Nuffnang

DUN BUKIT PAYONG

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:24 PG

DUN BUKIT PAYONG


Terima kasih Ustaz Azhar dan anak-anak muda Terengganu!

Posted: 07 May 2013 06:26 PM PDT

Petikan : BuletinOnline
 
http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/terima%20kasih%20anak%20muda.jpgKUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu (DPPNT) mengucapkan terima kasih kepada sokongan anak-anak muda negeri Terengganu yang telah menaruh keyakinan dan memilih calon-calon muda DPPNT untuk membawa suara anak muda ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.

Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Noor Hamzah, turut merakam ucapan terima kasih kepada 'Duta Pemuda' Ustaz Azhar Idrus, kerana memberi sentuhan yang membawa perubahan kepada anak-anak muda pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13)

Menurutnya, prestasi calon-calon Pemuda PAS Terengganu keseluruhannya meningkat dengan beliau memperolehi kemenangan di Dun Bukit Payong, Timbalan Ketua Pemuda Ustaz Ridzuan Hahim di Dun Teluk Pasu, Exco Pemuda Ustaz Hishamuddin Abdul Karim di DunTepoh dan Ustaz Hilmi Harun di Dun Manir serta Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali di peringkat Parlimen Kuala Nerus.

"Kita (juga) mampu mengurangkan majoriti undi Barian Nasional di Hulu terengganu yang ditandingi oleh Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dan Ustaz Razki Alias di (Dun) Ajil, yang dulu kita kalah lebih 4,000 (undi) sekarang (berkurang) kepada 2,000 lebih (undi).

"Menggambarkan sokongan anak-anak muda yang begitu hebat ditempat-tempat khususnya calon-calon muda bertanding,"ujarnya dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu, Jalan Sultan Omar dekat sini, pada Selasa 7 Mei.

Beliau menyeru kepada seluruh anak-anak muda yang menaruh harapan besar kepada perubahan kerajaan di negeri Terengganu dan Putrajaya, agar jangan bersedih dan kecewa dengan keputusan PRU-13.

"Saya menyeru kepada anak-anak muda jangan bersedih dan jangan kecewa, (mestilah) terus sabar (dan) terus bekerja kerana perjalanan anak muda masih panjang yang InsyaAllah kita (akan) berjaya menuju ke Putrajaya dalam pilihanraya-pilihanraya (umum) akan datang,

"Hakikatnya, kita semua anak mua mesti ingat, dan sentiasa ingat, bahawa inilah dia bentuk pilihanraya yang ada dalam negara kita, dengan setiap penjuru (terdapat) sekatan dan penipuan yang dilakukan oleh Umno-Barisan Nasional (BN)untuk mempastikan mereka terus berkuasa,"jelasnya.

Beliau menegaskan dan yakin, InsyaAllah anak-anak muda akan menjadi penentu yang hebat dalam pilihanraya kali ke-14 akan datang.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP