Sabtu, 18 Mei 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Berita Yang Tidak Disiarkan Oleh RTM, Utusan & Bernama

Posted: 18 May 2013 11:03 AM PDT

Dikutip dari wikipedia
PRS mendapat enam kerusi Parlimen dan SPDP empat membantu BN mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih baik daripada parti BN di Sabah, Sarawak dan semenanjung yang diberikan ganjaran lebih baik. MIC yang menang empat kerusi mendapat dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri sementara SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen. 
Waytamoorthy yang berkempen di peringkat antarabangsa menyelar Malaysia satu ketika dulu dihadiahkan jawatan timbalan menteri. Perkasa, JATI dan **** telopong mulut setelah berkempen untuk BN.
  
Rasa tidak puas hati di kalangan parti BN berkenaan jawatan Kabinet

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Tidak semua parti Barisan Nasional (BN) gembira dengan pembahagian jawatan Kabinet seperti PRS dari Sarawak yang telah menolak pelantikan sementara SPDP tidak berpuas hati dengan kemenangan empat kerusi Parlimen mereka tidak diberikan apa-apa ganjaran. Pembahagian Menteri dan Timbalan di SINI

Beberapa ahli Parlimen kanan Umno Sabah juga merungut mereka tidak diberikan peluang untuk pelantikan Kabinet sementara terdapat juga penggubal undang-undang Umno yang menyelar pemilihan P Waythamoorthy walaupun pernah cuba menggulingkan kerajaan satu ketika dahulu.

Media melaporkan Datuk Joseph Entulu Belaun tidak menerima pelantikannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Joseph Salang Gandum secara terbuka menolak dilantik sebagai timbalan menteri sekali lagi.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Utusan Malaysia hari ini gabungan itu telah menerima keengganan Salang untuk menerima jawatan timbalan menteri itu.

Presiden PRS James Masing mengatakan majoriti ahli majlis tertinggi parti itu bersetuju untuk menolak tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengatakan mereka merasa "dipinggirkan" dan "seharusnya dilayan dengan lebih baik".

PRS mendapat enam kerusi Parlimen dan SPDP empat membantu BN mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih baik daripada parti BN di Sabah, Sarawak dan semenanjung yang diberikan ganjaran lebih baik.

MIC yang menang empat kerusi mendapat dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri sementara SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen.

"PRS dan SPDP yang mempunyai kekuatan di pedalaman tidak dilayan dengan betul oleh kerajaan hari ini.

"Kawasan pedalaman di Sarawak adalah 'deposit tetap' Barisan Nasional. Jika anda tidak mengambil berat, orang lain akan datang dan menariknya keluar," kata Masing memberikan amaran dalam laporan Free Malaysia Today. Masing yang mempengerusikan mesyuarat tergempar ahli majlis tertinggi mengatakan, majoriti ahli PRS merasakan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak sesuai dengan PRS yang berasaskan kawasan pedalaman.

Portal berita itu juga memetik timbalan setiausaha agung SPDP Paul Igai sebagai berkata," Saya tidak boleh menyalahkan ahli parti jika mereka marah, kerana sukar untuk menerima keputusan perdana menteri.

"Mereka juga telah bertanya sama ada ia adalah satu percubaan yang sengaja untuk tidak melibatkan kita atau sama ada perdana menteri telah terlepas pandang," katanya.

Terdapat rekod 13 menteri dari Malaysia Timur dalam kabinet Najib yang diumumkan Rabu lepas.

The Malaysian Insider difahamkan ahli Parlimen kanan Umno tidak gembira mereka dipintas oleh ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menjadi menteri dalam penggal keduanya sebagai ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Umno lain marah dengan tindakan Najib melantik Waytamoorthy sebagai timbalan menteri menegaskan, lelaki yang menjadikan dirinya sebagai pelarian itu selepas perhimpunan Hindraf 2007 berkempen di peringkat antarabangsa menyelar Malaysia kerana dikatakan memberikan layanan buruk kepada kaum India.

Mereka mengatakan pentadbiran Najib seharusnya memberikan ganjaran kepada yang bekerja keras untuk memenangkan gabungan itu daripada golongan tidak pernah menyumbang dan menentang mereka satu masa dahulu.

Pendapatan Negara Bertambah Pembaziran Ikut Sekali

Posted: 17 May 2013 11:39 PM PDT

 Kerajaan Pusat wajib buktikan dengan pendapatan yang bertambah, pembaziran, pemborosan, penyelewangan dana negara dan pinjaman dana dalam atau luar negara boleh dikurangkan. Jangan jadi seperti kata pepetah Melayu " lagi besar periuk , lagi besar pula keraknya". Buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa , 24 kementerian berserta 35 orang Menteri dan berpuluh Timbalan menteri mampu menyelesaikan masalah rakyat dan negara sekaligus meletakkan Malaysia di antara negara dunia yang idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan.
Pelaksanaan GST tambah RM27b pada pendapatan M'sia
   

    Bernama/ Mei 17 2013

   
Malaysia akan dapat menambah pendapatan sebanyak hingga RM27 bilion jika cadangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di negara jiran, Singapura.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata mekanisma pencukaian baru itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion, apabila matang.

"Tahap matang ialah apabila setiap penduduk Malaysia mula menyumbang ke arah GST. Ia mestilah dilaksanakan sebaik sahaja penduduk Malaysia bersedia menerima mekanisma itu," tegas beliau.

Bercakap pada forum "GE13 - What it means for business? (PRU13 - Apa Ertinya bagi Perniagaan?)" di sini hari ini, Jala berkata pendidikan tentang GST dan bagaimana ia memberi faedah kepada ekonomi negara amat penting, dan juga agar warga Malaysia faham dan menerima mekanisma pencukaian itu nanti.

Beliau juga berkata GST akan menjana dana tambahan bagi kerajaan untuk dibelanjakan bagi kesejahteraan rakyat Malaysia, seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Walaupun satu cukai baharu diperkenalkan, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan komitmen untuk menurunkan cukai korporat dan juga cukai pendapatan peribadi.

"Ini menunjukkan kerajaan mahukan keseimbangan dalam setiap langkah yang diambilnya, sama ada dari sudut ekonomi mahupun politik," kata Jala yang menerajui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan bahawa janji-janji yang dibuat oleh kerajaan sebelum pilihan raya akan meningkatkan nisbah hutang berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK), daripada 53 peratus sekarang.

Beliau berkata kerajaan komited untuk mengekalkan hutangnya di bawah paras 55 peratus berbanding siling KDNK yang telah ditetapkannya sebelum ini.

"Pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, apabila saya mencadangkan mekanisma Malaysia yang menetapkan 55 peratus sebagai siling bagi nisbah hutang berbanding KDNK, ramai pakar ekonomi dan pemimpin dunia berkata itu mustahil.

"Ini adalah kerana Malaysia amat unik sebab hutangnya masih di bawah paras 55 peratus," kata Jala sambil menyebut contoh negara-negara seperti Singapura (nisbah hutang berbanding KDNK 100 peratus), United Kingdom (80 peratus) dan Perancis (81 peratus).

Di samping mendakwa matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 boleh dicapai malah dua tahun lebih awal, memandangkan usaha ekonomi kerajaan dan sektor swasta yang menyeluruh, Jala berkata Malaysia berada di landasan yang teguh untuk mencatatkan lebihan belanjawan menjelang 2020.

Kata beliau dalam empat tahun kebelakangan ini dengan Najib sebagai Perdana Menteri, defisit belanjawan negara menunjukkan penyusutan yang ketara tahun demi tahun, dan memberikan jaminan bahawa rekod pencapaian ini akan berterusan.

"Tahun lepas, defisit belanjawan ialah 4.5 peratus, dan tahun ini kita menjangka ia susut kepada empat peratus. Dengan segala usaha yang diambil, saya pasti harinya akan tiba apabila kita boleh mencapai lebihan belanjawan itu," tegas beliau.

Mengenai peranan kerajaan dalam perniagaan, Jala berkata ia akan beransur-ansur keluar dari lebih banyak perniagaan tahun ini dan pada masa akan datang.

Melalui Peranan Kerajaan dalam Perniagaan (GRIB), kata beliau, kerajaan telah pun mengurangkan, malah menarik keluar kepentingannya dalam 13 syarikat, daripada 33 entiti yang dikenal pasti oleh Pemandu.

"Kita mengadakan mesyuarat bulanan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dihadiri oleh semua ketua syarikat yang berkaitan mengenai perkara ini.

"Kerajaan berhasrat menghentikan peranannya dalam perniagaan. Tetapi ini tidak boleh dilakukan dalam masa sehari. Akan ada lagi perniagaan yang melibatkan peranan kerajaan, disebabkan kepentingannya dalam kehidupan harian rakyat Malaysia," tegas Jala.

-Bernama/malaysiakini

Tiada ulasan:

Nuffnang