Nuffnang

N50 Dun Sri Muda

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:23 PG

N50 Dun Sri Muda


Selangor Bubar Esok - MB

Posted: 03 Apr 2013 03:03 AM PDT




SHAH ALAM 3 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubar esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Menurutnya, Sultan Selangor telah dimaklumkan berhubung perkara itu ketika beliau mengadap Tuanku di Istana Alam Shah kira-kira jam 1.30 petang tadi ekoran pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri.
DUN Selangor"Setelah berbincang mengenai status Dewan Negeri Selangor, Tuanku Sultan berkenan untuk mengadakan satu upacara pembubaran Dewan Negeri Selangor esok 4 April 2013 di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah Klang pada jam 2.30 petang.
"Acara pembubaran ini juga akan disaksikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Di Raja," kata Khalid dalam kenyataan.
Beliau sebelum ini membayangkan DUN Selangor akan dibubar 22 April ini jika Najib masih berteka-teki dengan tarikh pembubaran parlimen.
Dengan pengumuman Najib hari ini, pilihan raya bagi DUN Selangor dijangka serentak dengan Kerajaan Pusat.

keadilandaily

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP