Jumaat, 10 Mei 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


NGO bawa replika keranda, tuntut ketua SPR undur

Posted: 10 May 2013 02:13 AM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Beberapa NGO mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya bagi menyerahkan memorandum menuntut agar pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Aziz Yusof meletak jawatan berhubung dakwaan berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13. 

NONE
Perhimpunan yang bermula pada jam 2.30 petang itu dihadiri kira-kira 50 orang yang diketuai oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard.

Sambil membawa dua buah replika keranda bewarna hitam dengan tulisan SPR serta sepanduk bertulis "PRU 13 adalah yang paling kotor" mereka turut melaungkan "Tukar SPR" dan "Anak muda mahukan keadilan".

Turut kelihatan juga ialah kira-kira 10 orang anggota polis di sekitar kawasan perhimpunan itu bagi mengawal keselamatan.

Sementara itu, dalam ucapan selepas memorandum diserahkan kepada pegawai perhubungan awam SPR, Safwan berkata, pihaknya memberi masa selama tujuh hari untuk pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberikan respon terhadap tuntutan mereka.

NONE
"Kita bagi tempoh sampai hari Jumaat minggu depan untuk SPR respon memorandum dan letak jawatan. 

"Jika tak jawab, kita akan turun di jalanan. Hari Sabtu nanti berdepanlah dengan kemarahan rakyat. 

"Kita juga akan membawa perkara ini ke Istana Negara," katanya. 

Perhimpunan itu bersurai kira-kira jam 3:15 petang.
Dalam memorandum tersebut, mereka membuat tiga tuntutan iaitu menolak keputusan pilihan raya umum ke-13, meminta supaya SPR yang baru dan telus ditubuhkan serta mendesak agar pilihan raya umum diadakan semula.

"Kita dah bagi ruang pada SPR untuk jawab. Kita dah sabar dan kali ni kita perlu gempur. Kita sahaja yang boleh selamatkan negara kita sendiri," kata Safwan lagi. 

Malaysiakini/-


Pencerahan Minda

Posted: 10 May 2013 12:34 AM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Ada yang kata ,kenapa guru makan gaji dengan kerajaan tapi menentang kerajaan ? Jawapan : Gaji guru dibayar dari wang rakyat , bukan dari duit Parti UMNO Barisan Nasional.Memang wajar yang bekerja terima upah dan gaji.Klien @pelanggan bagi seorang guru adalah MURID @ RAKYAT bukan Parti UMNO Barisan Nasional


Jadi guru bekerja dengan RAKYAT, bukan guru bekerja dengan UMNO Barisan Nasional. Bukan bermakna, makan gaji dengan kerajaan tu, WAJIB sokong kerajaan yang diberi mandat 5 tahun sekali ,walaupan zalim ,rasuah ,fitnah , budaya samseng dan lain- lain. Kerajaan adalah rakyat .Tapi ramai yang tak faham ...Kalau pemimpin yang dipilih 5 tahun sekali buat salah, Allah swt , tak ajar kita untuk duduk dan diam membisu serta redha dengan kezaliman.Jadi kena tahu bezakan antara RAKYAT dengan KERAJAAN. 


Yang kedua; Contohnya,ketika Nabi Musa a.s dipelihara oleh Firaun setelah dihanyutkan di Sungai Nil. Baginda Nabi Musa a.s dipelihara bertahun lamanya dan membesar di istana Firaun.Tetapi apabila Firaun lupa diri hingga mengaku dirinya Tuhan dan minta rakyat patuh dan menyembahnya , maka Nabi Musa a.s menentang bapa angkatnya sendiri . Tak kiralah jasa dan bakti banyak segunung lautan untuk diungkit atau dipersoalkan oleh Firaun kepada Nabi Musa a.s .ketika itu. Iktibar dari cerita ini adalah ; Ummat Islam tidak diajar oleh agama Islam untuk taat ,patut dan tunduk membuta tuli hingga membiarkan pemimpin menzalimi rakyatnya. "TIADA KETAATAN kepada MAKHLUK selama- lamanya ,HANYA KETAATAN KEPADA ALLAH SWT yang kekal dan abadi selamanya..

Yang Ketiga; Mengikut saluran Demokrasi di Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, semua rakyat berhak memilih kepimpinan, mengangkat dan menurunkan pemimpin negara ,5 tahun sekali melalui 'kuasa undi' yang ada pada mereka termasuk guru dan penjawat awam.
.Hak ini dijamin oleh SUHAKAM ( Suruhanjaya Hak Asasi Manusia).Jadi tak timbul ,soal menentang kerajaan .


Yang keempat : Guru dan penjawat awam hanya perlu 'taa't kepada Yang Dipertuan Agong, bukan WAJIB taat kepada UMNO Barisan Nasional,sebuah parti yang perlu mendapat mandat melalui pilihanraya 5 tahun sekali .Jadi selamat menyokong parti yang anda pilih dan tidak salah menyokong Parti PAS ,PKR dan DAP kerana semua parti ini adalah parti yang 'SAH' serta ''DILULUSKAN' oleh Pendaftar Pertubuhan ,bukan parti 'komunis' atau 'haram'. Oleh itu, berfikirlah secara rasional.Jadilah rakyat Malaysia yang 'berminda dan berjiwa merdeka'.Moga ada pencerahan minda kepada yang masih belum mengerti.. Moga diberi hidayah oleh Allah swt..Syukran..


selatan online/-


Perkhidmatan internet Syria pulih selepas dua hari tergendala

Posted: 10 May 2013 12:27 AM PDT

Perkhidmatan internet Syria pulih selepas dua hari tergendala29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Sebahagian besar bandar sekitar Damsyik musnah teruk dalam beberapa bedilan hingga menyebabkan kabel optik terganggu.
DAMSYIK - Perkhidmatan internet di Syria kembali pulih selepas seluruh negara 'bergelap' selama dua hari akibat terputus bekalan elektrik.

Agensi media Sana melaporkan, aktivis dan kumpulan pemantau mendakwa, gangguan bekalan elektrik seluruh negara itu sengaja dilakukan rejim Presiden Syria, Bashar Al Assad bagi melancarkan operasi ketenteraan.

Stesen televisyen tempatan pula melaporkan, sistem komunikasi dan internet kembali pulih namun perkhidmatan telefon antara wilayah di Syria masih terjejas sejak Selasa, lalu.

Ketua Pengarah Penubuhan Besar Komunikasi, Bakr Bakr berkata, gangguan perkhidmatan internet dan komunikasi di antara wilayah berlaku disebabkan kerosakan teruk pada beberapa kabel optik utama.

"Kami masih mencari punca kerosakan ini. Namun tidak menolak kemungkinan kabel itu terkena bedilan udara dalam serangan, minggu lalu," katanya.

Sementara itu, sebuah firma Amerika Syarikat yang menjejaki trafik web global, Akamai Technologies and Renesys melaporkan, rangkaian trafik di Syria mula aktif sejak semalam selepas terhenti dua hari lalu.

Ketua pegawainya, Jim Cowie berkata, talian internet kembali berfungsi tetapi masih terdapat gangguan kecil terhadap beberapa jaringan hub, laporan dipetik daripada AFP.

Lepas dapat mandat haram, BN naikkan harga barang, petrol

Posted: 10 May 2013 12:18 AM PDT

cukainaik29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 10 MEI: Pakatan Rakyat tidak menolak spekulasi harga barangan keperluan asas termasuk petrol akan naik dalam masa terdekat selepas PRU dan menambah beban ekonomi rakyat, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Chang Lih Kang.

Beliau berkata, kegagalan Malaysia mengawal kenaikan harga barang itu adalah kesan daripada kelemahan kerajaan Umno BN menambah pendapatan negara melalui aktiviti pelaburan dan perdagangan yang lebih baik di samping aktiviti ekonomi tidak bermoral seperti ketirisan dan rasuah yang gagal dibendung.

"Malaysia berhadapan dasar ekonomi yang gagal membendung masalah ketirisan sehingga menyebabkan perbendaharaan negara semakin menyusut dan angka hutang negara terus meningkat di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Akhirnya kerajaan Umno BN hanya cekap bertindak mencari pendapatan dengan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menaikkan harga barang keperluan asas yang dimulai dengan kenaikan harga petrol dan diesel," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja itu.

Katanya lagi, tindakan Umno BN menciplak dasar ekonomi yang digariskan dalam Manifesto Rakyat yang dilancarkan Pakatan Rakyat tetap gagal memulihkan ekonomi negara kerana Malaysia tidak berusaha membendung jenayah ekonomi dengan lebih tegas.

"Manifesto Rakyat bukan sahaja mampu menaikkan pendapatan negara dengan cara berhemah tetapi masalah ketirisan dan rasuah turut sama dibendung dan ini yang gagal difahami oleh Umno BN.
"Pakatan bukan bercakap soal ekonomi sahaja tetapi juga menekankan tatakelola yang sempurna bagi memberikan kesejahteraan kepada rakyat," katanya.

Bagaimanapun, Lih Kang tidak menyalahkan rakyat kerana memberi sokongan kepada BN untuk kekal berkuasa kerana undi popular Pakatan lebih tinggi dan sepatutnya mendapat mandat memerintah.
"Saya tidak nampak rakyat yang bersalah kerana hakikatnya Pakatan yang menang berdasarkan undi popular. Isu sekarang ialah BN mendapat mandat secara haram, kemudian bebankan pula rakyat dengan menaikkan harga barang keperluan," ujarnya.

keadilandaily/-

Sertai BN: DAP bukan gila jawatan - Guan Eng

Posted: 10 May 2013 12:13 AM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara tegas hari ini menyatakan pendirian parti itu menolak pelawaan untuk menyertai BN bagi menyertai kabinet mewakili orang Cina dalam kerajaan.

Menurut beliau, perjuangan DAP adalah untuk kepentingan rakyat bukan untuk jawatan mahupun kepentingan peribadi.

"DAP tidak mempunyai minat untuk menyertai BN bagi jawatan kerana jika kita mahu, kita boleh berbuat demikian ketika  40 tahun lepas.

"Walau bagaimanapun DAP enggan menyertai BN dan berpegang teguh kepada cita-cita kita, prinsip-prinsip dan dasar-dasar negara Malaysia yang lebih adil, bebas dan demokratik," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk memastikan ada perwakilan Cina dalam kerajaan.

Gesaan tersebut dibuat Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin sebagai mengulas kenyataan AJK Pusat MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan bahawa DAP boleh mewakili kepentingan masyarakat Cina di peringkat kerajaan persekutuan.

Ini kerana MCA telah membuat keputusan tidak mahu menyertai kerajaan kerana kekalahan teruk mereka akibat ditolah oleh orang Cina pada PRU13 lalu.

Mengulas lanjut Guan Eng berkata, pemimpin DAP bukan jenis gila jawatan, malah sejak sekian lama ramai kalangan pemimpin DAP mengorbankan keistimewaan mereka dan sanggup dipenjarakan dan ditahan kerana memperjuangkan hak rakyat.

"Sebelum panggilan kepada DAP untuk menyertai BN ini, telah terdapat juga panggilan serupa terhadap PAS untuk menyertai BN agar membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno," katnya.

"Semua ini dilakukan apabila Umno terdesak selepas melihat keberanian masyarakat Cina mengundi menentang BN.

"Jelas taktik terbaru BN direka untuk memcahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

harakahdaily/-

Bantuan hanya untuk rumah

Posted: 10 May 2013 12:03 AM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Bantuan hanya untuk rumah
Ahamad menunjukkan gambar kedainya yang rosak ketika ribut melanda pada tahun 2008.
PONTIAN - Seorang peniaga kedai makan dekat sini terkilan kerana jawapan untuk bantuan baik pulih premis perniagaannya akibat kejadian ribut lima tahun lalu, masih gagal diberikan.

Ahamad Othman Abu Talib, 43, berkata, biarpun bencana alam itu telah lama berlaku, dia tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan jawapan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah Pontian, Penghulu dan ketua kampung.

"Hampir keseluruhan bangunan kedai saya rosak terutama di bahagian bumbung dalam kejadian ribut pada 2008 yang turut melibatkan kira-kira 10 buah rumah penduduk kampung di sini.

"Selepas ribut melanda, saya masih ingat, ada pegawai yang datang menilai kerosakan bangunan bagi tujuan mendapatkan bantuan," katanya.

Jelasnya, dia terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membaiki bumbung kedai yang rosak itu, meskipun dirinya layak untuk mendapatkan bantuan bencana alam.

"Hampir RM10,000 saya belanja untuk baiki bumbung yang rosak selepas ribut itu," katanya kepada Sinar Harian.

Justeru dia berharap agar jawapan segera dapat diberikan mengenai status bantuan tersebut yang masih belum diketahuinya.

"Saya tidak mahu terus berharap, tolong beritahu jawapan segera sama ada, ada bantuan ataupun tidak.

"Saya tidak mahu terus menerus naik turun pejabat bertanya mengenai status bantuan itu," katanya.

Sementara itu, Pegawai JKM Daerah Pontian, Juhainun Mohd Shukri ketika dihubungi memberitahu bantuan selepas bencana seperti ribut hanya disediakan untuk rumah sahaja.

Jelasnya, pihak pengadu telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut, sebelum ini.

"JKM akan memaklumkan sekali lagi perkara ini kepada pihak pengadu dalam masa terdekat," katanya.

sinar/-

Mapim bimbang fitnah, perkauman jadi budaya

Posted: 09 May 2013 11:55 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
 


MAPIM mengecam bibit-bibit budaya fitnah kini semakin jadi pohon budaya yang matang dan mengakar kuat di bumi Malaysia.

Melihat pelbagai lontaran fitnah terutama dalam politik sebelum, ketika dan sesudah PRU 13, kami khuatir budaya fitnah akan kekal menjadi ciri dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.

Sehingga kini nampaknya fitnah menjadi makanan seharian masyarakat Malaysia apabila media massa turut bersekongkol menyuburkannya sehingga menimbulkan ketegangan antara kaum.

Kami mengecam semua pihak yang terlibat menyebar fitnah yang tidak menghiraukan akibat yang akan diterima bukan sahaja kepada individu yang difitnah, malah keluarga, organisasi serta seluruh masyarakat akan turut menerima akibat dari bahana fitnah yang berleluasa.

Pihak media massa elektronik , cetakan risalah dan akbar dan pengamal teknologi internet yang pelbagai , nampaknya tidak merasa berdosa menjadi penyebar fitnah , malah turut mencari peluang untuk menambah sensasi fitnah yang disebarkan.

Melihat sahaja kepada begitu banyak kes saman fitnah yang dibawa ke mahkamah sudah cukup mengambarkan betapa budaya fitnah dalam politik di Malaysia adalah satu ciri kekal. Serangan  peribadi nampaknya menjadi strategi kempen politik paling berpengaruh dikalangan pengundi Melayu.

Fitnah politik melalui serangan peribadi dan tipu muslihat dalam pilihanraya menyuburkan budaya fitnah sehingga kini berlanjutan dan telah menimbulkan ketegangan sesama anggota masyarakat yang saling menuduh antara individu , dalam dan antara parti politik.

Lebih merbahaya lagi bila fitnah menyebar  dalam perhubungan antara kaum. Ia melibatkan pemimpin kaum saling menuduh yang berbaur perkauman yang bakal mencetus ketegangan yang tidak akan terkawal.

MAPIM menegaskan bahawa generasi masa depan akan menghadapi risiko hidup dalam keadaan tidak aman akibat nafsu ahli politik masa kini yang tidak menghiraukan akibat yang bakal ditanggung sehingga bergenerasi.

Kami kesal budaya fitnah seks juga tidak lagi dilihat jijik malah dijaja diseluruh masyarakat kampung dikalangan orang Melayu untuk meraih undi sehingga masyarakat kini hidup dengan bahan fitnah , pagi , petang dan malam.

Lebih kesal lagi ialah permusuhan politik antara kepimpimpinan negara maseh tergamak mengungkit tuduhan seks ke atas lawan walapun telah diputuskan di mahkamah.

MAPIM mengingatkan jika ahli agama juga turut tidak bertegas membentaras fitnah , tidak akan ada lagi benteng mempertahankan maruah masyarakat Malaysia. Kami kesal ada juga ahli agama turut terlibat mengiakan fitnah walhal jelas ia dilarang oleh agama. Natijah yang lebih parah ialah bila kelahiran ciri fasiq dan individu munafiq berleluasa dalam masyarakat dikalangan umat Islam sendiri yang akan mengundang bala dan azab Allah S.W.T.

Pihak agensi awam yang bertanggungjawab mengawal agar unsur hasutan yang ujud dalam fitnah yang tersebar samada ada dalam media cetak atau elektronik  juga tidak bersungguh bertindak apabila ia melibatkan pihak yang yang pro pemerintah.

Kami menegaskan budaya fitnah politik  bertujuan mengekalkan kuasa atau merebut jawatan bakal menghancurkan bukan sahaja perhubungan antara masyarakat malah akan membinasa seluruh negara .

harakahdaily/-

Data bukti sokongan kuat Melayu kepada Pakatan, DAP tangkis dakwaan ‘tsunami Cina’

Posted: 09 May 2013 11:33 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei — DAP menegaskan keputusan pilihan raya Ahad lalu bukan "tsunami Cina", sebaliknya mendakwa statistik pilihan raya menunjukkan sokongan kuat di kalangan masyarakat Melayu Bumiputera ke atas pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

"Saya mahu menunjukkan melalui statistik ini bahawa ya, sokongan kaum Cina meningkat kepada Pakatan, tetapi terdapat banyak tempat-tempat lain di mana sokongan bukan Cina kepada Pakatan juga meningkat," kata pengarah strategi pilihan raya DAP, Dr Ong Kian Ming, kepada pemberita selepas membentangkan beberapa siri statistik di ibu pejabat parti itu hari ini.
Ong berkata sokongan kepada PR meningkat di negeri-negeri di mana masyarakat Melayu membentuk lebih 70 peratus daripada pengundi — iaitu Perlis, Pahang dan Terengganu — sebanyak 4.4 mata, 3.8 mata dan 3.7 mata masing-masing.
Di dalam 23 kerusi Parlimen majoriti Melayu di seluruh negara di mana masyarakat tersebut menyumbang lebih 50 peratus daripada daftar pengundi, Pakatan juga memperoleh peningkatan kepada lima peratus mata.
"23 kerusi ini menunjukkan bahawa ia adalah mustahil Pakatan tidak meningkatkan bahagiannya daripada pengundi Melayu kerana kerusi ini adalah majoritinya Melayu," kata Ong, yang juga pernah menjalankan kajian daftar pemilih sebelum Pilihan Raya 2013.
The Malaysian Insider/-

Rakyat tolak kepimpinan Najib dan ketuanan Umno

Posted: 09 May 2013 11:31 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Fakta PRU13 membuktikan bahawa majoriti rakyat telah menolak kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri serta ketuanan Umno BN di negara ini.


Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor berkata, hakikatnya Umno hanya memenangi kerusi yang mempunyai seribu satu kontroversi dan misteri tetapi gagal menambat hati rakyat keseluruhannya.

"PR pula sebenarnya telah berjaya memenangi hati rakyat meskipun tidak berjaya membentuk kerajaan," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Sentimen api perkauman yang cuba ditiup oleh Perdana Menteri dan Umno serta ditambah oleh media milik mereka usai PRU13 amat membahayakan perpaduan rakyat di negara ini.

Kenyataan pendek 'Tsunami Cina' yang dicetus oleh PM serta kenyataan daripada lidah rasmi kerajaan, Utusan Malaysia yang menulis 'Apa lagi orang Cina mahu' jelas mempunyai mesej yang cuba memporak perandakan keharmonian kaum di negara ini.

PM dan UMNO seperti tidak menerima kenyataan bahawa mereka telah ditolak oleh golongan kaum Tionghua dalam PRU13. PM seperti hilang akal apabila memikirkan mereka telah menghabiskan beratus juta ringgit dengan menggunakan pelbagai instrumen kerajaan termasuk media hanya memenangi 133 buah kerusi parlimen berbanding 89 Pakatan Rakyat sementara mereka hanya memenangi 275 kerusi DUN berbanding 229 yang dimenangi oleh PR. Jelaslah prestasi BN merudum teruk dengan kehilangan 7 kerusi parlimen serta hilang 71 kerusi DUN seluruh negara.

PM tidak wajar menyalahkan kaum Cina atas dasar penolakan mereka terhadap UMNO-BN. Ini kerana mereka yang selama ini memainkan sentimen perkauman dengan membakar api permusuhan terhadap bangsa lain. Antara tindakannya ialah membiarkan NGO seperti Perkasa dan Jati meniupkan semangat perkauman yang menebal selama ini. Sekarang ini, setelah tamat PRU13, mengapa pula UMNO mahu memusuhi kaum Cina?

Kenyataan PM jelas melanggar dasar dan prinsip perjuangan UMNO-BN yang mereka laungkan. Slogan 1Malaysia dijaja dengan pelbagai sepanduk bertebaran di merata tempat di seluruh negara.

Apakah PM akan menukar slogan baharu setelah tamat kempen PRU ke 13 daripada 1Malaysia yang berteraskan perpaduan kaum kepada agenda lain? Apakah juga ia bermaksud kempen 1Malaysia Datuk Seri Najib yang menelan berjuta ringgit telah gagal?

Sebenarnya, bukan setakat pengundi Tionghua, malah PM dan UMNO telah ditolak oleh pengundi Melayu bandar, terutama golongan muda. Ini menandakan golongan cerdik pandai terutama golongan profesional serta celik maklumat menolak kepemimpinan UMNO-BN di negara ini.

Dari segi poluariti pula, BN hanya memperolehi 5,237,699 berbeza dengan PR yang mendapat 5,623,984. Dari segi peratusnya adalah PR meraih 49.96% berbanding 46.53% yang diraih BN. Ini bererti BN sebenarnya sudah tidak popular malah kempen mempopularkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menelan belanja berjuta ringgit  juga telah gagal.

Fakta PRU13 membuktikan bahawa majoriti rakyat telah menolak kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri serta ketuanan UMNO-BN di negara ini.

Hakikatnya UMNO hanya memenangi kerusi (yang mempunyai seribu satu kontroversi dan misteri) tetapi gagal menambat hati rakyat keseluruhannya. PR pula sebenarnya telah berjaya memenangi hati rakyat meskipun tidak berjaya membentuk kerajaan.

Adalah lebih baik PM dan UMNO menyelidiki kelemahan diri daripada menuding jari kepada komuniti lain terhadap kegagalan mereka. Sebaiknya, PM menginsafi diri dengan meletak jawatan dan memberikan laluan kepada muka baru mengemudi negara.

Rakyat lebih berpuas hati dengan PM baharu yang akan memberikan komitmen baharu daripada PM lama yang menyalahkan kaum lain atas kegagalan mereka serta  ditolak oleh rakyatnya sendiri!

Harakahdaily/-

Sebar mesej perkauman: Mohamad Sabu pula jadi mangsa

Posted: 09 May 2013 11:00 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Musuh PAS dilihat sangat terdesak apabila terpaksa menggunakan nombor telefon para pemimpin PAS untuk menyebarkan sentimen perkauman di negara ini.

Hari ini Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) pula menjadi mangsa 'hack' nombor telefon selepas Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menghadapi masalah yang sama semalam.

"Hari ini saya diberitahu saya hantar mesej perkauman merata-rata," kata Haji Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

Antara mesej yang dihantar adalah, "Mampus Melayu..Hidup cina..." yang dihantar menggunakan nombor telefon beliau.

"Saya akan membuat laporan polis segera," kata beliau kesal dengan tindakan terdesak musuh politik PAS itu.

Bagi Mohamad, ia adalah usaha untuk meniup api perkauman di kalangan orang Melayu agar membenci kaum Cina.

Sebelum ini, akhbar Umno Utusan Malaysia telah membuat laporan muka depan dengan berita bertajuk, "Apa lagi yang Cina mahu."

Laporan ini dibuat selepas kenyataan Presiden Umno yang sedang luka, Datuk Seri Najib Razak, 'Ini tsunami Cina'.

Najib pula ketika ditanya wartawan tentang laporan muka depan Utusan itu mempertahankannya dengan berkata, "Apa kurangnya akhbar Cina."

Ekoran itu, pelbagai pihak membuat kenyataan menyelesalinya dan pihak polis mula membuat siasatan mengenainya.

Semalam nombor telefon Salahudin Ayub di'hack' oleh pihak yang bertanggungjawab dan menghantar mesej perkauman kepada orang ramai atas nama beliau.

Salahudin akan membuat sidang media mengenainya hari ini.

harakahdaily/-

Membaca al-Quran Itu Menyenangkan

Posted: 09 May 2013 10:51 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Membaca al-Quran itu menyenangkan. Begitulah yang dirasakan seorang ibu. Pada suatu hari ada seorang ibu yang bertandang ke Rumah Amalia. Beliau bertanya, 'Mas Agus, saya kalo membaca al-Quran kenapa kok nggak ngerti ya?' Saya kemudian balik bertanya, 'Bagian mana ibu tidak mengerti?' 'Pokoknya ya setiap kali membaca al-Quran.' 
 
Kali ini giliran saya yang bingung mendengar jawaban beliau. Saya kemudian membantu menjelaskan dengan memberikan contoh, 'Ibu tahu saringan yang untuk memeras kelapa agar mendapatkan santan?' Beliau mengangguk, tanda mengerti maksud saya. 'Kalo ada saringan yang kotor dan ibu berkenan menaruhnya dibawah kran dengan air yang mengucur deras, apakah saringan itu bisa menampung air?' Beliau menggeleng kepala. 'Bila ibu terus mengucurkan air ke saringan kotor kira-kira apa yang terjadi?' 
 
 Beliau tersenyum dan menjawab, 'Saringannya menjadi bersih Mas Agus.' 'Nah, seperti itulah kita, kalo kita membaca kita al-Quran, mungkin ibu tidak mengerti namun bila ibu membacanya terus menerus, tentunya ibu menjadi mengerti. Jika ibu membacanya rajin tiap pagi atau sehabis sholat maghrib selain kita mendapatkan petunjuk dari Allah sekaligus membersihkan kotoran hati kita.' Wajah beliau nampak berseri-seri tanda mengerti apa yang saya maksud.

Teman, bila kita membaca novel, nonton TV atau Film, menghapal lagu paling cepat untuk mengerti dan menghapalnya. Namun bila untuk membaca kita al-Quran baru satu ayat, mata sudah terasa lengket. Beberapa kali menguap. Baru lima menit membaca sudah seperti lima jam rasanya. Ketika kita bersungguh-sungguh untuk membaca dan meresapi isi al-Quran akan banyak sekali manfaatnya dan meresapi makna yang terkandung di dalamnya, sangat terbukti untuk kegunaannya, membersihkan segala kotoran dihati kita, mendatangkan keberkahan, kebahagiaan dan keselamatan bagi hidup kita dan keluarga kita.

'Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjukkan orang-orang yang mengikuti keridaan-Nya ke jalan keselamatan dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.' (QS. al-Maidah :15-16).

Azmin tolak khabar angin dia letak jawatan

Posted: 09 May 2013 10:35 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -




(Azmin dalam sidang media hari ini)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menolak khabar angin beliau akan meletakkan jawatan dalam PKR atau sebagai anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Beliau juga menegaskan, ia adalah khabar angin yang disebarkan oleh Umno untuk menggoncang Pakatan.

"Jelas ia dimulakan oleh Umno dan BN," kata Azmin dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Menurut Azmin keputusan untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Menteri Besar Selangor hendaklah diambil secara musyawarah.

Menurut Azmin juga, sehingga kini, Adun-adun PKR di Selangor belum lagi dipanggil dan dirunding untuk melantik sesiapa pun sebagai menteri besar.

"Semua keputusan yang diambil dalam mesyuarat itu mesti dilaksanakan," kata Azmin.

Dalam sidang media itu, Azmin menolak andaian PKR adalah parti milik individu dan juga bukan berdasarkan keluarga.

"Setiap kesilapan yang dibuat mesti di tegur untuk kepentingan parti," kata Azmin.

Azmin juga memberitahu, PKR Selangor telah membuat mesyuarat tergempar malam tadi dan membuat cadangan nama untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

"Kita telah menyerahkan surat itu kepada presiden berasaskan mesyuarat itu," kata Azmin.

Azmin dalam sidang media itu berkata, "PAS dan DAP telah membuat keputusan menyerahkan calon menteri besar kepada PKR.

"Oleh itu, PKR akan menentukan siapa akan memilih MB," katanya.

(Untuk rekod, PAS dan DAP memutuskan calon mereka adalah Tan Sri Khalid Ibrahim)

Bagi Azmin, dalam PKR tidak berlaku perbincangan sehinggalah malam tadi apabila rakan-rakannya memanggil sidang tergempar untuk membincangkannya.

harakahdaily/-

Pas persoal kertas undi awal

Posted: 09 May 2013 10:17 PM PDT

Pas persoal kertas undi awal29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Khairul Faizi (kiri) bersama Syukri menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Kluang, semalam.
 
KLUANG - Pas Kluang mempersoalkan empat kertas undi awal tertera nama calon Pas Dun Nusajaya yang ditemui sewaktu pengiraan undi awal yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Ahad lalu, di Dun Mahkota.

Ejen mengira undi bagi kerusi Pas Dun Mahkota, Syukri Ahmad berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 5.30 petang sewaktu dia diamanahkan untuk mengira bagi pihak Pas.

Menurutnya, ketika itu dia yang diarahkan untuk mengira undi bagi saluran empat Undi Awal Kem Mahkota, berasa pelik kerana terdapat empat kertas undi yang tertera nama Salahuddin Ayub sebagai calon Pas sedangkan calon Pas di Dun Mahkota yang bertanding adalah Khairul Faizi Ahmad Kamil.

"Saya juga mendapati, kertas undi tersebut adalah kertas undi bagi kerusi Dun Nusajaya.

"Saya sangat musykil bagaimana undi awal tersebut boleh berada di dalam tong undi Dun Mahkota kerana kertas undi awal pada 30 April lalu, telah disimpan rapi di bawah jagaan pihak keselamatan di Balai Polis Kluang.

"Selepas itu, saya telah meminta agar perkara ini dibawa kepada pengetahuan Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat pengiraan undi tersebut," katanya kepada Sinar Harian di IPD Kluang, di sini, semalam.

Syukri berkata, selepas selesai pengiraan undi itu, dia telah bertemu dengan calon Pas Dun Mahkota dan memaklumkan tentang perkara berkenaan.

Jelasnya, calon berkenaan  menyatakan, tindakan susulan perlu dilakukan dan setelah berbincang maka dia terus mengambil tindakan untuk membuat laporan polis agar kes tersebut dapat disiasat dengan segera.

Sementara itu, Khairul Faizi berkata, sebelum membuat laporan polis, pihaknya telah berbincang dengan peguam sama ada wajar atau tidak tindakan tersebut diambil.

Menurutnya, apabila peguam mereka mengatakan bahawa laporan polis boleh dibuat, beliau telah menyuruh Syukri untuk membuat laporan.

"Kami mahu keadilan dan biarlah proses pengundian dapat dijalankan dengan bersih tanpa ada sebarang permasalahan yang timbul," katanya.

sinar/-

Syria beri amaran akan bertindak segera terhadap serangan Israel

Posted: 09 May 2013 09:53 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Sementara itu, rejim Assad berkata, mereka bersedia untuk menerima pasukan PBB bagi menyiasat dakwaan bahawa senjata kimia digunakan di negara itu. 

Menerusi temu bual eksklusif dengan AFP semalam, Timbalan Menteri Luar, Faisal Muqdad berkata arahan sudah dibuat untuk memberi serangan balas dengan segera kepada mana-mana serangan Israel selepas ini. - AFP

Presiden PAS hantar surat sokong Khalid sebagai MB

Posted: 09 May 2013 09:25 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM: Selepas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberitahu beliau telah menandatangani surat menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, PAS Selangor pula mengesahkan penerimaannya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad dalam ucapannya malam tadi berkata, PAS Selangor telah menerima surat dari Presiden PAS itu.

"Surat itu ditujukan kepada Tuanku Sultan dan akan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani kepada Tuanku Sultan," beritahu Khalid yang juga anggota Parlimen Shah Alam malam tadi.

Khalid berkata, surat itu diterima oleh PAS Selangor dua hari lalu (7 Mei) yang menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Khalid memberitahu hal ini ketika berucap dalam majlis kesyukuran Pakatan Rakyat Selangor, di Dataran Shah Alam.

Majlis yang bermula dengan solat Maghrib berjamaah itu diikuti dengan majlis jamuan kesyukuran dan diikuti dengan ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang diketuai Khalid Ibrahim.

Semasa berucap di Rusila, Marang Rabu lepas, Tuan Guru  Abdul Hadi memaklumkan beliau telah menandatangani surat kepada Tuanku Sultan Selangor menyokong perlantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Harakahdaily/-

Khairy tawar diri sertai pasukan kabinet baru

Posted: 09 May 2013 09:17 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Khairy Jamaluddin

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sedia menyertai Kabinet yang bakal dibentuk Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa sahaja peranan yang boleh membantu perdana menteri.

"Saya menawarkan diri untuk saya memainkan peranan, apa sahaja peranan yang boleh bantu beliau (perdana menteri) dan saya serah kepada beliau untuk menentukannya," katamua ketika ditanya mengenai gesaan sesetengah pihak supaya beliau mewakili suara Pemuda dalam Kabinet baru yang bakal dibentuk.

Anggota Parlimen Rembau itu ketika ditemui selepas menjadi tetamu program 'Helo Malaysia' BernamaTV semalam, menegaskan bahawa bukan soal kehadiran Pemuda dalam Kabinet sahaja yang penting, tetapi perlunya mempunyai pasukan yang
mantap dan bersedia untuk melakukan transformasi.

"Saya harap perdana menteri akan memilih pasukan yang memahami transformasi dan bersedia untuk melaksanakannya," jelas beliau.

Khairy berkata, pasukan itu perlu memahami kehendak sebenar perdana menteri untuk membawa transformasi bukan dari segi luaran, tetapi dari segi hakiki, besar pengisiannya (dan) berbeza daripada Kabinet dahulu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Khairy menang dengan majoriti 18,357 di Rembau, meningkat berbanding PRU12 sebanyak 5,746 undi majoriti.

Khairy mendapat 43,053 undi manakala calon PKR Radzali A. Ghani mendapat 24,696 undi dan Abdul Aziz Hassan (Bebas) memperoleh 325 undi. 

- Bernama

Nik Nazmi dipanggil polis berkait himpunan 8 Mei

Posted: 09 May 2013 08:39 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dipanggil hadir memberi keterangan berhubung himpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Stadium Kelana Jaya kelmarin.

Beliau diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya jam 3 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan Biro Komunikasi PKR dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

"Beliau akan hadir bersama peguamnya Eric Paulsen," kenyataan itu dipetik.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata penganjur himpunan Suara Rakyat Suara Keramat itu akan dipanggil membantu siasatan.

Selain itu polis juga katanya akan mendapatkan keterangan daripada para pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap pada perhimpunan itu.

Menurutnya 28 daripada 33 pemimpin pakatan yang berucap pada perhimpunan itu didapati memberi ucapan berbau hasutan, yang menyalahi Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Pada himpunan itu kelmarin, lebih 120,000 rakyat Malaysia berbilang kaum hadir bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan PRU13 lalu.

Rata-rata mereka berpakaian hitam sebagai lambang berkuburnya demokrasi Malaysia ekoran berlakunya penipuan dalam pilihan raya.

Pimpinan utama Pakatan Rakyat turut hadir pada himpunan itu termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu serta Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Harakahdaily/-

PAS ucap takziah buat keluarga adik Nur Amyliana

Posted: 09 May 2013 08:38 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Belum pun reda demam PRU13, hari ini negara dikejutkan dengan penemuan mayat adik Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, yang menjadi mangsa bunuh dan rogol.

Melihat kejadian yang menyayat hati ini, Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak kerajaan khususnya pihak berkuasa agar memperketatkan operasi keselamatan terutamannya melibatkan kanak-kanak.

Ketuanya Siti Zailah Mohd Yusof berkata, peristiwa ngeri seperti yang terjadi kepada adik Nur Amyliana ini bukanlah kali pertama, kerana sebelum ini sudah beratus-ratus kejadian yang sama berlaku.

Tegasnya, kejadian bunuh dan rogol sering kedengaran dan ini memberi gambaran masyarakat negara ini ternyata berada di dalam persekitaran yang belum selamat.

"Budaya menzalimi, menganiaya kanak-kanak semakin berleluasa pada hari ini. Kejadian ini melibatkan nyawa dan maruah. 

"Sudah tiba masanya kerajaan perlu merangka sesuatu tindakan yang boleh membanteras budaya menzalimi kanak-kanak ini," katanya kepada Harakahdaily.

Malah, Zailah turut menasihatkan para ibu bapa agar peka dan mengawasi pergerakan anak-anak kerana suasana hari ini tidak boleh dijangka dan macam-macam boleh berlaku. 

"Sebab itulah polis harus mengambil isu keselamatan awam ini satu isu besar. Selasai PRU jangan duduk jaga orang politik tetapi keselamnatan rakyat perlu dijaga. Apa erti negara maju rakyat tidak selamat,"katanya.

Nur Amyliana atau nama manjanya Cinang ditemui mati dipercayai dirogol sebelum dibunuh di sebuah padang di Jalan Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, kelmarin.

Mayat kanak-kanak itu ditemui seorang wanita yang melalui kawasan padang berkenaan, kira-kira jam 10.30 malam. Mangsa ditemui terbaring berhampiran tempat parkir bas kilang di sini.

Sebelum itu, mangsa keluar rumahnya di Lorong Batu Nilam 1E, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Harakahdaily/-

Kedua-dua kaki Azizan selamat dibedah

Posted: 09 May 2013 08:36 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Sekitar jam 8.30 malam, kaki kanan beliau telah dipotong dan kaki kiri turut dipotong selepas itu, pembedahan selesai sekitar jam 11.30 malam tadi.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya akibat komplikasi penyakin kencing manis sekitar jam 11.30 malam tadi.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid memberitahu harakahdaily, Ustaz Azizan telah dimasukkan ke bilik pembedahan Hospital Pulau Pinang sekitar jam 6.30 petang tadi.
"Sekitar jam 8.30 malam, kaki kanan beliau telah dipotong dan kaki kiri turut dipotong selepas itu, pembedahan selesai sekitar jam 11.30 malam," jelas Helmi.
Azizan, yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dimasukkan ke hospital tersebut dalam keadaan tenat pada Rabu lalu.
Keadaan kesihatan beliau bertambah baik semalam setelah mendapat empat jenis suntikan untuk menstabilkan tekanan darah (inotropes) iaitu dopamine, dobutamine, noradrenaline, adrenaline di Unit Rawatan Kritikal (CCU) hospital itu.
Antara tetamu kehormat yang mengunjungi beliau ialah Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Menteri Besar Kedah yang baru dilantik, Datuk Mukhriz Mahathir.
FMT/-

Anwar: Pakatan adalah rakyat, ‘Kami tidak akan menyerah’

Posted: 09 May 2013 08:30 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru untuk menentang keputusan pilihan raya pada Ahad lalu yang mana dakwanya telah dirompak daripada rakyat Malaysia oleh kerajaan mereka.

Dalam mesej beremosinya hari ini, Ketua Umum PKR itu turut memuji ribuan penyokong mereka yang hadir dalam perhimpunan malam tadi walaupun cuaca hujan serta kesesakan jalan raya di Lembah Klang sebagai bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang katanya dipenuhi "penipuan untuk mengekalkan kuasa."

"Misi kami jelas. Kami akan terus mengadakan bantahan terhadap penipuan ini yang menafikan kejayaan rakyat.

"Saya memberi jaminan Pakatan Rakyat bersama anda. Kami akan terus bersama. Kami tidak akan pernah mengalah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kajian mendapati PKR, PAS, dan DAP memperolehi undi popular sebanya 51 peratus, berbanding BN yang memperolehi 46.5 peratus, menurut SPR, menjadikan kerajaan pemerintah sebagai minoriti kali kedua sejak Kemerdekaan pada 1957.

Parti Perikatan ketika itu juga membentuk kerajaan minoriti selepas pilihan raya pada 1969.
Lebih 50,000 penyokong PR berbagai bangsa, dan agama berhimpun di Stadium Kelana Jaya, Selangor malam tadi, memenuhi stadium dengan kapasiti 25,000, bersesak sehingga ke tengah stadium dan kawasan persekitarannya.

Mereka dilihat berpakaian hitam sebagai simbol "kematian demokrasi", sebagai respon terhadap tindakan Anwar tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa untuk tidak menyertai perhimpunan haram.

Calon perdana menteri PR itu menerima sambutan hangat penyokongnya ketika perhimpunan aman tersebut berlangsung, serta kelihatan turut menyanyikan Lagu Negaraku sebagai simbol perpaduan.

"Mereka kata kamu berhimpun kerana tidak dapat menerima kekalahan sedangkan mereka menang secara tidak sah.

"Ini satu penghinaan. Ia juga satu penipuan. Kebenarannya adalah kemenangan kamu telah dirompak. Bagaimana ini boleh diterima?

"Mereka yang tidak boleh menerima kekalahan dan terpaksa menipu untuk terus berkuasa," kata Anwar.
Beliau turut memberi jaminan peserta "berada di pihak yang benar."

The Malaysian Insider

2 direman larikan peti undi

Posted: 09 May 2013 08:00 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

2 direman larikan peti undi
Laporan Sinar Harian pada 7 Mei berhubung kejadian tersebut.
TUMPAT – Dua lelaki di tahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes sekumpulan penyokong parti politik yang cuba melarikan peti undi, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Zaharudin Rasip berkata, tempoh tahanan lelaki terbabit akan berakhir pada 12 Mei ini selepas permohonan reman dibenarkan oleh Majistret Ahmad 'Adha 'Amir Yasser Amri, di Mahkamah Majistret Tumpat.

"Lelaki terbabit berusia 66 tahun dan 30 tahun mempunyai pertalian ayah dan anak," katanya.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan kelancaran perjalanan undi di Kelantan dicemari tindakan sekumpulan penyokong parti politik yang cuba melarikan peti undi ketika perjalanan ke pusat penjumlahan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.

Bagaimanapun, dengan ketangkasan anggota polis, peti undi berkenaan berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab dalam insiden pada jam 11.30 malam itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, rombongan peti undi yang dikawal ketat anggota keselamatan terbabit diserang kumpulan berkenaan tidak jauh dari lokasi yang dituju.

Katanya lagi, serangan itu menyebabkan ketua tempat mengundi dan seorang anggota polis masing-masing berusia 30 tahun mengalami kecederaan.

"Mereka datang menyerang kereta dengan menggunakan objek keras. Mereka bertindak agresif dengan memanjat ke atas bumbung kereta dan memecahkan cermin serta merampas kunci.

"Tindakan cekap anggota polis bagaimanapun berjaya menyelamatkan undi-undi terbabit sebelum berkejar dan menyerahkannya ke pusat penjumlahan di MRSM," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

Kes disiasat mengikut Seksyen 341, 427 dan 323 Kanun Keseksaan kerana khianat dan menghalang dengan salah.

sinar/-

Rakyat tolak kepimpinan Najib dan ketuanan Umno

Posted: 09 May 2013 07:30 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Fakta PRU13 membuktikan bahawa majoriti rakyat telah menolak kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri serta ketuanan Umno BN di negara ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor berkata, hakikatnya Umno hanya memenangi kerusi yang mempunyai seribu satu kontroversi dan misteri tetapi gagal menambat hati rakyat keseluruhannya.

"PR pula sebenarnya telah berjaya memenangi hati rakyat meskipun tidak berjaya membentuk kerajaan," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Sentimen api perkauman yang cuba ditiup oleh Perdana Menteri dan Umno serta ditambah oleh media milik mereka usai PRU13 amat membahayakan perpaduan rakyat di negara ini.

Kenyataan pendek 'Tsunami Cina' yang dicetus oleh PM serta kenyataan daripada lidah rasmi kerajaan, Utusan Malaysia yang menulis 'Apa lagi orang Cina mahu' jelas mempunyai mesej yang cuba memporak perandakan keharmonian kaum di negara ini.

PM dan UMNO seperti tidak menerima kenyataan bahawa mereka telah ditolak oleh golongan kaum Tionghua dalam PRU13. PM seperti hilang akal apabila memikirkan mereka telah menghabiskan beratus juta ringgit dengan menggunakan pelbagai instrumen kerajaan termasuk media hanya memenangi 133 buah kerusi parlimen berbanding 89 Pakatan Rakyat sementara mereka hanya memenangi 275 kerusi DUN berbanding 229 yang dimenangi oleh PR. Jelaslah prestasi BN merudum teruk dengan kehilangan 7 kerusi parlimen serta hilang 71 kerusi DUN seluruh negara.

PM tidak wajar menyalahkan kaum Cina atas dasar penolakan mereka terhadap UMNO-BN. Ini kerana mereka yang selama ini memainkan sentimen perkauman dengan membakar api permusuhan terhadap bangsa lain. Antara tindakannya ialah membiarkan NGO seperti Perkasa dan Jati meniupkan semangat perkauman yang menebal selama ini. Sekarang ini, setelah tamat PRU13, mengapa pula UMNO mahu memusuhi kaum Cina?

Kenyataan PM jelas melanggar dasar dan prinsip perjuangan UMNO-BN yang mereka laungkan. Slogan 1Malaysia dijaja dengan pelbagai sepanduk bertebaran di merata tempat di seluruh negara.

Apakah PM akan menukar slogan baharu setelah tamat kempen PRU ke 13 daripada 1Malaysia yang berteraskan perpaduan kaum kepada agenda lain? Apakah juga ia bermaksud kempen 1Malaysia Datuk Seri Najib yang menelan berjuta ringgit telah gagal?

Sebenarnya, bukan setakat pengundi Tionghua, malah PM dan UMNO telah ditolak oleh pengundi Melayu bandar, terutama golongan muda. Ini menandakan golongan cerdik pandai terutama golongan profesional serta celik maklumat menolak kepemimpinan UMNO-BN di negara ini.

Dari segi poluariti pula, BN hanya memperolehi 5,237,699 berbeza dengan PR yang mendapat 5,623,984. Dari segi peratusnya adalah PR meraih 49.96% berbanding 46.53% yang diraih BN. Ini bererti BN sebenarnya sudah tidak popular malah kempen mempopularkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menelan belanja berjuta ringgit  juga telah gagal.

Fakta PRU13 membuktikan bahawa majoriti rakyat telah menolak kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri serta ketuanan UMNO-BN di negara ini.

Hakikatnya UMNO hanya memenangi kerusi (yang mempunyai seribu satu kontroversi dan misteri) tetapi gagal menambat hati rakyat keseluruhannya. PR pula sebenarnya telah berjaya memenangi hati rakyat meskipun tidak berjaya membentuk kerajaan.

Adalah lebih baik PM dan UMNO menyelidiki kelemahan diri daripada menuding jari kepada komuniti lain terhadap kegagalan mereka. Sebaiknya, PM menginsafi diri dengan meletak jawatan dan memberikan laluan kepada muka baru mengemudi negara.

Rakyat lebih berpuas hati dengan PM baharu yang akan memberikan komitmen baharu daripada PM lama yang menyalahkan kaum lain atas kegagalan mereka serta  ditolak oleh rakyatnya sendiri!

harakkahdaily/-

Jasad kaku gadis sunti

Posted: 09 May 2013 07:00 PM PDT

Foto29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Klang: "Sayu hati saya melihat keadaannya yang terbaring kaku dalam keadaan mata kanan terbuka dan mulut berbuih," kata R Kalaranjini, 19, saksi yang menemui mayat kanak-kanak berusia 11 tahun di tempat letak kereta di Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini, malam kelmarin 

Mangsa, Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor dipercayai mati kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui jam 10.30 malam dan polis percaya kanak-kanak itu menjadi mangsa jenayah seksual berdasarkan kewujudan kesan darah pada kemaluannya.

Kalaranjini berkata, dia lalu di lokasi kejadian untuk ke sebuah restoran bagi membeli nasi lemak dan terkejut sebaik melihat mangsa terbaring di kawasan yang kebiasaannya menjadi tempat parkir bas kilang.

Menurutnya, keadaan kawasan itu yang terletak 200 meter dari rumah mangsa agak terlindung serta gelap kerana tiada lampu jalan.
ACHA tidak dapat menahan kesedihan mengenang nasib anak perempuannya.

"Pada mulanya saya menyangka budak itu tidur, tapi mula curiga apabila dia langsung tidak memberi maklum balas apabila saya memanggilnya. Saya kemudian meminta seorang lelaki yang melalui kawasan itu 

menghubungi polis," katanya. Kalaranjini berkata, polis dan ambulans tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian dan selepas pemeriksaan, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

metro/-

Selepas pencuri lembu, kini pencuri PRU13 pula diburu

Posted: 09 May 2013 06:45 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli yang terkenal sebagai pembongkar kepada skandal 'cow gate' membabitkan pemimpin negara, kini bakal memburu pula pihak yang menipu dalam pilihan raya.

Ahli Parlimen Pandan itu, yang juga dilantik sebagai ketua kumpulan siasatan penipuan PRU13, berkata beliau akan memastikan segala penipuan dalam PRU13 lalu dibongkarkan kepada seluruh rakyat negara ini.

"Kalau dahulu saya mengejar pencuri lembu, sekarang saya akan kejar pencuri keputusan PRU ini kerana kerajaan haram yang ditubuhkan adalah sebuah mandat yang akan mencuri masa depan Malaysia," katanya pada program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, di Stadium Kelana Jaya kelmarin.

Menurut Rafizi, pembongkaran penipuan itu sangat penting bagi memastikan segala kecurangan dalam PRU akan datang dapat dibasmi dengan lebih berkesan.

"Kita tidak mahu penipuan ini berlaku lagi, lagi dan lagi. Kita mesti bangkit menolak penyelewengan yang jelas ini dan kita mesti lawan sampai ke Putrajaya," katanya lagi.

Pengarah Strategi PKR itu juga berkata segala bukti penipuan PRU13 itu akan dikumpul untuk bantahan melalui mahkamah dan dalam Parlimen.

Harakahdaily/-

Pakatan Rakyat Perak buat petisyen 6 kawasan

Posted: 09 May 2013 06:41 PM PDT

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Perak akan mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.

Difahamkan kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama. 

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.

Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti.

Nizar memberitahu perkara itu ketika berucap di majlis munajat kesyukuran HALWA  Bukit Gantang di Markaz Pas Kawasan Bukit Gantang semalam.

Turut hadir pada majlis itu Naib Yang DiPertua PAS Bukit Gantang Abdul Rahim Ismail.

Pada PRU13 lalu, BN menang 31 kerusi Dun Perak manakala Pakatan Rakyat memperoleh 28 kerusi.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Nuffnang