Nuffnang

YB Ahmad Razif Blog's

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:12 PTG

YB Ahmad Razif Blog's


Majlis Pelancaran Aku Janji Barisan Nasional Tambahan Negeri Terengganu

Posted: 15 Apr 2013 07:16 PM PDT










15 April 2013, malam tadi telah berlangsungnya  Majlis Pelancaran Aku Janji Barisan Nasional (BN) Tambahan Negeri Terengganu bertempat di Dewan konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ahmad bin Said.

Kesemua pemimpin dari parti komponen BN Terengganu telah  menghadiri program ini yang bermula kira-kira jam 9 malam.

Antara perkara yang terkandung dalam manifesto itu ialah membina 10,000 unit rumah mampu milik, memberi peluang kepada rakyat memiliki sebuah tapak rumah atau sebuah tapak pertanian, pajakan tanah individu dinaikkan daripada 30 tahun kepada 60 tahun, dan insentif khas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang kritikal.

BN Terengganu juga berjanji untuk membina tiga lagi sekolah Imtiaz, masing-masing di Setiu, Marang dan Kuala Nerus bagi menjadikan satu daerah satu Imtiaz.

Taklimat kepada Peserta BL1M

Posted: 15 Apr 2013 06:06 PM PDT










15 April 2013, telah memberikan sedikit ucapan kepada peserta yang mendapat Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) peringkat DUN Seberang Takir yang bertempat di Dewan Besar, Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Telaga Daing.

Melawat Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir

Posted: 15 Apr 2013 05:50 PM PDT






15 April 2013, telah berkesempatan untuk melawat Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir yang telah beroperasi awal bulan ini. Penubuhan pusat ini bertujuan untuk memberikan khidmat rawatan dan pemulihan secara percuma kepada pesakit-pesakit strok yang berada dalam kawasan Seberang Takir.

Pusat ini beroperasi harian mengikut waktu pejabat yang menggunakan khidmat pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu khususnya dalam bidang fisioterapi. Pusat ini juga menyediakan kenderaan bagi khidmat pengangkutan secara percuma bagi pesakit yang kurang berkemampuan dan sukar datang supaya mendapatkan rawatan dan menjalani pemulihan di sini

Semoga dengan tertubuhnya pusat rehabilitasi ini dapat memberi manfaat kepada warga DUN Seberang Takir khasnya untuk mendapat rawatan secara percuma dan meringankan beban mereka untuk berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP