N50 Dun Sri Muda |
KEADILAN Menanti Ketua Pembangkang BN Selangor. Siapa ? Posted: 04 Jun 2013 08:39 PM PDT PETALING JAYA: Siapa Ketua Pembangkang dari Barisan Nasional (BN) Selangor masih belum diputuskan sehingga hari ini walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) akan bersidang pada 28 Jun. Buat kali kedua atau penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU-12) pada 2008, BN Selangor terpaksa menyesuaikan diri sebagai ahli-ahli pembangkang ataupun kini mereka sudah pun dapat menyesuaikan diri bagaimana hendak memainkan peranan sebagai parti pembangkang. Menurut sumber, lima nama wakil rakyat BN telah disenarai pendek untuk mengisi jawatan Ketua Pembangkang yang perlu diputuskan segera atau paling lewat sebelum 21 Jun ini. Mereka ialah Datuk Amiruddin Setro (Jeram), Datuk Shamsudin Lias (Sungai Burong), Abdul Shukur Idrus (Kuang), Datuk Johan Abdul Aziz (Semenyih) dan Sulaiman Abdul Razak (Permatang). Ketua Pembangkang yang baru akan menggantikan Datuk Satim Diman yang tidak bertanding dalam PRU-13 pada 5 Mei lalu. Sesiapa pun yang dipilih, beliau mestilah seorang yang vokal dan berani menyuarakan masalah dan keperluan rakyat. Pemimpin tersebut perlu memainkan peranan yang proaktif dalam memantau bajet kerana ia adalah wang rakyat. "Oleh itu, penekanan yang mencukupi mesti dibuat pada aspek ini dalam mesyuarat DUN nanti," kata sumber tersebut. Tetapi sesiapa sahaja yang dipilih BN negeri untuk mengisi jawatan itu akan menghadapi tugas berat kerana kejayaan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat mengurus sumber alam dan dana negeri dengan bijaksana dan berhemah. Memandangkan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selama ini telus dan bebas rasuah malah pengurusan kewangannya ibarat 'past with flying colours' maka agak sukar bagi mana-mana pemimpin BN negeri untuk menimbulkan isu kewangan di DUN nanti. Malahan Abdul Khalid mengakui bahawa beliau seorang yang 'kedekut' dan berjimat cermat dalam perbelanjaan negeri sehingga dikritik oleh ahli partinya sendiri pada Kongres Nasional PKR ke 9 di Petaling Jaya pada 25 Mei lalu. Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri, Abdul Khalid berjaya menambah rizab dana negeri dari RM400 juta kepada RM2.6 bilion dalam tempoh lima tahun sahaja. Sebab itu, apabila timbul isu pelantikan menteri besar Selangor tempoh hari, ketiga-tiga pemimpin DAP, PAS dan PKR hanya menghantar satu nama sahaja, iaitu nama Abdul Khalid, untuk dipersembah dan diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Kerajaan negeri telah menetapkan 21 Jun ini bagi tarikh majlis angkat sumpah pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP Hannah Yeoh sebagai Speaker dan timbalannya dan juga Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad. Hannah Yeoh muncul sebagi wanita pertama dilantik Speaker, baik di DUN maupun di Dewan Negara dan Dewan Rakyat sejak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 fmt. |
Tun M Akui UMNO Mewujudkan Perasaan Takut Kepada Orang Melayu Posted: 04 Jun 2013 08:28 PM PDT PETALING JAYA: Tidak sampai seminggu selepas Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga dengan kekuatan dan kejayaan Umno memenangi 88 kerusi parlimen, hakikat ini disanggah oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri dan juga Presiden Umno itu mendakwa jumlah kerusi parlimen yang dimenangi Umno hampir menyamai jumlah 89 kerusi parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat (DAP, PAS dan PKR). Kenyataan ini disanggah oleh Dr Mahathir ketika bercakap kepada pemberita di Yogyakarta, di mana menurut beliau kemenangan Umno dalam Pilihan Raya Umum yang lalu bukanlah disebabkan kekuatan atau perpaduan dalam Umno. Tetapi disebabkan perasaan takut orang Melayu terutama kepada parti lawan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama DAP yang mahu menubuhkan kerajaan persekutuan di Malaysia. "Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberikan sokongan kepada Umno," kata Dr Mahathir, dipetik dari blog kerengga. Najib melahirkan perasaan bangga dengan pencapaian Umno walaupun sebenarnya prestasinya lebih buruk berbanding dengan prestasi bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Pak Lah ketika beliau menjadi perdana menteri berjaya memperolehi 140 kerusi parlimen untuk Barisan Nasional (BN) pada PRU-12 berbanding dengan prestasi Najib yang merosot kerana hanya berjaya mendapat 133 kerusi. Tindakan Najib untuk menggambarkan kekuatan Umno dan kejayaannya membawa kemenangan 88 kerusi bagi Umno berbanding 79 kerusi yang dicapai oleh Pak Lah pada 2008, tidak lain adalah bertujuan agar ahli Umno tidak cuba menjatuhkannya. Tetapi dengan kenyataan Dr Mahathir ini yang menyanggah kenyataan Najib berhubung kekuatan dan kejayaan Umno ini pastinya akan menimbulkan senario baru dalam Umno. Dr Mahathir juga secara tidak langsung mengakui kemenangan Umno adalah kerana kejayaan program menakut-nakutkan orang Melayu mengenai DAP yang sering dipropagandakan dengan fahaman ekstremis Cina yang mahu menghapuskan hak istimewa orang Melayu. fmt |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan