Khamis, 20 Jun 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Lima cedera rempuhan ketika Beckham dijadual muncul di Shanghai

Posted: 20 Jun 2013 03:58 AM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -


BEIJING: Sekurang-kurangnya lima orang mengalami kecederan selepas penonton merempuh di pintu masuk stadium ketika menanti ketibaan pemain sensasi, David Beckham di stadium sebuah universiti di sini, hari ini. 

Universiti Tongji, Shanghai berkata, empat pekerja universiti terbabit dan seorang pelajar warga asing dihantar ke hospital akibat kecederaan. 

Sementara itu, akhbar tempatan, Xinmin Net berkata, kira-kira 1,000 orang berkumpul di stadium universiti berkenaan ketika bintang bola sepak itu dijadualkan bertemu pemain pasukan institusi pengajian tinggi berkenaan. 

Xinmin berkata, acara berkenaan terpaksa dibatalkan berikutan rempuhan terbabit. - AP 

Bina Semula Penempatan Kampung Melayu Sibu dengan kemudahan Asas

Posted: 20 Jun 2013 03:42 AM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -


PAS Sarawak amat simpati dengan nasib yang menimpa penduduk mangsa rumah terbakar di Kampung Datu, Sibu pada hari rabu yang lalu. Ianya melibatkan ratusan penduduk yang tinggal di kawasan penempatan tersebut.

Menurut laporan akhbar tempatan, terdapat lebih daripada 200 buah rumah di kawasan tersebut dan menganggarkan bahawa lebih 50 buah rumah di Kampung Datu, Sibu  telah musnah dalam kebakaran itu. Ini merupakan tragedi kebakaran yang terburuk pernah berlaku sejak lebih 100 tahun penempatan di kampung Melayu di Sibu.
Kita mengesa pihak kerajaan segera memberi bantuan dan membangunkan semula penempatan kampung Melayu dalam bandar Sibu yang sudah bertapak lebih dari 100 tahun tersebut agar ianya dikekalkan dalam keadaan seperti perkampungan moden dalam kawasan bandar. Struktur kampung perlu dikekalkan tapi ianya perlu teratur dan selamat untuk penempatan penduduk kampung tersebut dengan ada kemudahan pili bomba dan sebagainya.

Kerajaan perlu memberi peruntukan khas serta memberi tapak lot kekal kepada penduduk asal di situ agar penduduk Melayu dalam kawasan bandar tidak terpinggir dari arus pembangunan.

Bagi mereka yang ingin menyumbang serta membantu meringankan bebanan mangsa yang terbabit dalam tragedi kebakaran tersebut boleh menyalurkan bantuan terus ke dalam akaun Tabung Mangsa Kebakaran PAS Sarawak. No akaun Bank Islam 11013010023984 (AC Badan Perhubungan PAS Sarawak)

Sumbangan anda semua akan diberi terus kepada mangsa kebakaran oleh badan kebajikan PAS Sarawak melalui wakil PAS di Sibu. In Sha Allah

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

HARUMKAN NAMA PERAK: KESAL QARI TIADA PERHATIAN

Posted: 20 Jun 2013 03:38 AM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak sedikit hampa kebiasaan selepas Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Perak akan ada pengumuman-pengumuman seperti minggu lepas, 12 Jun yang lalu apabila pihak kerajaan negeri telah menyampaikan sumbangan bernilai RM 10,000 kepada Zainudin Lot yang juga jurulatih projek Everest-Felda 2013. Tetapi pada 14 Jun pula, nama Negeri Perak sekali diharumkan apabila Anuar Hasin, Qari yang menjadi Juara di Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56 di Kelantan seperti tiada pengumuman.

Pada Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun 2008 yang lalu, Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah memberikan sumbangan kepada juara Qari dan Qariah ketika itu yang berasal daripada Perak, Shamsul Ariffin Supian dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohammad Badiuzzaman berjumlah RM 10,000 seorang atas mengharumkan nama Perak. Dan sepatutnya, Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir turut mengumumkan sumbangan kepada Qari yang telah berjaya tersebut.

Kami terus mengharapkan pihak kerajaan negeri memberikan pengiktirafan kepada bidang Keagamaan dan meneruskan lonjakan kepada mana-mana pihak yang akan mengharumkan nama Perak di masa akan datang kelak. Walaupun jika pihak kerajaan negeri 'terlepas pandang' akan perkara tersebut, ianya masih tidak terlambat lagi bagi memberikan semangat dan galakan. Kami akan sentiasa 'berjiwa besar' menyokong dan bersetuju jika pihak kerajaan negeri perihatin dan berusaha meningkatkan bidang Keagamaan yang termaktub dalam kuasa kerajaan negeri.


DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Timbalan Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

'Jika terpilih, saya jaga kepentingan rakyat'

Posted: 20 Jun 2013 02:24 AM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar beranggapan pencalonan beliau sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang dicadangkan Pakatan Rakyat sebagai satu amanah yang begitu besar untuk dilaksanakan.

Beliau, yang jelas terkejut dengan pencalonan itu, bagaimanapun berikrar akan menjalankan amanah ini dengan sebaik-baiknya demi menjaga kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan institusi parlimen itu sendiri sekiranya terpilih kelak.

"Jika saya terpilih, saya akan membawanya dengan amanah demi menjaga kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan parlimen itu sendiri dalam memainkan peranannya bagi memenuhi hasrat rakyat sebagaimana yang dipilih rakyat pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, petang ini.
Pencalonan Kamarudin, yang menjadi Ahli Parlimen Tumpat selama tiga penggal berturut-turut itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, tengah hari tadi.

Anwar percaya langkah itu sejajar dengan peningkatan bilangan komposisi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi kualiti amalan demokrasi di negara ini.

"Pada mesyuarat tadi kita telah memutuskan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sesi kali ini.

"Kita berharap bagi membantu Yang Dipertua dalam urusan mengendalikan persidangan seorang timbalan hendaklan dipilih dari kalangan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat," jelasnya.

Sidang parlimen akan bermula dengan majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.

PR cadang MP Tumpat sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Posted: 20 Jun 2013 02:23 AM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memutuskan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Keputusan tersebut diputuskan pada mesyuarat mingguan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan demikian pada sidang media, percaya langkah itu sejajar dengan peningkatan bilangan komposisi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi kualiti amalan demokrasi di negara ini.

"Pada mesyuarat tadi kita telah memutuskan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sesi kali ini.

"Kita berharap bagi membantu Yang Dipertua dalam urusan mengendalikan persidangan seorang timbalan hendaklan dipilih dari kalangan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat," jelasnya.

Dalam pada itu beliau mengulangi Pakatan Rakyat juga turut bersetuju untuk menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua bagi Parlimen Ketiga Belas.

Menurutnya surat cadangan bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu telah dihantar oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 10 Jun lalu.

"Bagi memantapkan lagi proses demokrasi negara ini dan memastikan perbahasan di Dewan Rakyat berlangsung dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Yang Dipertua.

"Cadangan ini apabila kita melihat ketelusan beliau yang tidak memihak dengan mana-mana politik atau pihak dan kami yakin beliau dapat menjalankan tugas dengan baik pada persidangan kali ini," sambungnya.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat menegaskan bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat.

Harakahdaily/-

Himpunan aman Black 505 diteruskan

Posted: 20 Jun 2013 02:20 AM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini memutuskan perhimpunan aman Black 505 pada 22 Jun ini diteruskan seperti yang dirancang.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan mesyuarat mingguan Pakatan Rakyat juga turut mengajak seluruh kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat, aktivis, penyokong dan rakyat jelata yang cintakan demokrasi agar bersama-sama pada perhimpunan tersebut.



Katanya lagi, walaupun terdapat bantahan dari pihak tertentu, perhimpunan tersebut akan berlangsung sepertimana yang dirancang sebelum ini iaitu di Padang Merbok pada jam 2 petang.



"Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) merupakan pilihanraya paling buruk dalam sejarah negara, ia mencatatkan jumlah aduan paling tinggi dari rakyat dan parti dengan jumlah petisyen yang paling banyak dicatat.



"Atas desakan penyelewengan dan kelemahan yang berlaku, Pakatan Rakyat mengajak seluruh penyokong dan rakyat hadir menyertai himpunan pada 22 Jun nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS.



Menurut beliau lagi, atas perkara asas yang menjadi bukti kelemahan pengendalian pilihanraya umum kali ini adalah penggunaan dakwat kekal yang dijanjikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hasil dari ketetapan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai penambahbaikan SPR.



Jelasnya, isu dakwat kekal menjadi antara perkara pokok yang dijanjikan kepada rakyat Malaysia dan dimaktubkan dalam Akta Pilihanraya.



Namun perkara itu telah menimbulkan persoalan apabila penggunaan dakwat kekal tidak kekal sepertimana yang telah dijanjikan sebelum ini sehingga mengakibat berlaku penyelewengan serta penipuan pada PRU13 yang lalu.



"Atas kecuaian dalam penggunaan dakwat kekal kita menuntut ke semua Ahli Suruhanjaya SPR terutamanya pengerusi dan timbalan pengerusi meletak jawatan dengan segera.



"Setelah itu perlantikan Ahli Suruhanjaya yang baru perlu dilakukan dengan menggunakan mekanisma yang lebih baik bagi memastikan ketelusan mereka yang dilantik mengendali SPR," sambung beliau.



Anwar yang turut menegaskan, persempadanan semula kawasan parlimen dihentikan sehingga Persuruhjaya SPR baru dilantik.



Beliau yang turut meminta agar pilihanraya semula di 30 Parlimen di bawah Pesuruhjaya yang baru diadakan semula.



Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pada sidang media yang sama memberitahu Pakatan Rakyat tidak dapat menerima kenyataan 'kesal' yang dikeluarkan oleh Pengerusi SPR sebelum ini mengenai dakwat kekal.



"Kita tidak boleh menerima 'kesal' dari Pengerusi SPR mengenai penggunaan dakwat kekal, jika sebelum ini beliau sentiasa menafikan apa yang kita katakan kenapa selkarang baru hendak kesal.



"Pelbagai alasan diberikan seperti kena goncang sebelum menggunakannya, masalah pembekal serta mendapat nasihat dari pihak kesihatan, ke mana hilangnya alasan-alasan tersebut," tegasnya.



Beliau yang mendesak agar Pengerusi SPR bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan atas apa yang berlaku terutamanya penggunaan dakwat kekal.



Dalam masa yang sama beliau juga berharap seluruh ahli PAS dapat meluangkan masa untuk hadir pada perhimpunan aman Black 505 di Padang Merbok nanti.

Harakahdaily/-

NGO: 150 khemah akan terpacak di Padang Merbok

Posted: 20 Jun 2013 02:18 AM PDT

NONE
11 Syaaban 1434 H. [MOD] -



Sebuah NGO yang terlibat dengan penganjuran perhimpunan Black 505 Sabtu ini menyeru bantahan terhadap keputusan pilihan raya lalu dipanjangkan dengan terus berkhemah di Padang Merbok, sekurang-kurangnya untuk dua hari.

Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, untuk tujuan itu mereka menyediakan 150 khemah, selain menyeru orang ramai membawa khemah dan beg tidur sendiri.

"Semua harus sedia mental dan fizikal untuk aksi rakyat secara aman lebih dari sehari khususnya (sehingga) tarikh 24 Jun apabila dunia bakal menyaksikan protes rakyat pada hari parlimen Malaysia mengangkat sumpah (Isnin)," katanya.

Persidangan sulung Parlimen untuk penggal ini akan bermula pada Isnin depan.

Dalam kenyataannya hari ini, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard menegaskan, semua protes akan dilakukan dalam menjunjung tinggi semangat perlembagaan negara dan deklarasi kemerdekaan negara.

"Tiada sebarang perancangan sulit dan setiap kata putus telah diumum secara terbuka untuk elak prasangka," katanya.

Beliau juga mengundang orang ramai hadir ke Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur untuk taklimat berhubung himpunan itu.

Larian Olimpik ditunda kerana jerebu

Posted: 20 Jun 2013 02:17 AM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Larian Hari Olimpik pada Ahad ini yang menggunakan Padang Merbok Kuala Lumpur ditunda ekoran masalah jerebu yang melanda negara ini.

Ia sekali gus dilihat membuka peluang kepada Pakatan Rakyat yang berkeras mahu menggunakan kawasan itu untuk perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya Black 505 di tempat itu pada Sabtu ini.
Sebelum ini, penganjuran larian itu - yang akan menggunakan kawasan itu bermula Sabtu - menjadi alasan penolakan permohonan Pakatan menggunakan tempat sama.

Penangguhan larian itu diumumkan di laman Facebook Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai penganjur dan McDonald's Malaysia sebagai penaja acara sukan itu.

"Sehubungan itu, setelah berbincang dengan MOM, kedua-dua McDonald's Malaysia dan MOM telah mengambil keputusan untuk menunda Larian Hari Olimpik yang dijadualkan pada 23 Jun 2013, memandangkan aktiviti luar yang berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan," menurut kenyataan itu. 

Pengurusan jenama makanan segera popular itu juga mengumumkan, kesihatan dan kesejahteraan semua peserta, termasuk kanak-kanak yang dijangka menyertai acara itu menjadi keutamaan mereka.

Maklumat lanjut berhubung acara itu akan diumumkan kemudian.


Malaysiakini/-

Gelaran 'Datuk' Tidak Diiktiraf Kelirukan Orang Ramai

Posted: 19 Jun 2013 10:50 PM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA: Penganugerahan gelaran dan anugerah oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai ketua dan pemimpin secara tradisional bukan isu baru, tetapi ia menarik perhatian apabila ucapan tahniah disiarkan dalam akhbar.
Salah satu contoh adalah iklan (gambar) di dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 5 Jun lalu yang mengucapkan tahniah kepada 'Datuk' Sebestian Koh, yang telah diberi anugerah Dato Kehormat Undang Naning.
Presiden Majlis Datuk Persekutuan Malaysia Datuk Danny Ooi mengakui berlaku kebimbangan awam terhadap penganugerahan gelaran yang tidak diiktiraf dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.


"Ia bukan satu isu baru dan ia telah menjadi perkara biasa bagi individu yang menggunakan gelaran yang tidak diiktiraf sama ada oleh kerajaan persekutuan atau negeri," katanya.
Beliau berkata majlis itu telah merangka satu senarai nama mereka yang diberikan anugerah persekutuan supaya orang awam dapat melihat pengesahan status mereka.
Beliau berharap semua negeri akan mempunyai Majlis Datuk mereka sendiri.
Ooi berkata setakat ini hanya Melaka, Pulau Pinang, Pahang dan Johor mempunyai majlis itu sekarang.
Presiden Majlis Datuk Melaka Tan Sri Ahmad Nordin Md Amin berkata, hanya anugerah yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara yang benar-benar diiktiraf. 
mStar/-

Gempa 5.7 magnitud gegar Santiago

Posted: 19 Jun 2013 10:45 PM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -


SANTIAGO (Chile): Satu gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Ritcher menggegarkan ibu negara Chile, menyebabkan beberapa bangunan bergoyang, namun tiada kerosakan besar dilaporkan. 

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata gempa itu berlaku pada jam 5.30 petang (waktu tempatan) dan berpusat kira-kira 60 kilometer di timur timur laut Los Andes, Chile. - AP 


Udara Muar paras bahaya, sekolah ditutup

Posted: 19 Jun 2013 10:40 PM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -



 
Kualiti udara di Muar, Johor memasuki paras bahaya akibat jerebu, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 7 pagi tadi mencatatkan angka 331. Bacaan melebihi 301 dianggap berbahaya dan melepasi 201 pula "sangat tidak sihat".
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar hari ini mengarahkan sekolah ditutup hari ini dan esok.

Johor hari ini paling teruk menghadapi jerebu. 

Selain Muar, tempat lain yang mencacatkan bacaan tinggi seperti berikut: Kota Tinggi (211), Pasir Gudang (190) dan Larkin Lama (171)

S’gor tubuh suruhanjaya siasat penipuan PRU13

Posted: 19 Jun 2013 10:38 PM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bulan lalu.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim penubuhan suruhanjaya itu selaras dengan kuasa yang diberikan kepada kerajaan di bawah Seksyen 2(3)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Katanya, kerajan negeri berpendapat bahawa penyelewengan pilihan raya adalah melibatkan kepentingan awam dan perkara itu termaktub di bawah akta berkenaan.
Satu sektretariat diketuai oleh Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor esok akan bertindak sebagai penyelaras bagi memastikan suruhanjaya ini bergerak lancar.

"Kerajaan negeri akan mengumumkan ahli panel yang dilantik serta syarat dan peraturan suruhanjaya ini tidak lama lagi," katanya sebagaimana dipetik di laman Facebook rasminya hari ini.

Kerajaan Selangor berpendirian bahawa penyelewengan pilihan raya adalah kesalahan serius yang boleh merosakkan sistem demokrasi negara ini dan amat penting untuk kerajaan negeri menyiasat dakwaan itu bermula dari akar umbi.

Bagi negeri Selangor, tiga kawasan parlimen terlibat dalam petisyen PRU13 iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar dan Kuala Selangor namun tiada petisyen bagi kawasan Dun.

Harakahdaily/-

Lenggong: PAS komited jadikan hab pengajian Islam

Posted: 19 Jun 2013 10:36 PM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Muhammad Faeez Azahar

LENGGONG: PAS Kawasan Lenggong komited menjadikan Lenggong sebagai hab pengajian Islam.
 Sepanjang mengharungi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini, PAS Lenggong benar-benar berhasrat untuk merealisasikan harapan untuk membangunkan kembali pusat-pusat pengajian agama yang dijangka akan lebih mudah dilaksanakan sekiranya PAS berjaya menerajui kerusi Parlimen.

Namun, keputusan yang telah dibuat oleh masyarakat pengundi masih tidak menyebelahi PAS bagi memudahkan PAS melaksanakan hala tuju murni itu untuk tujuan pembangunan yang meliputi rohani dan jasmani, merangkumi pelan ekonomi jangka masa panjang yang lebih baik untuk masa depan golongan anak muda.



Tidak terkesan dengan keputusan PRU13, Yang Dipertua PAS kawasan, Razman Zakaria selaku mantan calon parlimen Lenggong dan tetap akan meneruskan agenda yang telah direncanakan menurut apa sahaja kemampuan yang ada didalam menyampaikan usaha dakwah untuk membentuk generasi masa depan membangun seiring dengan tuntutan cara hidup di dunia dan akhirat bersama-sama jemaah.

Sebagai penaung kepada sebuah Maahad Tahfiz  Al Quran Lid Da'wah Wal Imaamah yang dibangunkan di tempat kelahiran beliau di Kampung Luat, Lenggong, Razman ingin mengembangkan lagi usaha dakwah melalui pengajian ilmu Islam kepada pimpinan PAS dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pendakwah dan mengikuti pengajian peringkat diploma pengajian Tasawwur Islam  (ILHAM) yang telah diiktiraf, di Maahad Tahfiz Kampung Luat.

Bercakap kepada Harakahdaily, Razman menjelaskan, usaha dakwah yang sedang giat diusahakan ini akan diteruskan dan bukan bersifat sementara atau bermusim untuk menghadapi pilihanraya sahaja.

Beliau yakin apabila masyarakat mempunyai ilmu serta memahami tuntutan agama maka, manfaatnya adalah untuk kebaikan mereka sendiri.

"Di samping dengan ilmu yang diperolehi para pelajar itu nanti dapat dikembangkan seterusnya kepada masyarakat melalui dakwah di semua surau dan masjid di tempat masing-masing.

"Tugas kita sebagai khalifah ialah untuk menyampaikan apa yang di suruh dan menegah apa yang dilarang oleh Allah SWT sementara hidayah pula milik Allah dan Dia-lah yang Maha memberikan rahmat kepada sesiapa yang di kehendakiNya," jelas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu.

Oleh yang demikian, PAS tidak akan berhenti walaupun terdapat kesukaran dan halangan daripada pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk melaksanakan sunnah Nabi untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat agar kembali kepada Islam sebagai cara hidup secara syumul.

Jelas Razman, dakwah berterusan kepada masyarakat yang tinggal di luar bandar sangat diperlukan kerana sejak kebelakangan ini, program-program  agama semakin dipinggirkan penganjurannya di kebanyakan surau dan masjid di kampung-kampung di kawasan Lenggong, berbanding dengan penganjuran program agama di surau dan masjid di kawasan perumahan bandar.


"Semoga usaha PAS Lenggong untuk membangunkan masyarakat berilmu dan memahami tuntutan agama mendapat sokongan daripada semua pihak di samping bersama-sama memudahkan urusan yang akan mempercepat tujuan murni ini mencapai matlamatnya," jelas Razman.

Khutbah Jumaat : “Kelebihan Bulan Sya’aban”

Posted: 19 Jun 2013 10:33 PM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -
(21 Jun 2013 / 12 Syaaban 1434H)

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ.... (البقرة :144)

"Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya…"




اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ.... (البقرة :144)

"Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya…"

اَشْهَدُ اَنْ  لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,]

Bertaqwalah kita kepada Allah dan janganlah kita mati kecuali dalam keadaan kita beriman. Kita berada di Bulan Sya'aban, antara bulan yang mulia di sisi Allah yang mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antara peristiwa besar yang berlaku pada pertengahan bulan Syaaban ialah peristiwa yang berlaku pada tahun kedua hijrah iaitu peralihan kiblat daripada Baitul Maqdis ke Kaabah iaitu daripada Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram. Rasulullah SAW turut menjelaskan kelebihan Bulan Sya'aban terutamanya malam Nisfu Sya'ban melalui sabdaNya :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَابِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ ِلأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" – رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد.
Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina 'Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi' sambil mendongakkan kepalanya ke langit. Lalu baginda berkata : Wahai 'Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata 'Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta'ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam Nisfu Sya'ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb." – Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Selain daripada peristiwa tersebut, sesuatu yang sahih yang menjadi amalan Rasulullah SAW di Bulan Syaaban ini ialah, baginda memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Oleh yang demikian, bagi yang masih belum selesai mengganti puasa, eloklah mengambil kesempatan di bulan ini bagi membayar hutang tersebut. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Saidatina Aisyah r.a menyatakan bahawa:

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لاَ يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لاَ يَصُومُ وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلاَّ رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَامًا فِي شَعْبَانَ

Daripada Aishah Radhiallahu Anha sesungguhnya beliau berkata,  "Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."

Sidang Jumaat sekelian,

Di samping berpuasa, kita juga boleh memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan sebagai suatu persediaan untuk memperbanyakkan lagi amalan pada bulan Ramadhan. Antara amalan yang boleh dilakukan selain daripada berpuasa ialah membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berzikir, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim, melakukan amalan kebajikan, memohon keampunan untuk ibu-bapa, memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan sebagainya. Terdapat hadis mengenai fadilat malam Nisfu Sya'aban yang dianggap Hasan oleh sebahagian ulamak . Hadis tersebut berbunyi:

عَنْ مُعاَذِ بْنِ جَبَلٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : « يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِهِ إِلاَّ لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ- رواه ابن حبان

Daripada Muaz Bin Jabal, daripada Nabi SAW bersabda : Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia mengampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik dan yang bermusuhan.
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah.)

Muslimin yang dirahmati Allah,

Di antara persoalan yang sering ditimbulkan mengenai amalan di malam Nisfu Syaaban adalah amalan khusus seperti membaca yasin 3 kali secara berjemaah. Dalam hal ini Fadhilatus Syeikh Professor Dr. Ali Juma'ah, Mantan Mesir Kerajaan Mesir pernah menghuraikan hukumnya seperti berikut :

Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagimana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri'tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara' yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.

Rasulullah SAW sendiri pernah mengkhususkan sesuatu bentuk amalan bagi mendisiplinkan diri baginda walaupun tidak ada kewajipan bagi beginda untuk berbuat sedemikian.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبًا" - متفق عليه.

Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : "Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan."-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Telah berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) : "Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

 

 

خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ - (آل عمران :133)

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ

وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Menghidupkan malam Nisfu Sya'ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur di kalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid'ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan. Maka bolehlah dibaca Yasin atau sebarang surah lain pada malam tersebut dan bacalah berapa kalipun mengikut kemampuan masing-masing.

Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak melaksanakannya sebagai berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid'ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W.

Menghukumkan bida'ah terhadap orang yang melaksanakannya juga adalah bida'ah kerana menghalang manusia melakukan sesuatu ibadat yang mempunyai asas yang kuat dalam agama.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ

Ya Allah,

Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang menunaikan zakat bagi membantu saudara-saudara mereka.

Ya Allah Ya Rahim,

Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka mampu untuk meningkatkan zakat dan bantuan yang mereka sumbangkan selama ini. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

اَ*AMARAN!!! Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan

Penangguhan 12 bulan tarikh siap KLIA2 mengejutkan DAP gesa siasatan.

Posted: 19 Jun 2013 05:16 PM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Tony Pua menyelar Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kerana kelewatan menyiapkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), serta menggesa supaya Putrajaya membuka siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar.
Setiausaha publisiti DAP itu brkata, penangguhan 12 bulan untuk menyiapkan KLIA2 daripada tarikh sasaran 28 Jun 2013 seperti diumumkan baru-baru ini membuktikan MAHB tidak cekap, disamping menimbulkan keraguan wujudnya salah laku disebalik kelewatan.
"Penangguhan 12 bulan yang mengejutkan membuktikan Malaysia Airports tidak cekap dan menunjukkan keraguan wujudnya lebih banyak kekotoran daripada apa yang dapat dilihat," Pua dalam satu kenyataan pagi ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga membidas MAHB kerana cuba menyembunyikan kelewatan tersebut dengan pelbagai penafian, sehingga terpaksa mendedahkan perkara sebenar selepas Pakatan Rakyat (PR) memberi tekanan kepada mereka.
"MAHB akhirnya mengakui projek tersebut terpaksa dilanjutkan selepas menerima tekanan tidak henti daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat sejak tiga minggu lalu, dan hanya semalam diumumkan projek tersebut dilanjutkan untuk 12 bulan lagi," kata Pua.
Pengumuman semalam nyata berbeza dengan kenyatan pengurus besar pada 8 dan 28 Mac lalu yang mengatakan KLIA2 akan siap pada 1 Mei 2013, tetapi sebaliknya MAHB mengumumkan semalam tentang tarikh penyiapan baru KLIA2 pada 30 April, 2014, dan akan memulakan operasi pada 2 Mei.
"Tarikh pembukaan baru tersebut tidak selari dengan cerita daripada MAHB dan kontraktor sebelum ini kepada rakyat Malaysia sejak beberapa tahun ini," kata Pua selepas pengumuman itu.
Menurut Pua lagi, keraguan disebalik kelewatan KLIA2 semakin jelas apabila kontraktor utama UEM-Binapuri enggan membayar RM63.4 juta ganti rugi tertentu (LAD) atau RM199,445 sehari untuk 318 hari bermula 16 Jun 2013. Kontrak UEM-Binapuri bernilai RM997.2 juta, yang bermula pada bulan Ogos 2010.
"Sehingga semalam, Binapuri telah mempertikaikan tuntutan LAD, meletakkan kesalahan kelewatan ke atas MAHB," terang Pua.
Selain itu, Pua juga berkata bukan hanya kelewatan sahaja yang dipertikaikan tetapi juga peningkatan mendadak kos pembinaan daripada RM1.7bilion kepada RM4bilion hingga setakat ini.
Pua turut membangkitkan mengapa hanya UEM-Binapuri dikenakan tuntutan LAD tetapi tidak KUB Malaysia yang juga gagal menyiapkan 20 peratus lagi baki projek landasan seperti diumumkan mereka pada 8 Jun lalu.
"Satu lagi persoalan adalah mengapa LAD hanya dikenakan ke atas UEM-Binapuri yang mempunyai baki 7 peratus belum siap, tetapi KUB tidak pula dikenakan tuntutan LAD walhal baki projek belum siap mereka adalah 20 peratus seperti yang diakui pihak itu sendiri," ujar Pua lagi.
Pua menggesa MAHB agar tidak menipu dan menyembunyikan kebenaran daripada rakyat Malaysia seperti mereka lakukan sejak dua tahun lalu, disamping mahu pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn dan Ketua Setiausaha Datuk Seri Long See Wool - juga pengarah MAHB supaya bertanggungjawab sepenuhnya memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban bagi membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
Tarikh siap KLIA2 telah ditunda beberapa kali berikutan perubahan yang dibuat kepada pelan asal, termasuk membina terminal lebih besar untuk menguruskan lebih 40 juta penumpang, dan memasang sistem pengendalian bagasi automatik.
Tarikh baru pembukaan KLIA2 adalah yang kelima daripada MAHB kerana tarikh siap terminal itu sudah dilewatkan tiga kali.
Ia sepatutnya disiapkan pada April 2010 tetapi ditunda kepada Oktober 2012, April 2013 dan kemudian 28 Jun, 2013.
Lapangan terbang baru itu, disasarkan untuk mengendalikan sehingga 45 juta penumpang setahun, antara lain akan mempunyai 60 pintu, 80 jambatan aero dan 32,000 meter persegi ruang runcit dengan 225 kedai.
Tender untuk projek KLIA2 pertama kali dikeluarkan pada 2009. - 20 Jun, 2013.
themalaysianinsider.com

Anak bekas tahanan ISA perlu bantuan kewangan

Posted: 19 Jun 2013 05:09 PM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,19 Jun 2013
SANDAKAN: Anak bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohidin Shari, memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di sebuah universiti di Rusia. 


Hummayroh Mohidin, 19, (gambar) bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu, telah menamatkan kursus asasi di sebuah akademi perubatan, di Kuala Lumpur dan perlu menjelaskan  yuran pengajian untuk tahun pertama, sekitar RM60,000 dalam waktu terdekat.



Ibu Hummayroh, Kontesa Ahadi, yang ditemui di kediaman mentuanya, di perkampungan atas air, Sim-Sim, dekat sini, berkata, suaminya yang bekerja sebagai tukang gunting selepas dibebaskan daripada tahanan, telah berusaha sedaya upaya mencari bantuan tetapi belum berjaya.

"Sepatutnya Hummayroh sudah berangkat ke Moscow tahun lepas, tetapi disebabkan masalah kewangan ia tertunda dan beliau diberi  tempoh lebih kurang dua bulan lagi untuk melangsaikan," kata Kontesa.



"Kami terpaksa menjual rumah untuk membiayai kursus asasi  dan kini terpaksa menumpang dengan keluarga di sini," katanya sambil mengharapkan impian Hummayroh terkabul.



Hummayroh yang bertugas sebagai guru tuisyen pada setiap hujung minggu, ketika dihubungi Harakah, mendahulukan ucapan terima kasih kepada penderma. 



Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang menziarahi keluarga Hummayroh di Sandakan baru-baru ini turut mengharapkan sumbangan orang ramai: "Moga-moga Hummayroh dapat membantu membina penghidupan baru buat keluarga dan tiga adik-adiknya yang lain."



Sumbangan kewangan boleh disalurkan terus ke akaun CIMB Islamic Bank, no 10090003372208, atas nama Mohidin Shari. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kontesa Ahadi, 014-5572157.

PAS Perak kerah ahli turun Black 505 Sabtu ini

Posted: 19 Jun 2013 05:08 PM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -


IPOH: PAS Perak akan mengerahkan seluruh ahli turun seramai mungkin ke Himpunan Black 505 di Kuala Lumpur pada 22 Jun ini.


"Seluruh rakyat di Perak terutama ahli PAS diarah turun beramai-ramai, arahan telah dikeluarkan oleh pimpinan PAS Pusat," tegas Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien.



Abu Bakar berkata, PAS Perak sentiasa menyokong gerakan rakyat untuk memperjuangkan hak mereka yang dirampas dan dicabuli oleh BN bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



Beliau berkata, PAS Perak bersama dengan rakyat seluruh Malaysia menolak serta mengutuk penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.



"Himpunan ini adalah medan untuk kita menyatakan rasa tidak puas hati akan sistem pilihan raya di negara ini yang tidak benar-benar adil serta bersih," katanya kepada Harakahdaily.



Mengulas lanjut, Adun Titi Serong itu menjelaskan, PAS melahirkan keyakinan perhimpunan tersebut akan berlangsung dengan aman dan ianya adalah satu hak rakyat melalui sistem demokrasi.



Jelas beliau, himpunan seperti itu sangat penting untuk memberi isyarakat kepada BN yang selesa dengan kemenangan berasaskan penipuan.



Kata beliau, Pakatan Rakyat Perak gagal untuk membentuk kembali kerajaan apabila kurang 3 kerusi walaupun gabungan tiga mendapat undi popular dengan memperoleh 54.79 peratus sokongan daripada rakyat di negeri ini.



"Perjalanan pilihan raya lalu ternyata tidak bersih dan adil dengan pelbagai perkara yang berlaku antaranya pengundian dua kali, dakwat kekal yang tidak kekal dan sebagainya.



"Jika (pilihanraya) berjalan dengan adil sudah pasti Pakatan Rakyat akan berjaya mengambil alih kembali kerajaan Perak dan PAS akan menang lebih banyak kerusi di negeri Perak," jelas beliau.



Tegas beliau, penipuan yang berlaku di Perak sudah cukup menjadikan alasan untuk rakyat bangkit untuk menyuarakan bantahan secara lebih besar di Kuala Lumpur.

Harakahdaily/-

'Pendatang tentukan hasil pilihan raya di Sabah'

Posted: 19 Jun 2013 05:05 PM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -



 
Pemberian kerakyatan secara haram kepada jumlah besar orang asing di Sabah membolehkan kumpulan pendatang menentukan bentuk politik di negara ini, kata veteran politik Sabah Wilfred Bumburing.





NONE
"Jika kamu lihat statistik keputusan pilihan raya di beberapa kawasan tertentu, kehadiran pendatang haram menentukan keputusan pilihan raya," kata Wilfred kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang haram di Sabah, di Kota Kinabalu hari ini.

Wilfred (kiri) yang juga anggota dewan undangan negeri Tamparuli berkata, satu contoh dapat dilihat di Batu Sapi.

"Jelas pendatang di sana mengatasi pengundi tempatan," katanya.


Malaysiakini/-

Persidangan damai untuk Syria

Posted: 19 Jun 2013 02:59 PM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -

ENNISKILLEN, United Kingdom 19 Jun - Pemimpin-pemimpin Kumpulan Lapan (G8) semalam menggesa satu persidangan damai untuk Syria diadakan secepat mungkin bagi menyelesaikan konflik berdarah di negara tersebut.

Bagaimanapun, pandangan berbeza antara pemimpin-pemimpin kumpulan negara ekonomi terbesar dunia itu dapat dilihat dengan Rusia masih mempertahankan sekutunya, Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Di akhir persidangan kemuncak selama dua hari di Northern Ireland itu, pemimpin-pemimpin G8 bersetuju untuk menggesa pembentukan kerajaan peralihan di Syria yang akan melibatkan anggota kerajaan Bashar yang berpaling tadah.

Namun, pemimpin terlibat tersebut tidak pula mencadangkan tarikh untuk mengadakan persidangan damai Syria tersebut yang sepatutnya diadakan di Geneva pada bulan ini, rentetan kepada pertemuan sama pada tahun lepas namun telah ditangguhkan.

Krisis di Syria membayangi perjanjian persidangan kemuncak itu yang antara lain membanteras perbuatan mengelak cukai dan berkongsi maklumat kewangan merentasi sempadan.Perdana Menteri Britain, David Cameron menegaskan bahawa pemimpin-pemimpin G8 sedia mengukuhkan perjanjian berhubung Syria walaupun Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak bersetuju.

Bagaimanapun, kenyataan rasmi akhir persidangan tersebut tidak pula menyatakan langkah-langkah nyata untuk melaksanakan pendekatan tersebut.

Cameron yang bertindak sebagai tuan rumah persidangan kemuncak tersebut menyatakan, Bashar tidak boleh menyertai kerajaan peralihan tersebut selepas 93,000 orang maut dan negara-negara Barat menuduhnya menggunakan senjata kimia. - AFP

Angka korban hujan lebat di utara India meningkat 150 orang

Posted: 19 Jun 2013 02:56 PM PDT

11 Syaaban 1434 H. [MOD] -

DEHRADUN, India 19 Jun - Angka korban akibat hujan lebat di utara India meningkat kepada 150 orang hari ini ketika kira-kira 65,000 yang lain masih terperangkap di seluruh negara akibat bencana dibawa oleh monsun.

Menurut pegawai, pihak berkuasa hari ini terpaksa menggunakan helikopter tentera bagi mengugurkan bekalan kecemasan kepada pelancong dan penduduk yang terperangkap.


Menteri Dalam Negeri, Sushil Kumar Shinde memberitahu pemberita di New Delhi, kerajaan kini giat menjalankan usaha menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap selepas hujan reda.

Pihak berkuasa memberitahu, angka kematian mungkin meningkat secara mendadak kerana usaha menyelamat sedang dijalankan.

Pegawai tempatan, S.K. Rautela pula berkata, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan beberapa mayat di bawah runtuhan rumah dan operasi menyelamat akan berjalan dengan lebih lancar apabila hujan berhenti sepenuhnya.

Hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di Uttharakhand dan mengakibatkan jambatan, rumah serta beberapa bangunan lain runtuh dan dihanyutkan air.

Ketua Setiausaha Uttharakhand, Subash Kumar berkata, kira-kira 21 buah jambatan runtuh di negeri itu sekali gus menghalang jalan masuk ke kampung-kapung.

Menurut jurucakap tempatan, sebanyak 40 kem bantuan telah didirikan untuk menyediakan makanan, air dan bantuan lain kepada mangsa yang terkandas. - AFP



22 maut akibat tanah runtuh, banjir di Nepal

Posted: 19 Jun 2013 02:52 PM PDT


11 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KATHMANDU 20 Jun - Sekurang-kurangnya 22 orang maut akibat tanah runtuh dan banjir kilat yang disebabkan hujan monsun di beberapa bahagian di Nepal, semalam.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal, Shankar Koirala berkata, seramai 18 orang turut dilaporkan hilang akibat bencana alam tersebut.

"Lebih 100 kediaman dilaporkan musnah, terutamanya di bahagian barat Nepal dan kerajaan akan menghulurkan bantuan kecemasan kepada semua penduduk yang terjejas.

"Setiap keluarga yang terjejas akan diberi wang tunai sebanyak AS$425 (RM1,317), selain bekalan asas seperti ubat-ubatan dan makanan," katanya. - AFP






Tiada ulasan:

Nuffnang