:: cina islam | 2011 :: |
- Mayat bayi tanpa kepala ditemui terapung
- ‘Saya harap rakyat Selangor terus beri mandat’
- Hari mengundi akhir April
- Lepasan SPM maut, adik parah motosikal dirempuh lori
- Si mati ‘hayati’ hari berkabung
- Tunda buka balai polis
- Najib takut umum senarai calon Umno BN
- 'Susahnya minta bantuan JKM'
- Bersih lancar kod etika p'raya, kerajaan sementara
- PAS Pulau Pinang umum calon malam ini
- Najib: Manifesto BN dilancar Sabtu ini
- Siapa Kecewa Mahu Jadi Pengkhianat, Silakan
- Piramid berusia 2,000 tahun dibaik pulih
- Wanita Saudi dibenar berbasikal
- Taib enggan beri kerjasama pada SPRM
- PRU13: PAS arah solat hajat, tingkat keselamatan
- Anwar sahkan Azizah tidak bertanding
- Gempa sederhana gegar Luzon
- Lima bahtera ‘serang’ Kuala Kurau
- Panduan mudah memilih wakil rakyat
- Zamri calon terbaik, Pemuda PAS Wilayah
- Pameran emas di pasar raya Jepun
- PAS minta kerajaan sementara patuhi 11 perkara
- Hadi: Pakatan kini lebih mantap bagi saingi BN
- PRU13: Muslimat PAS sasar kumpul RM200,000
Mayat bayi tanpa kepala ditemui terapung Posted: 04 Apr 2013 06:35 AM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - SANDAKAN - Mayat seorang bayi perempuan tanpa kepala ditemui terapung di perairan Pulau Nunuyan di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata mayat bayi malang yang dipercayai berusia lingkungan tujuh bulan itu ditemui penduduk kampung pada kira-kira 6 petang. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan, untuk dibedah siasat. Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, katanya ketika dihubungi di sini. Beliau berkata individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama | ||
‘Saya harap rakyat Selangor terus beri mandat’ Posted: 04 Apr 2013 02:19 AM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Menteri Besar Khalid Ibrahim mahu semua pengundi di negeri itu melaksanakan tanggungjawab mengundi secara bijak. KLANG: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap rakyat Selangor masih memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah petadbiran negeri selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13). "Kepada semua pengundi di Selangor saya berharap agar mereka melaksanakan tanggungjawab mengundi secara bijak dengan memilih kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat, amanah, telus dan bertanggungjawab demi menjamin masa depan generasi akan datang. "Saya juga mengharapkan rakyat di Selangor ini terus memberi mandat kepada Pakatan Rakyat demi kelangsungan kecemerlangan rakyat," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas selesai upacara rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Istana Alam Shah di sini kira-kira pukul 2 petang tadi hari ini. Upacara Warkah Pembubaran itu ditandatangani Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah dihadapan Abdul Khalid serta Ahli-Ahli Dewan Di Raja yang lain. Abdul Khalid berkata, beliau yakin Pakatan masih mampu memerintah berdasarkan respon positif yang diterima daripada rakyat terutamanya kakitangan kerajaan Selangor yang merasai perubahan cara kerja yang lebih efisyen. Katanya, perubahan besar berlaku apabila kemakmuran dapat disalurkan terus kepada rakyat, berbeza dengan budaya kronisme yang diamalkan semasa pentadbiran negeri di bawah Umno. "Di awal tahun 2008 kita masih belum bersedia mengatasi masalah birokrasi dalam pentadbiran negeri dan kami mengambil masa enam hingga lapan bulan untuk menyelesaikannya. "Selepas itu baru kami sedar kami perlu bekerja lebih proaktif untuk melaksanakan reformasi sistem kerja sehingga berjaya sampai ke tahap ini," katanya. FMT/- | ||
Posted: 04 Apr 2013 02:14 AM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - SPR dijangka anjak hari penamaan calon pada 13 April Putrajaya: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan seawal 20 April ini dengan penamaan calon pada Rabu depan berikutan pembubaran Parlimen semalam. Bagaimanapun, SPR dijangka menganjakkan hari penamaan calon pada 13 April, manakala pengundian 27 April selepas mengambil kira kedua-dua tarikh berkenaan adalah cuti hujung minggu. Tunggu surat Speaker Mengikut peraturan penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian, writ pilihan raya mesti dikeluarkan sekurang-kurangnya sehari, manakala notis empat hari sebelum penamaan calon. Kempen pula mesti diadakan sekurang-kurangnya 11 hari. Sumber SPR memaklumkan, berdasarkan pengalaman sebelum ini pengundian biasanya diadakan pada Sabtu, penamaan calon pula lazimnya diadakan 10 hari selepas pembubaran. Pada pilihan raya umum (PRU) 1999 dan 2004, tempoh antara pembubaran dan hari penamaan calon ialah sembilan hari, manakala pada PRU 2008, masa yang diambil ialah 11 hari. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya menunggu surat pemakluman daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum boleh mengadakan mesyuarat menetapkan hari penamaan calon dan tarikh pengundian. Beliau menjangka SPR menerima pemakluman rasmi dalam tempoh beberapa hari akan datang selepas semua DUN dibubarkan. Tempoh kempen 14 hari Sementara itu, tempoh berkempen dijangka mencecah 14 hari berikutan ketetapan tempoh berkempen perlu diadakan sekurang-kurangnya 11 hari. Mengikut rekod, tempoh kempen PRU 2008 ialah 13 hari, berbanding lapan hari pada PRU 2004 dan sembilan hari bagi PRU 1999. Berita Harian/- | ||
Lepasan SPM maut, adik parah motosikal dirempuh lori Posted: 04 Apr 2013 02:08 AM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - ALOR SETAR - Seorang remaja perempuan maut manakala adik lelakinya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah lori mengangkut tanah di Kampung Syed Ahmad, Pendang, hari ini. Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, Nor Hasnita Abu Hassan, 18, dari Risda Bukit Perak, Pendang, maut di tempat kejadian, manakala adiknya Mohd Afiq Izani, 13, cedera di kepala dan patah paha kanan. Menurut ibu mereka, Rosni Zainul, 52, kejadian berlaku ketika Nor Hasnita dalam perjalanan menghantar adiknya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Triang yang terletak tiga kilometer dari rumah mereka. "Dia (Nor Hasnita) selepas habis SPM setiap hari keluar dari rumah pukul 6.40 pagi hantar adik ke sekolah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini. Nor Hasnita, anak kedua daripada tiga beradik itu dipercayai memasuki laluan bertentangan ketika mengelak sebatang pokok yang tumbang sebelum dirempuh lori terbabit. Menurut Rosni, anaknya itu baharu sahaja menerima tawaran menyambung pengajian daripada sebuah universiti dan dijadual mendaftar pada Jun ini. "Dia bercita-cita nak masuk universiti seperti kakaknya Nor Haniza, 22, dan mahu belajar dalam bidang Pelancongan dan mahu ke luar negara. Itu yang dia selalu idamkan sebelum ini," katanya. Mayat mangsa akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Syed Ahmad petang ini. - Bernama | ||
Si mati ‘hayati’ hari berkabung Posted: 04 Apr 2013 01:38 AM PDT Beijing: Seorang mahasiswa mengadakan majlis pengebumian untuk dirinya sendiri kerana tidak mahu 'terlepas' daripada mengalami peristiwa itu. Untuk membolehkan ia berlangsung, Zeng Jia menggunakan wang simpanannya dan mengupah syarikat yang berkenaan mengadakan majlis itu sama seperti yang dilakukan terhadap orang yang sudah mati. Selain dihiasi bunga-bungaan, majlis itu juga berlangsung di Wuhan dengan dihadiri sejumlah orang yang meratapi 'kematian' berkenaan serta dirakam jurugambar. Kata Zeng, berdasarkan apa yang dilaluinya majlis itu tidak menyebabkan dia takut atau ngeri. "Sebaliknya ia memberi kesan positif kepada saya," katanya. Untuk menjayakan majlis itu, Zeng berbaring kaku dalam keranda berhias bunga selama sejam sambil satu anak patung Hello Kitty diletakkan di atas dadanya. Di atas Zeng, digantung beberapa lipatan kertas berbentuk burung merpati. Zeng mengupah sekumpulan jurusolek yang mahir menghias mayat bagi membolehkan dirinya benar-benar menyerupai orang mati. Seorang lelaki berpakaian seragam tentera berdiri mengawal 'mayat' Zeng ketika rakan dan keluarganya memberi penghormatan terakhir. Kata Zeng, dia terfikir mengapa orang lain menghabiskan masa dan penat lelah untuk seseorang apabila mereka sudah mati dan tidak lagi dapat menghargainya. "Saya mahu melihat bagaimana orang mengingati saya. ZENG berbaring dalam keranda selama sejam. "Justeru, saya mengatur majlis pengebumian sendiri dan ternyata ia menyeronokkan," katanya. Selepas majlis itu berakhir, Zeng keluar dari keranda dan memberikan ucapan kepada semua yang hadir. "Mengalami kematian membolehkan saya menghargai hidup dengan lebih bermakna. "Saya benar-benar gembira selepas keluar dari keranda," katanya. - Daily Mail | ||
Posted: 04 Apr 2013 01:35 AM PDT Kota Kinabalu: Balai polis baru di tujuh lokasi yang dirancang di bawah Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) yang sepatutnya beroperasi 1 April lalu terpaksa ditunda berikutan masalah logistik. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sudah bersiap sedia menjalankan tugas memantau, tetapi disebabkan masalah itu, operasi di tujuh balai polis terbabit terpaksa ditangguh buat sementara waktu. "Kami menjangkakan pembukaan ini akan dilakukan secepat mungkin iaitu dalam pertengahan bulan ini. "Ini disebabkan oleh masalah syarikat pembekal yang masih tidak dapat menyediakan kabin yang diperlukan," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Transformasi Politik Keselamatan Sabah dan Penguatkuasaan ESSZONE, di sini, semalam. ANGGORA tentera berkawal di sekitar Kampung Tanjung Labian, semalam. Persidangan itu dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan ia turut dihadiri Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. sinar/- | ||
Najib takut umum senarai calon Umno BN Posted: 04 Apr 2013 01:19 AM PDT KUALA LUMPUR 4 Apr: Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak takut untuk mengumumkan senarai calon Barisan Nasional lebih awal kerana masalah dalaman yang buruk dalam parti itu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Menurutnya, ketakutan sebenar Najib adalah isu sabotaj di kalangan mereka yang tidak terpilih sebagai calon dan kecewa kerana diketepikan. Keresahan itu, katanya, terpapar jelas ketika presiden Umno itu mengumumkan pembubaran parlimen semalam, malah hingga tersasul menyebut tentang tarikh pembubaran. " Saya percaya keresahan itu membuktikan wujud pelbagai masalah dan konflik dalam Umno BN. Konflik dalaman parti itu akan bertambah parah jika beliau mengumumkan senarai calon lebih awal," kata Shamsul. Najib sebelum ini mengumumkan hanya calon boleh menang (winnable candidate) yang akan diberi kepercayaan bagi mewakili 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN seluruh negara. Berdasarkan laman web Barisan Nasional, ia memaklumkan senarai tersebut hanya akan diumumkan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon. Antara negeri yang dilaporkan telah menyerahkan senarai tersebut kepada Najib ialah Negeri Sembilan, Perak dan Pahang. Berbeza dengan Pakatan Rakyat, gabungan parti itu sudah menetapkan tarikh pengumuman bagi senarai calon secara berperingkat mulai malam ini. Manakala sebahagian calon telah diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. "Kepimpinan Pakatan Rakyat ternyata lebih berkeyakinan dan bersedia untuk menghadapi PRU dengan mengumumkan calon terlebih dahulu secara berperingkat dan senarai penuh calon-calon akan disiapkan sepenuhnya dalam beberapa hari lagi," kata Shamsul. "Saya memohon rakyat supaya membuat penilaian yang tepat pada PRU nanti dengan memberi mandat kepada parti yang lebih yakin dan bersedia untuk mengangkat martabat rakyat dan memacu negara ke arah lebih baik," katanya. keadilandaily/- | ||
