Rabu, 3 Julai 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Text Ucapan Sidang Dewan ADUN Sri Muda

Posted: 02 Jul 2013 08:49 PM PDT

UCAPAN MENJUNJUNG KASIH ADUN SRI MUDA PADA 30 JUN 2013

Assalammualaikum wbt,

Bismillahirahmanirahim,

Terima kasih YB  Puan Speaker kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan usul menjunjung kasih atas titah ucapan DYMM Tuanku.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua rakan-rakan ahli Yang Berhormat Dewan yang telah diberi amanah oleh rakyat bagi memikul tanggjawap besar di dewan ini. Ucapan tahniah ini juga ditujukan kepada Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar kerana dipilih menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk penggal kedua. Maka saya ingin mengungkapkan satu peribahasa melayu lama untuk direnungi bersama "Dayung sudah ditangan, Perahu sudah di air" segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh, Ayuh! Laksanakan segera harapan dan mandat rakyat.     

Titah DYMM Tuanku yang tegas ini membawa mesej yang amat jelas arah tujuan penggal kedua pemerintahan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor. Antaranya adalah memastikan prestasi ekonomi yang terus stabil, meningkatkan kualiti hidup rakyat, memberi perubahan kepada pembangunan desa, modal insan, pendidikan, kesihatan yang lebih baik dan berusaha menarik teknologi hijau yang berteknologi tinggi.

Kerajaan Selangor mendapat pujian DYMM Tuanku kerana berjaya melaksanakan kutipan hasil negeri dengan cekap. Kecekapan ini perlu ditambahbaik pada masa hadapan dan perlu disebarluaskan kepada semua agensi Kerajaan terutamannya Pihak Berkuasa Tempatan di semua daerah. Selaras dengan titah ucapan DYMM Tuanku semasa pembukaan sidang dewan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mestilah berada dilandasan yang betul dalam melaksanakan tugas-tugas asas mereka bagi memperbaiki parit , longkang dan jalan. Demi kebajikan kepada rakyat perbelanjaan infrastruktur mesti diberi keutamaan secara berterusan oleh semua agensi ini.

Masalahnya Yang Berhormat Tuan Speaker aduan-aduan tentang kualiti parit longkang jalan kerap kali kita dengar , aduan ketidakpuasa rakyat sebegini sering disuarakan. Mereka yang diamanahkan tidak dapat memberikan jawapan memuaskan hati rakyat.

Yang Berhormat Tuan Speaker saya mempunyai contoh dimana Pihak Berkuasa Tempatan tidak memantau kerja-kerja infrastuktur yang dilakukan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Kegaglan PBT memantau projek ini adalah kerana kegagalan KDEB memaklumkan kepada PBT berkaitan.
 
 
Persoalan kita disini ialah bagaimana KDEB antara cabang pelaburan terbesar syarikat Kerajan Negeri Selangor boleh berlaku kejadian yang tidak diingini. Kita ingin tahu asasnya , kepakarannya tentang bidang kerja infrastuktur kerana terdapat aduan yang menyatakan sebagai contoh saya ingin membacakan laporan - (based on laporan YB)

Rakyat sentiasa meletakkan harapan yang tinggi kepada PBT selaku jentera perlaksana utama memberi perkhidmatan infrastuktur antaranya kemudahan jalan yang baik, longkang yang sempurna , perbandaran yang bersih , pengurusan sampah yang cekap , gerak kerja pemotongan rumput secara berjadual serta lampu-lampu jalan yang berfungsi.

Malangnya saya kerap mendapat teguran dari rakyat bahawa perkhidmatan PBT kepada rakyat agak hambar dari segi kelewatan mengambil tindakan serta gerak kerja yang lembab oleh itu selaras dengan titah DYMM Tuanku yang ingin melihat PBT lebih proaktif.

Maka saya bercadang setiap gerak kerja PBT wajib dipantau agar setiap aduan dan permaslahan rakyat diselesaikan dengan efisien, justeru saya merujuk inisiatif Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor( STAR) yang dikelola oleh Bahagian Korporat SUK Selangor yang berfungsi memanjangkan aduan rakyat kepada pihak bertanggungjawab perlu ditambah baik.

Saya bercadang peranan STAR bukan sahaja memanjangkan aduan semata-mata malah peranan STAR bersifat pro-rakyat dengan memanjangkan aduan dengan tegas kepada pihak PBT atau agensi berkaitan contohnya menegaskan "dateline"(dengan izin) kepada pihak bertanggungjawab menyelesaikan aduan rakyat dan pastikan permaslahan itu diselesaikan mengikut KPI yang ditentukan,modul ini akan memberi lonjakan paradigma kepada PBT agar menjadi lebih baik dari sebelumnya.Ini juga satu momentum yang seiring dengan Dato Menteri Besar yang ingin meningkatkan taraf kerja PBT.
 
  
Saya ingin memetik hadith sedikit hadith Rasulullah s.a.w yang berbunyi:-
 
Mahfum Hadith Rasulullah s.a.w
                "Barangsiapa hari ini lebih baik dari semalam,
                  Maka dia dari kalangan mereka yang beruntung,
                  Barangsiapa hari ini yang sama seperti semalam,
                  Maka dia dari kalangan orang yang rugi,
                  Barangsiapa hari ini lebih teruk dari semalam,
                  Maka dia dari kalangan orang yang celaka"
 
 
Selain daripada infrastuktur asas seperti jalan dan penggunaan air, Kerajaan juga harus memberikan tumpuan kepada infrastuktur teknologi maklumat dan komunikasi khususnya kemudahan internet.Ini selaras dengan zaman modenisasi dan perkembangan anak muda ke arah dunia internet yang luas.

Mohon pemasangan Jalur Lebar Kerajaan Negeri diperluaskan dengan kadar segera kerana pelbagai aduan diterima menyatakan bahawa pekhidmatan Jalur Lebar ini masih tidak berfungsi secara menyeluruh serta punya kerosakan teknikal.Permaslahan lain yang timbul juga adalah kadar kelajuan Jalur Lebar ini terlalu lembab sehinggakan pengguna gagal memanfaatkannya.

Selaras dengan slogan "Meneruskan Kecemerlangan Selangor" Wi-Fi Selangor harus dipertingkatkan kualitinya agar pengguna merasai perkhidmatan Wi-Fi yang sebenar.Secara tidak langsung ia mendekatkan rakyat Selangor dengan maklumat yang luas di dalam dunia internet.Jika kita masih gagal memberi perkhidmatan Wi-Fi yang jitu maka kita juga gagal menyampaikan maklumat-maklumat Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat khususnya penduduk Bandar.
 
 
Pusat Dialisis Rakyat antara polisi Kerajaan Negeri Yang terbengkalai akibat tekanan dari persekutuan.Akibat tekanan dari Kementerian Kesihatan lebih 3 tahun polisi ini beku tanpa apa-apa kata putus.Walaubagaimanapun pihak EXCO berwajib perlu mengambil tindakan dengan kadar segera ,apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjayakan polisi ini dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat.Saya sarankan program ini diletakkan dibawah EXCO kesihatan kerana pengurusan yang lalu ternyata gagal,mohon selesaikan isu lapuk ini.
 
Kata Pujangga dari seorang pengarang buku terkenal Amerika Stephen Covey
"Effective leadership is putting first things first
Effective management is discipline to carrying it out"
 
Selaras dengan slogan "Merakyatkan Ekonomi Selangor" pada penggal yang lalu , Polisi yang dilaksana untuk membantu para peniaga kecil berjalan berjalan lancar.Antaranya Program Mikro Kredit Miskin Bandar (MIMBAR) yang mendapat sambutan baik.

Maklum balas yang saya terima dari penduduk Sri Muda amat memberansangkan.Bantuan usahawan ini sedikit sebanyak membantu kehidupan golongan miskin bandar.Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor  tidak menghimpit ruang peniaga kecil untuk kehadapan.
 
Saya mohon pihak bertanggungjawab memberi data yang lebih lengkap kepada setiap ADUN , sebagai contoh data bilangan peniaga yang cemerlang dan peniaga yang gagal serta peratus peniaga yang membayar kembali wang pinjaman tersebut.

Ini kerana setiap ADUN boleh mengkaji dengan jelas kadar pertumbuhan para peniaga kecil di seluruh Selangor.Kita harus pastikan hasil akhiran  program-program usahawan yang dijalankan melahirkan usahawan yang berkualiti.
Bagi penggal kedua ini saya bercadang program-program usahawan harus ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi serta menarik minat golongan muda untuk berniaga.

Pembinaan Kiosk moden wajib dilaksanakan bagi membuka ruang perniagaan yang lebih selesa kepada rakyat yang selaras dengan Manifesto Pakatan Rakyat.Justeru pihak GLC harus segerakan rencana ini menjadi kenyataan.

Izinkan saya menghurai 2 rangkap pantun :-
            "Penggal pertama di didik keras dan di kerah,
            Penggal kedua rakyat mohon emas dan sifat pemurah"
 
Maka saya mohon Dato Menteri Besar meningkatkan wang pinjaman MIMBAR dari RM 5000 ke RM 20,000 agar perniagaan dapat dijalankan dengan skala besar secara tidak langsung  para peniaga mewujudkan peluang pekerjaan.
Kita ingin membentuk peniaga kecil menjadi "job creators"(dengan izin)ini  selaras dengan slogan "Meneruskan Kecemerlangan Selangor".Sudah tiba masanya kita menguji rakyat dengan memberikan polisi yang lebih luas dan tegas.

Jangan kita sisihkan golongan muda yang kian berkembang dengan dunia IT.Hari ini Media Sosial merupakan permainan tradisional mereka.Maka jangan kita sia-siakan kelebihan mereka dengan dunia internet.

Justeru bantuan perniagaan secara "online" harus diwujudkan agar menarik minat golongan muda melangkah kedalam industri perniagaan yang semakin moden.Berikan bantuan ilmu serta sumber kewangan dalam bentuk geran agar amanah yang selama ini dipertahankan selama 5 tahun dapat dilsalurkan dengan Keadilan.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor wajib melihat dengan lebih keras akan pembangunan usahawan di Negeri ini.Masyarakat yang punya kekuatan ekonomi akan membantu pembangunan Negeri dengan asas yang konkrit.
 
Kita ingin membina kesejahteraan dikalangan Rakyat Negeri Selangor.

Tiada ulasan:

Nuffnang