N50 Dun Sri Muda |
- YB Shuhaimi Shafiei senyum dengan keputusan mahkamah hari ini
- Barisan EXCO Selangor Dari DAP
- Malang buat Umno Selangor,Tiada Seorang Pun Dalam Kabinet Najib
- SPR Wajib Reform
YB Shuhaimi Shafiei senyum dengan keputusan mahkamah hari ini Posted: 17 May 2013 02:48 AM PDT PUTRAJAYA 17 Mei- Perbicaraan kes YB Shuhaimi Shafiei No -09212-09/2011 kes hasutan di Court 3 Level 1 Mahkamah Rayuan Putrajaya berlangsung jam 9 pagi tadi menolak rayuan dan memutuskan sebutan di Mahkamah Sesyen pada 5 Jun 2013 . Sebelum perbicaraan ADUN Sri Muda bermula , barisan Hakim yang diketuai Datuk Abdul Malek Isyak meminta rehat selama 10 minit.Sewaktu perbicaraan, Peguambela Saudara Edmund Bon memulakan hujah lebih kurang 30 minit kemudian disahut oleh pendakwa Raya Saudara Awang Armadajaya. Selesai hujah demi hujah disampaikan kepada hakim,lantas sebelum membuat keputusan hakim ingin rehat 10 minit lagi. Basis dakwaan terhadap ADUN Sri Muda adalah mengikut seksyen 4(1)(c) akta hasutan 1948 manakala peguambela mempertikaikan bahawa Seksyen 4(1)(c) akta hasutan 1948 ini melanggar perlembagaan negara mengikut artikel 10 ( Kebebasan Bersuara) Justifikasi ini menunjukkan bahawa dakwaan ini menentang Artikel 10 yang tercatat dalam perlembagaan negara.Walau bagaimanapun keputusan hakim jelas maka rayuan ditolak. Namun barisan panel hakim Datuk Azhar Mohamed dan Datuk Mohd Zawawi Salleh yang diketuai oleh Datuk Abdul Malek Isyak masih bersetuju bahawa Seksyen 4(1)(c) akta hasutan 1948 ini masih relevan Walaupun tewas 3-0 dalam perbicaraan hari ini YB Shuhaimi Shafiei tetap menghormati keputusan hakim yakni menolak rayuan dan memutuskan sebutan pada 5 Jun 2013 ini. Selepas Hakim memutuskan keputusan ADUN Sri Muda masih mampu senyum dengan tenang dan menanti tarikh sebutan di Mahkamah Sesyen kelak. Kes ini belum selesai namun ADUN Sri Muda yakin dengan kebenaran "Berani Kerana Benar" katanya. |
Barisan EXCO Selangor Dari DAP Posted: 17 May 2013 02:09 AM PDT SHAH ALAM - Setelah beberapa ketika menjadi teka-teki, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP akhirnya disahkan untuk menyertai barisan Exco Selangor selepas Pakatan Rakyat (PR) berjaya membentuk semula kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ean Yong Hian Wah yang dipilih menyertai barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor mahu memastikan masalah air di negeri ini dapat diselesaikan. Katanya, sasaran pada penggal ini ialah supaya kerajaan negeri dapat mengambil alih industri air daripada Syabas. "Kita mahu memastikan tarif air tidak dinaikkan sesuka hati," katanya kepada Sinar Harian Online. Selain Ean, DAP juga meletakkan bekas Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim untuk memenuhi Kabinet Selangor. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Teng meminta supaya beliau ditukar daripada jawatan Speaker kepada Exco. Teng merupakan Adun Sungai Pinang sementara Ean merupakan Adun Seri Kembangan. Sinar Harian sebelum ini ada menyiarkan sumber mendedahkan Teng dan Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh bakal melengkapkan kuota DAP bagi menggantikan dua bekas Exco dari parti itu, Teresa Kok dan Ronnie Liu. Nasib Chang Khim dan Hannah lebih baik berbanding kedudukan Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang kini dikatakan seperti telur di hujung tanduk. Sementara itu, Ean ketika dihubungi memberitahu, beliau belum mengetahui portfolio yang akan dikendalikannya. Namun berharap, beliau dikekalkan sebagai Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram. "Ya, ada mengharap," katanya. Dalam senarai barisan exco sebelum ini, DAP dan Pas mempunyai tiga wakil sementara PKR memiliki empat wakil. Komposisi barisan exco dijangka mengalami perubahan kerana DAP dan Pas masing-masing memenangi 15 kerusi sementara PKR hanya memperoleh 14 kerusi. sinarharian |
Malang buat Umno Selangor,Tiada Seorang Pun Dalam Kabinet Najib Posted: 17 May 2013 02:04 AM PDT PETALING JAYA - Malang datang bertimpa buat Umno Selangor, setelah kalah besar dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, kini tidak ada seorang pun menteri dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengguguran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar di luar jangkaan kerana ahli parlimen Tanjong Karang itu merupakan orang kuat Umno di negeri itu yang diharap merampas kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat. Kabinet Najib itu hanya memilih seorang wakil dari Selangor – Datuk Noriah Kasnon yang diberi jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komuniti. Buat kali pertama dalam sejarah, Selangor tidak ada menteri sesuatu yang sukar untuk dipercayai kerana negeri ini begitu ramai melahirkan tokoh Umno, antaranya Datuk Harun Idris yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno yang sangat berpengaruh. Manakala tokoh-tokoh lain termasuk Datuk Seri Ahmad Razali yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan yang terakhir Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Dengan perhimpunan agung Umno November ini sengit kerana beberapa jawatan utama parti dijangka dicabar, Najib hanya memilih dua wakil Umno dari Johor, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Hantar isyarat Najib seolah-olah menghantar isyarat kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negeri terkuat Umno itu tidak semestinya mendapat ramai menteri. Seperti wujud khabar angin orang Umno negeri itu mahu Muhyiddin bersuara lantang dalam perhimpunan itu seperti yang dilakukan sehingga bersarannya Tun Abdullah Ahmad Badawi ekoran prestasi buruk Barisan Nasional dalam pilihan raya umum tahun 2008. Prestasi Najib dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu juga buruk kerana hanya menang 133 kerusi parlimen, sekalgus gagal mendapat 2/3 majoriti. Mengejutkan kerana negeri kelahiran Umno itu hanya mempunyai dua menteri iaitu Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi, manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan. Pada kabinet Abdullah dalam pilihan raya umum tahun 2008, Johor mempunyai enam menteri – Muhyiddin, Hishamuddin, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan); Tan Sri Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri) dan Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Pelancongan). Kedudukan Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing mempunyai tiga orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak. Begitupun dua negeri lagi iaitu Melaka dan Pulau Pinang juga mengalami nasib sama seperti Selangor, tidak ada seorang pun wakil rakyat berjawatan menteri. Melaka paling malang Namun, Melaka yang paling malang kerana tidak ada menteri dan timbalan yang dilantik menganggotai kebinet baru Najib ini. Pulau Pinang mempunyai seorang timbalan menteri iaitu Datuk Seri Dr Hilmi Yahya yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan. Bagaimanapun, berdasarkan prestasi `hitam' Umno negeri dalam pilihan raya umum lalu, keputusan Najib itu dianggap adil dan munasabah. Seolah Umno Pulau Pinang tidak ada lagi tokoh yang berkaliber seperti mereka memiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi ancaman terbesar kerajaan. Pada pilihan raya umum tahun 2008, Pulau Pinang mempunyai seorang menteri kabinet iaitu Datuk Seri Nor Yackob Mohamed, Menteri Jabatan Perdana Menteri. Perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan tidak mengejutkan atas kapasitinya menjadi Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Umno, namun pengguguran bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor di luar dugaan memandangkan beliau masih sepenggal menjadi anggota kabinet dan usianya masih muda. Sabah, Perak pintas Johor Kedudukan Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing mempunyai tiga orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak. Terengganu mempunyai dua menteri iaitu Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Shabbery Cheek; Negeri Sembilan (dua); Pahang (tiga), Negeri Sembilan (dua); Kelantan (satu); Perlis (satu) dan Wilayah Persekutuan (seorang). Dalam kabinet Najib ini juga dua menteri bolah dianggap sebagai kitar semula. Datuk Seri Tengku Adnan sebelum ini pun pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad. Semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri, Tengku Adnan merupakan Menteri Pelancongan. Manakala Idris Jusoh juga selain pernah menjadi Menteri Besar Terengganu (2004 hingga 2008), menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan pada tahun 1999. KL POST |
Posted: 17 May 2013 02:00 AM PDT GEORGE TOWN — Pakatan Rakyat (PR) akan terus mendesak kerajaan untuk melakukan reformasi menyeluruh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Malaysia mahu melihat pilihan raya bersih pada masa akan datang, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. Bercakap dalam satu forum mengenai fakta di belakang kemenangan undi popular PR dalam Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi, beliau mengatakan satu-satunya cara adalah dengan terus melawan dan memberikan tekanan supaya SPR benar-benar diubah dan digantikan oleh mereka yang adil dan percaya dengan pilihan raya bersih. "Kita perlukan SPR direformasikan sepenuhnya di mana pengerusi sehingga semua pegawainya digantikan oleh pegawai baru yang dipersetujui oleh PR dan orang awam untuk menjamin mereka tidak berpihak kepada mana-mana parti," katanya. Menurutnya, hanya selepas SPR direformasikan secara menyeluruh pilihan raya semula akan diadakan bagi membuktikan terdapat kecurangan dan penipuan terutamanya di 30 kerusi marginal. Beliau memberitahu ratusan hadirin di Komtar, PKR telah menyediakan pasukan untuk menyiasat penipuan pilihan raya di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebaik sahaja bukti dikumpulkan, petisyen pilihan raya akan difailkan. "Kita diberitahu untuk memfailkan petisyen, ia berkos RM50,000 untuk setiap petisyen bagi setiap kerusi, ini bermakna, 27 kerusi yang kini kami sedang siasat akan menyebabkan kos menghampiri RM1.5 juta jika kita failkan petisyen," katanya. Beliau mengatakan mengapa parti itu untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan meneliti semua penyelewengan selain daripada mengumpul sumber yang cukup agar dapat memfailkan petisyen. "Kita perlu terus melawan, sama ada di mahkamah, di jalanan atau di Parlimen untuk mendesak perubahan menyeluruh bagi SPR atau Barisan Nasional (BN) akan terus menipu untuk menang," kata ahli Parlimen Pandan itu. Semasa sesi soal jawab, sesetengah penonton bertanya apa PR boleh lakukan mengenai pertuduhan persempadanan semula yang akan menyebabkan BN terus menang dalam semua pilihan raya akan datang. Ahli strategi pilihan raya DAP Dr Ong Kian Ming, yang juga merupakan ahli panel forum mengatakan satu-satunya cara untuk memperjuangkan reformasi SPR adalah untuk memastikan proses persempadanan semula yang dijangka bermula pada tahun ini akan dilakukan secara adil dan tiada lagi percubaan untuk manipulasi. Terdapat tiga ahli panel bagi forum tersebut Rafizi, Ong dan Dr Dzulkefly Ahmad — sementara Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari bertindak sebagai moderator. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang turut diundang untuk bersama-sama terlibat tidak hadir sehingga forum berakhir pada pukul 11 malam. MalaysianInsider |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan