Isnin, 8 Julai 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


5 terperangkap atas pokok

Posted: 08 Jul 2013 02:43 AM PDT

Foto
29 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Banda Aceh: Lima lelaki terperangkap di atas pokok sejak tiga hari lalu selepas dikejar oleh beberapa ekor harimau Sumatera.
Seorang rakan mereka mati dibaham haiwan berkenaan.

Polis berkata, lima harimau masih berada di bawah pokok itu selepas mengejar lelaki berkenaan Khamis lalu.

Kejadian berlaku selepas lelaki itu yang mencari kayu gaharu di Taman Negara Hutan Leuser di puncak Sungai Rengas, Tenggulun, kawasan Aceh Tamiang, membunuh seekor anak harimau secara tidak sengaja.

Konflik antara manusia dengan haiwan semakin menjadi-jadi di Indonesia. Tetapi, dalam kebanyakan kes, ia berakhir dengan padah menimpa haiwan terbabit.


Ketua Polis Tamiang, Dicky Sondani berkata, selain mencari gaharu, lelaki berkenaan turut memasang perangkap untuk menangkap rusa tetapi secara tidak sengaja memerangkap anak harimau berkenaan.

HARIMAU Sumatera.
Harimau dewasa itu menyerang keenam-enam lelaki terbabit dan membaham seorang daripada mereka yang dikenali sebagai David. Lima yang lain - Adi Susilo, Mujiono, Budi Setiawan, Suriadi dan Awaludin - menyelamatkan diri dengan memanjat pokok, kata Dicky.

Menurutnya, 30 orang terdiri daripada polis dan tentera sudah melancarkan gerakan menyelamat mangsa kelmarin selepas dia dan tiga anggotanya terpaksa berpatah balik setelah melihat harimau itu.

Dicky juga berkata, usaha untuk mendapatkan khidmat pawang harimau sehingga semalam masih belum berhasil.

Anggota penyelamat mungkin mengambil masa dua hingga tiga hari untuk tiba di kawasan terbabit. Lebih buruk lagi, mereka juga terpaksa berdepan dengan harimau dan binatang liar lain, termasuk gajah.


Harimau Sumatera adalah harimau paling kecil di dunia. Hanya 400 hingga 500 ekor dipercayai masih hidup.


"Jika harimau itu masih berada di bawah pokok, kami mungkin terpaksa menembak mereka, paling tidak dengan ubat pelali, untuk menyelamatkan kelima-lima mangsa," kata Dicky. - Agensi
i

Latifa Nabizada, juruterbang pertama Afghanistan

Posted: 08 Jul 2013 02:25 AM PDT

Latifa Nabizada
29 Syaaban 1434 H. [MOD] -



SAYA dan arwah kakak, Laliuma selalu berbual mengenai bintang dan alam. Kami bercakap mengenai bagaimana kapal terbang boleh terbang dan perasaan seorang juruterbang.

Selepas pulang dari sekolah, kami sering ke muara untuk melihat helikopter. Suatu hari, selepas pulang dari sekolah, saya dan kakak memberitahu ayah dan ibu tentang hasrat kami untuk menjadi juruterbang profesional.

Ibu terkejut kerana belum ada wanita di negara ini yang menjadi juruterbang. Selepas berjaya meyakinkan mereka akhirnya mereka mengalah dan ayahlah banyak membantu merealisasikan cita-cita kami," kata juruterbang wanita pertama Afghanistan, Latifa Nabizada.


Persekolahan

Penglibatan awal wanita ini dalam dunia ketenteraan dilalui penuh liku apabila permohonan untuk memasuki Sekolah Tentera Afghanistan ditolak beberapa kali atas faktor kesihatan. Pada 1989, mereka menerima khabar gembira apabila permohonan diterima selepas disahkan sihat oleh doktor awam.

"Ketika itu tiada pakaian seragam wanita jadi kami terpaksa membuat sendiri seragam yang dirasakan sesuai dan menutup aurat," katanya.

Pada hari pertama persekolahan, mereka dibaling batu kerana melanggar norma kehidupan sebagai wanita Afganistan.

"Pernah suatu hari kami terpaksa disuruh keluar dari bilik darjah kerana berlaku protes kalangan pelajar lelaki hingga mencetuskan pergaduhan," katanya sambil tersenyum.

Berkat usaha gigih dua wanita ini, mereka akhirnya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir.


Penerbangan pertama

Penerbangan pertama merupakan pengalaman tidak dapat dilupakannya. Penerbangan solo di bandar utara Mazar-e-Sharip itu perlu diduduki bagi melengkapkan kertas peperiksaan akhir.

"Saya terbang! saya terbang! Hati saya melonjak kerana ini adalah saat paling dinanti selepas berusaha keras untuk bergelar juruterbang.

"Pelatih saya sentiasa berpesan untuk menumpukan fokus dalam penerbangan kerana kemunculan kami paling dinantikan oleh pelatih lain dan pegawai di pangkalan itu," katanya.

Selepas sah menjadi juruterbang, Latifa dan Laliuma menerima layanan berbeza daripada juruterbang lelaki. Mereka hanya diarahkan melakukan penerbangan di zon terbang selamat kerana ketika itu tentera rejim diancam konflik dan pemberontakan.

Pada 1996, Latifa dan kakaknya terpaksa berpisah apabila beliau ditempatkan di Pangkalan Tentera Udara Kabul dan kakaknya kekal di Pangkalan Tentera Udara Mazar-e Sharif.

"Sepanjang malam saya tidak melelapkan mata. Sejak mula kami melangkah sebagai juruterbang, kami telah berjanji tidak akan berpisah," katanya.

Mengimbau saat itu, Latifa berkata, sepanjang berada di Pangkalan Udara Mazae-e Sharif, Komander pangkalan, General Dostum banyak memerikan semangat kepada mereka.

"Beliau berkata, kami perlu keluar dari zon selesa. Kami perlu melihat dunia luar sekali gus menyokong perjuangan wanita yang selama ini dikongkong Taliban," katanya.

Latifa berkata, beliau sampai di Kabul pada waktu malam dan tidak sabar memulakan tugasan baru pada keesokan harinya.

"Alangkah indah pemandangan Kabul dari udara. Saya kagum dengan kebesaran ALLAH. Namun jauh di sudut hati, saya rindukan kakak," katanya.


Keluarga

Latifa dan Laliuma bertemu jodoh pada 2006. Laliuma dipindahkan ke Pangkalan Tentera Udara Kabul. Seminggu selepas berkahwin, mereka disahkan menggandung.

Namun berita gembira itu disembunyikan daripada pengetahuan ketua pangkalan kerana mereka masih mahu melakukan penerbangan.

"Kakak mengalami komplikasi ketika hamil, bayi dilahirkan tidak cukup bulan. Beliau diberi pilihan sama ada sama ada bayinya diselamatkan atau nyawa ibu terpaksa dikorbankan.

"Kakak akhirnya memilih untuk berkorban nyawa demi menyelamatkan bayinya," katanya.

Keesokan harinya, Laliuma meninggal dunia. Selepas kematian kakaknya, Latifa menjaga bayi itu yang diberi nama Mariam.

Bayi comel itu dikendong bersama anaknya di dalam kandungan ke mana sahaja dia pergi. Baginya, Mariam adalah sebahagian daripada hidupnya yang menggantikan pemergian kakaknya.

Sepanjang misi di Afghanistan, pelbagai cabaran dilalui termasuk bertempur dengan musuh.

"Ramai pegawai memberitahu, saya merupakan wanita cekal dan berani sungguhpun sedang berbadan dua," katanya.

Cabaran sukar dilalui Latifah adalah membesarkan Mariam yang masih bayi. Latifa terpaksa menyusukan Mariam dan pada masa sama beliau sarat mengandung.

Selepas melahirkan bayi sulung bernama Malalai. Latifa sekali lagi menghadapi kesukaran untuk menjaga kedua-dua anak itu. Ketika itu, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak belum ada di negara berkenaan.

Mariam terpaksa diserahkan kepada keluarganya di kampung manakala Malalai terpaksa dijaga sendiri kerana masih menyusu badan.

"Di pangkalan tentera tak ada tempat penjagaan anak. Jadi saya terpaksa membawa Malalai sepanjang berada di pangkalan. Saya membawanya menaiki helikopter pada usia dua bulan. Beliau membesar dalam helikopter dan kadang-kadang saya berasa dia bukan anak saya, tetapi anak perempuan helikopter!" katanya.


Ikut jejak langkah

Latifa berkata, sepanjang Malalai membesar, bayi itu tidak memberikan masalah kerana kerap tidur. Melangkah usia empat tahun dia membesar seperti kanak-kanak lain.

"Di dalam pesawat, dia akan duduk di sebelah saya. Apabila mengantuk dia akan terlelap dan meletakkan kepalanya di bahu saya. Sehinggalah pada suatu hari penasihat pangkalan tidak membenarkan Malalai duduk di sisi saya kerana ancaman bahaya. Ketika itu, Malalai menangis sehingga demam," katanya.  

Kini, pangkalan Udara Kabul mempunyai tadika dan Malalai di tempatkan di tadika itu sepanjang hari. Kehidupan Malalai amat berbeza dengan kanak-kanak lain.

Kanak-kanak itu jarang menyebut nama ayahnya sebaliknya menjadikan Latifah sebagai nama pengganti ayahnya.

"Saya anak perempuan Pilot Latifa", itulah yang sering dijawab setiap kali namanya ditanya.

Latifah berkata, perjalanan hidupnya kini menjadi lebih mudah selepas Malalai membesar.

"Saya amat berterima kasih kepada bapa. Kini saya menjadi seorang ibu saya sedar kesukaran ibu bapa menghadapi kerenah anak sepanjang mereka membesar. Saya berharap, Malalai akan mengikuti jejak langkah saya untuk bergelar juruterbang untuk Afghnistan pada masa hadapan," katanya.


sinar/-

Muhyiddin ditekan kuat dari dalam untuk bertanding

Posted: 08 Jul 2013 02:21 AM PDT


29 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang ditekan kuat dari pelbagai arah untuk mencabar presidennya Datuk Seri Najib Razak dalam pemilihan parti yang akan datang.

Sumber Umno memberitahu Harakahdaily sekarang arus memprotes panggilan untuk tidak dipertandingkan dua jawatan tertinggi Umno semakin kencang.

"Anta dah balik tulisan terbaru Kadir Jasin? Sekarang itulah moodnya dalam Umno sekarang – mereka nak Muhyiddin bertanding melawan Najib. Sebab 1Malaysia dah gagal, dan yang menyelamatkan Umno masa pilihanraya umum ke 13 ialah sikap 'Malay first' Muhyiddin yang menyakinkan orang Umno luar bandar terus bersama Umno di PRU yang lalu," kata sumber Umno yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Dalam tulisannya, bekas ketua editor News Straits Times A Kadir Jasin seolah-olah menyeru Muhyiddin tidak bersikap hipokrit dengan tidak mencabar Najib.

Di dalam tulisan tersebut, Kadir menggelar Muhyiddin sebagai 'Kingmaker'.

"Umum tentu masih ingat peranan Muhyiddin dalam gerakan mempercepatkan peletakan jawatan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang sekali gus menaikkan Mohd Najib selepas Abdullah mencatat pencapaian buruk dalam PRU 2008.

Adakah Muhyiddin yang menunjukkan pintu keluar kepada Abdullah yang memenangi 140 kerusi Parlimen terlepas pandang bahawa prestasi Mohd Najib lebih buruk daripada itu?" tulis Kadir.

Kadir turut menyeru para pemimpin Umno untuk berani mengakui siapa yang sebenarnya menyelamatkan Umno dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.

"Adakah Presiden Umno atau penyokong Umno di luar bandar yang bimbang apa akan terjadi kepada orang Melayu kalau Pakatan Rakyat menang dan DAP menjadi parti terkuat?" tanya beliau.

Menurut sumber Umno, Muhyiddin kini turut diasak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Satu-satu caranya Zahid boleh menyelamatkan diri daripada persepsi buruk dan kes mahkamahnya dan juga ancaman daripada Tun Dr Mahathir Mohamad ialah menjadi salah satu daripada dua orang tertinggi Umno atau sekurang-kurangnya kekal sebagai Naib Presiden. Beliau sedang menunjukkan kepada para ahli Umno 'kekerasan' dan 'kelakian'nya sebagai pemimpin Umno yang sepatutnya kerana Najib dilihat lembut dan Muhyiddin semakin hari dilihat sebagai penakut," katanya.

Apa yang diperkatakan sumber Umno adalah sejajar dengan laporan The Malaysian Insider yang juga memetik sumber berkata Zahid sedang menunjukkan kepimpinan keras sejak kejadian Sulu sebagai interviu untuk pemilihan parti.

Beliau turut baru-baru ini dilihat berani melanggar Najib dengan mengumumkan bahawa Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan.

"Jika ahli Umno mula merasa Zahid lebih berani membuat keputusan daripada Muhyiddin dan Najib, maka habislah Muhyiddin, kerana Zahid hanya berani cabar tempat nombor 2. Untuk Muhyiddin, dengarlah kata ana sebelum terlambat – terlambat itu bermaksud apabila ahli Umno merasakan Tan Sri sebagai seorang pengecut – dan pada masa itu, kareer politik Tan Sri akan tamat," kata sumber Umno itu lagi.

Apakah signal yang perlu dibuat Muhyiddin untuk menyakinkan ahli Umno bahawa beliau ialah pemimpin harapan mereka?

"Jangan diam diri pada kelakuan isteri Najib dan Permatanya," jawab sumber Umno tanpa mengulas lanjut.

harakahdaily/-

Putus dua pergi kenduri

Posted: 08 Jul 2013 02:20 AM PDT

Foto
29 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Kota Bharu: "Saya spontan memberhentikan kenderaan untuk membantu, tetapi tak sangka pula dua mangsa kemalangan yang bergelimpangan atas jalan itu rakan setugas sendiri," kata Koperal Nik Hazan Nik Wok, 40.
Dua anggota tentera yang juga rakan setugas Nik Hazan, Lans Koperal Firdaus Abd Rani, 23, dan Prebet Mohd Nor Hamidi Ismail, 23, terbunuh selepas kereta Honda Accord yang mereka naiki merempuh sebuah treler yang diparkir di tepi Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, Kampung Chica, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Firdaus dari Machang, dekat sini dan Mohd Nor dari Sungai Petani, Kedah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Seorang lagi penumpang kereta itu, Lans Koperal Abdul Halim Husin, 24, dari Kodiang, Kedah cedera parah dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Keadaannya dilaporkan masih kritikal manakala pemandu kereta, Lans Koperal Ferdaus Che Fadzi, 29, dari Alor Setar, Kedah, pula hanya cedera ringan.
metro/-

Mesir: Ditembak di kepala, peluru meletup dalam badan

Posted: 08 Jul 2013 02:16 AM PDT

29 Syaaban 1434 H. [MOD] -

 

(Antara mayat mereka yang terkorban dalam insiden pagi tadi- Gambar Anadolu Agency)

MESIR: Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis yang menembak kejam rakyat yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi ini sehingga menyebabkan berpuluh terkorban.

Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.

"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah.

"Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik Al-Jazeera.

Menurut beliau lagi, tentera dan polis memulakan tembakan kepada penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira jam 3.30 pagi.

Sementara itu, maklumat terbaru menyebut sekurang-kurangnya 53 penyokong Morsi terbunuh termasuk 5 kanak-kanak dalam insiden itu manakala lebih 300 yang lain cedera.

Difahamkan insiden itu terjadi selepas polis dan tentera Mesir cuba menyuraikan peserta himpunan yang berkampung di sini sejak beberapa hari lalu itu dengan kekerasan menjelang waktu Subuh pagi tadi.

Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.

Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.

Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.


harakahdaily/-

Wanita hamil kena samun

Posted: 08 Jul 2013 02:05 AM PDT

29 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Share on facebook
Share on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Service
Wanita hamil kena samun
Rumah mangsa kini sunyi selepas wanita terbabit kini difahamkan dimasukkan ke HSNZ
DUNGUN – Seorang ibu yang sarat mengandung enam bulan terpaksa melalui detik mencemaskan apabila menjadi mangsa samun dua penjenayah yang menceroboh rumahnya, dekat sini, malam semalam.

Mangsa yang berusia 20 tahun tinggal seorang diri di sebuah rumah teres kos rendah di Taman Rakyat Jaya didatangi dua suspek tidak dikenali memakai topi keledar.

Menurut sumber, kejadian disedari suaminya kira-kira jam 11.30 malam ketika pulang ke rumah.

Sebaik membuka pintu rumah, suami melihat mangsa dalam keadaan terlentang tidak sedarkan diri di ruang tamu dengan kesan darah pada pakaiannya.

Mangsa yang mengandung anak pertama dan difahamkan baru beberapa bulan menyewa di rumah berkenaan dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Berikutan kejadian itu, suami mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Dungun.

sinar/-


Jentera muslimat sudah berkampung di Kuala Besut

Posted: 08 Jul 2013 01:15 AM PDT


29 Syaaban 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Jentera Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan memastikan PAS menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, 24 Julai ini.


Menurut ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusoff, bagi mencapai matlamat itu, jentera DMPP sudah siap-sedia dan memulakan gerak kerja di Kuala Besut.

"Jentera dan pimpinan muslimat sudah turun ke Kuala Besut dan kita sudah wujudkan gelombang-gelombang untuk bekerja walaupun pada bulan Ramadhan.

"Setiap gelombang selama lima hari, muslimat akan melakukan gerak kerja di sana mengikut giliran.

"Jentera muslimat akan bekerja habis-habisan sebab kita tahu kemenangan kita untuk PRK Kuala Besut sangat penting demi survival kepimpinan Islam di Terenganu," kata beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, walaupun PAS belum mengumumkan calon yang akan bertanding, namun itu bukanlah menjadi isu penting.

Tegasnya, DMPP menerima siapa sahaja yang akan menadi calon sama ada calon lelaki atau wanita, asalkan ia merupakan calo boleh menang.

"Dewan Muslimat tidak mengira siapa pun calon sama ada lelaki atau wanita, yang penting ialah calon yang layak dan diterima rakyat.

"Muslimat akan memberi sokongan penuh kerana apa yang penting calon itu layak dan boleh mennag untuk mewakili PAS ke Dewan Undangan Negeri," katanya.

Pada PRU13, 5 Mei lalu, PAS meletakkan calon muslimat iaitu Napisah Ismail.

Napisah dikalahkan calon BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

Suruhanjaya menetapkan 12 Julai bagi penamaan calon manakala hari membuang undi pada 24 Julai.

PAS akan mengumumkan calonnya pada esok malam.
harakahdaily/-

Cinta bodoh

Posted: 08 Jul 2013 01:01 AM PDT

Foto
29 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Alor Gajah: Bukan saja hasrat untuk menamatkan zaman bujangnya berkecai, malah seorang kontraktor perumahan kerugian RM36,000 selepas diperdaya 'bakal isteri' yang menghilangkan diri selepas mengikis wangnya, tanpa sekali pun bersua muka.

Mangsa yang mahu dikenali Azlan Md Rani, 39, berkata, wanita berusia 25 tahun itu mendakwa dirinya doktor pelatih dan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial di Internet sejak enam bulan lalu.
Menurutnya, pada awal perkenalan, wanita itu mendakwa baru menamatkan pengajian di sebuah universiti tempatan di Pulau Pinang Februari lalu, berstatus anak yatim piatu dan berdepan masalah kewangan.


"Dia menaburkan pelbagai janji termasuk bersedia menjadi isteri saya dan itu menyebabkan saya terpedaya serta simpati kepadanya, apatah lagi selepas dia memberitahu baru saja kematian ayah dan ibu," katanya.



Azlan berkata, pada hari pertama perkenalan, wanita terbabit mengirim SMS menyatakan hasrat meminjam RM30 bagi menampung perbelanjaan di kampus dengan alasan kesempitan wang.

metro/-

Antara soalan MP PAS : PM diminta jelaskan kos sepanjang tempoh PRU13

Posted: 07 Jul 2013 10:27 PM PDT

29 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Siti Zailah Mohd Yusoff [PAS-Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah kos yang telah digunakan oleh Kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya ke-13 yang lalu.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.


Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini seperti di bawah.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah status sebenar lawatan YAB Perdana Menteri ke Gaza, Palestin, pada bulan Januari 2013 yang lalu, sama ada lawatan sosial (kemanusiaan) atau lawatan rasmi Kerajaan dan apakah hasil daripada lawatan tersebut.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Komunikasi Dan Multimedia  menyatakan:-
(a) apakah langkah Kerajaan untuk meningkatkan kadar celik komputer di kalangan masyarakat luar bandar; dan
(b) bagaimanakah jurang perbezaan ini antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Pendidikan menyatakan status projek Hub Pendidikan di Pagoh yang telah dilancarkan pada 2012 iaitu konsepnya, siapa kontraktor yang dilantik dan berapakah kos pembinaannya.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Kesihatan menyatakan tarikh diluluskan, tarikh mula dan tarikh dijangka siap projek pembinaan Hospital Bachok. Apakah kesan buruk kepada rakyat akibat kelewatan pembinaan tersebut.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan hasil rumusan dan cadangan dari kajian ke atas Projek High Speed Rail (Projek HSR) yang telah disiapkan oleh Mickensey & Company Konsultan yang dilantik oleh Kerajaan, nyatakan kos pembangunan, jarak, jajaran, masa perjalanan, kelajuan purata serta teknologi dan sistem kereta api berkelajuan tinggi yang bakal digunakan.

Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus) minta Menteri Kerja Raya
menyatakan kos terkini dan faktor kelewatan menyiapkan Lebuhraya Pantai Timur.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah plan Kerajaan untuk menjelaskan hutang negara yang semakin bertambah.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah diambil untuk memenuhi keperluan asas Generasi Kedua Felda.

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha membersihkan Sabah daripada kebanjiran pendatang Filipina yang boleh menggugat keselamatan negara.

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan:-
(a) langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu FAM meningkatkan mutu bola sepak negara yang kini menduduki 'ranking' FIFA melebihi tangga ke-100 dunia, sedangkan pada masa dahulu Malaysia adalah antara Gergasi Bola sepak terutamanya di benua Asia, malahan pernah dua
kali melayakkan diri dalam acara bola sepak di Temasya Sukan Olimpik; dan
(b) langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu membendung gejala rasuah yang diterajui oleh 'bookies' dalam sukan terutamanya bola sepak di negara ini, yang bukan sahaja menjejaskan mutu bola sepak negara malahan boleh menjejaskan imej negara terutama dari segi Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index).

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan jalan-jalan kampung yang akan dinaiktarafkan bagi tahun 2013 di Parlimen Kuala Krai.

Dr. Hajah Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan status terkini projek perumahan sakit dan tergendala dan tindakan ke atas pemaju yang gagal "deliver" rumah kepada pembeli. Apakah tahap perlaksanaan konsep/polisi bina dan jual (build and sell) industri perumahan di negara kita.

Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah kos yang telah digunakan oleh Kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya ke-13 yang lalu.

TV Mesir bohong, tunjuk rakaman lama

Posted: 07 Jul 2013 10:23 PM PDT

29 Syaaban 1434 H. [MOD] -
MESIR: Stesen televisyen Mesir yang dikawal kerajaan tentera didakwa berbohong kepada rakyat dan dunia apabila menyiarkan video kononnya Dataran Tahrir dipenuhi dengan jutaan penentang Dr Mohamed Morsi.

Video tersebut yang tertera pekataan 'siaran langsung' itu sebenarnya adalah rakaman video lama di Dataran Tahrir sewaktu penentangan terhadap Hosni Mubarak, dan bukan suasana semasa.


Ini kerana keadaan semasa di medan Tahrir lengang sama sekali dan yang ada hanya kumpulan perusuh upahan (baltoji) sahaja.

Stesen televisyen Al-Jazeera juga didakwa menyiarkan liputan sama yang bersumberkan video televisyen Mesir tersebut, namun penipuan tersebut didedahkan oleh seorang pemanggil.

Seorang pemanggil yang bernama puan Iman membuat panggilan dan bertanya kenapa video yang tertera "Tahrir LIVE" berlainan dengan apa yang beliau saksikan sendiri.

Pemberita Al-Jazeera menjawab, itu video semasa yang dirakam beberapa minit sebelum ini.

"Saya baru datang dari Tahrir, dataran kosong kecuali kumpulan "baltoji" sahaja," balas puan Iman tidak berpuas hati.

Akhirnya, pemberita mengaku itu bukan dari lensa Al-Jazeera tetapi diambil dari televisyen kerajaan Mesir kerana pejabat mereka telah diceroboh beberapa hari lalu.

Seorang ulama Al-Azhar Syeikh Ahmad Mahellawi turut mengulas penipuan tersebut dalam laman Facebooknya.

"Televisyen kerajaan Mesir tidak menyiarkan suasana di dataran Tahrir secara "langsung" tapi apa yang disiarkan ialah video lama bagi menunjukkan Tahrir masih dipenuhi oleh mereka yang menentang Mursi.

"Hakikat sebenar, dataran Tahrir lengang. Buktinya, kenapa malam ini buat pertama kali stesen Al-Jazeera tidak membuat liputan langsung di Tahrir dan siarannya 'menumpang' siaran tv kerajaan," katanya.

Penipuan tersebut turut ditegur agensi berita CNN Amerika yang menyiarkan kenyataan "Diminta aksar Mesir hentikan penipuan.Dataran Tahrir lengang. Apa yang disiarkan sekarang adalah video lama. Para penyokong Mursi berjuta-juta memenuhi seluruh Mesir".

Ziad Bahaa Eldin bakal diumum PM Mesir

Posted: 07 Jul 2013 07:10 PM PDT

28 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KAHERAH: Presiden sementera Mesir bakal menamakan seorang peguam perniagaan, Ziad Bahaa Eldin sebagai Perdana Menteri baru negara itu dalam tempoh 24 jam, demikian menurut rakan rapat presiden hari ini.
Presiden sementara, Adly Mansour, dilaporkan mahu melantik pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Mohamed ElBaradei sebagai Naib Presiden selepas parti Islam menolak cadangan awal untuk melantik ElBaradei sebagai Perdana Menteri,

"Presiden sedang menimbang untuk melantik antara Bahaa Eldin dan ElBaradei," kata penasihat media Mansour, Ahmed al-Muslimani kepada AFP.
Beliau berkata, keputusan muktamad dijangka diumumkan esok (lewat hari ini).
Anak kepada seorang penulis terkenal, Bahaa Eldin akan mempunyai tugas berat untuk membawa perpaduan kepada negara Mesir yang baru selepas tentera menggulingkan presiden Mohamed Morsi, empat hari lalu.
Eldin sebelum ini bekerja di beberapa firma peguam di Washington, sebelum menjadi penasihat kepada Kementerian Ekonomi Mesir pada 1997.
Ayah kepada dua anak lelaki itu menyertai politik pada 2011 selepas revolusi Arab Spring yang menyaksikan kejatuhan pemerintahan presiden Hosni Mubarak. - AFP

4 maut, 40 masih hilang kereta api meletup di Kanada

Posted: 07 Jul 2013 06:42 PM PDT

29 Syaaban 1434 H. [MOD] -

LAC MEGANTIC: Pihak berkuasa Kanada berkata, penyelamat setakat ini berjaya mengenal pasti empat mayat dalam nahas kereta api minyak yang meletup, semalam.
Api yang masih marak menyebabkan operasi menyelamat menemui kesukaran menjalankan kerja mencari mereka yang terkorban dan yang masih hilang.

Namun pihak berkuasa yakin lebih banyak mayat akan ditemui di kawasan bencana di perkampungan Lac-Megantic, di Quebec di mana kereta api kargo itu tergelincir sebelum meletup.
Nahas itu menyebabkan lebih 2,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman dan mencetuskan suasana panik di pekan kecil yang terletak kira-kira 250 kilometer dari Montreal itu.
Jurucakap polis, Michel Brunet setakat ini mereka menemui empat mayat dan yakin lebih banyak korban akibat nahas itu.
Katanya, angka rasmi mereka yang hilang setakat ini berjumlah 40 orang. - AFP

Gempa 6.8 magnitud landa Papua New Guinea

Posted: 07 Jul 2013 06:32 PM PDT

29 Syaaban 1434 H. [MOD] -

PAPUA NEW GUINEA: Gempa berkekuatan 6.8 magnitud melanda Papua New Guinea awal pagi ini, susulan gempa 7.2 magnitud menggegarkan pantai timut laut negara itu beberapa jam sebelum itu.
Gempa 6.8 magnitud itu melanda berdekatan bandar Kandrian, di Pulau New Britain, jam 6.30 pagi waktu tempatan.

Dua jam sebelum itu, gempa 7.2 magnitud melanda pesisir pantai Pulau New Ireland.
Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) bagaimanapun berkata tiada amaran tsunami dikeluarkan. - AFP

Tiada ulasan:

Nuffnang