Suara Sri Andalas |
- Pakatan Menyokong Himpunan ‘Blackout 505’ di KL Pada 15 Jun
- Lebih 80 Petisyen PRU 13, Pimpinan SPR Didesak Letak Jawatan
- Pakatan to Form Special Committee on IPCMC
- CCTV Bukan Jalan Penyelesaian Atasi Kematian Tahanan Polis
Pakatan Menyokong Himpunan ‘Blackout 505’ di KL Pada 15 Jun Posted: 03 Jun 2013 02:00 AM PDT PETALING JAYA, 3 Jun — Himpunan membantah keputusan Pilihan Raya 2013 akan diadakan pada 15 Jun depan di Kuala Lumpur, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, pihaknya juga akan mengadakan rundingan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi tujuan berkenaan. "Kita juga telah memutuskan untuk menyokong inisiatif mengadakan himpunan aman di Kuala Lumpur pada petang 15 Jun akan datang. "Pihak jawatankuasa sekretariat dan wakil-wakil NGO akan meneliti semua aspek dan akan berunding dengan Ketua Polis Negara dan pihak keselamatan supaya perjalanannya itu terjamin aman dan terkawal," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. Sementara itu, mengulas berkenaan perbincangan mengenai penyertaan wakil pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dalam Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) mengenai penambah baikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jelas Anwar tidak akan berlaku sehingga pengerusi dan timbalan pengerusi SPR meletakkan jawatan. Ketua Pembangkang itu menegaskan, penubuhan PSC itu adalah cubaan untuk mengalih perhatian penipuan yang dibangkitkan mereka, dan juga tindakan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang tidak kompeten. "Barang rompakan itu serah dulu, baru kita cerita," kata Anwar merujuk kepada penipuan yang berlaku dalam pilihan raya 5 Mei lalu. "SPR perlu letak jawatan, tidak kompeten, jangan cuba menipu lagi seperti kes selepas Bersih, buat PSC, kemudian menipu kami lagi," tegasnya. Sejak pengumuman keputusan Pilihan Raya 2013, PR telah menganjurkan beberapa diri Himpunan "Blackout 505" di seluruh negara menolak keputusan pilihan raya. Penganjurnya, Datuk Johari Abdul turut berkata himpunan berkenaan akan terus dijalankan walaupun Yang Di-Pertuan Agong telah menitahkan agar setiap rakyat menerima keputusan pilihan raya. Sumber: TheMalaysianInsider |
Lebih 80 Petisyen PRU 13, Pimpinan SPR Didesak Letak Jawatan Posted: 03 Jun 2013 01:45 AM PDT PETALING JAYA, 3 JUN: Pakatan Rakyat hari ini sebulat suara mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan. "Dalam sejarah ada satu atau dua kes pernah difailkan. Tetapi belum pernah sampai 80 hingga 90 kerusi. "Ini saja sudah cukup untuk pengerusi (SPR) dan timbalannya letak jawatan segera," tegas Anwar ketika sidang media hari ini. Lebih 80 petisyen membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 merupakan bukti Aziz dan Wan Ahmad cuai serta terlibat dalam kecurangan pilihan raya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu memberitahu media bahawa BN turut memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Manakala Pakatan Rakyat setakat ini dilaporkan akan mengemuka 35 petisyen dengan 18 daripadanya adalah dari KEADILAN, 14 bagi PAS dan 3 dari DAP. Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan bantahan terhadap keputusan PRU-13 dari BN membuktikan kegagalan SPR. "Apabila BN pun failkan petisyen maknanya mereka pun ada yang tak puas hati dengan perjalanan pilihan raya, itu jelas menunjukkan kegagalan SPR menjalankan tanggungjawab mereka," katanya. Sumber: KeadilanDaily |
Pakatan to Form Special Committee on IPCMC Posted: 03 Jun 2013 01:30 AM PDT PETALING JAYA: Pakatan Rakyat will set up a special committee to push for the establishment of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) once Parliament convenes on June 24, DAP stalwart Lim Kit Siang announced today. The Gelang Patah MP said this in the wake of three deaths in custody in the past 11 days. Describing it as an "outrageous" record, Lim said this proved that the Enforcement Agencies Integrity Commission (EAIC) had failed to resolve the issue. "We will set up a committee comprising two members of parliament from each party in Pakatan, and they will be responsible for coming up with the bill to establish the IPCMC. "But we need enough members of parliament to support this. We have 89 MPs from Pakatan, and we need another 23 to obtain a simple majority so that we can set up the IPCMC," he told a press conference here. He appealed to BN parliamentarians to stop thinking along party lines and throw their weight behind the bill, pointing out that it was for the common good of the people. "MIC have said four of their MPS want to see the IPCMC set up, while in MCA, vice-president Gan Ping Sieu said he supported it," Lim said. "So we hope they can prepare a statement of their support within the next two or three weeks. We hope that the MPs do not want deaths in custody to continue happening," he added. Lim vowed that Pakatan would ensure the IPCMC would become its main agenda once parliament convenes next month. Eight people have died in police custody in this year alone. The latest was P Karuna Nithi, 43, who was found unconscious by policemen on duty at around 6.30pm on Saturday in the Tampin police station lock-up. Ironically, Home Minister Ahmad Zahid Hamidi had just one day before Karuna Nithi's death assured that investigations on custodial deaths would be conducted simultaneously by the Bukit Aman police special committee and the EAIC. Zahid also assured investigations would be conducted without fear or favour against police personnel who abused their power. "We would not side the perpetrators," he said in the wake of criticisms against the special committee on custodial deaths. Last Tuesday, Bukit Aman announced the formation of a special committee led by Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar to curb deaths in police lock ups. The committee that is expected to start functioning soon would among others, monitor the safety aspects and health condition of those detained in lock ups. Central lock ups in five locations have already been equipped with CCTV cameras, intercom, lawyers room, court room, identification parade room for suspects and a pantry. Source: FreeMalaysiaToday |
CCTV Bukan Jalan Penyelesaian Atasi Kematian Tahanan Polis Posted: 02 Jun 2013 06:34 PM PDT SHAH ALAM 3 JUN : Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di lokap balai polis bukan jalan penyelesaian untuk menangani kes kematian tahanan ketika di bawah pengawasan polis. Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran yang dihubungi berkata, kerajaan didesak untuk kesekelian kalinya agar menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) pada kadar segera. Katanya, walaupun CCTV di pasang di lokap namun ia tidak menghalang daripada kejadian 'keganasan' yang dilakukan pihak polis terhadap tahanan daripada berlaku kerana perkara demikian boleh juga berlaku di luar pengawasan CCTV. Sebelum ini, dalam kejadian terbaru, seorang jurutera, P Karuan menjadi individu ketiga yang maut dalam tahanan polis dalam tempoh dua minggu. Kejadian itu berlaku di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin yang dilaporkan 'meninggal dunia tiba-tiba' pada jam 7 petang Sabtu lalu. "Hanya dengan penubuhan IPCMC akan menyelesaikan masalah kejadian kematian tahanan dalam lokap kerana selepas ini pihak Polis tidak akan berani untuk melakukan sebarang tindakan di luar batas kuasa dan juga jenayah," kata beliau. Tambah beliau, faktor kesihatan merupakan isu yang dihadapi oleh tahanan bukan menjadi isu utama kerana yang perlu diberi perhatian ialah tahanan yang dipukul dan diperlakukan sehingga boleh menyebabkan kecederaan dan kematian. "Pihak Peguam Negara dan polis perlu professional dalam menjalankan tugas dan bertindak terhadap anggota polis yang terlibat kerana tiada tindakan tegas telah diambil," kata Surendran. Sehingga Mei 2013, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) merekodkan tujuh kematian dalam tahanan polis. Sumber: Selangorku |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan