Selasa, 21 Mei 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


PKR dakwa pegawai SPR buka beg kertas undi

Posted: 21 May 2013 03:18 AM PDT

11 Rejab 1434 H. [MOD] -


  • Seorang pemimpin cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya membuka beg mengandungi kertas undi yang disimpan di pejabat jajahan di Ketereh, Kelantan dalam kejadian pada 7 Mei tanpa kebenaran dari Mahkamah Tinggi.

  • Ketua AMK Ketereh Mohd Sukirman Mustafa memberitahu Malaysiakini, beberapa orang anggota parti dan orang awam membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 16 Mei.

    Menurut Sukirman, pegawai SPR hadir bersama anggota polis dan mendakwa memperolehi arahan dari pegawai atasan untuk berbuat demikian, walau peraturan pilihan raya menetapkan bahawa beg kertas undi hanya boleh dibukan dengan perintah Mahkamah Tinggi.

    Bagaimanapun, pegawai yang membuka materi keselamatan di beg berkenaan tidak mengeluarkan apa-apa daripada beg yang disimpan di pejabat Majlis Daerah Ketereh.

    "Mereka hanya membuka beg dan menyelongkar sedikit, tapi tidak mengeluarkan apa-apa," kata Sukirman.

    Katanya cabang PKR di situ dimaklumkan oleh seorang individu yang memberitahu bahawa beg tersebut dibuka oleh pegawai SPR pada kira-kira jam 11 pagi pada 7 Mei.

    Sukirman berkata anggota PKR merakam gambar pegawai SPR tersebut yang membuka beg berkenaan dan kini menunggu penjelasan mengenai perkara itu daripada SPR.

    Parti berkenaan kini menimbang untuk mengemukakan kes tersebut ke mahkamah.

    Malaysiakini/-

Kelantan tuan rumah Tilawah al-Quran Kebangsaan

Posted: 21 May 2013 02:39 AM PDT

11 Rejab 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-



Negeri Kelantan dipilih menjadi tuan rumah kepada pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-56 tahun ini.

Majlis tersebut akan diadakan pada 10 hingga 14 Jun ini bertempat di Kompleks Balai Islam, Lundang.

Pemilihan negeri itu merupakan pertama kali sejak 23 tahun ianya ditadbir oleh PAS.

Seramai 30 qari dan qariah dari seluruh negara akan mengambil bahagian pada tilawah berkenaan. 

Kelantan juga telah membenarkan qariah mengambil bahagian sejak dua tahun lepas.

Tilawah al-Quran kali ini pada mulanya dijadualkan diadakan 2 hingga 6 Mei lalu, namun ditangguh ekoran pilihan raya umum ke-13.

Perasmian penutup akan disempurnakan Sultan Muhammad V, manakala pembukaan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam perkembangan sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini berkunjung ke Kelantan bagi meninjau persiapan untuk majlis itu. 

Beliau berkunjung ke Kota Darulnaim bertemu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya.

Sementara itu, Menteri Besar selepas pertemuan itu berkata, kerajaan negeri menyambut baik Kelantan dipilih sebagai lokasi penganjuran tilawah al-Quran kali ini.

"Insya-Allah kita akan berusaha melaksanakan program berkenaan yang julung kali diadakan di sini dengan sebaik mungkin.

"Saya seperti juga Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini sentiasa bersikap terbuka dalam menjalin kerjasama hubungan antara kerajaan negeri dan pusat demi kebaikan rakyat," katanya.

Hadir sama pada pertemuan itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Dato' Mohd Nasuruddin Daud dan pegawai kanan kerajaan pusat serta negeri.

Jamil Khir berkata, tilawah al-Quran tahun ini turut menawarkan hadiah kereta Proton Preve kepada johan qari dan qariah.

Selain itu katanya, hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, pakej menunaikan haji dan sijil penyertaan.

"Semua negeri akan menghantar peserta qari dan qariah termasuk Kelantan," katanya.

Berita yang disembunyikan: BN hilang deposit di 2 kerusi

Posted: 21 May 2013 02:37 AM PDT

11 Rejab 1434 H. [MOD] -
http://mutaligat.blogspot.com,

Media perdana menyembunyikan berita bahawa BN hilang deposit di 2 kerusi di Pulau Pinang. Lihat bukti di bawah ini.

N.27 Pengkalan Kota, Pulau Pinang.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : PULAU PINANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.27 - PENGKALAN KOTA
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. LOKE CHEANG GIN @ LOKE POH CHYE BN1,803HILANG DEPOSIT
2. LAU KENG EE DAP15,403MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:19,980

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:243

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:17,449

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:17,468

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:19

PERATUS PENGUNDIAN:87.40%

MAJORITI:13,600

N.13 Berapit
NEGERI : PULAU PINANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.13 - BERAPIT
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. LAU CHIEK TUAN BN2,230HILANG DEPOSIT
2. ONG KOK FOOI DAP16,995MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:22,394

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:165

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:19,390

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:19,422

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:32

PERATUS PENGUNDIAN:86.70%

MAJORITI:14,765

Malangnya media perdana cuba menutup berita ini. Tak lama BN akan pupus ........mungkin tak pernah berlaku BN hilang deposit sebelum ini.

Makanan Haram

Posted: 21 May 2013 12:43 AM PDT

11 Rejab 1434 H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman


"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu baik. Allah tidak akan menerima sesuatu melainkan dari yang baik" (HR. Muslim).

Karena berhadapan setiap hari, makanan kedengarannya hal biasa, meskipun dampaknya luar biasa.  Meskipun kelihatan mengenyangkan, misalnya, memakan makanan haram sama dengan mencelakakan diri.

Menurut Rasulullah SAW, di antara kecelakaan besar yang menimpa manusia akibat memakan makanan haram ialah tidak diterimanya doa oleh Allah.   Sebagaimana kisah yang diceritakan Nabi SAW tentang 'seorang laki-laki yang telah menempuh perjalanan jauh, sehingga rambutnya kusut, masai dan berdebu. Ia mengangkat tangannya ke langit seraya berdoa: "Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku." Padahal makanannya dari barang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dari yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?' (HR. Muslim). 

Kebanyakan orang tak ingin menelusuri dari mana makanan haram itu berasal, hingga sampai ke atas meja makan.  Padahal bisa saja muncul dari suatu kelengahan diri yang sudah menjadi kebiasaan.  Seperti melalui binatang ternak yang dibiarkan bebas berkeliaran, sehingga memakan hak orang lain atau menimbulkan kehancuran harta tetangga.  Lantas, binatang itu dijual, dan uangnya digunakan untuk beramal atau menafkahi keluarga.  Disadari atau tidak, sebahagian dari makanan yang dimasukkan ke mulut sendiri, isteri, dan anak-anak, adalah makanan haram atau telah berproses melalui jalur haram.


Serambi Indonesia/-  

Abu Zahar Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Dewan Negara Penggal Kedua

Posted: 21 May 2013 12:38 AM PDT

11 Rejab 1434 H. [MOD] -


Tan Sri Abu Zahar Ujang
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara bagi penggal kedua.
Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Doris Sophia Brodi di bangunan Parlimen.
Abu Zahar, 69, bekas presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) dilantik semula sebagai anggota Dewan Negara berkuat kuasa 26 April lepas setelah tempoh penggal pertamanya berakhir sehari sebelum itu.
Abu Zahar pada 26 April 2010 dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-16 menggantikan Datuk Wong Foon Meng yang tamat perkhidmatan pada 12 April 2010.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Abu Zahar melahirkan rasa bersyukur atas pelantikan itu dan berazam melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang bakal dipikul dengan penuh dedikasi.
"Saya akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin demi bangsa, agama dan negara, tanpa ada prasangka, prejudis dan sebagainya, insya-Allah," katanya.
Beliau memulakan kariernya pada 1964 sebagai inspektor Polis DiRaja Malaysia dengan jawatan terakhir sebagai timbalan penguasa polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pada 1979.
Pada 1980 hingga Jun 1986, Abu Zahar meneruskan profesion guaman di ibu negara sebelum dipilih sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pilah dan dilantik anggota exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan.
Pada 1991, beliau mempertahan kerusi DUN berkenaan sebelum dipilih sebagai anggota Parlimen Kuala Pilah selama satu penggal bermula 1995 hingga 1999. - BERNAMA

Raja Nazrin rasmi lapangan terbang Sultan Azlan Shah yang dinaik taraf

Posted: 21 May 2013 12:35 AM PDT

11 Rejab 1434 H. [MOD] -

IPOH: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, di sini yang dinaiktaraf bagi memenuhi keperluan keselamatan operasi pesawat dan keselesaan pengguna. 


Majlis perasmian itu diadakan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ke-85. 



Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Di Hilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. 



Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi. 



Projek menaiktaraf lapangan terbang dengan kos RM42 juta yang bermula 13 April 2011 sudah siap dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 November tahun lalu. 



Kerja menaiktaraf lapangan terbang itu membabitkan pelebaran ruang Balai Pelepasan dan Balai Ketibaan, penyediaan tempat duduk baru di Balai Pelepasan, Balai Ketibaan dan ruang daftar masuk serta pemasangan sistem pendingin hawa di Balai Pelepasan, Balai Ketibaan dan balai perhimpunan awam. 



Ia juga meliputi pemanjangan landasan dari 1,798 meter kepada 2,000 meter dan pelebaran kawasan meletak kenderaan komersil. 

Zambry dalam ucapannya berkata, memandangkan lapangan terbang itu sudah dinaik taraf, kerajaan negeri memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah penerbangan di lapangan terbang itu. 



Katanya, kerajaan negeri juga merancang untuk menjadikan lapangan terbang itu sebagai pusat perkhidmatan kejuruteraan, penyelenggaraan dan baik pulih (MRO). 



"Kita mahu menjadikan lapangan terbang ini benar-benar bermanfaat," katanya. - BERNAMA 

Himpunan Black505 Kedah malam ini

Posted: 21 May 2013 12:31 AM PDT

11 Rejab 1434 H. [MOD] -


Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu serta Lim Guan Eng antara pimpinan utama Pakatan Rakyat yang akan menggegarkan pentas ceramah Himpunan Black505 di Kedah malam ini.

Himpunan yang akan berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut itu juga turut akan dihadiri pengerusi himpunan Datuk Johari Abdul, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar serta Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Menurut Mahfuz, program malam ini akan bermula dengan solat Maghrib berjamaah dan kemudian solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan keamanan negara yang muktahir ini cenderung dengan isu perkauman.

"Ia juga bagi memohon kesejahteraan bagi bekas Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak yang kini masih di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang," tegas Naib Presiden PAS itu.

Sejurus solat hajat, kata Mahfuz tepat jam 9 malam, kesemua adun dan ahli parlimen Kedah akan berucap pada malam itu, sebelum ucapan utama pimpinan utama Pakatan Rakyat.

Pada himpunan malam ini juga katanya, untuk persoal tindakan SPR yang gagal menjadikan PRU13 sebagai pilihan raya yang bersih dan adil.

Pemuda dakwa SPR benar mengundi dua kali

Posted: 21 May 2013 12:30 AM PDT

11 Rejab 1434 H. [MOD] -

Seorang pemuda berusia 23 tahun dari Kuantan mendakwa beliau berjaya mendapat kertas undi untuk kali kedua selepas menanggalkan dakwat kekal di jarinya.



Mohd Fadhli Khaharruddin dalam laporan Sinar Harian berkata, beliau bagaimanapun tidak memasukkan kertas undi berkenaan ke dalam peti undi dan seterusnya membuat laporan polis untuk menunjukkan kelemahan proses pengundian tersebut.

Laporan itu menyebut, beliau pada awalnya mengundi pada kira-kira jam 10.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap pada 5 Mei.

Beliau kemudiannya kembali ke pusat pengundian sama pada jam 1.15 petang selepas menanggalkan dakwat kekal.

"Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan," katanya dalam laporan itu.

Katanya, beliau menanggalkan dakwat berkenaan dengan mudah dengan hanya menggunakan peluntur dan sabun.

Beliau menerima set kertas undi kedua tetapi tidak menanda kertas tersebut, katanya lagi.

Laporan Sin Chew Daily pula menyebut, beliau keluar dari pusat pengundian tersebut dengan membawa kertas undi berkenaan dan membuat aduan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bertugas yang merampas kertas undi terbabit.

Katanya, beliau membuat laporan polis pada jam 4.15 petang pada hari berkenaan, dan polis kemudiannya menghubunginya sebanyak dua kali untuk merakam kenyataannya.MK/-

GST dulu ke atau Gaji Minima dulu Najib?

Posted: 20 May 2013 10:22 PM PDT

11 Rejab 1434 H. [MOD] -
Oleh Dr Dzulkefly Ahmad


Telah berakhir tempoh PM Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (UBN) untuk 'berpantang' menahan nafsu amarah mereka untuk 'menggasak' rakyat negara ini.

2. Lepas dia tibai etnik Cina dengan serangan 'Tsunami Cina' dan pelbagai kata kesat hulubalangnya yang dihamburkan ke arah rakyat termasuk kenyataan kurang cerdik menteri dalam negeri itu, kini giliran menteri di jabatan perdana menteri pula untuk 'mendera' rakyat dengan pengumuman sistem cukai baru.

3. Setelah memenangi kembali Putrajaya, dengan pilihanraya yang sangat dipertikaikan pelbagai pihak kerana sarat dengan penipuan, Najib sudah tidak segan-silu lagi untuk melakukan apa yang dianggapnya 'agenda tertangguhnya'.

4. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bakal dilaksanakan oleh kerajaan Najib dalam tahun 2013 ini dan telah diwar-war oleh Datuk Seri Idris Jala kononnya akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun. Apa tidaknya kalau mereka sanggup mencekik rakyat dengan kadar 7% cukai!

5. Najib dan Idris Jala juga perlu terangkan kepada rakyat kerana yang akan membayar cukai ini adalah rakyat bahkan semua lapisan rakyat termasuk yang kaya dan juga yang miskin atau berpendapatan rendah. Apabila mereka membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan tersebut selagi barangan itu bukan dalam kategori 'sifar cukai' atau 'zero-rated', bermaksud GST tetap dikenakan.

6. Kadar GST sebanyak 7% adalah sangat tinggi dan ini jelasnya adalah 'janji Najib yang tidak ditepati' kerana kadar 4% adalah angka yang disebut-sebut sejak awal GST diperkenalkan. Mungkin Najib telah kemaruk kerana baru sedar hutang kerajaan pusat dah terlalu membengkak hampir 55% KDNK kerana dirinya sendiri.

7. Ataukah Najib mahu sahaja 'mendera' rakyat yang tidak mengizinkannya untuk mendapat 2/3 majoriti di parlimen dan menawan kembali Selangor, negeri terkaya di Persekutuan Malaysia?

8. Singapura, yang rakyatnya mempunyai pendapatan per kapita hampir dua kali ganda dari kita pun memulakan kadar GST mereka pada kadar 3%. Kerana kos perlaksanaan cukai baru ini adalah sangat tinggi, yang dianggarkan berbilion RM. Contohnya Australia A$ 4 bilion ketika memperkenalkan GST di negara itu, maka tekanan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yakni inflasi, adalah tidak dapat dielakkan ekoran sebab faktor kos permulaan sistem GST.  

9. Singapura, contohnya mengalami inflasi sebanyak 3% untuk selama 3 tahun akibat dari perlaksanaan GST dan begitu juga di kesemua negara-negara yang melaksanakannya juga turut mengalami tekanan inflasi untuk beberapa tahun.


10. Pakatan Rakyat secara prinsip tidak menolak sistem cukai penggunaan ini atau 'consumption tax' tetapi mahukan beberapa syarat penting mesti dilaksanakan oleh kerajaan terlebih dahulu. Pakatan Rakyat mahukan rakyat teramai mempunyai pendapatan yang menasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang lebih bermaruah  atau 'a dignified life'.

11. Bank Dunia sendiri telah mengisytiharkan bahawa gaji sebenar (real wage) rakyat Malaysia dengan mengambil kira faktor inflasi, hanya naik 2.8% dalam satu dekad yang lalu.

12. Gaji minima adalah satu kaedah memecah hambatan atau 'bottleneck' peningkatan pendapatan rakyat. Sudah terlalu lama perlaksanaan 'Gaji Minima' ditangguhkan Najib. Ini satu pengkhianatan! Najib masih berdolak-dalik seperti dulu juga. Memang Najib tak ada tulang belakang atau 'spineless' dalam banyak hal.

13. Pakatan Rakyat menuntut supaya dengan pembenterasan amalan rasuah, kronisme dan sesetengah jenis monopoli, oligopoli dan kartel, negara akan dapat meningkatkan pendapatan dari sumber penjimatan.

14. Sekaligus kos saraan hidup rakyat akan dapat dikawal dan diperturunkan serentak mengizinkan rakyat meningkatan pendapatan dan 'pendapatan boleh berbelanja' (disposable income).

15. Pakatan Rakyat bercadang GST hanya dilaksanakan ketika pedapatan rakyat adalah pada paras yang lebih munasabah dan tidak seperti hari ini di mana 60% dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Hari ini hanya 10% sahaja mereka yang dalam pasaran kerja yang dikenakan cukai pendapatan kerana pendapatan yang rendah-sederhana.

16.   Kerajaan Najib juga mestilah mendidik rakyat tentang konsep dan perlaksanaan GST ini kerana sememangnya sistem cukai ini rumit dan tidak mudah difahami. Ada yang menganggap bahawa rakyat atau pengguna akan dikenakan cukai sebanyak 28% kalau kita mula dengan pengenalan 7%, kerana cukai yang dibayar pengimpot, pengilang, pemborong dan peruncit akhirnya akan dibebankan kepada pengguna.

17. Fahaman ini adalah silap kerana GST adalah menggunakan sistem nilai-tambah atau 'Value-Added Tax' ( VAT) seperti digunakan di beberapa negara seperti United Kingdom. Rakyat keliru bahkan ada akauntan juga tidak faham. Rakyat perlu difahamkan dengan betul.

18. Meskipun GST, sebagai sistem cukai baru yang bakal menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 5% itu adalah satu sistem yang lebih efisien dari segi pungutannya serta dapat mengurangkan 'pengelakan cukai' (tax evasion),  namun ianya perlu mengambil kira syarat-syarat yang lain termasuk menurunkan cukai pendapatan dan cukai korporat supaya ianya tidak terlalu membebankan rakyat dan lebih menasabah.

19. Terpaling penting ialah GST ini tidak dilaksanakan selagi sumber-sumber kebocoran dan pembaziran yang menelan berbilion RM setahun tidak ditangani.

20. Tegasnya, Kerajaan Najib jangan paksa dan dera rakyat dengan GST setelah rakyat ditipu untuk memberikan mereka kelebihan kerusi diparlimen sekali lagi dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu.

21. PM Najib, kalau anda mahu madunya, jangan jolok sarangnya ya!



Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

51 terbunuh puting beliung landa Oklahoma City

Posted: 20 May 2013 10:18 PM PDT

11 Rejab 1434 H. [MOD] -


WASHINGTON 21 Mei - Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh selepas satu puting beliung kuat membadai pinggir bandar Oklahoma City, semalam dengan memusnahkan rumah penduduk dan dua buah sekolah.

Jabatan perubatan negeri dalam kenyataan terbaharu berkata, jumlah kematian penduduk meningkat dengan mendadak ketika pasukan kecemasan mencari mangsa daripada runtuhan rumah dan sekolah rendah di Moore, Oklahoma.

Lebih 140 penduduk dirawat hospital termasuk 70 kanak-kanak dengan ada di antaranya dalam keadaan kritikal. - AFP



Tiada komen untuk isu kabinet bukan ahli dewan

Posted: 20 May 2013 10:16 PM PDT

11 Rejab 1434 H. [MOD] -


Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang enggan mengulas lantikan lima anggota kabinet yang bukan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

"Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Marilah kita melihat ke hadapan...," katanya selepas mengangkat sumpah sebagai yang dipertua dewan itu bagi penggal yang kedua.

Beliau diminta mengulas berhubung lantikan lima anggota kabinet yang bukan anggota Parlimen dan belum mengangkat sumpah sebagai senator.

Mereka yang dilantik: Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low Seng Kwan (kedua-duanya menteri di Jabatan Perdana Menteri), serta tiga timbalan menteri, iaitu pemimpin Hindraf P Waythamoorthy (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan) dan Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan (kementerian Wilayah Persekutuan).

"Saya akan membetulkan keadaan mengikut prosedur dan peraturan. Dan banyak lagi senator yang akan mengangkat sumpah di hadapan saya. 

"Saya akan meneliti perkara tersebut," kata Abu Zahar lagi.

Kebabsahan lantikan kelima-lima mereka itu sebelum ini ditimbulkan oleh tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang mendakwa ia dibuat secara haram kerana hanya wakil Dewan Rakyat dan senator boleh dilantik menyertai kabinet.

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 gegar Semenanjung Kamchatka

Posted: 20 May 2013 10:15 PM PDT

11 Rejab 1434 H. [MOD] -


MOSCOW: Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan Semenanjung Kamchatka, Russia awal pagi tadi yang kemudian disusuli beberapa siri gempa bumi susulan yang kuat. 

Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi pertama dikesan pada kedalaman 33 kilometer (km) pada jam 1.55 pagi (waktu tempatan), iaitu timur-tenggara bandar Petropavlovsk-Kamchatsky. 


Katanya, ia disusuli tiga gempa susulan di mana gempa terkuat dicatatkan pada ukuran 5.9 magnitud dengan ke dalaman 44 km. - AFP 

bumbung masjid di Terengganu runtuh lagi

Posted: 20 May 2013 07:38 PM PDT

11 Rejab 1434 H. [MOD] -
Buletin Online.


HULU TERENGGANU: Tiada hujan dan tiada ribut yang melanda, tiba-tiba Masjid Kampung Binjai Kertas yang terletak di jalan Manir ke Kuala Berang yang siap dibina pada tahun 2007 telah runtuh sebahagian bumbungnya, seusai jamaah menunaikan solat Isyak, malam tadi.

Menurut saksi kejadian, dua keping atap masjid tersebut telah luruh, sekali sejurus selesai para jamaah menunaikan solat Maghrib dan sekali lagi ketika waktu hampir solat Isyak, sebelum ia runtuh sepenuhnya.

"Selepas solat sunat Isyak tu, ada jatuh sekali (lagi) gummm...jatuh, selepas (kira-kira) dalam masa empat saat atau lima saat saat, brummmmm...selalu, sekejap saja dalam masa (lebih kurang) dua.....tiga minit habis (runtuh semuanya).


"Bahagian beranda...kira-kira bukan ruang solat...bahagian luar yang tak ada karpet," jelasnya yang tidak mahu dikenali.



Katanya, nasib baik kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian runtuh tersebut kerana ada dua orang ahli jamaah masjid yang keluar dari masjid beberapa ketika sebelum ia runtuh.



Manakala, kata beliau, ada seorang tua yang hampir-hampir ditimpa runtuhan itu apabila kejadian runtuh itu berlaku ketika beliau sampai di pintu masjid dan berundur semula apabila bumbung tersebut runtuh keseluruhannya.



Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid ketika ditemui berkata, beliau sangat terkejut apabila mendengar kejadian runtuh itu.



Beliau yang bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat khabar melahirkan rasa sangat dukacitanya kerana kejadian itu berlaku di tempat awam, lebih-lebih lagi melibatkan masjid yang menjadi tempat ibadat orang Islam.



"Saya rasa sangat terkejut dan sangat dukacita atas apa yang berlaku ini kerana ia melibatkan tempat kepentingan awam, lebih-lebih lagi melibatkan tempat ibadat orang Islam.



"Sepatutnya tempat ini diberi keutamaan supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku," ujarnya yang juga Setiausaha PAS Hulu Terengganu

Krew keracunan makanan, Pesawat terpaksa mendarat di Paris

Posted: 20 May 2013 07:31 PM PDT

11 Rejab 1434 H. [MOD] -


PARIS 21 Mei - Sebuah pesawat penumpang dalam penerbangan dari Zurich ke Philadelphia melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang Charles de Gaulle di sini selepas empat krew pesawat tersebut jatuh sakit.

Pegawai lapangan terbang melaporkan, keempat-empat krew tersebut dibawa ke pusat perubatan dan didapati mengalami keracunan makanan.

Bagaimanapun tiada penumpang yang cedera semasa insiden itu berlaku. - AFP

Mourinho sah tinggalkan Real Madrid

Posted: 20 May 2013 07:21 PM PDT

11 Rejab 1434 H.

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho akan meninggalkan kelab itu penghujung musim ini selepas tiga tahun bersama kelab Sepanyol itu, sekali gus menyaksikan beliau kemungkinan kembali ke Chelsea.
Jurulatih dari Portugal berusia 50 tahun itu mempunyai dua lagi perlawanan untuk menamatkan musim ini pada 1 Jun dan meninggalkan Madrid tanpa memenangi sebarang trofi musim ini.
Presiden Real Madrid, Florentino Perez mengumumkan dalam satu sidang media bahawa pihaknya dan Mourinho berjaya mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak jurulatih dalam satu pertemuan, awal hari ini.
"Selepas tiga tahun, kami bersetuju ia adalah masa terbaik untuk menamatkannya (kontrak Mourinho)," kata Perez. - AP

Tiada ulasan:

Nuffnang