Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:04 PG

:: cina islam | 2011 ::


Mahkamah Kekalkan Kemenangan BN Di Parlimen Balik Pulau & DUN Teluk Bahang

Posted: 23 Jul 2013 04:10 AM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

GEORGE TOWN: Mahkamah Pilihan Raya di sini, Selasa mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Balik Pulau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Bahang selepas menolak dua petisyen yang difailkan calon PKR.
Hakim Hadhariah Syed Ismail menolak petisyen itu atas alasan kedua-dua pempetisyen gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Kaedah 15 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954. Beliau menolak kesemua petisyen itu dengan kos.
Bagi kawasan Parlimen Balik Pulau, Hadhariah mengarahkan pempetisyen yang difailkan Muhammad Bakhtiar Wan Chik membayar kos RM40,000 kepada responden pertama iaitu anggota Parlimennya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, responden kedua pegawai pengurus bahagian pilihan raya Parlimen Balik Pulau dan responden ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagi DUN Teluk Bahang, mahkamah mengarahkan pempetisyen yang difailkan Datuk Abdul Halim Hussain membayar kos RM10,000 kepada responden pertama anggota DU NTeluk Bahang Datuk Shah Haedan Ayoob Hussain Shah, respoden kedua pegawai pengurus bahagian Pilihan Raya DUN Teluk Bahang dan SPR. Pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, Dr Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan menewaskan calon PKR, Muhammad Bakhtiar dengan majoriti 1,539 undi bagi kerusi Parlimen Balik Pulau, manakala Shah Haedan memenangi kerusi DU NTeluk Bahang selepas menewaskan calon PKR, Abdul Halim dengan majoriti 801 undi.
BN pada prosiding petisyen itu diketuai peguam Abu Bakar As-Sidek, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Syed Faisal Syed Abdullah.
Responden kedua dan ketiga pula diketuai peguam L.Chandra Devi. - BERNAMA

Jangan timbulkan provokasi sepanjang pengundian esok: KP Terengganu

Posted: 23 Jul 2013 01:40 AM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


BESUT: Polis hari ini mengingatkan penyokong parti bertanding tidak menimbulkan provokasi sepanjang proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, esok. 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata kesemua tempat mengundi dijangka sesak berikutan kehadiran penyokong parti dari luar menjelang hari pengundian untuk memberi sokongan dan meraih undi. 



Bercakap dalam sidang media di sini, hari ini, beliau berkata perbezaan budaya antara penduduk luar dan setempat dibimbangi mampu mencetuskan ketegangan di antara dua pihak. 


"Kita percaya penduduk tempatan tidak bertindak demikian namun yang membimbangkan penyokong dari luar yang agresif untuk meraih undi sehingga mencetuskan kekecohan. 

"Insiden seperti ini berlaku pada pilihan raya umum lalu dan kita tidak mahu ia berulang," katanya, sambil meminta para penyokong menghormati budaya masyarakat setempat supaya proses esok berjalan lancar. 

Bagaimanapun, katanya, polis mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar. 

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 20 permohonan permit untuk mengadakan ceramah dan tayangan video diluluskan semalam. 
Katanya, pemantauan polis mendapati kesemua ceramah itu berlangsung secara aman tanpa dicemari sebarang insiden yang tidak diingini. 

"Saya mengingatkan kepada parti bertanding tempoh berkempen akan tamat jam 12 tengah malam ini dan selepas itu tidak dibenarkan mana-mana pihak mengadakan kempen jika masih ingkar tindakan akan diambil," katanya. 

Beliau berkata, sepanjang proses pengiraan undi berlangsung polis akan meningkatkan tahap keselamatan bagi menggelakkan sebarang insiden yang tidak diingini. 

Katanya, polis juga tidak membenarkan sebarang perarakan bagi meraikan kemenangan menggunakan motosikal, kereta mahupun secara berjalan kaki.

- BERNAMA

Che Long mengundi 8 pagi di SK Kampung Baharu

Posted: 23 Jul 2013 01:38 AM PDT


14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

BESUT: Calon PAS N.01 Kuala Besut Azlan@Endut Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu seawal jam 8.00 pagi esok.


Pengurus Kempen PRK Kuala Besut Hanapiah Mat berkata, untuk kempen pusingan akhir pada hari ini Che Long akan bertemu seberapa banyak pengundi di sini.

Katanya, sebaik Che Long membuang undi awal pagi esok beliau akan hadir di setiap unit peti undi iaitu lapan peti yang berakhir di unit peti undi Bukit Puteri.


Lapan peti undi itu termasuklah, Tok Saboh, Bukit Puteri, kampung Baharu, Pulau Perhentian, Kampung Nangka, Kampung Nail, Seberang Barat dan Sebarang Barat Luar.  



Selain bertemu mata, katanya Che Long turut mengajak kenalan untuk mengundinya esok hari melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), facebook dan menelefon.



"Kita mengharapkan keajaiban yang ada pada Che Long, sama ada orang tua atau muda ambil kesempatan undi Che Long,"katanya.



Hari ini juga Che Long akan ke  Pulau Perhentian buat kali ke dua dan akan tertumpu kepada pengundi-pengundi terpilih sahaja.



"Saya mewakili calon merayu seluruh penduduk Kuala Besut untuk memberi undi kepada Che Long yang rata-rata dikenali penduduk di sini," katanya dalam sidang media di Markaz Besar PAS PRK Kuala Besut hari ini.

Harakahdaily/-

PAS ada peluang jika pengundi luar pulang

Posted: 23 Jul 2013 01:36 AM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

(Kempen Che Long di Pulau Perhentian...kepulangan pengundi luar menjadi faktor yang bakal menentukan menang kalah PAS dalam pilihan raya kecil ini.


KUALA LUMPUR: PAS berpeluang menang di pilihan raya kecil Kuala Besut jika berjaya membawa pulang semua pengundi luar yang ada di dalam pilihan raya ini di samping memujuk pengundi muda untuk mengundinya.


Kajian yang dibuat oleh Ilham Centre dari 18 hingga 21 Julai 2013 ke atas 546 respondan dari lapan peti undi dalam Kuala Besut mendapati, populariti calon PAS sangat tinggi berbanding calon BN.



"Kajian ini  yang diadakan pada 18 sehingga 21 Julai 2013 menunjukkan populariti calon PAS  jauh mendahului 71 peratus berbanding 14 peratus bagi calon BN," kata Mohamad Hisomudin Bakar, Pengarah Eksekutif Ilham Centre berdasarkan kajian yang dibuatnya.



Walaupun calon PAS popular tetapi kajian Ilham mendapati, faktor pengundi luar yang terdedah kepada media baru bakal menentukan keputusan pilihan raya ini.



"Jika PAS tidak berjaya membawa balik pengundi luar ini, kami jangka majoriti BN akan meningkat," kata Hisomudin.



Ilham Centre mempunyai reputasi yang baik dalam kajian pra pilihan raya ekoran hampir kesemua ramalan badan ini dalam pilihan raya kecil musim lalu hampir tepat.



Kira-kira 17,000 pengundi Kuala Besut akan mengundi 24 Julai esok di lapan pusat mengundi seluruh pekan yang terkenal dengan pelancongan itu. Pengundian akan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. 



SPR menjangkakan, keputusan rasmi dijangka akan diperolehi jam 10.30 malam ekoran bulan Ramadhan namun keputusan tidak rasmi dijangka akan mula diterima sekitar jam 7.30 malam.



PAS turun sebagai underdog dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut ini selepas kalah dengan majoriti agak besar dalam PRU12 yang lalu iaitu 2,400 undi.



Penampilan  Che Long  sebagai calon PAS bagaimanapun  menjadikan pertembungan adalah sengit dan sukar diramal. 



Walaupun Che Long sangat popular namun kekuatan imej Che Long ini kelihatan tidak dapat diterjemahkan kepada bentuk undi  oleh responden atas beberapa faktor yang lebih dominan, lapor Ilham Centre.



Sejarah pertembungan radikal dan ekstrim PAS – UMNO suatu ketika dahulu yang menyaksikan isu yang kontroversi seperti kafir-mengkafir dan sembahyang dua imam masih membayangi pengundi.  



Penampilan Che Long yang mewakili PAS yang dilihat membawa imej kebajikan untuk semua dan perwatakan rentas  parti belum berjaya memadamkan legasi lama ini.   



Sikap responden yang memberi wajaran tinggi kepada soalan-soalan positif tentang Che Long  perlu diberi perhatian. 



51.2 pengratus responden misalnya bersetuju bahawa Che Long adalah seorang peniaga yang cukup dermawan manakala 65.1 peratus menerima Che Long sebagai  seorang yang ramah dan mudah mesra.  



Kekuatan figura Che Long berdepan dengan dilema pengundi untuk diterjemahkan kepada  bentuk undi, kata Ilham. 



"Kempen agresif dan mewah oleh jentera Barisan Nasional membelenggu  pertimbangan rasional pengundi di sini. Elemen bantuan rakyat dimanipulasi sepenuhnya oleh  jentera kerajaan dalam pelbagai bentuk sama ada bersifat one off hinggalah kepada janji-janji  yang mengikat minda pengundi," lapor Ilham.



Kebanyakan responden mengakui terpengaruh dengan  manipulasi ini sehinggakan peratus prediksi kemenangan memihak kepada Barisan Nasional mendahului sebanyak 69 peratus berbanding hanya 13 peratus kepada PAS.

Mahkamah P’raya tolak 5 petisyen di Kelantan

Posted: 23 Jul 2013 01:35 AM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk John Louis O'hara hari ini mengekalkan Dun Air Lanas, Dun Kok Lanas, Dun Manek Urai, Dun Mengkebang dan parlimen Ketereh sebagaimana keputusan pilihan raya umujm ke-13 pada 5 Mei lalu.


Dun Air Lanas, Kok Lanas dan parlimen Ketereh dimenangi BN, manakala Dun Mengkebang dan Manek Urai pula kekal di tangan PAS.

Sebelum itu pada prosiding Dun Air Lanas yang dimenangi Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan 47 undi, hakim tidak menyifatkan rasuah dilakukan agen calon BN memandangkan agen tidak dilantik secara bertulis.



Pada perbicaraan minggu lepas, peguam pempetisyen Dun Air Lanas, Hisham Fauzi menjelaskan segala butiran lengkap mengenai kejadian rasuah disediakan.



Katanya, butiran itu mengandungi tarikh, tempat, masa dan jawatan agen berkenaan dalam politik, yang mana ia sudah dianggap relevan ketika mengemukakan petisyen tersebut.



Kata beliau perlakuan agen berkenaan secara jelas termasuk dalam senarai kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.



Hakim menolak setiap petisyen peringkat dengan kos RM30,000 perlu dibayar pempetisyen kepada responden pertama. Manakala parlimen Ketereh pula ditolak dengan kos RM40,000.



Pada pilihan raya umum lalu Dun Dun Kok Lanas dimenangi Datuk Mohd Alwi Che Ahmad BN dengan majoriti 169 undi dan parlimen Ketereh dimenangi Tan Sri Annuar Musa (BN) - 974 undi.



Manakala Dun Mengkebang dimenangi Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS) dengan majoriti 1,072 undi) dan Manek Urai – Mohd Fauzi Abdullah (PAS) – 1,633 undi).



Pada petisyen tersebut Hisham turut dibantu peguam Abdul Rashid Yah dan empat lagi peguam. Manakala responden pertama diketuai Dato' Mohd Hafarizam Harun disertai Ilias Mohd Noor dan Nor Azli Ahmed.



Pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya diwakili peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad dan dibantu Najib Zakaria. 



Berikutan perkembangan itu petisyen di Kelantan hanya tinggal membabitkan parlimen Bachok, Dun Gaal dan Dun Jelawat. Pada 5 Mei lalu kesemua kerusi tersebut dimenangi PAS.



Pembicaraan petisyen parlimen Bachok dan Dun Jelawat sebelum ini ditetapkan pada 12 hingga 15 dan 18 hingga 22 Ogos hadapan. Manakala bagi Dun Gaal pula pada 1 hingga 5 September.



Petisyen parlimen Machang ditolak pada prosiding sebelum ini.

Harakahdaily/-


SMS tidak bertanggungjawab, Warga emas ke rumah wakil calon PAS minta zakat

Posted: 23 Jul 2013 01:32 AM PDT


14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


PAS Besut membuat laporan polis awal pagi tadi meminta pihak berkuasa menyiasat berhubung dakwaan penyebaran SMS yang meminta pengundi di Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baru pergi ke rumah calon PAS untuk menerima zakat.

Laporan polis itu dibuat oleh yang dipertuanya Wan Azhar Wan Ahmad (kiri) di Balai Polis Kuala Besut kira-kira jam 3.52 pagi tadi.

Ia dibuat selepas 15 orang warga emas hadir ke rumahnya di Kampung Raja kira-kira jam 9 malam tadi, bertanyakan mengenai pemberian zakat itu oleh calon PAS Azlan Yusof.
Bercakap dalam sidang medianya pagi ini, Wan Azhar berkata dan terkejut dengan penyebaran SMS daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, apatah lagi, namanya turut tertera dalam SMS itu - sebagai wakil calon - yang didakwa menghantar SMS berkenaan kepada pengundi


NONESMS tersebut berbunyi: "Adik kakok pengundi UPU Kg Baru yang nak undi atau doa untuk Che Long (Azlan) malam ni, Che Long nak beri zakat sempena Ramadan dan raya. - Wan Azhar".

"Apabila disemak, SMS itu dihantar dengan menggunakan nombor telefon saya. Ertinya nombor ini, adalah nombor yang diklon, daripada nombor telefon saya yang sebenar.

"Mesej yang dihantar dengan jumlah yang agak banyak... Ini satu perancangan jahat yang dilakukan oleh pihak yang terdesak dalam menghadapi pilihan raya kecil ini," katanya.

'Zakat boleh mohon di pejabat agama'


Menurutnya lagi, berdasarkan semakan yang dibuatnya SMS itu disebarkan secara meluas dan seramai 50 individu menerima mesej yang sama selepas menghubungi mereka untuk membuat semakan.

Wan Azhar juga menjangkakan SMS seumpama itu akan beredar dalam tempoh kempen yang berbaki tengah malam ini untuk mencetuskan kemarahan kepada calon PAS Azlan Yusof dan kepimpinan parti itu.

Sehubungan itu, beliau juga akan membuat tindakan susulan untuk meminta SKMM menyiasat pihak yang bertanggungjawab yang mengklon dan memajukan SMS itu kepada masyarakat.

Menceritakan kunjungan meminta zakat di rumahnya malam tadi, Wan Azhar berkata: 

"(Saya kata kepada mereka) saya adalah wakil calon, tidak boleh memberikan wang. Itu adalah larangan yang perlu saya jaga. Dan saya berterus terang (kepada mereka) duit zakat boleh di mohon di pejabat agama Islam," katanya.

Wan Azhar bagaimanapun tidak mengetahui pihak yang bertanggungjawab mengklon dan menyebar SMS palsu itu dan meminta polis membuat siasatan.

Malaysiakini/-

UPP Kedah Tahan Lelaki, Rampas Mercun Bernilai RM3,000

Posted: 23 Jul 2013 12:10 AM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam, ASP Shahidan Ladin (kanan) dan anggotanya menunjukkan pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM3,000 yang dirampas dalam satu sekatan di KM1.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah Thailand ke Changlun di Bukit Kayu Hita,, kira-kira 4 petang Isnin. Pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 38 tahun dan kes disiasat Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 yang sabit kesalahan didenda sebanyak 10 kali nilai barangan dan tidak melebihi lebih 20 kali ganda nilai barangan atau kedua-duanya sekali. Foto BERNAMA


BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun serta merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM3,000 yang cuba diseludup masuk ke negara ini pada Isnin.
Komander UPP Bukit Kayu Hitam, ASP Shahidan Ladin berkata, kira-kira pukul 4 petang Isnin, anggotanya menahan sebuah kereta jenis Proton Persona di Km 1.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah Changlun yang didapati mencurigakan.

Pemeriksaan ke atas kereta itu menemukan pelbagai jenis mercun dan bunga api berbahaya diletak di tempat duduk belakang dan bonet belakang serta ditutup dengan kain berwarna gelap.
"Modus operandi suspek menutup barangan terlarang itu dengan kain berwarna gelap bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan mengambil kesempatan masuk ke negara ini ketika trafik sibuk iaitu waktu kakitangan kerajaan balik kerja.
"Kita percaya mercun ini akan dihantar kepada seorang ejen di Pulau Pinang dan menjualnya pada harga tiga kali ganda nilai barangan tersebut," katanya kepada pemberita di sini, Selasa. - BERNAMA

Makkah jadi kota raya pintar: Datuk Bandar

Posted: 23 Jul 2013 12:09 AM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


MAKKAH: Projek menaik taraf besar-besaran yang dilaksana di kota Makkah oleh kerajaan Arab Saudi sejak akhir musim haji lalu akan menjadikan tanah suci umat Islam itu sebuah bandar raya pintar. 

Projek yang merangkumi perumahan, pengangkutan serta kemudahan lain termasuk lawatan ke tempat bersejarah itu akan menjamin keselamatan dan keselesaan umat Islam ketika mereka mengerjakan ibadah haji atau umrah. 

Datuk Bandar Kota Makkah, Dr Osama Al-Bar berkata, dalam usaha menjadikan Makkah sebagai kota raya moden, dua projek mega dilaksana selain projek khas membabitkan pembesaran Masjidil Haram. 


Projek pertama membabitkan penyediaan infrastruktur jalan yang bermula sejak 2010 dan dijangka siap pada 2017, manakala satu lagi projek membabitkan pengangkutan awam iaitu tren metro dan bas. 

"Rangkaian metro ini mengandungi empat laluan. Diharapkan fasa pertama akan bermula pada Jun 2014. Jarak keseluruhan ialah 182 kilometer dengan 88 stesen dan laluan mencapai seluruh Makkah," katanya di pejabatnya, di sini. 

Menurutnya, dua pertiga daripada laluan metro itu adalah di atas tanah manakala baki yang meliputi kawasan tengah dan berhampiran Masjidil Haram akan dibina bawah tanah. 

Pembesaran kawasan Masjidil Haram sejak tahun lalu pula membolehkan masjid itu memuatkan 400,000 jemaah solat pada satu-satu masa ketika Ramadan ini. 
"Kerja pembesaran yang dijadual mengambil masa tiga tahun ini bermula pertengahan November lepas, sejurus selesai musim haji. Apabila projek ini siap, masjid dapat menampung 1.5 juta jemaah solat. Akan tetapi kapasiti itu boleh dimaksimumkan mencecah dua juta orang," katanya. 

Beliau percaya kapasiti baru itu boleh menampung keperluan bagi tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun. 

"Terdapat peningkatan kehadiran umat Islam sekarang kerana kedudukan ekonomi orang Islam di kebanyakan negara adalah baik," katanya. 

Menurutnya, projek itu adalah yang paling komprehensif dalam sejarah pembesaran Masjidil Haram. 

"Apabila Raja Abdullah ditabal sebagai Raja Arab Saudi pada Ogos 2005, projek pertama yang baginda laksana ialah pembesaran kawasan Mas'aa (kawasan untuk ibadah Saie). Projek itu siap dua tahun lepas dan meningkatkan kapasiti jemaah daripada 28,000 sejam kepada 130,000 orang," katanya. 

Menurutnya, kini wujud keperluan baharu untuk meningkatkan kapasiti Mataf iaitu kawasan tawaf. 

"Projek ini baharu sahaja bermula. Apabila siap kelak akan dapat menampung sekitar 48,000 hingga 130,000 jemaah setiap jam," katanya. 

Selain itu, katanya, projek kereta api laju antara Madinah dan Makkah yang dijadual siap dalam masa dua tahun, akan memendekkan tempoh perjalanan antara kedua-dua bandar suci itu kepada dua jam, berbanding lima jam jika menggunakan pengangkutan jalan. 

"Kami juga ada rangkaian Internet yang berkeupayaan tinggi," katanya menambah projek menaik taraf kota suci itu adalah pelaburan masa depan untuk semua umat Islam bukan hanya untuk rakyat Arab Saudi. 

"Rakyat Saudi hanya sebahagian kecil," katanya. - BERNAMA 

Gempa Bumi Lemah Berlaku Dekat Kudat, Sabah

Posted: 22 Jul 2013 10:07 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku berhampiran Kudat, bahagian pantai utara Sabah pada kira-kira pukul 9.14 pagi Selasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa bumi terletak di 6.8 (darjah) Utara dan 117.1 (darjah) Timur iaitu kira-kira 377 kilometer barat daya dari Palawan, Filipina dan 11km dari Pitas, Sabah.
Gegaran turut dirasai di Pitas, Sabah.
Jabatan itu sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan maklumat terkini. - BERNAMA

Enam pelatih lahirkan bayi di kem PLKN sejak 2004

Posted: 22 Jul 2013 10:03 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kementerian Pertahanan hari ini mendedahkan, enam kes pelatih melahirkan bayi semasa menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak dilaksanakan pada 2004.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahman Bakri, berkata kementerian sedang mengkaji cadangan bagi mengadakan ujian kehamilan dan mengumpul maklum balas dari pelbagai agensi.
Ini kerana, beliau berkata pelatih perlu membuat perakuan termasuk ujian kehamilan dengan mengisi borang perakuan kesihatan.
"Tarikh haid terakhir perlu dinyatakan tetapi jika tidak pasti, pelatih akan dirujuk kepada pakar perubatan kerajaan.
"Bagaimapun kesahihan borang itu sepenuhnya bergantung kepada kejujuran pelatih itu sendiri," katanya.
Abdul Rahman berkata demikian menjawab soalan lisan Senator Datuk Lim Nget Yoon pada sidang Dewan Negara, hari ini.
Mengenai bilangan pelatih PLKN, beliau berkata seramai 150,000 pelatih akan menjalankan latihan PLKN di seluruh negara pada 2014 berbanding 140,000 pada tahun ini. TMI/-

Tiga pembekal topi ada kaitan pimpinan SPR, dakwa Rafizi

Posted: 22 Jul 2013 10:01 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Syarikat pembekal topi pada pilihan raya lalu diberi kepada pihak yang ada kaitan dengan kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Rafizi Ramli.
Pada sidang media di ibu pejabat PKR, Pengarah Strategi PKR itu mendakwa, tiga syarikat yang diberi tender topi ada kaitan dengan Mohamed Salleh Mohd Ali yang juga pembekal 'kontroversi' dakwat kekal.
"Melalui semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tiga syarikat itu ada hubung kait secara langsung dengan Mohamed Salleh, individu yang menerima kontrak pembekalan dakwat kekal," katanya.
Rafizi berkata, tiga syarikat itu ialah Nash Ventures Sdn Bhd, Ayumi Resources Sdn Bhd dan Bumi Textiles Sdn Bhd, ketiga-tiganya mendapat kontrak menerusi rundingan terus. TMI.

Angka korban gempa bumi di China meningkat kepada 89

Posted: 22 Jul 2013 09:52 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


BEIJING: Angka korban susulan gempa bumi kuat di kawasan pertanian di barat laut China semalam, meningkat kepada 89 apabila anggota penyelamat meneruskan misi mencari mangsa hari ini. 

Sementara itu, lima lagi mangsa dilaporkan masih hilang manakala 628 cedera dalam gempa bumi berhampiran bandar Dingxi, wilayah Gansu. 


Pentadbiran gempa bumi wilayah berkata menerusi laman webnya, kira-kira 123,000 penduduk terjejas berikutan gempa itu, dengan 31,600 orang dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. 

Susulan gempa itu, kira-kira 2,000 kediaman musnah sama sekali, manakala 22,500 rosak teruk. - AP 

IPU tidak sihat di Muar, Bukit Rambai dan Pelabuhan Klang hari ini

Posted: 22 Jul 2013 09:51 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Hanya tiga kawasan iaitu Muar, Bukit Rambai dan Pelabuhan Klang mencatatkan kualiti udara tidak sihat pagi ini berbanding lima semalam. 

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan sehingga 9 pagi ini di Muar menunjukkan bacaan 113, Bukit Rambai (115) dan Pelabuhan Klang (104). 

Sebanyak 43 kawasan lain mempunyai bacaan IPU sederhana termasuk enam yang menghampiri paras tidak sihat iaitu Banting dengan IPU 92 selain Nilai, Shah Alam, Kemaman, Cheras dan Putrajaya dengan IPU masing-masing 90. 

Menurut portal itu lima kawasan mempunyai kualiti udara yang baik iaitu Sandakan, Tawau, Sarikei, Sibu dan Sri Aman. 


Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. - BERNAMA

Satu peratus penduduk Malaysia hadapi sakit mental

Posted: 22 Jul 2013 09:50 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Satu peratus daripada 28.3 juta penduduk Malaysia menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi menghadapi masalah kesihatan mental seperti murung, tekanan dan keresahan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. 

Menyedari tidak mudah untuk mengenal pasti masalah emosi dan tekanan mental seseorang, Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan saringan bagi mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu. 


Ini dilakukan di 806 klinik kesihatan, 40 hospital dan empat hospital mental di seluruh negara, katanya. 


"Terdapat 224 pakar psiakiatri dan 100 pakar psiakiatri klinikal di seluruh negara," kata Dr Hilmi ketika menjawab soalan tambahan Senator S Bagiam Ayem Perumal pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, hari ini. 

Kepada soalan asal Bagiam yang bertanyakan langkah Kementerian Kesihatan untuk memberi kesedaran mengenai masalah stres kepada rakyat, beliau berkata ia termasuk mewujudkan satu portal mengenai perkara itu dan mempertingkat program dan latihan kemahiran menangani stres dalam kalangan komuniti. 

- BERNAMA

Kualiti udara di Muar makin merosot malam tadi

Posted: 22 Jul 2013 06:26 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kualiti udara di Muar semakin merosot apabila mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 107 pada 9 malam ini berbanding 102 jam 4 petang semalam.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan di kawasan itu berada pada tahap 106 pada 7 malam hingga 8 malam sebelum merosot kepada 107 sejam kemudian.

Dua kawasan mula menunjukkan penurunan kadar IPU tetapi masih dalam kategori udara tidak sihat iaitu Bukit Rambai (116 pada 9 malam/122 pada 4 petang) dan Banting (104 pada 9 malam/111 pada 4 petang).
Dua lagi kawasan menunjukkan penurunan bacaan IPU namun pada tahap sederhana iaitu Cheras (82 pada 9 malam/117 pada 4 petang) dan Bandar raya Melaka (95 pada 9 malam/101 pada 4 petang).
Kualiti udara di Pelabuhan Klang dan Putrajaya pula menghampiri status tidak sihat dengan bacaan IPU masing-masing 99 dan 96.
Sebanyak 38 kawasan lain mencatat IPU sederhana manakala 11 masih memiliki kualiti udara yang baik, kebanyakannya di Sabah dan Sarawak.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.
JAS, dalam satu kenyataan petang tadi, menyebut punca kemerosotan kualiti udara adalah dipengaruhi jerebu merentasi sempadan.- Bernama

Saifudin Nasution lapor diri sebagai Ketua Staff Pejabat MB Selangor

Posted: 22 Jul 2013 06:25 PM PDT


14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Datuk Saifudin Nasution Ismail (gambar)  semalam melaporkan diri ke pejabat Menteri Besar Selangor sebagai Ketua Staff, jawatan yang baru diwujudkan .

Setiausaha Agung PKR itu melaporkan diri jam 12 tengahari tadi kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Walaupun melaporkan diri hari ini, pelantikan sebagai Ketua Staff ala pejabat Menteri Besar Selangor  itu bermula dari 1 Julai lagi.
Selepas bertemu Khalid, Saifudin bertemu dengan Penasihat Undang-undang Negeri untuk membincangkan tugas barunya itu.
Sebagai Ketua Staff pejabat MB Selangor, Saifudin bertanggungjawab untuk menyelia semua kakitangan di pejabat itu.
Setaraf dengan beliau dari segi perjawatan adalah Ketua Setiausaha Sulit Kanan yang disandang oleh seorang bekas Pegawai Daerah yang menggantikan ketua setiausaha sulit Khalid sebelum ini. - 22 Julai, 2013.
themalaysianinsider.com

Tarik balik saman ahli perniagaan terhadap Zahid batal

Posted: 22 Jul 2013 06:18 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kes mahkamah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berlarutan berikutan ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah membatalkan pengantaraan minggu lalu berkaitan penarikan balik saman terhadap menteri dalam negeri itu.

Peguam kepada Amir Bazli, Karpal Singh, berkata anak guamnya tidak berpuas hati dengan perbicaraan yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Shah Alam minggu lalu.

"Dia berasa terancam. Ahmad Zahid tidak hadir ke mahkamah sebagai tertuduh tetapi sebagai seorang menteri.
"Beliau diiringi polis, pengawal peribadi dan kira-kira 30 penyokong. Semua ini adalah elemen ancaman," katanya kepada The Malaysian Insider.
Berikutan itu, Karpal berkata, mereka memutuskan untuk membatal semua yang berlaku antara Amir Bazli dan Ahmad Zahid ketika menggunakan pengantara.
Pengantara ialah Rohani Ismail yang juga Hakim Mahkamah Seksyen menjalankan rundingan kira-kira 90 minit tanpa kehadiran peguam.
Amir Bazli selepas proses rundingan itu kemudian menarik balik saman manakala Ahmad Zahid membatalkan saman balas.
Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim mewakili pasukan guaman Ahmad Zahid memberitahu wartawan, pampasan diputuskan tanpa campur tangan peguam.
Amir Bazli pula menyatakan rasa puas hati dengan hasil pengantaraan tetapi sukar menerima terma berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Pusat Pengantaraan Malaysia, Datuk Khutubul Zaman Bukhari, berkata rundingan biasanya dijalankan dengan kehadiran peguam.
Khutubul yang juga bekas Pengerusi Majlis Peguam, berkata peguam turut hadir semasa terma dan syarat dirangka bagi penyelesaian luar mahkamah.
Amir Bazli memfail saman pada Julai 2007 terhadap Ahmad Zahid ketika itu timbalan menteri kerana menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor.
Beliau mendakwa, Ahmad Zahid turut mengugut membunuhnya dan menahannya tanpa kebenaran di kediaman Zahid di Country Heights dan meminta ganti rugi kerosakan khas, umum dan teruk.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfail saman balas terhadap Amir Bazli. – 23 Julai, 2013.
themalaysianinsider.com

Dewan Ulama PAS harap Hadi jadi MB jika menang PRK

Posted: 22 Jul 2013 06:14 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Dewan Ulama PAS membayangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) akan menjadi Menteri Besar Terengganu jika parti itu menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Khairuddin Amar Razali, berkata Abdul Hadi boleh kembali menjadi menteri besar mengulangi era antara 1999 dan 2004 sebelum BN merampas negeri itu pada pilihan raya umum 2004.

"Beliau (Abdul Hadi) bekas menteri besar. Insya-Allah, dapat 16:16, kita lantik jadi menteri besar semula, boleh?" kata Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.
Ungkapan pada ceramah di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut itu disambut hampir 1,000 penyokong parti itu dengan sahutan: "Boleh!"
Pakatan Rakyat (PR) menguasai 15 kerusi dalam DUN Kuala Besut, dengan masing-masing PAS memenangi 14 dan PKR satu daripada 32 kerusi manakala Barisan Nasional 17 kerusi.
Kematian penyandang, Allahyarham Dr Rahman Mokhtar yang menang selama dua penggal menjadikan perbezaan antara kerusi BN dan PR semakin tipis.
Bagaimanapun, Abdul Hadi sebelum ini ada menyuarakan keputusan PAS untuk menyerahkan jawatan menteri besar kepada BN walaupun mereka menangi kerusi DUN Kuala Besut.
Presiden PAS yang juga Adun Rhu Rendang itu berkata, sasaran PAS ialah mewujudkan situasi 16:16 kerusi bukan untuk merebut kuasa atau membentuk kerajaan.
Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Datuk Husam Musa sebelum ini juga dilapor, berkata PAS tidak akan berjaya membentuk kerajaan meskipun menang DUN Kuala Besut.
Sebaliknya, Abdul Hadi percaya mereka boleh menjalankan semak dan imbang berikutan kedudukan DUN tergantung sekaligus memperbaiki pentadbiran BN.
"Kita akan ada kekuatan untuk membetulkan kerajaan Terengganu," katanya.
Pada ceramah itu, seramai 51 pemuda dari Kampung Nail turut menyerahkan borang menyertai PAS.
Sejumlah 17,683 pengundi berdaftar dijangka akan mengundi pada 24 Julai ini seperti ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - 23 Julai, 2013.
themalaysianinsider.com

BERSIH dakwa setiap pengundi diumpan RM19,000

Posted: 22 Jul 2013 06:10 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mendakwa kerajaan persekutuan memperuntukkan sehingga RM19,000 untuk setiap pengundi bagi mengumpan pemilih dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

BERSIH mendakwa mengesan jumlah tersebut melalui projek dan peruntukan yang diumumkan kerajaan, seperti dilaporkan media, dan kini didakwa berjumlah sehingga RM337 juta.


Ia melibatkan peruntukan melalui Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertanian, kerajaan negeri Terengganu dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), dakwa BERSIH.


"Jika dibahagikan kepada 17,679 pengundi yang berdaftar di Kuala Besut, ini bermakna setiap undian bernilai RM19,089.92 setakat ini sekiranya semua janji pilihan raya ini dipenuhi.


"Dengan tempoh lagi tiga hari berkempen, jumlah ini pasti akan melonjak dan akan menjadi sejarah dalam pilihan raya di Malaysia," kenyataan itu dipetik.

Menurut BERSIH, janji berkenaan juga perlu dipersoalkan kerana ia janji berkenaan hanya dibuat menjelang pilihan raya.

BERSIH dalam kenyataan itu seterusnya mengingatkan pengundi agar tidak mengundi berdasarkan janji berkenaan kerana golongan itu sememangnya berhak menikmati pembangunan.

Oleh yang demikian, pengumuman projek tersebut semasa kempen pilihan raya menunjukkan bahawa kerajaan hanya merancang pembangnunan demi kepentingan politik.

Gabungan NGO itu menjelaskan, perbuatan memancing undi dengan menyalahgunakan dana awam melanggar peraturan pilihan raya dan mencemarkan pilihan raya.


"Pengundi juga harus diberi amaran bahawa sesiapa yang melakukan suatu kesalahan pilihan raya sama ada merasuah atau cuba mempengaruhi atau melakukan penyamaran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan atau denda sehingga RM2000, jika sabit kesalahan," kata BERSIH.  


Selain itu, BERSIH juga menyeru kepada  pengundi yang bekerja di tempat lain supaya pulang  untuk mengundi bagi menghalang "pengundi hantu" daripada menyamar dan mengundi bagi pihak mereka.

Malaysiakini/-

Kuala Besut: Peluang ini sekali dalam seumur hidup

Posted: 22 Jul 2013 06:07 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
BESUT: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud meminta pengundi Kuala Besut agar jangan mudah diperbodohkan dan mesti lebih cerdik daripada Umno BN.

Beliau berkata demikian pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut dengan siri ceramah di Kampung Tok Saboh yang dihadiri lebih 2,000 orang, malam tadi.

Jelasnya lagi, PRK yang diadakah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merupakan medan terbaik rakyat Kuala Besut untuk membuat perubahan serta menafikan kekuasaan BN di Dewan Undangan Negeri (Dun).
"Peluang ini sekali je dalam seumur hidup, kalau penduduk di sini tidak mengambil peluang yang diberikan ia adalah suatu yang merugikan.

"Jangan takut dengan ugutan, kita kena lebih cerdik dari Umno. Kalau Umno bagi kambing kita ambil. 

"Kalau kita cerdik dari Umno, apa yang mereka bagi kita ambil. Dia bagi seratus cuba mintak dua ratus, mereka akan bagi sebab kita ni pengundi mereka dan pada 24 Julai nanti kita pangkah bulan (PAS)," ujarnya.

Katanya lagi, PAS sentiasa mendampingi rakyat serta mengambil berat permasalahan yang dialami rakyat terutama dalam soal kebajikan.

"PAS akan fikir kebaikan rakyat dan sentiasa bersama memperjuangkan hak rakyat tidak kira bila-bila masa pun.

"Tetapi itu tidak kepada kerajaan BN, mereka hanya akan berkumpul bertemu rakyat dengan segala janji apabila adanya PRK selepas itu mereka hilang dengan janji-janji kosong," kata beliau.

Nassuruddin memberitahu kejayaan menperolehi 16:16 bukan sahaja menjadi sejarah di negara ini ataupun peringkat antarabangsa, namun turut menjadi perbualan generasi yang akan datang yang menyifatkan perubahan yang diambil adalah suatu yang dibanggakan.

harakahdaily.net

Kuala Besut: 51 pemuda dari 'kubu Umno' sertai PAS

Posted: 22 Jul 2013 06:05 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


BESUT: Seramai 51 orang pemuda dari Kampung Nail menyertai PAS pada ceramah yang diadakan di Kampung Tok Saboh, malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long sebagai gimik penyertaan, mereka telah menyarungkan baju-t PAS kepada dua daripada 51 pemuda tersebut. (Gambar atas)

Ustaz Abdul Hadi dalam ucapannya mengingatkan agar penduduk Kuala Besut tidak perlu takut untuk membuat perubahan baru kepada politik Terengganu.

Beliau meminta agar kesilapan lalu tidak diulangi lagi kerana memilih Barisan Nasional (BN).

"Saya ingin ingatkan kepada pengundi Kuala Besut agar tidak mengulangi kesilapan sebelum ini yang telah memilih BN, penyertaan anak-anak muda ini membuktikan PAS diterima oleh segenap lapisan rakyat.

"Kita juga tidak perlu takut untuk membuat perubahan memilih PAS, itu adalah hak kita untuk menjadikan Terengganu khususnya Kuala Besut menjadi lebih baik," ucap beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di 'kubu kuat Umno' itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut meminta penduduk di Kuala Besut berfikir tentang apa yang telah dilakukan oleh BN sepanjang pemerintahan mereka.

Jelasnya lagi, Kuala Besut telah lama dimenangi BN, namun infrastruktur perbangunan terutama pelabuhan terus terpinggir berbanding Tok Bali, Kelantan yang lebih maju.

"Kita tak payah nak banding jauh-jauh, cukup dengan Tok Bali, mana lebih maju dari segi pelabuhan dan sudah pasti Tok Bali, Kuala Besut ini jauh ketinggalan.

"BN dah lama perintah sedangkan Tok Bali ditadbir oleh (kerajaan) PAS kenapa ia lebih maju, bila PAS memerintah pembangunan tetap diteruskan.

"Jadi penduduk di sini perlu pilih Che Long dari PAS, warga perlu berfikir positif dan ambil peluang ini," katanya lagi.

Tambahnya, undi merupakan satu amanah kepada mereka yang layak mengundi dan setiap wakil yang dipilih perlu mempunyai sifat yang bertanggungjawab dalam membela nasib rakyat.

"Kita diberi tanggungjawab dalam memilih wakil, jadi tunaikan amanah yang diberikan itu dengan memilih calon yang dapat membela rakyat.

"Jangan tersalah pilih nanti rakyat akan menderita, dah lama BN perintah apa kita dapat, mereka tidak menjalankan tugas yang diberikan. 
Jadi sebagai menyahut perubahan Che Long merupakan calon yang mempunyai kelayakan dalam apa yang rakyat Kuala Besut inginkan," sambung beliau.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau telah mengingatkan pengundi agar memilih calon yang mementingkan rakyat daripada diri sendiri dan bukannya calon yang mempunyai agenda untuk mengkayakan diri sendiri.

harakahdaily.net

Lelaki maut dirodok badak sumbu di Nepal

Posted: 22 Jul 2013 06:01 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KATHMANDU 23 Julai - Seorang lelaki maut selepas dirodok badak sumbu ketika memancing di sebatang sungai di selatan Nepal, kelmarin.

Menurut jurucakap polis, Kamal Jung Kunwa hari ini, mangsa yang berusia 38 tahun tersebut diserang haiwan tersebut di Taman Negara Chitwan.

"Mangsa mungkin menceroboh habitat haiwan itu, menyebabkannya marah lalu menyerang mangsa," katanya.

Kes itu disifatkan sebagai jarang berlaku kerana badak sumbu tidak agresif dan risiko untuk diserang haiwan itu adalah rendah. - AFP



Mesir terus bergolak

Posted: 22 Jul 2013 06:00 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KAHERAH 23 Julai - Seorang lelaki dilaporkan terbunuh, manakala tujuh yang lain cedera dalam satu pertempuran melibatkan penyokong dan penentang bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi, di sini semalam.

Media tempatan melaporkan, penunjuk perasaan daripada kedua-dua pihak membaling batu antara satu sama lain, menyebabkan polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan keadaan.

Pertempuran itu tercetus selepas kumpulan penyokong Mursi berarak berhampiran Dataran Tahrir. - REUTERS/AFP


Abe ikrar pulih ekonomi

Posted: 22 Jul 2013 05:57 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Tokyo: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berikrar memulihkan ekonomi negara itu dan mengatasi kecurigaan bahawa beliau mungkin memberi tumpuan kepada agenda nasionalisnya. 

"Jika kita tidak melakukan pembaharuan ke atas Parti Liberal Demokrat (LDP), rakyat akan kehilangan keyakinan terhadap kita," katanya pada sidang akhbar kelmarin. 
Abe berkata, keutamaannya sekarang adalah untuk meneruskan program 'Abenomics' membabitkan perbelanjaan kerajaan dan pembaharuan ekonomi dengan dasar kewangan lebih mudah. 

"Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk menangani deflasi yang sudah berlarutan selama 15 tahun. Kita akan memberi tumpuan di dalam perkara ini. 

"Kita tidak akan mampu mengukuhkan asas kewangan jika kedudukan ekonomi kita goyah. Keadaan juga sama bagi keselamatan dan hubungan diplomatik," katanya. 

Gabungan dua parti 

Parti LDP pimpinan Abe dan sekutunya, New Komeito menang 76 daripada 121 kerusi pada pilihan raya semalam. Termasuk kerusi yang belum dipertandingkan, gabungan kedua-dua parti kini menguasai 135 daripada 242 kerusi. 
Kemenangan itu meningkatkan peluang Abe untuk memberikan beliau satu tempoh pemerintahan yang lebih panjang sejak bekas perdana menteri Junichiro Koizumi berjaya menamatkan penggal pemerintahan lima tahun pada 2006. 

Kembali berkuasa 

Ia juga menamatkan kebuntuan parlimen yang bermula pada 2007 apabila Abe pada penggal pertama pemerintahannya sebagai perdana menteri, kalah teruk dalam pilihan raya parlimen, menyebabkan beliau terpaksa meletak jawatan. 

Bagaimanapun Abe kembali berkuasa dan menang besar pilihan raya dewan rendah Disember lalu. 

Di sebalik kemenangannya, Mandat diperoleh Abe tercemar dengan kehadiran pengundi rendah iaitu sekitar 52.61 peratus, kurang lima peratus berbanding pilihan raya pada 2010. - REUTERS

Warga Islam Filipina hantar pulang kurma

Posted: 22 Jul 2013 05:56 PM PDT

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Abu Dhabi: Sebuah kumpulan masyarakat Islam Filipina terbesar di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan menghantar sejumlah 500 kilogram kurma ke masjid di tanah air mereka sempena kedatangan Ramadan ini. 

"Ia adalah satu tradisi menghantar kurma ke tanah air ketika Ramadan sejak lima tahun lalu," kata seorang penasihat kepada kumpulan Maranao Community, Sahron Roy Tamano, 39. 

"Kami bersyukur bukan hanya masyarakat Islam tetapi juga Kristian turut menyertai dalam semangat Ramadan ini dengan menderma bungkusan derma untuk manfaat masyarakat Islam kurang berkemampuan di selatan Filipina." 


Inisiatif berkenaan adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad yang antara lain menyifat-kan bahawa amalan bersedekah walaupun hanya dengan separuh buah kurma boleh menyelamatkan hambanya daripada api neraka. 

Kebanyakan masyarakat Islam biasanya akan berbuka puasa dengan menikmati buah kurma, tetapi bagi penduduk Islam di selatan Filipina mereka sukar untuk mendapatkan buah berkenaan. 

"Sebelum bekerja di UAE lapan tahun lalu, saya sukar untuk menemui kurma di Bandaraya Marawi," kata Tamano. 

"Mereka yang pulang daripada menunaikan haji akan berkongsi buah terbabit dengan rakan-rakan atau saudara mara, manakala tidak banyak buah yang dihantar oleh kedutaan Arab Saudi di Manila." 
Ada lebih 14,000 masyarakat Islam Filipina di UAE. Antara 2,500 hingga 3,000 daripada mereka adalah masyarakat Maranao iaitu penduduk yang tinggal di Lanao, wilayah yang dikuasai penduduk Islam di selatan negara terbabit. 

Kurma yang tiba minggu lalu, dikumpulkan oleh ahli Marcom dan rakan sekerja Filipina atau UAE. Penduduk lain termasuk rakyat Pakistan, Amerika Syarikat dan Jordan juga turut menyumbangkan wang tunai bagi bayaran kepada penghantaran berkenaan. - AGENSI

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP