Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:51 PG

:: cina islam | 2011 ::


Awang Adek tersepit, buat tuduhan tanpa bukti

Posted: 22 Apr 2013 05:08 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


BACHOK: Calon BN di parlimen Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin dilihat benar-benar tersepit apabila berterusan melemparkan dakwaan fitnah terhadap PAS.

Semalam pula ketua Umno Bachok itu mendakwa kononnya pembangkang ditaja pihak asing dengan menyogok pengundi supaya menyokong parti terbabit.

Timbalan Yang Dipertua PAS Bachok, Hassan Mohamood berkata, Awang Adek dilihat benar-benar tersepit sehingga sanggup mengeluarkan fitnah terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

"Selalunya Umno menuduh kita kutip derma setiap kali berlangsungnya program ceramah bagi mengisi tabung parti, tiba-tiba sekarang beliau menuduh pula kita bersekongkol dengan pihak asing.

"Dana yang kita guna hasil derma daripada rakyat dan inisiatif PAS Bachok dan Kelantan. Kita tidak pernah mendapat dana daripada pihak asing.

"Tuduhan itu sangat bahaya. Baru-baru ini beliau mendakwa muslimat PAS menyogok wang sebanyak RM500 kepada seorang wanita Umno, sedangkan tiada bukti ditunjukkan," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Awang mendakwa Kementerian Kewangan menerima laporan berkaitan bantuan dana asing bagi menyogok pengundi supaya mengundi parti pembangkang.

Hassan yang juga calon PAS di Dun Tawang berkata, sentimen murahan itu semata-mata hendak mengabui mata rakyat dengan mengeluarkan fitnah bagi menjaga kepentingan politiknya.

Setiausaha PAS Bachok, Huzaimy Che Husin berkata, dakwaan Awang Adek adalah fitnah dalam usahanya melemahkan semangat jentera PAS di Bachok.

"Tidak sepatutnya seorang pemimpin yang juga bekas Timbalan Menteri mengeluarkan kenyataan tanpa bukti. Amat malang sekali rakyat Bachok memiliki pemimpin seperti itu," ujarnya yang juga calon PAS di Dun Perupuk.

Harakahdaily/-

Putrajaya: Gelabah, Muhyiddin mula serang Husam

Posted: 22 Apr 2013 03:56 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


PUTRAJAYA: Melihat sambutan warga Putrajaya semakin hangat hari ke hari kepada calon PAS Datuk Haji Husam Musa, Umno mula melancarkan serangan terhadap beliau.

Dan orang yang melancarkan serangan ini bukan calang-calang orang tetapi Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kemungkinan melihat Tengku Adnan semakin lemas tatkala Husam semakin disambut di Putrajaya, Muhyiddin semalam menyerang Husam dengan mempersoalkan rasional Naib Presiden PAS itu bertanding di dua negeri, Kelantan mempertahankan kerusi Salor dan Putrajaya.

Muhyiddin juga mengeluarkan teori pelik menyatakan bahawa Husam disisihkan di Kelantan dan sebab itu diletakkan di Putrajaya.

"Kita (BN) nak jadi wakil rakyat di sini, nak kerja...orang Putrajaya ni mesti tentukan dia kalah teruk, kalau boleh hilang wang pertaruhan," kata Muhyiddin.

Serangan Muhyiddin datang apabila beliau ditangkap menipu di TV3 berkata BN menang percuma di Senggarang, walhal di sana menyaksikan pertandingan dua penjuru antara PAS dan BN.

Sementara itu, Page Facebook P-125 Putrajaya milik Husam menjadi perbualan hangat di Facebook. 

Dalam masa seminggu sahaja berjaya menarik lebih 19,000 peminat dan lebih 35,000 sedang mengikuti perkembangan kempen Husam di Putrajaya.

Perkembangan ini menyebabkan Umno tidak senang duduk. Kesemua tempat yang dilawati Husam diberikan sambutan yang sungguh menggalakkan.

"Husam walaupun orang baru, kami dah rasa dekat. Tengku Adnan dah memang orang lama – Kehadiran Husam ini seperti kita mencuba benda baru sebelum membeli. Rasa dah terpikat sekarang tinggal nak bayar sahaja," kata seorang penduduk Putrajaya bernama Affendi Mohamad kepada Harakahdaily.

Semasa PRU 2008, Tengku Adnan menang dengan majoriti 2,734, dengan mendapat 4,038 undi berbanding calon PAS Mohd Noor Mohamad yang hanya mendapat 1,304 undi.

Apakah Husam dapat mencabar Adnan? Dengan situasi dan mood rakyat Putrajaya sekarang, nampaknya di sini sudah menjadi satu pertandingan sengit, dan bukannya seperti dulu 'sure win' untuk Umno.

Harakahdaily/-

Kesalahan Che Johan lebih besar dari tanding bebas

Posted: 22 Apr 2013 03:54 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Umno dicabar memecat Che Johan Che' Pa yang sepatutnya bertanding sebagai calon BN di parlimen Pasir Mas jika benar-benar mengikut disiplin yang ditetapkan parti itu.

Yang DiPertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad bagaimanapun berkata, itu pun jika Umno berani berdepan pelbagai tekanan termasuk dari bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

"Beliau diamanahkan Umno menggalas tanggungjawab di Pasir Mas, tetapi bertindak mengkhianatinya. Ini bukan lagi sabotaj, tapi lebih dari sabotaj dan wajar dipecat," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas 'layanan istimewa' oleh Umno kepada Che Johan yang berbeza dengan ahli Umno yang mensabotaj parti yang lain.

Datuk Seri Najib Razaksebelum ini mengumumkan ahli Umno yang mensabotaj parti itu akan dipecat serta-merta.

Layanan istimewa itu ditambah lagi dengan kenyataan calon Bebas bagi kerusi itu, Datuk Ibrahim Ali yang merayu agar Lembaga Disiplin Umno tidak mengambil tindakan ke atas Che Johan.

Ibrahim yang merupakan calon dokongan Dr Mahatir juga berkata,  Che Johan tidak mengkhianati Umno kerana keputusannya itu adalah tepat demi memastikan PAS kalah di kawasan Parlimen tersebut.

Dalam pada itu, BN dikatakan akan menghantar surat tunjuk sebab kepada Che Johan berikutan tindakannya menarik diri sebagai calon.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan tersebut sejajar dengan status Che Johan yang masih lagi ahli parti.

Tindakan Che Johan itu menjadikan kerusi parlimen Pasir Mas bertembung satu lawan satu antara PAS dan Bebas.

Ianya juga menyebabkan BN hilang satu peluang untuk menang di kerusi parlimen.

PAS meletakkan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebagai calonnya bagi menentang penyandang kerusi tersebut, Ibrahim Ali yang sebelum ini bertanding menggunakan lambang PAS pada PRU12 lalu.

Harakahdaily/-

Mat Taib: 'Saya kena sokong parti ada pendirian'

Posted: 22 Apr 2013 03:52 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Muhammad Muhd Taib

Muhammad bercakap pada sidang media selepas penyerahan borang keahlian menyertai Pas hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas hari ini berkata, beliau merasakan sudah tiba masanya perubahan dilakukan agar pembangunan dinamik negara ini "mempunyai roh."

Katanya, beliau melihat Pas sebagai satu-satunya parti yang mampu membawa kesedaran tersebut.

"Selama saya menjadi menteri besar dan aktivis Umno, memang benar negara kita maju. Tetapi, sudah sampai masanya pengisian pembangunan ini ada rohnya.

"Saya fikir parti yang boleh isi roh itu mestilah parti yang perjuangkan Islam. Hanya Pas yang bawa kesedaran itu," katanya kepada pemberita.

Muhammad, 65, yang turut dikenali dengan panggilan Mat Taib, menyerahkan sendiri borang kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas juga dilihat mempunyai pendirian untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh.

"Kalau Melayu bawah satu lambang agama dan diterapkan dalam satu ajaran, masyarakat tak akan berkecamuk. Pelaksanaan Islam sekarang tak menyeluruh.

"Saya kena sokong parti yang ada pendirian. Jika semua orang Melayu dan Islam sokong Pas, saya fikir negara ini boleh jadi contoh," katanya.

Dalam pada itu, Mat Taib berkata, hasrat menyertai Pas sudah timbul setahun lalu namun hanya diumumkan dua hari selepas penamaan calon.

"Hasrat dah setahun tapi saya tunggu masa sesuai. Saya umum selepas penamaan calon sebab tak mahu orang kata saya nak jadi calon.

"Saya tak berhajat jadi calon atau pegang jawatan. Saya cuma nak bagi sokongan kepada Pas," katanya.

Beliau juga berkata, orang Melayu di bandar mesti menaikkan syiar Islam melalui undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, penyertaan Mat Taib mampu memberi kekuatan kepada Pas.

"Kita mengalu-alukan penyertaan beliau. Kita anggap ini sokongan yang cukup kuat daripada seseorang yang mempunyai pengaruh besar di Selangor.

"Kehadiran beliau juga memberi kekuatan kepada parti untuk terus melangsungkan perjuangan Islam," katanya.

Sinar/-

PRU13: Lembaga Disiplin pecat 61 ahli UMNO tanding Bebas

Posted: 22 Apr 2013 02:19 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin UMNO memecat 61 orang ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta. 


Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen, berkata tindakan itu selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya. 


"Surat pemecatan keahlian yang ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 



Katanya, Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin UMNO juga akan memanggil tiga lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lalu. 

"Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO berikutan gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti. 

"Lembaga Disiplin UMNO sekali lagi ingin mengingatkan ahli UMNO bahawa kita telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj parti di dalam waktu tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke -13 ini." 

Beliau berkata, tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci. 
"Saya juga menggesa semua ahli UMNO di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong semua calon Barisan Nasional yang telah dinamakan untuk bertanding oleh pucuk pimpinan parti. Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan Barisan Nasional. 

SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE–13 

1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA) 

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG) 

3. PARLIMEN SEPANG – DATO' HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN) 

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD 

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG) 

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN) 

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.) 

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA 

12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD 

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN 

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.) 

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM 

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN) 

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI 

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD 

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM 

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR 

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER 

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR 

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN 

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN 

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR 

27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD 

29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB

30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM 

31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM 

32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR 

33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA 

34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE 

35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI 

36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS 

37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG 

38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL 

39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI 

40. HUSSEIN BIN MUMAKIL 

41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN 

42. MAMAT BIN BALHANA 

43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP 

44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS 

45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG 

46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR 

47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH 

48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH 

49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR 

50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI 

51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT 

52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK 

53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD 

54. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA 

55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL 

56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN 

57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF 

58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA 

59. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN 

60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON 

61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL 

Berita Harian/-

Calon parlimen Gopeng dakwa diserang Hamidah

Posted: 22 Apr 2013 02:14 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


 

IPOH: Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boo Chye mendakwa Calon BN Dun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman menyerang beliau semalam.

Kejadian itu berlaku di Bilik Gerakan PKR di Taman Tasek Permai, Batu Gajah yang dikatakan berpunca disebabkan rasa tidak puas hati penyokong BN terhadap PKR yang mendirikan bilik gerakan kira-kira 500 meter daripada Pejabat Pusat Khidmat Dun Sungai Rapat yang dijadikan bilik gerakan BN.

Katanya, beliau bergegas ke tempat tersebut selepas menerima panggilan dari petugas bahawa sekumpulan penyokong BN datang membuat gangguan di bilik gerakan PKR itu.

"Apabila Datuk Hamidah hadir, dan kami pun berunding tapi keadaan bertukar kecoh apabila Hamidah bertindak liar dengan merampas perakam video petugas PKR lalu mencampakannya.

"Tidak lama kemudian, Datuk Hamidah bertindak di luar jangka dengan mencekak kolar baju saya," jelasnya pada sidang medianya di Pejabat PKR Gopeng, Taman Soon Choon Ipoh, hari ini. 

Hadir sama ialah Naib Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang, dan Yang Dipertua PAS Gopeng,  Abdul Rahim Ariff.

Dr Lee yang juga Calon PKR parlimen Gopeng berkata, beliau rasa sangat terkejut dengan tindakan Hamidah yang disifatnya satu perkara diluar jangkaannya.

Satu laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian itu.

Sehubungan itu beliau menggesa Hamidah memohon maaf kepadanya secara terbuka atas kejadian tersebut dan berharap pihak polis yang turut berada di tempat kejadian dapat menjalankan siasatan secepat mungkin.

Dalam perkembangan berkaitan, calon PAS Dun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon melahirkan rasa kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh calon Umno itu.

Katanya, Hamidah tidak sewajarnya berbuat demikian kerana beliau adalah bekas Exco kanan Kerajaan Negeri Perak ditambah lagi beliau adalah seorang wanita.

"Sepatutnya kita dapat berbincang bagi menyelesaikan masalah ini, bukan dengan tindakan yang tidak sewajarnya ini.

"Salahkah kami untuk mendirikan bilik gerakan di premis persendirian, kami adalah parti berdaftar yang akan bertading pada pilihanraya ini," jelas Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng itu.

Harakahdaily/-

Arab Saudi bina pusat pemulihan mewah

Posted: 22 Apr 2013 02:07 AM PDT


11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


BEBERAPA wartawan dibawa memasuki tempat makan banduan militan Al-Qaeda di sebuah pusat pemulihan mewah di Riyadh pada 9 April lalu.



RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi merancang melenyapkan fahaman ekstrem dalam kalangan banduan militan Al-Qaeda melalui kaedah kaunseling, rawatan spa dan senaman di sebuah pusat pemulihan mewah di sini.
Banduan-banduan itu boleh menggunakan fasiliti pusat pemulihan berkenaan termasuk kolam renang saiz Olimpik, sauna, gimnasium dan dewan televisyen semasa mereka menghadiri sesi kaunseling dan ceramah agama.
Pusat pemulihan mewah baharu itu dibina oleh Pusat Kaunseling dan Penjagaan Putera Mohammed Bin Nayef.
Badan itu yang ditubuhkan tujuh tahun lalu bertujuan untuk memulihkan ekstremis-ekstremis Islam yang ditahan semasa operasi membanteras Al-Qaeda di Arab Saudi antara 2003 hingga 2006.
"Kurang 3,000 orang banduan Islam akan menjalani sesi pemulihan di pusat-pusat itu sebelum mereka dibebaskan," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Mansur Al-Turki.
Sebuah pusat pemulihan tersebut telah dibuka di bandar raya Jeddah manakala tiga lagi akan dibina di utara, timur dan selatan negara ini.
Namun, hanya pusat pemulihan di sini yang memiliki kelengkapan serba mewah sebagai insentif untuk banduan-banduan tersebut yang melupakan fahaman ekstremis Al-Qaeda.
Fasiliti pemulihan di sini mempunyai keluasan bersamaan 10 padang bola sepak dan dibina untuk menempatkan seramai 228 banduan Al-Qaeda.
Setiap daripada 12 bangunan di pusat pemulihan itu akan menempatkan 19 banduan.
Setiap banduan berkenaan diberikan suite mewah bagi membolehkan mereka meluangkan masa bersama keluarga masing-masing pada waktu melawat.
Banduan yang berkelakuan baik boleh meluangkan masa dua hari bersama isteri mereka di suite tersebut.
Pada waktu siang, para banduan itu akan menghadiri seminar agama bertujuan untuk melenyapkan fahaman jihad dalam diri mereka.
"Dalam usaha memerangi pengganas, kita perlu memberi keseimbangan dalam aspek intelektual dan psikologi kepada mereka menerusi dialog dan pujukan," kata pengarah pusat pemulihan tersebut, Said Al-Bishi. - AFP

30 minit tak berjawab

Posted: 22 Apr 2013 02:04 AM PDT

Foto
11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Shah Alam: "Saya hanya mengetahui anak saya terbabit kemalangan itu melalui Facebook (FB)," kata Mohd Aziz Saleh, 47, bapa Mohd Faridzuan, 21, yang terbunuh bersama empat lagi mangsa dalam kemalangan di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, awal pagi semalam.

Menurut Mohd Aziz, anak keduanya (adik Mohd Faridzuan) mengejutkan dia dan isteri jam 3.40 pagi selepas menonton rakaman video kemalangan ngeri yang dimuat naik di FB.
"Dia bertanya kami berdua sama ada abangnya sudah pulang atau belum kerana berasa seperti ada sesuatu yang buruk menimpa Faridzuan.

"Saya segera mencapai telefon dan menghubungi Faridzuan berulang kali hampir 30 minit namun panggilan itu tidak berjawab," katanya mula bimbang mengenai keselamatan anak sulungnya itu.KENDERAAN yang terbabit kemalangan di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, semalam.


Mohd Aziz berkata, anak keduanya mengesyaki abangnya terbabit kemalangan itu selepas mengecam plat motosikal milik Faridzuan yang terpapar dalam FB.


metro/-

Hanya untuk bantu kempen PAS

Posted: 22 Apr 2013 02:02 AM PDT


11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menamatkan desas desus penyertaannya dalam PAS apabila secara rasmi menyerahkan borang keahlian parti itu kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini.
Dengan penyertaan itu, Muhammad berkata beliau berikrar untuk berkempen bagi parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. 
"Sudah lama saya berhasrat untuk sertai PAS, malah sejak tahun lalu saya pernah menemui Hadi dan Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu. 

"Cuma saya setuju nak umumkan keahlian saya dua hari selepas penamaan calon (hari ini) kerana mahu menghentikan spekulasi kononnya saya akan dicalonkan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.


Muhammad berkata, beliau tidak berhajat menjadi calon sebaliknya hanya akan memberi sokongan dan berkempen untuk PAS dalam menyebarkan ajaran Islam sebenar.


"Selama menjadi Menteri Besar dan 40 tahun sebagai aktivis UMNO, saya tidak nafikan Malaysia dan negeri seperti Selangor maju tapi sudah tiba masa perubahan perlu dilakukan. 

"Kita mahu pengisian pembangunan yang dinamik ada roh (Islam), kalau tiada (roh) generasi akan datang akan terus bergelumang dengan masalah sosial. 

"Saya fikir mana parti yang boleh isi roh itu, tentulah parti yang perjuangkan Islam (PAS). Kerajaan sekarang pelaksanaan Islamnya tidak menyeluruh dan tidak jelas contohnya di sekolah pelajar Islam ada yang bertudung dan ada yang tidak," katanya. 

Sementara itu, Hadi menganggap penyertaan Muhammad sebagai satu sokongan yang cukup kuat berikutan pengaruh besar bekas Naib Presiden UMNO itu sekali gus menambah kekuatan PAS.

metro/-

2 maut, 5 cedera di Nakkorn

Posted: 22 Apr 2013 01:47 AM PDT

Foto
11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

GEORGETOWN: Dua rakyat Malaysia terbunuh selepas terbabit dalam satu kemalangan ketika menghadiri upacara keagamaan di Nakkorn, Thailand, petang Sabtu lalu.

Difahamkan, mangsa seorang wanita dan seorang lelaki namun identiti kedua-duanya masih belum diketahui.
Mayat wanita terbabit dihantar pulang ke rumahnya di Butterwoth, di sini manakala mayat lelaki pula yang dipercayai pemandu van dibawa pulang ke Parit Buntar, Perak.

Maklumat yang diterima mengatakan van itu dinaiki dua keluarga seramai 13 orang dan mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Nakkorn.

Difahamkan, semua mangsa berkunjung ke negara itu setiap tahun untuk menghadiri upaca keagamaan di negara berkenaan.

Lima penumpang yang mengalami kecederaan parah termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun kini berada di Hospital Loh Guan Lye untuk menerima rawatan.

metro/-

Wanita nekad lawan peragut

Posted: 22 Apr 2013 01:41 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



Wanita nekad lawan peragut

Suspek, 22, terbaring di bahu jalan sementara menunggu kehadiran anggota polis untuk dibawa ke Balai Polis Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Seorang wanita bertindak nekad menarik beg tangan miliknya daripada diragut oleh dua lelaki walaupun terpaksa menahan kesakitan, dalam satu kejadian ragut di Jalan Bukit Kecil, di sini, Jumaat lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, 51, yang bekerja sebagai pembantu kedai sedang berjalan kaki bersama anak perempuannya dari arah Jalan Bukit Kecil menuju ke Pulau Kambing, di sini, sebelum dihampiri dua suspek yang menunggang motosikal.

"Semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dihampiri dua suspek sebelum pemboncengnya cuba meragut beg tangan milik mangsa.

"Terkejut dengan tindakan itu, mangsa cuba menarik semula beg tangannya menyebabkan berlaku adegan tarik menarik antara mangsa dan suspek," katanya, semalam.

Sumber berkata, susulan itu, tali beg putus sebelum mangsa tersembam di atas jalan.

"Ketika itu, beg tangan masih berada dalam tangan mangsa yang sedang mengerang kesakitan akibat terjatuh, sementara kedua-dua suspek segera melarikan diri sebaik menyedari orang ramai mula menghampiri tempat kejadian.

"Bagaimanapun, dalam keadaan kelam kabut itu, suspek yang melarikan diri gagal mengawal motosikal sebelum terbabas dan melanggar sebuah pacuan empat roda yang ada di tepi jalan," katanya.

Jelasnya, suspek yang menunggang motosikal sempat melarikan diri sementara rakannya berjaya ditahan orang ramai yang kebetulan berada di lokasi.

"Suspek berusia 22 tahun dari Kuala Ibai, di sini, itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan usaha memburu rakan suspek berusia 20-an sedang dijalankan.


sinar/-

Pertindihan kerusi selesai, fokus tumbangkan BN

Posted: 22 Apr 2013 01:35 AM PDT


11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk menggunakan ruang masa yang ada ini untuk fokus kepada agenda menumbangkan Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.


Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, soal pertindihan kerusi antara PAS dan PKR telahpun diselesaikan dengan bijaksana oleh kepimpinan, dan sekarang adalah masa untuk bersatu melawan Umno BN.

"Sekarang ini seluruh jentera parti perlu fokus untuk tumbangkan BN di tempat masing-masing.

"Jangan lagi duduk buang masa berpolemik tentang perkara lain, kita sudah hampir dengan Putrajaya, jangan kita leka," katanya yang juga calon Jengka kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini bahawa parti itu mencadangkan agar kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor diserah kepada PKR.

PKR pula dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS hari ini yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi sendiri dan umumkan pada satu sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.

Mengulas cadangan penyelesaian itu, Tuan Ibrahim berkata, ianya menunjukkan ketinggian tahap toleransi parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Saya menyambut baik cadangan penyelesaian ini. Ia mencerminkan muafakat, apa sahaja isu dalam Pakatan Rakyat boleh diselesaikan secara mesyuarat," katanya.

harakahdaily/-

H7N9 senjata biologi AS?

Posted: 22 Apr 2013 01:28 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



Gambar hiasan.

Gambar hiasan.
CHINA dikejutkan dengan serangan virus influenza A, H7N9 yang telah mengorbankan 18 orang dan 95 kes jangkitan dilaporkan sejak Mac lalu.

"Susulan daripada insiden itu, pegawai tentera tempatan dengan lantang, menuduh Amerika Syarikat (AS) menjadi dalang melancarkan perang biologi ke atas negara itu.

Menerusi kenyataan dipaparkan laman blog mikro, Sina Weibo dan turut mendapat perhatian media di Asia baru-baru ini, Kolonel Dai Xu mendakwa AS telah menyebarkan virus berbahaya tersebut.

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Negara AS, Jason Rebholz menafikan tuduhan itu yang kononnya dianggap sebagai tidak berasas.

Ogos lalu, akhbar Global Times menyiarkan kenyataan beliau menggesa China melancarkan peperangan dengan AS atas tindakan mereka menyokong Jepun bagi menuntut Pulau Senkaku yang menjadi pusat pertikaian wilayah maritim antara kedua-dua negara tersebut.

Dalam kenyataan terbarunya, Xu turut mendakwa Pentagon kini sedang cuba menjalinkan hubungan ketenteraan lebih rapat dengan China.

Selain itu, beliau menyatakan virus H7N9 itu dicipta sebagai senjata biologi sama seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Sars) yang dibangunkan oleh AS dan menyerang negara tersebut pada 2003.

"Pada masa itu, AS sedang melakukan pencerobohan di Iraq dan mereka khuatir kami akan menggunakan peluang tersebut untuk mengambil tindakan.

Bertitik-tolak daripada itu, AS bertindak menggunakan senjata biologi untuk menentang China," katanya.

Beliau turut mendakwa AS mahu menggunakan taktik sama ketika ini dan China sepatutnya berwaspada dan cuba menangani masalah tersebut dengan tenang.

"AS juga telah menggunakan krisis bersama Korea Utara untuk merenggangkan hubungan Beijing dengan sekutunya menerusi tawaran 'kerjasama' mereka.

Selain itu, Xu juga mendedahkan teori plot negara Barat untuk mengancam pihak lain dengan cara mendedahkan maklumat yang diperoleh bertujuan untuk menjejaskan reputasi sesebuah negara.

Kenyataan lantang Xu tersebut mendapat maklum balas negatif banyak pihak dan sehari selepas itu beliau sekali lagi mengemas kini status dengan mendakwa sekumpulan individu di China telah disuntik dengan 'toksin mental' oleh AS berikutan pendirian mereka yang terus menyokong kuasa besar terbabit.

Sementara itu, penganalisis memaklumkan lebih 945,600 pengguna blog mikro memperkatakan mengenai isu penularan H7N9 tersebut antara 8 dan 9 April lalu.

Sejak ia mula tersebar secara meluas di media, antara 1.3 dan tiga juta pengguna Sina Weibo dan QQ Weibo mengemas kini status mereka, selain memberi maklumat terkini berhubung kes tersebut.

Puluhan ribu pengguna turut menyatakan keraguan mereka terhadap pegawai perbandaran Shanghai yang menafikan kejadian itu ada kaitan dengan insiden  khinzir ditemui mati terapung di Sungai Huangpu, bulan lalu.

Susulan daripada itu, ada spekulasi yang mendakwa kematian misteri lebih 16,000 khinzir di sungai yang menjadi sumber bekalan air penduduk di Shanghai tersebut mencetuskan penyebaran virus pembawa maut terbabit.

Menurut khabar angin, seorang daripada mangsa yang dijangkiti H7N9 itu adalah penyembelih khinzir.

Selesema burung itu dikatakan sama seperti wabak sebelum tetapi dengan perbezaan ketara; virus terbaru  menyebabkan sukar mengenal pasti haiwan ternakan yang dijangkiti kerana ia tidak membunuh haiwan tersebut.  

Difahamkan, China mengesahkan kes pertama jangkitan H7N9 kepada WHO pada 31 Mac lalu dan pihak berkuasa dipercayai mengambil masa 20 hari untuk membuat pengumuman itu

Menjelang 5 April, sebanyak 14 kes dilaporkan dan enam daripadanya membawa maut.

Pada masa ini, virus H7N9 tersebut  telah tersebar ke banyak kawasan termasuk di Shanghai, Jiangsu, Zhejiang dan Anhui.

Walaupun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan ia tidak boleh disebarkan oleh manusia, namun banyak pihak khuatir jika virus itu mengalami mutasi yang akan menyebabkan ia menjadi lebih berbahaya.

Pihak berkuasa China juga cuba untuk meredakan kebimbangan penduduk dengan meyakinkan kepada mereka bahawa tiada bukti menunjukkan manusia boleh menjadi penyebar virus tersebut melainkan jika mereka terdedah dengan haiwan ternakan atau burung yang dijangkiti H7N9.

Difahamkan, sampel virus itu telah dihantar ke makmal di beberapa negara termasuk Netherlands dan Britain bertujuan untuk penyelidikan bagi menghasilkan vaksin yang sesuai.


harakahdaily/-

Berada di kawasan tegar Umno Johor

Posted: 22 Apr 2013 01:23 AM PDT


11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



Mengikuti perarakan penamaan calon PAS, Salahudin Ayub, untuk kawasan Parlimen Pulai, Johor dari Masjid Abu Bakar, Johor Bharu ke Dewan Jubli Intan, Sabtu lalu, menyaksikan suasana yang sangat luar biasa.

Salahudin bertanding melawan calon BN, Nur Jazlan Mohamad.

Suasana di sekitar Johor Bahru hingga membawa ke Skudai dan Tampoi, malah hingga ke Gelang Patah, Pekan Nenas, berlainan dengan suasana pilihan raya di masa lalu di negeri ini, di mana dulunya bendera dan spanduk BN mendominasi semua kawasan.

Tetapi dalam PRU kali ini, Johor Bahru dan sekitarnya dilimpahi bendera PAS, PKR dan DAP. Kawasan Parlimen Pulai calon PAS bertanding dan di mana-mana orang bercakap secara terbuka mengenai Pakatan Rakyat dan calon dari komponan Pakatan. 

Saya tenggelam dalam kibaran bendera dan spanduk PAS dan DAP yang di bawa oleh beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat. 
Seorang penyokong PAS memberitahu saya,  "Dulu nak cari seratus orang penyokong PAS mengarak calonnyapun begitu sukar di Johor Bahru ini, tetapi kali ini, lihatlah, ribuan yang datang."

Penyokong Pakatan dari DAP berbaju merah begitu bersemangat sekali, beriringan dengan penyokong PAS dan PKR. Salahudin berbaju Melayu berwarna merah, diiringi isterinya dengan warna yang sama, tidak henti-hentinya bersalaman dengan orang ramai.

Ternyata bendera dan spandok PAS, DAP dan PKR mewarnai bandaraya Johor Bahru dan tentunya memberi isyarat permulaan akan berakhirnya dominasi Umno/BN di negeri Johor selama lebih setengah abad. 

Orang Melayu di Johor Bahru, terutama di kampung Melayu yang tegar Umno, seperti Skudai, Majidee, Tampoi, Kempas, Air Molek dan lain-lain sudah berani bercakap mengenai PAS, DAP dan PKR, malah ada yang lebih berani mencacakkan bendera PAS di halaman rumah mereka.

Sama meriahnya sambutan orang Johor terhadap perarakan calon PKR, Gen (B), Tan Sri Md Hashim Hussein yang ditentang oleh Shahrir Abd Samad dari BN. 

Ribuah penyokong Pakatan, termasuk anak muda Melayu dan Cina ikut dalam perarakan itu, menambahkan lagi suasana bendera DAP, PAS dan PKR mendominasi bandaraya Johor Bharu.

"Ini pertama kali dalam sejarah pilihan raya negara ini," kata Salim Abd Samad, sorang penduduk Majidee, kawasan pekat Umno.

Salim yang menyokong PAS mulai setahun lalu itu memabah, "kalau tidak bendera dacing saja yang memenuhi Johor Bahru. Sekarang sudah ada perubahan, lebih-lebih lagi di kalangan generasi baru."

Sementara itu, selesai penamaan calon di Dewan Jubli Intan, Salahudin bersama penyokong pergi pula ke Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengan untuk menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding di Dun Nusa Jaya, pusat pentadbiraan kerajaan Johor.  Lawannya Dr. Zaini Abu Bakar.

Di sana Salahudin bertemu Lim Kit Siang (Calon DAP di Parlimen Gelang Patah) ditempat penamaan calon. Lawannya, calon BN, Abd Ghani Othman. Ribuan lagi penyokong Pakatan berhimpun di sana. 
Sekali lagi kelihatan bendera dan sepandok PAS, DAP dan PKR mendominasi kawasan penamaan calon itu, sementara bendera dan spandok BN kelihatan 'malu-malu' muncul di sana sini. 

Apa yang menarik ialah hadirin kaum Cina yang bersemangat. Ramai yang memakai topi berbentuk maskot DAP burung kenyalang bernama t-shirt 'Ubah'.

Ternyata, lima tahun selepas Pilihan Raya 2008, perubahan jelas sudah dirasakan di Johor.

Menurut penganalisis, pelbagai isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sepanjang beberapa tahun lalu sudah boleh diterima oleh golongan muda dengan melihat kepada reaksi ribuan yang berhimpun di tempat letak kereta terbuka Sutera Mall. 

Mereka mendengar Kit Siang, pengerusi DAP negeri Dr Boo Chang Hau dan naib presiden PAS yang juga calon Dun Nusajaya, Salahuddin Ayub ketika kedunya berucap di ceramah umum di situ dua hari sebelum hari penamaan calon. 

Seorang relawan wanita muda di salah satu meja di bawah khemah putih di sana, Jenni Sin berkata, ramai kaum Cina Johor bekerja di Singapura dan berulang-alik setiap hari di Tambak Johor bukan kerana terpikat kepada republik itu, tetapi kerana boleh mendapat gaji yang lebih baik.

Pengundi Cina di Johor melihat Pakatan Rakyat mampu menyediakan hehidupan yang selesa bagi rakyat rakyat pelbagai bangsa di Johor.

Menurut penganalisis, Ibrahim Sufian dari Merdeka Center langkah DAP di Johor telah membangkitkan masyarakat Cina.

"Kit Siang bertanding di Gelang Patah dan mengetuai kempen DAP di Johor telah menyeronokkan komuniti Cina dan menunjukkan mereka serius untuk berkembang dan mendekati mereka," kata Ibrahim.

"Kehadiran Kit Siang dalam meningkatkan sokongan Cina untuk Pakatan dan telah membantu merapatkan jurang untuk parti-parti pembangkang bagi mencapai matlamat mereka," tambah beliau.

Ibrahim menambah Melayu di Johor tiada masalah bergaul dengan masyarakat Cina, akan tetapi sentimen perkauman telah dieksploitasi oleh mereka yang berkuasa untuk menimbulkan ketakutan.

Di kawasan Palimen Tanjung Piai, Johor, kawasan paling selatan Benua Asia, di mana terletak kampung saya dan juga kampung Salahudin Ayub, keadaan juga sangat menarik, di mana calon Parlimen dari DAP ialah seorang Melayu, Mahdzir Ibrahim, menakala calon BN, Wee Jeck Seng dari MCA. 

Pengundi Melayu di situ 52.11%, Cina 46. 50%, India 1.7% dan lain-lain 0.32%. Dua Dun di kawasan parlimen tersebut – Pekan Nenas dan Kukup, di mana adik Salahuddin Ayub, Ghazaly Ayub calon PAS di Dun Kukup menentang calon BN, Suhaimi Saleh.

Sementara di Pekan Nenas, calon DAP, Yeo Tung Siong menentang calon BN, Wong You Fong. 

Inilah sebanyak sedikit gambaran awal, suasana PRU di beberapa kawasan di Johor, yang dulunya adalah kawasan tegar Umno/BN. Siapa tahu hati orang Johor boleh berubah dengan kehendak Allah.

harakahdaily/-

Kamilia kata tak ditawarkan kerusi

Posted: 22 Apr 2013 01:04 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim menangkis kenyataan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau telah ditawarkan untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Chandan, sebelum bertindak keluar parti dan bertanding sebagai calon Bebas.

Kamilia dalam satu kenyataan di laman Facebook juga berkata beliau menerima keputusan Umno yang menggugurkan beliau daripada parti tersebut kerana bertanding menentang BN.

"Datuk Kamilia Ibrahim tidak ditawarkan mana-mana kerusi untuk bertanding dalam PRU13.

"Beliau menerima keputusan Umno beliau tidak diperlukan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Umno kerana memberi peluang untuk berkhidmat kepada parti selama 30 tahun.

"Beliau membuat keputusan untuk berhenti sebagai ahli Umno dan bertanding sebagai calon bebas untuk terus mempelopori suara wanita dan rakyat Kuala Kangsar," katanya dalam kenyataan itu.

Malaysiakini/-

Dulu pangkah BN, sekarang terima Pakatan Rakyat

Posted: 22 Apr 2013 01:02 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Hari ketiga berkempen, calon PAS N50 Bukit Permai, Mazlan Aliman yakin pengundi di kawasan tersebut mahukan kempen secara bersih, tanpa memburuk-burukkan mana-mana pihak.

Beliau juga tidak menyangka rata-rata pengundi Melayu yang ditemui menyambut beliau dengan baik dan menyatakan sokongan secara terbuka kepada PAS dan Pakatan Rakyat. 

"Setakat ini saya berpuas hati walaupun baru hari ketiga berkempen tapi saya tak sangka sokongan Orang Melayu sangat baik walapun rata-rata mereka menyokong BN pada pilihan raya 2008 dahulu.

"Walaupun risalah memburuk-burukkan Pakatan Rakyat diedarkan, tapi pengundi nampaknya tidak terpengaruh lagi dengan kempen sedemikian," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, beliau akan meneruskan kempen yang bersih dan sihat dengan memberi penerangan mengenai tawaran Pakatan Rakyat.

Katanya, di kawasan Felda, beliau akan menerangkan tawaran Pakatan Rakyat kepada warga Felda seperti perumahan kepada generasi kedua.

"Pas berkempen mengikut kawasan. Bila masuk ke kawasan Felda, saya akan terangkan tawaran Pakatan kepada peneroka dan bila masuk ke kampung-kampung, saya akan ceritakan juga tawaran PAS dan Pakatan Rakyat kepada pengundi," katanya yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Beliau juga berkata, pengundi di Johor semakin bijak dan tidak akan menerima bulat-bulat apa yang disiarkan di televiseyen dan media arus perdana.

"Semua pihak kena ingat, dengan adanya internet, media sosial, orang di kampung tidak lagi boleh menerima politik fitnah. Mereka mahukan politik yang sihat, bertanding secara sihat," katanya.

Mazlan akan melawan calon BN Ali Mazat Salleh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Harakahdaily/-

PAS dedah Calon BN disiasat SPRM

Posted: 22 Apr 2013 12:14 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


(Raja Iskandar mendedahkan keratan akhbar yang mendedahkan siasatan SPRM 
ke atas calon BN)


IPOH: PAS Perak hari ini mendedahkan seorang calon Umno-BN yang sedang  disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, individu tersebut adalah bekas Exco Kerajaan Negeri Perak yang dicalonkan sekali lagi.

Menurutnya, calon berkenaan disiasat atas berhubung isu billboard elektronik beberapa bulan lalu.

"Sebelum ini PAS Perak sudah mendedahkan beberapa kali tentang ada dari kalangan exco kerajaan negeri yang disiasat oleh SPRM dan hari ini kami mendedahkan individu tersebut," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, Safarizal Saleh serta peguam, Mohd Fitri Asmuni.

Jelas beliau, beberapa orang kanannya termasuklah adik calon berkenaan turut dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan.

Pejabatnya di Bangunan Kerajan Negeri Perak juga katanya turut dihadiri oleh SPRM dan beberapa barangan termasuklah komputer riba dirampas untuk membantu siasatan.

"Kami mempersoalkan apakah status tentang kes ini yang sehingga hari masih belum ada kenyataan rasmi daripada SPRM," jelasnya lagi.

Raja Iskandar berkata, PAS hairan adakah Pengerusi BN, Datuk Sri Najib Tun Razak benar-benar menapis sebaik mungkin calon-calon sebelum dipilih untuk menjadi calon.

Katanya, adakah Najib melihat  adalah calon ini 'winnable candidate' walaupun terpalit dengan isu rasuah sehingga menyebabkan beliau disiasat oleh SPRM.

"Masyarakat umum  khususnya di Dun Sungai Rapat mengetahui tentang masalah dan tingkah lakunya yang bersikap provokatif termasuklah mengganggu ceramah PAS dan sebagainya tetapi ianya masih terpilih untuk menjadi calon.

"Tidak mustahil masih ada calon BN yang akan bertanding pada PRU13 ini tidak bersih dan mempunyai pelbagai skandal dan masalah,"jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Harakahdaily/-

Bekas MB Selangor, Mat Taib Sertai PAS

Posted: 22 Apr 2013 12:12 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Tan Sri Muhammad Muhd Taib
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib akhirnya secara rasmi menyertai PAS pada Isnin.
Muhammad berkata beliau akan berkempen di Lembang Klang dan kawasan bandar di negara ini dengan menerapkan nilai-nilai murni yang diajarkan dalam Islam.
Muhammad, 65, yang juga bekas Naib Presiden Umno berkata beliau mahu menyertai PAS tahun lalu namun terpaksa menangguhkan keputusannya untuk menunggu masa yang lebih sesuai.
"Saya bersetuju untuk menyertai PAS dua hari selepas penamaan calon supaya dapat dapat menghilangkan tuduhan yang saya melakukannya untuk mendapatkan kuasa dan mahu menjadi calon dalam pilihan raya kali ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, pada Isnin.
Beliau berkata dia mahu menyertai PAS selepas menyedari pembangunan di Selangor kosong tanpa pembangunan jiwa dan rohani.
Muhammad menambah beliau akan memperjuangkan idea PAS dalam mengetengahkan nilai-nilai Islam dipraktikkan dalam setiap aspek kehidupan, terutamanya di Lembah Klang dan beliau berharap ia dapat menjadi contoh kepada kawasan lain untuk mengikutinya.
Bagaimanapun, Muhammad tidak menjawab sebarang pertanyaaan daripada pihak wartawan apabila beliau bergegas untuk memberi ruang kepada mesyuarat pimpinan PAS pusat.
mStar/-

20 tahun dulu saya doakan dia masuk PAS - TG Haron Din

Posted: 22 Apr 2013 12:10 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Doa Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din sejak 20 tahun yang lalu agar bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk menyertai PAS akhirnya dimakbulkan.

Haron Din pernah mengenali Muhammad berpuluh tahun lalu ketika beliau berkhidmat di Tabung Haji sebagai pegawai yang mengendalikan kursus haji.


(Ustaz Haron Din dan Muhamad Mohd Taib dalam sidang media hari ini)

"Waktu itu saya mengadakan kursus haji yang kebetulan waktu itu beliau (Muhamad) turut serta dalam kursus itu," katanya.

Dalam sidang media penyerahan borang keahlian PAS Muhammad, Haron Din menceritakan bagaimana beliau mula-mula mengenali Ajk Tertinggi Umno itu.

"Kita buat umrah sama-sama, dapat bas biasa. Bas itu mati di tengah-tengah terowong, tidak ada pilihan terpaksalah tolak bas itu. Orang pertama yang turun tolak Muhamad Taib ketika itu dia MB Selangor.


"Pulang ke Malaysia selepas itu, saya dijemput bagi ceramah bulanan di rumah MB. Tan Sri minat pada ceramah agama sampai sanggup buat ceramah di rumahnya," katanya.

Ekoran itu, Haron Din sentiasa mendoakan pasti suatu hari nanti Muhamad akan menyertai PAS.

"Saya pernah mendoakan supaya Allah bukakan hati dan hidayahnya untuk agama yang suci ini, saya mengalu-alukan beliau pada pagi ini," kata Haron Din.

Jelas Haron Din, Muhammad pernah datang ke rumahnya sebelum ini sebagai seorang teman lama dan tidak lebih dari untuk bersembang.

Bagaimanapun Haron Din terkejut apabila kehadiran Muhammad untuk menyatakan kesediaannya menyertai PAS.

"Ketika itu, saya terus menyediakan borang keahlian PAS, maka disinilah bermulanya dan akhirnya beliau masuk PAS," ujarnya. 

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pengisytiharan Muhammad dilakukan selepas penamaan calon bagi melahirkan keikhlasan bahawa mereka yang menyertai PAS bukan untuk menjadi calon.

"Muhammad sudah bersama kami setahun yang lalu, dan sengaja (isytihar masuk PAS) dibuat selepas penamaan calon. Kerana kita tidak dapat menguasai media dengan sepenuhnya.

"PAS mengalu-alukan penyertaan Tan Sri. Ini adalah sokongan dan dokongan yang sangat kuat yang pernah memimpin Umno di peringkat pusat dan kerajaan negeri," katanya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini secara rasminya menyertai Pas apabila beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu.

Turut hadir dalam sidang media itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mhafuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Harakahdaily/-

SPR: Nama calon kekal di kertas undi walau tarik diri

Posted: 22 Apr 2013 12:09 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa pencalonan untuk pilihan raya umum ke-13 yang telah dimuktamadkan tidak akan dibenarkan untuk ditarik balik.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata peruntukan undang-undang yang membolehkan seseorang calon menarik balik pencalonan tersebut sudahpun dihapuskan.

"Kita sudah tidak ada peruntukan itu mengiut Peraturan Pilihan Raya 1981," katanya dalam satu sidang media Putrajaya hari ini.

Tambahnya, nama calon berkenaan tidak akan dipadamkan daripada kertas undi dan pengundi dibenarkan untuk mengundi calon tersebut.

Calon berkenaan dibenarkan untuk mengumumkan penarikan diri masing-masing kerana ia merupakan pilihan peribadi masing-masing.

Namun, tiada perubahan akan dibuat ke atas kertas undi tersebut, tegasnya.

Malaysiakini/-

Pengundi Sik tolak propaganda media perdana

Posted: 21 Apr 2013 07:16 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


 Che Uda (kiri) makan bersama petugas PAS pada majlis di Felda Teloi Timur, malam tadi.

SIK: Pemimpin Umno BN tersilap jika menganggap masyarakat di kawasan pedalaman terpengaruh dengan propaganda yang disebarkan melalui media arus perdana.

Justeru, calon PAS bagi Parlimen Sik, Che Uda Che Nik berkata, walaupun masyarakat di kawasan ini bekerja sendiri yang kebanyakannya adalah penoreh getah, mereka tidak mudah terpedaya dengan dakyah yang disiarkan itu.


"Dengan sebab itu, mereka tidak termakan dengan laporan akhbar arus perdana dan siaran TV yang dicetuskan oleh Umno BN pada pilihan raya umum kali ini," ujarnya kertika ditemui di majlis taklimat kepada jentera PAS di Felda Teloi Timur, malam tadi.

Sehubungan itu, beliau tidak merasa risau dengan kempen dan propaganda yang dimainkan oleh Umno BN menerusi media arus perdana itu ekoran para pengundi di kawasan Parlimen Sik sudah memahami situasi sedemikian.

Katanya, kesedaran mereka itu timbul hasil daripada kejayaan jentera parti yang menjelaskan kepada masyarakat supaya  menolak propaganda dan kempen yang tidak beretika Umno BN itu pada PRU13 ini.

Menurutnya, masyarakat di kawasan ini boleh menerima penerangan penjelasan PAS supaya jangan mudah mempercayai segala bentuk laporan, ulasan, berita dan sebagainya yang disiarkan melalui akhbar mahupun televisyen sepanjang kempen PRU13.

"Walaupun masyarakat di sini berada di kawasan luar bandar dan agak pendalaman tapi jangan anggap apa yang disiarkan menerusi akhbar utama dan TV boleh mempengaruhi mereka untuk mengundi BN," ujarnya.

Justeru, bagi beliau, perkembangan itu dapat membantu usaha PAS untuk menarik sokongan masyarakat melalui penerangan dan kempen berhemah yang dilakukan oleh petugas parti sepanjang tempoh berkempen ini.

"Insya Allah, dengan suasana itu salah satu daripada enam faktor PAS akan dapat mengekalkan kemenangan di Parlimen Sik," ujarnya.

Pada PRU12 lalu, beliau yang memperolehi 16,864 undi menewaskan calon BN, Othman Desa dengan manjoriti 481 undi.

Harakahdaily/-

Ibrahim Ali rayu Che Johan lepas tindakan Umno

Posted: 21 Apr 2013 07:15 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



Calon kerusi Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali meminta Lembaga Disiplin Umno supaya tidak mengenakan tindakan terhadap Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Che Johan Che Pa berikutan tindakannya tidak menghantar kertas pencalonan pada penamaan calon semalam.

"Saya merayu supaya Che Johan tidak dikenakan tindakan kerana langkah yang diambilnya itu baik untuk BN sebenarnya," kata Ibrahim, penyandang kerusi Parlimen itu, yang akan bertanding sebagai calon Bebas.

Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di Kampung Kubang Bunut malam ini, beliau menyifatkan tindakan Che Johan sebagai sikap terpuji dan apa dilakukannya adalah untuk memastikan PAS tewas di Parlimen Pasir Mas.

Che Johan, yang merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen itu, membuat kejutan apabila tidak menyerahkan kertas pencalonan ketika proses penamaan calon berlangsung.

Tindakan beliau itu menjurus kepada pertembungan satu lawan satu antara Ibrahim dan calon PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Susulan itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perkara berkenaan dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti.

Ibrahim berkata keputusan Che Johan itu adalah sesuatu perkara "yang sangat sukar dilakukan" tetapi ia demi masa depan BN sebenarnya. 

"Saya terharu dengan tindakan Che Johan dan berharap dia bersabar menghadapi sebarang cubaan," katanya.

- Bernama

Naluri abang sebelum ajal adik

Posted: 21 Apr 2013 06:53 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Naluri abang sebelum ajal adik

Anggota polis mengangkat mayat mangsa (gambar kecil).
KUALA NERUS – Zuliya Zaki, 46, sama sekali tidak menyangka perasaan kurang enak dirasainya sejak awal pagi merupakan petanda adik disayanginya, Zuriman Zuki, 36, akan meninggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya.

Zuriman, bapa kepada dua anak maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada badan apabila motosikal ditungganginya terbabas, dan melanggar pagar di tepi jalan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang di Kampung Mengabang Telipot di sini.

"Patutlah sejak pagi tadi (semalam) saya rasa tidak sedap hati dan mungkin ia menjadi petanda bahawa kami sekeluarga akan kehilangan adik bongsu (Zuriman), namun kami reda," katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian, adiknya yang juga bapa tunggal itu keluar dari rumah kira-kira jam 3.20 petang untuk mengambil anaknya di sebuah sekolah agama di Tok Jiring, di sini.

"Saya sedang berehat di rumah sebelum seorang jiran memaklumkan, adik terbabit dalam kemalangan dan saya segera ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 150 meter dari rumah.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, dia sudah tidak bernyawa, manakala anaknya yang berusia sembilan tahun hanya mengalami luka-luka kecil di badan," katanya.

Menurutnya, adik itu tinggal bersamanya sekeluarga di rumah pusaka bersama dua anaknya setelah berpisah dengan isterinya beberapa tahun lalu.

"Sebelum kejadian, Allahyarham tidak menunjukkan perubahan atau berkelakuan pelik, sebaliknya saya pula rasa kurang sihat dan tidak selesa sepanjang hari ini (semalam) dan mungkin ia petanda," katanya.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sinar/-

Replika kapal terbang PRU13 terus dikunjungi

Posted: 21 Apr 2013 06:06 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



SIK: Replika kapal terbang PRU13 kini menjadi mercu tanda Kampung Batu Besar, 16 kilometer dari pekan Sik.

Orang ramai tidak putus-putus mengunjungi kampung berkenaan, semata-mata mahu melihat atau mengambil gambar replika kapal terbang.


Idea membina replika kapal terbang itu dicetuskan oleh ulama tersohor yang juga Penaung Madrasah Al-Rahmaniah, Tuan Guru Haji Salleh Musa.


Menurut Ramli Abdul Rahman (gambar), beliau tidak mengambil masa lama untuk membina rangka replika kapal terbang itu setelah ia dicetuskan oleh Tuan Guru Haji Salleh.

Katanya, replika yang dibina sebelum pembubaran parlimen itu turut dibantu oleh anak-anak muda PAS setempat yang berjaya disiapkan dengan kos kira-kira RM7,000 untuk membeli kayu, besi, buluh, batang paip, lampu dan lain-lain.

Beliau menjelaskan, replika yang berukuran 58 kaki panjang, 56 kaki lebar dan perimeter 40 kaki itu berjaya disiapkan dalam masa sekitar dua bulan.

"Para pengunjung sekarang sekitar 1,000 ke 2,000 orang sehari, dari kanak-kanak hingga warga emas dan lebih ramai lagi pada hari cuti," jelasnya kepada Harakahdaily ketika ditemui petang semalam.

Menariknya, kata beliau ada pelawat yang terpaksa datang semula kerana tidak dapat masuk ke dalam replika itu disebabkan pengunjung ramai.

Beliau memberitahu, kira-kira 5,000 orang hadir semasa perasmian replika itu yang dilakukan bersama oleh Tuan Guru Haji Salleh, calon-calon PRU13 iaitu Che Uda Che Nik (Parlimen Sik), Abu Bakar Bakilani (Dun Belantek) dan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Dun Jeneri).

Katanya, anak-anak muda tempatan dan anggota Unit Amal Sik bertugas 24 jam bagi mengawal lalu lintas ekoran pengunjung yang semakin bertambah termasuk pelancong luar negara.

"Pihak kami juga menjual baju-T, jam dinding dan payung sebagai cenderahati kepada pelawat," ujarnya.


Pelawat semua peringkat usia mahu menaiki 'kapal terbang'.


Keadaan bahagian dalam.


Ruang 'pilot'.

Harakahdaily/-

Mengapa saya menangis - Husam

Posted: 21 Apr 2013 05:37 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


(Husam dilihat mengalirkan air mata di hari penamaan calon)

PUTRAJAYA: Ramai tertanya-tanya apa yang telah menyentuh hati Datuk Husam Musa sehingga beliau menangis hiba semasa hari penamaan calon di Putrajaya kelmarin.

Beliau kelihatan mengesat air mata sewaktu para penyokongnya yang hampir 3,000 orang mengiringinya dan mengaminkan doa sebaik sahaja beliau tiba di pusat penamaan Presint 9.

"Saya amat hiba dengan sokongan rakyat jelata, terutamanya anak-anak muda, semangat perjuangan mereka, cukup menyentuh hati," katanya ekoran tidak pernah berlaku dalam pilihan raya di Putrajaya, penyokong begitu ramai mengiringi calon dari pembangkang.

Beliau juga, beliau terharu kerana PAS telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk bertanding di kota pentadbiran yang merupakan kerusi yang amat strategik dalam negara. 

"Saya kini meletakkan diri saya untuk mencontohi jejak langkah perjuangan getir para anbiya dan sahabat-sahabat dalam menegakkan Islam," katanya sebagaimana dipetik dalam laman Facebook rasmi PAS Putrajaya. 

Husam turut hiba kerana secara tiba-tiba beliau dianugerahkan suatu amanah yang besar untuk menerobos kota Putrajaya dengan membawa panji PAS.

PRU 13 ini merupakan satu cabaran besar buat Husam apabila beliau satu-satunya harapan PAS dan Pakatan Rakyat untuk membuka pintu Putrajaya bagi merealisasikan impian rakyat yang mahukan perubahan.

Walaupun lawan beliau Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan bongkaknya berkata, Husam akan hilang wang pertaruhan, Husam dikatakan akan memberi saingan sengit kepada Setiausaha Agung Umno itu.

Kawasan Parlimen Putrajaya seluas 4,931 hektar itu diwakili Tengku Adnan sejak 2004 selepas kawasan itu diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan pada 2001.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau memenanginya dengan majoriti 2,734 undi, mengalahkan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad. 

Harakahdaily/-

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP