Selasa, 18 Jun 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Hidayah

Posted: 18 Jun 2013 03:52 AM PDT

9 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Oleh Jarjani Usman

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk" (QS. Al Qashash: 56).

Menurut suatu riwayat, Rasulullah SAW sempat merasa sedih karena pamannya sendiri Abu Thalib tak menganut Islam. Segala cara telah dilakukan agar paman yang sangat mengasihinya sejak kecil itu luluh hatinya sehingga bersedia menerimanya ajaran mulia itu. Tetap saja pendirian pamannya itu tak berubah, hingga kematiannya tiba. Lantas, sebuah wahyu Allah turunkan kepada Rasul bahwa perkara hidayah adalah urusan Allah.
Dari kisah tersebut bisa difahami bahwa manusia, betapapun hebatnya, bukanlah pemberi hidayah.  Tak seorang pun mampu memberi hidayah kepada hamba-hamba yang lain, meskipun dari keluarga sendiri atau orang-orang yang sangat dikasihi. Kenyataan ini memang mengecewakan bagi sebahagian orang, tetapi begitulah ketentuan Allah yang harus difahami.  Allah lebih mengetahui hati setiap hambaNya.

Karena itu, penting bagi setiap orang mengusahakan untuk berdakwah terus-menerus.  Dakwah adalah amanah, yang perlu disampaikan kapan saja.   Dakwah juga merupakan jalur yang berpahala banyak, bagi yang melakukannya.  Tentunya bukan hanya berdakwah secara lisan, tetapi juga dengan perbuatan, misalnya membiasakan diri hidup jujur dan giat bekerja sesuai dengan perintah Allah.  Hidup seperti ini bukan hanya menguntungkan diri sendiri dunia dan akhirat, tetapi juga menjadi contoh cara hidup yang layak ditiru orang lain.   http://aceh.tribunnews.com

Restoran 24 jam disaran pasang CCTV

Posted: 18 Jun 2013 03:49 AM PDT

9 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Restoran yang beroperasi 24 jam disaran memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis perniagaan mereka sebagai inisiatif penting dalam mengesan aktiviti jenayah.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata selain itu, restoran juga perlu mengupah pengawal keselamatan sebagai langkah mengelak kejadian samun berkumpulan.
"Polis tidak boleh berkawal di sesuatu tempat itu dalam tempoh yang lama, banyak lagi tugasan penting yang perlu dilaksanakan selain hanya memantau atau memfokuskan kepada lokasi yang sama," katanya kepada Bernama

Ramli bagaimanapun berkata polis sememangnya melakukan rondaan berkala bagi mengekang sebarang perlakuan jenayah.
"Pemasangan CCTV dan mengupah pengawal keselamatan di premis perniagaan mereka sedikit sebanyak mampu membendung sebarang aktiviti jenayah," katanya.
Beliau mengulas beberapa insiden samun bersenjata secara berkumpulan di restoran dengan kejadian terbaharu Ahad lepas apabila empat lelaki bersenjatakan parang dan kapak menyamun serta menyerang medan selera di Jalan Relau, Balik Pulau, Pulau Pinang, menyebabkan dua pelanggan cedera.
Penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar yang turut bersetuju dengan saranan polis agar pemilik premis makanan yang beroperasi 24 jam mengupah pengawal keselamatan, menyifatkan langkah itu memberi faedah kepada pemilik premis untuk jangka panjang.
"Kerisauan pengunjung kedai makanan akan berkurang jika saranan ini dilaksanakan kerana saya yakin polis sudah membuat analisis berhubung saranan ini," katanya.
Akhbar berkata faktor kos mengupah pengawal seharusnya tidak menjadi masalah kepada premis makanan kerana ia akan memberi kesan yang baik dalam jangka masa panjang.
"Cubalah dahulu saranan ini selama lima hingga enam bulan, lihat kesannya dan teruskan jika memberi kesan positif kepada keadaan premis," katanya.
Tinjuan Bernama mendapati beberapa anggota polis membuat rondaan di kawasan tumpuan umum termasuk restoran yang beroperasi 24 jam.
Sementara itu, seorang pemilik kedai tomyam, Roslina Nafi, 37, berkata kedainya pernah disamun sebanyak empat kali dalam tempoh sebulan.
"Saya merasa bimbang membuka perniagaan saya sehingga lewat malam, tapi dengan rondaan polis di kawasan ini sedikit sebanyak mengurangkan rasa takut saya," katanya yang mengusahakan restoran itu hampir lapan tahun.
Mariani Tan, 21, seorang pekerja di kedai makanan di Setapak, di sini, pula berdepan detik cemas tahun lepas apabila dia dan beberapa pelanggan diarah masuk ke bahagian belakang kedai ketika penjenayah menyamun kedai berkenaan.
"Pengalaman itu membuat saya menjadi fobia untuk bekerja pada waktu malam.
Walaupun duit dalam mesin pembayaran hanya dihadkan kepada RM150 pada waktu malam, saya tetap berasa takut akan keselamatan diri saya dan rakan sekerja lain," katanya.. FMT/-

Malaysia dilanda ‘cuaca panas’

Posted: 18 Jun 2013 03:47 AM PDT

9 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Oleh Zulkiple Ibrahim
(Ini adalah bahagian pertama daripada siri tiga rencana tentang musim kemarau yang kini melanda negara terutamanya di sekitar Lembah Klang.)
KUALA LUMPUR: "Cuaca sungguh panas di luar sana," kata seorang rakan kepada penulis di sini baru-baru ini.
"Boleh jangka cuaca akan jadi lebih panas pada minggu-minggu yang akan datang," tambah rakan itu.
Pada masa kini, kebanyakan tempat di Malaysia dilanda cuaca panas dan kering. Menurut pakar kajicuaca, keadaan ini dijangka mungkin berlanjutan sehingga September depan.

Menurut laporan berita, Subang di Selangor mencatat suhu setinggi 36.2 darjah Celsius pada 7 Jun lepas manakala suhu di ibukota ini mencecah 36.0 darjah pada 4 Jun lepas.
Kaji cuaca
Media juga memetik Pengarah Ramalan Jabatan Meterologi Malaysia Saw Bun Liong sebagai berkata 'panas terik' yang melanda negara ketika ini hasil  ombinasi beberapa faktor cuaca.
"Musim Monsun Barat Daya biasanya membawa cuaca panas dan kering. Tetapi suhu dan haba meningkat dengan kedatangan ribut tropika di Filipina dan tekanan rendah di Lautan Hindi," katanya.
Bagaimanapun cuaca panas yang melanda ketika ini masih belum mencapai tahap 'gelombang panas'.
Menurut statistik Jabatan Kajicuaca, sehingga ini hari paling panas dicata i Malaysia adalah pada 18 Mei, di Chuping, Perlis di mana suhunya mencecah 38.9 darjah manakala beberapa bahagian di Melaka turut mencatat tahap kepanasan 38 darjah.
Gelombang panas
Apabila seseorang terdedah kepada suhu panas, beliau menghadapi risiko keletihan dan mungkin juga mengalami strok disebabkan suhu panas.
Penyakit bersangkut paut dengan cuaca panas telah menyebabkan kematian beribu orang pada dekad-dekad yang lampau.
Pada tahun 1980, gelombang panas di Amerika Syarikat telah menyebabkan kematian 1,250 orang manakala 50,000 lagi mati ketika gelombang panas melanda benua Eropah pada tahun 2003.
Apakah itu fenomena 'gelombang panas'?
Gelombang panas berlaku apabila suhu semasa secara bandingan adalah lebih tinggi daripada suhu cuaca normal setempat dan juga suhu cuaca normal pada musim berkenaan.
Menurut pakar kajicuaca, suhu bagi orang yang berasal dari kawasan
panas yang dianggap normal boleh menjadi gelombang panas di daerah yang biasanya mempunyai suhu lebih rendah.
Gelombang panas yang teruk dikenalpasti sebagai penyebab kematian akibat 'hipertemia' (suhu badan meningkat menjadi amat panas) selain daripada menjadi penyebab gangguan bekalan tenaga kerana peningkatan penggunaan alat pendingin hawa.
Pakar kajicuaca juga turut menerangkan gelombang panas merupakan satu situasi di mana suhu tinggi selama beberapa hari boleh mendatangkan kemudaratan kepada individu terdedah cuaca panas.
Satu gelombang panas boleh berlaku apabila suhu tinggi luar biasa berlaku selama beberapa hari manakala ianya juga boleh berlaku dalam waktu singkat dengan peningkatan suhu secara mendadak.
