Selasa, 21 Mei 2013

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


KERAJAAN PULAU PINANG KESAL USAHA BOIKOT BARANGAN KELUARAN CINA BERSTATUS HALAL - ABD MALIK

Posted: 20 May 2013 06:26 PM PDT

KENYATAAN MEDIA 20 MEI 2013

DATO' ABDUL MALIK KASSIM

EXCO PERDAGANGAN DALAM NEGERI, HAL EHWAL PENGGUNA, HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG



KERAJAAN PULAU PINANG KESAL USAHA BOIKOT BARANGAN KELUARAN CINA BERSTATUS HALAL


Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang amat kesal dan membantah tindakan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO Melayu) diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyeru umat Islam memboikot barangan keluaran syarikat milik Cina yang berstatus halal.



Jelas, tindakan itu menunjukkan mereka separuh matang dan kebudak-budakkan, hanya sebagai membalas tindakan majoriti masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat dalam pililihan raya lalu.



Lagipun, soal sokongan mana-mana pihak dalam pilihanraya bukan menjadi kesalahan di sisi undang-undang. Bahkan ia juga bukan suatu kesalahan jenayah sehingga mereka perlu bertindak ke tahap itu.



Sebagai sebuah persatuan pengguna, sewajarnya mereka bergerak memperjuangkan hal-hal kepenggunaan sahaja. Sebelum ini PPIM diketahui umum begitu aktif dalam hal-hal kepenggunaan yang melibatkan halal haram atau tidak sihat sesuatu barangan itu kepada pengguna. Namun, apabila PPIM menyeru orang Melayu memboikot barangan keluaran syarikat Cina atas faktor politik, menunjukkan PPIM telah terkeluar daripada landasan perjuangan yang sebenarnya. Tindakan itu, tidak ubah seperti perjuangan pelampau Melayu - Perkasa.



Ketika kesedaran pengguna dan pengusaha semakin meningkat berkaitan status halal, PPIM bertindak sebaliknya dengan memberikan imej buruk tentang Islam. PPIM seharusnya membantu kerajaan pusat atau negeri dalam memperjuangkan hal-hal kepenggunaan khususnya berkaitan status halal.



Selaku Pengerusi Halal Penang (PIHH) dan Exco Hal Ehwal Agama Islam, sejak tahun 2008 kerajaan negeri telah berjaya meningkatkan syarikat dan barangan berstatus halal di Pulau Pinang sebanyak 605 peratus. Ini bagi memenuhi sebahagian tuntutan persatuan pengguna Islam, demi kepentingan semua pihak, khususnya kepada pengguna Islam.



Sebagai sebuah negara majmuk seperti Malaysia, di mana masyarakat Cina lebih menguasai pengeluaran produk pengguna, sebagai pengguna, tidak mungkin kita dapat mengelak daripada menggunakan barangan bukan Islam.



Selaku Pengerusi Hal Ehwal Pengguna saya menyeru PPIM menfokuskan isu halal haram dan barangan pengguna yang diragui masih banyak perlu diperjuangkan. PPIM sewajarnya memperjuangkan isu ini, lebih daripada memperjuangkan politik adu domba yang akan memecahbelahkan keharmonian kaum negara ini.

Tiada ulasan:

Nuffnang