Sabtu, 25 Mei 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Rafizi : Kertas Undi Lebih Daripada Jumlah Sebenar

Posted: 24 May 2013 02:30 AM PDT

PETALING JAYA 24 MEI : Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) lalu dengan dakwaan undi melebihi kertas undi dikeluarkan dalam peti undi sepertimana terjadi di kawasan Parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa bagi pengundian di saluran 2 di SRJK(C) Yu Chye tercatat perbezaan jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi selepas pengundian dijalankan.

"Borang 13 iaitu Penyata Kertas Undi bagi Parlimen Balik Pulau menunjukkan sebanyak 424 kertas undi dikeluarkan.

"Selepas pengiraan dibuat dan keputusan dipindahkan  ke Borang 14 iaitu penyata pengundian selepas pengiraan undi, keputusan menunjukkan terdapat 562 undi di dalam peti undi iaitu 138 undi melebihi daripada jumlah kertas undi yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, jumlah undi di dalam peti undi yang lebih menyeleweng keputusan bagi parlimen dan DUN di antara 138 hingga 318 undi.

Katanya, dengan majoriti yang rendah dan undi rosak yang tinggi, keputusan di saluran 2 itu sahaja sudah cukup untuk mengubah keputusan bagi peringkat Parlimen Balik Pulau dan DUN Telok Bahang.

"Kejadian ini membuktikan bahawa peristiwa undi yang dikira melebihi daripada kertas undi yang mulanya dikeluarkan memang berlaku.

"Ia berlaku di Balik Pulau dan sudah tentu juga berlaku di tempat lain," katanya.

Sementara itu, PR juga mendakwa mempunyai bukti berlaku insiden membeli undi sepertimana di Pulau Pinang dalam PRU13 lalu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendakwa wang tunai diberikan kepada pengundi selepas keputusan tidak memihak kepada PR dengan penukaran baucer yang diberikan sebelum itu.

"Ia berlaku di DUN Bayan Lepas,  Pulau Betong dan Tanjung Bungah. Mereka memberi wang secara tunai di tiga tempat iaitu selama tiga hari beroperasi iaitu pada 10, 11 dan 12 Mei lepas.

"Kita telah melakukan pemeriksaan ke tempat itu dan laporan polis telah dibuat mengenainya," ujarnya.


Sumber: Selangorku

Mahkamah Tolak Permohonan Reman, Tian Chua, Tamrin dan Haris Dibebaskan

Posted: 24 May 2013 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Polis hari ini melepaskan tiga individu yang ditahan untuk siasatan dibawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan selepas majistret menolak permohonan untuk melanjutkan reman.

Pakatan Rakyat (PR) semalam menyifatkan penangkapan tersebut sebagai sebahagian tindakan keras polis ke atas pemimpin pembangkang.

Semalam, Ahli Parlimen (MP) Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan, difahamkan penahanan tersebut dilakukan dibawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan.
Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata tidak dimaklumkan tentang "kenyataan menghasut" yang dikatakan dibuat oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan.

Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu.

Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam.

Lelaki berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai.

"Kami puji majistret yang sangat berani. Seorang hakim yang berani telah mendengar hujah-hujah undang-undang dan membuat keputusan bahawa penahanan kami adalah tanpa asas," kata Chua semasa berjalan keluar daripada lokap dengan peguamnya, beliau merujuk kepada majistret Norashikin Sahat.

"Sebab itu kami dibebaskan tanpa syarat" tambah naib presiden PKR tersebut semasa berjalan keluar, manakala Tamrin dan Haris terlebih dahulu keluar daripada lokap.

Awal hari ini, sekumpulan kecil penyokong telah mengadakan bantahan kecil di luar lokap, melaungkan slogan dan menaikkan sepanduk menggesa pembebasan ketiga-tiga tahanan tersebut.

Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata tidak dimaklumkan tentang "kenyataan menghasut" yang dikatakan dibuat oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan.

Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu.

Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam.

Adam, 24, mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai.

Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam.

Walaupun ketiga-tiga mereka dibebaskan hari ini, Chua mendakwa mempunyai maklumat akan lebih ramai yang mungkin akan ditangkap selepas ini.

"Dengan hujah yang sama, kami berharap bahawa mahkamah akan mengambil tindakan tegas untuk mempertahankan bukan sahaja hak individu, tetapi juga prinsip-prinsip asas undang-undang," kata Ahli Parlimen Batu itu yang lebih dikenali sebagai Tian Chua.

Sumber: TheMalaysianInsider

Tiada ulasan:

Nuffnang