Awan yang sedikit
Walaupun negara dilanda cuaca panas ketika ini, warga Malaysia masih belum diserang gelombang panas sehingga ini, jelas Jabatan Kajicuaca Malaysia.
Seorang pegawainya, yang tidak mahu namanya disiarkan, menerangkan musim panas kini disebabkan Monsun Barat Daya yang biasanya membawa awan yang sedikit.
"Ini mendedahkan kita kepada lebih sinar matahari dan panas terik. Biasanya suhu ketika ini di sekitar 33 darjah tetapi kita mengalami suhu 34-35 darjah," kata beliau.
Pegawai itu menerangkan catatan suhu itu masih belum mencecah suhu yang dianggap gelombang panas tetapi seandainya suhu melebihi 37 darjah, barulah Malaysia mengalami apa yang dikatakan sebagai gelombang panas seperti yang dicatat kali terakhir semasa fenomena 'El Nino' pada tahun 1998.
Ramalan
Jabatan Kajicuaca juga meramalkan cuaca panas terik sekarang mungkin berlanjutan hingga ke suku terakhir tahun ini.
Sementara itu pakar-pakar kesihatan menasihati orang ramai supaya tidak keluar rumah melainkan mereka perlu menjalani aktiviti harian.
"Minum lebih air jika anda perlu keluar dari rumah. Anda juga dinasihati tinggal dalam rumah yang punya kelengkapan pendingin hawa ataupun yang mempunyaipengudaraan yang cukup," nasihat pengamal perubatan Dr Shuhaimi Jamil dari Rawang dekat sini.
"Walaupun terpaksa keluar rumah, jauhilah daripada panas terik matahari. Elakan daripada melakukan aktiviti lasak dan pastikan minum air setiap jam walaupun anda rasa tidak dahaga," tambah beliau.
Bagaimanapun, Dr Shuhaimi menasihati pesakit yang terpaksa minum air dalam kuantiti terhad, seperti mereka mengalami kegagalan buah pinggang supaya mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu.
- Bernama

Bantah Piala Konfederasi: Pemuda bertempur polis

Posted: 18 Jun 2013 03:44 AM PDT

9 Syaaban 1434 H. [MOD] -

RIO DE JANEIRO 18 Jun - Kumpulan pemuda bertempur dengan polis di pusat bandar raya ini, hari ini ketika lebih 200,000 orang lagi berhimpun di bandar-bandar besar di Brazil untuk membantah perbelanjaan berbilion-bilion dolar ke atas kejohanan Piala Konfederasi dan kos pengangkutan awam yang tinggi.

Demonstrasi di seluruh negara yang terbesar sejak 20 tahun itu secara relatifnya adalah aman, tetapi perbuatan merosakkan harta bendar awam turut dilaporkan Rio dan Porto Alegre.
Polis menggunakan gas pemedih mata, penyembur lada dan peluru getah untuk menyuraikan sekumpulan kecil pemuda yang memakai topeng dan merosakkan harta benda di bangunan dewan undang negeri di Rio.

Beberapa pemuda turut memecah masuk bangunan itu dengan rakaman televisyen memaparkan satu kebakaran kecil. - AFP

Islam Britain boikot kurma Israel

Posted: 18 Jun 2013 03:43 AM PDT

9 Syaaban 1434 H. [MOD] -

LONDON 17 Jun - Masyarakat Islam Britain merancang untuk melancarkan kempen pada bulan Ramadan ini untuk memulaukan buah kurma yang dihasilkan Israel.

Menurut laporan berita tempatan, kempen itu menggesa supaya semua masyarakat Islam memulaukan buah kurma yang di tanam di penempatan haram di Tebing Barat dan juga Lembah Jordan.
Hampir separuh dari penempatan di Lembah Jordan subur dengan tanaman yang boleh menguntungkan yahudi.

Persatuan Islam Britain (MAB) mengumumkan, ia akan mengambil tindakan terhadap rejim Israel yang memperluaskan penempatan haram di bumi Palestin.

"Kami ingin menjemput semua untuk memboikot kurma Israel,'' kata MAB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini. - AGENSI


64 juta pengguna aktif Facebook di Indonesia

Posted: 18 Jun 2013 03:41 AM PDT

9 Syaaban 1434 H. [MOD] -

JAKARTA 18 Jun - Kira-kira 64 juta rakyat Indonesia menjadi pengguna aktif Facebook dan sekali gus meletakkan negara ini sebagai antara lima pasaran terbesar bagi tapak rangkaian sosial itu.

Kedudukan ini mendorong Facebook untuk meraih manfaat kewangan daripadanya dengan mempelawa syarikat perniagaan kecil dan sederhana menyiarkan iklan di laman itu.

"Ini adalah perangkaan dalaman kami tentang pengguna aktif secara bulanan sehingga Mac," kata Naib Presiden Facebook bagi rantau Asia Pasifik, Dan Neary seperti yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris The Jakarta Post pada Selasa.


Beliau berkata, pada suku pertama tahun ini, Facebook, yang beribu pejabat di Menlo Park, California, mempunyai 1.1 bilion pengguna di seluruh dunia dan 390 juta pengguna aktif di Asia Pasifik.

Beliau berkata, Indonesia mengatasi beberapa negara lain kerana ia mempunyai jumlah pengguna telefon bimbit yang amat ramai berikutan kadar penembusan jalur lebar bergeraknya yang lebih tinggi daripada kadar penembusan jalur lebar tetap.

Ini, kata beliau, menepati strategi Facebook untuk muncul sebagai sebuah syarikat yang menawarkan 'perkhidmatan bergerak' yang lebih terkemuka.

Harian itu berkata Indonesia merupakan pasaran yang dipacu 'kemudahan bergerak'.
Langganan telefon bimbit di Indonesia - negara yang mempunyai lebih 240 juta penduduk - mencapai 290 juta pada 2012 apabila ramai penduduknya menggunakan dua atau lebih peranti itu. - BERNAMA

Kuota haji: Utamakan bakal jemaah kali pertama

Posted: 18 Jun 2013 03:37 AM PDT

9 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS menggesa Lembaga Tabung Haji memberi keutamaan kepada bakal jemaah haji kali pertama ekoran pengurangan 20 peratus kuota jemaah haji Malaysia pada tahun ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, dalam keadaan kouta yang terhad, seharusnya jemaah haji kali pertama perlu diberi keutamaan berbanding mereka yang pernah menunaikannya sebelum ini.

"Kita minta untuk Tabung Haji penuhi kouta yang ada itu untuk mereka yang baru kali pertama mengerjakan haji.
"Tidak boleh lagi ada perkiraan orang yang dah pergi boleh pergi lagi. Ketegasan pengurusan Tabung Haji diperlukan dalam situasi ini," katanya kepada Harakahdaily.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian sebagi mengulas isu kuota haji yang dikurangkan sebanyak 20 peratus pada tahun ini.

Difahamkan pengurangan kuota jemaah haji itu adalah berikutan arahan terbaharu kerajaan Arab Saudi berikutan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah.

Dalam pada itu, Mahfuz juga mencadangkan pihak Tabung Haji agar mengambil inisiatif lain dengan menanyakan kepada negara-negara lain yang berkemungkinan tidak memenuhi kuota negara mereka.

"Saya rasa ada negara yang kuotanya tidak penuh, dan Tabung Haji boleh berbincang untuk menghantar jemaah Malaysia menggunakan kuota negara tersebut," kata Mahfuz.


Harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Nuffnang