Posted: 04 Apr 2013 12:52 AM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - TENGKERA - Entah apa silapnya, sudah tiga kali membuat permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun sehingga kini belum berjaya. Itu nasib dialami seorang penarik beca, Mohd Taib Mohd Yunus, 48, yang kecewa kerana cubaannya untuk mendapat bantuan JKM tidak diterima walaupun keadaan kesihatan tidak sempurna. "Saya memohon bantuan ini sejak pertengahan tahun lalu, namun sehingga kini permohonan saya masih ditolak. bantuan ini sangat bermakna untuk saya memandangkan keadaan fizikal yang semakin tidak berdaya kerana mengidap asma yang kronik," katanya. Mohd Taib berkata, sepanjang tempoh permohonan itu, dia hanya diberikan kesempatan menjalani sesi temuduga sekali sahaja pada Januari lalu. "Sewaktu temuduga berkenaan, saya terlupa untuk memaklumkan yang saya menetap di rumah pusaka milik keluarga dan disebabkan itu permohonan saya ditolak sekali lagi. "Saya amat berharap pihak berkenaan supaya mempertimbangkan semula permohonan saya ini," kata bapa tunggal kepada dua anak yang masih belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kelantan dan sebuah sekolah asrama penuh di Johor itu. Bukan saja Mohd Taib, masalah turut dihadapi seorang lelaki kurang upaya (OKU) dari Tengkera Pantai 2, yang turut memohon jasa baik JKM mempertimbangkan semula permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan bulanan. Chiang Hoong Kei, 58, berkata dia hanya sempat menerima bantuan berkenaan sekali sahaja sebelum dihentikan tahun lalu tanpa notis. "Saya mula memohon bantuan berkenaan pada Februari tahun lalu dan selepas itu pihak JKM memaklumkan kepada keluarga bahawa saya menerima bantuan am sebanyak RM190 setiap bulan. Namun, saya tidak menyangka ianya hanya sebulan sahaja. "Bila ditanya, alasan JKM, abang saya juga terima bantuan sama dan gunakan alamat sama, padahal dia tidak pernah menetap di sini," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Sementara ibu tunggal, Che Nah Yusof, 55, pula berkata, dia pernah memohon bantuan berkenaan pada November tahun lalu, namun permohonannya ditolak. "Selepas kematian suami pada hujung tahun lalu, kehidupan saya semakin payah apabila perlu bergantung sepenuhnya pada pendapatan anak saya yang bekerja sebagai penarik beca. "Hanya dengan pendapatan itulah, kami menjelaskan sewa rumah sebanyak RM300 sebulan selain perlu menyara anak bongsu saya yang berumur 11 tahun dan masih bersekolah," katanya. Meskipun dia mempunyai lima orang anak, namun katanya, tiga darinya sudah berkeluarga dan tidak menetap sama. sinar/- | ||
Bersih lancar kod etika p'raya, kerajaan sementara Posted: 04 Apr 2013 12:49 AM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) melancarkan kod etika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi panduan parti-parti politik dan garis panduan kerajaan sementara. Kod etika PRU13 itu menggariskan 13 perkara sebagai piawaian minimum bagi semua parti politik, calon serta petugas kempen, sukarelawan dan penyokong. Antara yang ditekankan termasuklah larangan ucapan menghasut, memburuk-burukkan pribadi, kebebasan wartawan dan pemerhati serta larangan ugutan dan keganasan. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengerusi Bersama Bersih 2.0, yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor hari ini. "Deklarasi IPU 1994 berkaitan Kriteria bagi Pilihan Raya Bebas dan Adil menetapkan piawaian yang diterima secara universal bagaimana mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. "Resolusi IPU yang diterima pakai pada 20 April 2011 di Panama menekankan keperluan untuk mewujudkan rangka kerja pilihan raya yang berkesan. "Adalah menjadi tanggungjawab parti-parti politik dan calon-calon untuk memastikan pematuhan kod ini oleh petugas kempen, sukarelawan dan penyokong masing-masing," katanya. Ujar Ambiga, sebagai panduan, kempen yang mempunyai bahan kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak, mengandungi bahasa atau kelakuan kesat, penghinaan yang mencemar serta mengandungi tuduhan terhadap mana-mana individu disebabkan oleh etnik, jantina, agama dan kedudukan sosial adalah dilarang sama sekali. Sementara itu, mereka hari ini turut melancarkan garis panduan kerajaan sementara bagi memastikan Kerajaan Pesekutuan dan Kerajaan Negeri bertindak sewajarnya supaya sebarang keputusan yang dibuat dalam tempoh ini tidak mengikat kerajaan yang dipilih kelak. harakahdaily/- | ||
PAS Pulau Pinang umum calon malam ini Posted: 04 Apr 2013 12:47 AM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - PULAU PINANG: PAS Pulau Pinang akan mengumumkan nama-nama calon yang bakal bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 dalam mesyuarat Badan Perhubungan Negeri malam ini kata, Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man (gambar). Selepas sehari dua sambungnya, mungkin satu majlis pengumuman secara rasmi akan dibuat. Jelas beliau lagi, kali ini PAS Pulau Pinang akan bertanding di enam kerusi berbanding lima kerusi iaitu Penaga, Sungai Dua,Permatang Berangan, Permatang Pasir, Bayan Lepas dan Sungai Acheh. Manakala Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor tetap menjadi taruhan PAS sebagaimana tahun 2008. "Malam ini saya akan kemukakan pada semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri sebelum kepada media dalam masa yang terdekat," ujarnya. Menurutnya, untuk memastikan kemenangan PAS di negeri ini semua jentera PAS wajar menambah giatkan lagi usaha jentera secara menyeluruh supaya semua pergerakan berjalan serentak. Kali ini tegasnya, PAS akan memastikan berlaku pertambahan kerusi untuk mengimbangi kedudukan kerusi PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat. Sementara itu, pengarah Pilihanraya PAS Negeri, Rosidi Hussain pula mengingatkan pertugas PAS usah lagi pandang kebelakang sebaliknya teruskan pacuan ke hadapan dengan bertemu rakyat atau pengundi seramai mungkin. Manakala dari segi jentera, mereka wajar mencari kerja apa yang patut dan jangan sekali-kali mengharapkan kerja dari orang lain. "Semua jentera PAS kena melipat gandakan supaya perjalanan dan aktivti kita terus maju dan ada perkembangan yang positif," tegasnya. harakahdaily/- | ||
Najib: Manifesto BN dilancar Sabtu ini Posted: 04 Apr 2013 12:39 AM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Barisan Nasional (BN) yang akan dilancarkan Sabtu ini merupakan janji dan komitmen BN untuk terus melakukan pembaharuan dan perubahan di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. "Manifesto itu merupakan aku janji kita (BN) kepada rakyat Malaysia, dengan mandat yang diberikan nanti, Insya-Allah kita akan komited untuk melakukan pembaharuan dan perubahan sesuai dengan matlamat BN. "Manisfesto ini untuk memakmurkan ekonomi negara dan mensejahterakan masyarakat berpaksikan kepada falsafah 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dan berlandaskan kepada dasar dan agenda transformasi nasional," katanya. Pengerusi BN dan Presiden Umno itu berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, diikuti dengan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Antara yang hadir pada sidang akhbar itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel, Presiden Parti Progresif Rakyat Datuk M.Kayveas dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Sinar/- | ||
Siapa Kecewa Mahu Jadi Pengkhianat, Silakan Posted: 04 Apr 2013 12:37 AM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KHABAR angin bertiup kencang ada yang mahu jadi calon Bebas di Parlimen Paya Besar, Kuantan, Pahang angkara tidak tersenarai sebagai calon. Baru-baru ini DS Anwar telah umumkan nama seorang tokoh muda, wanita berkelulusan undang-undang iaitu Sdri Cik Murnie Hidayah Anuar sebagai calon KEADILAN di Parlimen Paya Besar. Pengumuman itu dibuat di dalam Program Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan pada 30 Mac baru-baru ini. Adatlah, tidak semua yang dipilih oleh pucuk pimpinan disukai 100% oleh penyokong parti. Jika tokoh yang bercadang untuk menjadi calon Bebas itu pun jika dipilih oleh pucuk pimpinan, tidak juga 100% disukai oleh ahli-ahli parti dan pengundi tempatan. Itu biasa dan berlaku di mana-mana sahaja hatta di Parlimen Permatang Pauh sekalipun bukan semua ahli menyukai DS Anwar Ibrahim. Apa yang penting, parti diutamakan. Tidak suka individu, jangan bunuh parti. Ada cara mahu tolak individu tanpa membunuh parti sendiri. Parti ada waktu pemilihan ketua dan semua ahli berhak memilih ketua masing-masing. Ketika ini sesuai untuk digunakan bagi menolak pemimpin yang kita rasa tidak sesuai menjadi pemimpin. Jika tidak suka cara 'Panglima' yang mengetuai kita berperang dengan musuh, jangan kita bunuh panglima kita di medan perang. Itu kerja bodoh, namanya. Aku bukan sokong individu, aku sokong parti. Bab calon biarlah yang berhak menentukan untuk membuat keputusan. Kita di bawah cuma boleh cadangkan atau memberi pandangan sahaja. Jika keputusan sudah dibuat, sebagai ahli parti perlu akur apatah lagi kita sendiri tidak mempunyai asas kukuh untuk menolak calon yang dipilih oleh parti. Calon yang tidak terpilih, terpulanglah samada mahu jadi calon Bebas atau menukar diri menjadi 'katak'. Jika sanggup berbuat demikian, memang tepatlah parti tidak mencalonkannya kerana terdapat unsur-unsur berjuang untuk kepentingan diri. Aku sendiri akan bangkit menentang habis-habisan mana-mana calon yang tidak terpilih yang bertanding sebagai calon Bebas kerana mereka itu adalah pengkhianat sebenarnya. Blog wfauzdin.blogspot.com | ||
Piramid berusia 2,000 tahun dibaik pulih Posted: 04 Apr 2013 12:33 AM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - ROM - Seorang ahli perniagaan Jepun, Yuzo Yagi melabur sebanyak AS$1.3 juta (RM4 juta) untuk memulihkan sebuah piramid berusia 2,000 tahun di sini. Piramid tersebut yang telah dibina pada tahun antara 18 hingga 12 Sebelum Masihi itu untuk menempatkan makam seorang penduduk Rom yang kaya, Gaius Cestius. Kerja-kerja membaik pulih piramid itu kini sedang dilakukan. - AFP | ||
Wanita Saudi dibenar berbasikal Posted: 04 Apr 2013 12:27 AM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - RIYADH - Polis agama Arab Saudi kini membenarkan golongan wanita menunggang motosikal dan basikal di kawasan rekreasi yang ditetapkan di negara itu. Kelmarin, akhbar al-Yawm melaporkan beberapa syarat turut dikenakan seperti perlu memakai abaya (jubah termasuk purdah) dan ditemani saudara muhrim lelaki mereka jika mahu berbasikal di taman awam. Menurut akhbar tersebut lagi, wanita hanya boleh menggunakan kebenaran itu untuk beriadah dan bukan tujuan pengangkutan. Selain itu, mereka juga perlu menjauhi kawasan yang menjadi tempat tumpuan remaja lelaki berkumpul sebagai langkah mengelakkan gangguan dipetik dari laporan Al-Jazeera. Bagaimanapun, Saudi masih mengekalkan larangan memandu kereta ke atas golongan wanita walaupun protes menuntut pembubaran undang-undang tersebut telah diadakan sejak dua tahun lalu. sinar/- | ||
Taib enggan beri kerjasama pada SPRM Posted: 04 Apr 2013 12:15 AM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan mengenai urusniaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya. SPRM juga tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa bertindak "nakal" dan "tidak jujur", kata Abdul Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur hari ini. Abdul Taib juga menegaskan beliau tidak takut untuk disiasat oleh badan anti-rasuah itu. "Mereka tidak layak terima kerjasama dari saya kerana mereka nakal dan tidak bertindak jujur. "Biarkan mereka (SPRM) buat kerja. Selagi mereka berlaku adil saya tidak takut," katanya ketika ditemui pemberita di PWTC hari ini. Taib juga menafikan tanggapan bahawa isu yang dibongkarkan melalui satu video oleh NGO antarabangsa Global Witness itu akan menjadi bebanan kepada BN dalam pilihan raya akan datang. Malah, beliau juga berjaya mendapatkan majoriti dua pertiga kepada BN di Sarawak dalam pilihan raya umum ke-12. "Saya bebanan? Saya telah menang pada pilihan raya lalu dengan lebih dua pertiga majoriti dan mereka tidak kisah pun tentang perkara ini," katanya lagi. Ditanya lagi sama ada pendedahan tersebut memberi kesan terhadap sokongan rakyat di Sarawak terhadap BN, Taib berkata kesannya amat kecil. "(Kesannya) Minimum. Ia tidak bersesuaian dengan sentimen penduduk tempatan," katanya lagi. Malaysiakini/- | ||
PRU13: PAS arah solat hajat, tingkat keselamatan Posted: 04 Apr 2013 12:12 AM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengarahkan jentera parti mempertingkatkan kawalan keselamatan khususnya di bilik gerakan MTD untuk mengelakkan sebarang provokasi. Katanya, usaha itu sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan pelbagai cara yang mungkin akan digunakan pihak musuh untuk menimbulkan sebarang kekacauan dan provokasi sepanjang tempoh berkempen. Sementara itu, beliau turut meminta jentera dapat memberi fokus kepada kerja-kerja yang diarahkan oleh parti selepas parlimen bubar sehingga ke hari pilihan raya. "Dalam waktu genting ini, seluruh jentera parti pertingkatkan lagi gerak kerja untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU nanti," katanya kepada Harakahdaily. Malah, beliau sekali lagi mengingatkan agar jentera kerja parti tidak lupa untuk menunaikan solat hajat tiap-tiap malam sehinggalah pilihan raya. Berhubung calon pilihan raya, katanya PAS sudah senarai akhir nama-nama calon yang akan bertanding namun pengisyitharan calon akan diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Harakahdaily/- | ||
Anwar sahkan Azizah tidak bertanding Posted: 03 Apr 2013 11:57 PM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa isterinya dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 sebagai respon kepada dakwaan nepotisme dalam PKR. "Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada di dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya,"katanya semasa temubual secara langsung dengan Al-Jazeera petang semalam. Jawapan Anwar ini memecahkan desas desus selama ini bahawa isteri beliau itu turut akan dicalonkan dalam pilihan raya umum ini. Azizan dikatakan akan bertanding salah satu DUN di Selangor. Ura-ura ini disambut oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan berkata Wan Azizah layak menjadi MB Selangor selepas ini. Namu begitu ia dilihat negatif oleh beberapa pihak kerana Anwar dan anaknya Nurul Izzah Anwar sudah cukup untuk bertanding. Anwar yang dilaporkan akan bertanding di Perak kali ini bagi melebarkan jangkauan pengaruhnya selepas bertapak di Permatang Pauh sejak sekian lama. Namun sehingga kini Anwar masih belum tentukan kerusi manakah beliau akan bertanding. Nurul Izzah pula disebut Anwar sebelum ini akan kekal di Lembah Pantai walaupun pelbagai pihak bimbang Nurul akan kalah kali ini. Ini kerana, Umno berusaha keras untuk menawan kerusi itu termasuk memindahkan ramai pengundi Melayu yang berhampiran ke Lembah Pantai. Antara mangsanya adalah Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang turut akan mengundi di Lembah Pantai selepas mengundi di Selangor sebelum ini. harakahdaily/- | ||
Posted: 03 Apr 2013 11:27 PM PDT KUALA LUMPUR - Gempa sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter menggegarkan kepulaun Luzon, Filipina pada pukul 10.27 pagi, hari ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 74 kilometer dari tenggara Luzon dan 1,139 km dari arah timur laut Kudat, Sabah. Tiada ancaman tsunami dilaporkan. - Bernama | ||
Lima bahtera ‘serang’ Kuala Kurau Posted: 03 Apr 2013 11:23 PM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA KURAU - Kompleks Pendaratan Ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kurau mencatat sejarah tersendiri apabila menerima 'kunjungan' lima bot Zon C buat pertama kali untuk tujuan pendaratan dan penjualan ikan kepada pemborong, di sini, kelmarin. Ketibaan lima 'bahtera' besar yang mampu memuatkan sehingga 25 anak kapal ke jeti pendaratan ikan LKIM kira-kira jam 11 pagi itu menarik perhatian lebih 100 penduduk tempatan. Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Kerian, Abdul Halim Khamis berkata, tiga daripada bot itu berasal dari Sungai Besar dan Kuala Selangor, manakala dua bot lain berpangkalan di Pangkor. Menurutnya, kelima-lima bot itu sudah mengemukakan permohonan melakukan pendaratan sebelum ini, bagaimanapun pihaknya tidak menyangka pendaratan dilakukan serentak. "Meskipun perkara itu di luar jangkaan, kami dapat menguruskan pendaratan dengan baik, malah pemilik bot berpuas hati dengan perkhidmatan kami dan berjanji akan singgah lebih kerap. "Memandangkan hanya dua jeti tersedia yang mampu menampung keperluan bot Zon C, kami terpaksa mengarahkan dua bot mendarat dalam satu masa dan urusan pendaratan kelima-lima bot selesai pada jam 7 petang semalam (kelmarin)," katanya. Abdul Halim berkata, kehadiran lima bot itu membolehkan 50 hingga 75 tan metrik ikan kembung pelaling terjual kepada pemborong dengan harga lebih kurang RM5 sekilogram. Menurutnya, jumlah penjualan hampir 75 metrik tan ikan itu merupakan satu rekod memandangkan kehadiran maksimum dua bot Zon C sebelum ini hanya membolehkan maksimum pembelian satu tan ikan sahaja dalam sehari. "Kehadiran lima bot Zon C di kompleks ini dianggap satu kejayaan bagi membuka mata nelayan terhadap kemampuan kompleks memberi perkhidmatan terbaik sekali gus berpotensi dijadikan destinasi pendaratan ikan utama. "Selama ini, kebanyakan nelayan menggunakan bot Zon C akan berlabuh di jeti pendaratan ikan LKIM Batu Maung, bagaimanapun keadaan kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dan kos pengangkutan tinggi menyebabkan kompleks ini menjadi pilihan utama mereka. "Pada masa sama, ia juga membantu menjana ekonomi penduduk, meningkatkan hasil pengeluaran ikan peringkat daerah selain membuka mata nelayan tempatan mengenai kelebihan penggunaan bot Zon C, " katanya. Bagaimanapun, Abdul Halim menegaskan Kompleks Pendaratan Ikan LKIM Kuala Kurau memerlukan pelbagai kerja penambahbaikan bagi meningkatkan lagi tahap kualiti perkhidmatan. "Muara Sungai Kurau yang cetek menyukarkan laluan keluar masuk bot Zon C , justeru, pihak berkenaan harus mengambil tindakan demi kelangsungan pendaratan hasil tangkapan," katanya. sinar/- | ||
Panduan mudah memilih wakil rakyat Posted: 03 Apr 2013 10:56 PM PDT Sebelum membicarakan tajuk ini suka diperjelaskan di sini hukum umat Islam keluar mengundi. Walaupun sudah banyak kali negara kita mengadakan pilihanraya namun peratus yang keluar mengundi masih kecil, tidak 100 peratus. Ini barangkali kerana mengundi tidak diwajibkan oleh kerajaan. Apatah lagi ulama tidak pernah mengeluarkan fatwa mengenainya. Ustaz Muhammad Kamil bin Abdul Majid sewaktu bercakap dalam Wacana Ilmu "PRU 13: APLIKASINYA MENURUT PERSPEKTIF FIQH POLITIK ISLAM" pada 27 Mac 2013 di Dewan Besar, Kolej Dar al-Hikmah, Kajang Selangor menyebut hukum mengundi dalam konteks negara kita pada hari ini adalah wajib. Hukum ini berdasarkan kaedah usul fiqh, "sesuatu kewajipan (yang wajib) tidak menjadi sempurna melainkan dengan adanya perkara itu maka perkara ini turut menjadi wajib." Perlu dijelaskan di sini, mendaulatkan Islam adalah wajib. Maka usaha untuk mendaulatkan Islam perlu kepada sebuah negara. Untuk mewujudkan negara perlukan pemimpin dalam kalangan orang-orang politik bagi mentadbir dan kenguruskannya. Jadi, untuk mendapatkan pemimpin yang berkelayakan dalam urusan ini perlukan jihad atau berjuang. Pada zaman ini, perjuangan yang sesuai ialah dengan sistem demokrasi ialah dengan mengundi mengikut suara banyak. Oleh sebab itu semua rakyat perlu keluar mengundi bagi memilih mana-mana pemimpin yang berkelayakan pada pandangannya. Jadi, mengundi termasuk dalam jihad yang wajib bagi merealisasikan negara Islam di atas. Berdasarkan hukum itu, setiap umat islam wajib keluar mengundi pada hari yang ditetapkan. Maka berdosalah mereka yang tanpa uzur meninggalkan kerja mengundi. Malah menurut ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman, mereka yang sengaja merosakkan undi adalah berdosa. Bagaimana Memilih Persoalan sekarang siapa yang kita perlu undi dan pilih? Sebenarnya Islam menyediakan panduan bagaimana memilih pemimpin atau wakil rakyat. Di kesempatan ini saya perturunkan panduan berdasarkan sabda Rasulullah SAW: فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "ادْعُ لِي مُعَاوِيَةَ"، فَلَمَّا جَاءَهُ وَقَفَ بَيْنَ يَدَيْهِ ، فَقَالَ: "حَمِّلُوهُ أَمْرَكُمْ؛ فَإِنَّهُ قَوِيٌّ أَمِينٌ". Maksudnya: …maka Rasulullah SAW bersabda; panggilkan kepadaku Muawiyah. Apabila dia datang dan duduk di sisinya maka sabdanya: Tugaskan dia urusan kamu maka sesungguhnya dia gagah dan amanah. (Riwayat Ibnu Asakir) Jelas di sini wakil yang akan pilih mestilah ada dua ciri-ciri ini iaitu GAGAH DAN AMANAH. Gagah atau kuat dalam konteks ini merujuk kepada kualiti individu atau batang tubuh wakil rakyat atau pemimpin. Maknanya dia mestilah seorang yang yang adil, berani dan mampu menjalankan tugas yang berat, berilmu pengetahuan luas (dunia/akhirat), hebat dalam mengatur strategi baik dalam peperangan mahupun dalam pentadbiran. Manakala Amanah pula, merujuk kepada sikapnya yang amanah dengan tugas yang diberi, tidak pecah amanah dan tidak menerima rasuah. Kedua-dua ciri ini mungkin sukar untuk kita menilainya kerana sebagai pengundi kita tidak didedahkan sifat-sifat calon itu. Kalau wakil rakyat yang lalu dicalonkan semula mungkin kita dapat menilai sama ada dia memenuhi ciri-ciri itu atau tidak. Tetapi bagi yang baru dipilih, belum ada rekodnya dan boleh jadi sewaktu berkempen kelihatan baik, sedangkan hakikatnya tidak begitu. Untuk kes sebegitu kita perlu merujuk kepada parti yang mencalonkannya kerana parti yang telah mengenalpasti kelayakan mereka. Maka sebagai pengundi kita hanya cukup meyakini kemampuan calon itu dengan merujuk kepada dasar parti itu. Jika dasar parti ini jelas dan sudah ada rekod kejayaan sebelum ini, maka pemilihan itu boleh diterima. Cuma di sini timbul isu, bolehkah orang Islam mengundi untuk orang bukan Islam. Ini kerana dalam parti ada pakatan yang telah dibuat dan melibatkan orang bukan Islam. Apakah boleh kita memilih mereka berasaskan dasar parti yang telah disepakatkan? Menurut ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman, jika terdapat calon bukan Islam dalam parti dan dalam dasar parti ini jelas tidak bercanggah dengan Islam malah serasi dengan Islam maka undian kita hendaklah berdasarkan parti atau pakatan itu. Maknanya kita bukan mengundi orang bukan Islam itu tetapi mengundi parti yang dianggotainya. Dalam hal ini kita mesti menilai prestasi sesebuah parti yang bertanding. Kalau mereka sudah memerintah untuk satu atau lebih penggal, lihatlah kejayaannya adakah menggalakkan atau tidak. Lihatlah juga kualiti perkhidmatannya adakah memuaskan rakyat atau tidak. Tetapi kalau parti itu tidak pernah memerintah, lihatlah apakah sumbangan kebajikan yang telah dilakukan sepanjang tahun. Jadi, sebagai rakyat kita boleh menilai sendiri adakah parti yang memerintah itu mampu atau tidak, adil atau tidak, ikhlas atau tidak. Jika sewaktu memerintah, mereka dapat melaksanakan amanah dengan sebaiknya tanpa banyak cakap, tentulah mereka mampu. Tetapi jika sepanjang pemerintahan itu banyak pembangunan dihalakan ke satu pihak dan mengabaikan satu pihak lagi tentulah mereka tidak adil. Jika semasa pemerintahan dipenuhi janji seperti yang dijanjikan, tetapi sumbangan itu dianggap sebagai jasa yang perlu dikenang dan sebagai balasannya rakyat perlu mengekalkan pemerintahannya, maka ternyata mereka tidak ikhlas. Dan termasuk juga tidak ikhlas, apabila sesuatu yang dilakukan pada saat-saat akhir bagi tujuan memancing undi. Berdasarkan panduan ini, diharapkan semua rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam, keluarlah beramai-ramai untuk mengundi calon yang kita yakin boleh mentadbir negara dan negeri dengan baik mengikut acuan Islam. Ahmad Baei Jaafar | ||
Zamri calon terbaik, Pemuda PAS Wilayah Posted: 03 Apr 2013 10:54 PM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad (gambar) berkata, pihaknya gembira dengan pengumuman tersebut memandangkan pihaknya sudah lama bersedia menghadapi tempoh genting ini. "Pemuda Wilayah sudah bergerak kerja secara serius sejak tiga bulan yang lalu. Selepas mendapat tahu PAS bertanding di Titiwangsa dan Putrajaya, jentera pemuda khususnya jentera penerangan memang memberikan fokus kepada gerak kerja," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. DPPWP katanya, sudah membuat pembahagian jentera untuk gerak kerja di Titiwangsa dan Putrajaya bagi mengelakkan ketidakseimbangan jentera di dua kawasan itu. "Pemuda dan jentera di peringkat yang lain awal-awal lagi sudah bagi kawasan bantu di tempat ini kerana kita mahu memaksimumkan jentera kita dan mengelakkan kekurangan atau lebihan tenaga di salah satu tempat," katanya. Sementara itu, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami yang diisytiharkan sebagai calon PAS di Parlimen Titiwangsa. Beliau menyifatkan pemilihan tersebut sebagai penghormatan parti kepada Dewan Pemuda dan yakin Ahmad Zamri mampu menggalas amanah besar yang diberikan. "Bagi DPPWP, perlantikan Ahmad Zamri dilihat sebagai satu penghormatan buat pemuda PAS umumnya dan Pemuda PAS WP khususnya. "Keaktifan Ahmad Zamri membantu rakyat Titiwangsa dilihat seusai Allahyarham Dr Lo' Lo' masih hidup lagi. Ahmad Zamri banyak memperjuangkan isu-isu terutamanya berkaitan Isu Kampung Baru," katanya. Tambah beliau juga, pencalonan ini juga merupakan suatu perlantikan yang tepat kerana mendapat sokongan penuh bukan sahaja di peringkat akar umbi Kawasan Titiwangsa tetapi seluruh jentera pemuda. "DPPWP mendoakan agar Ahmad Zamri diberikan nusrah oleh Allah SWT dalam memperjuangkan agenda rakyat di Titiwangsa sekaligus meneruskan legasi yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Dr. Lo'Lo'," katanya. Penyandag Kerusi Titiwangsa sebelum ini, Allahyarham Dr. Lo'Lo' Ghazali meninggal dunia pada 16 Julai 2011 akibat kanser. Pada PRU ke-12, Allahyarham Dr. Lo'Lo' mengalahkan calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Tahir dengan majoriti 1,972 undi. Jumlah pengundi ketika itu adalah seramai 52,017 orang. Allahyarham mendapat 17, 857 undi manakala Aziz mendapat 15,885 undi. Rekod cemerlang perkhidmatan Allahyarham selama tiga tahun selaku wakil rakyat diteruskan PAS Titiwangsa selepas ketiadaan beliau. harakah/- | ||
Pameran emas di pasar raya Jepun Posted: 03 Apr 2013 09:21 PM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - TOKYO - Pasar raya Matsuzakaya di sini menganjurkan pameran Ekspo Emas yang mempamerkan pelbagai barang-barang yang diperbuat daripada emas. Antara yang dipamerkan itu ialah jongkong emas seberat 120 kilogram (kg) yang berharga AS$6.5 juta (RM20.02 juta). Sehelai jubah pengantin tenunan benang emas yang berharga AS$560,000 (RM1.7 juta) turut dipamerkan kepada orang ramai. Para pengunjung pusat itu juga berpeluang menyaksikan satu set cawan dan piring emas yang berharga AS$75,000 (RM231,037). Sepohon pokok bunga emas yang seberat 4.2kg yang berharga AS$1.7 juta (RM5.23 juta) turut dipamerkan kepada orang ramai. - Agensi | ||
PAS minta kerajaan sementara patuhi 11 perkara Posted: 03 Apr 2013 09:20 PM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan sementara samada di peringkat pusat atau negeri mematuhi 11 perkara dalam menjalankan tugas mereka. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) dalam kenyataan medianya berkata, ia diperlu dilakukan bagi memastikan kerajaan sementara berjalan lancar dan dihormati semua pihak. "Bagi pihak PAS, saya dengan ini menyeru supaya Perdana Menteri dan seluruh pemegang jawatan di dalam badan Eksekutif, samada ahli kabinet Persekutuan mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya benar-benar mematuhi prinsip, amalan dan konvensyen berkaitan dengan Kerajaan Sementara secara sepenuhnya. 11 perkara itu adalah: i) Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar bagi Kerajaan Sementara adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day to day sesebuah kerajaan; ii) Turun berkempen dalam Pilihanraya kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar iii) Tidak menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi iv) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pelancaran sebarang projek atau inisiatif kerajaan; v) Tidak memasuki atau menandantangi sebarang perjanjian baru terutamanya yang melibatkan projek-projek besar serta implikasi kewangan kepada kerajaan. vi) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pemberian apa jua bentuk bantuan atau peruntukan wang kerajaan samada dalam bentuk wang tunai, geran, bonus atau pemberian barangan; vii) Tidak membuat sebarang pelantikan, pertukaran atau rombakan dalam apa jua organisasi yang kerajaan berkuasa ke atasnya; viii) Tidak menganjurkan apa jua bentuk himpunan, aktiviti atau apa jua program yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang ramai melalui kementerian, jabatan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan yang dilihat sebagai cubaan untuk berkempen dan menanamkan dakyah politik; ix) Tidak menggunakan jawatan untuk menggugut atau mengindoktrinasi rakyat, khususnya kakitangan kerajaan atau pelajar-pelajarjar IPT bagi mendapatkan undi mereka; x) Tidak menjadikan premis, pejabat atau bangunan milik kerajaan sebagai markas parti. xi) Memastikan media massa milik kerajaan memberikan liputan yang seimbang dan adil kepada semua parti-parti yang bertanding. "Kami di pihak PAS dan Pakatan Rakyat akan memantau perkara ini secara serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara-perkara di atas dilanggar," kata Mahfuz. harakahdaily/- | ||
Hadi: Pakatan kini lebih mantap bagi saingi BN Posted: 03 Apr 2013 09:19 PM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - MARANG - Pas menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan persediaan lebih baik berbanding PRU12 berikutan pembubaran Dewan Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, secara keseluruhannya, Pas selesai membuat penyusunan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR), malah lebih baik daripada 2008 di mana PR berjaya mewujudkan gelombang tsunami dalam arena politik tanah air. "Jentera parti bergerak sejak awal dan ditingkatkan sebaik pengumuman pembubaran," katanya. Ketika ditanya kerusi akan ditandingi Pas, Abdul Hadi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Pas jangkakan bertanding 76 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi pada PRU13 berbanding 66 kerusi pada PRU12. Katanya, pertambahan dan penyusunan kerusi itu dipersetujui semua pihak dalam PR, manakala baki kerusi lain akan melibatkan pembahagian antara PKR, DAP dan parti di Sabah serta Sarawak. "Pas juga akan mengemukakan calon paling bertanggungjawab, paling menunaikan amanah dibuktikan melalui Kerajaan Negeri diperintah dan melalui kawasan sudah dimenangi serta melalui khidmat masyarakat (termasuk muka baru). "Ia dilakukan semua kalangan kita kepada rakyat sepanjang 2008 sehingga kini agar rakyat dapat menilai walaupun kita bukan parti yang memerintah (namun) kita telah menunaikan tanggungjawab mengikut kemampuan untuk rakyat dengan seikhlas-ikhlasnya," katanya. Ketika ditanya adakah beliau akan mempertahankan dua kerusi iaitu Parlimen Marang dan Dun Rhu Rendang dimenangi pada PRU12, beliau enggan memberi komen dan masih berahsia mengenainya, tetapi akan mengumumkannya dalam tempoh terdekat ini. "Sebagai pemimpin pertama dalam parti, saya sendiri masih lagi memberi peluang kepada parti untuk membuat keputusan di mana saya (akan) bertanding," katanya dan berharap PRU13 kali ini dapat diadakan dengan adil dan telus melalui sistem demokrasi sebenar. Dalam perkembangan lain katanya, Pas juga bersedia beri kerjasama kepada DAP dengan menawarkan simbol parti 'bulan' kepada calon daripada parti itu jika DAP dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). harakahdaily/- | ||
PRU13: Muslimat PAS sasar kumpul RM200,000 Posted: 03 Apr 2013 09:18 PM PDT 23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengalu-alukan ahli korporat, usahawan, individu ke program `Hi Tea Muslimat' untuk mengumpul dana khas calon-calon Muslimat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Dewan Muslimat mensasarkan sumbangan sebanyak RM200,000 untuk membantu gerak kerja 22 orang calon Muslimat yang bertanding di Parlimen dan Dun seluruh Malaysia. Menurut beliau, Hi Tea Dewan Muslimat itu akan diadakan pada 7 April dengan sumbangan satu kerusi berjumlah RM1,000 atau sumbangan boleh dibuat secara perkongsian. Beliau yakin muslimat PAS kreatif dan mampu untuk mencari sumbangan bagi mengisi dana pilihan raya untuk calon-calon Muslimat. Hi Tea tertutup DMMP itu akan diadakan di Astana Era Mewah, Lot 2896, Jalan Paya Jaras Tengah, Pinggiran Sungai Buloh, Seksyen U19 Shah Alam bermula jam 2.30 petang. Dalam majlis itu juga diadakan tayangan montaj, sembang santai bersama pimpinan serta persembahan daripada artis terkenal, Wan Aisyah Wan Ariffin (Aisyah). Sumbangan amat dialu-alukan dan bagi dermawan yang tidak boleh hadir ke Hi Tea boleh terus masukkan sumbangan ke `DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT BANK ISLAM (MEDAN MARA) akaun 140 410 100 376 73 dan hubungi Dr Siti Mariah di talian 019-2361889. harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan