Selasa, 30 Julai 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Petisyen: BN kekal kemenangan di Dun Lubuk Merbau

Posted: 29 Jul 2013 11:44 PM PDT

21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • Petisyen: BN kekal kemenangan di Dun Lubuk Merbau
  • Mohd Zainuddin ketika keluar daripada mahkamah selepas hakim menolak petisyen yang difail seorang pengundi untuk membatalkan keputusan pilihan PRU13.
 1 / 1 
IPOH - BN mengekalkan kemenangan di Dun Lubuk Merbau selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang difailkan seorang pengundi untuk membatalkan keputusan pilihan PRU13.
Hakim, Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difail Abdul Karim Abdul Rashid cacat kerana tidak mematuhi Perintah 9 dan 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Dalam penghakimannya, beliau berkata petisyen berkenaan tidak difail oleh pempetisyen atau peguam yang dilantik pempetisyen dan ini bercanggah dengan kedua-dua perintah perintah tersebut yang hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen pilihan raya.

Beliau berkata demikian selepas membenarkan bantahan awal Pegawai Pilihan Raya (RO), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diwakili Nor Azmi Nawawi, Anas Mahadzir dan Norinna Bahadun serta Adun kawasan itu, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.

Berikutan itu, beliau memerintahkan Abdul Karim membayar RM60,000 kepada Siti Salmah, RM10,000 kepada SPR dan RM10,000 kepada RO.

Petisyen tersebut difailkan pada 12 Jun lalu dan antara sebabnya adalah pempetisyen mendakwa terdapat penyogokan dalam keputusan PRU13 bagi Dun tersebut.

Pada PRU13 yang lalu, Siti Salmah menewaskan calon Pas Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi. Siti Salmah diwakili empat peguam yang diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Abu Bakar As-Sidek.

Sementara itu, Mohd Zainuddin ketika ditemui di perkarangan mahkamah hari ini akur dan menghormati keputusan yang dibuat hakim berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, mengenai sama ada pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut, beliau menyerahkannya kepada kepimpinan tertinggi Pas untuk membuat keputusan.

"Walaupun separuh daripada perjuangan saya berakhir namun masih ada harapan dalam satu lagi bantahan yang turut dikemukakan pengundi pada 13 Ogos ini.

"PR akan terus bertanggungjawab dalam melakukan pembetulan mahupun perubahan untuk mematangkan sistem demokrasi di negara ini," katanya.SH/-

Qardhawi seru negara umat Islam bantu rakyat Mesir

Posted: 29 Jul 2013 11:39 PM PDT

21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,30 Jul 2013

MESIR: Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyeru negara-negara Umat Islam bertindak memberi tekanan kepada kerajaan kudeta Mesir yang dipimpin tentera agar menghentikan pembunuhan kejam terhadap rakyat mereka sendiri.
Bercakap di stesen Al-Jazeera yang turut disiar secara langsung kelmarin, Qaradhawi berkata negara umat Islam termasuk Malaysia dan Indonesia mempunyai kewajipan membantu rakyat Mesir yang sedang dizalimi.

"Umat Islam di seluruh dunia, di Indonesia, Malaysia (beliau menyebut beberapa lagi negara...) mempunyai tanggungjawab untuk menolong saudaranya di Mesir, agar menghentikan pertumpahan darah ini," katanya.

Kenyataan Qardhawi dibuat dalam keadaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak dilihat masih lagi berdiam diri, tanpa sebarang pendirian konkrit berhubung kudeta dan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera pimpinan Abdul Fatah Al-Sisi.

Dalam tragedi terbaru menjelang Subuh Sabtu lalu, sekurang-kurangnya 120 penyokong Morsi dilaporkan terbunuh di Raba'ah manakala lebih 4000 cedera apabila dibedil dengan peluru hidup oleh pasukan polis Mesir dan samseng upahan mereka.

Berikut antara mesej yang disampaikan Qaradhawi: [LIHAT VIDEO]

1) Kepada Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As-Sisi yang telah mengkhianat janji sewaktu mengangkat sumpah dilantik ke jawatan itu di hadapan Mursi. Sisi beranggapan dia telah diberikan "kuasa" melalui himpunan menyokongnya Jumaat lepas manakala selain mereka itu bukan rakyat Mesir bahkan bukan manusia. Lalu dia menggunakan "kuasa" itu melakukan apa yang disukainya.

2) Menyifatkan Adli Mansour, Presiden sementara sebagai "boneka"dan kerajaan kudeta pimpinan Perdana Menteri Hazim Beblawi sebagai "kerajaan zalim".

3) Sisi sebelum menyingkir Mursi telah memansuhkan perlembagaan 2012 yang telah diperakui dengan sokongan 64 peratus pengundi. Lalu Sisi membentuk jawatankuasa penggubal yang terdiri hanya 10 orang dalam tempoh hanya sebulan bagi mengadakan pindaan perlembagaan. Sedangkan pada zaman Mursi tahun lalu, perlembagaan dibincang oleh 100 orang panel yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh 6 bulan sebelum diadakan pungutan suara pada Disember 2012.

4) Syeikh Qaradhawi turut menyalahkan Sisi terlibat dengan pembunuhan terbesar yang membunuh lebih 140 orang dan mencederakan 4,500 yang lain.

5) Beliau berkata, korban syuhada itu bukan hanya dari kelompok Ikhwan, tapi semua elemen rakyat turun jalan menuntut konstitusi dan legitimasi dikembalikan. Apakah kalian tidak rasa bersalah membunuh orang yang sedang Solat?

6) Beliau menyeru, polis dan tentera, agar tidak mentaati pemimpin yang menyuruh maksiat dan zalim."Tidak ada ketaatan terhadap makhluk dalam bermaksiat" (Maksud Hadis).

7) Beliau mempersoalkan pendirian Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmad Toyyib. "Siapa yang kata bunuh manusia merupakan perkara yang lebih ringan dari dua dhoror (kaedah akhaffu dhororoin)? Pernahkah anda meminta pandangan Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar? Wajib bagi anda untuk undur kembali dari pendirian ini. Saya menyeru saudara-saudara saya dalam Haiah Kibar Ulamak dan Lembaga Penyelidikan Islam untuk sama-sama mengkaji pendirian Syeikh Al-Azhar."

8) Mengecam media Mesir yang tidak profesional dalam melaporkan kejadian yang berlaku. "Saya menyeru Majlis Keselamatan PBB, mereka yang mulia di seluruh dunia untuk datang sendiri ke Mesir bagi melihat apa yang sebenarnya berlaku."

9) Menyeru kepada rakyat Mesir untuk turun ke Raba'ah dengan damai dan "jangan takut". Turun bersama-sama keluarga dengan penuh berani. "Termasuk warga Kristian juga datang bersama-sama orang Islam lain ke Raba'ah."

500 demo bantah pindah kampus KUIN

Posted: 29 Jul 2013 11:37 PM PDT

21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,30 Jul 2013

(Pelajar, ibu bapa, kakitangan dan penduduk kampung demo bantah perpindahan KUIN dari Kuala Ketil)

KUALA KETIL: 500 pelajar, waris dan penduduk Kuala Ketil berkumpul di hadapan pintu gerbang utama Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kampus Kuala Ketil petang semalam bagi mendesak agar kampus itu dikekalkan.


Ini berikutan arahan berpindah yang mereka terima dari pihak pentadbiran KUIN 16 Julai lalu yang mengarahkan semua pelajar berpindah semula ke kampus Stargate, Alor Setar.


(Pelajar, ibu bapa dan penduduk Kuala Ketil membantah perpindahan KUIN dari sini)

KUIN merupakan sebuah kolej yang telah mengislamisaikan program-program konvensional seperti Program Perniagaan, Perbankan, Perancangan Kewangan, Risiko dan Takaful, Hospitality dan Pemakanan Halal dan lain-lain lagi.

Kampus KUIN Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta itu adalah lagenda tinggalan Menteri Besar Kedah sebelum ini, Datuk Seri Azizan Razak.

Bagi ustaz Azizan, pembinaan kampus KUIN di sini akan menjadikan Kuala Ketil satu bandar baru yang bakal membangun dengan pesat selepas ini.

Kampus ini mula digunakan awal tahun ini dan dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada bulan Mei lalu.

Ekoran itu, pelajarnya dan kakitangan dipindahkan dari kampus sementaranya yang terletak di Stargate dan Mergong sebelum itu.

Namun selepas Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) dan Datuk Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar, kampus ini dikatakan mahu dijual.

(Kampus tetap KUIN di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang dibina ketika ustaz Azizan menjadi MB Kedah)

Ia juga mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Kerajaan negeri dikatakan sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti ITM (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.

Sejak beberapa bulan lalu, selain pelajar yang menjadi mangsa, kakitangan Insaniah juga tidak mendapat gaji mereka.
Dalam perhimpunan semalam, wakil pelajar yang turut berucap mengesa pentadbiran kolej mengeluarkan pekeliling pindah untuk rujukan pihak pelajar selepas pengumuman yang telah di umumkan pada 16 julai yang lalu dibuat tanpa disusuli dengan pekeliling perpindahan.

Beliau juga menyatakan agar pihak pentadbiran dapat mengekalkan KUIN Kuala Ketil.

Perpindahan yang akan melibatkan 1200 orang pelajar Fakulti Muamalat akan bermula 1 Ogos sehingga 17 Ogos akan datang.

Ia akan disusuli dengan 600 orang pelajar kulliyyah lain menyebabkan banyak menganggu proses pembelajaran dan pengajaran mereka malah melibatkan masalah kebajikan juga.

(Seorang bekas pekerja KUIN berucap dalam perhimpunan itu)

Memorandum yang telah dihantar ke peringkat pentadbiran kolej dan Pejabat Menteri Besar pada 25 Julai yang lalu belum mendapat jawapan sehingga kini.

Manakala pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pula akan mengambil tindakan terhadap memorandum yang telah dihantar oleh mahasiswa. 

Wakil waris juga meminta pihak pentadbiran kolej dan pihak kerajaan negeri mengambil serius berkaitan masalah ini kerana melihat kepada kebajikan pelajar yang akan terganggu dengan perpindahan kali ke tiga ini.

Selepas perpindahan kali pertama dari Mergong ke Stargate dan perpindahan kali kedua dari Stargate ke Kuala Ketil, kini mereka akan berpindah lagi.

2 pemimpin Islamis Mesir ditahan

Posted: 29 Jul 2013 11:35 PM PDT


21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Dua pemimpin Islamis yang menyokong presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Morsi ditahan pada Isnin ketika Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Catherine Ashton mengadakan beberapa siri pertemuan di Kaherah.

Pemimpin parti Wasat Abul-Ela Madi dan timbalannya Essam Sultan ditahan di sebuah pangsapuri di Kaherah. 

Polis merampas sejumlah wang Dolar Amerika Syarikat (AS), Euro dan pound Mesir dalam jumlah yang banyak, lapor media tempatan.

Kedua-dua ahli politik itu dipindahkan ke penjara Tora di Selatan Kaherah, tempat seorang lagi presiden yang digulingkan sebelum ini Hosny Mubarak ditahan.

Madi dan Sultan penyokong setia Mursi. Pihak pendakwaan mengeluarkan waran tangkap kepada mereka bersama kepimpinan Ikhwanul Muslimin atas dakwaan menghasut ke arah keganasan.

Ashton tiba di ibu kota Mesir pada Ahad dalam lawatan keduanya di Mesir selepas penggulingan Mursi pada 3 Julai, selepas jutaan turun ke jalan raya menuntut pilihan raya presiden lebih awal setahun selepas beliau dipilih ke jawatan itu.

Gesa pilihan raya adil, k'jaan awam
Ashton bertemu presiden sementara Adly Mansour, timbalan presiden Mohammed ElBaradei dan menteri luar Nabil Fahmy.

Jurucakap presiden Ahmed al-Meslemani menyifatkan dialog itu berlangsung secara "terbuka dan saling memahami".

Katanya, Mansour dan Ashton membincangkan visi EU terhadap rancangan di tempoh peralihan Mesir.

Ashton juga bertemu menteri pertahanan dan ketua angkatan tentera bdul Fattah
al-Siss serta anggota pergerakan anak muda 6 April yang memainkan peranan besar dalam kebangkitan menggulingkan Mubarak daripada tampuk kekuasaan pada 2011.

Ashton juga dijadual bertemu wakil Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditaja Ikhwanul Muslimin.

"Peralihan yang sepenuhnya merangkumi proses inklusif... harus berlaku secepat mungkin bagi mengembalikan pemerintahan berdasarkan perlembagaan, pilihan raya bebas dan adil dan kerajaan awam," katanya sebelum dialog.

Serangan harian pada tentera di Sinai
Ikhwan berikrar terus menunjuk perasaan sehingga Mursi, yang ditahan tentera di lokasi tidak didedahkan, dikembalikan ke tampuk kekuasaan.

Ashtin tiba selepas insiden kematian di Mesir dalam pertempuran hujung minggu, yang terus menerus berlaku selepas Mursi digulingkan.

Ikhwan dan sekutu islamisnya berkata Mursi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera. Sementara itu pasukan keselamatan pula menuduh Ihwan dan Mursi menghasut ke arah keganasan di Mesir.

Di Semenanjung Isnai, seorang askar terbunuh dan 14 cedera dalam serangan terhadap mereka, menurut sumber pentadbiran. Tiga orang awam turut tercedera.

Balai polis dan ibu pejabat keselamatan di Al-Arish diserang pelancar grenad manakala bom meletup di belakangnya, menyebabkan kecederaan kepada orang ramai di masjid berdekatan,

Kem keselamatan di banda di Sinai Utara Rafah dan Sheikh Zuwaid juga diserang. Selepas Mursi digulingkan, Sinai merakamkan serangan harian terhadap pegawai keselamatan dan bangunannya,

-dpa

Lagi nahas kereta api, 35 cedera di Switzerland

Posted: 29 Jul 2013 08:11 PM PDT

21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -



GRANGES-PRES-MARNAND: Dua kereta api bertembung di barat Switzerland, hari ini mengakibatkan 35 penumpang cedera dengan sekurang-kurangnya lima lagi parah.


Polis berkata, kemalangan berlaku di Granges-pres-Marnand kira-kira jam 7 petang waktu tempatan.
Wartawan AFP yang tiba di tempat nahas mendapati kedua-dua kepala kereta remuk di kawasan kemalangan berhampiran stesen kecul di perkampungan yang didiami 1,200 penududuk.
Satu daripada kereta api itu dari arah Lausanne, kira-kira 38 kilometer (km) ke selatan negara itu manakala kereta api kedua dalam perjalanan ke utara dari bandar sama.
Ketika nahas kereta api berkenaan membawa 46 penumpang dengan semuanya adalah warga negara Switzerland. - AFP

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Kulasegaran cabar pelantikan menteri, timbalan menteri

Posted: 29 Jul 2013 08:06 PM PDT

21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman dikemukakan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran untuk mencabar pelantikan dua menteri dan tiga timbalan menteri.

Siasat menyeluruh cubaan bunuh Sanjeevan

Posted: 29 Jul 2013 07:35 PM PDT


21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,30 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak siasatan menyeluruh dibuat mengenai satu percubaan bunuh pengerusi NGO anti jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan. 

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, ini berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa percubaan bunuh terhadap R Sri Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis dalam sindiket jenayah.

"DPPM menganggap kenyataan Tan Sri Musa Hassan itu sebagai sesuatu yang serius," ujarnya dalam satu kenyataan. 
Katanya, jika benar dakwaan tersebut, ia bermakna ada beberapa pihak yang 'merasa panas' dengan pendedahan R Sri Sanjeevan sehingga tergamak mengambil pembunuh upahan menembak beliau. 

"Soalnya, siapakah yang berusaha membunuh beliau dan sipakah pula dalang yang mengarahkan beliau dibunuh?" soal beliau. 

Katanya, pendedahan Sanjeevan dan jenayah yang berlaku ke atasnya pastinya menggemparkan negara. 

"Cubaan bunuh ke atas beliau menunjukkan bahawa ada beberapa kes besar yang boleh memeranjatkan melibatkan individu atau pihak tertentu cuba untuk dilenyapkan. 

"Mungkin beliau memiliki rahsia besar yang perlu disingkapkan bagi pengetahuan umum," katanya lagi. 

Beliau menambah, individu berprofil tinggi seperti R Sri Sanjeevan sepatutnya dilindungi daripada sebarang cubaan jenayah terhadapnya. 

Katanya, Sanjeevan menghadapi risiko dibunuh ekoran keberaniannya mendedahkan bahawa pegawai polis sendiri terlibat dengan jenayah. 

"Keberanian beliau wajar dicontohi dan seharusnya banyak pihak lain sanggup ke tengah dalam menegakkan kebenaran tanpa mempedulikan risiko yang bakal diambil," ujarnya. 

Akhirnya, ujar beliau DPPM mengharapkan penjenayah terbabit segera ditangkap untuk dihadapkan ke muka pengadilan. 

Katanya, kejadian ke atas R Sri Sanjeevan menunjukkan jenayah membunuh menggunakan senjata api adalah sesuatu yang serius dan Malaysia sudah tidak boleh dianggap selamat bagi warganya.

Apabila pemimpin prihatin keperluan rakyat

Posted: 29 Jul 2013 07:34 PM PDT

21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
harakahdaily.net

Ketika masyarakat terus mendepani isu-isu semasa yang pelbagai seperti kematian dalam tahanan, peningkatan kadar jenayah, kenaikan harga dan terputus bekalan diesel, pencabulan demokrasi yang berterusan di Mesir dengan sokongan terbuka barat, dan bermacam kisah keperitan rakyat bawahan, saya memilih untuk terus bersuara bagi golongan dhaif yang kini disebut Orang Kurang Upaya - OKU.

Apatah lagi seminggu mutakhir ini saya terlibat langsung dengan dua acara yang membabitkan OKU yang saya fikir perlu diketahui umum khususnya OKU dan ahli keluarga. Bermula dengan majlis berbuka puasa OKU bersama kerajaan negeri Kelantan dan jerayawara (road show) Majlis Kebangsaan OKU di seluruh Negara, dengan coretan ini, saya mengharapkan doa sekalian muslimin moga kejayaan mengiringi setiap usaha membangunkan 4.2 juta OKU yang dianggarkan di Malaysia.
Jika Ramadhan 1433 lalu telah menyaksikan Sekretariat Prihatin OKU di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Parti Islam Semalaysia dizahirkan, dengan izin Allah, Ramadhan 1434 terus mencorakkan warna-warni tersendiri dalam usaha-usaha membawa perubahan kepada pembangunan OKU di Malaysia.

Pada 25 Julai bersamaan 16 Ramadhan lalu, suatu majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada 500 OKU Berjaya dilangsungkan di Kota Baru. Program yang bermula dengan solat asar berjemaah telah dirasmikan oleh  Menteri Besar Negeri Kelantan, Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob.

Meskipun program anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat dengan kerjasama JKM dan Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan tersebut adalah program tahunan sejak beberapa tahun terdahulu, komitmen yang ditunjukkan oleh pimpinan negeri yang hadir dan berusaha memahami keperluan semasa OKU suatu langkah berterusan yang cukup baik. Bagi warga OKU, ia tambah bermakna bilamana program tersebut yang sejak awalnya turut dihadiri oleh Mantan Menteri Besar Negeri Kelantan, Yang Berhormat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz B. Hj Nik Mat. (Gambar)

Dua langkah terkini yang diambil kerajaan dalam membangunkan OKU di Kelantan telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, YB Hajah Mumtaz Md Nawi. Selain mengadakan skim takaful khusus kepada OKU terlantar, penubuhan unit penyelaras pembangunan OKU negeri telah dimulakan dengan seorang pegawai sambilan dilantik bagi menyelaras perancangan dan perlaksanaan program pembangunan OKU di Kelantan. Selanjutnya dalam ucapan perasmian, YAB Menteri Besar menegaskan kerajaan negeri akan sedaya mampu memantau keperluan semasa bagi membangunkan OKU sesuai dengan kehendak Islam.

Perlu disedari, jika dulu kita membicarakan apakah lagi bentuk bantuan yang perlu diberikan, pembicaraan kini turut tertumpu kepada usaha-usaha yang perlu bagi membina potensi insaniah yang ada pada setiap individu OKU yang pelbagai katagori. Tentunya ia suatu yang bukan mudah bagi kerajaan yang diterajui pembangkang seperti Kelantan.

Di sinilah betapa perlunya setiap hak kerajaan Kelantan yang ditetapkan oleh perundangan dan moral mesti dihormati oleh kerajaan persekutuan bagi memastikan keupayaan Kelantan berada pada tahap yang optimum. Peruntukan-peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan pembayaran royalti petroleum terus kepada kerajaan Kelantan misalnya mesti dipenuhi tanpa dibayangi sikap diskriminasi kerana perbezaan politik.

Sebagaimana diluahkan oleh kebanyakan OKU dalam program jerayawara Majlis Kebangsaan OKU yang berlangsung di seluruh Negara mulai 29-30 Julai, isu dan permasalahan yang dihadapi oleh OKU masih berlegar kepada perkara-perkara asas. Dalam suasana Negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 56 Ogos akan datang, warga OKU benar-benar mengharapkan suatu yang lebih baik apatah lagi selepas pewartaan Akta OKU 2008 pada Julai 2008 lalu.

Pada masa kini, biarpun banyak usaha dilakukan, didapati ia tidak banyak membantu meningkatkan potensi OKU disebabkan lompong-lompong di sana sini bila ia berada pada tahap perlaksanaan.

Justeru, langkah permulaan kerajaan Kelantan melibatkan OKU dalam merencana dan melaksanakan program pembangunan OKU wajar dicontohi oleh negeri-negeri lain. Tanpa pembabitan sendiri OKU dalam pembuatan dasar-dasar utama, ia hanya akan mengulangi kesilapan sebagaimana pepatah menyebut "rumah siap, pahat masih berbunyi". - 21 Ramadhan 1434H.

Tarikh lihat anak bulan syawal pada 7 Ogos

Posted: 29 Jul 2013 05:21 PM PDT

21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Rabu, 7 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini.

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak A-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan.
Tempat lain pula ialah di Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. - Bernama

Penerangan tentang bahaya Syiah

Posted: 29 Jul 2013 05:16 PM PDT

21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -'
  • Penerangan tentang bahaya Syiah
  • Antara peserta seminar yang hadir.


BACHOK – Akhir - akhir ini isu Syiah hangat diperkatakan di seluruh negara sehingga ada negeri yang mengeluarkan fatwa mengharamkan penyebaran ajaran Syiah ini dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
Di akhbar baru-baru ini menyatakan keahlian Syiah di negara ini mencecah sejuta orang. Namun mungkin ramai yang kabur mengenai penyebaran Syiah ini terutamanya bagi penduduk luar bandar sedang ia suatu fenomena bagi segelintir penuntut luar negara.

Syiah dianuti berleluasa di Iraq, Iran, Lubnan, Yaman, Bahrain, Kuwait termasuk di negara asia. Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.

Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

Gerakan berlaku di IPT

Pegawai Agama Jajahan Bachok, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, Syiah ini bertambah meruncing apabila gerakan ini turut berlaku di universiti tempatan yang menyebarkan Syiah Jaafariyah secara serius kepada penuntut di institut pengajian tinggi (IPT).

Berikutan pengaruh Syiah yang semakin merebak, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (Maik) menganjurkan seminar Bahaya Pengaruh Syiah dan Ajaran Sesat di Dataran Perahu, Pantai Irama buat julung kalinya baru-baru ini.

Nik Ahmad Zuhdi berkata, seminar itu diadakan dengan kerjasama Pejabat Agama Jajahan dan Masjid Mahmudi Bachok dan melibatkan 400 peserta.

"Kami menjunjung kasih kepada Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Di pertua Maik di atas penganjuran seminar ini.

"Masih ramai dalam masyarakat kita yang tak tahu tentang bahaya Syiah ini sebab itu seminar ini diadakan berikutan ia semakin merebak di negeri ini," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Syiah adalah menyesatkan akidah umat Islam apabila ia menyanjung Saidina Ali lebih daripada Rasulullah SAW dan mengkafirkan tiga sahabat yang lain.

Gerakan ini terbukti wujud di Kelantan apabila dalam ekspo tahun lalu terdapat banyak sumber buku dan rujukan Syiah dijual secara berleluasa di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Penyelewengan akidah Syiah

Bagi Mohd Zawawi Yusof dari Maahad Darul Kautsar, Kuchelong, Bachok, perkara yang amat disukai anak muda di negara ini apabila mengenal Syiah ialah nikah mut'ah.

"Nikah mut'ah ini digemari mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negara sebab bila berkahwin dengan orang sana mereka tak perlu menyewa dan dapat tempat tinggal percuma selain nafkah batin.

"Sedangkan perkara itu adalah zina kerana ia dilakukan tanpa wali dan saksi untuk tempoh masa tertentu dan tidak terikat dengan tanggungjawab seperti pernikahan biasa," katanya.

Pernikahan ini juga membolehkan dinikahi hingga 1,000 wanita dan tidak perlu ditanya status isteri orang atau tidak.

Selain itu katanya, mereka percaya ilmu ALLAH berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (Al- Bada'); kemunculan Imam Mahdi; taqiyyah (berpura- pura menipu kerana suatu kepentingan); menambah nama Saidina Ali dalam syahadah; imam 12 adalah maksum; dan menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah termasuk hadis Mutawatir.

Awasi anak-anak yang belajar di luar

Bagi seorang lagi pengajar Maahad Darul Kautsar, Shamsudin Abdul Rahman, perkara ini perlu dititik berat oleh ibu bapa apabila menghantar anak mereka di IPT atau luar negara.

"Jangan biarkan anak-anak terikut dengan gejala ini, kita perlu pantau sebab ramai ibu bapa tak tahu tapi ia sudah merebak dalam kalangan anak muda.

"Jika hal ini berlaku ia boleh merosakkan agama Islam sendiri, keruntuhan keluarga, boleh menjatuhkan kerajaan dan perpecahan serta pembunuhan seperti yang berlaku di luar negara. Jadi saya amat sokong bila penerangan Syiah seperti ini diluaskan di peringkat akar umbi agar penduduk kampung tahu apa Syiah sebenarnya," katanya.

Haramkan Syiah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan haram, berkuat kuasa 24 Julai 2013. Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, ia diputuskan oleh Menteri Dalam Negeri berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Abdul Rahim berkata, pengikut Syiah pernah memohon mendaftarkan pertubuhan itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di Melaka pada 18 Jun 2011, namun ditolak pada 4 Ogos tahun sama.

Manakala, Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 mewartakan kesesatan Syiah dan mengharamkannya di Malaysia.

Antara negeri lain yang memfatwakannya haram ialah Selangor, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan terbaru Kedah juga dikatakan bakal mengeluarkan fatwa yang sama.

Pusat ajaran dikatakan mereka beroperasi sebagai 'hauzah' di Gombak, Selangor, Kedah, Perak dan Johor. SH/-

Mesir terus bergolak, Penyokong Mursi terus berarak

Posted: 29 Jul 2013 05:09 PM PDT

21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -\
Beribu-ribu penyokong Mursi berkumpul menunaikan solat berjemaah di bandar Nasr. Kumpulan itu telah membina khemah dan mengadakan tunjuk perasaan setiap hari di Kaherah bagi mendesak tentera mengembalikan jawatan Mursi sebagai Presiden. - AGENSI

KAHERAH 29 Julai - Beribu-ribu penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi berarak ke satu kemudahan tentera di sini yang boleh meningkatkan risiko konfrantasi, selepas berpuluh-puluh penyokong Mursi ditembak mati pada hujung minggu lalu.
Jurucakap Ikhwanul Muslimin berkata, perarakan itu bermula dari Masjid Rabaa al-Adawiya di utara Kaherah, yang menjadi pusat demonstrasi bagi menuntut jawatan Mursi dikembalikan sejak beliau digulingkan pada 3 Julai lalu.

Mereka berarak ke bangunan risikan tentera yang terletak beberapa kilometer dari masjid tersebut.
Wartawan Reuters melaporkan, beribu-ribu penunjuk perasaan tersebut melaungkan 'Darah dan jiwa kami dikorbankan untuk Mursi' sambil berarak.

Tentera Mesir yang menyedari rancangan perarakan tersebut telah mengeluarkan kenyataan menggesa penunjuk perasaan tidak menuju ke kemudahan tentera tersebut.

Beribu-ribu penunjuk perasaan juga tidak menghiraukan ancaman tentera supaya mereka bersurai dari pusat demonstrasi tersebut.

Kira-kira 120 penyokong Mursi ditembak mati oleh pasukan keselamatan kelmarin di pusat demonstrasi tersebut, kejadian yang memburukkan lagi konflik di Mesir.

Dalam pada itu, Majlis Pertahanan Nasional Mesir, semalam memberi amaran bahawa tindakan 'tegas dan keras' akan diambil jika penunjuk perasaan bertindak melanggar undang-undang.

Majlis yang turut dianggotai Presiden sementara, Adly Mansour dan ketua tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi itu meminta penunjuk perasan tidak melanggar hak memberi pandangan dan mengadakan demonstrasi secara aman. - REUTERS/AFP




PM Kuwait dilantik semula, bentuk Kabinet baharu

Posted: 29 Jul 2013 05:04 PM PDT

21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -]

KUWAIT CITY 30 Julai - Pemerintah Kuwait melantik semula Sheikh Jaber al-Mubarak al-Sabah sebagai Perdana Menteri selepas pilihan raya umum pada Sabtu lalu dan meminta beliau membentuk barisan Kabinet yang baharu.

Agensi berita KUNA melaporkan, Sheikh Jaber yang memegang jawatan tersebut sejak hujung 2011, akan membentuk kerajaan baharu yang diwakili 15 menteri dan jawatan tertinggi dijangka dipegang oleh ahli keluarga Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah.

Barisan Kabinet terdahulu turut meluluskan draf dekri untuk membenarkan anggota Parlimen yang baharu mengadakan sidang Parlimen yang pertama pada 6 Ogos depan. - REUTERS



Pergolakan politik Tunisia masuki fasa baru

Posted: 29 Jul 2013 05:03 PM PDT

21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

TUNIS 30 Julai - Tentera Tunisia menutup dataran utama yang digunakan oleh penunjuk perasaan pro dan antikerajaan di sini semalam, ketika parti komponen kerajaan menggesa pembentukan kerajaan perpaduan yang baharu.

Pihak tentera menggunakan kawat dawai untuk menutup dataran terbabit sekali gus mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai 'zon tertutup tentera'.

Penunjuk perasaan kedua-dua pihak sebelum ini berikrar untuk mengadakan bantahan, dan kumpulan antikerajaan dilapor telah berkumpul berdekatan dataran berkenaan.

Ketegangan politik di Tunisia kembali tinggi apabila berlaku keganasan membabitkan pertempuran kedua-dua pihak ketika parti pembangkang negara ini mendesak agar kerajaan pimpinan parti Islam dibubarkan.

Sementara itu, Parti Ettakatol yang merupakan parti gabungan dengan Parti Ennahda yang memerintah kerajaan, menggesa agar kerajaan dibubarkan bagi meredakan krisis politik negara ini.

Pemimpin Parti Ettakatol, Lobni Jibril berkata, kerajaan perpaduan yang baharu juga perlu dibentuk bagi mewakili semua pihak.

"Jika Parti Ennahda enggan menerima cadangan ini, kami akan keluar daripada kerajaan," katanya. - REUTERS

Man Utd menang besar di Hong Kong

Posted: 29 Jul 2013 04:59 PM PDT

21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Devils 'baham' Kitchee: Pemain Manchester United, Chris Smalling (tengah) dikepung lima pemain Kitchee SC dalam aksi persahabatan di Stadium Hong Kong, malam tadi. United menang 5-2. - Foto AFP
HONG KONG: Manchester United menamatkan siri jejalah luar musimnya dengan membenam Kitchee 5-2 di Hong Kong, kemenangan kedua David Moyes sejak dilantik menjadi pengurus baru kepada juara Liga Perdana Inggeris itu. 
Danny Welbeck, Chris Smalling, Fabio Da Silva dan pemain gantian, Adnan Januzaj meletakkan United 4-0 selepas tamat separuh masa pertama. 

Pada babak kedua, pemain gantian Jesse Lingard meledak selepas permainan 10 minit bermula di depan 40,000 penonton di Stadium Hong Kong. 

Dengan itu, United memperoleh dua kemenangan, dua kekalahan dan satu seri dalam siri jejalah Asia dan Australia. - AFP 

6 maut letupan bom di Nigeria

Posted: 29 Jul 2013 04:58 PM PDT

21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KANO: Beberapa siri letupan menggegarkan Kano, bandar raya kedua terbesar di Nigeria awal hari ini mengorbankan enam orang manakala enam lagi cedera. 


"Beberapa letupan berlaku di Sabon Gari petang ini," kata Pesuruhjaya Polis Kano, Musa Daura. 


Beliau turut merujuk serangan bom itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan Islam Bako Haram. - AFP 

Tiada ulasan:

Nuffnang