Jumaat, 14 Jun 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Kekasih durjana!

Posted: 14 Jun 2013 03:16 AM PDT

Foto
5 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Kuala Terengganu: "Tidak cukup dengan menumbuk dan menyepak saya, kini anak pula jadi sasarannya," kata wanita mahu dikenali sebagai Nur, 31, selepas anak perempuannya berusia tiga tahun melecur teruk, akibat didera teman lelakinya.

Kanak-kanak itu, Atilyea melecur teruk di tapak kaki kanan dipercayai ditekup pada ekzos motosikal hingga dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.



Nur berkata, ketika dia berkenalan dengan teman lelakinya itu yang dipanggil Chek awal Januari lalu, suspek berperwatakan baik dan sangat memahami, tetapi sikapnya berubah menjadi panas baran sejak akhir bulan lalu.


"Saya sendiri pernah ditumbuk, ditampar dan disepaknya namun tidak mengadu kepada sesiapa apatah lagi membuat laporan polis kerana takutkannya.



"Melihat saya takut, perangainya semakin menjadi-jadi apabila anak turut menjadi tempat dia melepas geram.

metro/-

Lagi gambar pasca Antena 'Umno' runtuh

Posted: 14 Jun 2013 03:12 AM PDT

5 Syaaban 1434 H. [MOD] -




Antena di bangunan 21 tingkat yang tingginya 93.6 meter turut menempatkan Pejabat Perhubungan Umno Negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang runtuh adalah kepunyaan JKP Sdn Bhd anak syarikat Menteri Kewangan DiPerbadankan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 petang semalam, seorang maut manakala lapan cedera selepas rod penebat kilat yang ditempatkan di menara itu tercabut dan terjatuh.


harakah/-

Gedempol tanpa makan

Posted: 14 Jun 2013 03:06 AM PDT

Foto
5 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Johor Bahru: Tak makan tapi gemuk. Itu masalah dihadapi empat beranak dihimpit kemiskinan sehingga terpaksa mengikat perut, namun penyakit ketidakseimbangan hormon yang dihidapi menyebabkan berat badan mereka terus meningkat mencecah lebih 100 kilogram.
Paling kronik ialah si ibu, A Mani, 61, yang hanya mampu terbaring di ruang tamu rumah setinggan dihuni keluarga itu di Jalan Kebun Teh di sini, kerana sukar bergerak berikutan berat badannya mencecah 150 kilogram.
"Sudah lima tahun ibu hanya terbaring di ruang tamu dan di situlah tempat dia makan, membuang air besar serta tidur," kata S Velu, 34, anak kedua Mani. Dua lagi anggota keluarga itu ialah S Ganes, 41, dan adik perempuannya, S Puspalatha, 21.

Menurutnya, sejak lima tahun lalu, Puspalatha ditugaskan menjaga ibu mereka selepas warga emas itu terjatuh berhampiran rumah menyebabkan dia tidak mampu berjalan.


Velu berkata, bapa mereka yang berusia 80 tahun menghilangkan diri sejak lebih enam tahun lalu dan gagal dikesan sehingga kini.

metro/-

Lima kemaksiatan yang disegerakan balasannya

Posted: 14 Jun 2013 03:03 AM PDT

4 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Menghampiri akhir zaman, semua jenis kemaksiatan sudah dilakukan oleh semua umat manusia. Namun, ada sebuah hadis yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis maksiat yang akan disegerakan balasannya dari maksiat itu. 

Dari Ibnu Umar RA ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam mendatangi kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda,' "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah subhanahu wa Ta'ala, semoga kamu tidak menemui zaman itu. Perkara-perkara itu ialah:


1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Tha'un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pemah menimpa umat-umat yang terdahulu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan / ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka

3. Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri. " (HR Ibnu Majah)

Keterangan Hadis di atas menerangkan bahawa:
1. Penyakit Taun (berjangkit seperti kolera dan Aids) adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan.

2. Sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah disebabkan daripada rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan.

3. Kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat.

4. Kuasa musuh mengambil sebahagian daripada apa yang dimiliki kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin daripada tangan kaum Muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

5. Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah Subhanahu wa Ta'ala dan tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

http://detikislam.blogspot.com

Mahathir masih belum puas jadi PM 22 tahun

Posted: 14 Jun 2013 02:55 AM PDT


5 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: "Inilah watak kerakusan kuasa Tun Mahathir yang tidak pernah kenyang," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).


Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu sentiasa lapar dengan kuasa, tidak seperti Perdana Menteri yang lain, apabila bersara tidak banyak hendak campur tangan dalam pentadbiran negara.



Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang telah 'berwasiat' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jangan memberi muka kepada pembangkang.

Ayah kepada Menteri Besar Kedah itu dilaporkan menyatakan demikian selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di ibu negara semalam.

Bagi Idris, selama 22 tahun Mahathir mentadbir negara, hancur segala-galanya daripada sistem kehakiman, demokrasi, hak asasi, ekonomi, rasuah, penghinaan pada hukum agama, ulamak dan politik.

"Rakyat jangan terkejut tindakan yang akan diambil oleh Najib apabila beliau mengikut skema yang telah dicadang oleh Tun. Beliau di dalam keadaan yang goyang, sebagai  Perdana Menteri dan Presiden Umno," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebagai Perdana Menteri, ujarnya Najib terpaksa berhadapan dengan Pakatan Rakyat dan kemarahan rakyat, manakala di dalam Umno sudah ada gelombang untuk mencabar presiden.

Tambahnya, situasi yang ada kepada Najib, maka beliau akan ikut apa sahaja yang diperkatakan oleh Mahathir.

"Najib terpaksa ikut, kalau dia mahu hayatnya panjang di dalam Umno. Kenyataan Tun sebelum pilihan raya yang mengatakan jika Najib gagal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PRU 13 mesti meletak jawatan.

"Amaran inilah  sedang menghantui Najib. Oleh itu apa sahaja Tun suruh mesti ikut, seolah-olah seperti 'wali mujbir'," katanya lagi.

harakahdaily/-

Perebutan Speaker: Bukti BN Perak berpecah

Posted: 14 Jun 2013 02:34 AM PDT


5 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, pada hakikatnya, BN Perak kini hanya tinggal Umno sahaja setelah MCA gagal memenangi sebarang kerusi manakala MIC hanya menang satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah meminggirkan diri dalam kerajaan.


Menurutnya, masyarakat bukan Melayu sudah menolak BN pada pilihanraya yang lepas ditambah lagi dengan ketiadaan sokongan parti komponen BN yang lain terhadap Umno yang mementingkan diri sendiri sahaja telah membuktikan lagi penolakan ini.



Jelas beliau, perkara ini telah menggambarkan kegagalan Umno untuk menyatu padukan masyarakat pelbagai kaum seperti slogan yang dimomokkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



"Umno ternyata telah memecah belahkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum ketika ini disebabkan sifat tidak adilnya apabila hanya mementingkan diri sendiri.



"Kerajaan BN Perak juga dilihat cuba tidak memberi keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat Perak dalam hal ini melalui perkongsian kuasa yang sekata melibatkan semua kaum," katanya kepada Harakahdaily.



Adun Titi Serong itu menjelaskan, hal ini membuktikan Pakatan Rakyat sahaja yang boleh diyakini bagi menyatupadukan semua kaum dan menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan yang boleh dipercayai semua kaum.



"PAS sebagai parti komponen dalam Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan dan menjadi tunjang orang Melayu dalam era politk baru ini tanpa memingirkan hak-hak kaum lain," tegasnya.
harakahdaily/-

Gesa terus projek terbengkalai

Posted: 14 Jun 2013 02:25 AM PDT

5 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Gesa terus projek terbengkalai


Ahmad Nazlan melihat keadaan di bawah jambatan sedia ada yang tidak selamat untuk digunakan.
Gesa terus projek terbengkalai


Keadaan jambatan lama yang berbahaya ketika dilalui kenderaan berat terutama lori membawa bijih besi dan balak.
Gesa terus projek terbengkalai


Ahmad Nazlan turun padang melihat keadaan jalan dan jambatan baru yang terbengkalai sekian lama.
JERANTUT - Pengguna menggesa agar projek pembinaan jalan raya Jerantut-Benta, dekat sini yang kini terbengkalai dapat dilaksanakan semula berikutan keadaan jambatan sedia ada tidak lagi selamat digunakan.


Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, sepatutnya pembinaan jalan itu sudah lama siap dan boleh memberikan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jalan di kawasan itu.



"Kita harap supaya pihak berkenaan dapat melaksanakan semula pembinaan jalan yang terbengkalai itu kerana keadaan jalan lama yang sempit boleh mengundang kemalangan maut pada bila-bila masa sahaja.



"Kita lihat pembinaan jambatan baru yang terbengkalai itu lebih besar, kukuh dan mampu memberikan keselamatan kepada pengguna," katanya kepada Sinar Harian ketika membuat tinjauan di kawasan itu.



Beliau berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada orang ramai yang mengatakan kawasan itu terlalu berbahaya dan boleh mengundang kemalangan.



"Saya melihat sendiri keadaan jalan itu pada malam hari di mana ia sangat berbahaya kerana laluan di atas jambatan sedia ada itu sangat sempit jika kenderaan berselisih dengan kenderaan berat terutama lori.



"Kawasan itu banyak dilalui lori bijih dan lori balak pada malam hari. Tambahan pula kawasan itu tidak ada lampu jalan di mana risiko kemalangan maut sangat tinggi," katanya.



Jambatan terhakis



Ahmad Azlan berkata, keadaan jalan dari Jerantut-Benta menghala ke jambatan Sungai Par itu berselekoh tajam dan kenderaan yang datang dari arah itu pasti tidak sempat membrek jika bertembung dengan kenderaan berat.



Menurutnya, apa yang dibimbangi adalah keadaan jambatan sedia ada itu dilihat berbahaya kerana mengalami hakisan.




"Saya lihat keadaan jambatan itu tidak selamat dan harap pihak berkenaan memantau keadaan ini.

"Jika projek jalan terbengkalai itu dapat dilaksanakan semula pastinya ia memberikan kegembiraan kepada warga daerah ini kerana jalan baharu itu lebih besar, menjimatkan masa dan faktor keselamatan lebih diutamakan," katanya.

Pemandu pandu laju

Dalam pada itu, seorang penduduk, Fadzlly Ismail, 36, berkata, setiap kali dia memandu di kawasan itu pasti dia akan berasa cemas kerana bimbang berselisih dengan lori.

"Tambahan pula ada sesetengah pemandu yang memandu laju di kawasan itu dan itu juga salah satu faktor penyebab kemalangan.

"Kita harap projek jalan yang terbengkalai itu dapat dilaksanakan semula demi menjamin keselamatan dan keselesaan kepada pengguna jalan raya.

"Penduduk yang tinggal di kawasan itu juga bimbang kerana itu adalah jalan utama untuk ke bandar, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Jerantut di Pejabat tetapi gagal.
sinar/-

Sokong kes Altantuya dibongkar semula

Posted: 14 Jun 2013 02:14 AM PDT


5 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdulah menyokong usaha dilakukan pihak tertentu yang mahu kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuka semula.



"Sejak dahulu pun, kita minta supaya keadilan diberikan. 



"Walau pun sudah dibicarakan pegawai polis tertentu itu, tetapi kita tidak tahu apa motif pembunuhan itu dan siapa sebenarnya yang berada di belakang," ujar Nik Amar.




Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.



"Jadi sebab itu saya menyokong usaha-usaha untuk 'membongkar' perkara ini dan memberikan keadilan kepada Altantuya dan keluarga dia.



Mengulas isu ditimbulkan deligasi Mongolia pada Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur baru-baru ini yang menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri Altantuya Shaariibuu di Malaysia seperti disuarakan Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg baru-baru ini, Timbalan Menteri Besar mendakwa langkah itu memang wajar.



"Tindakan itu wajar dan berharap kerajaan menanganinya dengan baik," ujarnya.
harakahdaily/-

Gempa bumi kuat landa selatan Jawa, Indonesia

Posted: 14 Jun 2013 02:11 AM PDT


5 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda selatan pulau Jawa, Indonesia pada 12.47 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa bumi itu berpusat di 330 kilometer barat daya Tasikmalaya, Indonesia dan 1,284 kilometer tenggara  Tebedu, Sarawak.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini. - Bernama

MAINPP timbang ada bangunan sendiri

Posted: 14 Jun 2013 02:09 AM PDT


5 Syaaban 1434 H. [MOD] -


PULAU PINANG: Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Saleh Man akan mempertimbangkan saranan sesetengah pihak supaya MAINPP mempunyai kompleknya sendiri daripada terus menyewa di tingkat 8 dan 9 bangunan Umno, Jalan Macalister.



(Kawasan bangunan Umno Pulau Pinang berkaparan apabila antena di atasnya runtuh. MAINPP menyewa dua tingkat di bangunan ini)

Ramai mendakwa sudah sampai masanya, MAINPP mempunyai bangunan sendiri sekaligus mengambarkan keutuhan agama Islam yang menjadi teras Malaysia.


"Sebenarnya sebelum ini pun ada cadangan untuk berbuat demikian tetapi kita akan tengok hasil siasatan tentang tahap keselamatan bangunan tersebut dulu.  Kalau tidak selamat kita akan fikirkan sesuatu, " terangnya ketika dihubungi sebentar tadi.



Malam tadi sekitar pukul 7.00 petang menara antena di bangunan Umno Pulau Pinang runtuh ekoran ribut yang melanda negeri ini.  Akibatnya seorang meninggal dan beberapa individu cedera dan kenderaan rosak teruk.



Harakahdaily menerima cadangan Dewan Pemuda PAS Negeri menerusi kenyataan Setiausahanya, Ustaz Afnan Hamimi Taib yang mahukan MAINPP membina Kompleknya sendiri daripada terus menyewa bangunan Umno yang mungkin tidak selamat lagi.


harakahdaily/-

SPR tidak lagi sesuai kendali persempadanan p'raya

Posted: 14 Jun 2013 02:06 AM PDT


5 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lagi sesuai mengendalikan urusan berkaitan urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya.



Kajian Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berkata, ketidaksesuaian ini ekoran ketidakupayaan SPR dalam menunaikan amanahnya bagi memastikan pilihan raya dijalankan secara bersih, bebas dan adil.




Sebaliknya tegas KPRU, sebuah badan yang neutral dan bebas daripada pengaruh badan eksekutif terutamanya, harus ditubuhkan bagi mengendali urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya, seperti Suruhanjaya Persempadanan yang ditubuhkan di kebanyakan negara.



"Suruhanjaya Perwakilan yang diadakan di New Zealand, khususnya, boleh dijadikan sebagai rujukan bagi mengadakan sebuah badan yang berkebolehan dalam menyemak semula dan menggariskan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya yang saksama, sebagai langkah pertama merealisasikan prinsip satu orang satu undi yang sama nilai yang ideal dalam sistem pilihan raya yang demokrasi," kata KPRU dalam satu kenyataan hari ini.



Menurut KPRU juga, dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, sebanyak enam kali proses persempadanan dilakukan, masing-masing pada tahun 1958, 1966, 1974, 1983, 1992, dan 2003.



Proses persempadanan berkait rapat dengan konsep "gerrymandering" yang merujuk kepada tindakan memanipulasi atau tindakan secara sengaja menyusun atau mengatur semula kawasan-kawasan pentadbiran bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya dengan mengurangkan undi parti oposisi.



Gerrymandering merupakan antara isu yang paling kronik dihadapi oleh sistem pilihan raya dan demokrasi dalam negara ini.



"Persempadanan kawasan pilihan raya sentiasa menjadi suatu isu penting dalam sistem pilihan raya kerana persempadanan merupakan cara langsung bagi memanipulasi keputusan pilihan raya.



"Dengan kata lain, ia memberi ruang kepada "permainan kotor" dalam sistem pilihan raya yang dianggap adil dan bebas," kata kenyataan itu lagi


harakahdaily/-

Mapim gesa TPPA dibahas di parlimen

Posted: 14 Jun 2013 02:05 AM PDT


5 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa isu Trans Pasific Partnership Aggreement (TPPA) dibahas pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.



Presidennya Azmi Abdul Hamid berkata, memandangkan ia ada kaitan dengan persoalan kedaulatan ekonomi dan kesan kepada pelbagai industri negara, maka wajar ia diusulkan sebagai isu yang segera, berkepentingan awam dan relevan dengan pelbagai dasar kepentingan negara.



"Oleh kerana penglibatan Malaysia dalam perundingan TPPA dilakukan tanpa pengetahuan  awam, parlimen adalah wadah yang sewajarnya diguna untuk membahaskan mengenai baik buruknya negara diheret dalam hegemoni ekonomi kuasa besar seperti Amerika.



"Kami mengingatkan bahawa isu ini sangat serius  kerana ia akan mendedahkan  pelbagai industri negara kepada persaingan yang tidak adil. Jauh lebih berat ia juga akan mengakibatkan pelbagai dasar negara seperti status syarikat bumiputera dipinda atau dimansuhkan kerana dianggap sebagai penghalang kepada pasaran bebas," katanya dalam satu kenyataan.



Beliau turut mempersoal, kenapa perundingan yang sangat berisiko ini tidak melibatkan proses konsultasi awam.



Lebih mengejutkan apabila perundingan itu sedang masuk ke fasa terakhir dan Malaysia akan turut menandatangani suatu perjanjian yang mempunyai implikasi besar kepada ekonomi dan kedaulatan negara.



"Kenapakah TPPA menjadi rahsia kepada kerajaan sehingga rakyat tidak tahu menahu apa yang dirundingkan sedangkan ia sangat berkait dengan nasib mereka," katanya.



"Parlimen dan orang awam seharusnya dimaklumkan mengenai terma-terma syarat sebenar perjanjian itu. Ia tidak sepatutnya menunggu sehingga prosesnya  berakhir. Jika itu berlaku, maka sebarang input yang akan dicadangkan selepas itu tidak bermakna lagi," tegasnya.



Beliau turut menggesa ahli parlimen memainkan peranan tidak membenarkan isu TPPA diputuskan tanpa dibahaskan walaupun ia dianggap sebagai isu yang boleh diputuskan oleh badan esksekutif iaitu Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa .



Pihak kerajaan katanya tidak sepatutnya membelakangkan pandangan awam, seolah mereka yang menjadi perunding di TPPA tahu semua untuk membuat keputusan yang sangat besar.



Menurutnya, dengan membenarkan Malaysia terus terlibat dalam perundingan TPPA dan akhirnya menandatanggani perjanjian itu, rakyat Malaysia akan menerima natijah jangkapanjang yang parah akibat kedaulatan ekonomi negara digadai dalam perjanjian tersebut.



"Seluruh agenda melindungi industri Malaysia akan gagal dipertahankan kerana perjanjian TPPA memberi penekanan kepada prinsip kuasa pasaran terbuka dan pasaran bebas," ujarnya.
harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Nuffnang