DUN BUKIT PAYONG |
Kezaliman golongan sekular di Malaysia umpama ‘al-Sisi’ Posted: 24 Aug 2013 08:17 PM PDT Petikan : Buletin Online MARANG – PAS memberi amaran dan peringatan kepada semua umat Islam, golongan sekular di negara ini juga zalim dan jahat umpama Jeneral Fattah al-Sisi yang telah membunuh umat Islam di Mesir. Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, PAS telah mencuba sedaya upaya untuk melaksanakan syariat Islam ketika memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004. ![]() "Dimasa itulah Ketua Polis negeri Terengganu menyebut dalam ucapannya, dia tidak akan memberikan kerjasama terhadap kerajaan PAS di Terengganu,"ujarnya yang menegaskan, golongan sekular tidak membenarkan tertegaknya kerajaan yang mahu melaksanakan Islam diseluruh dunia. Beliau berkata, sebagaimana yang berlaku di Mesir, apabila Islam menang melalui jalan demokrasi, golongan sekular tidak memberikan jalan mudah kepada kerajaan Mohamad Morsi. Beliau yang juga ADUN Bukit Payong berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ceramah Mesir Berdarah di masjid Rusila pada Khamis 22 Ogos lalu. Menurutnya, kerajaan sekular Umno dan Barisan Nasional (BN) telah menyekat bantuan kewangan kepada kerajaan PAS di Kelantan dan kerajaan PAS yang memerintah Terengganu dirampas royalti minyak. ![]() "Hantar pelajar tajaan kerajaan untuk diberi sumbangan zakat kepada pelajar-pelajar di Jordan, tiba-tiba bila pelajar sudah belajar di Jordan enggan belanja yang besar tiba-tiba dipotong dan dihentikan bantuan zakat untuk mereka,"jelasnya. Beliau turut menyeru kepada umat Islam agar kembali menghayati ajaran dan kehidupan Islam kerana menurutnya, kejadian jenayah dan pembunuhan yang berleluasa, yang berlaku dengan banyaknya sekarang ini adalah merupakan tanda-tanda kehidupan akhir zaman. "Masa menjadi dekat dan pendek, ilmu menjadi berkurangan (kerana) ulamak ramai yang mati, fitnah yang banyak (dan) berbagai-bagai, banyak berlaku pembunuhan. "Pembunuhan (peniaga nasi kukus) yang berlaku di Paka beberapa hari yang lepas, pegawai (pengasas) bank ditembak, tembak-menembak yang (banyak) berlaku, jenayah yang meningkat ada hari ini tiada lain melainkan kita mesti kembali kepada undang dan agama Alllah SWT,"katanya |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan