:: cina islam | 2011 :: |
- 'Letupan bukan halangan terus kempen'
- Lepas makan, pengundi blahhh gitu je
- Pembunuhan Bukit Gasing membangkitkan jenayah sebagai isu pilihan raya, kata penganalisis
- Bekas pemain bola sepak negara jadi duta DHPP
- Ubah, ubah dan ubah lagi – Mohd Asri Zainul Abidin
- Bekas MB Kedah mohon maaf pada Mahathir
- Orang kuat Umno di Jelawat sertai PAS
- Pengundi mahu Najib, Anwar debat manifesto PRU13
- 43% pilih Anwar, 39% pilih Najib untuk jadi PM
- Letupan di Nibong Tebal: Tiga Supsek Ditahan
- Pengundi Pakistan, IC Sabah, mengundi di Perak
- Pengundi Shah Alam akan memilih di antara epal dengan bacang — Aspan Alias
- Yakin Kelantan kekal milik Pas
- Bekas polis vs timbalan menteri
- JustUndi: Pakatan dominasi semua negeri
- 35 Askar Sulu Cuba Masuki Sabah Ditembak Mati
- Kit Siang: 'PR mampu bawa perubahan'
- Keganasan: Hamidah Osman masuk senarai hitam BERSIH
- Anwar tuntut penjelasan SPR peti undi ‘meragukan’ dipindah ke Kajang
- Foto terbaik: Nizar lawat Bilik Gerakan BN
- Bekas Naib Canselor pula sertai PAS
- Tamatkan politik sempit 5 Mei ini - Husam
- Wanita Umno hilang dari belakang tabir dalam PRU13
- PAS beri 48 jam untuk Teng minta maaf
- Isu Mat Taib: Pas tak kecil hati dengan Karpal
'Letupan bukan halangan terus kempen' Posted: 25 Apr 2013 06:48 AM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Ancaman letupan dalam ceramah BN sebelum ini tidak harus menjadi halangan supaya orang ramai terlibat dalam kempen pilihan raya yang tinggal sepuluh hari sahaja sebelum pengundian pada 5 Mei ini. Calon PKR Sungai Acheh Badrul Hisham Shaharin berkata, pihaknya menolak memberi persepsi mengaitkan Pakatan Rakyat dengan perkembangan negatif itu. Mengambil kira perkembangan terkini, beliau yang lebih dikenali sebagai CheguBard menuding jari kepada "mereka" yang didakwanya cuba "mengganggu mood perubahan" rakyat. "Taktik menghantar samseng ke tapak ceramah tidak memberi kesan mengurangkan kadar kehadiran orang ramai. "Apakah letupan bom ini satu taktik baru?" soal Badrul yang terkenal dengan NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang dipimpinnya. Semalam, polis mengesahkan bahan letupan yang digunakan dalam insiden malam Selasa berhampiran bilik gerakan BN Nibong Tebal ialah Alat Letupan Rekaan (IED) dan percaya perbuatan terancang sekumpulan profesional. Dalam kejadian pukul 10.15 malam kelmarin, seorang petugas keselamatan berusia 35 tahun cedera di kaki kanan terkena serpihan sampah akibat letupan berkenaan. Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang. KPRU: Hanya 3.4% tangkapan Sementara itu, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendesak polis segera mengambil tindakan tegas kerana keganasan politik semakin menjadi-jadi ketika tarikh pengundian makin hampir. Badan pemikir itu dalam kenyataannya berkata, berdasarkan statistik, sebanyak 632 laporan polis diterima daripada hari penamaan sehingga masa terkini tetapi hanya 22 tangkapan (atau 3.4 peratus) sahaja dibuat. "KPRU mempersoalkan apakah tindakan polis untuk menghalang atau membanteras kejadian-kejadian seperti ini?" kenyataan itu dipetik. "Pada tahun lepas, keganasan politik berlaku di ceramah-ceramah politik pakatan pembangkang. Pada tahun ini, ia telah bermula menular kepada pihak BN. KPRU menyeru pihak polis mengambil tindakan sebelum terlambat." Malaysikini/- |
Lepas makan, pengundi blahhh gitu je Posted: 25 Apr 2013 06:44 AM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Malu sungguh beb!!!.. Cukup punya malu apabila seorang pemimpin MCA bertaraf naib Presiden Kanan diperlakukan sebegini rupa. Rakyat hadir hanya untuk makan minum yang disediakan percuma saja. Sebaik saja Datuk Donal Lim calon BN Parlimen Selayang nak berucap habis mereka pakat tinggalkan dewan maka tinggallah beberapa kerat petugas parti mendengar celotehnya. Klik untuk baca laporan blog ini. |
Pembunuhan Bukit Gasing membangkitkan jenayah sebagai isu pilihan raya, kata penganalisis Posted: 25 Apr 2013 06:42 AM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR — Pembunuhan seorang wanita semasa hari masih siang di Bukit Gasing, Selangor hujung minggu lalu, membangkitkan lagi jenayah sebagai isu utama bagi pengundi bandar pada Pilihan Raya 2013, kata pemimpin komuniti. Putrajaya telah mengatakan dari 2009 hingga 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus sementara jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus tetapi ramai pengundi wanita yang berjumlah separuh daripada keseluruhan pengundi - telah menzahirkan kebimbangan selepas pembunuhan dan percubaaan merompak terhadap wanita berumur 52 tahun Irene Ong di Bukit Gasing. "Mereka benar-benar marah kerana walaupun membayar cukai, mereka tidak mendapat perkhidmatan," kata penganalisis politik James Chin kepada The Malaysian Insider hari ini, merujuk kepada pengundi kelas menengah di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. "Mereka boleh lihat polis tidak bergerak. Anda selalu dengar tentang jenayah. Bila anda pergi buat laporan polis, mereka tidak berminat. Itu cerita yang selalu kita dengar," tambah pensyarah Universiti Monash Sunway itu lagi. Polis mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lepas tetapi beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah. Pengerusi Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam tindak balas terhadap kebimbangan awam. "Pembunuhan Irene - apakah hanya persepsi?" soal beliau. "Jenayah meningkat tetapi mereka katakan ianya tidak berlaku. Apakah mereka tidak mengubah angka? Saya telah membuktikan statistik yang diberikan mereka adalah mengarut," tambah Sanjeevan. MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah, mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan dari Januari hingga Oktober 2011. Pihak polis walau bagaimanapun menafikan melakukan memanipulasi angka jenayah negara. Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata orang ramai "sangat terkejut" dengan pembunuhan di Bukit Gasing. "Rakyat Malaysia semakin meningkat, terutamanya di kawasan bandar, telah merasakan tidak selamat. Kami bimbang dengan keselamatan anak kami apabila mereka keluar," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider. "Kamu tidak boleh hanya mengatakan kepada anak kamu, hanya berjaga-jaga pada waktu malam. Kamu harus berjaga-jaga sepanjang hari... Saya tidak ragu-ragu jenayah adalah faktor," katanya sambil turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Ong. Pembunuhan Ong berlaku selepas beberapa rompakan bersenjata terhadap wanita di pelbagai pusat membeli-belah di Lembah Klang tahun lepas, serta kematian kanak-kanak berumur enam tahun William Yau selepas hilang di Putra Heights Januari lepas. Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) Tan Sri Dr Ramon Navaratnam berkata hari ini pengundi bandar akan merasa "geram, ditipu dan marah" jika mereka melihat peningkatan mendadak dalam jenayah, walaupun polis mengeluarkan statistik yang menunjukkan sebaliknya. "Orang ramai akan berasa kecewa kerana mereka umpama menambah garam kepada luka. Seseorang yang cedera dan terbunuh dan statistik dikeluarkan untuk menunjukkan segala-galanya adalah baik, "kata Navaratnam. "Ini secara langsung memberi kesan kepada kebajikan mereka, secara langsung memberi kesan kepada perasaan kesejahteraan mereka, rasa selamat, dan sebagainya ia pasti mempunyai kesan yang sangat kuat, "katanya. Navaratnam menggesa kerajaan mengambil syarikat antarabangsa atau syarikat perakaunan tempatan yang mempunyai reputasi untuk mengeluarkan laporan yang bebas bagi statistik jenayah negara. "Adalah sangat penting kerajaan memenangi keyakinan rakyat dengan mendedahkan sepenuhnya kualiti statistik insiden jenayah mereka. Masih terdapat persepsi yang buruk mengenai ketulenan indeks, "katanya. Kumpulan Marathon Wanita Malaysia akan menganjurkan larian di Bukit Gasing Sabtu ini untuk menunut Malaysia yang lebih selamat dan menamatkan keganasan terhadap wanita. Citizen group Safer Malaysia juga menganjurkan satu forum di Auditorium Majlis Peguam di sini pada Sabtu mengenai isu-isu jenayah, diikuti oleh perhimpunan nyalaan lilin bagi Ong. The Malaysian Insider/- |
Bekas pemain bola sepak negara jadi duta DHPP Posted: 25 Apr 2013 06:38 AM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - PADANG TERAP: Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria mendapat respons yang amat baik dengan penyertaan dan pelantikan bekas pemain bola sepak negara, Saramsak Kram sebagai Duta Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Padang Terap. "Beliau mempunyai peminat yang cukup ramai. Sebagai pemain bolasepak kebangsaan dan pemain Kedah, beliau adalah wakil massa Siam yang santai," ujarnya yang juga calon PAS bagi Parlimen P.007 Padang Terap. Beliau percaya penyertaan Saramsak dari kaum Siam itu di dalam DHPP kawasan akan melonjakkan jentera Pakatan Rakyat Padang Terap untuk menghadapi PRU13 ini. Nasir mengumumkan penyertaan Saramsak itu pada satu majlis yang diadakan di Bilik Gerakan DHPP Padang Terap, kelmarin. Penyandang kerusi Parlimen Padang Terap itu berkata, kehadiran bekas pemain negara dan Kedah, Radhi Mat Din pada majlis itu amat bermakna. Begitu juga, katanya dengan sokongan kuat Enam a/l Chai Keow selaku Pengerusi DHPP Padang Terap dan Nai On Serta CB Yuan dari DHPP itu. Mengulas penyertaan bersama PAS, Saramsak berkata perjuangan Pakatan Rakyat senada dengannya untuk membela rakyat. Justeru, beliau menggunakan masa berkempen PRU13 yang masih ada untuk mendekati masyarakat Siam. Harakahdaily/- |
Ubah, ubah dan ubah lagi – Mohd Asri Zainul Abidin Posted: 25 Apr 2013 06:37 AM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Saya suka dengan perkataan 'Umar bin 'Abd al-'Aziz kepada 'setiausaha politiknya' Rajak bin Haiwah. Kata 'Umar bin 'Abdul 'Aziz: "Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, alu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya". (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam). Manusia yang normal sentiasa berkehendak kepada perubahan. Berubah kepada yang lebih baik. Sekalipun kadang-kala dalam proses perubahan manusia terpaksa mengalami kesusahan. Persis seperti orang yang berpindah rumah dari yang kecil kepada yang lebih besar, selesa dan baik. Dalam proses pemindahan mungkin ada banyak kesusahan di peringkat awal. Mungkin terpaksa berjimat terlebih dahulu sebelum mampu membeli rumah baru yang besar. Terpaksa mengangkat barang-barang yang berat. Mungkin juga ada barang kesayangan yang terjatuh dan rosak. Terpaksa tinggalkan jiran-jiran lama yang disayangi. Terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan pelbagai lagi. Namun jika dia tidak pindah, taraf hidupnya tidak berkembang. Anak-anak akan susah hidup dalam rumah yang sempit. Di tempat baru, dia menikmati kemudahan hidup yang lebih selesa dan persekitaran yang lebih nyaman. Esok Lebih Baik Manusia yang normal sentiasa cuba memastikan hari esok lebih baik dari hari ini. Mengubah persekitaran hidup ke arah yang lebih baik adalah tabiat manusia bertamadun. Hanya yang kita tidak ubah ialah prinsip-prinsip kebenaran yang merentasi masa dan tempat. Pun begitu, cara melaksanakan prinsip-prinsip kebenaran itu juga kadang-kadang berubah. Cara menegakkan keadilan dalam masyarakat berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Pendekatan mencegah kezaliman juga berubah mengikut keadaan masa dan tempat. Namun tanggungjawab menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman itu kekal sehingga kiamat. Manusia yang enggan berubah dan takut hendak berubah kerana satu risiko yang tidak pasti asas ialah manusia yang dungu. Seseorang yang takut hendak belajar ke peringkat tinggi kerana bimbang dianggap sombong adalah orang membodohkan dirinya. Lebih bodoh lagi, jika seseorang yang sanggup hidup dalam keadaan berpenyakit dan bimbang sembuh kerana takut jika terlalu sihat nanti dia akan makan nasi lebih banyak lalu kos hidup akan jadi lebih tinggi. Dia lupa bahawa kos ubat yang dia ambil setiap hari melebihi kos nasi yang mungkin dia tambah jika dia sihat. Demikian dalam politik. Pindah Air yang bertakung akan rosak. Air yang mengalir lebih baik untuk digunakan. Air yang mengalir juga lebih indah bau dan bunyi iramanya. Air yang bertakung kadang-kala ada kegerunan pada bunyi senyapnya itu. Kuasa politik juga demikian. Jika ia terlalu berada dalam genggaman seseorang, banyak keburukannya. Ketamakan, salahguna, keegoan, kesombongan dan sebagainya akan berlaku. Jika hal itu mula kelihatan pada seseorang atau sesuatu pentadbiran maka hendaklah kuasa itu dialirkan ke pihak lain agar dapat mengelakkan keadaan yang seperti itu. Di situ datangnya peranan pilihanraya dalam democracy system. Dalam konteks Malaysia, perkara ini terpakai untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh BN ataupun PR. Kata syair 'Arab yang disandarkan kepada al-Imam al-Syafii: 'Seorang yang berakal dan beradab tidak akan kekal berehat di satu tempat. Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah. Bermusafirlah, nescaya engkau dapati ganti orang yang engkau tinggalkan. Berletihanlah, kerana kelazatan hidup pada keletihan (untuk mendapat kebaikan). Aku melihat terhentinya air itu merosakkannya. Jika ia mengalir maka baik, jika ia tidak mengalir tidak baik'. Hijrah dalam Islam mempunyai perlambangan yang tersendiri. Ia adalah perlambangan betapa perlunya kita berpindah kepada yang lebih baik. Negara kita tidak boleh berpolitik dengan tahap lama lagi. Kita perlukan politik masa depan yang lebih matang dan berkualiti. Kita tidak wajar membandingkan kehidupan kita dengan zaman Jepun makan ubi kayu. Mengapa kita tidak bandingkan kualiti integrity kepimpinan kita dengan Negara Jepun?! Media tidak wajar memperbodohkan akal rakyat dengan menemu bual pakcik-pakcik kampong yang bercakap tentang zaman Jepun. Pemimpin sepatutnya berusaha mendidik rakyat maju ke hadapan, bukan melihat ke belakang. Ibn Hamdun dalam al-Tazkirah al-Hamduniyyah memetik kata-kata Plato: "Jangan kamu paksa anak-anak kamu dengan cara kamu kerana mereka diciptakan bukan untuk zaman kamu". Dalam kerangka politik, saya tidak menaruh penuh kepercayaan kepada BN ataupun PR. Saya tidak beriman kepada parti-parti itu bahawa mereka akan memenuhi segala maksud kebaikan untuk sebuah negara yang bernama Malaysia ini. Saya rasa tabiat politik antara keduanya masih banyak yang sama. Walaupun masing-masing ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Mungkin ada beberapa tokoh dalam parti-parti itu yang berkualiti tinggi, namun kedua gabungan politik itu masih banyak yang terikat dengan 'order lama' politik. Lihat sahaja cara Dr Haron Din dan Karpal Singh membincangkan tentang isu hudud di waktu sepatutnya focus rakyat kepada perkara-perkara yang lebih praktikal untuk masa ini. Lihat pula bagaimana BN mengendalikan media massa semasa pilihanraya ini. Namun, saya percaya satu perkara; perubahan, pengaliran kuasa, pengiliran, menghadkan tempoh kekuasaan, memberi peluang kepada tawaran-tawaran baru untuk rakyat adalah satu cara untuk mematangkan politik dan membawanya ke arah yang lebih baik. Saya percaya tukar, tukar dan tukar lagi sehingga kita dapat yang terbaik dapat membawa negara ke arah yang lebih matang dan baik. Kita hendaklah bersedia untuk menukar BN kepada PR, ataupun PR kepada BN ataupun membuang keduanya sekali pada masa depan dan memunculkan politik baru sehingga kita menemui yang terbaik. Apabila yang terbaik itu mula 'merepek', kita akan tukar lagi. Kita tidak pentingkan nama parti, tetapi kualiti service yang mampu diberikan! Kita sanggup menukar jika perlu tanpa mengira BN ataupun PR. Ubah, ubah dan ubah lagi sehingga yang baik diperolehi. The Malaysian Insider/- |
Bekas MB Kedah mohon maaf pada Mahathir Posted: 25 Apr 2013 06:30 AM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini memohon maaf secara terbuka kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung krisis antara mereka pada 2006. Permohonan maaf itu dibuat pada Majlis Negarawan Ulung Bersama Dr Mahathir di Dataran Umno Padang Terap di depan lebih 5,000 anggota dan penyokong parti berkenaan. "Saya nak mohon maaf kepada Dr Mahathir. Orang muda kadang-kadang ada panas baran sikit dan agak keterlaluan," kata Mahdzir ketika berucap di majlis itu. Ketika pemilihan perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu pada September 2006, Mahdzir, yang ketika itu Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, meminta Dr Mahathir menarik diri daripada bertanding jawatan perwakilan bahagian untuk ke persidangan agung Umno. Ini kerana beliau bimbang tindakan bekas perdana menteri itu akan menyebabkan perpecahan pada sturuktur parti di pelbagai peringkat. Sementara itu, Dr Mahathir pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan berkata beliau menghargai tindakan Mahdzir yang meminta maaf daripadanya dan menganggap krisis yang berlaku adalah perkara biasa. Beliau berkata dalam politik, kelantangan menyuarakan pandangan serta lantang bersuara adalah perkara biasa, malah ada antara pemimpin parti pembangkang melabelkannya sebagai 'Firaun'. "Saya tak heran... Orang maki dan tentang saya macam-macam. Ada yang panggil saya Firaun, dan apa yang saya tau, saya bukan Firaun," katanya. Dr Mahathir berkata walaupun orang yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) adalah musuhnya, beliau akan tetap memberi sokongan kepada calon yang mewakili parti itu dalam pilihan raya umum ke-13. - Malaysiakini |
Orang kuat Umno di Jelawat sertai PAS Posted: 25 Apr 2013 06:30 AM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - BACHOK: Menjelang 10 hari tarikh pembuangan undi, semakin ramai ahli dan penyokong Umno di Kelantan meninggalkan parti Melayu bersimbol keris itu. Malam tadi 10 ahli Umno di Kampung Kuin Pasir, Dun Jelawat mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai PAS pada program ceramah. Tengku Mahyudin Tengku Husin yang mengetuai anggota keluarganya menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan disaksikan ribuan yang hadir. Tengku Mahyudin yang lebih mesra panggilah Ayah Ku berkata, beliau meninggalkan Umno kerana sedar parti itu sudah jauh menyimpang daripada landasan perjuangan asal. "Umno sekarang diibaratkan sebagai sebuah kapal yang hampir karam," katanya ketika ditemui selepas program berkenaan. Hadir sama calon parlimen Bachok, Ustaz Marzuk Shaary, calon Dun Jelawat, Abdul Azizz Kadir, bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zulkifli Zakaria, Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Hamid Derani dan Pengerusi Pondok Al-Islahiyyah Ustaz Zulkarnain Yusof. Berucap pada ceramah tersebut Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, kita mesti ubah pentadbiran kepada Islam yang jelas lebih adil kepada semua manusia. "Dengan berpandukan Islam, manusia ditambat dengan agama. Ia menjadi benteng mengelakkan kita daripada melakukan sebarang perkara yang bercanggah dengan ajaran Nabi Muhammad saw. "Cerita kita berbalah dengan Umno sebenarnya telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad saw, di mana satu kumpulan mengikut ajaran Nabi dan sekumpulan lagi menentang," ujarnya. Marzuk pula berkata, sekiranya kita membelakangi al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian, di akhirat kelak kita akan menerima pembalasannya. Abdul Azizz Kadir mengajak orang ramai merenungi kembali apa yang terdapat di Kelantan sebelum 1990, di mana penuh dengan hiburan, jualan arak secara terbuka dan premis judi. Harakahdaily/- |
Pengundi mahu Najib, Anwar debat manifesto PRU13 Posted: 25 Apr 2013 06:28 AM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Lebih daripada 60 peratus responden yang dipilih secara rawak oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat berhubung manifesto masing-masing menjelang hari mengundi 5 Mei ini. Kajian membabitkan 1,407 responden ini bermula pada 3 April lalu dan berakhir pada 20 April iaitu pada hari penamaan calon. Sebanyak 23 peratus daripada responden mengatakan debat mengenai manifesto kedua-dua pemimpin ini tidak perlu sementara 14 peratus lagi tidak pasti mengenainya. Hasil kajian yang dilakukan oleh Umcedel menunjukkan pengundi Cina lebih cenderung kepada manifesto yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat (PR) pada Februari lalu. "(Sebanyak) 77 peratus pengundi Cina yakin janji PR menurunkan harga minyak," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman pada sidang media hari ini. Antara manifesto popular PR yang ditanya kepada masyarakat termasuklah janji menurunkan caj air dan elektrik (64 peratus), menghapuskan tol (60 peratus), menurunkan harga kereta (61 peratus) dan pendidikan percuma (63 peratus). Sementara manifesto BN yang turut ditanyakan ialah menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada RM1,200 (52 peratus), janji program transformasi seperti Klinik Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (52 peratus) dan jani membina satu juta rumah mampu milik (51 peratus). Sinar/- |
43% pilih Anwar, 39% pilih Najib untuk jadi PM Posted: 25 Apr 2013 06:26 AM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - (Hasil kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Pilihanraya dan Demokrasi Universiti Malaysia - UMCEDEL) KUALA LUMPUR: 43 peratus pengundi di negara ini berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia berbanding 39 peratus untuk Datuk Seri Najib Razak. Bagi pengundi Melayu pula, peratusannya lagi besar iaitu 54 peratus untuk Anwar dan 28 peratus untuk Najib. Begitu juga bagi pengundi kali pertama. 48 peratus dari mereka mengatakan Anwar lebih layak berbanding hanya 25 peratus untuk Najib. Kesemua mereka membuat keputusan itu berdasarkan soalan 'Pemimpin yang layak dilantik menjadi Perdana Menteri' dalam kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL). Kajian itu membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat 3 April lalu sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon. "Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini. Harakahdaily/- |
Letupan di Nibong Tebal: Tiga Supsek Ditahan Posted: 25 Apr 2013 02:41 AM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - GEORGE TOWN: Polis telah menahan tiga suspek dipercayai terlibat dalam kejadian letupan berhampiran dengan tempat ceramah Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal pada Selasa. Ketiga-tiga lelaki berkenaan, berusia antara 25 hingga 41 tahan itu ditahan di George Town, Bukit Mertajam dan selatan Seberang Perai. "Kami sedang menjejaki beberapa orang lagi, kita percaya mereka datang daripada kumpulan yang sama," kata jurucakap polis Pulau Pinang, Assiten Komisioner Roslee Chik. Beliau berkata salah seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod memiliki bahan letupan. Di Kluang, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau telah mengarahkan pihak polis dan Rela untuk meningkatkan jumlah anggota di tempat ceramah bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. "Kita tidak akan membiarkan keganasan dan aksi melampau oleh sebahagian daripada mereka yang tidak bertanggungjawab kerana cuba mewujudkan ketidakstabilan, terutamanya ketika hampir dengan pilihan raya," katanya. mStar/- |
Pengundi Pakistan, IC Sabah, mengundi di Perak Posted: 25 Apr 2013 02:22 AM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - IPOH: PAS Perak telah mengesan banyak pengundi yang diragui berada di negeri ini. Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Ahmad Nuri (gambar) berkata, sebanyak 4,095 pendaftar pemilih yang mendaftar kad pengenalan di Sabah telah dikesan mengundi di Perak. Katanya, di Parlimen Tanjung Malim sahaja, terdapat 146 pengundi yang mendaftar kad pengenalan di Sabah termasuklah 30 daripadanya berketurunan Pakistan. "PAS Perak hairan kenapa pengundi Pakistan kesemuanya mempunyai kad pengenalan Sabah dan kenapa tidak dari negeri lain," katanya kepada Harakahdaily. Ustaz Nuri menjelaskan, ini telah membuktikan projek IC Sabah yang dilakukan oleh BN benar-benar berlaku di negara ini. PAS, katanya merasakan pengundi berketurunan Pakistan itu adalah hasil daripada projek IC sabah yang dilakukan oleh BN. Ini bermakna katanya, projek IC tersebut bukanlah digunakan di Sabah sahaja tetapi di seluruh negara. "Kami mempersoalkan kenapa pengundi berketurunan Pakistan ini mendaftar di tempat lain termasuk di Tanjung Malim. "Adakah mereka ini wujud di semua kawasan di seluruh negara?" soal beliau lagi. Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan seluruh jentera di semua peringkat mengesan individu-individu tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. "Inilah berlaku di negara ini apabila pemimpin sanggup memberikan kerakyatan kepada warga asing bagi berusaha memastikan mereka terus berkuasa di negara ini. "PAS sangat kesal dengan tindakan ini namun kami yakin usaha kotor ini tidak akan menjadi penghalang untuk kita menawan Putrajaya pada pilihanraya ini," tegasnya lagi. Harakahdaily/- |
Pengundi Shah Alam akan memilih di antara epal dengan bacang — Aspan Alias Posted: 24 Apr 2013 11:48 PM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Shah Alam dan Pasir Mas adalah dua kawasan yang pada hakikatnya pertandingan di antara Perkasa dan PAS. Perkasa diwakili oleh Ibrahim Ali di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin di Shah Alam. Kedua-dua calon Perkasa ini merupakan orang yang paling "controversial" dan ramai yang tertanya-tanya apa sudah jadi kepada Umno sekarang ini. Sekali fikir pula tidak boleh disalahkan juga Umno kenapa mereka meletakkan dua orang yang begitu "famous" dengan sifat lancang mulut yang tidak tahu batasan bangsa dan agama dalam mengendalikan politik mereka. Kedua-dua calon ini mengambil kesempatan di atas kelemahan Umno untuk menyelitkan nama mereka sebagai calon yang tersenarai di dalam calon BN. Tetapi yang anehnya Umno Kelantan tidak tahu yang Ibrahim Ali akan menjadi calon bagi mewakili Umno melalui Perkasa. Pengerusi Perhubungan Kelantan Mustapa Mohamad sendiri keliru dan tidak tahu partinya sendiri main "kong-kalikong" dengan Perkasa. Hasil permainan "kong-kalikong" itu semasa penamaan calon Sabtu lepas, Umno sudah kehilangan satu kerusi kerana calonnya tidak menyerahkan kertas pencalonan beliau, walaupun telah diberikan watikah. Patut pun Ibrahim di mana-mana berkata sebulan yang lepas berkata, "tepek jaghi, ambo calun BN." Sesungguhnya Ibrahim bukanlah calon BN yang "legitimate" dan kekalahan beliau adalah di dalam tangan. Tetapi bagi Ibrahim bertanding itu sudah menjadi hobi beliau dan bertanding itu bukan perkara yang serius bagi beliau. Bagi Ibrahim, "oghe betanding ambo betanding, mene kaloh belake kigho". Itu sebabnya bagi beliau mendapatkan sokongan dalam keadaan serius rakyat hendakkan perubahan, Ibrahim dijangka akan diabaikan oleh pengundi Pasir Mas. Saya tidak tahu keadaan sebenarnya, hanya saya mendasarkan komen saya sebagai seorang yang saya sudah kenali secara rapat sejak 42 tahun dahulu. Hanya saya tidak lagi bertemu dengan beliau sejak saya menyertai DAP sampailah sekarang. Ibrahim ini jika kalah pun tidak mengapa kerana beliau bukan orang yang serius untuk menjadi agen kepada perubahan. Beliau hanya hendak ke Parlimen untuk bercakap selalu kerana Ibrahim kalau tidak bercakap akan lemah jantungnya. Bercakap dan berucap itu merupakan "supplement" penting untuk tubuhnya untuk menyihatkan tubuhnya. Dalam hal yang serius Ibrahim tidak payah dibawa berunding. Tidak aka nada perundingan yang selesai jika Ibrahim dibawa bersama. Setakat ini perundingan untuk membuatkan Che Johan Mustapha tidak datang ke pusat penamaan calon Sabtu lepas itu sahaja yang berjaya dilakukan oleh Ibrahim. Ibrahim akan menghadapi masalah kerana lawannya di Pasir Mas kali ini juga dijangka mengalahkan beliau. Kalaulah beliau tidak ada di Parlimen di manakah beliau akan berucap kerana berucap itu sangat penting bagi beliau. Kalau tidak berucap maka kesihatannya akan tergendala. Jika Ibrahim tewas di Pasir Mas maka saya merasakan beliau akan bertemu dengan Zulkifli Noordin setiap hari kerana Zulkifli pun dijangka akan menerima kekalahan yang agak teruk di Shah Alam. Jika Zulkifli menang, ia bermakna pengundi Shah Alam itu pula yang teruk. Tak mungkin pengundi Shah Alam tidak tahu memilih di antara buah epal dengan buah bacang. - aspanaliasnet.blogspot.com * Ini adalah pandangan peribadi penulis. |
Yakin Kelantan kekal milik Pas Posted: 24 Apr 2013 11:44 PM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - PARLIMEN Kota Bharu merupakan antara kerusi panas memperlihatkan pertandingan tiga penjuru yang menemukan dua calon berpengaruh Datuk Takiyuddin Hassan (Pas) dan Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (BN) serta calon Bebas, Mohd Zakiman Abu Bakar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini. Takiyuddin merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan manakala Fatmi merupakan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Calon Pas, Takiyuddin berkata, hampir 14 tahun memegang jawatan dalam parti termasuk sebagai Exco, ia beri kelebihan kepadanya dan beliau amat yakin tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendekati pengundi. Ditanya mengenai pendekatan pencabarnya, Fatmi yang berkunjung dari rumah ke rumah bertemu peniaga di kawasan sekitar pasar di Bandar Kota Bharu bagi dekati pengundi, Takiyuddin berkata, beliau tidak berasa terancam pendekatan dilakukan pencabarnya. "Kita yakin dengan apa diperjuangkan dalam Pas dan kita mempunyai dasar sendiri begitu juga dengan Umno. "Saya yakin dasar diperjuangkan Pas lebih baik kerana kita perjuangkan Islam, keberkatan, kemakmuran dan kebajikan," katanya. Sementara itu Calon BN, Fatmi berkata usaha dampingi rakyat bukan strategi namun sebagai seorang wakil rakyat, pemimpin perlu turun padang. "Sekurang-kurangnya turun bertemu mereka maka kita dapat tahu pelbagai hal dan berusaha melakukan penyelesaian untuk memenuhi kehendak rakyat. Turun padang bukan satu strategi, tapi perkara 'natural' (biasa) kerana kita kena tinjau dan tahu apa yang diperlukan oleh mereka (rakyat). Sinar/- |
Bekas polis vs timbalan menteri Posted: 24 Apr 2013 11:42 PM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Kawasan Parlimen Larut pula tidak kurang 'panasnya' menyaksikan pertembungan dua nama besar cukup dikenali ramai. Pas mempertaruhkan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari manakala Barisan Nasional (BN) terus memberikan kepercayaan kepada Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin. Diletakkan dalam kawasan majoriti Melayu, kedua-duanya berhadapan cabaran getir untuk menang pada pilihan raya umum (PRU) kali ini. Pas berhadapan dengan sebilangan ahlinya yang tidak berpuas hati dengan pencalonan beberapa nama dan meminggirkan Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman sebagai calon. BN turut meminggirkan nama Ketua Umno Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar bagi mempertahankan Dun Kubu Gajah. Bagi Fauzi, keyakinan untuk PR menang hatrik 4-0 pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mungkin bakal jadi kenyataan dan kejutan besar. Beliau berkata, perkara tersebut dijangka boleh dicapai hasil sokongan padu pengundi-pengundi bukan sahaja di Parlimen Larut tetapi tiga lagi Dun iaitu Selama, Batu Kurau dan Kubu Gajah. Menurutnya, sepanjang tempoh berkempen sebelum menjelang hari mengundi, semua calon PR bekerja keras, aktif dan sangat agresif. Fauzi berkata, aktiviti ziarah ke kampung-kampung, pasar malam, rumah penduduk sudah menjadi kemestian. "Kita akan tetap teruskan aktiviti ini kerana melalui cara tersebut kita dapat selami masalah sebenar penduduk kampung, tambahan pula Parlimen Larut ini luas. "Dalam setiap kempen, kita tetap teruskan usaha sebarkan kebaikan dan pastikan kali ini kemenangan di pihak PR," katanya. Sementara itu, Hamzah tetap yakin BN akan menawan Parlimen Larut dan tiga kerusi Dun pada PRU13 hasil usaha yang dilakukan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita yakin akan dapat kekalkan kedudukan di Parlimen Larut, tambahan pula pelbagai perubahan telah dapat dilaksanakan sekali gus menunjukkan bahawa semua janji yang diberikan ditepati kerajaan. "Keseluruhan manifesto yang dibawa oleh BN sebenarnya adalah sebagai satu agenda untuk kepentingan rakyat," katanya. Beliau berkata, dalam konteks berkenaan adalah sangat diharapkan agar rakyat dapat memahami bahawa hanya kerajaan BN yang dapat dan boleh menepati semua janji sekali gus mampu memimpin negara ke arah kebaikan. "Oleh itu, kita yang mewakili BN melibatkan semua peringkat di Parlimen Larut berjanji akan bekerjasama dalam apa juga tindakan. "Kita akan saling membantu, berbincang dan memberikan idea-idea demi kebaikan bersama," katanya. Sinar/- |
JustUndi: Pakatan dominasi semua negeri Posted: 24 Apr 2013 11:29 PM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Just Undi merupakan satu aplikasi permainan android yang membolehkan rakyat negara ini menyatakan pilihan awal untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebelum hari sebenar mengundi pada 5 mei ini. Berada di google play store sejak 5 Mac lalu, aplikasi ini membenarkan pengguna telefon pintar mengundi sama ada Pakatan Rakyat (PR) atau BN. Sebelum membuat pilihan, pengguna diminta memilih negeri mana untuk diundi merujuk kepada kawasan mengundi pengguna tersebut. Aplikasi ini juga hanya membenarkan pengunna mengundi sekali sahaja bagi mengelak pengundian berganda. Perlis mencatatkan nisbah sokongan 67 peratus PR manakala 33 peratus BN, Kedah (74:26) BN, Pulau Pinang (81:19), Perak (80:20) dan Selangor (80:20). Sementara itu di negeri selatan tanah air Negeri Sembilan (77:23), Melaka (73:27) dan Johor (71:29). Bagi Wilayah Persekutuan pula, Labuan (63:37), Putrajaya (73:27) dan Kuala Lumpur (66:34). Bagi negeri di Pantai Timur, Pahang (72:28), Terengganu (73:27) dan Kelantan (77:23), manakala Sarawak (66:34) dan Sabah (68:32). Bagaimanapun di bahagian bawah aplikasi ini menyatakan bahawa, JustUndi adalah satu aplikasi mendidik masyrakat untuk mengundi dan tidak mencerminkan keputusan sebenar PRU13. Harakahdaily/- |
35 Askar Sulu Cuba Masuki Sabah Ditembak Mati Posted: 24 Apr 2013 11:27 PM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - GEORGE TOWN: Kira-kira 35 askar militan Sulu yang cuba memasuki Sabah ditembak mati oleh tentera laut Filipina dan pengawal pantai pada Rabu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, kesemua mereka ditembak sebelum dapat memasuki perairan Malaysia selepas enggan berpatah balik. Zahid berkata, menurut laporan perisikan, kumpulan tersebut cuba memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). "Jika mereka sudah memasuki perairan kita, kita akan mengusir mereka keluar. Kita akan mempertahankan negara ini," katanya pada sidang media di sini Khamis. mStar/- |
Kit Siang: 'PR mampu bawa perubahan' Posted: 24 Apr 2013 11:25 PM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - UBAH! UBAH! UBAH! Ungkapan sinonim yang sering terpacul dari bibir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, setiap kali berakhirnya ceramah beliau. Kelibat Kit Siang juga semakin kerap muncul di Johor sejak diumumkan sebagai calon merebut kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 20 April lalu. Jelas beliau kelihatan begitu berazam untuk membawa perubahan kepada kepimpinan negara daripada tampuk pemerintahan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR). Meskipun dicabar hebat oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sendiri, Kit Siang nampak yakin rakyat di Johor, khususnya di kawasan ditandinginya, bakal memilih PR. Membawa harapan yang tinggi demi kesejahteraan rakyat Malaysia, Kit Siang memiliki pandangan tersendiri terhadap kemampuan PR untuk menawan Putrajaya selepas PRU13. Ikuti temu bual eksklusif wartawan Sinar Harian, Mohd Firdaus Yon bersama veteran DAP yang sudah berjuang dalam politik tanahair selama 47 tahun. Bagaimana pengamatan saudara terhadap jentera PR pada hari ini? KIT SIANG: Semua jentera PR sudah bersedia, khususnya di Gelang Patah. Memang saya akui kita masih kekurangan dari segi jentera pilihan raya melibatkan soal kewangan dan sumber tenaga manusia berbanding BN, tetapi kami sedaya upaya untuk menjayakan setiap kempen bagi memastikan PR mengecapi kemenangan pada PRU13. Berkaitan pencalonan di Gelang Patah, bagaimana saudara melihat peluang untuk menang? KIT SIANG: Mula-mula, saya lihat peluang saya adalah 50-50. Sebab itu saya tinggalkan kerusi Parlimen Ipoh Timur yang saya menang dengan majoriti 21,942 undi pada pilihan raya umum tahun 2008 untuk ke Gelang Patah yang juga merupakan kubu kuat MCA. Malah bukan sesuatu yang mudah untuk meraih undi majoriti yang besar di sini (Gelang Patah), tetapi saya masih menganggap peluang adalah 50-50. Kemudian, apabila BN meletakkan Abdul Ghani (Menteri Besar) sebagai calon, peluang saya jatuh kepada 45 peratus malah ia terus menurun menjadi 40 peratus apabila DAP berdepan masalah tidak boleh menggunakan simbol 'roket'. Bagaimanapun hari ini, tahap keyakinan saya terhadap peluang kembali kepada 45 peratus apabila isu simbol selesai, namun saya akui kelebihan masih kepada Ghani. Oleh itu, sama ada berjaya atau tidak untuk mencapai peluang 50-50, terpulang kepada kempen saya sebelum hari pengundian. Saya bukan hanya memberi tumpuan kepada undi kaum Cina, tetapi juga Melayu dan India. Bagaimana saudara melihat komposisi kaum di Gelang Patah mampu memberi kelebihan kepada saudara? KIT SIANG: Komposisi kaum di Gelang Patah tidak seperti di Ipoh Timur. Di sana 81 peratus adalah kaum Cina. Manakala, di Gelang Patah pula memiliki 52.4 peratus Cina, 34.2 peratus Melayu, 12.5 peratus India dan 0.8 peratus lain-lain. Akan tetapi, saya melihat mereka di Gelang Patah mahu lihat politik masa depan iaitu 'Malaysian Nationalism dan Malaysian Patriotism' sekali gus menolak politik lama diamalkan BN. Politik lama ini maksud saya adalah parti komponen BN seperti Umno mendakwa mereka pertahankan Melayu, MCA pertahankan Cina dan MIC pertahankan India, namun secara jelas hanya segelintir pemimpin, kroni dan mereka yang mendapat jawatan menjadi kaya raya. Saya percaya sudah sampai masanya kita menuju ke depan dengan politik 'Malaysian Nationalism dan Malaysian Patriotism' di mana kita menganggap semua rakyat adalah rakyat Malaysia yang berhak mendapatkan keadilan bukannya dilihat mengikut kaum. Sejauh mana saudara yakin dengan undi rakyat Gelang Patah. Mampukah ia memberikan kemenangan? KIT SIANG: Saya rasa pertandingan di Gelang Patah bukanlah 'battle' untuk saya secara peribadi untuk menang satu kerusi. Jika hanya dengan tujuan berkenaan, lebih baik saya bertanding di Ipoh Timur sahaja. Pertandingan di Gelang Patah merupakan soal di mana suara rakyat Johor mahukan perubahan dalam semua bidang. Malah di Johor sendiri, Kalau kita boleh menang 12 hingga ke 14 kerusi Parlimen, manakala 20 hingga ke 25 kerusi Dun, ia akan memberi perkara baik kepada PR untuk menang pada PRU13. Ia juga akan menjadi asas perubahan untuk seluruh Malaysia dalam usaha menuju ke Putrajaya. Jadi kalau berjaya di Gelang Patah, ia akan mewujudkan satu peranan penting dalam melakukan perubahan dalam senario politik negara. Walaupun majoriti atau peratus kaum Melayu dan India tidak ramai di Gelang Patah, adakah saudara mampu menarik sokongan dua kaum ini nanti? KIT SIANG: Tidak dinafikan sokongan kaum Cina lebih kuat berbanding kaum Melayu dan India. Tambahan pula orang Melayu dimomokkan dengan kempen memburukkan imej DAP termasuklah membabitkan diri saya sendiri yang kononnya saya anti-Islam dan anti-Melayu sejak sekian lama. Malah Umno sendiri memonopoli media arus perdana dan sudah tentu ada kesan daripada fitnah serta dusta dilakukan ke atas saya. Bagaimanapun, harus diingat saya berasal dari Batu Pahat, bersekolah di sana malah merupakan rakyat Malaysia dan bukannya Cina komunis. Saya merupakan rakyat Malaysia yang fikirkan untuk semua rakyat Malaysia, sekali gus bukan hanya untuk satu kaum sahaja. Berbalik kepada asas penubuhan DAP sendiri, kami parti berbilang kaum. Sebagai contoh, Daeng Ibrahim sendiri dipilih selaku Naib Pengerusi pertama parti dan pernah bertanding di Grik, Perak. DAP sendiri berani untuk bertanding di Kampung Baru dan Tampoi iaitu majoriti penduduk adalah kaum Melayu satu ketika dahulu. Jadi sejak dahulu lagi kami merupakan parti dan pimpinan yang 'multiracial'. Walaupun kami dipandang sebagai anti-Islam, berkhidmat untuk sesuatu kaum sahaja, semua itu dusta dan fitnah. Kesemua keburukan ini adalah dusta media massa sebelum wujudnya internet di mana bila saudara kata saudara jahat, maka saudara merupakan orang jahat. Pada ketika itu kami tiada ruang untuk saudara mempertahankan diri sendiri, namun ia berubah apabila ada internet apabila setiap tohmahan ke atas DAP, boleh ditangkis semula. Adakah satu jaminan PR mampu mentadbir lebih baik berbanding BN jika diberikan mandat? KIT SIANG: Memang betul tidak ada satu jaminan kalau berlaku pertukaran kerajaan, masalah sedia ada boleh berubah. Sebagai contoh korupsi, saya akui tidak ada basis jika PR tadbir korupsi boleh ditangani seperti kita laungkan. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya kami Pakatan DAP, Pas dan PKR mempunyai kesedaran politik untuk membanteras korupsi yang berlaku malah saya percaya rakyat Malaysia juga mahu sebegitu rupa. Kami akan kotakan apa dikata dan janjikan. Lebih penting di sini, jika rakyat memilih PR untuk usaha ini. Adakah PR bersedia tukar kerajaan sebaik sahaja tempoh lima tahun berakhir sekiranya diberikan mandat pada PRU13? KIT SIANG: Rakyat berhak buat keputusan. Secara teorinya, PR tidak mungkin dapat banteras segala masalah ada dalam negara, tetapi kami akan cuba. Bagaimanapun, sekiranya apa PR lakukan tidak tepati kriteria rakyat, selepas lima tahun rakyat berhak kembali memilih BN untuk memerintah negara. Itu pun jika PR ditolak. Banyak dakwaan yang mengaitkan DAP sebagai pencetus huru-hara negara, berikan penjelasan? KIT SIANG: Siapa mahu huru-hara? Ini negara kita dan kita mahu aman damai. Kenapa kita mahu kacau? Ini semua adalah agenda pihak tertentu mahu memburukkan imej saya. Bagaimana pula kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap saudara? KIT SIANG: Dia mahu saya 'mati' di Gelang Patah. Malah dia juga pernah penjarakan saya di bawah ISA pada tahun 1987-1989, namun saya tidak berdendam kepadanya. Sepanjang beliau memerintah negara sebagai Perdana Menteri, saya acap kali mengkritik pemerintahannya dalam semua perkara kerana saya betul dan mempunyai banyak rekod mengenai apa yang saya katakan. Malah saya pernah jemput beliau untuk berdebat dengan topik selama 22 tahun beliau memerintah, adakah ia merupakan tempoh kegelapan atau keemasan negara, tetapi beliau tidak terima jemputan saya mungkin kerana takut. Pelbagai spekulasi timbul berkaitan calon perdana menteri dari PR, siapa individu berkenaan? KIT SIANG: Perkara ini sudah mendapat persetujuan dan persefahaman antara pucuk pimpinan DAP, PKR dan Pas malah ia tidak perlu diberitahu umum. Masalah utama kita harus fikir adalah mampukah kita menang dengan majoriti selesa pada PRU13 ini. Mungkin 45 kerusi PKR, 40 kerusi Pas dan 40 DAP. Ia sangat seimbang dan kemudiannya kita lihat siapa jadi Perdana Menteri. Sepanjang tempoh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, apa komen saudara terhadap tahap prestasi menteri. Isu skandal seks dikaitkan dengan pimpinan tertinggi PR, adakah ia ganggu usaha DAP untuk menang? KIT SIANG: Dalam beberapa tahun ini banyak dakwaan dibuat, khususnya menerusi media sosial. Biar rakyat buat penilaian. Sukacita saya katanya rakyat tidak akan senang diperdaya. Harapan saudara pada PRU13? KIT SIANG: Kita boleh berjaya dalam pertarungan di Gelang Patah, Johor dan Malaysia sekali gus memulakan pergerakan politik perubahan. Selepas PRU13 ini, kita akan ada satu kerajaan baru di Putrajaya berserta perdana menteri baru supaya tanahair boleh mula politik baru yang meletakkan impian rakyat Malaysia di kedudukan tertinggi. Sinar/- |
Keganasan: Hamidah Osman masuk senarai hitam BERSIH Posted: 24 Apr 2013 11:23 PM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - BERSIH menyenaraikan calon BN untuk DUN Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman sebagai salah seorang ahli politik yang meneruskan keganasan politik, apabila beliau didakwa menarik kolar baju calon PKR Gopeng Dr Lee Boon Chye. Beliau juga didakwa merampas kamera seorang pekerja parti PKR dan menghempaskannya ke tanah dalam satu pergelutan di antara penyokong kedua-dua parti, yang berlaku pada malam 22 April di Taman Tasik Permai, Batu Gajah. "Perbuatan ini tidak boleh dibiarkan, jadi kami menyenaraihitamkan Hamidah atas bentuk keganasan ke atas calon lawan," kata Irene Fernandez yang turut mengetuai jawatankuasa pemantau BERSIH Itu. Laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star bagaimanapun menangkis dakwaan berkenaan yang disifatkannnya sebagai "tidak munasabah". Beliau sebaliknya menyalahkan Lee yang didakwanya menimbulkan provokasi ke atas penyokong BN apabila cuba membuka satu pusat operasi berhampiran pusat mereka. Malaysiakini/- |
Anwar tuntut penjelasan SPR peti undi ‘meragukan’ dipindah ke Kajang Posted: 24 Apr 2013 11:22 PM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 25 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberi penjelasan berhubung kenderaan badan pengendali berkenaan memindahkan peti undi meragukan ke Taman Perindustrian Sungai Chua di Kajang daripada ibu pejabatnya di Putrajaya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Ketua Pembangkang itu menunjukkan kepada pemberita gambar yang memaparkan dua peti undi dibalut menggunakan polister dan dicop dengan logo SPR sebagai bukti mereka memindahkannya menggunakan Pajero di Jalan SC 2. "Saya mahu penjelasan SPR. Apa permainan mereka?" soalnya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini. The Malaysian Insider/- |
Foto terbaik: Nizar lawat Bilik Gerakan BN Posted: 24 Apr 2013 11:15 PM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Hot !! Nizar serang Bilik Gerakan BN di Changkat JeringSatu pendekatan yang bersahaja dari mantan MB Perak Dato Sri Nizar semasa kempen PRU pada kali ini.SUMBER |
Bekas Naib Canselor pula sertai PAS Posted: 24 Apr 2013 11:10 PM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - (Bekas Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion [dua dari kanan] mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS) KUALA LUMPUR: Seorang lagi tokoh masyarakat mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS hari ini sebagai penyataan sokongan kepada Pakatan Rakyat menuju Putrajaya. Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail bin Samion, adalah bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) menyerahkan borang permohonannya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. Turut serta di majlis yang diadakan di Pusat Media PAS itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Mahfuz ketika mengalu-alukan kemasukan Ismail, berkata lonjakan ini akan memberi ruang kepada mana-mana bekas tentera untuk tampil berani bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat. (Datuk Ismail menyerahkan borang kepada Datuk Mustafa hari ini) "Bukan sahaja bekas tentera, malah anggota tentera yang masih berkhidmat pun perlu bersama-sama berani membuat perubahan. Sehubungan itu, saya menyeru yang lain, khususnya TUDM untuk menjejaki langkah Datuk Ismail ini," kata beliau kepada wartawan. Mustafa pula menyifatkan kemasukan Ismail itu merupakan satu gambaran kesedaran yang menyeluruh di kalangan rakyat yang mahukan perubahan. "Saya melihat kemasukan daripada kalangan bekas pegawai kerajaan, sama ada tentera ataupun sivil, ia satu gambaran kesedaran yang menyeluruh untuk membuat perubahan," kata beliau. Beliau juga berharap dengan kemasukan Ismail ini akan memperkemaskan lagi jentera kempen Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah. Dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah pada 23 Nov 1951, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion (TUDM) merupakan lulusan dari Universiti Reading, UK dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1980. Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 38 tahun sebagai seorang jurutera dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan akhirnya sebagai Naib Canselor (VC) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Kerjayanya dalam TUDM bermula sebagai seorang jurutera junior di skuadron pengangkutan (helikopter) dan semakin memuncak apabila dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (Kejuruteraan). Beliau dilantik sebagai ketua jurutera TUDM (1997 hingga 2000) sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001. Apabila Akademi dinaik taraf kepada Universiti Pertahanan, pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama. Beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah IPTA. Selain daripada itu, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting lain di dalam berbagai sektor industri dan kejuruteraan Malaysia. Beliau juga sangat aktif dalam menyokong aktiviti-aktiviti Industri Pembinaan dalam sebagai seorang penilai panel (2005 hingga 2010). Beliau juga merupakan salah seorang daripada perintis bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam menilai dan mencadangkan penerima anugerah The CEO of the Year dan The Prominent Award. Beliau pernah mewakili Institusi Jurutera (IEM) di dalam Lembaga Panel Tatatertib, Peguambela & Peguamcara (2010 hingga 2012) dan juga sebagai ahli PEMUDAH Selangor (2010 hingga 2012). Mempunyai seorang isteri, Datin Khalijah Hashim dan dikurniakan 4 orang cahayamata. Ayah beliau, Samion bin Mohamad, adalah salah seorang bekas anggota tentera yang terkorban ketika Kedah diserang komunis pada tahun 1954. Ibu beliau bernama Aminah bt Ishak. Penyertaannya ke dalam PAS hari ini melambangkan kesediaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dengan dengan baik dan mendapat sokongan dari teknokrat negara. Harakahdaily/- |
Tamatkan politik sempit 5 Mei ini - Husam Posted: 24 Apr 2013 11:09 PM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa menyeru seluruh rakyat Malaysia menggunakan peluang mengundi pada 5 Mei ini untuk membuat perubahan menamatkan politik sempit yang diamalkan Umno BN. Dalam satu kenyataan di Facebook P-125 Putrajaya, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut. "Hari ini (semalam) saya diberitahu bahawa pengerusi d bendahari surau tersebut telah dipanggil mengadap ketua pengarah Jawi di Pejabatnya pagi tadi dan seterusnya saya diberitahu bahawa semua AJK surau berkenaan telah diberhentikan serta-merta kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut. "Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini." katanya. Menurut Husam, beliau ke surau tersebut pada 20 April lalu dan menunaikan solat Isyak di sana sebelum diberi peluang berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut. Husam merupakan naib presiden PAS, dan beliau akan bertanding menentang Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Harakahdaily/- |
Wanita Umno hilang dari belakang tabir dalam PRU13 Posted: 24 Apr 2013 11:09 PM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR — Dalam setiap pilihan raya sejak sebelum Merdeka, Wanita Umno adalah tulang belakang jentera parti, merupakan wira belakang tabir yang memasak, ziarah pintu ke pintu dengan jaket merah Skuad Sayang dan melawat orang sakit dan miskin. Mereka ini adalah pekerja parti yang bekerja diam-diam tanpa sebarang kontroversi, ini sebelum ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpalit dengan dakwaan salah guna dana awam bersama keluarganya dan terbaru timbalan Datuk Kamilia Ibrahim dipecat parti selepas bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya 5 Mei depan. "Walau apa pun peluang Kamilia (peluangnya tidak kelihatan baik buat saya), pergelutan yang berlaku menunjukkan berlaku kurang perundingan antara Wanita Umno dan orang dalam Umno yang membuat keputusan," kata pengkaji Flinders University, Dahlia Martin kepada The Malaysian Insider. "Terdapat janji kosong dengan cadangan lebih banyak wanita dalam politik, tetapi tiada langkah yang berani diambil. Ia menggambarkan seperti apa yang saya tulis dahulu (sebelum ini), wanita boleh didekati sebagai pengundi tetapi tidak boleh membuat kata putus. Kuota perlu dibesarkan, Wanita PBB memberikan sokongan," tambahnya. Umno berkata mereka telah menawarkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)Bukit Chandan di Perak kepada Kamilia pada malam penamaan calon Sabtu lalu, tetapi beliau sebaliknya membuat kejuta kepada Umno dan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar. "Bergantung kepada siapa anda percaya, sama ada ia dilihat baik atau tidak hubungan antara Wanita Umno dan Majlis Tertinggi," kata Dahlia. Wanita Umno suatu ketika dahulu terkenal dengan pelapis dan banyak menghasilkan pemimpin wanita hebat seperti arwah Tan Sri Aishah Ghani yang berkarisma dan sangat tajam pemikirannya, Tan Sri Rafidah Aziz yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Napsiah Omar serta ramai lagi. Sudah semestinya, pemimpin-pemimpin pernah berlawan antara satu sama lain dan membuat pakatan antara mereka tetapi sayap parti tersebut masih tetap bersatu untuk bekerja bagi memastikan kemenangan parti pada setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Tetapi tidak pernah dalam sejarah parti ada pemimpin meninggalkan parti untuk bertanding sebagai calon bebas, kata pemerhati. "Persoalannya, adakah Kamilia itu benar-benar calon 'bebas' ataupun sekadar membalas dendam kepada partinya. Jika ya, kepentingan pengundi telah diabaikan. Jika dia benar-benar calon 'bebas', kita pasti sudah mendengar tentangnya sebelum penamaan calon lagi," kata pemerhati politik dan penulis Juana Jaafar. Bahkan, Kamilia sendiri berhadapan kesukaran untuk menerangkan punca beliau mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas menentang partinya sendiri. "Langkah yang diambil oleh BN untuk meminggirkan saya dan wanita lain dalam mengejutkan saya. Saya kecewa kerana tiada pengiktirafan yang betul dalam Wanita Umno," kata beliau dipetik dari akhbar bahasa Melayu Sinar Harian. Untuk rekod, BN berkata bahawa 11 peratus daripada calon-calon pada Pilihan Raya 2013 adalah wanita walaupun kebanyakan pemimpin tertinggi wanita tidak bertanding. Terdapat 168 calon wanita bertanding pada pilihan raya 5 Mei ini, peningkatan 40 peratus berbanding dengan 120 yang bertanding pada tahun 2008 lalu. "Sayap wanita, Jentera Jalinan Rakyat (JR) bekerja di semua peringkat dengan komitmen sepenuhnya. Walaupun cabaran dihadapi, dan tidak semua orang menjadi calon, mereka setia kepada parti, bersabar dan tidak mementingkan diri sendiri,"kata Shahrizat ketika mengulas keputusan Kamilia itu pada hujung minggu lalu. Walau bagaimanapun, Shahrizat tidak memandang ringan insiden berlaku melibatkan Kamilia tersebut, Shahrizat telah berusaha mengerah ahli-ahlinya berkempen untuk BN di Kuala Kangsar bagi mengalahkan timbalannya dan juga turut membantu Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak untuk merayu undi pada esok. The Malaysian Insider/- |
PAS beri 48 jam untuk Teng minta maaf Posted: 24 Apr 2013 11:06 PM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Teng itu merupakan satu fitnah jahat dan berbaur hasutan. KUALA LUMPUR: PAS memberi 48 jam untuk Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Datuk Teng Chang Yeow meminta maaf kerana mengaitkan Pakatan Rakyat dengan insiden letupan bom di bilik gerakan BN Nibong Tebal kelmarin. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Teng itu merupakan satu fitnah jahat dan berbaur hasutan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin tertinggi BN negeri. "Fitnah yang dibuat Teng adalah jelas untuk memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat dan merupakan strategi publisiti murahan untuk meraih undi kepada BN," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini. Calon PAS Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, pihaknya akan membuat laporan polis terhadap kenyataan Teng seperti yang disiarkan dalam laporan FMT semalam. "Kami juga memberi masa 48 jam kepada Teng untuk menark balik tuduhan tersebut dan meminta maaf kepada Pakatan dan semua rakyat Malaysia. "Sekiranya beliau ingkar, saya akan berbincang dengan kepimpinan Pakatan Rakyat lain untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah," tegas Mahfuz. Teng dalam sidang media di George Town semalam menyalahkan Pakatan Rakyat sebagai dalang serangan terbabit dan cuba mensabotaj perjalanan kempen BN. Petugas keselamatan cedera Insiden terbabit mengakibatkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan kerana terkena bahan letupan. Ceramah yang dihadiri 3,000 orang penyokong BN itu bertukar kecoh selepas terkejut mendengar satu letupan di kawasan longgokan sampah di belakang pentas. Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah. Polis turut menemui satu lagi bungkusan bahan letupan pada malam yang sama, dipercayai hasil buatan profesional dan berjaya diletupkan sejam kemudian. Pada masa yang sama, PAS menurut Mahfuz turut mengecam keras dan mengutuk tindakan ganas malam kelmarin serta kebakaran yang berpunca dari bom petrol yang dilempar ke bilik gerakan BN di Sekinchan, Selangor. Katanya, PAS percaya ini merupakan satu tindakan provokasi oleh pihak yang sengaja mahu menimbulkan ketakutan dikalangan pengundi menjelang pilihan raya umum (PRU) 13. FMT/- |
Isu Mat Taib: Pas tak kecil hati dengan Karpal Posted: 24 Apr 2013 11:03 PM PDT 14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM - Pas tidak "berkecil hati" dengan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh semalam bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak layak menyertai parti itu. Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, beliau melihat Karpal hanya memberi pandangan peribadi mengenai perkembangan terbaru itu. Beliau berkata, secara umumnya rakyat mengetahui Pas adalah sebuah parti yang mengamalkan sikap terbuka dan menerima sesiapa sahaja yang ingin bersama untuk membawa perubahan kerajaan peringkat pusat. "Itu pandangan peribadi beliau, kita pun tak berkecil hati dengan pandangan beliau," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. Semalam, Karpal dipetik berkata, Muhammad atau Mat Taib tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama Pakatan Rakyat (PR). Beliau juga berkata, pemimpin yang mempunyai rekod lampau yang buruk tidak layak diterima sebagai ahli komponen parti PR. "Itu pandangan peribadi saya kerana rekod dia (Mat Taib) tidak baik sepanjang bersama Barisan Nasional (BN). "Hanya orang yang ada rekod baik sahaja harus diterima di mana-mana parti termasuk BN mahupun PR," katanya. Dalam pada itu, Salahuddin berkata, walaupun adanya perbezaan pendapat di kalangan pemimpin PR, ia tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada perikatan tersebut. "Walaupun ada beza pendapat, tapi kalau Karpal pergi program kita, dia tetap disambut baik," katanya lagi. Sinar/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan