Selasa, 16 April 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pakatan hapus PTPTN, BN nak beri komputer riba, pilihlah sendiri

Posted: 15 Apr 2013 05:48 PM PDT




Kalau undi Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) , PTPTN akan dimansuhkan yang dikatakan melibatkan wang negara RM 25 billion, dan didakwa negara boleh bankrap kalau dihapuskan PTPTN.

Kalau undi Barisan Nasional, mereka akan beri komputer riba percuma kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia (guru tak dapat komputer riba percuma, pelajar IPT pun tak dapat komputer riba percuma). Jumlah pelajar sekolah di Malaysia dianggarkan seramai 5,304,201 orang. Jika satu komputer riba berharga RM3,000, ini bermakna ianya akan melibatkan wang negara sebanyak RM 16 billion.

Terpulang kepada pengundi nak hapus PTPTN atau komputer riba untuk semua pelajar sekolah, termasuk di sekolah rendah (bukan untuk semua guru atau semua pelajar IPT). Siapa yang lebih memerlukan komputer riba, pelajar sekolah rendah atau guru serta siswazah?

Semua pelajar sekolah mungkin dibekal komputer riba pada 2014
8 Apr 2013

KLANG - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, kerajaan akan melihat bagaimana untuk membekalkan komputer riba kepada setiap pelajar sekolah di seluruh negara mulai tahun hadapan.

Beliau berkata, perkara itu mesti dilaksanakan oleh ke rajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia adalah komitmen kerajaan untuk melaksanakan janji-janjinya.

MANIFESTO RAKYAT
PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA, HAPUS PTPTN

PTPTN akan dihapuskan kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam.
PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat.

Sumber : muka surat 26 Buku Manifesto Pakatan Rakyat

Jumlah pelajar sekolah di Malaysia 5,304,201

Annulling PTPTN debt will only cost RM25b, says Rafizi
April 11, 2012

Abolishing the Higher Education Corporations Loan Fund (PTPTN) and wiping out student debt under the scheme will cost under RM25 billion and not RM44 billion as claimed by the government, PKR said yesterday.

Tiada ulasan:

Nuffnang