:: cina islam | 2011 :: |
- Kerusi Parlimen Muar kekal dalam genggaman BN
- Anggota polis hilang pistol selepas kemalangan di Shah Alam
- Kes Altantuya: Pendakwaan fail notis rayuan Jumaat lalu
- Pertubuhan Syiah M'sia diisytihar haram
- Keputusan bantahan petisyen Bukit Baru 5 Sept
- Tok Guru Nik Aziz semangat cerita isu Mesir
- PAS anjur Multaqa Ulama Se-Malaysia 14 Sept
- Persidangan Tergempar Krisis Mesir 30 Ogos
- Mahkamah Seremban tolak petisyen PAS bantah keputusan DUN Klawang
- Doktor Kerugian RM200,000 Rumah Dipecah Masuk
- 1,056 Pelajar Dibawa Pulang Sebelum Jumaat
- Kebakaran 11 rumah panjang di S'wak, rugi RM12.8 juta
- PRU13: PAS lapor polis isu Borang 14
- Erdogan kecewa dengan Syeikhul Azhar
- Kudeta terus buru pimpinan Ikhwan Muslimin
- Altantuya dibawa pergi "mereka berdua" - Isteri Bala
- PAS anjur Seminar Perlaksanaan Syariah Islam
- Kesilapan besar pendakwa kes Altantuya menyebabkan dua polis bebas
- Hakim perbicaraan Altantuya tersilap, bekas polis tidak seharusnya dijatuhkan hukuman
- Obesiti: Setelah Malaysia jadi juara Asia Tenggara
- Sekolah halang murid guna komputer sumbangan PR
- Mahkamah terima rayuan, Sirul mungkin dianiaya
- Iraq larang guna ruang udaranya untuk serang Syria
- Pemilu Indonesia 2014 : Megawati beri laluan kepada Jokowi
- Tujuh maut van berlanggar dengan bas di Filipina
Kerusi Parlimen Muar kekal dalam genggaman BN Posted: 27 Aug 2013 03:43 AM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] - MUAR: Kerusi Parlimen Muar kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) selepas Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi kawasan itu. Hakim Pilihan Raya, Datuk Suraya Othman menolak petisyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan kos sebanyak RM35,000. | ||
Anggota polis hilang pistol selepas kemalangan di Shah Alam Posted: 27 Aug 2013 03:41 AM PDT SHAH ALAM: Seorang anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Selangor kehilangan sepucuk pistol selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Seksyen 20 di sini, awal pagi semalam. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, kemalangan pada jam 5.45 pagi itu menyebabkan anggota polis berkenaan cedera di kepala dan lutut manakala motosikal yang ditunggangnya remuk. "Kami sedang menyiasat kemungkinan ada orang lain mengambil pistol itu sejurus mangsa terjatuh ekoran kemalangan itu," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan amanat kepada pegawai polis pada perhimpunan khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini. Thaiveegan berkata, anggota polis itu yang tidak memakai uniform sewaktu kemalangan, kini dirawat di hospital dan tidak berupaya untuk bercakap buat masa ini. - BERNAMA | ||
Kes Altantuya: Pendakwaan fail notis rayuan Jumaat lalu Posted: 27 Aug 2013 03:39 AM PDT PUTRAJAYA: Pendakwaan telah memfailkan notis rayuan berhubung pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) daripada pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lepas. Notis itu difail pada hari yang sama mahkamah memutuskan rayuan kedua-dua tertuduh, katanya kepada Bernama. Tun Abdul Majid juga berkata pendakwaan akan memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh 10 hari selepas menerima rekod rayuan kes itu. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membebaskan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar daripada pertuduhan membunuh Altantuya selepas membenarkan rayuan mereka. Turut menganggotai panel itu ialah Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, mengemukakan rayuan berhubung sabitan serta hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi terhadap mereka bagi kesalahan membunuh Altantuya, 28. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi pada 20 Oktober 2006. Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan pada 31 Okt 2008 selepas Mahkamah Tinggi mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya. Pendakwaan tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu. Dalam penghakiman setebal 47 muka surat, Mahkamah Rayuan memutuskan keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan pendakwaan tidak mencukupi bagi mengekalkan sabitan terhadap kedua-dua tertuduh. Penghakiman itu juga menyebut oleh kerana pendakwaan gagal membuktikan kesalahan Azilah dan Sirul Azhar pada tahap yang memuaskan, mahkamah terpaksa memberi faedah kesangsian kepada mereka. - BERNAMA | ||
Pertubuhan Syiah M'sia diisytihar haram Posted: 27 Aug 2013 03:36 AM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] - Menteri Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kiri) berkata, walaupun permohonannya untuk didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ditolak, badan itu tetap bergerak aktif. Malah, katanya, kegiatan itu memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan di negara ini yang sebahagian besarnya berfahaman Ahli Sunnah wal Jamaah. Menurut Abdul Rahim lagi, pengikut Syiah di Malaysia memohon mendaftarkan mendaftarkan pertubuhan itu pada 16 Jun 2011 dan tolak pada 4 Ogos tahun yang sama. Rayuannya kepada menteri berkaitan juga ditolak pada 31 Oktober 2011, menurut kenyataan itu lagi. Malaysiakini/- | ||
Keputusan bantahan petisyen Bukit Baru 5 Sept Posted: 27 Aug 2013 03:32 AM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] - MELAKA: Mahkamah Pilihan Raya akan membuat keputusan 5 September ini berhubung bantahan PAS terhadap petisyen yang di kemukakan BN bagi Dun Bukit Baru. Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata, beliau menyeru kepada ahli dan penyokong PAS menunjukkan solidariti kepada Adun PAS, Dr Md Khalid Kassim di mahkamah nanti. BN telah mengemukakan petisyen terhadap kemenangan Md Khalid bagi Dun Bukit Baru, namun petisyen itu dibantah oleh PAS. Mahkamah yang bersidang pada 22 Ogos lalu telah menangguhkan keputusan bantahan itu kepada 5 September ini. PAS diwakili oleh peguam yang diketuai oleh Zulkhairi Mohamad manakala pasukan peguam BN diketuai oleh Dato Hafarizam Haron. Sementara itu Pengerusi Sekretariat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru, Yusof Wahab dalam kenyataannya hari ini meminta seluruh ahli dan penyokong PAS Melaka mengadakan solat hajat dan berdoa agar bantahan PAS ini diterima oleh mahkamah pilihanraya. 'Kita harap seluruh ahli dan penyokong mengadakan solat hajat dan mendoakan kejayaan Adun kita bagi memastikan khidmat kita dapat diteruskan," katanya. Harakahdaily/- | ||
Tok Guru Nik Aziz semangat cerita isu Mesir Posted: 27 Aug 2013 03:28 AM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan bersemangat sambil meluah rasa kesal terhadap pergolakan politik di Mesir. "Segalanya bermula kejahatan Yahudi. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. orang Yahudi sudah memusuhi Islam. "Pakatan jahat Amerika dan Yahudi di belakang krisis penggulingan Presiden Dr Mohammad Morsi yang dilantik secara demokrasi. "Ini semua dalam usaha mereka menggagalkan kebangkitan Islam di Timur Tengah dan Mesir khususnya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka hari ini. Sebelum itu beliau menerima kunjungan beberapa NGO yang datang bertanya khabar mengenai keadaan kesihatannya. Beliau keluar wad kelmarin. Beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian selama seminggu kerana sedikit gangguan kesihatan. Semalam beliau juga dikunjungi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mursyidul Am PAS terbabit muncul di hadapan pintu rumahnya dengan wajah tenang dan ceria sambil menjemput tetamu yang datang naik ke atas rumahnya. Sambil memberitahu sudah beransur pulih beliau juga sempat bergurau senda dengan cucunya. "Cuma ada sedikit sebanyak rasa kurang selesa ketika dalam keadaan tertentu, biasalah baru keluar hospital," ujar Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Beliau juga berharap seluruh umat Islam agar memainkan peranan bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat Mesir yang sedang berdepan rejim tentera pimpinan As Sisi. Harakahdaily/- | ||
PAS anjur Multaqa Ulama Se-Malaysia 14 Sept Posted: 27 Aug 2013 03:26 AM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat akan mengadakan Multaqa Ulamak Se-Malaysia di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada 14 September bermula 8.00 pagi hingga 12.00 malam. Pengarah Multaqa, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib(gambar) berkata, program tersebut bakal menghimpunkan para ulama PAS di semua peringkat dari seluruh tanah air bagi memperkasakan peranan ulama dalam mengaktifkan diri kepada masyarakat. Katanya lagi, multaqa itu penting untuk penyatukan fikrah, kefahaman dan tindakan para ulama ke arah yang lebih tersusun dan bersistematik. "Multaqa ini akan memberi suntikan semangat kepada ulama pelapis dalam memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan ulama yang terdahulu yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah," ujarnya yang juga Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat. Katanya, konsep Multaqa Ulamak kali ini ialah ucaptama, pembentangan kertas kerja, taujihat pemimpin dan wacana dengan tajuk-tajuk semasa yang pastinya menarik perhatian semua dan kemuncaknya ceramah perdana pada sebelah malam. Menurutnya, multaqa ini mensasarkan kehadiran semua peringkat dalam kalangan ahli Majlis Syura Ulamak PAS, ahli-ahli jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat, AJK Kerja Ulamak PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan, seluruh ulamak kawasan, ahli Dewan Ulamak PAS, tuan-tuan guru pondok, Mudir-Mudir Sekolah Agama Rakyat serta alumni lepasan Pengajian Islam dalam dan luar negara serta seluruh lapisan masyarakat sebagai pemerhati. Katanya lagi, Datuk Dr. Haron Din selaku Timbalan Mursyidul Am PAS akan merasmikan pembukaan Multaqa Ulamak dan majlis penutup akan dilakukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau menambah, antara yang akan turut memberikan pengisian dalam Multaqa Ulamak kali ini ialah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaaob, Datuk Dr Mahfuz Mohammad dan Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh. | ||
Persidangan Tergempar Krisis Mesir 30 Ogos Posted: 27 Aug 2013 03:25 AM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Mapim dan jaringan organisasinya menganjurkan Persidangan Tergempar Pembunuhan Massa, Demokrasi dan Hak Rakyat Mesir pada 30 Ogos ini di Dewan Seminar Masjid Al Falah, USJ Seksyen 9, Subang Jaya. Persidangan itu dianjurkan oleh Komiti Bertindak Bebaskan Mesir (REACT Free Egypt) dengan kerjasama, Mapim, Citizens International, Universal Justice Network dan rakan kerjanya termasuk Abim, Shura, PUM, Ilmuan, Salimah, Teras dan Lujnah Antarabangsa Parti Islam Se-Malaysia. Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tema persidangan itu ialah 'Hentikan Pembunuhan, Pulihkan Demokrasi Mesir' ekoran tindakan ganas tentera Mesir terhadap kelompok pro Morsi dan anti kudeta yang membunuh dan mencederakan ribuan yang telah mengejutkan dunia. "Senario ini tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa tindakan. Kemungkinan Mesir menjunam kepada perang sivil sangat besar jika keganasan tentera tidak dihentikan," ujarnya dalam satu kenyataan. Jelasnya, objektif persidangan itu ialah untuk mendesak pembunuhan massa, penangkapan penunjuk perasaan aman dihentikan dan semua tahanan dibebaskan. "Pemimpin Ikhwan hendaklah dibebaskan dan mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah pembunuhan massa dihukum," ujarnya. Ia jugam katanya untuk melancarkan kempen antarabangsa di kalangan ahli parlimen dan NGO Asean untuk menuntut tentera berhenti dari meneruskan kezaliman terhadap rakyat Mesir selain membincangkan perkembangan terkini pergolakan Mesir dan merumuskan agenda bertindak untuk mengembalikan hak demokrasi rakyat negara itu. Persidangan juga, katanya untuk melancarkan kempen peringkat Asean untuk mendesak kerajaan interim Mesir memulihkan demokrasi dan mengembalikan semula kedudukan Morsi sebagai Presiden Mesir. Menurutnya, 200 peserta di kalangan ahli parlimen Asean, pemimpin politik dan NGO, aktivis sosial, pemikir dan cendikiawan, ahli media dan jurnalis dijangka menyertai persidangan itu. | ||
Mahkamah Seremban tolak petisyen PAS bantah keputusan DUN Klawang Posted: 27 Aug 2013 12:36 AM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] - SEREMBAN: Mahkamah Pilihan Raya Seremban sebentar tadi menolak petisyen difailkan PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Mahkamah turut mengarahkan pempetisyen membayar kos RM40,000 kepada tiga responden termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri itu, Datuk Yunus Rahmat. | ||
Doktor Kerugian RM200,000 Rumah Dipecah Masuk Posted: 27 Aug 2013 12:34 AM PDT BESUT: Seorang doktor klinik swasta di Bandar Jerteh kerugian kira-kira RM200,000 apabila rumahnya dipecah masuk di Kampung Pulau Panjang, dekat Jerteh pada tengah hari Ahad. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata kejadian dipercayai berlaku antara 10.30 pagi dan 12 tengah hari, ketika pasangan suami isteri berkenaan keluar bekerja. "Sebaik sahaja isteri mangsa pulang kira-kira pukul 12.15 tengahari itu, beliau mendapati pintu sliding (gelongsor) hadapan rumahnya terbuka dan pintu bilik utama rumahnya dipecahkan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa. Kamaruddin berkata antara barangan yang hilang termasuk pelbagai jenis barangan kemas dan berlian, tiga utas jam tangan berjenama, dua komputer riba dan lapan telefon bimbit. Katanya, hasil pemeriksaan mendapati jeriji besi pada jendela belakang rumah berkenaan telah dipotong menggunakan pemotong besi. "Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu telah mengesan lima kesan cap jari yang diambil di tempat kejadian," katanya menambah polis kini giat mengesan penjenayah terlibat. BERNAMA | ||
1,056 Pelajar Dibawa Pulang Sebelum Jumaat Posted: 27 Aug 2013 12:21 AM PDT PUTRAJAYA: Seramai 1,056 lagi pelajar Malaysia di Mesir akan diterbangkan pulang sebelum Jumaat demi keselamatan mereka kerana difahamkan ada beberapa perancangan demonstrasi besar pada hari berkenaan, menurut Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab. Setakat hari ini seramai 1,328 pelajar selamat dihantar pulang menerusi Ops Piramid 2. Kebanyakan mereka ialah dari kawasan panas Mesir yang sedang bergolak iaitu dari luar Kaherah dan Iskandariah. "Kawasan panas yang dimaksudkan ialah di Tanta (pelajar di situ) akan diterbangkan hari ini, di Mansoura esok dan Zagazig pada 28 Ogos," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, Isnin. Dilaporkan sebelum ini terdapat 3,300 pelajar Malaysia di Mesir dan kerajaantelah memutuskan untuk menerbangkan mereka pulang secara sukarela ke tanah air menggunakan pesawat komersial berikutan pergolakan di negara itu yang dilaporkan semakin tidak menentu. - BERNAMA | ||
Kebakaran 11 rumah panjang di S'wak, rugi RM12.8 juta Posted: 27 Aug 2013 12:18 AM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] - Kebakaran yang memusnahkan 11 rumah panjang di Sarawak setakat kelmarin, menyebabkan kerugian dianggarkan RM12.8 juta. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata sikap lalai, lupa dan leka antara punca berlakunya kebakaran itu. "Siasatan kami menunjukkan kebocoran gas daripada dapur memasak, selain penggunaan peralatan elektrik yang berpanjangan juga menyumbang kepada insiden itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan di Kching semalam. - Bernama | ||
PRU13: PAS lapor polis isu Borang 14 Posted: 27 Aug 2013 12:14 AM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS hari ini membuat tiga laporan polis berhubung dengan kesalahan membabitkan Borang 14 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Tiga laporan polis tersebut dibuat oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub membabitkan Parlimen Pulai, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad bagi Parlimen Kuala Selangor dan Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi untuk Parlimen Titiwangsa. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut hadir ke IPD Dang Wangi sebentar tadi menjelaskan, laporan tersebut dibuat apabila mahkamah mengatakan pemalsuan pengisian Borang 14 merupakan satu kesalahan jenayah. Katanya, perkara ini timbul apabila PAS yang mengemukakan kesalahan berkaitan Borang 14 di dalam petisyen pilihanraya, namun mahkamah telah menolak dengan alasan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendengar aduan mengenai kesalahan tersebut. "Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memberitahu jika ada kepincangan pilihanraya boleh bawa ke mahkamah. "Bila kita membawa kes berkaitan dengan pemalsuan pengisian Borang 14 tetapi telah ditolak oleh mahkamah dengan alasan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mendengar aduan kesalahan tersebut dan mengatakan ia merupakan kesalahan jenayah. "Atas alasan jenayah kita tampil membuat laporan polis dan berharap perkara ini akan disiasat oleh pihak polis," jelasnya. Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata, laporan tersebut dibuat berkait dengan pelanggaran Seksyen 4(a) Akta Kesalahan Pilihanraua 1954 mengenai pemalsuan pengisian di dalam Borang 14 yang dibuat oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM). Jelasnya lagi, laporan polis akan turut dilakukan di seluruh negeri khususnya negeri-negeri yang telah difailkan patisyen. "Ini merupakan laporan polis pertama berhubung dengan kesalahan pemalsuan Borang 14 dan kita akan turut membuat laporan di seluruh negara terutamanya membabitkan tempat-tempat patisyen dikemukakan. "Pihak peguam akan sentiasa berhubung dengan pihak polis bagi mengetahui perkembangan lanjut berkenaan dengan laporan yang telah dibuat ini, kita mahu ia disiasat denga adilm," jelas beliau yang juga merupakan seorang peguam. Harakahdaily/- Dalam pada itu, Hanipa turut memberitahu satu memorandum akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh pimpinan tertinggi PAS dalam masa terdekat berhubung dengan kesalahan pilihanraya dan juga kepincangan di dalam SPR. | ||
Erdogan kecewa dengan Syeikhul Azhar Posted: 27 Aug 2013 12:12 AM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahawa pihak-pihak yang mendukung apa yang disebutnya sebagai kudeta di Mesir sedang mencuba untuk membenarkan tindakannya tersebut dengan mengatakan ini adalah prosedur demokrasi yang dilakukan oleh tentera Mesir. Menurut blogger Kerabu Bersuara, selain itu Erdogan juga mengkritik Syeikh Al-Azhar dengan mengatakan dia merasa kecewa ketika melihat syeikh tampil bersama pemimpin kudeta. Erdogan mengatakan dalam sebuah pernyataan,"tidak mungkin ada kudeta terhadap demokrasi, kudeta tetaplah kudeta". Erdogan menyebut negara-negara dan organisasi yang menolak menyebut apa yang terjadi di Mesir sebagai Kudeta adalah "pengkhianat terhadap masa lalu dan masa depan", dan ia menambah,"kami sangat mengutuk Kudeta di Mesir atas dasar kemanusiaan, nurani dan prinsip-prinsip kami,"dia menekankan bahawa tidak ada sama sekali dasar hukum atau alasan untuk membenarkan apa yang telah terjadi di Mesir. Erdogan juga menyinggung sikap Syeikh Al-Azhar yang muncul bersama dengan pegawai-pegawai kudeta lainya, termasuk pemimpin angkatan bersenjata saat pengumuman penggulingan Presiden Muhammad Mursi, Erdogan mengatakan,"ketika saya melihat Syeikh Al-azhar bersama pihak kudeta, saya merasa sangat kecewa". | ||
Kudeta terus buru pimpinan Ikhwan Muslimin Posted: 27 Aug 2013 12:12 AM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] -
MESIR: Kerajaan Kudeta Mesir meneruskan tindakan memburu pemimpin Ikhwan Muslimin dan terbaru bekas Menteri Belia Dr Osama Yasin ditangkap semalam. Osama ditangkap bersama dengan dua ahli Ikhwan Muslimin yang lain di sebuah vila di Penempatan Kelima, timur Kaherah. Difahamkan salah seorang daripada dua ahli Ikhwan tersebut adalah pembantu kepada Timbalan Mursyidul Am Ikhwan Khairat al-Shater. Osama bakal berdepan tuduhan "menghasut keganasan dan pembunuhan" yang berkaitan dengan pertempuran di luar ibu pejabat Ikhwan di Kaherah pada awal tahun ini. Penahanan beliau turut disahkan anaknya, Ahmed melalui Twitter. "Saya kini menunggu gambar ayah saya kerana dia telah ditangkap oleh tentera rampasan kuasa, bukan untuk memastikan berita tersebut, tetapi untuk memberi jaminan tentang dia kerana saya tidak pernah melihat beliau untuk masa yang lama," katanya. "Selepas mendapat kepastian tentang berita penangkapan ayah saya, sekarang ini saya menunggu gambar yang memaparkan wajahnya tersenyum. Ya Allah teguhkanlah dirinya " tulis beliau lagi. Dikatakan semua pemimpin Ikhwan Muslimin yang ditangkap oleh penguasa zalim kudeta membawa gambar mereka bersama bagi meneguhkan hati para revolusi di setiap tempat. Ahad lalu, Mahkamah Jenayah Kaherah menangguhkan perbicaraan ke atas tiga pemimpin Ikhwan hingga 29 Oktober memandangkan ketiadaan defendan. Mereka adalah Mursyidul Am Ikhwan Mohamed Badie dan dua timbalannya, Rashad al-Bayoumi dan Al-Shater, menghadapi tuduhan yang sama seperti Osama. | ||
Altantuya dibawa pergi "mereka berdua" - Isteri Bala Posted: 26 Aug 2013 07:33 PM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: A Santamil Selvi, isteri kepada penyiasat persendirian mendiang Balasubramaniam mendakwa suaminya pernah bercerita kepadanya berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu. Dipetik Keadilandaily, Selvi dilapor berkata, suaminya ada menceritakan sendiri kepadanya bagaimana Altantuya dibawa oleh dua orang tertuduh sebelum mayat wanita berkenaan ditemui telah diletupkan. "Saya tahu Altantuya dibunuh. Mendiang suami saya menceritakan sendiri kepada saya. "Dia melihat Altantuya dibawa pergi oleh mereka berdua, sebelum mayat Altantuya dijumpai telah diletupkan," kata Selvi seperti dilapor Keadilandaily. Balasubramaniam, satu-satunya individu yang membuat akuan bersumpah (SD) menceritakan peristiwa berkaitan dengan pembunuhan Altantuya Shariibu kembali Malaysia 22 Februari tahu ini. Sebaik saja pulang, Bala berjanji akan membuat roadshow di seluruh negara bagi menceritakan apa yang berlaku. Beliau hanya sempat berbuat demikian di Dewan Himpunan China Selangor dan di Bachok, Kelantan sahaja kerana mengadu tidak sihat. PI BalaNamun, beliau meninggal dunia 15 Mac lalu di Klinik Rawang selepas mengalami sesak nafas. Kelmarin, Azilah Hadri, bekas Cif Inspektor Unit Tindakan Khas (UTK) dan Koperal Sirul Azhar dibebaskan daripada tuduhan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu 23 Ogos lalu oleh Mahkamah Rayuan. Mengulas lanjut, Selvi berkata beliau kecewa dengan keputusan mahkamah semalam. "Dimanakah keadilan untuk mangsa? "Ini menyedihkan saya. "Saya berharap perbicaraan semula dilakukan. Panggil semua yang terlibat, bicarakan betul-betul," tegas Selvi. | ||
PAS anjur Seminar Perlaksanaan Syariah Islam Posted: 26 Aug 2013 07:31 PM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Pusat akan menganjurkan satu program bertajuk 'Seminar Perlaksanaan Syariah Islam Di Malaysia: 56 Tahun Merdeka-Halangan dan Penyelesaian'. Tambahnya, ia juga untuk memberi kefahaman dan penekanan hikmah perlaksanaan Syariah Islam bagi memelihara agama, keturunan, akal, maruah dan harta. Di samping itu, ujarnya seminar itu ingin memberi penjelasan terhadap persoalan-persoalan yang mengelirukan mengenai syariah Islam, mencari jalan persefahaman dan penyelesaian ke arah perlaksanaan Syariah Islam dalam konteks demokrasi di negara ini, dan mendedahkan kepincangan dan kegagalan undang-undang manusia dalam menyelesaikan permasalahan jenayah. Katanya lagi, seminar penting itu akan diadakan pada 5 Oktober depan di Shah Alam. Menurutnya, seminar itu mensasarkan penyertaan ahli-ahli jawatankuasa PAS, PKR dan DAP di peringkat pusat dan negeri, wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat peringkat Parlimen dan Dun, pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli akademik, NGO-NGO Islam dan bukan Islam serta pelajar-pelajar. "Program ini akan dimulakan dengan ucaptama perasmian oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," jelasnya dalam satu kenyataan. Beliau menambah, pembentang dan pengulas dalam seminar itu nanti terdiri daripada pelbagai bidang yang berkaitan dengan tajuk seminar meliputi ahli akademik, ahli undang-undang dan sebagainya. "Semoga program ini mampu menghasilkan sesuatu yang terbaik, sebagai jawapan kepada segala kemelut jenayah yang berlaku dalam negara kita pada hari ini," ujarnya. | ||
Kesilapan besar pendakwa kes Altantuya menyebabkan dua polis bebas Posted: 26 Aug 2013 04:27 PM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] - Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, yang bebas dari pertuduhan membunuh Altantuya, Jumaat lalu. Timbalan Superintendan Polis (DSP) Musa Safri yang tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan adalah kunci untuk membongkar kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu, menurut laporan penghakiman 47 muka surat yang dikeluarkan hari ini. Laporan itu juga mendedahkan kegagalan hakim perbicaraan menimbang notis alibi sebagai punca kepada pembebasan dua komando polis, ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar pada Jumaat lalu. Kedua-dua tertuduh sebelum ini disabitkan dengan kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006. Laporan penghakiman oleh salah seorang hakim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat juga menekankan wujud percanggahan dalam afidavit oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dengan keterangan Sirul di mahkamah berkaitan pembabitan Musa dalam kes itu. "Ia tidak boleh terlepas pandang episod buruk dan dasyat ini bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum pembabitan Azilah dan Sirul. "Bukti yang diperoleh menunjukkan tugas Azilah dan Sirul adalah meronda sekitar rumah Razak dan kehadiran mereka di sana pada malam itu atas permintaan Razak kepada Azilah," tulis Tengku Maimun dalam penghakimannya. Hanya Musa akan membongkar semua ini, katanya. Dalam pembebasan Azilah, Mahkamah Rayuan mendapati hakim perbicaraan Datuk Mohd Zaki Md Yassin gagal menimbang notis alibi yang menunjukkan Azilah tidak mungkin boleh berada di dua lokasi pada suatu masa ketika malam pembunuhan Altantuya. Mahkamah Rayuan berkata, rekod panggilan oleh syarikat telekomunikasi yang diberikan pendakwa raya bertujuan untuk mengenalpasti pergerakan Azilah pada hari pembunuhan Altantuya. Berdasarkan kepada bukti yang diberikan itu, Azilah berada di Pekan Subang pada 10.15 malam dan di Kampung Melayu Subang pada 10.19 malam. Bagaimanapun, diari balai Bukit Aman menunjukkan Azilah berada di sana mengutip senjatanya, Glock EAH 387 dan dua kelopak peluru pada jam 10.18 malam. Beliau kemudiaan beredar ke Putrajaya dalam tugasan mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pegawai penyiasat dalam pembunuhan Altantuya, ASP Tonny Lunggan memberi keterangan dalam perbicaraan mengenai kebenaran diari itu dan ketepatannya. Namun, Mahkamah Rayuan berhujah meragui ketepatan rekod panggilan telefon berkenaan. "Hakim perbicaraan sepatutnya menfokuskan kepada dua bentuk bukti berbeza dan kegagalan bertindak sedemikian menyebabkannya tersalah arah. Setelah meneliti alasan penghakiman, kami tidak mendapati hakim perbicaraan dalam penghakimannya menimbangkan sama ada diari stesen dan bukti Azilah berada di Wangsa Maju dan di Bukit Aman pada waktu kejadian menunjukkan alasan beliau tidak boleh ataupun tidak mungkin berada di Puncak Alam. "Dalam keadaan ini, hakim itu tersalah arah dirinya dengan cara bukan arahan gagal untuk mempertimbangkan bukti," katanya, merujuk kepada kegagalan hakim untuk mempertimbangkan pembelaan alibi. Tengku Maimun berkata rekod panggilan dan jangkauan liputan adalah bukti penting untuk menyabitkan kehadiran Azilah di tempat kejadian. "Ia adalah penting agar perbicaraan belajar untuk memfokuskan fikirannya terhadap cabaran bukti yang dibangkitkan oleh pasukan pembelaaan dan membuat penemuan sama ada sebenarnya berlaku satu perubahan atau penyalahgunaan data dan sama ada kesahihan data itu dipersoalkan atau sebaliknya," kata beliau. "Malangnya, hakim gagal untuk melakukan ini, yang tanggungannya berat menjadikan ia tidak selamat untuk bergantung kepada bukti tersebut." Mahkamah juga berkata hakim perbicaraan sewajarnya membuat pencarian terhadap hubungan antara bahan letupan dengan dua bekas anggota polis dan kegagalan memfokuskan dirinya terhadap hubungkait yang hilang mengakibatkan satu lagi tersalah arah berlaku. "Kita tidak boleh mengatakan jika tribunal secara munasabah mengarahkan mungkin mensabitkan perayu berasaskan bukti yang ada. Mahkamah dibawah telah mengabaikan dan terlepas pandang fakta-fakta penting dan bukti yang memihak kepada perayu menyebabkan keadilan salah dilaksanakan dan sangat serius," katanya. "Kesan terkumpul bukan arahan menunjukkan sabitan itu tidak selamat. Kami sedar bahawa jenayah kejam telah dilakukan tetapi jika perayu bersalah tidak dibuktikan dengan memuaskan, kami terpaksa memberi manfaat keraguan kepada perayu. "Kami sebulat suara meluluskan kedua-dua rayuan. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi diketepikan, perayu sewajarnya dilepaskan dan dibebaskan." themalaysianinsider.com | ||
Hakim perbicaraan Altantuya tersilap, bekas polis tidak seharusnya dijatuhkan hukuman Posted: 26 Aug 2013 04:24 PM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] - Pihak pendakwaan mendapati hakim perbicaraan mengetahui wujudnya kepincangan dalam keseluruhan bukti akan tetapi mengharapkan Mahkamah Rayuan untuk menggunakan kuasa istimewa mereka untuk mengekalkan hukuman terhadap bekas polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar. Sebaliknya, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan mendapati kedua-dua tertuduh seharusnya dibebaskan diperingkat perbicaraan. Hakim-hakim itu mengatakan pihak pendakwaan sedar hakim perbicaraan telah gagal untuk menganalisis bukti semasa perbicaraan. Pihak pendakwaan mahu Mahkamah Rayuan membetulkan kekeliruan untuk mengekalkan hukuman akan tetapi pihak hakim tidak berjaya diyakinkan untuk berbuat demikian. Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, yang menulis pendakwaan mengatakan pendakwaan menetapkan berlakunya pelbagai arahan daripada hakim perbicaraan, Mohd Zaki Md Yassin, dan menggesa tiga panel hakim menggunakan peruntukan dalan Akta Penghakiman Mahkamah 1964 untuk memperbetulkan kesalahan. Beliau berkata mahkamah rayuan boleh menegakkan sabitan walaupun perbicaraan hilang arah. "Bagaimanapun, melihat kepada keseluruhan bukti dan kebarangkalian kes ini, kami melihat ianya tidak sesuai dan kes yang sesuai untuk kami mencampurinya," katanya. Tengku Maimun berkata kebarangkalian bergantung kepada pendakwaan tidak dilakukan sepenuhnya dan rantauan saksi yang tidak lengkap. "Kami tidak boleh mengatakan tribunal diarahkan dengan sebaiknya, berkemungkinan menghukum perayu (Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar) berdasarkan bukti yang ada. "Mahkamah mengetepikan fakta dan bukti perayu yang menyaksikan keguguran keadilan perayu," katanya. Beliau berkata kesan langsung tanpa sebarang arahan menyaksikan pendakwaan perayu tidak selamat. Tengku Maimun juga berkata kes pendakwaan bergantung kepada kebarangkalian bukti. "Ia penghakiman kita kebarangkalian bukti tidak cukup dan tidak kukuh untuk mencari kesalahan," katanya. Tunku Maimun berkata perayu sedar kes jenayah telah dilakukan namun kebaikannya berikutan keraguan perlu diberikan kepada anggota polis. Mahkamah Rayuan turut berkata Timbalan Supritendan Musa Safri, bekas pembantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkemungkinan bertentangan dengan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam afidavitnya yang dijadikan bukti pendakwaa. Dan kegagalan memanggilnya terhadap kes perbicaraan bunuh menyebabkan bukti terbatal. Kenyataan ini adalah dipetik daripada hujah penghakiman 47 muka surat yang ditulis oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. themalaysianinsider.com | ||
Obesiti: Setelah Malaysia jadi juara Asia Tenggara Posted: 26 Aug 2013 04:21 PM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] -
Malaysia telah berjaya menjadi juara dalam carta obesiti negara-negara di Asia Tenggara dan berada pada kedudukan keenam Asia! Dalam keadaan Malaysia perlu menghadapi realiti yang menyakitkan ini, kami di Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyambut dengan sokongan sepenuh hati sebarang baik kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Melalui Ikrar Pengiklanan Bertanggungjawab yang telah dimeterai dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA) dan Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM) Bahagian Pengeluaran Makanan, terdapat sepuluh syarikat yang mengeluarkan makanan dan minuman telah bersetuju untuk tidak mengiklankan produk mereka melalui media elektronik dan media cetak; terutamanya yang mensasarkan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah. Syarikat- syarikat tersebut ialah Coca Cola, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, F&N Dairies ( Malaysia) Sdn Bhd, Guan Chong Cocoa Manufacturer Sdn Bhd, Mars Food Malaysia Sdn Bhd, McDonald's Malaysia, Mondelez Sales Sdn Bhd, Nestle Products Sdn Bhd, PepsiCo (Malaysia) Sdn Bhd dan Unilever(Malaysia) Holdings Sdn Bhd. Tindakan ini kelihatan seperti satu usaha yang murni apabila badan kerajaan bekerjasama dengan syarikat-syarikat ini untuk melindungi kanak-kanak daripada pengiklanan yang tidak bertanggungjawab. Berdasarkan ikrar yang ditandatangani, syarikat-syarikat yang terlibat tidak akan mengiklankan produk mereka yang tidak memenuhi garis panduan nutrisi seimbang antarabangsa dan piawaian keselamatan. Mereka juga komited untuk tidak terlibat dalam sebarang promosi di sekolah-sekolah, kecuali atas jemputan sekolah dengan tujuan pendidikan. Tujuan pendidikan yang bagaimana? Pendidikan kesihatan di sekolah-sekolah tidak patut dicemari dengan sebarang unsur-unsur perniagaan dan memberi kepentingan kepada syarikat-syarikat terbabit. Jika pendidikan untuk memilihan makanan berkhasiat, pasti ada organisasi yang lebih berkredibiliti untuk menjalankan tugas ini, iaitu bahagian pendidikan dalam Kementerian Kesihatan sendiri. Kami mengharapkan lebih daripada sekadar ikrar, iaitu penggubalan polisi dan undang-undang tegas yang melindungi kanak-kanak daripada pengiklanan yang menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran. Kami mendapati usaha ini ada sedikit kelompongan – tiada maklumat berkenaan dengan mekanisme pelaksanaan dan pihak yang bakal melakukan pemantauan. Tiada salahnya juga, menyekat terus publisiti melalui media, sepertimana yang telak dilaksanakan di Norway, Sweden, UK, Belgium, Greece dan Denmark. Pelaksanaan tegas, sepenuh hati dan menyeluruh Sweden dan Norway telah menyekat penyiaran iklan mensasarkan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun kerana mereka tidak dapat memahami mesej-mesej pengiklanan dan berkemungkinan menerima mesej pengiklanan sebagai tepat, benar dan tidak bias. Malaysia juga telah mengambil tindakan yang hampir sama pada tahun 2011 dengan menyekat iklan makanan segera dan yang tidak menyihatkan, pada waktu-waktu yang menjadi pilihan kanak-kanak untuk menonton rancangan televisyen.Syarikat makanan segera juga tidak boleh memberi tajaan untuk rancangan kanak-kanak. Di sebalik usaha ini, satu persoalan yang harus difikirkan semula ialah – adakah kanak-kanak tidak menonton iklan-iklan ini di waktu lain siaran televisyen? Usaha untuk menyekat pengiklanan di televisyen ini baik,tetapi kurang berkesan. Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun patut dlindungi daripada menjadi mangsa pengiklan yang tidak bertanggungjawab.Kita patut mencontohi Sweden dan Norway yang menyekat terus semua usaha pengiklanan yang mensasarkan kanak-kanak. Sekatan tersebut termasuklah melalui usaha pengiklanan di surat khabar, radio, majalah, papan iklan dan internet. Kerajaan juga perlu melarang penggunakan khidmat selebriti, ahli sukan dan karakter kartun untuk mempromosikan produk-produk yang tidak memanfaatkan kesihatan. Pelaksanaan di peringkat mikro Sejak tahun 1980-an, CAP konsisten dengan pendirian – tiada mesin layan diri (vending machine) yang mempromosikan minuman yang tinggi kandungan gula dan berkarbonat patut disediakan di sekolah-sekolah. Kami juga sedar bahawa kawasan sekolah menjadi pusat lambakan makanan rapu, makanan segera, minuman yang mengandungi pewarna tiruan, pemanis tiruan, dan bahan pengawet yang membahayakan. Adakah Kementerian Kesihatan ada membuat pemantauan di sekolah-sekolah? Seperti mana kempen susu kotak yang dipromosikan kerajaan di sekolah-sekolah, kami berharap kerajaan juga peka dengan usaha untuk menggalakkan sekolah menyediakan buah-buahan segar (terutamanya buah-buahan tempatan), hidangan berasaskan sayur-sayuran, jus buah-buahan asli dan pastikan para pelajar peka dalam pemilihan makanan – kami maksudkan "MAKANAN". Ibu bapa turut bertanggungjawab untuk menyelamatkan anak-anak daripada terperangkap dalam budaya makan kerana iklan. Kami faham, ada masanya ibu bapa menuruti kehendak anak-anak sebagai tukar ganti dengan masa terhad yang mereka dapat luangkan dengan anak-anak. Namun, ibu bapa juga harus sedar yang anak-anak mereka tidak memahami kaedah pemujukan di dalam iklan. Selalunya, produk yang mensasarkan kanak-kanak ialah gula-gula, bijirin yang tinggi kandungan gula, minuman berkarbonat dan makanan segera. Iklan-iklan ini mampu mempengaruhi tabiat makan yang tidak sihat - sepanjang hayat. Jika ada iklan yang mempromosikan makanan segera atau gula-gula, terangkanlah tujuan pengiklanan dalam bahasa yang paling mudah. Ajar anak-anak untuk mencintai masakan daripada rumah. Masak, budayakan membawa bekalan makanan daripada rumah ke sekolah, dan biar anak-anak gembira berkongsi bekalan makanan dengan kawan-kawan mereka. Mudah dan susah Saranan-saranan ini saling berkait. Pilihan untuk memasak atau membeli makanan segera boleh menceritakan pelbagai realiti; ekonomi, politik dan sosial. Keputusan untuk terus menayangkan dan menyokong publisiti makanan rapu dan makanan segera atau mempromosikan makanan seimbang, berkhasiat dan selamat juga boleh menceritakan pelbagai perkara – negara pentingkan kesihatan rakyat atau keuntungan syarikat-syarikat perusahaan besar. Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). | ||
Sekolah halang murid guna komputer sumbangan PR Posted: 26 Aug 2013 04:18 PM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pentadbiran sebuah sekolah di Shah Alam dikatakan menghalang muridnya menggunakan komputer sumbangan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berikutan perbezaan fahaman politik. Hal itu didedahkan seorang Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), R Panner Selvam kepada TV Selangor selepas dimaklumkan guru besar sekolah berkenaan. "Tindakan tidak masuk akal itu merugikan murid kerana kita ada makmal komputer yang lengkap tetapi tidak digunakan hanya disebabkan alasan politik," katanya dipetik Selangorku. Beliau berkata, larangan itu bermula kira-kira lapan bulan lalu sejak pelantikan muka baru PIBG atas alasan makmal itu didakwa beroperasi haram. Katanya, pentadbiran sekolah itu dikatakan mengenakan yuran RM70 setahun terhadap murid bagi menampung kos penyelenggaraan makmal komputer itu. "Yuran dikutip dari Januari atau Februari tetapi kelas tak jalan," katanya yang turut mendakwa kelas komputer itu tidak mengikut jadual. Timbalan YDP PIBG, Selvarajah Palaniappan, pula berkata PIBG sudah membawa bantahan kepada pentadbiran sekolah. Mengulas isu itu, Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Melawati, S Manikavasagam, berkata kerajaan Selangor pada 2010 berbelanja RM85,000 untuk membeli 45 komputer bagi pembelajaran murid SJKT Ladang Rasak, Subang . "Ini tidak patut berlaku sebab tidak kiralah siapa yang beri komputer, sekolah harus manfaatkan untuk masyarakat kita," kata Pengarah Biro Aduan Rakyat PKR itu. | ||
Mahkamah terima rayuan, Sirul mungkin dianiaya Posted: 26 Aug 2013 04:01 PM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] - Mahkamah Rayuan pada hari Jumaat lalu menggariskan bahawa Sirul dan tertuduh pertama Cif Insp Azilah Hadri dibebaskan dari tuduhan berkenaan memandangkan pembantu peribadi Datuk Seri Najib Razak, Musa Safri tidak ditampilkan sebagai saksi. Sirul dalam kenyatannya dari kandang tertuduh telah menyebut bagaimana beliau dijadikan "kambing hitam" oleh polis untuk dikorbankan demi memelihara rancangan pasukan tersebut. Hakim Mahkamah Rayuan Tengku Maimun Tuan Mat dalam penghakiman bertulis tersebut menjelaskan sebab mahkamah tidak menerima bukti daripada pegawai polis yang membawa Sirul ke rumah tertuduh berkenaan untuk mengecam bahan bukti. Terdapat pengakuan bertentangan dan tidak konklusif mengenai penemuan satu jaket hitam dan barang kemas milik Altantuya dalam jaket tersebut, penghakiman itu dipetik. Tengku Maimun juga menyatakan, tiada keterangan yang konklusif mengenai kata-kata yang disebut oleh Sirul berhubung penemuan jaket tersebut. Katanya lagi, seorang saksi polis menyebut bahawa Sirul memberitahu barang kemas itu disimpan dalam jaket tersebut tetapi seorang lagi pegawai polis tidak mendedahkan kenyataan seperti itu. Hakim itu berkata, Sirul dalam keterangan menyebut bahawa pegawai polis yang mendakwa barang kemas itu disimpan dalam jaket berkenaan telah meminta tertuduh memegang jaket tersebut untuk rakaman gambar, sebanyak dua kali. "Pegawai polis yang sama mengeluarkan beberapa barangan daripada jaket yang sama dan meletakkan ke atas katil sebelum memaksa (Sirul) menunjukkan, dengan jari, ke arah kesemua barangan tersebut sebelum gambarnya dirakam. "Perayu kedua dengan itu menyatakan bahawa polis meletakkan barang kemas itu di rumahnya," katanya. Mahkamah turut mengambil kira fakta bahawa kunci rumah tersebut dipegang oleh anggota polis sebelum pencarian untuk jaket berwarna hitam dibuat dari dalam almari yang tidak berkunci di bilik Sirul yang tidak berkunci, kata hakim tersebut. malaysiakini.com | ||
Iraq larang guna ruang udaranya untuk serang Syria Posted: 26 Aug 2013 03:57 PM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] - BAGHDAD 27 Ogos - Iraq tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan ruang udara atau wilayahnya bagi melancarkan serangan ke atas Syria. "Kami tidak akan membenarkan penggunaan ruang udara untuk menyerang jiran kami. Pendirian kami tetap berhubung perkara ini," kata jurucakap Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki. Barat bercadang menggenakan tindakan ketenteraan terhadap Syria selepas mereka dituduh menggunakan senjata kimia sehingga mengakibatkan ratusan penduduk berhampiran Damsyik terbunuh. - AFP | ||
Pemilu Indonesia 2014 : Megawati beri laluan kepada Jokowi Posted: 26 Aug 2013 03:55 PM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Megawati Soekarnoputri membayangkan untuk tidak bertanding jawatan presiden sebaliknya akan menyokong tokoh-tokoh muda termasuk Gabenor Jakarta, Joko Widodo (Jokowi) mengambil bahagian dalam pilihan raya presiden 2014. Teh Jakarta Post melaporkan, esekutif Parti, Puan Maharani, yang juga anak perempuan Megawati berkata, pihak secara konsisten mencalonkan tokoh-tokoh muda dalam pilihan raya serantau dan berminat untuk menggunakan startegi sama di peringkat nasional. "Jika calon muda bersedia untuk dicalonkan (untuk pengundian presiden), mengapa tidak?" kata Puan selepas satu mesyuarat pada Selasa. "Sudah tentu Bu Mega mahu dipilih semula di PDI-P," tambah beliau. Parti pembangkang terbesar di Indonesia itu sehingga kini masih belum menamakan seorang calon presiden, sebarang keputusan terletak di tangan Megawati, yang kekal sebagai tokoh berpengaruh dalam parti nasionalis dan beberapa pendapat mengatakan beliau masih dilihat sebagai calon berpotensi untuk jawatan presidem biarpun tewas dalam dua pilihan raya yang lepas. Ini merupakan pertama kali Megawati mencadangkan parti membuka pencalonan kepada tokoh lain selain dirinya. Cadangan ini dibuat selepas pelbagai kajian mendapati bahawa Jokowi, sosok yang semakin meningkat dalam politik Indonesia adalah jauh lebih popular daripada Megawati dan bahawa beliau (Jokowi) akan mendapat paling banyak undi jika pilihan raya diadakan hari ini. Ketua penaung PDI-P, Taufiq Kiemas, secara terbuka berkata parti itu boleh mencalonkan beberapa ahlinya yang lebih muda untuk pengundian akan datang. "PDI-P mempunyai banyak [berpotensi] calon-calon presiden," kata Taufiq baru-baru ini, yang mempengerusikan Majlis Perundingan Rakyat (MPR). Selain daripada Jokowi, Puan dan timbalan speaker Dewan Pramono Anung juga telah disebut-sebut oleh beberapa pemerhati sebagai bakal calon presiden. Tetapi Jokowi telah terbukti menjadi pilihan utama. Satu tinjauan pendapat dilakukan baru-baru ini berdasarkan badan pemikir Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) yang berpengkalan di Jakarta, misalnya, mendapati bahawa jika pilihan raya diadakan hari ini, Jokowi akan mendapat 28.6 peratus undi, Ketua Penaung Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Leftenan Jeneral (B) Prabowo Subianto dengan 15.6 peratus, Pengerusi Parti Golkar Aburizal Bakrie dengan 7 peratus dan Megawati dengan 5.4 peratus. Satu kajian oleh Pol-Tracking Institute bulan lepas juga menamakan Jokowi sebagai calon presiden paling popular disebabkan banyak liputan negatif media terhadap tokoh-tokoh politik lain. Penganalisis politik, Arya Fernandez, berkata, Megawati sepatutnya telah lama sedar bahawa Jokowi adalah orang yang akan dapat memenangi petandingan merebut jawatan presiden. "Bagaimanapun, Megawati telah menunggu sehingga pemilihan Jokowi mencapai sekurang-kurangnya 40 peratus. Pada tahap itu,Megawati dan PDI-P akan yakin bahawa tidak akan ada cara Jokowi akan tewas dan dia harus dimasukkan dalam pemilihan presiden, "kata Arya. Jika pemilihan Jokowi adalah lebih tinggi, ia juga sesuatu yang mustahil untuk melihat Puan dipasangkan dengan beliau sebagai calon naib presiden. Jokowi enggan mengulas mengenai kaji selidik yang telah meletakkan beliau tangga teratas senarai calon-calon presiden, sebaliknya beliau mengatakan bahawa dia kini memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai gabenor Jakarta. Baru-baru ini, gabenor berhadapan dengan ancaman pemecatan dari beberapa ahli majlis berhubung masalah mengenai skim penjagaan kesihatan universal. "Keengganan Jokowi untuk mengulas mengenai tawaran presiden sebenarnya adalah sebahagian daripada strategi politiknya. Pertama, beliau masih belum menerima lampu hijau dari Megawati. Kedua, dia masih mengkaji pendapat rakyat mengenai usahanya, kerana banyak meminta supaya Jokowi yang menamatkan tempoh perkhidmatan beliau dalam pentadbiran Jakarta sebelum bertanding untuk presiden, "kata Arya. Philips J. Vermonte daripada CSIS berkata pada orang ramai kini berharap menacri alternatif lain selain muka-muka lama dalam pilihan raya presiden. Beliau berhujah bahawa kejayaan Jokowi telah menunjukkan bahawa ia adalah tidak mustahil untuk mempunyai calon alternatif. "Ia akan menjadi begitu malang jika PDI-P tidak mencalonkan Jokowi," katanya. astroawani.com | ||
Tujuh maut van berlanggar dengan bas di Filipina Posted: 26 Aug 2013 03:44 PM PDT 20 Syawal 1434 H. [MOD] - PUERTO PRINCESA 27 Ogos - Kesemua tujuh penumpang serta pemandu sebuah van maut selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas di Palawan, barat Filipina hari ini. Ketua polis daerah, Errol Adia berkata, van berkenaan bertolak dari Puerto Princesa sebelum bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan. Jumlah sebenar penumpang bas masih tidak diketahui tetapi kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Punca sebenar kemalangan tidak didedahkan pihak polis. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan