-mana parti politik yang dibatalkan pendaftarannya oleh ROS dalam keadaan digantung tak bertali, yang bukan sahaja tidak praktikal malah akan mengancam kemandirian dan pertumbuhan parti.

BN telah berusaha membalas dendam terhadap DAP semenjak kejayaan bersejarah DAP dalam PRU ke 13 dengan memenangi bilangan kerusi terbesar dalam sejarah sebanyak 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN di seluruh negara, yang turut menyumpang kepada kemenangan Pakatan Rakyat mendapatkan undi popular sebanyak 51% lantas menolak BN menjadi sebuah parti minoriti. Sebagai sebuah kerajaan minoriti, BN telah memperlihatkan bahawa ia tidak ada masalah dan tidak teragak-agak untuk bertindak bertentangan dengan undang-undang mahupun secara double standard.

Atas sebab ini, walaupun DAP mempunya posisi undang-undang yang kukuh bahawa arahan Pendaftar Pertubuhan supaya parti mengadakan pemilihan semula adalah tidak berasaskan kuasa perundangan yang tepat; DAP tidak ada pilihan lain selain membantutkan apa-apa tindakan lanjut daripada pihak ROS untuk menyalahgunakan kuasanya dengan membatalkan pendaftaran parti.

Keputusan ini amat menyakitkan, apabila pemilihan CEC Disember tahun lalu telah dilaksanakan dengan betul dan bersih kecuali kerana kesilapan komputer yang mengakibatkan terjadinya pengumuman yang salah untuk calon-calon yang berjaya. DAP telah bertindak cepat membetulkan kesilapan tersebut malah telah mendapatkan khidmat firma perakaunan untuk mengesahkan keputusan yang telah dibetulkan. Tidak wujud kesilapan dalam proses pengiraan undi mahupun penjumlahan tetapi hanya dalam pengumuman keputusan terbabit, yang mengakibatkan seorang calon, Vincent Wu disalahumum sebagai calon yang berjaya sedangkan sepatutnya yang diumumkan ialah Zairil Khir Johari.

Kesilapan ini telah dibetulkan dengan mengembalikan Zairil Khir Johari sebagai calon yang berjaya. DAP telah memberi penjelasan penuh tentang kesilapan yang tidak disengajakan ini kepada pegawai-pegawai daripada ROS dengan memberikan mereka semua dokumen dan bahan yang perlu. Kesilapan tersebut telah diakui secara sukarela oleh DAP tanpa didedahkan oleh ROS ataupun BN demi menjaga kepentingan prinsip ketelusan dan akauntabiliti. DAP kini dihukum kerana bertindak jujur dan bercakap benar.

ROS mahu memburukkan persepsi baik terhadap DAP yang menawarkan keadilan, demokrasi, kebebasan dan harapan. Pimpinan DAP telah mengambil keputusan yang begitu sukar, menyakitkan dan sukar ditelan untuk berhadapan dengan realiti dan kekejaman salahguna kuasa ROS dan tidak mahu diperdaya dengan harapan bahawa ROS masih menghormati kedaulatan undang-undang. Atas sebab ini, DAP terpaksa mengikut arahan ROS untuk mengadakan pemilihan semula demi meneruskan persepsi dan harapan yang baik tadi.


—-Mandarin Version —






很明显地,我们还有法律途径,可以让行动党针对社团注册局的决定寻求司法检讨,因为它明显地抵触1966年社团注册法令第18A, 18B及18C条文。但是,在社团注册局以公然敌对的态度进行压迫、镇压及压制的情况下,最高领导层有理由相信,入禀司法检讨,可能进一步导致社团注册局直接撤销行动党的注册。








Comments posted (0)