Jumaat, 10 Mei 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat

Posted: 10 May 2013 09:32 AM PDT


Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua.

Bagi pihak KEADILAN, saya juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor, juga kepada jentera ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan rakyat Selangor terus diberi kepada Pakatan Rakyat.

Kejayaan ini juga disambut dengan penuh rasa tawaddhu' dan rendah diri, terutama dalam proses untuk menamakan seorang Menteri Besar bagi memimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pentadbiran negeri. KEADILAN sesungguhnya amat berbesar hati dan menghormati sokongan oleh PAS dan DAP yang telah bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Selangor dinamakan dari Parti KEADILAN Rakyat.

Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, KEADILAN telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN yang berjaya memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Negeri Selangor baru-baru ini kepada pimpinan PAS dan DAP untuk dibincang secara bersama dengan KEADILAN bagi memilih salah seorang daripada mereka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk  diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

KEADILAN dengan ini menyeru supaya keseluruhan rakyat Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk terus menggembeling semangat kerjasama dan setiakawan antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit yang telah selama ini ditunjukkan, bagi terus memastikan agenda perubahan rakyat  dapat diteruskan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.



Sekian, terima kasih.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

SETIAUSAHA AGUNG

PARTI KEADILAN RAKYAT

Dr Halimah mahu ikon ilmu di DUN SELAT KLANG

Posted: 10 May 2013 01:22 AM PDT

Perpustakaan Multi Fungsi RM1 Juta Di Klang
 
MB lancar perpustakaan sg undang 01
KLANG 1 MEI : Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri yang mahu 'merakyatkan ilmu' untuk penduduk Selangor, sebuah lagi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di buka di Sungai Udang, di sini.

PPAS yang multi fungsi dua tingkat itu menelan belanja RM1 juta dan turut dilengkapi wifi percuma, komputer, bilik belajar dan bilik seminar yang mampu memuatkan 100 orang dalam satu masa selain taman permainan di sudut luarnya.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata inisiatif itu dilakukan agar penduduk Selat Klang dapat memartabatkan ilmu.
Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa memberi ruang kepada pelbagai lapisan rakyat agar tidak ketinggalan dalam pembangunan sumber ilmu.
"Kita bina sebab tidak mahu anak-anak menghabiskan masa di cyber cafe seperti aduan yang saya terima dari ibu bapa.
MB lancar perpustakaan sg undang 02"Kita bina bangunan ini multifungsi sebab kita tidak mahu konsep perpustakaan uzur macam sebelum ini, kalau kita
buat macam itu orang lalu pun tidak mahu masuk," katanya dalam ucapannya dalam majlis perasmian PPAS itu.

Majlis Perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Hadir sama Pengarah PPAS negeri, Mastura Mohamad.
Sementara itu, Abdul Khalid berharap penduduk di kawasan sekitar dapat memanfaatkan kemudahan itu dengan sebaiknya.
"Kita sudah bina dengan konsep santai keluarga, kita harap penduduk dapat menimba ilmu secara berterusan selaras dengan konsep menjadikan negeri Selangor sebagai negeri ilmu," katanya.
PPAS Sungai Udang itu merupakan PPAS yang kesembilan dibina di negeri Selangor.

Tiada ulasan:

Nuffnang