Lim Guan Eng |
Posted: 30 Jul 2013 02:01 AM PDT Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 30.7.2013 DAP is shocked at the pre-emptive and premature announcement by Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi to direct DAP to reconvene party elections when the Registrar of Societies(ROS) has not even prepared a letter to the DAP of this decision is an act of political victimisation and abuse of power. Datuk Ahmad had made the announcement in an impromptu speech during the ROS' buka puasa function in Putrajaya completely unprepared, without any written grounds on why DAP is required to call for fresh party elections. This is an act of political vengeance and victimisation because DAP was never informed before hand, either verbally or in writing of this directive to hold fresh elections. Further the letter promised by ROS to be sent to DAP has not even been prepared or sent. When DAP National Organising Secretary and MP for Seremban Anthony Loke visited the ROS Headquarters in Putrajaya this morning, he was informed that the letter was not ready to be sent yet. Has ROS surrenderred its professionalism and integrity to UMNO and BN to be a willing tool to fix up BN's political enemies? These events lend suspicion that ROS had clearly pre-judged and made up its mind to fix up the DAP. No serious consideration was given to the explanations by DAP that the party elections in December last year was conducted properly, legally and democratically where all qualified delegates were fully informed without any dishonest practice of money politics or hanky panky. The only mistake was in the posting of the results by the Returning Officer that led to the wrong votes being announced for the successful candidates. When this error was discovered, this was admitted to and rectified by the party voluntarily without being exposed by any outside parties. The party is now punished for being refusing to hide mistakes and by being honest and truthful. DAP has given full co-operation to the ROS and provided all information requested. For the ROS to claim now that the DAP CEC is not recognised is self-contradictory as ROS Director-General continues to address me as DAP Secretary-General in official letters this year and even stated that DAP is authorised to use our Rocket symbol during the last general elections. DAP urges all leaders, members and supporters to remain calm. An emergency CEC meeting will be held tomorrow night at the DAP Headquarters to deal with this latest development. As this is a clear act of political vengeance and an illegal abuse of power, the DAP CEC shall consider all options as provided for under the Societies Act, after receiving a written directive from ROS. —–BM Version —- Pengumuman spontan dan tergesa-gesa oleh Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan DAP untuk mengadakan semula pemilihan parti apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) sendiri belum pun menyediakan surat memaklumkan DAP tentang keputusan ini adalah satu tindakan pemangsaan politik dan salahguna kuasa. DAP amat terkejut dengan tindakan pengumuman spontan dan tergesa-gesa oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan DAP untuk mengadakan semula pemilihan parti apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) sendiri belum pun menyediakan surat memaklumkan DAP tentang keputusan ini yang merupakan satu tindakan pemangsaan politik dan salahguna kuasa. Ahmad Zahid telah membuat pengumuman tersebut dalam satu ucapan spontan sewaktu majlis berbuka puasa ROS di Putrajaya tanpa sebarang persediaan, tanpa apa-apa sebab bertulis tentang kenapa DAP perlu mengadakan semula pemilihan partinya. Ini adalah satu tindakan balas dendam politik dan menjadi DAP mangsa kerana pihak parti tidak pun dimaklumkan terlebih dahulu, sama ada secara lisan atau bertulis tentang arahan untuk mengadakan pemilihan semula ini. Tambahan kepada itu, surat rasmi yang dijanjikan oleh ROS untuk dihantar kepada DAP masih belum disediakan mahupun dihantar. Apabila Setiausaha Organisasi DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban. Anthony Loke melawat ibu pejabat ROS di Putrajaya pagi ini, beliau dimaklumkan bahawa surat tersebut masih belum siap untuk dihantar. Adakah ROS telah menggadaikan profesionalisme dan integritinya kepada UMNO dan BN, serta merelakan diri menjadi alat untuk mengkhianati musuh politik BN? Kejadian ini menimbulkan keraguan sama ada ROS telah benar-benar bertindak prejudis dan telah pun membuat keputusan untuk mengkhianati DAP. Tidak ada sebarang pertimbangan serius dibuat terhadap penjelasan DAP bahawa pemilihan parti tahun lalu telah dilaksanakan dengan baik, menepati undang-undang serta demokratik di mana semua perwakilan yang layak telah dimaklumkan tanpa sebarang perlakuan tidak jujur seperti politik wang atau apa-apa tindakan yang meragukan. Satu-satunya kesilapan yang timbul ialah dalam proses penyiaran keputusan tersebut oleh ketua pegawai pemilihan yang menyebabkan bilangan undi yang salah diumumkan untuk calon-calon yang berjaya. Apabila kesilapan ini disedari, ia terus diperakui dan dibetulkan oleh parti secara sukarela tanpa didedahkan oleh mana-mana pihak luar. Pihak parti sekarang dihukum kerana enggan menutup kesilapan serta kerana bertindak jujur dan bercakap benar. DAP telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak ROS dan telah memberikan semua maklumat yang diminta. Untuk ROS kini mendakwa bahawa Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP tidak diiktiraf adalah bertentangan dengan pendirian mereka sendiri apabila Pengarah ROS pun terus memanggil saya sebagai Setiausaha Agung DAP dalam surat-surat rasminya tahun ini malah menyatakan bahawa DAP dibenarkan menggunakan simbol Roket dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. DAP menyeru semua pemimpin, ahli dan penyokong supaya bertenang. Sebuah mesyuarat tergempar CEC akan diadakan esok malam di ibu pejabat DAP untuk menangani perkembangan terbaru ini. Memandangkan ini adalah jelas satu tindakan balas dendam politik dan salahguna kuasa, CEC DAP akan menimbangkan semua kemungkinan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Pertubuhan, selepas menerima arahan bertulis daripada ROS. LIM GUAN ENG —–Mandarin Version —– 民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2013年7月30日在吉隆坡发表声明: 当社团注册局却连信都还没有准备好,阿末查希就即时及提早宣布指示行动党重新举行党选,简直是政治加害及滥权的行为。 行动党感到惊讶,当社团注册局却连信都还没有准备好,内政部长拿督斯里阿末查希就即时及提早宣布指示行动党重新举行党选,简直是政治加害及滥权的行为。拿督阿末在布城出席社团注册局开斋活动致词时宣布上述事项时完全毫无准备,也没有任何书面通知,解释行动党为什么要重新举行党选。 这是一种政治报复及加害,因为我们之前从来没有收到任何口头及书面指示我们重新举行党选。再说,社团注册局答应会写信给行动党,甚至还没有准备及寄给我们。当行动党全国组织秘书及芙蓉区国会议员陆兆福今天早上前往布城社团注册局总部时,他也被告知有关信件还没有准备好,也还没有寄出去。社团注册局是不是已经出卖自己的专业及廉正给巫统及国阵,甘愿沦为国阵对付政敌的工具? 这件事也让人怀疑社团注册局是不是已经早就下判并想好要如何对付行动党。他们不认真考虑行动党的解释,那就是行动党去年12月的党选是在正当、合法及民主的情况下进行,所有的合格中央代表都接获会议通知,我们也没有实施金钱政治也没有鬼鬼崇崇见不得光的事。 我们所犯的唯一错误就是全国代表大会选举官贝荣强在上贴选举成绩时出错,导致原本得票进入20强的候选人票数有误。当我们发现这项错误时,我们勇于认错,并马上自愿纠正过来,而不是等到外界揭发才行动。行动党不愿隐瞒错误、诚实,如今却遭到惩罚。 行动党已经全面配合社团注册局,并提供所需的资料。社团注册局现在才来说行动党中央不受承认简直是自相矛盾,因为社团注册局的总监在今年的书信中还是称我为行动党秘书长,甚至说行动党可以在大选期间使用我们的火箭做为标志。 行动党促请全体领袖、党员及支持者保持镇静。我们将在明天晚上于行动党全国总部召开紧急中央会议,以处理此事的最新发展。很明显地,这是政治报复及非法的滥权行为,行动党中央会考虑在接获社团注册局的正式书信后,引用社团注册法令内的条文选项来面对。 |
Posted: 29 Jul 2013 11:31 PM PDT Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 30.7.2013. The Federal Government Should Refocus The Police On Fighting Crime And Not Dealing With Political Opponents Of BN By Increasing The Police Personnel Fighting Crime From The Present 14.2% To At Least 50%. Previously the police had blamed the abolition of the Emergency Ordinance that permitted many gangsters to be released for the proliferation of gangland murders and rising crime. The police can no longer blame the abolition of the Emergency Ordinance on the murder of Hussain as he is no criminal but a respected international banker. These latest murders has shocked Malaysians who reaslise how seriously the Federal government has failed to ensure public order and security, especially with the shooting in Bahau last Saturday also in broad daylight of MyWatch chairperson R Sri Sanjeevan. With allegations swirling around that R Sri Sanjeevan shooting was related to cops' links with the underworld, the credibility and integrity of the police has plunged to new lows. The time has come for the Federal government to let the police focus on its core business on fighting crime and not be exploited as a political tool for BN. Statistics do not lie and in a written parliamentary repy to the DAP MP for Kulai Teo Nie Ching this month, the Minister of Home Affairs said that," of a total 112,583 police personnel in uniform, 10,150(9%) are in the Criminal Investigation Department,4,224(3.8%) in the Narcotic Criminal Investigation and 1,663(1.4%) in Commercial Investigation Department." The Home Minister refused to mention how many police personnel were in the Special Branch. It is unacceptable that only 9% of the police personnel are directly involved in fighting crime in the streets. Even if we include the Narcotics and Commercial Crime, only 14.2% of police personnel are focused on fighting crime in the streets. These numbers are too low. The number of police personnel involved in fighting crime should not be 14.2% but at least 50%. In other words there should be at least 56,000 police personnel in uniform patrolling the streets and not the present 16,037. Even though Penang remains one of the safest states in Malaysia, the Penang state government is working closely with the Penang police to ensure Penang remains one. Apart from establishing the Voluntary Patrol Teams(VTP) to conduct community policing on their own housing estates, flats and kampongs, the state government is actively installing CCTVs to marry manpower with technology. The Penang state government has directed that by the end of this year, the Penang Municipal Council (MPPP) and Seberang Perai Municpal Council(MPSP) must install an additional 70 CCTVs and 55 CCTVs respectively. This is on top of the existing 60 CCTVs in MPPP and 44 CCTVs in MPSP. The additional 125 CCTVs will cost an additional 3 million. To overcome the problem of insufficient number of police personnel to monitor the increased CCTVs round-the-clock, the Penang state government has offered to employ at its own expense staff to do the monitoring. This will allow uniformed personnel to perform their core duties of patrolling the streets to keep the public safe from crime. The main emphasis should be on the Federal Government refocusing the police on fighting crime and not dealing with political opponents of BN, by increasing the police personnel fighting crime from the present 14.2% to at least 50%. LIM GUAN ENG —–BM Version — Kerajaan Persekutuan Harus Memfokuskan Kembali Pasukan Polis untuk Membanteras Jenayah dan Bukannya Berurusan Dengan Musuh Politik BN Melalui Cara Meningkatkan Anggota Polis Bagi Membanteras Jenayah Daripada 14.2% Kini Kepada Sekurang-kurangnya 50%. Tiga kes tembakan berlaku semalam, termasuk pembunuhan Hussain Ahmad Najadi, Pengasas Bank Pembangunan Arab-Malaysian di tengah-tengah Kuala Lumpur pada waktu siang hari, membuktikan bahawa jenayah yang semakin meningkat bukan lagi persepsi tetapi bukti kegagalan polis dan keperluan mendesak untuk keluar dari obsesi terhadap musuh politik BN. Dua kes tembakan lain menyebabkan seorang terbunuh di Ipoh dan cedera di Bukit Mertajam. Sebelum ini polis menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat yang membenarkan banyak samseng dibebaskan yang menyebabkan berlakunya peningkatan jenayah bunuh kalangan gangster. Pihak polis tidak lagi boleh menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat terhadap pembunuhan Hussain kerana beliau bukan penjenayah, tetapi seorang tokoh bank antarabangsa yang dihormati. Kes pembunuhan terbaru ini mengejutkan rakyat Malaysia yang menyedari betapa serius kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan ketenteraman dan keselamatan awam, terutamanya dengan kes tembakan pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan, di Bahau Sabtu lalu yang juga berlaku di siang hari. Kes tembakan terhadap R Sri Sanjeevan ini pula dikaitkan hubungan polis dengan kongsi gelap, yang menyebabkan kredibiliti dan integriti pihak polis merosot teruk. Masanya telah tiba untuk Kerajaan Persekutuan membenarkan polis memberi tumpuan kepada matlamat terasnya iaitu membanteras jenayah dan tidak boleh lagi dipergunakan sebagai alat politik BN. Statistik tidak pernah berdusta dan dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching bulan ini, Menteri Dalam Negeri berkata, "sejumlah 112,583 anggota polis berpakaian seragam, 10,150 (9%) berada dalam Jabatan Siasatan Jenayah, 4224 (3.8%) dalam Siasatan Jenayah Narkotik dan 1,663 (1.4%) di Jabatan Siasatan Komersial." Menteri Dalam Negeri enggan menyatakan berapa ramai anggota polis yang berada di Cawangan Khas. Hanya 9% daripada anggota polis yang terlibat secara langsung dalam membanteras jenayah di luar sana dan kenyataan ini tidak boleh diterima. Malah jika kita sertakan sekali Narkotik dan Jenayah Komersial, hanya 14.2% daripada keseluruhan pasukan polis memberi tumpuan kepada membanteras jenayah di jalanan. Angka ini jelas terlalu rendah. Bilangan anggota polis yang terlibat dalam membanteras jenayah tidak harus 14.2% tetapi sekurang-kurangnya 50%. Dalam erti kata lain perlu ada sekurang-kurangnya 56,000 anggota polis berpakaian seragam berkawal di tempat awam dan bukan 16,037 orang sahaja. Walaupun Pulau Pinang kekal sebagai salah sebuah negeri yang paling selamat di Malaysia, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang bekerjasama rapat dengan pasukan polis Pulau Pinang untuk memastikan Pulau Pinang kekal selamat. Selain daripada penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) untuk menjalankan kawalan komuniti di taman perumahan, rumah pangsa dan kampung, kerajaan negeri secara aktif memasang CCTV untuk menggabungkan tenaga kerja manusia dengan teknologi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan, menjelang akhir tahun ini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) perlu memasang 70 dan 55 CCTV tambahan di kawasan masing-masing. Ini adalah tambahan kepada 60 CCTV di MPPP dan 44 CCTV di MPSP sedia ada. Tambahan 125 CCTV ini akan menelan kos tambahan sebanyak RM 3 juta. Bagi mengatasi masalah kekurangan anggota polis bagi memantau 24 jam CCTV yang telah bertambah ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menawarkan untuk mengambil kakitangan atas perbelanjaan sendiri bagi melakukan tugas pemantauan. Ini akan membolehkan anggota beruniform melaksanakan tugas-tugas teras mereka, meronda jalan raya untuk memastikan keselamatan orang awam daripada jenayah. Penekanan utama harus diberikan kepada Kerajaan Persekutuan bagi menumpukan semula pasukan polis dalam membanteras jenayah dan bukannya berurusan dengan musuh-musuh politik BN, dengan meningkatkan anggota polis memerangi jenayah daripada 14.2% kini kepada sekurang-kurangnya 50%. LIM GUAN ENG —- Mandarin Version — 槟州首席部长林冠英于2013年7月30日在光大乔治市发表声明: 联邦政府应该要把警队工作焦点放在打击罪案,而不是对付国阵的政敌,打击罪案的警员应该从现有的14.2%增加至少50%。 昨天发生三宗枪击案,包括光天化日之下阿拉伯马来西亚银行创办人胡申那佳迪在吉隆坡市区被枪杀,这证明罪案率上升已经不是人们的印象,而是对警方无能的一种示威,当局有必要马上停止那种对国阵政敌的不良追踪工作。另两宗枪击案分别发生在怡保及槟城大山脚。 之前警方责怪紧急法令的废除导致许多流氓被释放,造成许多有组织的谋杀案及罪案率上升。警方再也不能把胡申的谋杀案怪罪于紧急法令被废除,因为他不是罪犯,而是国际知名的银行家。 最近的谋杀案让国人感到惊讶,他们发现联邦政府已经无法保障公共秩序与安全,特别是上个星期六发生在马口的大马罪案监督组织主席沙兹文被枪伤事件。指控围绕着沙兹文被枪伤与警方涉及黑社会有关,这已经让警方的公信力及廉洁度跌到最低点。 是时候联邦政府让警方把工作焦点放在打击罪案,而不是被剥削成为国阵的政治工具。数据不会说谎,这个月国会在回答古来区国会议员张念群的书面答复中,内政部长说"在11万2583名制服警员中,1万150名(9%)属于罪案调查警员,4224(3.8%)属于肃毒科警员1663(1.4%)属于商业罪案调查科"。内政部长拒绝透露有多少警员是政治部人员。 我们实在难以接受只有9%的警员是直接打击罪案的。如果把肃毒组及商业罪案调查科人员都计算进去,只有14.2%的警员是负责打击罪案的。这个比率太低了。负责打击罪案的警员不应该只有14.2%,而应该至少50%。换句话说,我们应该有5万6000名制服警员在街上巡逻,而不是现有的1万6037名。 虽然槟城还是我国其中一个最安全的州属,槟州政府正紧密与槟州警方合作。除了成立自愿巡逻队,在居民的住宅区、组屋、甘榜社区巡逻,州政府也按装闭路电视,让科技辅佐人力资源。 槟州政府已经发出指示,今年年底,槟岛市政局及威省市政局必须分别增加按装70及55部闭路电视。两地市政局现在分别拥有60部及44部闭路电视数量。额外的125部闭路电视将耗资300万令吉。 为了解决警员人数不足而无法全天候操控闭路电视的问题,槟州政府甚至建议自资出钱聘请人员监督闭路电视,让制服警员可以专心在街上巡逻,维护公共治安。 现在的重点是,联邦政府应该联邦政府应该要把警队工作焦点放在打击罪案,而不是对付国阵的政敌,打击罪案的警员应该从现有的14.2%增加至少50%。 林冠英 |
You are subscribed to email updates from Lim Guan Eng To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan