N50 Dun Sri Muda |
- Gelombang Syiah Semakin Menular Dikalangan Masyarakat Kita
- 20% Daripada 28.3 Juta Rakyat Malaysia Punya Masalah Mental
- Saifudin Nasution Lapor Diri Ke Pejabat MB
Gelombang Syiah Semakin Menular Dikalangan Masyarakat Kita Posted: 23 Jul 2013 12:48 AM PDT SHAH ALAM – Kerajaan digesa bertindak segera bagi membendung gelombang Syiah yang kini berada di paras bahaya sehingga boleh mencetuskan krisis. Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, kealpaan semua pihak membendung penularannya menjadi punca Syiah berkembang pesat di Malaysia. "Pada awal 1990-an, bilangan pengikut Syiah sekitar 400 orang sahaja, tetapi kini kita tidak ambil perhatian dengan perkembangan itu. "Pada awalnya, mereka menyebarkan ajaran itu di universiti-universiti, tetapi gerakan Syiah telah mengeksploitasikan perkembangan masyarakat Malaysia melalui hubungan antara masyarakat, politik, NGO dan perdagangan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Ditanya bagaimana ajaran Syiah ini mampu berkembang dengan cepat, beliau berkata, antara strategi yang digunakan adalah melalui tarkiyah (berpura-pura) di sebalik badan NGO dan politik. Katanya, satu ketika dahulu Malaysia pernah menerima kunjungan seramai 70,000 pengikut Syiah. "Ini proses normalisasi, apabila ada pemimpin politik dan gerakan Islam yang menjadi pendukung Syiah, masyarakat akan anggap ia tidak bahaya. "Apabila ada perkara buruk dilemparkan terhadap kumpulan ini, akan ada pemimpin cuba neutralkan keadaan dengan memberitahu kebaikan Syiah," katanya. Menurutnya, ilmuwan, Dr Yusuf al-Qaradawi pernah menasihati Malaysia untuk membendung Syiah. "Beliau pernah diajak berdialog bersama puak Syiah, tetapi terpaksa dibatalkan kerana mereka tidak mahu menghormati perjanjian untuk tidak menyebarkan ajaran mereka ke negara Sunni. Sekarang negara dalam keadaan bahaya dan parah," katanya. Mengenai kenyataan Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz yang mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan antara 300,000 dan sejuta orang, Abdullah Zaik berkata, angka itu sengaja diperbesarkan bagi melambangkan mereka punyai pengaruh yang kuat. "Apabila Kedah mewartakan Syiah haram, mereka mahu nampak kuat dan nampak ramai. Dengan itu, mereka boleh guna alasan hak asasi untuk tidak diganggu gugat dan mendakwa didiskriminasikan jika kerajaan mengambil tindakan," katanya. sinarharian |
20% Daripada 28.3 Juta Rakyat Malaysia Punya Masalah Mental Posted: 23 Jul 2013 12:05 AM PDT Satu peratus daripada keseluruhan 28.3 juta penduduk Malaysia menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi menghadapi masalah kesihatan mental, kata Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata, antara masalah kesihatan mental itu seperti murung, tekanan dan keresahan. Menyedari tidak mudah untuk mengenal pasti masalah emosi dan tekanan mental seseorang, katanya, kementerian itu menyediakan kemudahan saringan bagi mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu. "Ini dilakukan di 806 buah klinik kesihatan, 40 buah hospital dan empat hospital mental di seluruh negara. "Ada 224 pakar psiakiatri dan 100 pakar psiakiatri klinikal di seluruh negara," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator S Bagiam Ayem Perumal di Dewan Negara hari ini. Kepada soalan asal Bagiam yang bertanyakan langkah Kementerian Kesihatan untuk memberi kesedaran mengenai masalah stres kepada rakyat, beliau berkata: "Ia termasuk mewujudkan satu portal mengenai perkara itu dan mempertingkat program dan latihan kemahiran menangani stres dalam kalangan komuniti," katanya. - Bernama, |
Saifudin Nasution Lapor Diri Ke Pejabat MB Posted: 22 Jul 2013 07:34 PM PDT Datuk Saifudin Nasution Ismail (gambar) hari ini melaporkan diri ke pejabat Menteri Besar Selangor sebagai Ketua Staff, jawatan yang baru diwujudkan untuk beliau. Setiausaha Agung PKR itu melaporkan diri jam 12 tengahari tadi kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi. Walaupun melaporkan diri hari ini, pelantikan sebagai Ketua Staff ala pejabat Presiden Amerika itu bermula dari 1 Julai lagi. Selepas bertemu Khalid, Saifudin bertemu dengan Penasihat Undang-undang Negeri untuk membincangkan tugas barunya itu. Sebagai Ketua Staff pejabat MB Selangor, Saifudin bertanggungjawab untuk menyelia semua kakitangan di pejabat itu. Setaraf dengan beliau dari segi perjawatan adalah Ketua Setiausaha Sulit Kanan yang disandang oleh seorang bekas Pegawai Daerah yang menggantikan ketua setiausaha sulit Khalid sebelum ini malaysianinsider |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan