Nuffnang

N45 Dr Halimah Ali

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:17 PTG

N45 Dr Halimah Ali


Mana mungkin BN tunaikan Aku Janji Manifesto PRU 13 (bhg 1)

Posted: 23 Apr 2013 12:05 AM PDT


Negara kita di ambang kebankrapan atau kemuflisan. Parah, punah dan hancur lebur ekonomi Malaysia jika Barisan Nasional terus memegang Putrajaya. Lebih malang lagi jika BN mahu menunaikan aku janji atau manifesto PRU 13 mereka. Kenapa?

 Ringkasan

Rasuah menyebabkan ketirisan dana yang sepatutnya boleh digunakan untuk kebajikan rakyat serta subsidi. 

Rasuah menyebabkan pengaliran wang ke luar negara. 

Rasuah mengakibatkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan dalam negera agar keuntungan atau margin syarikat serta pengusaha kekal. 

Rasuah menyebabkan kualiti barangan atau bahan mentah yang digunakan untuk sesuatu projek kerajaan berkualiti amat rendah dan tahan beberapa tahun sahaja selepas penyerahan projek. Banyak contoh-contoh di depan mata seperti MRR2 dan stadium Trengganu runtuh. 

Rasuah mengakibatkan penggunaan dana awam yang tinggi bagi tujuan penyengaraan projek mega yang menggunakan bahan mentah berkualiti rendah.

Rasuah merupakan "cukai kotor" yang dikenakan kepada rakyat miskin yang kurang mampu.

 
Kita  kemukakan data dan fakta mengenainya. Sumber rujukan atas permintaan sahaja. Ada carta dan data yang dikeluarkan pada tahun 2008 namun sebaik usaha dibuat untuk fakta dan angka yang terkini.

 Terdapat beberapa faktor yang menjadi penunjuk bahawa BN dan pemimpin mereka yang ada sekarang tidak mampu untuk berubah walaupun wujud slogan-slogan seperti "WASOTIYAH", "Prestasi diutamakan, rakyat didahulukan", " Tukar tabiat berbelanja", " Bersih, Cekap Amanah" yang telah lama dilaung-laungkan.

Kajian terperinci tentang ekonomi dan percukaian malaysia di SINI.




Hutang negara kini  kian meningkat,  yang mana jika diterjemahkan kepada hutang setiap individu rakyat Malaysia yang baru lahir hingga hingga yang telah uzur dan nazak di hospital, jumlahnya ialah setiap kepala sudah sedia berhutang sebanyak USD3149.08 (anggaran RM10,400.00) pada tahun 2008. Beban hutang setiap rakyat Malaysia pada tahun 2012 ialah USD5072.62 (anggaran RM16,800.00). Ini bermakna dari 2008 hingga 2012, jumlah tanggungan hutang setiap rakyat meningkat dari RM sepuluh ribu lebih ke tahap sekarang iaitu RM tujuh belas ribu. (mahu tidak mahu).

Kita lihat sekarang  pendapataan serta perbelanjaan kerajaan pusat di bawah pentadbiran BN. sila rujuk rajah di bawah. Untuk 2012, pendapatan negara atau hasil adalah RM230,833 juta. Cukai pendapatan merupakan sumber utama hasil negara.

 "Dalam tahun 2008, LHDNM berjaya

mengutip cukai langsung kasar sebanyak RM90.651
bilion, iaitu meningkat sebanyak RM15.948 bilion
atau 21.35% berbanding RM74.703 bilion yang
dikutip dalam tahun 2007.Kutipan cukai langsung
ini telah menyumbang sebanyak 56.11% daripada
keseluruhan jumlah hasil Kerajaan Persekutuan
tahun 2008 yang berjumlah RM161.558 bilion.
Komponen cukai pendapatan syarikat kekal sebagai
penyumbang utama dengan pungutan RM46.902
bilion (51.74%). Ini diikuti dengan pungutan cukai
pendapatan petroleum sebanyak RM24.191 bilion
(26.69%) dan cukai pendapatan individu sebanyak
RM14.347 bilion (15.83%). Sementara itu pungutan
cukai duti setem dan cukai pegangan masing-masing
menyumbang sejumlah RM3.502 bilion (3.86%) dan
RM1.354 bilion (1.49%).
Pungutan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
dalam tahun 2008 ialah sebanyak RM110.37 juta
(0.12%) dan jumlah ini mencatatkan pengurangan
berbanding kutipan tahun 2007
  Komponen-komponen pungutan
yang lain merupakan cukai pendapatan koperasi,
cukai aktiviti perniagaan luar pesisir Labuan (IOFC),
dan hasil-hasil lain (bayaran kompaun [Seksyen 124
ACP 1967], bayaran mahkamah, faedah daripada
baki wang dalam bank, hasil guaman, dan ganti rugi
perkhidmatan) yang mencatatkan pungutan berjumlah
RM244.24 juta (0.27%)."  Laporan Tahunan LHDM 2008




sumber pendapatan Kerajaan Pusat

Pendapatan Kerajaan Pusat dpd MINYAK














Sumber BNM






Source: tradingeconomics.com

Source: tradingeconomics.com




Tanpa meminjam lagi atau menaikkan harga minyak atau memperkenalkan cukai baru, Barisan Nasional TIDAK akan mampu menepati aku janji atau manifesto untuk PRU 13. Kenapa?
Faktor pertama ialah korupsi atau rasuah.

 Clearly, wastage, leakages, imprudent government spending and, above all, corruption have retarded our growth. And the problem is compounded by the ruling party itself being mired in corruption. By Kee Thuan Chye

Beberapa kata kunci atau istilah perlu diterangkan di peringkat ini. Dalam Bahasa  Melayu, terdapat beberapa ungkapan dan peribahasa yang menggambarkan perbuatan atau proses rasuah seperti "duit kopi", "duit bawah meja", "makan suap", "tumbuk rusuk", "wang pelincir" dan lain-lain. 


Perkataan "rasuah" berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi "al-risywah". Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. 

Tranparency International  (TI) yang berpangkalan di Berlin Germany, telah mengeluarkan definisi beberapa istilah yang digunapakai di peringkat antarabangsa. Istilah tersebut ialah "Grand Corruption", "corruption","political corruption", "bribery", "embezzlement", "collusion", "patronage", "nepotism", "lobbying","conflict", "facilitation of payment", dan beberapa istilah lain.

Corruption ialah penyalahgunaan kuasa bagi tujuan keuntungan peribadi. Corruption boleh dikelaskan kepada "grand", "petty" dan "political" bergantung kepada jumlah wang yang terlibat atau hilang serta di sektor mana ia berlaku.


Grand Corruption ialah perbuatan yang dilakukan di peringkat tinggi kerajaan dengan  tidak memberi gambaran sebenar polisi atau fungsi dan peranan negeri/negara yang memungkinkan pemimpin memperolehi manfaat manakala rakyat kerugian.




Bribery ialah perbuatan menawarkan, menjanjikan,  memberi, menerima atau merayu sesuatu manfaat atau pemberian sebagai insentif untuk suatu tindakan yang salah di sisi undang-undang, tiada etika atau pecah amanah. Insentif ini mungkin dalam bentuk hadiah, pinjaman, wang, pemberian atau kemudahan lain seperti cukai, perkhidmatan, derma dll.



Political corruption ialah memanipulasikan polisi, institusi dan peraturan kerja atau prosedur dalam mengagihkan sumber dan kewangan oleh para pembuat keputusan yang menyalahgunakan kedudukan mereka demi mengekalkan kuasa, status dan kekayaan.
 






Facilitation Of Payment ialah sejenis rasuah kecil, juga dikenali sebagai  bayaran "pemudah". "speed", "grease" bagi mempercepatkan sesuatu tindakan rutin atau tindakan yang perlu di mana pemberi rasuah mempunyai hak atau kepentingan yang sah .



Patronage ialah sejenis perbuatan pilih kasih di mana seseorang itu dipilih tanpa mengira kelulusan atau kelayakan untuk sesuatu jawatan atau pemberian kerajaan semata-mata disebabkan keahlian atau kecendrungan atau pertalian politiknya.



Embezzlement ialah apabila seseorang yang memegang jawatan dalam sesebuah organisasi atau syarikat secara khianat dan tak sah mengagihkan, mengguna, atau memindahkan dana dan barangan yang telah diamanahkan kepada mereka bagi tujuan mengayakan diri atau untuk tujuan aktiviti lain.



Nepotism ialah sejenis perbuatan pilih kasih berdasarkan persahabatan atau pertalian di mana seseorang yang memegang jawatan resmi menggunakan kuasa dan kedudukan untuk memberi sesuatu benda atau kerja kepada ahli keluarga atau kawan, walaupun individu itu tidak layak atau memerlukan.


Lobbying ialah sesuatu aktiviti yang dijalankan untuk mempengaruhi polisi dan keputusan kerajaan
bagi sesuatu maksud atau keputusan. Walaupun sah di sisi undang-undang, perbuatan begini boleh mengherotkan/memesongkan keadaan jika pengaruh yang kuat wujud- oleh syarikat, pertubuhan, organisasi atau individu.


Collusion ialah perjnjian rahsia antara dua pihak atau lebih, sama ada dalam sektor swasta atau kerajaan, merancang untuk melakukan sesuatu bertujuan untuk menipu  (fraud) atau memperdaya dengan matlamat faedah atau manfaat kewangan. Pihak yang terlibat dipanggil "cartel"


Conflict of interest ialah situasi di mana seorang individu atau organisasi yang ia berkhidmat, sama ada kerajaan atau swasta, berhadapan dengan membuat pilihan di antara tugas serta tanggungjawab  kedudukan (jawatan) mereka dengan kepentigan peribadi.(percanggahan kepentingan)









 

 
 
 
Rasuah menyebabkan ketirisan dana yang sepatutnya boleh digunakan untuk kebajikan rakyat serta subsidi. 

Rasuah menyebabkan pengaliran wang ke luar negara. Sila lihat graf di bawah. 

Rasuah mengakibatkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan dalam negera agar keuntungan atau margin syarikat serta pengusaha kekal. 

Rasuah menyebabkan kualiti barangan atau bahan mentah yang digunakan untuk sesuatu projek kerajaan berkualiti amat rendah dan tahan beberapa tahun sahaja selepas penyerahan projek. Banyak contoh-contoh di depan mata seperti MRR2 dan stadium Trengganu runtuh. 

Rasuah mengakibatkan penggunaan dana awam yang tinggi bagi tujuan penyengaraan projek mega yang menggunakan bahan mentah berkualiti rendah.

Rasuah merupakan "cukai kotor" yang dikenakan kepada rakyat miskin yang kurang mampu.








Jelaslah rasuah faktor penyebab utama aku janji BN atau manifesto PRU 13 tidak dapat dilaksanakan oleh pentadbiran Barisan Nasional.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP