Jumaat, 17 Mei 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


‘Dia bedil sapo?’

Posted: 17 May 2013 01:48 AM PDT

7 Rejab 1434 H. [MOD] -

Foto
Bachok: "Dia bedil (tembak) sapo (siapa) tu, ke bedil aku?," kata tukang rumah sebelum rebah dan mengerang kesakitan akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki dipercayai dikenalinya ketika bersarapan di warung makan di Kampung Gong Batu, Kemayan, Tawang, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Azmi Ismail, 37, parah terkena tembakan di pinggang kanan dan di belakang paha kanan sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Mangsa dari Pantai Senok di sini, ditembak seorang lelaki memakai baju Melayu, berkain pelikat dan bertopi keledar yang menunggang motosikal Yamaha LC.

Saksi kejadian yang juga pemilik warung berkenaan, Idayu Mustafa, 30, berkata sebelum kejadian, dia sibuk melayan empat pelanggan termasuk mangsa yang bersarapan di warungnya.


Katanya, sejurus meminta minuman, mangsa didekati seorang lelaki memakai kain pelikat, baju Melayu dan bertopi keledar yang datang ke warung menunggang dengan motosikal jenis Yamaha 

METRO/-

2 mayat reput dalam lubang

Posted: 17 May 2013 01:40 AM PDT

Foto
7 Rejab 1434 H. [MOD] -


Miri: Tanda tanya mengenai kegagalan dua pekerja tapak binaan warga Indonesia hadir bekerja sejak enam hari lalu, terjawab apabila mayat mereka ditemui ditanam sedalam 1.5 meter di tapak pembinaan di Permyjaya di sini, semalam.
Mayat reput kedua-dua lelaki dipercayai bersaudara itu yang belum dikenal pasti identiti, ditemui selepas sepasukan polis bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan dibuat seorang penyelia di tapak projek itu kira-kira jam 8.30 pagi.
Dengan bantuan anjing pengesan dan jengkaut, polis berjaya mengeluarkan mayat kedua-dua lelaki terbabit yang ditanam berhampiran longkang yang sedang dalam pembinaan di tapak projek berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathon Ringgit berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengesan dan mengeluarkan mayat sudah reput dan hampir berkecai itu.


Katanya, khidmat anjing pengesan terpaksa digunakan bagi mengesan lokasi sebenar mayat itu ditanam sebelum mengorek menggunakan jengkaut berikutan lubang turut ditutup dengan simen.

METRO/-

Mati kebuluran

Posted: 17 May 2013 01:35 AM PDT

7 Rejab 1434 H. [MOD] -
Foto


Georgetown: Sepasang suami isteri dihukum 24 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini, semalam, selepas didapati bersalah menyebabkan kematian pembantu rumah akibat kebuluran, pada April tahun lalu.

Hukuman dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Zamani Abdul Rahim yang membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan peguam Naizatul Zamrina Karizaman mewakili kedua-dua tertuduh dan hujah Timbalan Pendakwa Raya Tan Guat Cheng.
Zamani berkata, sebagai majikan kepada mangsa berasal dari Kemboja yang datang mencari nafkah di negara ini, kedua-dua tertuduh sepatutnya menjaga kebajikan seperti makan minum, perubatan serta barangan asas mangsa sepanjang berada di bawah jagaan mereka.

"Bagaimanapun, tertuduh bertindak sebaliknya apabila membiarkan mangsa yang asalnya mempunyai ketinggian 148 sentimeter dan berat badan 44 kilogram (kg) susut mendadak sehingga menjadi 26.1kg dalam tempoh tujuh bulan," katanya.

PASANGAN suami isteri dibawa keluar mahkamah, semalam.

Tertuduh, Soh Chew Tong, 44, dan isteri, Chin Chui Ling, 42, diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh mereka ditahan, pada 1 April lalu.

METRO/-

Adik rentung bersama kereta kesayangan

Posted: 17 May 2013 01:33 AM PDT

7 Rejab 1434 H. [MOD] -


'Adik rentung bersama kereta kesayangan'

Abdul Manan (tiga, kanan) berkongsi duka Ariah menceritakan kenangan bersama anak bongsunya itu sebelum kejadian.
KUANTAN - "Tak sangka sayang adik pada kereta Gen 2 itu sehingga dia turut terkorban dan rentung bersama," kata Ariah Jono,50, ibu mangsa kemalangan Jalan Pintasan, dekat Indera Mahkota kelmarin Nurul Fadhillah Aripin,21.

Nurul Fadhillah yang merupakan pelajar tahun akhir Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) yang dalam perjalanan ke rumah kakaknya di Kubang Buaya dikatakan gagal mengawal kereta yang dipandunya lalu terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh dua batang pokok.

"Saya reda adik pergi dahulu. Dia yang merupakan penyeri keluarga ini memandangkan dia anak bongsu dari tujuh beradik.

"Selama ini, apa sahaja kemahuan dia saya turuti dan sebelum hari kejadian dia teringin makan sate. Tidak sangka pula, itu adalah permintaan terakhir yang saya boleh tunaikan," katanya.

Ariah berkata, sehingga kini dia masih tidak percaya anak bongsunya itu sudah meninggal dunia, bagaimanapun dia dan suami harus menerima hakikat itu dengan reda.

"Adik sangat sayang kereta itu dan segala barang yang disayanginya diletakkan di dalam kereta tersebut.. hinggakan tidak ada tempat untuk orang lain tumpang di tempat duduk belakang.

"Memang saya sedih sangat.. semua barang kesayangan adik turut terbakar dalam kereta itu dan tiada apa yang boleh kami pandang untuk mengubat rindu pada dia," kata Ariah yang tinggal di Felda Panching Timur di sini.

Dalam kejadian jam 5 pagi tersebut, Nurul Fadhillah dikatakan memandu bersendirian untuk menumpang tidur di rumah kakaknya.

Mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan dipandunya lalu terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh dua batang pokok hingga tumbang.

Akibat perlanggaran itu kereta Gen 2 yang dipandu terbakar.

Nasib keluarga ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail yang turut simpati dengan kejadian yang menimpa Nurul Fadhillah ini.

"Saya harap agar keluarga arwah sabar dan reda dengan kejadian semoga arwah dicucuri rahmat," katanya yang turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini," katanya.

SINAR/-

Bangladesh dilanda ribut

Posted: 17 May 2013 01:28 AM PDT


7 Rejab 1434 H. [MOD] -




CHITTAGONG - Ribut tropika melanda Bangladesh hingga menyebabkan kemusnahan yang besar, dibimbangi akan turut melanda kawasan pedalaman negara itu.

Kejadian berlaku semalam.

Laporan awal menyebut 13 maut selepas ditimpa pokok tumbang akibat ribut dan beribu-ribu tempat kediaman turut musnah.

"Sekurang-kurangnya 15,000 rumah diselaputi lumpur selepas ribut melanda ," kata pegawai daerah Noakhali, Sirajul Islam.

Lebih daripada sejuta rakyat negara itu turut diberi amaran supaya meninggalkan kediaman mereka dan mengosongkan kawasan pantai di Cyclone Mahasen.

Ramai penduduk ditempatkan di sekolah-sekolah dan bangunan kerajaan sejurus ribut melanda kawasan kampung mereka.

Beribu rumah turut musnah akibat ribut tropika itu dan kebanyakan yang terlibat ialah rumah penduduk yang tinggal di persisir pantai.

SINAR/-

Rafizi: Pakatan akan desak reformasi SPR ‘di mahkamah, jalanan dan Parlimen’

Posted: 17 May 2013 01:24 AM PDT

7 Rejab 1434 H. [MOD] -


Rafizi Ramli: Mendakwa penipuan di 30 kerusi marginal pada PRU13. — Gambar fail
GEORGE TOWN, 17 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan terus mendesak kerajaan untuk melakukan reformasi menyeluruh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Malaysia mahu melihat pilihan raya bersih pada masa akan datang, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Bercakap dalam satu forum mengenai fakta di belakang kemenangan undi popular PR dalam Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi, beliau mengatakan satu-satunya cara adalah dengan terus melawan dan memberikan tekanan supaya SPR benar-benar diubah dan digantikan oleh mereka yang adil dan percaya dengan pilihan raya bersih.
"Kita perlukan SPR direformasikan sepenuhnya di mana pengerusi sehingga semua pegawainya digantikan oleh pegawai baru yang dipersetujui oleh PR dan orang awam untuk menjamin mereka tidak berpihak kepada mana-mana parti," katanya.
Menurutnya, hanya selepas SPR direformasikan secara menyeluruh pilihan raya semula akan diadakan bagi membuktikan terdapat kecurangan dan penipuan terutamanya di 30 kerusi marginal.
Beliau memberitahu ratusan hadirin di Komtar, PKR telah menyediakan pasukan untuk menyiasat penipuan pilihan raya di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebaik sahaja bukti dikumpulkan, petisyen pilihan raya akan difailkan.
"Kita diberitahu untuk memfailkan petisyen, ia berkos RM50,000 untuk setiap petisyen bagi setiap kerusi, ini bermakna, 27 kerusi yang kini kami sedang siasat akan menyebabkan kos menghampiri RM1.5 juta jika kita failkan petisyen," katanya.
Beliau mengatakan mengapa parti itu untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan meneliti semua penyelewengan selain daripada mengumpul sumber yang cukup agar dapat memfailkan petisyen.
"Kita perlu terus melawan, sama ada di mahkamah, di jalanan atau di Parlimen untuk mendesak perubahan menyeluruh bagi SPR atau Barisan Nasional (BN) akan terus menipu untuk menang," kata ahli Parlimen Pandan itu.
Semasa sesi soal jawab, sesetengah penonton bertanya apa PR boleh lakukan mengenai pertuduhan persempadanan semula yang akan menyebabkan BN terus menang dalam semua pilihan raya akan datang.
Ahli strategi pilihan raya DAP Dr Ong Kian Ming, yang juga merupakan ahli panel forum mengatakan satu-satunya cara untuk memperjuangkan reformasi SPR adalah untuk memastikan proses persempadanan semula yang dijangka bermula pada tahun ini akan dilakukan secara adil dan tiada lagi percubaan untuk manipulasi.
Terdapat tiga ahli panel bagi forum tersebut Rafizi, Ong dan Dr Dzulkefly Ahmad — sementara Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari bertindak sebagai moderator.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang turut diundang untuk bersama-sama terlibat tidak hadir sehingga forum berakhir pada pukul 11 malam.

MALAYSIAN INSIDER/-

Cipta robot gergasi dengan kos 150,000 yuan

Posted: 17 May 2013 01:17 AM PDT

7 Rejab 1434 H. [MOD] -


XIANGLI membetulkan litar elektrik pada robot ciptaannya di dalam rumahnya di Beijing kelmarin.


BEIJING - Seorang pencipta amatur, Tao Xiangli mencipta sebuah robot yang diperbuat daripada barang-barang kitar semula dan wayar elektrik di rumahnya di sini.
Dia membelanjakan kira-kira 150,000 yuan (RM73,427) dan menghabiskan masa selama lebih 11 bulan untuk membuat robot tersebut.
Barang-barang itu dibeli dari kedai yang menjual barang-barang terpakai.
Menurut media tempatan, robot itu setinggi 2.1 meter dan seberat 480 kilogram. - Reuters


 

Masa Depan Malaysia Hanya Ada Pada Pakatan Rakyat!

Posted: 17 May 2013 01:16 AM PDT

7 Rejab 1434 H. [MOD] -


Tatkala Najib, UMNO, bekas hakim dan sekalian akhbar & blogger pencacai meniupkan api perkauman di kalangan rakyat Malaysia dengan menyeru dan terus menghasut bangsa Melayu membenci kaum Cina kerana tertekan dengan keputusan pilihanraya yang lalu, sebilangan besar rakyat pula di bawah Pakatan Rakyat memupuk perasaan saling menyayangi dan rasa persaudaraan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Masa depan Malaysia hanya di tangan PAKATAN RAKYAT! Saksikanlah persaudaraan ini:

Dahsyatnya Puasa Senin Kamis

Posted: 17 May 2013 01:13 AM PDT


7 Rejab 1434 H. [MOD] -

Betapa Kecilnya Kita di Hadapan Allah

Siapa sih yang tidak ingin awet muda, bebas penyakit, sekaligus selamat dunia akhirat ? Kalau kita ingin mendapatkan semua itu, cobalah berpuasa Senin-Kamis secara teratur.

Kebanyakan dari kita tentunya pernah mendengar puasa Senin Kamis sebagai puasa sunnah di dalam Islam. Namun, berapa yang benar-benar berusaha merutinkan puasa tersebut ?

Kalau hari itu kebetulan ada acara pengajian dan makan-makan, bukannya lebih enak makan-makan ketimbang puasa sunnah ? Kalau pagi itu kebetulan tidak sempat sahur, bukannya lebih nyaman absen puasa dulu ? Bagaimanapun, puasa Senin Kamis itu hanyalah 'sunnah' bukan ?

Tak banyak dari kita yang tahu benar hikmah puasa Senin Kamis dari segi spiritual, kesehatan dan keutamaannya di hadapan Allah. Karena itu, dalam rubrik tadzkirah IMSIS kali ini, ada baiknya kita mengupas hikmah puasa Senin Kamis supaya kita lebih semangat menjalaninya.

Alasan utama mengapa puasa Senin Kamis disunahkan dalam Islam ialah karena Rasulullah sering berpuasa di kedua hari tersebut.

Tapi, apa keutamaan Senin dan Kamis ?

Sehubungan dengan hal ini ada 2 hadis dari Rasulullah yg berkenaan dengan pemilihan hari Senin dan Kamis.

Yang pertama, dalam Hadist Riwayat Ahmad disebutkan bahwa Rasulullah mengatakan bahwa semua amal dibentangkan di hari Senin dan Kamis. Karena itu, sebagai orang beriman, sungguhlah baik bila pada saat malaikat melaporkan amalan kita itu kita tengah berpuasa.

Yang kedua, hari Senin Kamis adalah hari istimewa karena pada hari itulah Rasulullah dilahirkan, menjadi rasul dan mendapat wahyu (HR Muslim).

Jadi terlihat disini bahwa hari Senin dan Kamis adalah hari istimewa dari sisi religius.

Dari sisi logika, bisa dilihat bahwa hari Senin dan Kamis membagi satu 'minggu' menjadi dua bagian yang hampir sama rata. Jadi kentara sekali bahwa puasa Senin Kamis mempunyai fungsi maintenance atau pemeliharaan. Analoginya mungkin sama dengan pembagian waktu minum obat kala kita sakit. Tentu kita ingat, kala kita sakit, kita sering disuruh minum obat 2x sehari, yaitu 1x di pagi hari dan 1x di malam hari. Kalau dilihat, waktu2 dimana kita disuruh minum obat 2x tersebut membagi kurang lebih hari itu menjadi 3 bagian yang sama. Hal ini berlaku juga dengan Senin dan Kamis yang membagi satu minggu menjadi dua bagian.

Dengan berpuasa di hari Senin dan Kamis, secara tidak langsung kita melakukan maintenance untuk diri kita secara rutin baik dari segi spiritual maupun jasmani.

Lalu, apakah keutamaan puasa yang berkelanjutan seperti puasa Senin Kamis ini ?

Keutamaan yang pertama ialah karena puasa Senin Kamis melatih kita secara teratur untuk menghindarkan diri dari pekerjaan dosa. Kalau ada latihan efektif untuk 'anger management' atau latihan kesabaran, maka itulah puasa. Karena itu, cocoklah jika dikatakan bahwa puasa adalah zakat jiwa, dimana pada saat puasa, kita membuang perangai buruk. Sehingga sesudah puasa, emosi dan spiritual kita menjadi lebih bersih.

"Segala sesuatu itu ada zakatnya,sedang zakat jiwa itu adalah berpuasa. Dan puasa itu separo kesabaran".(HR. Ibnu Majah).

Dengan menghilangnya perangai buruk kita, minimal seminggu dua kali, maka bisa juga dikatakan bahwa "Puasa adalah benteng yg membentengi seseorang dari api neraka yg membara".{HR.Ahmad dan Baihaqi}.

Keutamaan yang kedua ialah karena puasa Senin Kamis bisa meningkatkan amalan kita. Biasanya, seseorang yang kekenyangan dan keenakan cenderung malas beribadah. Puasa menjadikan kita lebih produktif dalam beribadah karena selain kita tidak lagi dalam posisi keenakan, orang yang berpuasa juga cenderung ingin beribadah ekstra. Disamping itu, puasa bisa melembutkan hati. Ini karena dengan puasa, kita cenderung lebih berempati dengan orang-orang yang lebih tidak beruntung dibanding kita. Karena itu, puasa bisa menjadikan kita lebih dekat dengan Allah dan lebih bertakwa.

Tidaklah salah kalau dalam Quran disebutkan bahwa puasa diperintahkan pada kita dan orang2 sebelum kita supaya kita menjadi orang yang bertakwa (Al Baqarah 183).

Selain dari keuntungan dari segi emosional spiritual seperti yang dijelaskan diatas, puasa juga memiliki keutamaan dari segi kesehatan. Sudah bukan rahasia lagi bahwa saat ini sudah ada banyak riset yang menyimpulkan bahwa puasa yang teratur itu baik untuk kesehatan.

Manfaat kesehatan dari puasa yang paling populer adalah puasa bisa dibilang sebagai cara ampuh untuk membatasi kalori yang masuk ke tubuh kita. Dalam Islam dan bidang kedokteran, dianjurkan untuk tidak makan berlebihan, karena makanan yang berlebih dan tidak sehat bisa menimbulkan penyakit. Lihat saja masyarakat di negara makmur yang mana makanan berlimpah. Selain tingkat obesitas tinggi, masyarakat negara-negara tersebut banyak yang mengidap diabetes dan jantung yang notabene sering dijuluki sebagai penyakit orang kaya. Dengan puasa Senin Kamis, paling tidak, dalam dua kali seminggu, kita membatasi kalori yang masuk dalam tubuh kita.

Manfaat lain dari puasa ditinjau dari segi kesehatan yang juga banyak dipopulerkan adalah fungsi pembersihan dan penyembuhan. Dengan istirahatnya sistem
pencernaan kita selama puasa, maka memungkinkan sistem2 lain di tubuh kita untuk bekerja dengan lebih baik, misalnya sistem imunitas. Inilah sebabnya mengapa orang yang sakit atau binatang yang terluka suka menolak makan. Andaikata kita tidak sedang sakit pun, polisi imunitas bekerja keras saat kita puasa. Jika polisi-polisi ini mendeteksi hal-hal yang kira-kira nanti bisa membuat kita sakit atau hal-hal abnormal, seperti tumbuhnya kista atau tumor, maka pada hari kita puasa, mereka bisa memberantasnya.

Sistem detoksifikasi tubuh juga bekerja lebih lancar jika kita tidak menerima asupan lagi. Disini, mungkin kita bisa membayangkan sistem pembersihan tubuh kita seperti pegawai yang kewalahan mengerjakan tugasnya kalau tugas datang bertubi2. Akibatnya, fungsi pembersihan tubuh tidak terkerjakan dengan maksimal dan sangat mungkin luput mengeliminasi beberapa zat-zat yang kurang baik untuk tubuh kita. Dengan berhentinya asupan, maka tugas dari sistem pembersihan tubuh kita menjadi lebih manageable sehingga kinerjanya menjadi lebih maksimal.

Sistem peremajaan juga bekerja dengan maksimal saat kita puasa karena Allah mendesain tubuh kita untuk mengeluarkan hormon yang erat kaitannya dengan anti-aging kala kita puasa. Karena itu tidaklah mengherankan jika pada suatu eksperimen ditemukan bahwa cacing yang berpuasa bisa hidup 19 generasi lebih lama dibanding cacing yang tidak berpuasa. Kalau ada obat anti aging yang ampuh, itulah puasa. Bisa jadi puasa Senin Kamis secara teratur nantinya menjadikan kita awet muda dan bebas penyakit di hari tua.

Lalu bagaimana dengan orang yang sering mengeluhkan tidak bisa bekerja karena kelaparan dan lemas pada saat puasa seperti yg terlihat jelas di Indonesia dimana kinerja orang menjadi turun saat puasa? Jika hal ini terjadi, bisa jadi kelaparan itu terjadi karena kita tidak bekerja dengan baik atau kurang konsentrasi. Yang jelas, puasa tidak mempunyai pengaruh buruk terhadap otak dan daya pikir kita. Malahan, sudah ada penelitian yang membuktikan bahwa puasa malah meningkatkan daya pikir kita.

Masih banyak lagi manfaat kesehatan dari puasa,misalnya puasa bisa menghindari atau mengurangi diabetes dan penyakit vascular seperti jantung. Yang jelas, kala Sang Pencipta kita mewajibkan kita puasa minimum setahun sekali selama Ramadhan , Dia tahu bahwa puasa itu baik bagi kita. Bayangkan dahsyatnya puasa kala kita bisa merutinkannya seminggu dua kali seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah.

Walaupun begitu, perlu diingat dan digarisbawahi bahwa semua amal tergantung niat. Jika niat puasa kita hanyalah dari segi kesehatan, maka itulah yang kita dapat. Namun kala niat puasa kita adalah dalam rangka meningkatkan kualitas spiritualitas kita dan mendekatkan diri pada Allah maka tidak hanya kita mendapat fisik yang prima, namun juga ridho Allah dan keselamatan dunia akhirat. Sebagai muslim, ridha Allah terletak di atas segala-galanya. Allah sangat menyukai orang yang berpuasa karena Allah, sehingga Allah menjanjikan gerbang khusus di surga bagi yang gemar berpuasa, yaitu Ar-Rayyan (H.R Muslim).

Maka dari itu, marilah kita galakkan dan rutinkan puasa-puasa sunnah seperti puasa Senin Kamis dalam rangka meraih ridha Allah dan salah satu cara untuk meraih jannahNya. Insya Allah dengan puasa yang rutin, kita tidak hanya mendapat balasan di akhirat nanti, tetapi kita juga mendapat keuntungan di dunia berupa kesehatan yang prima dan daya pikir yang jernih.

selatan online/-

Terkejut ular tumpang tengok TV

Posted: 17 May 2013 01:09 AM PDT

7 Rejab 1434 H. [MOD] -


Terkejut ular tumpang tengok TV

Rayner melihat ular sawa yang sedang bersalin kulit di dalam sangkar.
IPOH - Keseronokan sebuah keluarga menonton televisyen dikejutkan dengan kehadiran ular tedung selar yang muncul di hadapan pintu rumah mereka di Taman Tasek Damai, Klebang, di sini, Selasa lalu.

Bagaimanapun, salah seorang daripada ahli keluarga terbabit bertindak menahan kepala ular berbisa itu menggunakan pintu sementara menunggu bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Pembantu Pertahanan Awam Daerah Kinta, Rayner Saimon berkata, pihaknya tiba di rumah terbabit kira-kira jam 10.30 malam dan menangkap reptilia berbisa yang tersepit di pintu ruang tamu rumah berkenaan.

"Sepanjang minggu ini, kami menerima 13 kes mengenai penemuan ular.

"Ada ular yang ditemui sangat agresif, berbahaya dan berbisa. Malah tidak kurang juga terdapat spesis ular yang separuh berbisa dan tidak membahayakan langsung," katanya.

sinar/-

Usah mimpi PR sokong persempadanan semula

Posted: 17 May 2013 01:02 AM PDT

7 Rejab 1434 H. [MOD] -



KOTA BHARU: Usah mimpi kerajaaan Barisan Nasional (BN) akan mendapat sokongan Pakatan Rakyat bagi meluluskan kajian persempadanan kawasan pilihan raya sekiranya ia tidak dilakukan secara telus dan adil.


Anggota parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, tanpa mendapat sokongan dua pertiga di parlimen, rang undang-undang persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak akan diluluskan.

"Ini kerana persempadanan kawasan pilihan raya sebelum ini hanya dibuat bagi menguntungkan BN semata-mata. Bukti dapat dilihat di kawasan bandar yang mempunyai sehingga lebih 100,000 pengundi tidak diwujudkan kawasan baru.

"Sedangkan kawasan pedalaman yang tidak ramai penduduk dipecah-pecah kepada lebih kecil dengan harapan memberi keuntungan Umno dan BN," katanya pada ceramah perdana di Dataran Stadium malam tadi.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besaar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Turut hadir Presiden R, Nazri Deraman dan Presiden K, Zulkapli Yaacob. Puluhan ribu mengikuti ceramah sulung selepas pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu.

Baru-baru ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof membayangkan pihaknya akan melakukan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi mengadapi pilihan raya umum ke-14.

Mengikut amalan setiap lapan hingga 10 tahun kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu dilakukan dengan mengambil kira pertambahan penduduk. Bagaimanapun rang undang-undang yang dicadangkan itu perlu mendapat sokongan dua pertiga anggota parlimen.

Anthony yang juga Adun Rasah berkata, pada PRU-13 lalu bandar-bandar besar yang menjadi ibu negeri dikuasai sepenuhnya Pakatan Rakyat kecuali Johor Bahru dan Kangar.

Menurutnya juga DAP akan terus bersama Pakatan Rakyat bagi menggantikan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita tidak akan layan biar pun ada kenyataan veteran Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya DAP mennyertai BN sebagai menggantikan MCA dan Gerakan. Kita berjuang bukan kerana jawatan sebaliknya mahu menggantikan kerajaan yang zalim dan korup," ujarnya.

Sementara itu Tuan Guru  Nik Abdul Aziz berharap orang ramai mendoakan kesihatannya lebih baik bagi membolehkan beliau sekali lagi dapat turut berkempen bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

"Kalau mengikut sirah Nabi Muhammad saw selepas tiga bulan tidak turun wahyu, baginda akhirnya dipanggil mengadapi Ilahi. Saya tidak tahu sama ada masih hidup dalam tempoh tiga bulan, tiga  tahun akan datang.

"Tuan puan pakat-pakat berdoa semoga saya masih sihat dan dapat menyumbang tenaga bagi mengahadapi pilihan raya umum akan datang," ujarnya.


harakahdaily/-

Berbangga dengan kekayaan.

Posted: 17 May 2013 01:01 AM PDT

7 Rejab 1434 H. [MOD] -


"Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: `Semoga saja kita mempunyai (harta) seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; Sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar'" (QS. Al-Qashash: 79).

Harta kekayaan boleh mengubah pandangan dan memikat hati.  Yang anehnya, orang-orang kaya yang hartanya berasal dari rasuah atau kejahatan lainnya pun, kini dimuliakan.  Padahal secara tidak disedari, memuliakan orang-orang seperti ini adalah bagian dari proses mebenarkan kejahatan dan secara tidak langsung ikut mendorong orang lain untuk berharap melakukan hal yang sama.  Ditambah lagi dengan perilaku pemilik kekayaan yang secara sengaja mempamirkan miliknya.

Dalam Alquran diterangkan bagaimana terpikatnya hati orang-orang di zaman dahulu ketika menyaksikan Qarun keluar dari kediamannya membawa kekayaannya untuk dipamirkan di hadapan khalayak ramai.  Sebahagian orang yang menyaksikannya, langsung terpikat dengan kekayaan Qarun.  Bukan sekedar terpikat, tetapi juga berangan-angan semoga boleh memiliki harta seperti Qarun.  Padahal mereka mengetahui bagaimana buruknya perilaku Qarun dalam memperoleh hartanya.

Bukan hanya di zaman dulu, di zaman sekarang pun demikian.  Ada orang seperti Qarun, yang suka menampak-nampakkan dan membangga-banggakan kekayaannya, meskipun itu harta haram.  Disadari atau tidak, itu sama artinya dengan mengajak orang lain untuk meniru kejahatannya.  Sehingga wajar, bila kepadanya diberikan dosa yang berlimpah dan berterusan . 


Tulisan asal : Oleh Jarjani Usman/Serambi

Kilang kasut runtuh, 2 maut

Posted: 17 May 2013 01:00 AM PDT

7 Rejab 1434 H. [MOD] -



Kilang kasut runtuh, 2 maut

Keadaan siling runtuh di dalam kilang akibat gagal menampuh berat peralatan besi di tingkat atas dekat kampung Kai Roung, Kemboja
PHNOM PENH - Satu lagi insiden runtuhan bangunan yang  kali ini melibatkan sebuah kilang kasut berjenama dan mengorbankan dua pekerja serta tujuh orang cedera di selatan Phnom Penh, Kemboja, semalam.

Jurucakap polis, Khem Pannara berkata, seramai 50 pekerja dilaporkan berada di dalam premis apabila beberapa lapisan silingnya roboh dan menghempap mangsa.

Katanya, runtuhan berpunca daripada peralatan besi berat yang disimpan di tingkat atas.

"Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan dua mayat  di bawah runtuhan siling," katanya.

Ketua Kesatuan Pekerja Kilang, Chea Muny berkata, kilang pengeluar kasut sneaker Asics bagi pasaran sukan Jepun yang mula beroperasi tahun lalu itu, dimiliki warga Taiwan.

Kemboja adalah salah sebuah negara pengeluar pakaian terbesar dunia dengan memperoleh pendapatan lebih AS$4 bilion (RM12 bilion) hasil eksport ke AS dan Eropah pada 2012.  - AP

Kajian sokong 'Anwar bersara’ hanya palsu

Posted: 17 May 2013 12:58 AM PDT

7 Rejab 1434 H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.

Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu.

Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama.

"Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai," kata The Edge.

Difahankan keadaan ituberlaku akibat telah digodam cybertroopers.

Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya samada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan pakatan itu untuk memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu.

81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara.


harakahdaily/-

Petua mudah jadi timbalan menteri bawah Najib

Posted: 17 May 2013 12:56 AM PDT

7 Rejab 1434 H. [MOD] -




Sesiapa nak jadi Timbalan Menteri dengan tidak payah bersusah payah masuk bertanding PRU sila ikut petua mudah ini...

1)  Tubuhkan satu NGO yang bersikap perkauman dan agama melampau... Maki hamun UMNO/BN siang malam, pagi petang 24 jam sehari, 7 hari seminggu, empat minggu sebulan, 12 bulan setahun tanpa henti dan jemu.

2)  Buat tuntutan-tuntutan yang tidak masuk akal macam nak saman kerajaan British berbillion ringgit.


harakahdaily/-

Hanya 2 menteri, mana 30% pembabitan wanita

Posted: 17 May 2013 12:55 AM PDT


7 Rejab 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Wanita DAP Kebangsaan kecewa kerana barisan Kabinet baru yang dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah meminggirkan golongan wanita.

"Cuma dua daripada 35 Menteri Kabinet adalah wanita," ujar Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching (gambar) dalam satu kenyataan dipetik Roketkini.

Katanya, perkara ini amat mengecewakan kerana BN sendiri dalam kempen mereka melaungkan mahu menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus pembabitan golongan wanita dalam proses membuat keputusan.

"Selain itu, di kala Perdana Menteri mahu kadar pengambilan tenaga kerja di kalangan wanita sebanyak 55 peratus pada 2015, malangnya kedudukan sekarang tidak banyak berubah dan hampir sama dengan 15 tahun lalu.

"Kita tidak dapat melihat berdasarkan situasi sekarang, bagaimana beliau (Najib) membuat sesuatu yang proaktif untuk memperbaiki keadaan ini," ujar Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai.

Justeru itu, beliau berharap dengan adanya pelantikan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang baru, Datuk Rohani Abdul Karim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, kerajaan mampu untuk lebih memberikan pemberdayaan terhadap golongan wanita dalam memperjuangkan semua isu dan hak wanita.


harakahdaily/-

Exco Selangor: Teng, Ean Yong sah wakili DAP

Posted: 17 May 2013 12:52 AM PDT


7 Rejab 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Adun Sungai Pinang dan Seri Kembangan, Teng Chang Khim (kanan) dan Ean Yong Hian Wah sah menjadi dua Exco Kerajaan Negeri Selangor daripada DAP.


"Yang lainnya bakal diumumkan selepas perbincangan bersama parti komponen Pakatan Rakyat Selangor," ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan petang ini.

Menurutnya, Teng telah memohon supaya dibenarkan untuk bertukar daripada jawatan Speaker menjadi Exco Kerajaan Negeri dan beliau telah bersetuju dengan permintaan tersebut.

Ean Yong (kiri) pula, jelasnya akan dikekalkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk penggal kedua.


"Saya juga telah meminta Pengerusi DAP Selangor merangkap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Teng untuk menguruskan perbincangan bagi jawatan kerajaan di Selangor bagi pihak parti," ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau menegaskan, tidak ada pengumuman akan dibuat sehingga perbincangan tersebut mencapai kata putus.

harakahdaily/-

Pendakwaan Black 505 bermotif politik – Nik Nazmi

Posted: 17 May 2013 12:49 AM PDT

7 Rejab 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA: Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berhubung penganjuran himpunan besar-besaran Black 505 di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu.


Nik Nazmi didakwa kerana gagal memaklumkan kepada polis berhubung himpunan tersebut dalam tempoh 10 hari sebelum himpunan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM10,000.

Sekiranya disabitkan bersalah dengan denda melebihi RM 2,000, Nik Nazmi akan hilang kelayakan sebagai Adun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala peguambela, Eric Paulsen mewakili Nik Nazmi.

Hakim, Datin Rohaya Ayob menetapkan sebutan kes pada 4 Jun depan.

Nik Nazmi dibebaskan tanpa ikat jamin selepas Rohaya menetapkan ikat jamin hanya akan dikenakan sekiranya beliau cuba mengelak untuk hadir dalam sebutan kes itu.

Di luar mahkamah, Nik Nazmi berkata, kes tersebut adalah satu permulaan yang kurang baik bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Saya berpendirian ini satu tindakan bermotifkan politik dan satu pembaziran sumber pihak polis yang sepatutnya menumpukan usaha terhadap membanteras jenayah.

"Saya juga merasakan tindakan ini bertentangan dengan agenda 'National Reconciliation' (pendamaian nasional) yang cuba diwar-warkan oleh Perdana Menteri," katanya.

Sementara itu Eric berkata, kes tersebut adalah jelas satu tindakan provokasi terhadap Pakatan Rakyat selaku pihak pembangkang.

"Kita lihat Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 ini disalahgunakan. Kalau dilihat di Myanmar memperuntukkan lima hari untuk penganjuran himpunan tetapi di Malaysia hingga 10 hari.

"Kita percaya ini adalah satu permulaan yang mana selepas ini akan lebih ramai pemimpin Pakatan Rakyat akan didakwa berhubung penganjuran perhimpunan tersebut," katanya.

Himpunan Black 505 yang berlangsung di stadium Kelana Jaya pada hari itu dihadiri kira-kira 50,000 penyokong Pakatan Rakyat bagi membantah keputusan pilihanraya ke 13.

Sumber : Hafizan Taib Selangorku

Khairy tunjuk belang di hari pertama jadi menteri

Posted: 17 May 2013 12:47 AM PDT

7 Rejab 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,17 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Setelah menjadi menteri, Khairy Jamaludin membuat dua kenyataan penting. Pertama, pandangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya pandangan peribadi, kedua beliau akan menjadi menteri untuk semua belia.


(Khairy ketika mula masuk ke pejabatnya hari ini  - pic Malaysiakini)

"Itu adalah pandangan peribadinya. Tidak mencerminkan pendirian kerajaan," kata Khairy dalam sidang medianya mengulas pandangan Zahid dalam tulisannya di akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Zahid semalam menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, sama ada list system atau single transferable vote di negara republik.

Menteri dalam negeri itu menulis di Utusan Malaysia, merujuk kepada siri perhimpunan besar pembangkang di seluruh negeri yang mempertikaikan keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Khairy juga hari ini berkata, Kementerian Belia dan Sukan akan menjadi kementerian kepada semua dan beliau akan berbincang dengan semua pihak bagi mencapai hasrat ini.

"Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi national reconciliation.

"Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia, bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional," katanya dalam sidang media pertamanya hari ini selepas mengangkat sumpah sebagai menteri.

Sejak lima tahun dahulu Khairy disisihkan oleh pentadbiran Najib kerana bimbangkan tentangan dari musuh peribadinya, Tun Dr Mahathir.

Namun, Najib mengambil Khairy dalam kabinetnya kali ini.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan perlantikan Khairy sebagai pertahanan Najib untuk melawan kritikan Tun Dr Mahathir.

Kuala Kangsar, Catatan Idham Lim (5)

Posted: 16 May 2013 04:36 PM PDT

Gambar Kenangan sebulan selepas menjadi ADUN Titi Serong 2008

7 Rejab 1434 H. [MOD] -

Semasa datang ke Kuala Kangsar pada penghujung 2011 saya datang sendirian, namun kali ini saya kembali ke Parit Buntar pada tengah hari 6 Mei sehari selepas tidak menang di Kuala Kangsar dengan dihantar oleh team keselamatan yang masih setia bersama untuk berjuang.

Terima kasih kepada Abg Amir, Ketua team keselamatan yang dengan segera mengumpul dua kenderaan untuk mengiringi saya balik ke kediaman di Parit Buntar.

Hari 6 Mei juga bermulanya saya dengan tiada lagi jawatan dan panggilaan YB yang sekian lama dipanggil oleh rakan dan penyokong sejak 8 Mac 2008. Sebenarnya selepas pembubaran Parlimen pada 4 April saya sudah tidak  lagi seorang wakil rakyat, namun hairannya sampai sekarang mereka masih memanggil saya dengan gelaran itu.

Kerana ianya buka atas permintaan saya, yang masih mahu dan sudi  panggil YB panggillah, saya rasa tidak merugi mereka kerana itu dan rasanya tidak terlalu hormat hingga saya dapat imbuhan pelbagai kerana panggilan yang masih kekalkan  itu, apa lagi saya rasa biasa sahaja.

Atau paling kurang saya YB bagi mereka yang berjumlah 13,136 orang yang mengundi saya di Parlimen Kuala Kangsar dalam PRU ke 13 yang lepas.

Apa ada pada panggilan, saya tetap Idham Lim seperti dulu, yang tiada cuma jawatan sebagai wakil rakyat sahaja.

Sebenarnya saya lebih selesa dengan panggilan Idham lim sahaja, nama baru idham digabung dengan Lim adalah nama keluarga yang sangat bermakna dalam hidup ini

Selain itu kerana berlatarkan sedikit pendidikan agama di Aceh ramai kenalan dan penyokong memanggil diri ini dengan awalan ustaz. Rasanya ianya lebih mulia dan satu penghormatan yang tinggi,  ianya agak selesa dan diharap semua itu satu doa kepada diri ini untuk terus berbakti kepada agama dan jamaah PAS yang saya sayangi.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan kepada agama yang benar ini melayakkan kita dipanggil apa sahaja oleh manusia di dunia.

(bersambung.....)




Tiada ulasan:

Nuffnang