Sabtu, 20 April 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Tanding bebas: Umno pecat Fadzil Hanafi

Posted: 20 Apr 2013 03:09 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Bekas Exco kerajaan negeri Fadzil Hanafi, yang hari ini bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu, dipecat keanggotaan daripada Umno serta-merta berikutan tindakan beliau itu.
    
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tindakan Fadzil bertanding sebagai calon Bebas merupakan satu tindakan mengkhianati parti.
    
"Kami berasa kesal apabila dia (Fadzil) telah mengkhianati parti apabila bertanding sebagai calon Bebas. Fadzil meletakkan dirinya lebih utama daripada kepentingan seluruh parti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata BN Kedah dan DUN Alor Mengkudu tidak tergugat dengan tindakan berkenaan malah menaruh penuh keyakinan kepada calon BN bagi DUN Alor Mengkudu Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah, akan menerima sokongan oleh pengundi.
    
Sementara itu, Fadzil, 55, berkata beliau tidak gentar dengan tindakan disiplin yang dikenakan Umno apabila bertanding sebagai calon Bebas kerusi DUN Alor Mengkudu. 
    
"Saya tak risau dengan masalah disiplin yang akan dihadapi kerana saya berjuang untuk memenuhi suara akar umbi," katanya.
    
Sebelum ini beliau pernah menjadi Adun BN di Alor Mengkudu selama dua penggal selepas menang pilihan raya umum 1999 dan 2004 serta menjadi Exco kerajaan negeri pada 1999 hingga 2004.

Malaysiakini/-

Pencalonan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Posted: 20 Apr 2013 03:01 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


BERIKUT adalah senarai calon layak bertanding bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:
PARLIMEN
P. 114 - KEPONG
CHANDRAKUMANAN A/L ARUMUGAM -BN
TAN SENG GIAW @ TAN CHUN TIN-DAP
YEE POH PING-BEBAS
P. 115 - BATU 
ATAN BIN JASIN-BEBAS
CHUA TIAN CHANG -PKR
DOMINIC LAU HOE CHAI -BN
HASHIM BIN ABDUL KARIM-BERJASA
NAZARIAH BINTI ABBAS-BEBAS
P. 116 - WANGSA MAJU
MOHD SHAFEI BIN ABDULLAH-BN
TAN KEE KWONG-PKR
P. 117 - SEGAMBUT
JAYANTHI DEVI A/P BALAGURU-BN
LIM LIP ENG-DAP
P. 118 - SETIAWANGSA
AHMAD FAUZI BIN ZAHARI-BN
IBRAHIM BIN YAACOB-PKR
P. 119 - TITIWANGSA
AHMAD ZAMRI BIN ASA'AD KHUZAMI-PAS
JOHARI BIN ABDUL GHANI-BN
P. 120 - BUKIT BINTANG
FONG KUI LUN-DAP
GAN JOON ZIN-BN
P. 121 - LEMBAH PANTAI
NURUL IZZAH BINTI ANWAR-PKR
RAJA NONG CHIK BIN RAJA ZAINAL ABIDIN-BN
RUSLI BIN BABA-BEBAS
P. 122 - SEPUTEH
TERESA KOK SUH SIM-DAP
WONG SIAW TINGBN
P. 123 - CHERAS
TAN KOK WAI-DAP
TEOH CHEE HOOI-BN
P. 124 - BANDAR TUN RAZAK
ABD KHALID BIN IBRAHIM-PKR
MOHAMAD SUKERI BIN ABDUL SAMAT-BEBAS
MOKHTAR BIN SALAHUDIN-BEBAS
TAN KOK ENG-BN
-mStar

Guan Eng Hadapi Saingan Tiga Penjuru Di Parlimen Bagan

Posted: 20 Apr 2013 02:59 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


BUTTERWORTH: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mempertahankan kerusi parlimen Bagan akan menghadapi pertandingan tiga penjuru apabila dicabar oleh calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).
Calon BN Chua Teik Siang (BN) dan calon PCM Lim Kim Chu adalah muka baharu yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya.
Kawasan yang mempunyai 59,385 pengundi itu merupakan kubu kuat pembangkang namun sekarang lebih condong kepada BN ekoran Chua yang selalu turun padang dan disukai ramai.
Kerusi DUN Bagan Dalam dalam parlimen Bagan, menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon BN Karuppanan M.Malairaja (MIC), Tanasekharan Autherapady (DAP), Lim Seang Teik (PCM) dan calon bebas Asoghan Govindaraju.
DUN Bagan Jermal pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon B NTan Chuan Hong (MCA), Lim Hock Seng (DAP) dan Lim Kim Chu (PCM) manakala DU NSungai Puyu pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Sum Yoo Keong (MCA) dengan DAP Phee Boon Poh.
Guan Eng yang ditemui pemberita selepas proses penamaan calon di sini, berkata semua calon DAP boleh menggunakan simbol roket parti untuk PRU13 ini.
"Tiada bantahan dari pegawai pilihan raya menggunakan simbol roket DAP," katanya.
Guan Eng berkata ini adalah kerana ibu pejabat DAP telah menerima surat daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada pukul 10 malam tadi menyatakan ia tidak mempunyai bantahan terhadap penggunaan simbol roket dalam PRU13. 
mStar/-

71 maut gempa kuat di Sichuan

Posted: 20 Apr 2013 02:57 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

71 maut gempa kuat di Sichuan FOTO menunjukkan rumah yang musnah selepas gempa bumi melanda wilayah Sichuan, hari ini. - Foto Reuters
BEIJING: Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Wilayah Sichuan, awal hari ini meningkat kepada 71 orang, demikian menurut agensi berita Xinhua.

Jumlah mereka yang cedera pula dilaporkan 600 orang mengikut laporan stesen televisyen CCTV News. 

Gempa berlaku jam 8 pagi waktu tempatan di kedalaman 12 kilometer dengan menyebabkan kemusnahan kepada kediaman serta kejadian tanah runtuh. - AFP 

Pertembungan 3 penjuru di 6 kerusi di Perlis

Posted: 20 Apr 2013 02:07 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KANGAR: Penamaan calon bagi piihan raya umum ke 13 di negeri Perlis hari ini menyaksikan lima orang calon bebas bakal bertanding di enam kerusi di Perlis.


(Calon-calon yang bertanding di Parlimen Arau)

Di Dewan Maktab Rendah Sains MARA Beseri, penamaan calon bagi palimen Padang Besar menyaksikan kerusi Dun N.01 Titi Tinggi bakal ditandingi oleh tiga orang calon.

Pengerusi DAP Perlis, Teh Seng Chuan bakal dicabar oleh muka baru dari MCA, Khaw Hock Kong dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Padang Besar, Yaakob Man yang bertanding di atas tiket bebas.

Sementara itu, Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Padang Besar yang bertanding di kerusi P001 Padang Besar bakal dicabar oleh Ketua Umno Bahagian, Datuk Zahidi Zainul Abdidin.

Di Dun N.05 Santan, Yang DIpertua PAS Kawasan,  Yang juga AJK PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir bakal dicabar penyandang dari BN, Sabry Ahmad. 

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Wan Kharizal Wan Khazim juga bakal dicabar oleh penyandang Datuk Mat Rawi Kassim di Dun N.02 Beseri.

Di Dun Chuping, Wan Mohd Fishaal Wan Daud dari KeADILan bakal dicabar Ketua Puteri Umno, Asmaiza Ahmad dan di Dun Mata Ayer, Ketua AMK Perlis, bakal menetang penyandang Khairi Hassan dari BN.

Perarakan calon Pakatan Rakyat di sertai kira-kira 1000 orang ahli dan penyokong.

Sementara itu, tiga kerusi di parlimen Kangar bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru. 

Di Dun Sena, Tuan Marja Tuan Mat dari KeADILan akan dicabar oleh penyandang, Jamil Saad dari BN dan calon bebas, Ahmad Rizal Effande Zainol.

Di Dun Indera Kayangan, Chang Ming Kai (KeADILan) akan dicabar oleh Dr Por Choo Chor (BN) dan Yang Dipertua Perkasa Perlis, Ameir Hassan (bebas).

Dun Kuala Perlis pula bakal menyaksikan Amin Ahmad (KeADILan) dicabar oleh Mat Hassan (BN) dan ahli KeADILan, Shaari Ludin yang bertanding tiket bebas.

Baharuddin Ahmad (PAS) akan bertanding di parlimen Kangar menentang Shaharudin Bin Ismail (BN), Ustaz Ya'akub Abu Seman (PAS) melawan Ahmad Bakri Ali (BN) di Dun Kayang dan Abd Jamil Kamis (BN) menentang Rela AHmad (BN) di Dun Bintong.

Dalam pada itu, di parlimen Arau, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din akan ditentang oleh Datuk Seri Shahidan Kassim (BN) dan Zainuddin Yom, ahli Umno yang bertanding tiket bebas.

Zainuddin juga bertanding tiket bebas di Dun Sanglang menentang Mohd Shukri Ramli (PAS) serta Ustaz Fathul Bari Mat Jaya (BN).

Yang Dipertua PAS Arau, Rus'sele Eizan akan dicabar oleh NurulHisham Yaakob (BN) di Dun Simpang Empat; Ketua Dewan Ulama Perlis, Ustaz Idris Yaacob (PAS) akan melawan Azlan Man (BN) di Dun Pauh; Zulmi Sabri (PAS) melawan penyandang, Jafperi Othman (BN) di Dun Guar Sanji dan Azhar Amir (KeADILan) melawan Datuk Ismail Kasim di Dun Tambun Tulang.

Harakahdaily/-

5,000 iringi calon PAS Marang

Posted: 20 Apr 2013 02:06 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


(Ustaz Hadi memberikan ucapan kepada semua yang mengiringi beliau semasa penamaan calon)

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru kepada seluruh jentera parti agar dapat melaksanakan kerja-kerja kempen pil;ihan raya dengan baik, bersabar serta mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau turut menjelaskan pernah bertanding dalam beberapa siri pilihan raya sejak tahun 1986 dan tidak ada sebarang masalah.

"Seperti biasa dan ini bukan pertama kali saya bertanding di sini (Marang)…sejak tahun 1986. Saya menyeru kepada seluruh jentera parti supaya bekerja dengan baik, sabar dan mengikut peraturan pilihan raya yang ada, Insya'Allah," ujarnya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon PRU13, Pejabat Daerah Marang, hari ini.

Sebelum itu, lebih para penyokong dan ahli PAS mula berkumpul di perkarangan Pejabat Majlis Tindakan Dun (MTD) Rhu Rendang yang dijadikan Markas Pilihan Raya Muslimat dan Pemuda PAS Dun Rhu Rendang.

Perarakan calon bermula kira-kira jam 8.40 pagi dari pejabat Majlis Tindakan Dun (MTD) Rhu Rendang sejauh hampir satu kilometer ke pusat penamaan calon selepas calon-calon PAS menunaikan solah hajat di Masjid Kampung Kijing.

Sekitar jam 9.00 pagi, rombongan calon dan pengiringnya mula masuk ke kawasan Pusat Penamaan Calon PRU13 di Pejabat Daerah Marang.

Kesemua calon-calon PAS bertanding menyerahkan borang pencalonan masing-masing pada jam9.15 pagi dan selesai pendaftarannya kira-kira 10 minit kemudian.

Pada jam 10.00 pagi, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) waktu penyerahan borang pencalonan tamat dan diumumkan calon-calon bertanding secara rasminya pada jam 11.00 pagi. 

Keputusan pencalonan menyaksikan pertandingan satu lawan satu kecuali di N17 Alor Limbat terdapat calon bebas iaitu Encik Jaafar Jambol bekas rakan sekutu Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ini bermakna, perlawanan tiga penjuru antara calon PAS, Ustaz Ariffin Deraman menentang penyandang BN, Alias Abdullah serta calon bebas, Jaafar Jambol.

P37 Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan kerusinya yang akan ditentang oleh Pengerusi Umno Bahagian Marang, Dato' Yahya Khatib Mohamad.

Pencalonan Ustaz Abdul Hadi bertanding di kerusi Parlimen Marang dicadangkan oleh Haji Ibrahim Long dan disokong oleh Embong Ngah.

Kerusi N18 Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah mempertahankan kerusi tersebut yang akan ditentang oleh musuh tradisinya Zaidi Muda yang pernah bertanding tahun 2008 lalu.

Encik Muda Abdullah adalah pencadang dan Mohd Nasir Ismail pula penyokong kepada Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu.

Ustaz Abdul Hadi Awang yang juga penyandang kerusi N19 Rhu Rendang akan mempertahankannya dari pencabar calon BN, Nik Dir Nik Wan Ku.

Haji Hashim @ Ibrahim Mohamad merupakan pencadang dan Mohamad Deraman pula adalah penyokong kepada pencalonan Dato' Seri Abdul Hadi mempertahankan kerusi tersebut.

Manakala, calon termuda PAS bagi kerusi N20 Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong, 37, pula akan ditentang oleh calon BN, A Latif Awang.

Beliau dicadangkan oleh Hamzah Muda dan disokong oleh Mohd Faizol Ismail untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Dun Pengkalan Berangan.

Tinjauan Harakah mendapat jumlah penyokong PAS jauh lebih ramai dari penyokong Umno-BN sekaligus menggambarkan sokongan moral cukup kuat kepada PAS dan Pakatan Rakyat di Marang.

Harakahdaily/-

Hanipa bersaing 4 penjuru di Sepang

Posted: 20 Apr 2013 02:04 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


SEPANG: Mohamed Hanipa Maidin, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berhadapan pertarungan empat penjuru bagi Parlimen P113 Sepang. 

Lawan beliau ialah penyandang kerusi ini iaitu Dato' Ir. Mohd Zin Mohamed dari Barisan Nasional.

Dua lagi adalah dari calon bebas iaitu Dato' Haji Suhaimi Mohd Ghazali dan Hanafiah Mohamad. 

Pada PRU12 tahun 2008, Dato' Ir. Mohd Zin Mohamed menewaskan calon PAS Mohamed Makki Ahmad dengan majoriti 4,849. 

Pada PRU11 tahun 2004, beliau menang dengan majoriti 18,837 undi. Berdasarkan perkembangan semasa dan pergolakan dalaman Umno, tidak mustahil kali ini kerusi Parlimen Sepang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

"Kehadiran dua calon bebas dari Umno, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Berdasarkan tinjauan yang telah kita lakukan beberapa bulan lalu, peluang untuk PR mencipta kejutan tidak mustahil kerana rakyat sudah sedia membuat perubahan," demikian kata Mohamed Hanipa Maidin, calon parlimen PAS.

Hanipa juga menyatakan bahawa PR akan menjalankan kempan secara bersih dan tidak menyerang keburukan individu. 

PR bakal menyatakan polisi dan manifestonya dalam usaha meyakinkan pengundi. Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa sejarah bakal tercipta di parlimen Sepang. 

Bagi DUN pula, N54 Tanjong Sepat menyaksikan pertembungan tiga penjuru iaitu Nisman Yusuf (BN), Ir Mohd Haslin Hassan (PAS) dan Muventhen Munusamy (Bebas).

N55 Dengkil juga melibatkan pertarungan tiga penjuru iaitu Shahrom Md Sharif (BN), Borhan Aman Shah (PKR), dan Azmi Othman (KITA).

N56 Sungai Pelek menampilkan persaingan empat penjuru iaitu Ng Chong Sing (BN), Lai Nyuk Lan (DAP), Ab Manaf Suhardi (Bebas) dan Zakaria Mohd Mokhtar (KITA).

Harakahdaily/-

Muhyiddin: Umno pecat Kamilia Ibrahim

Posted: 20 Apr 2013 02:02 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


penamaan calon

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim keluar daripada semangat kesepakatan parti dengan mengemukakan pencalonan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 5 Mei ini.
   
Tindakan beliau mendorong tindakan segera Umno untuk memecat keanggotaan Kamilia dalam parti secara automatik.
   
Pemecatan beliau diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas tamat proses penamaan calon bagi PRU13 di seluruh negara hari ini dan Kamilia disahkan bertanding di Kuala Kangsar.
   
"Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti," kata timbalan perdana menteri kepada pemberita selepas mengemukakan kertas pencalonan beliau sendiri untuk kerusi Parlimen Pagoh di Johor.
   
Surat pemecatan Kamilia akan dikeluarkan Isnin ini.
 
Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya dengan mengatakan Barisan Nasional tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13, sedangkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa Kamilia yang menolak tawaran bertanding, bagi kerusi Dun Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
   
Kamilia juga turut ditawarkan jawatan Exco jika BN menubuhkan kerajaan di negeri Perak tetapi beliau turut menolaknya, kata perdana menteri.
   
Beliau berkata sehubungan itu, tidak timbul sama sekali soal Kamilia tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN.
   
Sementara itu Kamilia mengumumkan dalam laman Facebooknya bahawa beliau meletakkan semua jawatan dalam Umno berikutan beliau bertanding sebagai calon Bebas.
   
Selain naib ketua Wanita Umno, Kamilia juga memegang jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar.
   
Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang disandang bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.  

- Bernama

Anggota polis meninggal di pusat penamaan calon

Posted: 20 Apr 2013 01:59 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Seorang koperal polis meninggal dunia semasa bertugas di pusat penamaan calon Politeknik Merlimau, dipercayai mengalami serangan jantung di pintu masuk pusat itu di Melaka hari ini.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamudin Hashim berkata Kpl Nordin Ahmad, 50, dari Balai Kemendor, di sini disahkan meninggal dunia pada 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke Hospital Jasin. 
    
"Allahyarham ketika itu dilaporkan baru selesai bersarapan pagi apabila
 tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri.
    
"Beliau dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sewaktu berada dalam ambulans," katanya kepada pemberita di pusat penamaan itu.
    
Allahyarham antara 150 anggota polis dari seluruh Jasin yang bertugas pada hari penamaan calon bagi parlimen Jasin di pusat itu.
    
Beliau meninggalkan balu Norhayati Nordin, 48, dan dua anak lelaki iaitu Mohammad Saifuddin, 13, dan Muhammad Riduan, 16.
    
Bernama

Tok Pa: BN terkejut calon tarik diri untuk beri laluan kepada Ibrahim Ali

Posted: 20 Apr 2013 12:23 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 20 April — Barisan Nasional (BN) tidak dimaklumkan mengenai keputusan calon mereka Che Johan Che Pa untuk tidak menghantar borang penamaan calon sehingga menyebabkan calon bebas, Datuk Ibrahim Ali melawan calon PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz secara satu lawan satu di kerusi Parlimen Pasir Mas, kata Datuk Seri Mustapa Mohamad. 

Menurut Pengerusi Perhubungan BN Kelantan itu yang mesra dengan panggilan Tok Pa, gabungan pemerintah memandang serius mengenai perkara ini dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap Che Johan. 
"Saya sebagai Pengerusi Perhubungan BN Kelantan, ingin menegaskan bahawa kepimpinan Tertinggi BN Kelantan tidak dimaklumkan mengenai keputusan Che Johan Che Pa untuk tidak bertanding sebagai calon Parlimen BN di Pasir Mas," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
"BN Kelantan terkejut dengan keputusan beliau dan akan merujuk kes ini kepada Lembaga Disiplin parti," tambah beliau lagi. 
Hari ini heboh apabila calon BN Che Johan yang hadir di Pusat Penamaan Calon tidak menghantar borang pencalonannya. 
Che Johan yang merupakan timbalan ketua Umno Bahagian Pasir Mas itu juga dikatakan mempunyai talian persaudaraan dengan Ibrahim. 
Sementara calon PAS Nik Abduh juga merupakan anak lelaki kepada menteri besar sementara Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu kecewa sebelum ini kerana tidak diberikan alasan mengapa tidak dicalonkan sedangkan Naib Presidennya Datuk Zulkifli Noordin dipilih menjadi calon BN bagi kerusi parlimen Shah Alam. 
"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya," katanya awal minggu ini. 
Baru-baru ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan BN agar meletakkan Ibrahim sebagai calon dan berjanji untuk berkempen di Pasir Mas sekiranya presiden Perkasa itu terpilih. 
Dr Mahathir yang juga merupakan penaung kepada Perkasa juga berkata, orang-orang seperti Ibrahim diperlukan oleh negara. 
Ibrahim sebelum ini pernah mengugut mahu membakar bible berbahasa Melayu dan menjadi jaguh mempertahankan hak keistimewaan golongan Bumiputera walaupun ianya telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. 
Pada pilihan raya umum lalu, Ibrahim bertanding di atas tiket PAS dan menang kerusi Parlimen Pasir Mas selepas mengalahkan calon BN, Ahmad Rosdi Mahamad dengan majoriti 8,991 undi. 
Beliau kemudian berkrisis dengan PAS dan mengumumkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.
-The Malaysian Insider

Pertembungan pelbagai penjuru dalam PRU13

Posted: 20 Apr 2013 12:16 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Pilihan raya umum ke-13 dijangka menyaksikan paling banyak pertembungan pelbagai penjuru dalam sejarah apabila ramai calon 'masuk gelanggang' untuk bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Berikut adalah antara pertandingan pelbagai penjuru yang menarik:

JOHOR


Gelang Patah (parlimen) menyaksikan calon Bebas Rajandran Ramasamy turut serta bersaing di kerusi panas itu bersama-sama dengan Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman (Umno) dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Kulai (parlimen) - pertandingan tiga penjuru antara Teo Nie Ching (DAP), yang merupakan penyandang MP Serdang, Tay Chin Hein (MCA) dan K Surendiran (Bebas).

Pengerang (parlimen) - pertandingan tiga penjuru di mana Datuk Azalina Othman (Umno) berdepan dengan Tengku Intan Tengku Abdul Hamid (PKR) dan Mohd Azaman Johari (Bebas).

SELANGOR

Kajang (negeri) - Enam enam calon menyertainya, iaitu Lee Ban Seng (MCA), Lee Chin Cheh (PKR), Mohamad Ismail (Berjasa) dan tiga calon Bebas (Ong Yan Foo, Mohd Iwan Jefry Abd Majid dan Mohd Khalid Kassim).

PERAK

Kuala Kangsar (Parlimen) mempunyai calon yang mengejutkan. Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Kamilia Ibrahim yang tidak puas hati dengan pemilihan calon, telah bertanding sebagai calon Bebas. Beliau akan berdepan dengan Khalil Idham Lim (PAS) dan Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad (BN).

Tapah (parlimen) - pertandingan empat penjuru antara Ketua PKR Cabang Tapah, Ridzuan Bani (calon Bebas) berdepan dengan M Saravanan (MIC-penyandang), bekas tahanan ISA, K Vashantha Kumar (PKR) dan Shaharuzzaman Bistamam (Berjasa).

PULAU PINANG

Permatang Pauh (parlimen) - Pertandingan tiga penjuru antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-penyandang) dengan Mazlan Ismail (Umno) dan Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas).

Tasek Gelugor (parlimen) - Pertandingan tiga penjuru antara bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Mohd Shariff Omar - yang merupakan penyandang kerusi tersebut dan kini bertanding sebagai calon Bebas - dengan Shabudin Yahaya (Umno) dan bekas ahli korporat Datuk Abdul Rahman Maidin (PAS).

Sungai Acheh (negeri) akan melihat sekutu politik PAS dan PKR berentap di kerusi yang sama. Badrul Hisham (PKR), yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, akan berdepan dengan Ketua Pemuda PAS negeri, Mohd Yusni Mat Piah dan Mahmud Zakaria (Umno).
KEDAH

Padang Serai (parlimen) - Pertandingan lima penjuru antara penyandang N Gobalakrishnan (bekas MP PKR kini bertanding Bebas), N Surendran (PKR), Heng Seai Kie (MCA), Hamidi Abu Hassan (Berjasa) dan Othman Wawi (Bebas).

Alor Setar (parlimen) - Pertandingan empat penjuru antara penyandang MP Datuk Chor Chee Heung (MCA) berdepan dengan Gooi Hsiao-Leung (PKR) dan Abdul Fisol Mohd Isa (Berjasa) dan Jawahar Raja Bin Abdul Wahid (Bersama) .

Berjasa adalah parti serpihan PAS manakala Bersama sebuah parti yang berpusat di Sabah yang pada asalnya dikenali sebagai Setia.

Sungai Limau (negeri) - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (PAS) berdepan dengan pertandingan empat penjuru dengan Fadzilah Mohd Ali (BN), Abdullah Hashim (Bebas) dan Sobri Ahmad (Bebas).  
KUALA LUMPUR

Lembah Pantai (parlimen) - Perjuangan tiga penjuar antara peniaga dari Bangsar, Rosli Baba (Bebas) dengan penyandang MP Nurul Izzah Anwar (PKR) dan Raja Nong Chik Zainal Abidin (Umno).

Bandar Tun Razak (parlimen) - Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim (PKR) yang akan mempertahankan kerusi tersebut, berdepan dengan Sukeri Abdul Samat (Bebas), Mokhtar Salahuddin (Bebas) dan Tan Kok Eng (MCA).

Kepong (parlimen) - Pertandingan tiga penjuru antara Tan Seng Giaw (DAP), A Chandrakumanan (PPP) dan Yee Poh Ping (Bebas).

Batu (parlimen) - Pertandingan lima penjuru antara penyandang MP Chua Tian Chang (PKR) dengan Dominic Lau (Gerakan), Hashim Abdul Karim (Berjasa) dan dua Bebas, Atan Jasin dan Nazariah Abbas.

PAHANG

Cameron Highlands (parlimen) - Pertandingan lima penjuru antara Presiden MIC, Datuk G Palanivel yang berdepan dengan M Manogaran (DAP), dua Bebas - K Kisho Kumar dan T Alagu - dan Mohd Shokri Mahmood (Berjasa).

Indera Mahkota (parlimen) - Pertandingan tiga penjuru antara Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman, yang merupakan pemimpin Umno bekas, yang akan berdepan dengan Wan Adnan Wan Mamat (Umno) dan G Ponusamy (Bebas). Ponusamy merupakan calon PKR bagi kerusi Parlimen Bentong pada 2008.

TERENGGANU

Kuala Terengganu (Parlimen) - Pertandingan tiga penjuru antara Mohd Zubir Embong (Umno), Raja Kamarul Bahrin Shah, sepupu sultan Terengganu, (PAS) dan nenek Maimun Yusuf, 94.

PERLIS
Arau (parlimen)- Datuk Shahidan Kassim (Umno) berdepan dengan Datuk Haron Din (PAS) dan Zainudin Yom (Bebas). Shahidan adalah bekas menteri besar Perlis manakala Haron adalah timbalan mursyidul Am PAS.

NEGERI SEMBILAN

Seremban (parlimen) - Pertandingan lima penjuru antara Loke Siew Fook (DAP) yang berdepan dengan penyandang MP John Fernandez yang kini bertanding Bebas, Abdul Halim Abdullah (Berjasa), dan dua calon Bebas - Bujang Abu dan Yeow Chai Thiam.

 SABAH

Kimanis (parlimen) - Pertandingan empat penjuru antara penyandang MP, Datuk Anifah Aman (Umno), dengan Jaafar Ismail (PKR), Jamil William Core (SAPP) dan Lusin Bulangon (Star).

Menariknya, Bukit Bintang di Kuala Lumpur akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Fong Kui Lun (DAP) dan Frankie Gan (MCA) selama bertahun-tahun.

KELANTAN

Di Pasir Mas, Kelantan - calon Umno Che Johan Che Ba tidak memfailkan kertas pencalonannya, untuk membolehkan penyandang MP, Datuk Ibrahim Ali berentap satu lawan satu dengan Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS), anak menteri besar Kelantan.

Malaysiakini/-

Surat pecat ahli BN tanding Bebas keluar Isnin ini

Posted: 20 Apr 2013 12:11 AM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


penamaan calon

PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata surat pemecatan kepada pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum 5 Mei ini, akan dikeluarkan pada Isnin.

Perdana menteri yang juga pengerusi BN berkata langkah itu dibuat bagi menjaga disiplin anggota BN supaya memberi keutamaan kepada parti daripada kepentingan peribadi.

"Salah satu ketetapan, sesiapa (pemimpin dan anggota BN) yang bertanding atas tiket Bebas, tidak boleh kekal sebagai ahli parti.

"Oleh itu, parti akan ambil tindakan pada Isnin ini untuk keluarkan surat memecat ahli-ahli yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kali ini," katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari di kediaman beliau, di sini hari ini.

Antara anggota BN yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU13 ini ialah Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar (Perak) dan bekas Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor (Pulau Pinang).

Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada Pas manakala Mohd Shariff mencabar Shabudin Yahaya (BN) dan Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (Pas).

Najib berkata, bukan menjadi kesalahan kepada BN memecat anggota dan pemimpinnya yang belot kerana tindakan itu perlu dan penting bagi menjaga disiplin parti.

Beliau berkata, jika disiplin BN tidak dijaga, ia boleh merosakkan parti berkenaan.

"Kalau ada satu dua yang terpaksa kita korbankan, lebih baik kita korbankan mereka daripada kita korbankan parti yang kita kasihi," katanya.

- Bernama

Husam dulu ke Putrajaya

Posted: 19 Apr 2013 11:44 PM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



Ketika Pakatan Rakyat sedang mara ke Putrajaya, Datuk Husam Musa pergi ke situ dulu seolah-olah dia menunggu dan menyambut ketibaan ekspidisi itu.
Sebelum Husam, Naib Presiden PAS membuat tawaran untuk bertanding di Putrajaya, kota pentadbiran Malaysia itu dikira kubu BN dan ia adalah berayakan Tengku Adnan Mansor yang menjadi wakil rakyat di situ sejak tahun 2004.
Tiada siapa berfikir Anwar Ibrahim akan meninggalkan kawasan Permatang Pauhnya dan Abdul Hadi Awang akan mengosongkan Marang untuk bertanding di Putrajaya. Lim Kit Siang yang suka mengejutkan berubah tempat bertanding pun tidak akan ke Putrajaya. Maka tempat itu seolah-olah selamat buat Tengku Adnan dan Umno.
Bila Husam mula menyebut dia ingin bertanding di Putrajaya, reaksi Tengku Adnan begitu tenang, datanglah Husam kalau hendak menggali kubur.
Husam bersungguh. Dia tahu Putrajaya bukanlah laluan yang mudah tetapi dia mahu mencuba, bukan sekadar mencuba, dalam  suasana yang penuh cabaran dan serba kepayahan itu dia mahu ke situ juga, bukan untuk kalah bahkan untuk menang.
Baginya kalah di situ adalah lebih senang dari menang. Tetapi dia mahu mencuba yang susah itu.
Maka setelah disahkan Husam bertanding di situ, barulah Tengku Adnan, Umno dan seluruh jentera pilihanraya BN mengira ia adalah satu pertandingan yang hebat, dan Husam adalah sebaik calon yang boleh melucutkan pengaruh Tengku Adnan.
Husam sebenarnya berkata kepada saya menjelang PRU 2004 dulu, dia ingin bertanding di Putrajaya. Masa itu saya Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan. Tetapi saya tidak memberi perhatian kepadanya.
Hasrat Husam sudah berputik sejak itu dan sekarang kemahuannya itu bertambah kuat.
Saham PAS dan Pakatan Rakyat melunjak apabila Husam disahkan sebagai calon di situ. Harapannya, walaupun payah, tetapi bagi kebanyakannya, dia adalah yang terbaik dari semua orang dalam PAS. Kalau Husam tidak boleh menang, orang lain lagi tidak boleh menang.
Husam sedar dia bermula di belakang Tengku Adnan dan akan mengejarnya dengan harapan untuk memintasnya.
Tawaran Husam itu adalah tawaran seorang panglima. Pakatan Rakyat telah nekad untuk merampas Putrajaya dari BN. Untuk menawan Putrajaya, kerusi Parliman Putrajaya tidak boleh dibiarkan di tangan orang lain.
Mengambil kerusi Parlimen Putrajaya itu sama penting dan sama susahnya dengan menawan kuasa Putrajaya itu sendiri.
Amat mustahak kerusi Putrajaya itu diambil serentak. Maka atas kepekaan itulah Husam mengambil risiko untuk bertanding di tempat yang mencabar itu dengan memberikan kerusi yang lebih selamat di Kelantan kepada orang lain.
Mesti ada orang yang mesti ke depan untuk bekerja menggerakkan Putrajaya. Itulah dia datang menyerahkan jiwa raganya bagi membantu Pakatan dari dalam untuk mengambil kuasa Putrajaya.
Apakah semua pegawai awam di Putrajaya itu pengundi di situ? Tidak semua. Mereka juga ada yang mengundi di tempat lain. Tetapi ramai dari pegawai itu adalah rakan seuniversiti denganya dulu. Dan semua orang di Putrajaya itu kenal Husam sama dengan mereka mengenal Tengku Adnan.
Pebandingannya, Tengku Adnan adalah pekerja, tetapi dia bukan otak, tetapi Husam adalah otak yanag boleh menggerakkan tangan dan kaki.
Tengku Adnan kiranya dikekalkan sebagai calon, baru bertemu dengan orang yang terbaik. Husam datang untuk menewaskannya  bagi membuka pintu Putrajaya untuk dimasuki oleh ekspidisi Pakatan Rakyat.
-The Malaysian Insider

Noh Omar dicabar Herman Tino, calon Pas

Posted: 19 Apr 2013 11:38 PM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


penamaan calon

TANJONG KARANG - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang pada pilihan raya umum 5 Mei ini menghadapi pertandingan tiga penjuru apabila ditentang penyanyi dangdut Herman Tino dan seorang calon Pas.

Noh, 55, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor merupakan anggota Parlimen selama empat penggal bagi kerusi Tanjong Karang sejak 1995.

Herman Tino, penyanyi era 80-an bertanding sebagai calon Bebas sementara calon Pas ialah Timbalan Yang Dipertua Pas Tanjong Karang, yang juga bekas guru, Mohamad Rashdi Deraman, 49.

Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, popular dengan lagu seperti 'Yale Yale' dan 'Pelita Dalam Kabus' mendapat pendidikan sehingga tingkatan tiga di Sek Men Keb Dato' Haron di sini.

Beliau akan menggunakan lambang bunga raya pada pilihan raya ini.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang, pertandingan tiga penjuru berlaku antara calon BN Sulaiman Abdul Razak yang juga penyandang kerusi itu, calon PKR Mohd Yahya Mat Sahri dan calon Bebas peniaga, Low Tan.

Dun Sungai Burong pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mohd Shamsuddin Lias (penyandang) dan calon Pas, Mohamad Judi Sarjo.

Noh yang ditemui pemberita selepas mengemukakan kertas percalonan di Dewan Datuk Hormat di sini, berkata kawasan Parlimen itu mencipta sejarah apabila pertama kali mempunyai calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya umum kali ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Noh yang berasal dari Parit 2, Sungai Burung di Tanjong Karang menewaskan Mohamed Hanipa Maidin (Pas) dengan majoriti 3,820 undi.

"Trend calon Bebas pada pilihan raya umum kali ini menunjukkan negara kita mengamalkan demokrasi, siapa pun boleh bertanding. Apapun saya yakin BN akan
mengekalkan kerusi Parlimen dan dua Dun ini memandangkan kita telah memberi khidmat yang baik kepada rakyat," katanya.

Sementara itu Herman Tino ketika ditanya mengapa bertanding sebagai calon Bebas, berkata beliau sebagai seorang artis hanya ingin 'mencantikkan keadaan'.
"Saya tidak kisah kalau terlepas pandang, tetapi saya kisah kalau saya tidak dipandang," katanya.

Parlimen Tanjong Karang menjadi satu-satunya kawasan di Selangor yang mengekalkan kesemua calon BN yang bertanding pada pilihan raya umum 2008 lalu
pada PRU13.

Parlimen itu mempunyai 42,410 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu seramai 31,096 orang, Cina (7,043), India (4,158) dan kaum lain (113). 

- Bernama

Nik Aziz tunai solat dahulu

Posted: 19 Apr 2013 11:35 PM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Beliau bersama tiga lagi calon PAS menunaikan solat Hajat dan Dhuha sebelum ke pusat penamaan calon.
PENGKALAN  CHEPA: Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan tiga lagi calon PAS di Pengkalan Chepa menunaikan solat Hajat dan Dhuha sebelum ke pusat penamaan calon.

Dr Izani Husein parlimen Pengkalan Chepa, Wan Ubaidah Kijang dan Datuk Nik Amar Pancor menunaikan solat Hajat dan Dhuha di Masjid As Salam sebelum berarak menuju ke pusat penamaan calon.
Mereka keluar dari masjid itu jam 8.35 pagi menuju ke pusat penamaan calon. Kira-kira 5,000 penyokong mengiringi keempat calon menuju ke pusat penamaan calon di sekolah menengah Pengkalan Chepa 1.
Nik Aziz, 82, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka itu ditentang oleh Wan Razman Wan Abdul Razak dari Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 pada 5 Mei serta dijangka ini merupakan kali terakhir beliau akan bertanding
Sementara di Pendang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menghadapi pertandingan dua penjuru menentang calon Barisan Nasional, Datuk Othman Abdul di Parlimen P.011 Pendang.
Sementara tiga calon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tokai dan DUN Sungai Tiang.
Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan raya P.011 Pendang, Md Nordin Yahya pada jam 10.30 pagi ini di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Daerah Pendang.
Calon-calon yang bertanding di DUN Tokai ialah penyandang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Najmuddin Darus (BN) dan Abu Bakar Abdullah (Bebas).
Bagi DUN Sungai Tiang, penyandang, Datuk Suraya Yaacob (BN) ditentang Fadzil Baharom (PAS), Cherean a/l Isen (Kita) dan Rosli Omar (Bebas).
FMT/-

Idham Lim calon PAS Parlimen K.Kangsar, pertandingan 3 penjuru lawan BN dan bebas

Posted: 19 Apr 2013 11:34 PM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Sejurus sahaja disahkan sebagai calon, beliau juga mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatannya dalam parti Melayu itu.

Selain naib ketua wanita Umno, Kamilia juga melepas jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua Wanita Umno Kuala Kangsar.


Manakala Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, Kamilia dipecat dari parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Kamilia kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN dengan tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti iu sebagai calon.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.

Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata tidak timbul soal beliau tidak diberi tempat kerana beliau sendiri menolak tawaran bertanding DUN Bukit Chandan.

Dalam pilihan raya umum lalu veteran wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz mengalahkan Dr Khairuddin Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi di Kuala Kangsar.



Khalid, Zul Noordin bertarung di Shah Alam

Posted: 19 Apr 2013 11:29 PM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Dua bekas rakan seperjuangan sempat berbual pendek dan bersalaman selepas selesai mengisi borang penamaan calon.
SHAH ALAM: Kerusi P108 Parlimen Shah Alam menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PAS Khalid Samad dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Zulkifli Noordin.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19 di sini hari ini.
Zulkifli, segak berbaju Melayu coklat tiba di sini kira-kira 8.45 pagi tadi manakala Khalid yang memakai baju Melayu pucuk pisang dan bercapal tiba 10 minit kemudian bersama penyokong PAS.
Khalid turut masuk ke dalam dewan bersama-sama calon PKR kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik Yaakob Sapari serta calon DUN Batu Tiga Rodziah Ismail (PKR).
Zulkifli menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi manakala Khalid pada pukul 9.30 pagi tadi.
Zulkifli dan Khalid, dua bekas rakan seperjuangan kemudiannya sempat berbual pendek dan bersalaman selepas selesai mengisi borang penamaan calon.
Sementara itu, N40 DUN Kota Anggerik menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Mohd Yusof Din, Yaakop (PKR) dan Eriq Faisal Rusli (Bebas).
N41 DUN Batu Tiga juga tiga penjuru antara Datuk Ahmad Nawawi M Zin (BN), Rodziah (PKR) dan Mohd Uzir Che Husin (Bebas).
Suasana aman
Sementara itu, suasana diluar perkarangan dewan kelihatan aman tanpa sebarang provokasi daripada penyokong Pakatan Rakyat mahu pun BN.
Penyokong yang tiba sejak awal 8.00 pagi tadi membawa bendera dan sepanduk dilihat sabar menunggu sehingga selesai proses penamaan calon walaupun terpaksa berdiri dibawah panas terik matahari.
Terpisah dengan jarak kira-kira 200 meter, dua kumpulan penyokong turut bertakbir, menyanyi dan mendengar ucapan wakil pemimpin bagi mengurangkan keresahan menunggu selama empat jam.
Berlaku sedikit kekecohan pada pukul 12 tengahari tadi semasa Mohd Jaafar mahu membuat pengumuman rasmi apabila Khalid tidak berpuas hati kerana penyokong Pakatan Rakyat berdiri agak jauh daripada dewan berbanding penyokong BN.
Namun kerjasama toleransi antara pihak SPR dan polis, permintaan Khalid diterima dan penyokong Pakatan Rakyat dibenarkan mendekati perkarangan dewan.
Senarai penuh P108 Shah Alam:
Khalid Abdul Samad (PAS)
Zulkifli Noordin (BN)

N40 DUN Kota Anggerik
Mohd Yusof Din (BN)
Yaakop Sapari (PKR)
Eriq Faisal Rusli (Bebas)

N41 DUN Batu Tiga
Datuk Ahmad Nawawi M Zin (BN) 
Rodziah (PKR)
Mohd Uzir Che Husin (Bebas)

FMT/-

Lawan 3 penjuru di dua Dun dalam Shah Alam

Posted: 19 Apr 2013 11:27 PM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


PRU13

PRU13
SHAH ALAM - Setakat jam 11.45 pagi tadi, keputusan belum rasmi menunjukkan Dun Kota Anggerik dan Dun Batu Tiga bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagi Dun Kota Anggerik, Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Mohd Yusof Din yang mewakili BN akan bertanding melawan Ketua Cabang Shah Alam, Dr Yaakob Sapari mewakli PKR dan calon Bebas yang merupakan bekas pemuda Pas, Eriq Faisal Rusli.

Sementara kerusi Dun Batu Tiga pula menyaksikan pertembungan antara Ketua Umno Shah Alam, Datuk Nawawi M Zin yang mewakili BN akan bertandingan melawan Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail dan calon bebas, Uzi Che Hussin.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin  menentang Yang Dipertua Shah Alam, Khalid Samad.

Penamaan calon berlangsung di Dewan Besar Tanjung Seksyen 19 Shah Alam.

Kira-kira jam 8.30 pagi, hampir 500 penyokong BN dan PKR sudah mula membanjiri kawasan luar dewan dengan bendera dan sepanduk parti masing-masing.

Kesemua calon hadir bersama pencadang dan penyokong masing-masing.

Kedua-dua calon bebas pula memasuki dewan setelah setengah jam penamaan calon bermula.

Sinar/-

Umno Pecat Bekas Tim. Ketua Menteri P.Pinang

Posted: 19 Apr 2013 11:23 PM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Calon Parlimen Tasek Gelugor (dari kiri) Datuk Seri Shariff Omar (Bebas) , Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (PAS) dan Shabudin Yahaya (BN) di Dewan Serbaguna Sungai Dua di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
NIBONG TEBAL: Umno memecat seorang lagi pemimpin iaitu bekas Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shariff Omar berkuatkuasa serta merta.
Keputusan itu diambil setelah beliau mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman mengesahkan mengenai pemecatan itu.
"Ia adalah pemecatan secara automatik kerana ia tertera di dalam peraturan parti," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding di kerusi Parlimen Nibong Tebal.
Mohd Shariff menjadi wakil rakyat Umno selama enam penggal dan pernah juga menyandang jawatan persekutuan iaitu sebagai bekas timbalan menteri pertanian.
Pagi tadi beliau telah mengemukakan borang permohonan untuk bertanding atas tiket Bebas menentang Shabudin Yahaya dari Barisan dan wakil PAS, Datuk Abdul Rahman Maidin yang juga bekas presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.
Shabudin kini adalah ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor.
mStar/-

Muhyiddin kecewa tindakan Kamilia tanding sebagai calon bebas

Posted: 19 Apr 2013 11:18 PM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


PAGOH — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan keputusan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar. 

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada Umno. 
"Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti. 
"Kita dah nyatakan sebelum ini, secara automatik beliau dipecat daripada parti," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon yang akan bertanding di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini. 
Muhyiddin berkata tindakan pemecatan itu menunjukkan ketegasan parti untuk menangani anggota yang belot terhadap parti. 
"Bagi saya, keputusan beliau (Kamilia) adalah sesuatu yang mendukacitakan," katanya. Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada PAS. 
Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya kerana BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13. 
Menjawab perkara itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kamilia telah menolak tawaran bertanding bagi kerusi DUN Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar. 
- Bernama

Lembah Pantai saksikan pertandingan tiga penjuru

Posted: 19 Apr 2013 11:14 PM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR — Kerusi Parlimen Lembah Pantai menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan penyandangnya Nurul Izzah Anwar dicabar Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan calon Bebas Rusli Baba. 
Calon yang layak bertanding kerusi itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini diumumkan pegawai pengurus pilihan raya bagi Parlimen Lembah Pantai Rolan Abdul Rahman pada pukul 10.16 pagi di pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya. 
Nurul Izzah calon pertama yang mengemukakan borang pencalonan pada pukul 9.02 pagi, diikuti Rusli pada 9.11 pagi dan Raja Nong Chik pada 9.25 pagi. 
Pada pilihan raya umum 2008, Naib Presiden PKR itu menang dengan majoriti 2,895 undi mengalahkan calon BN Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, yang merupakan Ketua Wanita Umno dan calon bebas N.Periasamy. 
Kawasan Parlimen itu menyaksikan seramai 72,396 pengundi termasuk 47 tentera dan pasangan, 2,088 anggota polis dan pasangan dan 36 pengundi luar negara. 
- Bernama

Satu lawan satu di Jempol

Posted: 19 Apr 2013 11:13 PM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


(Aishah lawan Isa Samad di Jempol)

JEMPOL: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan satu lawan satu di P127 Jempol  antara calon PAS Wan Aishah Wan Ariffin dan calon BN Tan Sri Isa Samad.

Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan perkara tersebut jam 11 pagi tadi selepas proses penyerahan borang di Dewan Besar Kompleks Pejabat Kerajaan selesai.

Sementara itu bagi N05 Serting turut menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS Abdul Rahman Ramli dan calon BN, Datuk Samsu Kahar.

N06 Palong juga ditandingi dua penjuru iaitu calon PKR Rebin Birham dan calon BN Datuk Lilah Yasin.

Manakala N07 Jeram Padang menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR T. Kumar, calon BN Manicam Letcumanan, dua calon bebas masing Mazavan menggunakan lambang ikan dan Zailani Zakaria menggunakan lambang bunga.



N08 Bahau ditandingi calon DAP Chew Seh Yong dan calon BN  Dr. Yee Mee Faa.


Undi awal akan berlangsung pada 30 April manakala pengundian biasa pada 5 Mei.

Harakahdaily/-

Najib dan Muhyiddin julung kali ketuai calon BN pada PRU

Posted: 19 Apr 2013 11:10 PM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Najib Tun Razak

Najib yang juga calon BN bagi Parlimen P85 Pekan bersama calon-calon BN berarak menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Sultan Ahmad Shah, Pekan hari ini.
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin buat julung kali mengetuai calon Barisan Nasional (BN) bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.
Najib, dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, dan Muhyiddin dilantik sebagai timbalannya pada 10 April 2009, memimpin pasukan Transformasi BN yang merangkumi lebih ramai calon muka baharu dan muda, serta muka lama yang lebih berpengalaman untuk memastikan kemenangan lebih cemerlang buat parti gabungan itu.

Najib ketika menyampaikan watikah pencalonan kepada presiden parti komponen dan pengerusi perhubungan BN negeri Isnin lepas, melahirkan keyakinan bahawa pasukan itu mampu memenuhi Aku Janji BN, dan memacu pelan tranformasi yang dirancang kerajaan.

Najib dalam mesej twitternya hari ini yakin pasukan BN yang bertanding dalam PRU13 akan membawa Malaysia berubah ke tahap lebih tinggi.

Pada PRU kali ini, pengerusi BN itu akan berdepan calon PKR Fariz Musa, manakala Muhyiddin pula berdepan calon PAS Mohd Rozali Jamil.

Kedua-kedua pemimpin itu mengemukakan borang pencalonan di kawasan Parlimen masing-masing, Najib di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang dan Muhyiddin di Kompleks Sukan Pagoh, Pagoh, Johor.

Najib akan mempertahankan kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976 manakala Muhyiddin pula mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh yang disandangnya sejak tahun 1978.

Najib hari ini turut mengingatkan calon dan jentera BN supaya jangan mensia-siakan apa yang telah dilakukan oleh parti gabungan itu dalam membangunkan negara ini.

"Inilah masa kemuncaknya. Jangan sia-siakan apa yang kita lakukan. Janji ikrar kepada rakyat dan Aku Janji BN merupakan komitmen kita kepada pengundi dan rakyat Malaysia," katanya di Pekan, Pahang.

Mulai hari ini, calon PRU akan mula berkempen dan pasukan transformasi BN akan turun padang, terutamanya dalam menerangkan kepada rakyat tentang manifesto Aku Janji BN yang menggariskan 17 perkara yang merangkumi kesejahteraan rakyat.

Kesemua calon mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen sebelum pengundian 5 Mei ini.

Sinar/-

Bertanding bebas kerana penamaan di hari lahir

Posted: 19 Apr 2013 11:09 PM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Seorang calon Bebas memutuskan menghantar borang penamaan calon untuk bertanding dengan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) di DUN Changkat Jering semata-mata kerana hari ini hari lahirnya.

NONE"Saya bertanding hari ini sebab hari ini hari lahir saya," kata Zulkifli Ibrahim yang genap 60 tahun hari ini, sambil ketawa. 

Anak kelahiran Kedah itu berpindah ke Changkat Jering kira-kira 30 tahun. Beliau berharap dapat menyatupadukan semua kaum di kawasannya itu.

"PAS baik, Umno pun baik. Saya tak sebelah kiri atau kanan. Umno pun boleh kumpul masyarakat Cina, India, Melayu. PAS pun sama. 

"Saya tak sebelah kiri atau kanan. Saya nak satukan semua," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Taiping, Perak. 

Changkat Jering akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru dengan calon BN Datuk Rosli Husin.

PAS, BN tak lihat sebagai ancaman


Ini percubaan pertama Zulkifli - yang bekerja sebagai pelatih tilawah dan penceramah bebas - bertanding dalam pilihan raya.



Bagaimanapun, bercakap kepada pemberita, Nizar dan Rosli tidak melihatnya sebagai ancaman.


NONE"Dia rangsang peluang kemenangan sebab dia mempunyai pengikut yang terdiri daripada orang tegar BN. Meraka akan pecahkan undi BN," Nizar (kiri).

"Bagi saya tak ada masalah, kerana hati pengundi dah dekat dengan kita," kata Rosli pula.

Dalam pilihan raya umum lalu calon PKR Mohd Osman Mohd Jailu menang di kerusi itu mengalahkan calon BN dengan majoriti 1,102 undi.

Beliau bagaimanapun keluar parti dan menjadi calon bebas -- langkah yang meyumbang ke arah tumbangnya pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak.

Malaysiakini/-

Mukhriz hadapi satu lawan satu di Ayer Hitam

Posted: 19 Apr 2013 11:05 PM PDT

9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Di kala banyak tempat lain menyaksikan pertembungan lebih daripada dua penjuru, berlainan pula jadinya di kerusi parlimen Jerlun dan dua DUN dalamnya apabila kesemua kerusi berlakunya pertembungan satu lawan satu.


Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Mukhriz bakal ditentang oleh bekas exco Kedah Abdul Ghani Ahmad dalam pertembungan dua penjuru di DUN Ayer Hitam dalam pilihan raya umum akan datang.


NONEManakala kerusi parlimen Jerlun pula, Yang Dipertua PAS Alor Setar Dr Ismail bakal ditentang oleh setiausaha Umno Kedah Datuk Othman Aziz.

Sementara satu lagi kerusi DUN - Kota Siputeh - penyandangnya Datuk Abu Hasan Sharif ditentang oleh Ismail Wan Teh. Kedua-duanya juga melibatkan perlawanan dua penjuru.

Ini bermakna tiga calon Umno bakal menentang tiga calon PAS bagi merebut kerusi tiga kerusi yang dipertandingkan.

Ditemui Malaysiakini selepas sah diumumkan menjadi calon, Othman berkata beliau dan dua lagi pemimpin bersyukur terpilih menjadi calon BN bagi kerusi parlimen dan DUN.

"Saya berharap penyokong BN akan terus bekerja selama 15 hati untuk memastikan keyakinan penyokong atas pagar menyokong BN. Saya yakin itu tidak menjadi masalah kepada BN," katanya.


Menurutnya lagi, dengan semangat yang ditunjukkan oleh penyokong BN pada hari ini, BN mempunyai peluang cerah untuk menang di semua kerusi dalam kawasan itu.



Sementara itu, dalam amanatnya kepada penyokong Ismail Wan Teh meminta kerusi DUN Ayer Hitam dipertahankan, merampas kerusi Kota Siputeh dan memenangkan calon PAS Jerlun.



Selain itu, beliau memberi semangat kepada penyokong akan bekerja kuat dan tidak menoleh belakang untuk memastikan BN tumbang dalam pilihan raya umum.



"Saya berpesan kepada petugas PAS, kerajaan Kedah tidak akan menjadi baik kalau tampuk pemerintahannya ditukar," katanya sambil diiringi laungan takbir dan "Hidup Islam".



Sementara menunggu keputusan penamaan calon, penyokong BN dan Pakatan saling berbalas laungan sambil mengibarkan bendera masing-masing.



PAS melaungkan "Hidup Islam" dan "Ini Kalilah" yang kemudiannya BN membalas "Hidup Melayu, Hidup BN" dan bersorak.



Kemudian penyokong PAS melaungkan takbir, reformasi sambil mengibarkan bendera. Manakala kem BN pula melaungkan "Hidup Barisan", "BN menang Kedah senang" sambil menyanyikan lagi "Inilah Barisan Kita".



Kedua-dua kumpulan juga turut bersorak apabila calon masing-masing terpilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN dan Pakatan yang sah bertanding pada 5 Mei ini.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan:

Nuffnang