Rabu, 8 Mei 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Aku Janji BN N.Sembilan untuk anak-anak N.Sembilan ke IPT

Posted: 07 May 2013 06:26 PM PDT




Antara janji BN N.Sembilan semasa kempen PRU-13 ialah "Pemberian insentif kepada anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya memasuki Pusat Pengajian Tinggi".

Manakala Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan dalam hal ini ialah "Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf".

Memandangkan tidak lama lagi ramai anak-anak Negeri Sembilan lepasan SPM serta STPM 2012 akan menjejakkan kaki ke menara gading dalam masa yang terdekat ini, adalah perlu disegerakan pemberian insentif ini samada setanding dengan apa yang Pakatan Rakyat tawarkan atau lebih lagi.

Keadilan Untuk Semua, Salam Perjuangan :-)

Manifesto penuh Pakatan Rakyat N.Sembilan untuk PRU-13 di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/01/manifesto-pakatan-rakyat-negeri.html

6 DUN yang PAS tewas dengan majoriti kurang 2500

Posted: 07 May 2013 06:38 AM PDT



Terdapat 6 DUN di Negeri Sembilan yang PAS tewas dengan majoriti antara 282 ke 2184 undi sahaja, iaitu Klawang, Johol, Labu, Lenggeng, Senaling dan Paroi.

Manakala 6 DUN selebihnya PAS tewas dengan majoriti yang besar iaitu antara 3025 ke 6480 undi, iaitu Gemencheh, Kota, Serting, Sungai Lui, Bagan Pinang dan Chembong.

Diharapkan para petugas PAS di DUN Klawang, Johol, Labu, Lenggeng, Senaling dan Paroi dapat mempertingkatkan kempen menggalakkan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan ini yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi.

Salam Perjuangan :-)

Teruskan bakti berkhidmat kepada masyarakat kerana Allah

Posted: 07 May 2013 02:50 AM PDT




Diharapkan semua PAS Kawasan dan Cawangan di Negeri Sembilan ini meneruskan khidmat masyarakat di setiap DUN seperti yang dilakukan sebelum ini dengan menyalurkan permasalahan penduduk setempat ke Portal Pengaduan Awam Negeri Sembilan (SPANS) di laman web http://www.spans.gov.my

Pusat Khidmat DUN Paroi sebelum ini banyak menggunakan perkhidmatan ini untuk menyalurkan permasalahan masyarakat di samping mengajukan secara terus permasalahan tersebut ke agensi berkaitan dan juga mengutarakannya semasa Sidang Dewan Undangan Negeri.

Perkhidmatan melalui SPANS ini adalah percuma. Setelah aduan dibuat, sila simpan nombor rujukan yang diberikan untuk direkodkan.

Beramal kerana Allah.

Masa untuk berkemas dan bersedia hadapi pilihanraya

Posted: 07 May 2013 02:49 AM PDT



Harap para petugas Pakatan Rakyat khususnya petugas PAS Negeri Sembilan dapat menyimpan dengan baik bahan-bahan kempen yang tergantung di tempat awam terutamanya bendera dan kain rentang calon.

Ini adalah untuk mengelakkan ianya membahayakan kepada orang awam terutama pengguna jalanraya jika ianya dibiarkan lama.

Disamping itu bahan kempen yang disimpan dengan baik ini terutamanya bendera dapat menjimatkan kos untuk digunakan pada PRU-14 atau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya kecil di Negeri Sembilan.

Tiada ulasan:

Nuffnang