DUN BUKIT PAYONG |
- MB T'ganu 'mengamuk' isu Pasar Payang
- Terpedaya cinta Facebook, gadis dirogol
- Kerajaan Umno Terengganu 'berdolak-dalih' tentang isu hantar pelajar ke Mesir
- Usul ADUN Teluk Pasu Tersekat Kerana Karenah ADUN Jabi
- Kerajaan Berterima Kasih Kepada Wakil Tepoh
MB T'ganu 'mengamuk' isu Pasar Payang Posted: 20 Jun 2013 04:37 AM PDT Petikan : Harakahdaily KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam. Ketika Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur. "Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon. "Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah. Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut. Beliau tidak menjawab dakwaan Syed Azman berhubung pemberian projek kepada bukan anak tempatan itu. Tidak berpuas hati, Syed Azman bangun memohon penjelasan sekali lagi. "Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya. Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?' "RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD apa begini tak faham?" sanggahnya lagi. Pertikaman lidah berlarutan beberapa minit dan turut disampuk beberapa wakil BN sehingga Mohd Zubir mengarahkan mereka diam dan bertenang. "Kalau dikatakan panas dan sesak, kenapa tak diperbaiki pasar sedia ada? Kenapa perlu dibina pasar baru sekali dengan hotel dan apartmen?" soal Syed Azman lagi. "Baik pulih tidak memberikan erti yang besar. Kerajaan bina pasar baru untuk memberikan yang terbaik kepada peniaga dan orang ramai," jawab Ahmad. |
Terpedaya cinta Facebook, gadis dirogol Posted: 19 Jun 2013 10:26 PM PDT Petikan : Sinar Harian Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam. Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan 'ringan' sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks. Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya. Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa. Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu. Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian. Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut. |
Kerajaan Umno Terengganu 'berdolak-dalih' tentang isu hantar pelajar ke Mesir Posted: 19 Jun 2013 10:07 PM PDT Bahkan apabila 'ditekan' dengan soalan tambahan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri Terengganu, Ghazali Taib meminta notis kerana tidak dapat menjawab. Menjawab soalan asal yang dikemukakan oleh ADUN wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Ghazali berkata kerajaan tidak menghantar pelajar pengajian agama kerana faktor-faktor keselamatan di negara Mesir. "Memandangkan suasana politik yang tidak stabil dan boleh menimbulkan ancaman nyawa jika apa-apa berlaku maka pihak kerajaan negeri mengambil langkah berjaga-jaga kerana memikirkan keselamatan menjadi keutamaan kepada kita, "Saya yakin dan percaya apabila situasi (Mesir) kembali aman dan sejahtera, maka program (penghantaran pelajar agama ke Mesir) ini tidak masalah untuk di teruskan,"ujar Ghazali. Ustaz Satiful bangun dan mempersoalkan, mengapa pemberhentian penghantaran pelajar itu hanya melibatkan pengajian agama sahaja, sedangkan pelajar yang mengambil pengajian perubatan terus dibiayai dan dihantar ke Mesir. "Soalan tambahan.......macamana kursus 'medic' (pengajian perubatan) boleh bagi (boleh hantar ke Mesir).....ke (adakah) orang 'medic' kebal dari kawasan bahaya (di Mesir) macamana (mengapa) kursus pengajian Islam tak boleh (hantar) sedang pelajar kursus perubatan dan pergigian disebut tadi masih lagi dapat menyambung pelajaran, "Kalau nak kira sekarang ni, (keadaan) di Jordan lebih bahaya kerana Jordan dekat dengan Syria!,"ujarnya dalam sesi soal jawab di hari terakhir Sidang DUN Terengganu yang bermula 16 Jun dan berakhir pada Rabu 19 Jun. Ustaz Satiful yang juga ADUN Paka menolak alasan permohonan 'notis' selepas Ghazali yang juga ADUN Ajil, gagal menjawab soalan tersebut dengan menegaskan beliau bukan meminta angka atau data, namun hanya meminta penjelasan tentang dasar dan polisi penghantaran pelajar ke Mesir. Tidak puas hati dengan jawapan Exconya itu, Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said bangun dan sebaliknya berkata, kerajaan menghentikan penghantaran pelajar ke Mesir khususnya ke Universiti al-Azhar kerana sistem pelajaran di negara Jordan lebih baik dari sistem pelajaran di Mesir. Ahmad yang juga ADUN Kijal mendakwa ada pelajar anak Terengganu yang telah tinggal 25 tahun di Mesir tetapi belum mendapat Ijazah Pertama dan pelajar yang tinggal selama 14 tahun serta ada yang beniaga sebagai ejen jual tiket dan berniaga apam balik serta menjual 'mee teow' dan lain-lain lagi. Namun begitu, Ahmad mengakui kerajaan masih menghantar pelajar pengajian perubatan ke Mesir, bercanggah dengan jawapan Ghazali yang menegaskan, pemberhentian penghantaran pelajar ke Mesir kerana soal-soal keselamatan [Lihat Video] |
Usul ADUN Teluk Pasu Tersekat Kerana Karenah ADUN Jabi Posted: 19 Jun 2013 10:02 PM PDT Petikan : Buletin Online KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim terkilan kerana tidak sempat menyampaikan Usul bagi membincangkan projek Jambatan dan Jalan Jeram ke Kubang Jela kepada Sidang DUN Terengganu kerana karenah ADUN Jabi Mohd Iskandar Jaafar. Menurut seorang pemerhati Sidang tersebut dari Dungun, Naraza Muda, usul yang dikemukakan ADUN Jabi tidak perlu diberi laluan oleh Yang DiPertua DUN, Mohd zubir Embong kerana usul berkenaan 'Penghinaan Terhadap Yang DiPertuan Agong' merupakan isu yang telah diambil tindakan. "sepatutnya speaker (Yang DiPertua) tidak memberi laluan kepada Iskandar, kerana usul itu telah diambil tindakan oleh pihak keselamatan, bukan lagi perkara penting dan segera yang perlu dibincangkan, "tetapi usul yang mahu dibawa oleh ADUN Teluk Pasu merupakan isu rakyat yang maih belum selesai, pembinaan jalan tersebut tergendala kerana tindakan kontraktor yang melaksanakan projek tanpa mendapat persetujuan pemilik tanah,"ujarnya ketika di temui di lobi Dewan Undagan Negeri, Wisma Darul Iman disini semalam Rabu 19 Jun. Manakala seorang pemerhati dari Kemaman, Osama Rizal berkata, beliau terdengar perbualan kumpulan pemerhati dari kalangan wanta Umno yang turut meluat dengan tindakan ADUN Jabi. Kata Osama, setiap kali Iskandar bersuara, kumpulan wanita Umno tersebut mengeluh dan merungut dengan tindakan Yang DiPertua selalu memberikan laluan kepada Iskandar. Sementara itu, seorang penduduk terbabit dengan perlanggaran hak pemilik tanah di Kampung Banggol Donas, Puan Rusni Hassan kesal kerana usul yang penting tidak dapat dibentangkan oleh wakil rakyat Teluk Pasu. "sepatutnya speake beri peluang kepaa Ustaz Ridzuan kerana usul tanah Banggol Donas meruapakan usul penting, kami memang mengharapkan kepada Ustaz Ridzuan sebagai wakil rakyat yang baru dipilih membawa usul ini ke dalam sidang DUN, "sepatutnya Sidang DUN membuka peluang seluas-luasnya kepada wakil-wakil rakyat bagi menyampaikan suara rakyat, tapi apa boleh buat........InsyaAllah kita usaha lagi selepas ini,"ujarnya yang turut menjadi pemerhati Sidang DUN tersebut. Usul yang mahu dikemukakan oleh ADUN Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim adalah seperti dibawah; Usul di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 30 peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu YB Yang Di-Pertua, saya YB Hj Ridzuan bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi kawasan Telok Pasu mohon mencadangkan, "Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini membincang dan merundingkan isu berkaitan projek pembinaan jalan susur lebuhraya dari Gemuruh ke Kg Banggul Donas sepanjang 7.6 KM (termasuk 2 KM jalan naik taraf). Di mana kerajaan diminta agar menghentikan sementara pembinaan jalan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggul Tuan Muda yang melibatkan rumah-rumah kediaman dalam kawasan Kampung Banggul Donas sehinggalah satu kajian menyeluruh terhadap bantahan penduduk untuk mengubah jajaran selesai dilakukan." YB Yang Di-Pertua, Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana telah berlaku pencabulan terhadap hak-hak penduduk, ekoran daripada salah guna kuasa dan tindakan yang tidak mengikut prosedur dalam pembinaan jalan tersebut. Ia bercanggah sama sekali dengan semangat yang ada pada slogan kerajaan negeri iaitu Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan. Tindakan yang tidak mengikut prosedur ini telah disokong dan diakui sendiri oleh laporan Ketua Audit Negara 2011 di bawah tajuk; Agensi Pemohon Tidak Mengisytiharkan Pengambilan Di Bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 Bagi Tanah Yang Melibatkan Jajaran. Sikap kerajaan yang langsung tidak mahu berjumpa dan berdialog dengan penduduk amatlah dikesali. Surat-surat bantahan yang dihantar kepada pihak Berkuasa Negeri juga tidak pernah mendapat layanan dan jawapan. Apakah ini semangat "Rakyat Di Dahulukan" sebagaimana yang dilaungkan oleh Perdana Menteri. Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana ini akan menghilangkan lagi keyakinan rakyat terhadap integriti dan kredibiliti pemimpin dalam menyelasaikan masalah yang berkaitan dengan kepentingan rakyat. Di samping menyempitkan lagi semangat Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan serta merampas hak-hak rakyat yang berpegang kepada prinsip keadilan. Perkara ini perlu disegerakan kerana ia menyentuh hal pelanggran hak rakyat khususnya penduduk di Kampung Banggul Donas dan sekitarnya. Perbincangan dan dialog adalah jalan terbaik yang seharusnya dilakukan oleh kerajaan bagi melihat dan mendengar sendiri pandangan rakyat dan seterusnya membuat keputusan bersama yang boleh membawa kebaikan dan keuntungan kepada semua pihak yang terlibat. Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan. Yang Mengusulkan YB Hj Ridzuan bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu, Kawasan Telok Pasu. 19 Jun 2013 |
Kerajaan Berterima Kasih Kepada Wakil Tepoh Posted: 19 Jun 2013 09:58 PM PDT Petikan : Buletin Online Ustaz Hishamuddin ketika mengemukakan soalan tambahan meminta penjelasan, adakah kerajaan sedar projek tebatan bernilai RM5.6 juta dengan membina benteng sepanjang 825 meter itu menyebabkan kawasan-kawasan perumahan sekitar mengalami bebanan banjir. "Saya bersetuju dengan wakil Tepoh (yang) menyatakan bahawa perlaksanaan projek ini cuma menyelesaikan masalah di Taman Desa Pusu Tiga dan saya ingin maklumkan pihak kerajaan telah selesai menjalankan kajian menyeluruh bagi mengenalpasti punca-punca berlakunya banjir di kawasan tersebut,"ujar Rosli. Bahkan, beliau yang juga ADUN Kemasik mengucapkan terima kasih kepada Hishamuddin kerana memberi peringatan kepada kerajaan tentang sistem amaran yang banjir projek tersebut yang yang tidak befungsi dan penyelenggaraan yang hanya dibuat setahun sekali. "Terima kasih sekali lagi wakil Tepoh, jadi seperti yang nyatakan penyelenggaraan dibuat berkala setahun sekali dan masih lagi dibawah tempoh 'defect and liability period' dan terima kasih kepada wakil Tepoh (yang memberi peringatan), "Dan kita akan memberi perhtian yang khusus bagi memastikan penyelenggaraan yang dijalankan (dibuat) kepada mesin-mesin mengepam air, akan sentiasa berada ditahap yang optimum,"jelasnya Rosli dalam sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 bagi Penggal Pertama, di wisma Darul Iman pada Rabu 19 Jun. [Lihat Video] Menurut rekod, kerajaan negeri Terengganu telah membelanjakan RM5.6 juta untuk membina sepanjang 825 meter benteng tebatan banjir di Taman Perumahan Pusu Tiga, Kuala Nerus pada tahun 2009. Ia adalah bagi menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi penduduk di taman berkenaan ekoran pembinaan taman perumahan tersebut yang diluluskan kerajaan walaupun ketinggiannya adalah 'di bawah paras laut'. |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan