Nuffnang

Nurul Izzah Anwar

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:38 PG

Nurul Izzah Anwar


Cabaran Demokrasi Yang Lebih Baik

Posted: 19 Apr 2013 08:23 PM PDT

KENYATAAN MEDIA
20 April 2013
UNTUK SEBARAN SEGERA

CABARAN DEMOKRASI YANG LEBIH BAIK

Hari ini, rakyat Malaysia menyaksikan permulaan pertarungan aman di arena politik tanah air melalui proses Pilihanraya Umum ke-13, yang akan berakhir dengan aman pada hari mengundi tanggal 5hb Mei 2013.

Sebagai calon KEADILAN bagi kawasan parlimen P121 Lembah Pantai, saya menyeru kepada calon-calon lain agar sama-sama kita mempraktikkan budaya berpolitik yang baik, berhemah, dan berwibawa.

Oleh yang demikian, saya menjemput kesemua calon yang bertanding untuk:

1) menyertai satu DEBAT PERDANA LEMBAH PANTAI pada tarikh, waktu, tempat dan format yang dipersetujui bersama.

2) MENGISYTIHARKAN HARTA yang dimiliki;

3) mengeluarkan satu kenyataan bersama MENOLAK POLITIK KEGANASAN, POLITIK FITNAH, POLITIK LUCAH;

4) memastikan pilihanraya berjalan secara bersih dan adil, dengan MENGHALANG PENIPUAN, SOGOKAN, RASUAH, DAN PENGUNDI HANTU.

Marilah kita laksanakan bersama, demi Demokrasi yang lebih baik untuk semua.

Nurul Izzah Anwar

Calon P121 Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN

Twitter: @n_izzah
Facebook: Nurul Izzah Anwar
Instagram: @n_izzah

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP