Rabu, 5 Jun 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


KEADILAN Tawar Latihan Eksekutif Untuk Mahasiswa

Posted: 04 Jun 2013 07:00 PM PDT

PETALING JAYA 4 JUN: KEADILAN akan menganjurkan Program Latihan Eksekutif KEADILAN (KEIP) yang ditawarkan khas untuk mahasiswa Malaysia di seluruh dunia.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, program tersebut berlangsung lima minggu bermula 26 Jun hingga 2 Ogos 2013.

Program tersebut menyediakan modul-modul untuk melatih dan memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai ilmu dan pengalaman politik, pembangunan dasar, daya kepimpinan serta etika media.

"Program ini berbeza dengan program-program sedia ada yang selalunya memerlukan mahasiswa menjalankan tugas berkaitan urusan pejabat.

"KEIP juga mengambil model yang digunakan parti-parti politik ternama dunia seperti Parti Demokrat," jelas Izzah pada sidang media pelancaran KEIP di ibu pejabat parti hari ini.

Menurut Izzah, KEIP dikhususkan kepada mahasiswa pelbagai latar belakang pendidikan yang berminat mengenai politik dan mereka akan ditempatkan mengikut kawasan Parlimen yang akan ditetapkan.

Katanya, di akhir program, setiap kumpulan pelatih akan mengusahakan satu projek yang meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial termasuk penganjuran program politik dan pembangunan dasar untuk KEADILAN sendiri.

"Mereka juga akan dibayar elaun latihan setiap bulan," kata Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai program latihan ini boleh memohon secara online di SINI.

Sumber: KeadilanDaily

BN Man Bought Ballots for RM100 Each

Posted: 04 Jun 2013 02:30 AM PDT

PETALING JAYA: A police report has been made against a BN assemblyman for allegedly bribing 25 election officers in return for their postal votes, which he purportedly used to mark for himself.

This report was lodged by an election officer last Wednesday, PKR strategy director Rafizi Ramli claimed today, citing this as further proof the May 5 general election was riddled with fraud.

"On April 29, 2013 at around 5.30pm, 24 other election officers who were to be on duty on election day and I were summoned by YB Nawi bin Mohamed, the Hulu Besut candidate…" a copy of the police report reads.

"We were ordered by YB Nawi to submit our unmarked postal votes [to] Hjh Azizah Ibrahim…and afterwards we were paid RM100 each."

According to the report, the election officer and three others asked for their ballot papers the following day, out of guilt over what she felt was a violation of the Elections Act.

"Once our ballot papers were returned to us, I found that the ballot papers had been marked, without our consent or knowledge," she wrote in the report.

She added that when she cast her ballot, the officers did not mark her finger with indelible ink.

"I'm extremely unsatisfied as my ballot paper was marked without our consent," she said in the report.
The name of the complainant was, however, blacked out in the copy of the police report provided to the media.

Rafizi, who heads the party's #SiasatPRU13 investigation team, said today it was unlikely this incident of postal vote bribing was an isolated case.

"With the postal votes and early votes numbering to over 500,000 across the country, the figure is significant enough to have influenced the results of the general election," said Rafizi at the PKR headquarters here today.

"This is why we are firm in believing the general election was not valid and that the results were marred by fraud, and this is why we will continue with the June 15 rally."

He added that Pakatan intended to provide the 10 days' notice of the rally, tomorrow, in accordance with the Peaceful Assembly Act 2010.

He said he would also begin filing the election petition on June 10.

Source: FreeMalaysiaToday

Lebih 50,000 Undi ‘Hilang’ di Seluruh Negara, Pengundi Lapor Polis

Posted: 04 Jun 2013 02:00 AM PDT

PETALING JAYA, 3 JUN: Seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif membuat enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang digazetkan 22 Mei lalu berbeza dengan yang diumum pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui borang 16.

Beliau mendapati sebanyak 53,045 kertas undi 'hilang' melibatkan semua kerusi Parlimen dan DUN seluruh negara kecuali DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, DUN Banggi dan DUN Labuk, Sabah.

Borang 16 ialah Borang Pengisytiharan Keputusan pilihan raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

"Ia satu kesalahan jenayah mengikut seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Maka jelas polis dan SPR yang bertugas pada hari, masa dan tempat mengundi bersubahat, membenarkan dan melakukan jenayah ini," katanya dipetik dalam laporan polisnya yang pertama.

Mohd Azlan, pengundi DUN Sungai Balang dan parlimen Muar, Johor membuat semua laporan itu di balai polis Klang pada 30 Mei.

Enam laporan melibatkan kehilangan kertas undi, salah kira undi, maklumat yang sudah berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan DUN, maklumat kerusi parlimen dan DUN berbeza sebelum dan selepas diwartakan dan kecuaian anggota polis.

"Saya tidak nampak, tidak tahu, tidak terdengar, tidak terbaca apa-apa berita mengatakan ada tangkapan oleh SPR atau polis terhadap mana-mana pihak yang membawa keluar atau menghilangkan kertas undi yang telah dikeluarkan," kata Azlan.

Katanya. kemenangan semua calon bagi setiap kerusi itu pada PRU lalu adalah tidak sah dan terbatal sehinggalah kertas undi itu disemak dan disahkan semula.

"Tujuan enam laporan dibuat agar pihak berkuasa termasuk polis menyiasatnya. Sebagai rakyat Malaysia, saya menjunjung semangat Perlembagaan dan Rukun Negara khususnya Keluhuran dan Kedaulatan Undang-undang.

Dalam laporan polisnya yang keenam, beliau mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang cuai menjalankan tugas pada PRU lalu.

"Saya minta KPN menyiasat, menangkap dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis yang bertugas pada masa itu disebabkan terbukti cuai, tidak amanah, tidak melaksanakan tanggungjawabnya dan membenarkan jenayah berlaku didepan matanya," katanya lagi.






Sumber: KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Nuffnang