N45 Dr Halimah Ali |
Maruah Wanita UMNO tercabar...Puteri Didahulukan Posted: 25 Apr 2013 11:49 AM PDT Dalam setiap pilihan raya sejak sebelum Merdeka, Wanita Umno adalah tulang belakang jentera parti, merupakan wira belakang tabir yang memasak, ziarah pintu ke pintu dengan jaket merah Skuad Sayang dan melawat orang sakit dan miskin. Mereka ini adalah pekerja parti yang bekerja diam-diam tanpa sebarang kontroversi. Timbalan ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim berkata beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan apabila parti itu tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam PRU13. Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, katanya seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian. Kamilia berkata, beliau menjangkakan untuk diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Kuala Kangsar, di bahagian Umno yang diketuainya. Kamilia juga berkata, ketua Wanita Umno negeri di Kedah, Johor dan Terengganu juga tidak diletakkan sebagai calon. Senarai yang diumumkan BN juga tidak menamakan ketua Wanita Umno Selangor sebagai calon. "Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional," katanya. "Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan," katanya. Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu. Rujukan (1)Wanita Umno hilang dari belakang tabir dalam PRU13 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wanita-umno-hilang-dari-belakang-tabir-dalam-pru13/ (2)PASCA PENGUMUMAN CALON-CALON UMNO/BN.....PERGOLAKAN DALAM UMNO BERTAMBAH PARAH... KINI GILIRAN WANITA UMNO PULA NAIK ANGIN KERANA RAMAI PEMIMPIN TERTINGGINYA DIPINGGIRKAN.....PERGH!!!!!...SIAP BAGI AMARAN AKAN BERTINDAK LAGI BEB!!!!! http://omakkau.blogspot.com/2013/04/pasca-pengumuman-calon-calon.html (3)Kamilia tak dicalonkan, kecewa dengan 'penghinaan' http://www.malaysiakini.com/news/227196 |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan