Nuffnang

N45 Dr Halimah Ali

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:49 PTG

N45 Dr Halimah Ali


Penamaan Calon Parlimen Kapar serta DUN Selat Klang, Meru & Sementa

Posted: 20 Apr 2013 03:42 PM PDT

KLANG: Pilihan raya umum ke-13 bagi Parlimen Kapar menyaksikan pertembungan enam penjuru apabila tiga dari Bebas dan Berjasa turut meletakkan calon mereka masing-masing.

Manakala bagi peringkat DUN, Sementa berlaku pertembungan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan DAP.

Bagi Dun Meru, Sungai Pinang dan Selat Klang melibatkan pertandingan satu lawan satu.

Parlimen Kapar
yang ditandingi oleh PKR melalui calonnya G. Manivannan a/l Gowindasamy akan menentang Sakthivel a/l Alagappa (BN), tiga dari Bebas dan seorang dari Berjasa.

N43 Sementa
, Dr Daroyah Alwi (PKR) menentang Md Ghazali Md Amin (BN) dan seorang dari Bebas.

Sementara itu, N42 Meru, Dr Abd Rani Osman (PAS) menentang Sukiman Ahmad (BN), manakala, N44 Sungai Pinang, Teng Chan Khim (DAP)  akan menentang Lee Siew Chee (BN) dan N45 Selat Kelang, Halimah Ali (PAS) akan bertembung dengan Faisal Yahya (BN).

Sebelum ini, Parlimen Kapar dan tiga Dun dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum Ke-12 (PRU12) kecuali Dun Sementa yang dimenangi tanpa bertanding oleh Barisan Nasional (BN).

Kesemua calon-calon Pakatan Rakyat yang bertanding tiba di Pusat Penamaan calon di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah / Tanah Klang pada jam 845 pagi dan memasuki dewan pada jam 9 pagi setelah mendapat kebenaran dari Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Kawasan Kapar, Datuk Bakhtiar Husin.

Calon-calon Pakatan Rakyat menyerahkan borang pencalonan pada jam 915 pagi.

Mereka yang diiringi hampir seribu orang penyokong telah berkumpul di Padang Chetty sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah / Tanah Klang.

Calon Parlimen Kapar dan keempat-empat calon Dun serta penyokong telah berada di padang sejak awal pagi lagi, walaupun pagi tadi hujan tapi itu tidak mematahkan semangat para penyokong untuk berhimpun.

Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Kawasan Kapar, Datuk Bakhtiar Husin membuat pengumuman pengesahan pencalonan pada jam 11 pagi.-Muhammad Faizal/Syazwani Mazlan/harakahdaily

Ada Aku Kesah Statistik Ni......lantak Pi lah

Posted: 20 Apr 2013 07:50 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 579 kertas penamaan calon bagi 222 kerusi Parlimen, dan 1,324 bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), sepanjang tempoh penamaan calon yang berlangsung dari 9 pagi hingga 10 pagi tadi.
 
 Pecahan kerusi DUN:

BN (505),  PAS (236),  PKR (172),  DAP (102),  BEBAS (190), State Reform Party STAR (49),  Sabah Progressive Party SAPP (41),  Berjasa (5),  Kita (11),  Bersama (4),  Parti Cinta Malaysia PCM (3),  Parti Sosialis Malaysia (PSM) (2)

Pecahan  kerusi PARLIMEN:

BN (221),  PAS (73),  PKR (99),  DAP (51),  BEBAS (79),   LAIN-LAIN PARTI (56)

LAIN-LAIN PARTI terdiri daripada :


State Reform Party (STAR) (28),  Berjasa (9),  Sabah Progressive Party (SAPP) (8),  Sarawak Workers Party (SWP) (6),  Kita (2),  Parti Cinta Malaysia (PCM) (2),  Bersama (1)


 Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, daripada jumlah itu, tiga kertas pencalonan untuk kerusi Dun ditolak namun tiada pencalonan untuk kerusi Parlimen yang ditolak.

Kamaruddin berkata bagi kerusi Parlimen, seramai lapan calon berada dalam kategori umur 21-29 tahun, 77 calon (30-39 tahun), 145 calon (40-49 tahun), 223 calon (50-59 tahun) dan 126 calon berusia 60 tahun ke atas, manakala bagi kerusi Dun, seramai 26 calon dalam kategori 21-29 tahun, 176 calon (30-39 tahun), 455 calon (40-49 tahun), 492 calon (50-59 tahun) dan 172 calon lagi berusia 60 tahun  ke atas.
  
Beliau berkata terdapat seorang calon di Melaka yang bertanding di kerusi Parlimen sebagai calon DAP, tetapi bertanding di kerusi DUN sebagai calon Bebas.

Sumber:(1) Malaysian Insider
             (2) Sinar harian online


).

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP