Sabtu, 25 Mei 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Lintas langsung'Perhimpunan Suara Rakyat 505' : Leman Raja Lawak, Abby Abadi jadi tarikan perhimpunan

Posted: 25 May 2013 03:58 AM PDT

15 Rejab 1434 H. [MOD] -
Malaysiakini/-


 
Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini.

Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

NONEPihak berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid 
Hamidi (kanan) dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA.

Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang - 
yang terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat perhimpunan hari ini. Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh sesak.

Bagi perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini, maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin.

LAPORAN LANGSUNG
6.40pm: Pengacara majlis, aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee menggesa peserta yang berada di kawasan tengah padang agar tidak merokok demi keselesaan peserta wanita dan golongan lain yang tidak merokok.
6.27pm: Seorang pelawak Leman Raja Lawak dan seniwati Abby Abadi turut muncul di pentas pidato petang ini.

Leman dalam ucapannya turut mengambil peluang untuk menyindir gaya rambut isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
"Tanya sama Rosmah, kenapa rambut kembang, nanti jawab Rosmah, tupai buat sarang," kata Leman yang menyanyikan lagu 'Tanya Sama Pokok' dengan lirik diubah suai.

6.22pm: 
Jumlah peserta semakin meningkat, kira-kira 10,000 orang kini memenuhi padang.
6.10pm: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara pemimpinNONEPakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya.

Menurut Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada sebelah malam.
5.45pm: Seorang wakil dari NGO menuntut bayaran Royalti minyak kepada Kelantan dalam ucapannya menggesa agar SPR diletakkan di bawah tanggungjawab parlimen dan bukannya di bawah jabatan perdana menteri.
"Kami, anak muda Malaysia, mahu pilihan raya umum diadakan semula," katanya.
5.40pm: Imam masjid yang pernah dipenjarakan kerana membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau dipenjarakan.

NONE"Jangan takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai.

5.30pm: 
Hanya beberapa orang anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan hari ini. Sebilangan anggota tersebut dilihat mengawal lalulintas.

5.27pm: 
Aktivis siswa Safwan Anang menjadi individu pertama berucap.
"Ada sesetengah orang tak faham bahasa, mereka kata jika orang yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, boleh keluar dari Malaysia. Ini kenyataan bodoh, betul atau tidak?," katanya yang disambut dengan laungan "Ya" oleh para peserta.
NONE5.24pm: Orang ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.Malah, individu yang dilihat sedang menyeberang jalan dari kompleks Amcorp Mall juga berhenti di tengah jalan dan berdiri tegak sewaktu lagu kebangsaan dinyanyikan.

5.15pm: Pengerusi majlis memulakan acara dengan mengumumkan tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:
  • menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
  • menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
  • menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.
Sementara itu, jumlah peserta semakin meningkat - kini dianggarkan 5,000 orang di kawasan padang.
4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500 orang dalam suasana yang semakin meriah.Salah seorang peserta, Yusri Mohd Yusof berkata perhimpunan ini bagi menyatakan kemaharan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan penipuan yang berlaku dalam pilihan raya.
NONEPensyarah berusia 41 tahun itu yang turut hadir di perhimpunan di Kelana Jaya berkata beliau berharap perhimpunan kali ini sebagai perhimpunan paling besar.
Ditanya mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa perhimpunan hari ini tidak menepati keperluan Akta Perhimpunan Aman 2012, Yusri berpendapat sebaliknya.
Katanya, para peserta tidak menyebabkan kekacauan atau mengadakan perhimpunan jalanan.
"Kita hanya berhimpun di sini secara aman," katanya.

4.42pm: Salah satu gerai yang dibuka di kawasan perhimpunan ini didapati cuba mengumpul 100,000 tandatangan individu yang menuntut demokrasi.
NONEIndividu yang mengusahakan projek tersebut, yang enggan dinamakan berkata beliau akan menyerahkan nama berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menekan kerajaan agar mendengar tuntutan rakyat.
4.30pm: Kelihatan beberapa trak FRU yang melalui jalan dekat padang Dataran PJ.

Bagaimanapun, tidak ada anggota polis dilihat berhampiran padang.
azlan4.15pm: Jumlah orang berpakaian hitam semakin meningkat kepada ratusan orang, tetapi padang masih kosong. Sebaliknya, orang ramai berkumpul di sekitar gerai makanan di luar padang.

Kira-kira 50 peserta protes berbaris Persiaran Barat, melaungkan "Reformasi", "Hidup Rakyat" dan beberapa slogan lain.

Mereka menggesa kereta yang melalui jalan utama untuk membunyikan hon tanpa sokongan.

Pemimpin DAP, Hew Kuan Yau aka 'Superman' menjual baju-T yang memaparkan foto wajahnya bersama logo Superman. Dari masa ke semasa, penceramah popular itu diminta peminatnya untuk bergambar.

3.01pm: Kira-kira 100 orang kini berada di sekitar dataran tersebut, kebanyakannya berpakaian hitam dan mencari perlindungan dari pancaran panas matahari yang sekitar 33 darjah Celsius dengan yang terang.

Ada yang memilih untuk membeli-belah di Amcorp Mall yang berhawa dingin di seberang jalan, dengan berpakaian baju hitam perhimpunan Blackout 505.

suara rakyat rally 250513Setakat ini tidak kelihatan kehadiran kehadiran polis dan penganjur masih sibuk menyediakan pentas, tetapi laluan kaki lima di padang itu dan berhampiran stesen LRT Taman Jaya sudah dipenuhi gerai menjual makanan dan barangan.

Walaupun notis mempromosi perhimpunan itu - yang diedarkan melalui media sosial - termasuk amaran "Vuvuzelas diharamkan", tetapi ia masih dapat didengar.

suara rakyat 505 250513Beberapa penyokong juga telah berbaris di sepanjang jalan untuk melaungkan slogan politik, manakala pemandu yang lalu di situ turut membunyikan hon.

Lalulintas masih lancar di kawasan itu, tetapi jalan empat lorong di luar padang semakin sesak apabila lebih banyak kereta diletak di tepi jalan, memaksa trafik menggunakan hanya satu lorong di setiap arah

PAS Selangor seru semua ahli sertai himpunan 505

Posted: 24 May 2013 08:50 PM PDT

15 Rejab 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,25 Mei 2013
SHAH ALAM: PAS Selangor menolak dakwaan sebuah stesen TV, Astro Awani kononnya menghalang ahlinya menyertai perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 di Petaling Jaya malam ini.

Bahkan, kata Timbalan Pesuruhjayanya, Khalid Samad, PAS Selangor menyeru semua ahlinya menyertai himpunan itu.

"Saya diberitahu, Astro Awani ada menyiarkan berita kononnya PAS Selangor menghalang ahlinya menyertai himpunan di padang Amcorp Mall malam ini.

"Saya ingin beritahu, ia tidak benar bahkan kita menyeru semua ahli dan penyokong menyertainya malam ini," kata Khalid (gambar kanan) ketika menghubungi Harakahdaily.

Sebelum ini,  PAS Pusat mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman "Suara Rakyat 505" anjuran gabungan NGO di Petaling itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar," katanya kepada Harakahdaily.

Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam hari ini.

Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing.

Syria setuju sertai persidangan keamanan

Posted: 24 May 2013 04:19 PM PDT

15 Rejab 1434 H. [MOD] -

MOSCOW 25 Mei - Kerajaan Syria telah bersetuju untuk menyertai persidangan keamanan yang diinisiatifkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Rusia.

"Kami menerima pengesahan dari Damsyik bahawa kerajaan Syria pada dasarnya bersedia untuk mengambil bahagian dalam persidangan keamanan ini," kata jurucakap Kementeria Luar, Alexander Lukashevich yang dipetik menerusi agensi berita Interfax.

Washington dan Moscow telah mengumumkan mengenai rancangan itu awal bulan lalu bagi membawa kedua-dua negara itu untuk berunding dan menamatkan konflik yang berterusan selama 26 bulan, di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sekurang-kurangnya 80,000 orang terbunuh dalam konflik berdarah itu. - dpa


 


Pemuda PAS sokong penuh himpunan 505

Posted: 24 May 2013 04:17 PM PDT

15 Rejab 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan memberikan sokongan penuh kepada perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 yang bakal diadakan hari ini.


"Saya menyokong penuh usaha gabungan NGO mengumpulkan kekuatan suara yang padu dari rakyat untuk pemulihan sistem demokrasi selama mana ia diurus secara aman dan baik. Demikian menurut satu laporan yang dipetik dari Harakahdaily organ rasmi PAS.

"Semoga 2505 akan menjadi satu lagi detik bersejarah, menyaksikan kebangkitan rakyat pula didominasi oleh anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam pengurusan serta pengendalian pilihanraya," kata Nasrudin dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata 2502 adalah detik pengisytiharan suara anak muda khasnya dan rakyat amnya bagi mengemukakan pelbagai bukti dan saksi umum untuk menolak manipulasi dan membantah penyelewengan serta meluruskan kepincangan pilihanraya dalam sistem demokrasi negara.

"Insyaallah himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman. Justeru itu saya mengharapkan semua peserta himpunan tidak terlibat dengan sebarang provokasi. Anak muda hanya mahu menyatakan suara mereka, bahawa perlunya sistem pilihanraya negara diperbaiki dan dipulihkan sebelum ianya runtuh lebih teruk," tegas beliau.

Nasrudin juga menyeru pihak keselamatan untuk membantu tanpa melepaskan sebarang provokasi yang merosakkan tujuan sebenar perhimpunan esok.

"Berilah ruang dan peluang kepada rakyat untuk bersuara dan menyampaikan mesej mereka kepada pihak kerajaan secara aman dan santai," saran beliau.

Pagi tadi, PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman "Suara Rakyat 505" anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar," katanya kepada Harakahdaily.

Mohamad pula menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah panik apabila cuba memberi amaran jangan menghadiri himpunan aman SuaraRakyat 505 esok.

Katanya, Zahid sepatutnya menawarkan diri untuk berdepan dengan rakyat yang mahukan kebebasan bersuara bukannya berselindung di sebalik polis.

"Zahid bukannya hendak berdepan dengan rakyat, sebaliknya berselindung di belakang polis. Dia bukan pemimpin yang berani sebab guna polis," katanya dalam berita itu.

Tiga pemimpin Pakatan, NGO dibebaskan

Posted: 24 May 2013 04:14 PM PDT

15 Rejab 1434 H. [MOD] -



 

Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini.

Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.

Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.

azlan
Mereka ditahan polis petang semalam. Polis kini perlu membuat 
permohonan reman yang baru jika ingin terus menahan mereka.


Ashok memberitahuMalaysiakinibahawa pihak polis memohon tahanan reman selama tujuh hari.

Bagaimanapun, katanya, peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka membantah kerana pihak polis tidak menyediakan transkrip ucapan yang didakwa menghasut.

Tambahan pula, katanya, nama Haris dan Tamrin tidak ada dalam laporan maklumat pertama polis dan dengan itu mereka tidak perlu ditahan lagi.

"Kami mendapat tahu bahawa mereka mahu ketiga-tiganya kemungkinan sebagai saksi dan jika demikian, kami berhujah mereka tidak perlu berdepan dengan tahanan reman yang lama.

"Mereka bukannya suspek pembunuhan, dan jika suspek seumpama itu pun, mahkamah tidak membenarkan tempoh tahanan reman yang panjang," katanya.

Ashok berkata, akhirnya, majistret Norashikin Sahat mungkin memutuskan bahawa pihak polis sepatutnya telah melengkapkan siasatan mereka dan permohonan pihak berkuasa itu satu penyalahgunaan kuasa dan proses mahkamah.

Peguam Sivarasa Rasiah, Datuk S Ambiga, N Surendran dan Afiq M Noor mewakili Tian, yang juga naib presiden PKR, manakala Ashok, Pavendeet Singh, John Skelchy dan Adam Haris Ibrahim diwakili.

Tamrin diwakili peguam KA Ramu dan MV Nathan.

Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim, yang turut menghadiri majlis di KLSCAH itu, telah pun didakwa atas tuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, selepas ditahan reman selama lima hari.

NONE
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) juga telah 
didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) minggu lepas kerana membantu menganjurkan perhimpunan pertama pertama Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya.

Hari ini, dilaporkan bahawa Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su akan didakwa minggu depan di bawah APA berhubung penganjuran perhimpunan di Ipoh.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan:

Nuffnang