Jumaat, 17 Mei 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Hipotesis AS-PKR Ruhanie tak cukup akademik

Posted: 17 May 2013 04:04 AM PDT

Malaysiakini

Saya ingin merujuk kepada satu laporan media mengenai kenyataan Datuk Ruhanie Ahmad, penulis blog sosio-politik Kuda Kepang dan calon doktor falsafah (PhD) dalam bidang geopolitik dan kajian keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam satu pembentangan di sebuah forum anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) pada 16 Mei yang lalu, Datuk Ruhanie Ahmad melemparkan persoalan apakah Pakatan Rakyat, atau PKR lebih tepat, “menjadi ejen pertukaran rejim bagi menguntungkan Amerika Syarikat”.

NONETerdapat dua kekaburan pada dakwaan, pertanyaan atau hipotesis di atas. Kekaburan pertama melibatkan kerangka kajian Ruhanie (kiri).

Setiap kajian akademik perlu didatangkan bukti nyata iaitu hasil penelitian yang mendalam dan panjang.

Sebagai ahli akademik, saya tidak berminat dengan dakwaan-dakwaan berasaskan teori konspirasi.

Dalam sesi soal jawab forum tersebut, saya telah bertanya apakahframework atau metodologi akademik yang beliau gunakan untuk mencapai kesimpulan tersebut.

Ini penting kerana Ruhanie membuka pembentangan beliau dengan penegasan yang beliau bukan lagi ahli politik tetapi bakal menamatkan pengajian PhD beliau dalam bidang kajian keselamatan.

Ini memberi isyarat bahawa pembentangan beliau adalah pembentangan akademik dan dapatan beliau adalah dapatan akademik.

Kerangka ilmiah apa?

Namun demikian, Ruhanie tidak dapat menjawab komponen paling penting dalam satu pembentangan atau kajian akademik iaitu apakah kerangka ilmiah beliau.

Kekaburan kedua ialah, sebahagian besar hipotesis tersebut adalah bersandarkan tulisan Tony Cartalucci berjudul “Malaysia: Failure of US to Subvert the Elections and Install a ‘Proxy Regime’: US ‘Pivot’ Toward Asia Trips in Malaysia.

Adalah penting dalam sebuah kajian akademik yang berwibawa untuk mendatangkan penyangkalan pihak yang dituduh.

Ini kerana sesebuah kajian akademik bukanlah tulisan di blog atau tulisan popular di media. Kajian akademik meraikan dapatan dari dua pihak yang berseberangan.

NONEDalam hal ini, tulisan Tony Cartalucci bagi pihak Global Research, bertarikh 9 Mei lalu perlu ditekuni. Badan Global Research: Centre for Research on Globalization diasaskan oleh Profesor Michel Chossudovsky.

Beliau salah seorang penandatangan Kuala Lumpur Initiative to Criminalise War dalam tahun 2005, yang diinisiatif oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (atas).

Hubungan akrab mereka berdua ini juga diterjemahkan menerusipelancaran sebuah buku Chossudovsky oleh Tun Dr Mahathir sendiri. Ia dilakukan di Taman Tasik Perdana.

Dua insiden ini tentu sahaja mencairkan hujah Datuk Ruhanie Ahmad, kerana terdapatnya sentimen politik melampaui garis rasional akademik.

Kajian sendeng, berat sebelah

Ia juga menambah elemen konspirasi yang bukan merupakan satu sandaran yang baik dalam tulisan akademik.

Selain itu, Tony Cartalucci yang menulis bagi pihak Global Research ialah seorang pengarang yang terkenal dengan teori-teori konspirasi yang tidak dapat dibuktikan.

Salah satu dakwaan beliau yang menjadi jenaka dalam kalangan sarjana international relation adalah apabila beliau mengaitkanpengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada Mac 2013 lepas sebagai sebahagian dari Free Syrian Army dan merupakan proksi Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

NONEUsaha mengaitkan pencerobohan salah satu keluarga Kiram tersebut dengan gerakan salafisme di Timur Tengah menimbulkan tanda tanya kerana terdapatnya kelompongan atau missing link.

Sesebuah tulisan atau pembentangan akademik yang berkredibiliti haruslah dipasak oleh kerangka ilmiah yang sesuai, relevan dan munasabah.

Kajian akademik juga harus tidak bersikap berat sebelah dan sendeng. Lebih penting, teori konspirasi tidak ada tempat signifikan dalam kajian akademik.

Sesebuah kenyataan akademik harus disandar dan dirujuk kepada dapatan kajian yang berwibawa dan telah diperiksa secukupnya.

Oleh kerana itu saya berpandangan kenyataan Ruhanie dalam forum anjuran UMCEDEL semalam tidak akademik, dan bersifat sensasi.

 

Najib, BN fight for political survival: Nik Nazmi charged in bid to stop Black505 rallies

Posted: 17 May 2013 03:16 AM PDT

Malaysia-Chronicle

In a bid to suppress massive public support for the Black505 rallies kicked off by Anwar Ibrahim, it looks like Prime Minister Najib Razak has reverted to scare tactics and draconian measures just days after unveiling a new “transformational” Cabinet and promised to practise “the best democracy”.

Nik Nazmi Nik Ahmad, the PKR state assemblyman for Seri Setia, was charged in the Petaling Jaya Sessions court on Friday morning over the recently-held Kelana Jaya rally to protest fraud and irregularities in the May 5 general election.

According to his lawyer Eric Paulsen, Nik was charged under the Peaceful Assembly Act for allegedly failing to give 10 days notice to the police before the Suara Rakyat Suara Keramat or Black505 rally was held on May 8.

“The charge is an abuse of process and against public policy. The prosecution is done in bad faith, selective and politically-motivated. We will be filing an application to set aside the charge and to declare Section 9 of PAAA as unconstitutional and therefore null and void,” Eric told Malaysia Chronicle.

Landmark rally: Don’t concede defeat – Gen Y

Anwar, the Opposition Leader who had refused to concede defeat, had launched the rally to protest the electoral victory that he claims was stolen from his Pakatan Rakyat coalition.

The landmark gathering at the Kelana Jaya stadium had drawn more than 150,000 people from all walks of life, mostly young Malaysians in their 20s and 30s who came despite the short notice. Concerned about the fraud allegations, many urged Anwar not to give up or concede defeat.

“I pleaded not guilty,” Nik Nazmi tweeted out shortly after he was charged.

“Kinda like a police state right? Rule by fear, intimidation and favours," his PKR collegue Nurul Izzah, the Lembah Pantai MP, said on her Twitter.

Nurul, Kelana Jaya MP Wong Chen and DAP’s Ronnie Liu had gone to the court to show solidarity for Nik Nazmi, who is also the PKR communications chief.

“Eerie looking @ the numerous policemen, special branch officers &fru s on standby for @niknazmi s case. Reminiscent of 1998. PJ,” tweeted Nurul.

Najib fights for political survival

Apart from the landmark Kelana Jaya rally, Pakatan has held mega-rallies in Penang, Ipoh, Kuantan and Johor. Tonight, Anwar and team will be in Seremban and next week in Kedah (Tuesday, May 21), Terengganu (Thursday, May 23), Malacca (Friday, May 24).

So far, not less than 500,000 people have come to see the Pakatan leaders talk about GE13 fraud. The unprecedented public support may indeed be w

‘BN confirming their guilt’

The latest high-handed police action is also unlikely to deter the Pakatan from carrying on with their wildly-successive ‘roadshows’. Neither is it likely to stop the people, who braved the rain to see their ‘heroes’, from coming to the future rallies.

“It will only create greater public disgust and unhappiness with Najib Razak. Already the people feel he is not a legitimate prime minister and BN not a legitimate government because of the electoral cheating which many experienced first-hand for themselves, such as the indelible ink which washed out in less than an hour,” PKR MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.

“By using the police and under-handed tactics to the Black505 rallies, BN is only confirming their own guilt making things worse for themselves.”

Crackdown on organizers

Police have also hauled up the alleged organisers for Wednesday’s Black505 rally held in front of the PKR’s office in Taman Puteri Wangsa, Johor.

PKR state secretary Abdul Shukor bin Ayob and state work secretary Yuneswaran A/L Ramaraj were called up for alleged involvement in the gathering which drew a crowd of more than 60,000.

“The move to interview them over the event is an intimidation of those seeking to exercise their right to assemble in a peaceful manner,” PKR’s communications bureau had said in a statement issued on Thursday.

According to PKR officials, Nik Nazmi was charged under Section 9(1) of Peaceful Assembly Act and faces a fine of up to RM10,000 if found guilty. Lawyer Eric Paulsen is representing the 32-year-old assemblyman.

hy Prime Minister Najib Razak is moving to mow down the Pakatan’s momentum.

The 59-year-old PM, whose announcement of a new Cabinet just days ago was brushed aside by an indifferent public, seems to be in a quandry as to how to quell the uprising of popular support for his political rivals.

The Pakatan has identified 27 seats in the federal Parliament that they claim were won “dubiously”. They want a review and re-election in these seats.

But fighting for his own political survival, Najib is unlikely to agree. Most analysts expect him to use a combination of delaying and scare tactics to defuse the situation.

 

Kes Ganjil Perak dan Negeri Sembilan: Persekongkolan SPR dan Kecacatan sistem PRU

Posted: 17 May 2013 03:06 AM PDT

KPRU

Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU-13) yang dicemari oleh pelbagai penipuan dan kontroversi mengakibatkan kebebasan dan keadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipersoal oleh para pengundi dan rakyat Malaysia. Ia juga mendedahkan sektor awam yang diperkudakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama setengah abad merentasi sempadan antara negara dan antara parti politik. Bersama kerjasama SPR sewaktu PRU-13 ini, BN berjaya mengekalkan kuasa mentadbir walaupun kadar sokongan BN dalam keputusan PRU-13 telah jatuh kepada kurang daripada separuh.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menyalahkan keputusan PRU-13 kepada "tsunami Cina". BN mendakwa walaupun mereka gagal meraih sokongan etnik Cina, BN sebenarnya meraih sokongan daripada kumpulan etnik yang lain. Dalam dunia politik BN selama setengah abad ini, rejim pemerintah telah bergabung dengan sektor awam sambil mempromosi ideologi politik BN melalui media-media arus perdana bahawa erti BN adalah persamaan dengan maksud sebuah negara atau nasional dan bukannya sebuah parti politik semata-mata. Begitu juga, BN turut memanipulasi sektor awam seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR untuk melaksanakan pelbagai tipu helah dalam pilihan raya di samping menimbulkan konstroversi insiden-insiden keganasan politik.

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendapati bahawa BN mendakwa mereka telah meraih sokongan daripada etnik lain selain daripada etnik Cina, lantas, ini mengakibatkan rejim BN mengekalkan status politik mereka dalam PRU ini. Namun begitu, kadar sokongan dan jumlah kerusi di negeri Perak dan Negeri Sembilan tidak selari jika ianya dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Secara amnya, pertumbuhan kadar sokongan akan membawa peningkatan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun keadaan tersebut tidak dilihat dalam PRU-13 ini.

Sebagai contoh negeri Perlis (Sila lihat Jadual 1) melihatkan Pakatan Rakyat (PAKATAN) hanya meraih satu kerusi DUN di Perlis menjelang PRU-12 pada tahun 2008, di mana kadar sokongan menyumbang sebanyak 39.9 peratus. Manakala, dalam PRU-13 ini, PAKATAN meraih dua kerusi DUN, lantas kadar sokongan adalah selari dengan jumlah kerusi DUN kerana sokongan melonjak sebanyak 44.3 peratus.  Sebaliknya, kadar sokongan kepada BN menurun sebanyak 4.8 peratus daripada 60.1 peratus tahun 2008 kepada 55.4 peratus pada tahun 2013. Ini melihatkan kadar sokongan selari dengan penurunan jumlah kerusi DUN. Namun, dengan anehnya, negeri Perak dan Negeri Sembilan mengalami satu fenomena yang berbeza daripada negeri-negeri lain; iaitu PAKATAN mengalami peningkatan kadar sokongan tetapi jumlah kerusi DUN telah dikurangkan dalam negeri-negeri tersebut.

Kadar undi meningkat tapi jumlah kerusi menurun?

 

Jadual 1?Kadar pengundian dan Jumlah kerusi antara PAKATAN dan BN

2013

2008

Peningkatan/

Penurunan

Jumlah kerusi DUN

Peningkatan/

Penurunan

Kadar Sokongan undian

BN

PAKATAN

BN

PAKATAN

BN

PAKATAN

BN PAKATAN
Negeri Jumlah Kerusi DUN Kadar Sokongan Undian (%) Jumlah Kerusi 

DUN

Kadar Sokongan Undian (%) Jumlah Kerusi 

DUN

Kadar Sokongan Undian (%) Jumlah Kerusi 

DUN

Kadar Sokongan Undian (%) Jumlah Kerusi 

DUN

Jumlah Kerusi 

DUN

Kadar Sokongan Undian (%)

Kadar Sokongan Undian

(%)

Perlis

13

55.4

2

44.3

14

60.1

1

39.9

-1

1

-4.8

4.4

Kedah

21

50.6

15

48.5

15

46.8

21

53.2

6

-6

3.8

-4.7

Kelantan

12

43

33

53.7

6

44.7

39

55

6

-6

-1.8

-1.3

Terengganu

17

51.4

15

48.5

24

55.1

8

44.7

-7

7

-3.7

3.7

P.Pinang

10

31.6

30

67.8

11

36.9

29

63

-1

1

-5.3

4.8

Perak

31

44.9

28

54.7

26

46.5

33

53.3

5

-5

-1.6

1.4

Pahang

30

55.2

12

44.4

38

59.5

4

40.5

-8

8

-4.3

3.8

Selangor

12

39

44

59.4

20

44.3

36

55.4

-8

8

-5.3

4

N. Sembilan

22

51

14

47.3

21

54.7

15

45.1

1

-1

-3.7

2.2

Melaka

21

53.8

7

46.2

23

57.4

5

42.6

-2

2

-3.6

3.6

Johor

38

54.9

18

45

50

65.3

6

34.7

-12

12

-10.3

10.3

Sabah

49

55

11

35.9

59

61.6

1

32.5

-10

10

-6.6

3.4

Malaysia

276

47.4

229

50.9

307

51.4

198

47.6

-31

31

-4

3.2

Nota: Calon parti STAR yang memenangi kerusi DUN di Sabah pada PRU-13 dan calon bebas yang memenangi kerusi DUN di Kedah dan Pahang pada PRU-12 digolongkan bersama jumlah kerusi BN.

Sumber: laman web SPR dan akhbar bahasa Cina.

 

Rajah 1: Penurunan Kerusi DUN dibandingkan dengan Peningkatan Kadar Sokongan PAKATAN di Negeri Sembilan

 Negeri sembilan

 

 

PAKATAN memenangi sejumlah 15 kerusi DUN di Negeri Sembilan (Rajah 1) menjelang PRU-12 tahun 2008. Kadar sokongan kepada PAKATAN pada PRU-12 adalah sebanyak 45.1 peratus. Pada PRU-13 baru-baru ini, PAKATAN hanya memenangi 14 kerusi DUN di Negeri Sembilan, namun begitu, kadar sokongan telah meningkat kepada 47.3 peratus. Sebaliknya, BN memenangi sejumlah 21 kerusi DUN di Negeri Sembilan pada PRU-13 dan kadar sokongan kepada BN adalah sebanyak 54.7 peratus. Walaupun dengan kemenangan tambahan 1 kerusi pada PRU-13, kadar sokongan kepada BN sebenarnya menurun daripada 54.7 peratus kepada 51 peratus, iaitu penurunan sebanyak 3.7 peratus. Di samping itu, Perak juga mengalami keadaan yang sama dengan Negeri Sembilan; iaitu kadar sokongan yang tidak selari dengan jumlah kerusi yang dimenangi.

 

Rajah 2: Penurunan Kerusi DUN dibandingkan dengan Peningkatan Kadar Sokongan PAKATAN di Perak

perak2

 

PAKATAN memenangi sejumlah 33 kerusi negeri di Perak pada PRU-12 tahun 2008 (Rajah 2), dengan kadar sokongan mencapai 53.3 peratus. Lantas, PAKATAN berjaya merampas rejim kerajaan negeri Perak dari BN. Walau bagaimanapun, pada tahun 2013, PAKATAN hanya memenangi 28 kerusi negeri di Perak, iaitu penurunan sebanyak 5 kerusi negeri. Akan tetapi pada masa yang sama, kadar sokongan kepada PAKATAN telah meningkat kepada 54.7 peratus.

Sebaliknya, BN memenangi 26 kerusi DUN Perak pada tahun 2008, dengan kadar undi sebanyak 46.5 peratus. Ini melihatkan BN memenangi sejumlah 31 kerusi DUN dengan peningkatan sebanyak 5 kerusi pada PRU-13 ini. Akan tetapi pada realitinya, kadar undi BN dilihat menurun daripada 46.5 peratus kepada 44.9 peratus. Walaupun kadar sokongan adalah petunjuk sebagai hala tuju sokongan rakyat terhadap sesebuah parti politik, akan tetapi penurunan kadar undi ini telah memberikan BN kemenangan kuasa politik di Perak dalam PRU-13!

PAKATAN mengambil alih kerajaan negeri Perak daripada cengkaman BN pada tahun 2008 dengan kemenangan sebanyak 33 kerusi DUN. Namun begitu, BN menggunakan cara licik dan tidak beretika untuk merampas kembali kuasa pentadbiran kerajaan negeri PAKATAN di Perak dengan menyebabkan 4 anggota Ahli DUN PAKATAN keluar daripada PAKATAN dan memberi sokongan kepada BN. Insiden ini telah menidakkan Perlembangaan Persekutuan dan mengabaikan prinsip demokrasi rakyat memilih PAKATAN sebagai kerajaan negeri dan pelantikan Menteri Besar oleh PAKATAN.

Mahkamah Persekutuan kemudiannya memberi pengiktirafan kepada keputusan Sultan negeri Perak yang mengabaikan Perlembangan Persekutuan dan membawa kepada punca PAKATAN kehilangan kuasa politik di Perak selepas 11 bulan mentadbir.

 

PRU13 'ibu segala penipuan'

Insiden rampasan kuasa pentadbiran kerajaan negeri di Perak adalah satu contoh baik menunjukkan usaha BN menghalang PAKATAN mengambil alih kuasa pentadbiran daripada tangan BN kerana ianya melihatkan BN sebagai sebuah parti politik yang sanggup memperkudakan kuasa sektor awam dan insititusi raja yang sepatutnya menegakkan prinsip keadilan dan kesaksamaan demi kepentingan politik tersendiri. Menjelang PRU-13 ini, ianya dapat dilihat bahawa kadar sokongan dan jumlah kerusi DUN yang diraih oleh PAKATAN adalah tidak selari di samping ianya turut mendedahkan kewujudan penipuan dalam pilihan raya yang membawa kesan negatif kepada ketelusan pelaksanaan PRU-13.

Pada PRU-13 ini, BN berjaya mengekalkan status politik mereka akan tetapi kejayaan tersebut diselitkan dengan kemenangan yang tipis iaitu hanya kemenangan 133 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen. Berbanding dengan PRU 2008, BN kali ini mengalami kehilangan sebanyak 7 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN di seluruh negara. Kadar sokongan BN daripada 51.4 peratus juga menurun kepada 47.7 peratus.  Sebaliknya, kadar undi PAKATAN meningkat daripada 47.6 peratus pada tahun 2008 kepada 50.9 peratus pada tahun 2013. Lantas, ianya dapat dilihat bahawa PAKATAN berjaya meraih lebih dari separuh sokongan para pengundi. Namun, PAKATAN masih gagal untuk mengambil alih kuasa pentadbiran kerajaan pusat. Ini berpunca daripada SPR yang memainkan peranan bersekongkol dengan rejim pemerintah,  dan melaksanakan sistem pilihan raya yang tidak adil.

Kontroversi-kontroversi lain PRU-13 termasuklah dakwat kekal yang didakwa senang dicuci, pekerja asing yang disyaki turut mengundi, dakwaan SPR menandatangani borang 14 sebelum kiraan undi atau tidak memberikan salinan borang 14 selepas kiraan undi, insiden-insiden keganasan politik, dan Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia pro-BN yang didakwa memberikan sogokan wang tunai kepada para penduduk kawasan DUN Air Putih, iaitu kawasan yang dimenangi oleh Lim Guan Eng pada tahun 2008.

Pelbagai insiden di atas menunjukkan SPR bersifat berat sebelah dan  ini bersama faktor-faktor yang telah dinyatakan membawa BN kepada pentadbiran berterusan selama 56 tahun sambil menikmati keistimewaan-keistimewaan politik. Pada masa yang sama, BN menggunakan tipu helah tidak beretika untuk memastikan pentas persaingan antara PAKATAN dan BN tidak adil mahupun sama rata. Keadaan ini, sekali dengan sistem first-past-the-post yang mnguntungkan rejim pemerintah, akhirnya membawa kepada keputusan PRU yang tidak munsabah aneh iaitu peningkatan dalam kadar sokongan dan undian kepada PAKATAN, pada masa yang sama, jumlah kerusi DUN dikurangkan.

KPRU mempercayai bahawa jika masalah struktur melibatkan sektor awam, terutamanya SPR yang terus menuruti pucuk pimpinan BN, maka impian rakyat bagi perubahan rejim atau pertukaran kerajaan tidak akan tercapai. SPR telah mengabaikan dakwaan-dakwaan penipuan dalam pilihan raya dengan kerap. Dakwaan-dakwaan yang telah diabaikan termasuklah pendaftaran undian yang mencurigakan iaitu dakwaan pendaftaran berulang warga Sabah dan Sarawak di negeri-negeri lain, isu penyempadanan semula kawasan pilihanraya, dan dakwaan keputusan pengundi pos pengundi di luar negara dan tentera yang tidak telus.

Oleh sedemikian rupa, sistem pilihan raya yang tidak adil mengakibatkan kekalahan kepada PAKATAN walaupun PAKATAN telah meraih sokongan yang lebih daripada separuh para pengundi serta kegagalan PAKATAN untuk mengambil alih kuasa pentadbiran negara ini dengan berpaksikan prinsip demokrasi, iaitu kemenangan majoriti pengundi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah didedahkan sebagai bekas ahli parti UMNO. Mereka kemudiannya menggunakan taktik pendirian "tidak ingat" dan "tidak pernah membayar yuran keahlian tahunan" sebagai alasan untuk terus menyandang jawatan-jawatan sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR.

Namun, PRU-13 telah membuktikan SPR tidak boleh melaksanakan tugas-tugas mereka secara profesional kerana akibat latar belakang parti politik kedua-dua pegawai senior mereka yang mempengaruhi kebolehan melaksanakan tanggungjawab mereka secara telus. Ini adalah kerana Abdul Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad Wan Omar telah membiarkan penipuan berlaku sepanjang tempoh pilihan raya PRU-13 ini tanpa sebarang perasaan bersalah.

KPRU mempercayai SPR dan JPN telah menjadi pembela kuasa pentadbiran BN sewaktu pentadbiran berterusan BN selama 56 tahun. Oleh itu, demi menegakkan prinsip-prinsip demokrasi dan pilihan raya yang adil dan saksama, SPR mestilah diperbaharui dengan menangani segala kelemahan dalam struktur organisasi dan pentadbiran. Selain itu sektor awam juga memerlukan penstrukturan semula dan menamatkan fenomena amalan kronisme.

 

Penutup

Pasca PRU-13, PAKATAN mengadakan Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat di seluruh negara dan usaha PAKATAN ini berjaya meraih sambutan bersemangat daripada rakyat Malaysia. Ini menunjukkan rakyat seluruh negara menuntut sistem pilihan raya yang adil dan saksama. Di samping itu, Pasukan Siasatan PRU-13 PAKATAN dijangka membuat rayuan di mahkamah mengenai keputusan 27 kerusi Parlimen PRU-13 pada hujung bulan Mei ini.  27 kerusi Parlimen tersebut melibatkan kerusi-kerusi yang meraih kemenangan tipis termasuklah kerusi di Machang, Bentong, Pasir Gudang, Titiwangsa, Bagan Serai, Setiawangsa, Segamat, Balik Pulau, Kuala Kangsar, Kulim-Bandar Baru dan lain-lain.

Akan tetapi, sebarang peluang untuk memperbetulkan keputusan PRU-13 adalah sangat tipis di bawah rejim pentadbiran BN.  Walau bagaimanapun, perhimpunan yang diadakan di setiap negeri dan usaha PAKATAN untuk menuntut PRU yang adil di bawah undang-undang telah menonjolkan sikap tidak putus asa PAKATAN dan rakyat untuk melindungi hak-hak dan kepentingan rakyat di bawah sistem demokrasi demi masa hadapan Malaysia.

Akhir kata, KPRU berpendapat walaupun rakyat Malaysia mengidamkan PRU-14 nanti akan berjaya membawa kepada perubahan rejim atau pertukaran kerajaan bagi mengakhiri rejim BN; akan tetapi jika JPN meneruskan tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing dan bukannya warga Malaysia, disamping SPR terus mengabaikan tututan PAKATAN dan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengemaskini senarai nama pengundi, menutup sebelah mata kepada insiden penipuan pilihan raya dan pihak berkuasa yang tidak menangani masalah keganasan politik, maka sebarang pertukaran kerajaan atau penukaran rejim, sebagai proses bagi negara demokrasi tidak akan berlaku di Malaysia walaupun negara ini digelar sebagai sebuah negara demokrasi.

Rakyat Malaysia kini berhadapan masalah struktur institusi awam yang genting. Sebarang reformasi atau perubahan dalam jangka masa lima tahun ini hanya akan tercapai jika BN mempunyai kesedaran untuk melakukan sebarang reformasi atau perubahan kepada masalah-masalah ini. Kegagalan atau keengganan BN untuk menyedari fakta ini hanya akan membawa kekecewaan kepada rakyat Malaysia tidak kira sama pada masa kini atau dalam jangka masa lima tahun akan datang.

CONFIRMED, Anwar poll was wrong: It was hijacked by cybertroopers – the Edge

Posted: 17 May 2013 03:05 AM PDT

Malaysia-Chronicle

Business news website The Edge has said the results of a recent online poll on PKR de facto leader Anwar Ibrahim was "compromised" and has likely been hijacked  by cybertroopers.

In a report yesterday the website reported that the threefold spike in respondents to that particular survey fuelled suspicion as the site normally attracted 2,000 to 4,000 respondents.

"On Tuesday May 14, when The Edge's online editor Ho Wah Foon saw that the one-week survey had attracted 12,736 responses which were overwhelmingly one-sided, she immediately took down the poll.

"Upon checking, the Edge's IT department found that 6,354 of the responses came from one IP address, and about 1,700 came from several IP addresses within the same building.

"Another 2,000 responses came from seven different IP addresses.

"From this, it was obvious that the poll had been compromised and the results could not be treated as reliable or objective," said the website.

azlanThe online poll had asked readers whether Anwar should continue to lead Pakatan Rakyat or step down following the coalition's failure to win in the May 5 general election.

A whopping 10,396 of the 12,736 polled felt that Anwar "should call it quits" as he made this pledge to step down should Pakatan fail to wrest federal power on May 5.

PKR vice-president N Surendran responded to the polls saying the poll did not reflect the sentiment on the ground in favour of Anwar.

"This poll result is completely contradicted by the massive ground support Anwar has been receiving throughout the country since he announced that he would not accept the fraudulent GE results and would fight on to take Putrajaya," said Surendran.

In the recently concluded general election, Pakatan was denied a win despite gaining 53.3 percent of the popular vote.

Tiada ulasan:

Nuffnang