Jumaat, 10 Mei 2013

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Terima Kasih, Lembah Pantai!

Posted: 10 May 2013 04:45 AM PDT

Assalamualaikum dan salam hormat,

Alhamdulillah, rakyat Malaysia telah menyaksikan perjalanan Pilihanraya Umum ke-13 yang aman walaupun dicemari masalah dan insiden-insiden yang kurang memuaskan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah keluar mengundi – bukan sahaja kepada mereka yang telah mengundi saya, tetapi kepada semua yang keluar mengundi kerana kita telah bersama-sama menghidupkan semangat demokrasi di Malaysia.

Kepada mereka yang bertungkus-lumus menjadi PACA (Polling Agent dan Counting Agent), terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan; di atas usaha gigih dan berani tuan-tuan dan puan-puan maka alhamdulillah proses pengundian dan pengiraan undi di Lembah Pantai telah dapat dipantau dengan baik.

Kepada mereka yang menjadi jentera, yang merupakan tulang belakang KEADILAN di Lembah Pantai, terima kasih saya ucapkan atas segala usaha mengadakan program-program ceramah, khidmat kesihatan, dan usaha “Get-Out-The-Vote”.

Akhir sekali, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai. InshaAllah saya akan gandakan usaha untuk menambahbaik khidmat kepada warga Lembah Pantai. Untuk makluman bersama, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai sudah mula beroperasi, dan sebarang aduan atau permohonan bolehlah dibuat di:

No 1-2, Jalan Pantai Murni 6
59200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2240 9475/03-2240 9476
Faks: 03-2240 9473
Waktu operasi: 10 pagi – 6 petang, Isnin-Jumaat

Marilah kita bersama-sama teruskan usaha membina Malaysia yang lebih baik.

Nurul Izzah Anwar

Tiada ulasan:

Nuffnang