Nuffnang

YB Ahmad Razif Blog's

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:57 PTG

YB Ahmad Razif Blog's


Taklimat Gerak Kerja Pilihanraya

Posted: 20 Apr 2013 07:28 PM PDT






 
20 April 2013, telah diadakan satu taklimat gerak kerja pilihanraya kepada jentera-jentera pasti yang bertugas sepanjang pilihanraya nanti bertempat di Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Telaga Daing. Terima kasih diucapkan kepada Y.Bhg. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri kerana sudi hadir dan memberi sedikit ucapan.

Penamaan Calon Bagi Calon-Calon dalam Parlimen Kuala Nerus

Posted: 20 Apr 2013 07:16 PM PDT










20 April 2013, Alhamdulillah dengan izin-Nya telah selamat menyerahkan surat percalonan semalam dalam keadaan aman. Terima kasih kepada semua penyokong Barisan Nasional yang sudi hadir bagi memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada semua calon yang bertanding dalam Parlimen Kuala Nerus. Jasa kalian tidak akan saya lupakan. Semoga Barisan Nasional terus mendapat tempat di hati rakyat DUN Seberang Takir, Terengganu dan Malaysia khasnya.

Mesyuarat Agung PIBG SK Kompleks Seberang Takir

Posted: 20 Apr 2013 06:47 PM PDT





19 April 2013, selepas di SK Seberang Takir telah merasmikan mesyuarat agung PIBG SK Kompleks Seberang Takir.

Mesyuarat Agung PIBG SK Seberang Takir

Posted: 20 Apr 2013 06:42 PM PDT









19 April 2013, telah merasmikan mesyuarat agung PIBG SK Seberang Takir bertempat di Kantin SK Seberang Takir. Semoga SK Seberang Takir dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam UPSR Tahun ini. InsyaAllah.

Majlis Solat Hajat dan Pelancaran Geng 13 PRU-13

Posted: 20 Apr 2013 06:36 PM PDT







18 April 2013, telah mengadakan majlis solat hajat dan pelancaran geng 13 sempena PRU ke-13 bertempat di Dewan Besar, Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Telaga Daing. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir bagi menyempurnakan majlis solat hajat baru ini. Selepas solat hajat selesai telah melancarkan geng 13 yang terdiri daripada pemuda-pemuda UMNO dalam DUN Seberang Takir.

Mesyuarat Agung PIBG SMK Ibrahim Fikri

Posted: 20 Apr 2013 06:29 PM PDT







18 April 2013, selepas berakhir seminar di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Ibrahim Fikri bertempat di dewan sekolah tersebut. Di kesempatan ini juga telah menyampaikan sumbangan kepada bekas pelajar STPM sekolah ini yang telah mendapat keputusan yang cemerlang baru-baru ini.

Seminar Keibubapaan Halatuju Pendidikan Negeri Terengganu

Posted: 20 Apr 2013 06:19 PM PDT










18 April 2013, Kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah menganjurkan Seminar Keibubapaan Halatuju Pendidikan Negeri Terengganu bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Terima kasih diucapkan kepada YAB Dato' Seri Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu di atas kesudian merasmikan seminar ini pada hari tersebut. Dikesempatan ini juga ingin mengucakan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang majlis berlangsung.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP