Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:23 PG

:: cina islam | 2011 ::


PAS sertai himpunan aman “SuaraRakyat 505” esok

Posted: 23 May 2013 11:50 PM PDT

14 Rejab 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman "Suara Rakyat 505" anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam.

Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing.

Semalam penggerak utama kepada himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan.

Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan.

Ianya termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim.


Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai himpunan itu esok.


"Saya harap pihak polis dapat memberi kerjasama untuk mengawal himpunan itu esok dan tidak menggunakan kekasaran yang boleh mengeruhkan suasana," katanya.

Berubah lagi ! Kementerian Pelajaran jadi Kementerian Pendidikan

Posted: 23 May 2013 09:45 PM PDT

14 Rejab 1434 H. [MOD] -

PHUKET: Kementerian Pelajaran kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.
Beliau, yang juga Menteri Pendidikan berkata, perubahan nama kementerian itudiluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu lepas setelah pakar bahasa sependapat istilah pendidikan lebih tepat berbanding pelajaran.
"Pakar bahasa berpendapat istilah pendidikan lebih tepat dan sebab itu Perdana Menteri bersetuju dan saya juga telah beritahu pegawai supaya menerimanya sebagai nama baru, malah nama kementerian pendidikan juga pernah digunakan sebelum ini," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Beliau berkata, proses penggabungan dua kementerian - Kementerian Pelajarandan Kementerian Pengajian Tinggi - yang dijangka selesai dalam tempoh sebulantelah bermula sejurus kabinet diumumkan dan yakin tidak akan menghadapi kesukaran kerana kedua-duanya mencakupi proses pembelajaran dan pengajaran yang berasal daripada satu kementerian sebelum dipisahkan.
Muhyiddin berkata, penggabungan itu tidak menyebabkan pertindihan antara sekolah rendah, menengah dan universiti kerana masing-masing mempunyai pelan pembangunan sendiri kecuali aspek kepimpinan yang diletakkan di bawah satu kementerian dengan mempunyai dua menteri dan dua timbalan menteri.
"Saya telah mengemukakan cadangan bagaimana struktur baru itu hendak dibentuk dan Ketua Setiausaha Negara telah mengambil maklum dan berbincang dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di mana minggu depan akan ada perbincangan lanjut dan Insya-Allah pelantikan jawatan yang sepatutnya dibuatakan dilakukan," katanya dan menambah dalam bahasa Inggeris kementerian itu kekal dengan panggilan 'Ministry of Education'.
Beliau berkata, walaupun digabungkan beliau membayangkan tidak akan berlaku perubahan terhadap dasar yang digunakan sebelum ini sebaliknya penyatuan itu menghasilkan penjimatan dari segi guna tenaga dan kepakaran kakitangan.
Muhyiddin berkata sebagai contoh, koordinasi dua kementerian membawa kebaikan kepada sektor pendidikan kerana kepakaran tenaga pengajar di universiti seperti pensyarah bahasa Inggeris boleh digunakan untuk membantu meningkatkan kemahiran bahasa itu di sekolah rendah dan menengah kebangsaan.
Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, cadangan supaya bahasa Mandarin dan Tamil kembali diajar di Sekolah Kebangsaan akan dikaji secara mendalamkerana pelaksanaannya akan melibatkan perubahan kepada dasar tertentu.
Muhyiddin berkata, proses pengajaran kedua-dua bahasa itu pernah dilaksanakan sebelum ini tetapi tidak mencapai matlamat seperti apa yang dimahukan berikutan jumlah pelajar yang tidak begitu ramai.
"Itu sebenarnya bukan baru tetapi setelah ada pihak yang mencadangkan sebegitu, maka saya perlu meneliti kerana kita nak melaksanakannya secara bersungguh-sungguh dan tidak mahu orang bukan Melayu melihat Sekolah Kebangsaan ialah 'sekolah kebangsaan', bukannya sekolah Melayu dan menawarkan pelbagai bahasa selain bahasa Malaysia.
"Persoalan besar yang mencabar kementerian ialah kalau ia hendak dilaksanakan kita perlu sediakan sejumlah guru mahir yang ramai kerana kita memiliki lebih 7,000 sekolah rendah dan 3,000 sekolah menengah...jadi sebelum kita nak buat keputusan yang melibatkan dasar kita perlu kaji dengan sebaik-baiknya," katanya. - BERNAMA

Saya tetap akan berjuang selagi rakyat bersama-sama'

Posted: 23 May 2013 09:38 PM PDT

14 Rejab 1434 H. [MOD] -
Walaupun beberapa siri tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis berhubung bantahan dakwaan penipuan pilihan raya, namun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan terus berjuang bersama rakyat. 

NONE"Penangkapan dah bermula. Di akhirnya nanti kita tahulah siapa yang kena. 

"Tapi saya nak beritahu, kalau tujuan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Razak) atau Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) nak buat penangkapan ini untuk beri isyarat pada saya untuk takutkan saya, saya nak beritahu, saya tetap akan berjuang selagi rakyat bersama-sama," katanya diikuti tepukan hadirin.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 20,000 hadirin dalam perhimpunan "blackout 505" yang diadakan di Kuala Ibai, Terengganu malam tadi. 

NONETurut hadir untuk memberikan ceramah ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Perhimpunan "blackout 505" di Terengganu malam tadi merupakan salah satu destinasi Anwar dalam siri jelajah ke seluruh negara bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

Semalam, pihak polis menahan MP Batu, Tian Chua, aktivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan yang dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya Sabtu ini. 

NONEKetiga-tiga mereka telah ditahan dibawah Akta Hasutan dan di bawa ke Balai Polis Jinjang.

Selain individu terbabit, polis turut  menyiasat enam lagi pemimpin Pakatan dan aktivis selepas pilihan raya umum ke-13, atas kesalahan berbeza.

Ia termasuk ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim, MP Pandan Rafizi Ramli, pengasas DAP Dr Chen Man Hin, MP Taiping Nga Kor Ming dan MP Serdang Ong Kian Ming.

malaysiakini/-

Puluhan ribu hadir di Black505 Terengganu malam tadi

Posted: 23 May 2013 09:35 PM PDT

14 Rejab 1434 H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU: Himpunan Black505 peringkat negeri Terengganu yang berlangsung malam tadi menyaksikan puluhan ribu rakyat hadir.

Himpunan yang berlangsung di Markaz PAS Kuala Ibai malam tadi dianggar mencatat kehadiran kira-kira lebih 50,000.

Turut hadir malam tadi, pemimpin utama Pakatan Rakyat khususnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa serta pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri.

Mohamad dalam ucapannya malam tadi turut mengulas isu penangkapan tiga oran pemimpin dan aktivis rakyar iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bekas MT Umno Tamrin Ghafar serta aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu) Haris Ibrahim.

Katanya, tindakan tangkapan serta memberi amaran akan menggunakan kekerasan terhadap mereka yang mahu berhimpun membantah penipuan pilihan raya, menunjukkan Menteri Dalam Negeri yang baru Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dalam keadaan panik.

"Penangkapan sudahpun bermula, pendekar Bagan Datoh sudag tunjuk belang.

"Zahid Hamidi mula menunjukkan belangnya terhadap rakyat marhean yang tidak bersenjata.

"Dia sudah panik, panik dengan kebangkitan rakyat," katanya.

Satelit Ecuador berlanggar serpihan roket Rusia

Posted: 23 May 2013 05:50 PM PDT

14 Rejab 1434 H. [MOD] -

QUITO 23 Mei - Sebuah satelit kecil Ecuador dilapor berlanggar dengan serpihan roket Rusia semalam, namun tahap kerosakan satelit tersebut masih belum diketahui.

Agensi angkasa Ecuador EXA melaporkan, satelit Pegaso masih kekal di orbit meskipun telah berlanggar dengan serpihan roket S14 yang dilancarkan ke angkasa hampir tiga dekad lalu.

Jelas agensi tersebut, pelanggaran terbabit berlaku kira-kira 1,500 kilometer di ruang angkasa timur Madagascar pada pukul 5.38 pagi waktu tempatan. - AFP



Iran nafi ceroboh ruang udara Bahrain

Posted: 23 May 2013 05:49 PM PDT

14 Rejab 1434 H. [MOD] -

DUBAI 24 Mei - Iran semalam menafikan laporan tentang sebuah drone miliknya menceroboh ruang udara Bahrain yang menempatkan Armada Tentera Laut Kelima Amerika Syarikat (AS).

Kelmarin, Menteri Penerangan Bahrain, Samira Rajab mendakwa, sebuah pesawat tanpa pemandu dikesan memasuki ruang udara di perairan Teluk antara Bahrain dan Arab Saudi.

Bagaimanapun, agensi berita Iran, IRNA yang memetik kenyataan seorang pegawai Kementerian Luar, menafikan tuduhan tersebut dan menggesa kerajaan Bahrain tidak membuat tuduhan sedemikian.

Sebaliknya, pegawai yang enggan dikenali itu mengingatkan kerajaan Bahrain untuk menyelesaikan masalah tuntutan rakyat di negara itu yang mahukan perubahan dan keadilan. - REUTERS




Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP