Isnin, 22 April 2013

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Surat Terbuka kepada Rakyat Kulai daripada calon DAP Teo Nie Ching

Posted: 22 Apr 2013 07:33 AM PDT

Pengundi-pengundi Kulai yang saya hormati,

Salam Sejahtera, salam Bersih dan salam Ubah! Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta”. Maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan diri.

Saya kini berumur 32 tahun dan berasal dari Batu Pahat, Johor. Saya juga merupakan seorang peguam. Adalah hasrat saya untuk menjadi seorang peguam yang membela nasib rakyat jelata dan mempertahankan hak asasi manusia supaya undang-undang tidak berkhidmat untuk orang kaya dan berstatus tinggi sahaja.

Akan tetapi, . penyelewangan kuasa dan campurtangan politik menyebabkan sistem kehakiman semakin merosot. Kerjaya saya sebagai peguam mendatangkan rezeki yang lumayan tetapi tidak dapat menuntut keadilan yang sepatutnya diperjuangkan.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menyertai Parti DAP pada tahun 2008. Tsunami politik yang tidak disangka-sangka, saya terpilih sebagai Ahli Parlimen Serdang dengan undi majoriti sebanyak 21,025.

Tuan-tuan dan Puan-puan saya kasihi,

Dengan pelbagai kerosakan dan salah guna kuasa dilakukan BN, tanpa perubahan kuasa politik Malaysia dalam pilihanraya kali ini, negara mungkin menghadapi risiko yang memudaratkan rakyat.

Oleh demikian, saya mengambil keputusan untuk bertanding di Parlimen Kulai dalam PRU Ke-13 ini. Walaupun ini bermaksud saya perlu berpisah dengan bayi perempuan saya yang hanya berumur 8 bulan, saya percaya sebuah Kerajaan baru yang cekap, telus dan bersih adalah hadiah terbaik daripada seseorang ibubapa untuk anak-anak kita.

Undilah Nie Ching! Undi demi masa depan generasi muda kita!

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia! Ini kalilah!

Sila klik imej di bawah untuk membaca kandungannya menerusi gambar size penuh:

 

(More......)

Nie Ching's Campaign Schedule on Tuesday (23April 2013) 张念群星期二竞选活动日程

Posted: 22 Apr 2013 07:15 AM PDT

Jadual Kempen pada hari Selasa (23-4-2013) untuk Calon DAP kawasan parlimen Kulai Teo Nie Ching serta calon DAP untuk kawasan DUN Senai Wong Shu Qi(黃書琪)di Kulai! Marilah kita datang bersama-sama dan mengambil peluang mengenali calon anda! Ubah Bersama Nie Ching! Bersihkan Malaysia! Ini kali-lah!

念群在古来,全民一起来! 这是行动党古来国席候选人张念群以及士乃州席候选人黄书琪明日的行程。欢迎大家前来支持打气,借此机会了解你未来的代议士!让我们一起五月五,换政府!请广传!



You can follow Nie Ching's latest campaign schedule and status update by visiting her facebook fan page:
www.facebook.com/TeoNieChing
(More......)

[KiniTV.com] 张念群扫街相遇邀辩论 ,马华古来候选人:没时间

Posted: 22 Apr 2013 06:43 AM PDT

KiniTV新闻:张念群扫街相遇邀辩论 ,马华古来候选人:没时间。你怎么看?

Dari Kinitv.com: Calon MCA untuk kawasan parlimen Kulai Encik Tay Chin Hein (MCA) menolak jemputan Calon DAP untuk mengadakan Debat Terbuka mengenai isu ancaman jenayah yang menggugat keamanan serta keselamatan penduduk Kulai, isu penduduk Johor Selatan yang terpaksa mencari rezeki di negara jiran Singapura serta masalah pendidikan aliran Bahasa Tiong Hua.

Menurut Encik Tay Chin Hein (MCA) , beliau tidak akan berdebat dengan Teo Nie Ching disebabkan pengundi-pengundi memberitahu beliau supaya lebih banyak berkerja dan kurangkan ucapan.

Terdapat kawan-kawan yang kecewa dengan Encik Tay Chin Hein (MCA) yang enggan berdebat memberi maklum balas di facebook seperti berikut:

Peranan utama ahli parlimen adalah membahas rang undang-undang serta usul-usul berkenaan kebajikan rakyat serta kepentingan awam di Dewan Rakyat, jika wakil MCA enggan berbahas, buat apa kita pilih mereka ke dalam Dewan Rakyat sedangkan mereka tidak rela menunaikan tugas utama sebagai ahli parlimen?

(More......)

[Update] Ceramah Umum di Kulai Pada Malam Ini 古来政治演说就在今晚!

Posted: 22 Apr 2013 06:36 AM PDT

Ceramah Umum di Kulai Pada Malam Ini!
Jam: 8:00 Malam
Lokasi: Padang di belakang Pejabat JPN Kulai, 509, Jalan Kenanga 29/15, Indahpura, Kulai.

Penceramah:
Tan Kok Wai, Liew Chin Tong, Teo Nie Ching, Wong Shu Qi.

SIla SHARE dan LIKE. Ubah Sekarang! Bersihkan Malaysia!

古来政治演说就在今晚8时正!陈国伟,刘镇东,张念群,黄书琪将会在国民登记局后方草场与你见面!请广传!

(More......)

Tiada ulasan:

Nuffnang