Selasa, 16 April 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Forum Bersih 2.0 – Manifesto BN Vs PR & Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke SELANGOR

Posted: 15 Apr 2013 09:55 PM PDT

17 April 2013 (Rabu)

1) 8.00-10.00 mlm – Forum Bersih 2.0 – Manifesto BN Vs PR

Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak Vs Dato' Seri Anwar Ibrahim
Lokasi: Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall

2) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Pinggiran Putrajaya, Jalan Kajang – Dengkil

3) Penceramah:

i. YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

ii. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

iii. YB Husam Musa

iv. YBhg Hanifah Maidin

v. YBhg Borhan Aman Syah

4) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Padang SJKC Peng Ming, Telok Panglima Garang, Kuala Langat

5) Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Abdullah Sani

iii. YB Dr Yunus Hairi

iv. YBhg Hasnul Baharuddin

v. YBhg Loh Chee Heng

Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Posted: 15 Apr 2013 09:27 PM PDT

18 April 2013 (Khamis)

1) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi: Surau Al-Hidayah, 6/56, Ampang Ulu Kelang
Kuala Lumpur (P- Setiawangsa)

2) 8.30–12.00 mlm– Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Seksyen 1, Wangsa Maju (Blkg Sek Keb Wangsa Maju Sek 1)
(P- Wangsa Maju)

3) 8.30– 12.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Padang Bola, PPR Kerinci, Pantai Dalam
(P- Lembah Pantai)

4) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Nurul Izzah Anwar

iii. YB Dr Dzulkifly Ahmad

iv. Lt. Jeneral (B) Dato' Abdul Ghafir Abdul Hamid

v. YBhg Dr Tan Kee Kwong

vi. YBhg Rafizi Ramli

vii. Pimpinan Pakatan Rakyat

Senarai Calon KEADILAN Bagi Parlimen dan DUN Perak

Posted: 15 Apr 2013 09:22 PM PDT

KeadilanDaily

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai calon bagi kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri Perak, tengah malam tadi.

Pengumuman dibuat depan ribuan rakyat pada Ceramah Perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Manjoi, di sini.

Mereka yang diumumkan memiliki  latar belakang pendidikan tinggi dalam pelbagai bidang dan kerjaya.

Berikut senarai berkenaan:

 

Parlimen

P58 Bagan Serai- Dr Muhammad Nur Manuty

P61 Padang Rengas- Meor Ahmad Ishaara Ishak

P63 Tambun- Siti Aishah Shaikh Ismail

P71 Gopeng- Dr Lee Boon Chye

P72 Tapah-Vasantha Kumar Krishan

P73 Pasir Salak-Mustaffa Kamil Ayub

P74 Lumut- Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid

P75 Bagan Datok – Madzi Hasan

P77 Tanjung Malim- Tan Yee Kew

 

DUN

N01 Pengkalan Hulu- Mejar(B) Abdullah Masnan

N02 Temengor Mohd Supian Mordin -

N03 Kenering- Mohd Tarmizi Abdul Hamid

N04 Kota Tampan- Zahrul Nizam Abdul Majid

N07 Batu Kurau- Mohd Fadzil Alias

N09 Kuala Kurau- Abdul Yunus Jamhari

N10 Alor Pongsu- Rosli Ibrahim

N13 Kuala Sepatang- Chua Yee Ling

N24 Hulu Kinta-  M.A Tinagaran A/l Arumugam

N34 Bukit Chandan- Fathmawaty Salim

N39 Bota- Zulkifly Ibrahim

N42 Tualang Sekah- Baldip Singh A/L Santokh Singh

N44 Simpang Pulai- Tan Kar Hing-

N45 Teja- Chang Lih Kang

N46 Chenderiang- Amani Wiliams Hunt Abdullah

N48 Sungai Manik- Osman Abdul Rahman

N52 Pangkor- Mohd Saifullah Mohd Zulkifli

Rakyat Disaran Pilih Kepimpinan Untuk Tubuh Kerajaan Yang Adil

Posted: 15 Apr 2013 12:34 PM PDT

RESOLUSI
WACANA KEPIMPINAN ISLAM & ISU SEMASA (PRU 13)

(14 April 2013)

RAKYAT DISARAN PILIH KEPIMPINAN UNTUK TUBUH KERAJAAN YANG ADIL

Wacana Kepimpinan Islam & Isu Semasa Menjelang PRU 13 yang diadakan pada 14 April 2013 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya Selangor yang disertai oleh pimpinan Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Sekretariat Himpunan Ulama' Asia (SHURA) telah mengambil ketetapatan seperti berikut:

1. Tanggungjawab Mengundi dan Amalan Demokrasi.

Kami berpendirian bahawa tanggungjawab mengundi adalah proses umat mengguna ruang demokrasi yang diamalkan sekarang dan ia perlu ditunaikan untuk memastikan kepentinganumat khususnya dan rakyat amnya. Amalan pilihanraya perlu dimanfaatkan untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang adil dan bertanggungjawab.

Kami menyanggah pendapat bahawa penglibatan umat Islam dalam proses demokrasi pilihanraya adalah bertentangan dengan Islam. Para Ulama kontemporari dari Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (??????? ?????? ?????? ????????) yang dipimpin oleh Al-Allaamah Sheikh Yusuf al-Qaradhawi memutuskan bahawa umat Islam hendaklah memanfaatkan amalan demokrasiyang sebahagian besar ciri-cirinya adalah sesuai dengan Islam. Asas-asas demokrasi sepertimemelihara hak-hak perbedaan pendapat dan bersuara, menjaga hak-hak asasi rakyat danhak menubuhkan parti-parti politik sehingga terlaksananya proses pilihanraya umum. Ciri-ciri ini di lihat sebagai hampir dengan konsep Syura yang mengutamakan al-Haq dan penerimaan oleh Jumhur sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Hubungan antara al-Haq dan penerimaan Jumhur adalah sangat sinonim di dalam Islam. Rasulullah (s.a.w.) bersabda di dalam Hadithnya yang masyhor;

"Tidak mungkin umatku akan bersatu di atas kebatilan"

Sedikit sebanyak kecacatan sistem demokrasi yang wujud hendaklah diperbaikki dan disesuaikan dengan tuntutan Islam terutamanya mengutamakan al-Haq agar semua operasipilihanraya bebas dari penipuan dan penyelewengan yang kesemuanya itu melambangan kebatilan.

2. Memerangi Politik Kotor

Kini kempen PRU 13 menunjukkan pihak yang bernafsu untuk mempertahankan kuasa pentadbiran pusat dengan apa cara sekalipun telah mededahkan politik negara berhadapan dengan bahaya kacau-bilau yang sangat besar.

Gejala budaya politik yang sangat jijik seperti politik fitnah, politik lucah, politik wang dan politik samseng sedang ditaja untuk berhadapan dengan kesedaran rakyat untuk merubah kerajaan yang sedia ada.

Gejala menyerang peribadi lawan dalam kempen politik dengan fitnah seks bertujuan mengaibdan menjatuhkan maruah individu yang disasar semakin menjadi-jadi. Ini menunjukkan bahawa saranan Presiden pimpinan parti pemerintah dalam satu perhimpunan tahunan bahawa “kita akan mempertahankan Putrajaya sehingga titisan darah terakhir” sedang giat direncana dan dilaksanakan.

Rakyat harus mengistiharkan perang ke atas politik seperti ini yang akan menghina maruah dan integriti politik negara dimata dunia.

Kami mengesa semua pihak yang melaksanakan kempen ketika PRU 13 ini tidak terjebak dengan politik kotor sekaligus tidak membenarkan sebarang pihak menjadikan pilihanraya ini sebagai pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia.

Usaha maksima untuk menjernihkan politik negara ini perlu dilancarkan oleh semua pihak.

3. Tanggungjawab Media yang Beretika.

Media massa yang turut memainkan peranan menyebar dan mengembangkan fitnah dan berkonspirasi menyerang peribadi musuh politik suatu dosa besar dan adalah sangat terkutuk serta perlu dihentikan sertamerta.

Media samada bersifat media cetak, elektronik atau internet yang bertindak jahat melaga-laga, megadu-domba dan memburuk-burukan peribadi individu yang menjadi lawan politik dengan fitnah seks adalah media yang haram disisi Islam dan perlu diambil tindakan tegas.Berdasarkan Firman Allah S.W.T. dalam ayat 6, Surah al-Hujurat yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Sementara kebebasan media dan hak media adalah suatu keperluan dalam amalan demokrasi yang sihat, akan tetapi media perlu mengamalkan etika kewartawanan dan jurnalisme yang beradab, beretika dan professional. Kewartawanan dan jurnalisme media murahan yang mengotorkan pilihanraya dengan bahan fitnah, putar belit, provokasi, manipulasi berita adalah terkutuk dan hendaklah dibentaras sehingga ke akar umbinya.

Tindakan secara undang-undang dan boikot awam hendaklah dilancarkan terhadap media berkenaan. Peribadi pemilik dan mereka yang bersekongkol dengan media tersebut perlu didedahkan sehingga rakyat tahu siapa mereka.

Kami mengingatkan kepada pihak yang menjadi dalang dan penaja kepada fitnah melalui media akan pasti berhadapan dengan pertanggungjawaban mutlaq dari Allah S.W.T akhirnya.Firman Allah S.W.T. dalam ayat 11, Surah al-Hujurat bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."

4. Hak Rakyat Mengubah Kerajaan

Kami menyarankan rakyat perlu melakukan perubahan politik yang berani demi memastikan arah tuju negara mengwujudkan rakyat yang bertanggungjawab dan negara yang bermaruah dapat direalisasikan.

Rakyat tidak boleh diugut dengan kacau-bilau jika mereka memilih Pakatan Rakyat sebagaialternative, jika jelas gabungan itu mampu menampilkan calon yang benar-benar berwibawa, beriltizam dan jujur memperjuangkan nasib rakyat serta memelihara maruah negara.

Politik sebagai suatu amanah untuk memelihara agama dan menguruskan hal ehwal dunia berdasarkan agama hendaklah menjadi panduan ketika pengundi dan melaksanakan tanggungjawab memilih calon yang layak.

PRU 13 ini adalah genting untuk membawa perubahan besar-besaran kepada masa depan negara kerana kepincangan selama lebih 55 tahun merdeka semakin mengakar dan kekal dalam gaya pemerintahan yang sedia ada.

Kepimpinan yang mengkhianati amanah rakyat sehingga ini perlu ditukar melalui peti undi dalam PRU 13 ini adalah saatnya yang paling baik.

5. SPR dan Semua Agensi Bertanggungjawab Menjamin Pilihanraya yang Bersih danAdil.

Kami berpendirian SPR memikul amanah besar untuk menjamin PRU 13 berjalan dengan bersih dan adil. Respon SPR tidak mengakui ada kepincangan dalam daftar mengundi,wujudnya Akta Pilihanraya yang tidak demokratik dan menyekat pihak parti politik untuk mencabar kesahihan daftar pengundi akan menghakiskan intergriti pilhanraya itu sendiri.

Agensi awam yang lain seperti agensi keselamatan dan memastikan ia tidak diperalatkan untuk kempen politik hendaklah dipelihara secara professional.

Tindakan terhadap amalan politik kotor berdasarkan undang-undang hendaklah dikuatkasakan dengan adil dan telus.

Etika pilihanraya yang umumnya sesuai dan secocok dengan Islam untuk menutup pintu penipuan dan manipulasi dalam pilihanraya.

Firman dalam ayat 8, Surah al-Maidah bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

6. Memilih Calon yang Layak

Wacana pada hari ini menyarankan semua pengundi dalam PRU 13 ini menunaikan kewajipan memilih calon dari parti yang akan menubuhkan kerajaan yang adil dan mengamalkan urustadbir yang baik, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat.

Tanggungjawab mengundi hendaklah dilaksanakan dengan penuh keinsafan bahawa setiap undi yang diberi akan dipersoalkan oleh Allah SW.T.

Memilih calon yang akan meneruskan kepincangan dan penyelewengan dalam urustadbir negara akan membawa negara kepada kehancuran. Bersikap berkecuali untuk tidak mengundi atau dengan sengaja merosakkan undi juga akan mencelakakan negara. Perbuatan ini akhirnya akan memenangkan calon yang tidak layak memimpin dan akan mengakibatkan kuasa berada ditangan mereka yang akan mengkhianati amanah rakyat.

Kami menyarankan kriteria Islam diguna sebagai asas dalam memilih calon yang layak menduduki dewan perwakilan rakyat di negeri mahupun parlimen. Antara Kriterianya adalah seperti berikut;


Beramanah dan Jujur yang dibuktikan dengan amalan dan sikap berterusan.

Kompentensi (Kemahiran serta keilmuwan yang tinggi)

Mempunyai sifat sabar yang tinggi.

Mengamalkan akhlak dan peribadi yang baik

Mengamalkan Semangat Syura

Dalam kontek Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen pemilihan pemimpin ia lebih merujuk kepada kepimpinan secara kolektif. Ia bermaksud memilih kumpulan atau gabungan parti-parti politik yang lebih beriltizam dengan prinsip-prinsip al-Haq (kebenaran), keadilan dan ketelusan terhadap Tuhan dan rakyat.

Dr Mohd Fauzi Zakaria
Pengerusi
Persatuan Ulama' Malaysia
Caw Wilayah Persekutuan

Us. Hj. Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi
Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (SHURA)

Tuan Hj. Mohd Azmi Abd Hamid
Presiden TERAS / Pengerusi MAPIM

Tiada ulasan:

Nuffnang