Sabtu, 25 Mei 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Pemuda Yang Menongkah Arus Demi Kebenaran

Posted: 25 May 2013 10:46 PM PDT

Di waktu golongan muda disebut-sebut sebagai tidak peduli dan prihatin dengan politik negara dan agak berat untuk mendaftar sebagai pengundi, terdapat seorang pemuda, Mohd Fadhli Khaharruddin (gambar sebelah) sanggup mengambil risiko untuk membuktikan wujud kelemahan serta kepincangan dalam SPR.

Pemuda buktikan memang boleh mengundi dua kali


Harakahdaily / Foto SH,     21 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Biarpun sebelum ini Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) bermati-matian menyangkal dakwaan boleh mengundi lebih sekali ekoran penggunaan dakwat kekal, seorang pemuda di Kuantan semalam endedahkan bahawa beliau boleh mengundi dua kali.

Mohd Fadhli Khaharruddin, seperti dilapor Sinar Harian Online, mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.

"Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama," katanya dipetik akhbar bahasa Melayu versi online itu.

"Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan," katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.

Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.

Ekoran dakwat kekal yang boleh tanggal dan terlalu mudah untuk melepasi setiap petugas untuk mengundi kali kedua itu, beliau membuat satu laporan polis.

Laporan polis itu katanya dibuat supaya tindakan beliau itu tidak ditafsir sebagai mempermainkan sistem pilihan raya.


Tindakan oleh Mohd Fadhli ini sekaligus menguatkan lagi dakwaan bahawa wujud ruang manipulasi yang mendorong kepada penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.






Tiada ulasan:

Nuffnang