Selasa, 23 April 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Rafizi cabar Muhyiddin debat berkenaan pendirian PKR melibatkan produk 1Malaysia

Posted: 23 Apr 2013 01:32 AM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA, 23 April — Rafizi Ramli hari ini berkata hanya akan menjawab cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya PKR menyatakan pendirian mereka melibatkan produk 1Malaysia dalam satu debat ekonomi.

Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini, mempelawa timbalan pengerusi BN itu ke satu debat ekonomi bagi mengupas tentang isu produk 1Malaysia.

"Saya berbesar hati untuk mengupas isu ini lebih panjang dan menyatakan pendirian sama ada akan menghapuskan barangan 1Malaysia di dalam satu forum ekonomi yang turut disertai Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata Rafizi.

Rafizi walau bagaimanapun menekankan dua kaedah yang ditawarkan PKR untuk menangani beban sara hidup yang dihadapi rakyat, serta mengkritik pengenalan produk 1Malaysia tidak berkesan dalam meringankan beban rakyat.

"Cara terbaik adalah menyelesaikan dua perkara iaitu mengawal dan menurunkan harga barang.
"Kedua mengurangkan beban hutang rakyat herotan di dalam pasaran," tambahnya lagi.

malaysianinsider/-

Labuan: PAS Wilayah terima keputusan Pusat

Posted: 23 Apr 2013 01:31 AM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan menerima sepenuhnya keputusan pimpinan PAS Pusat menyerahkan Parlimen Labuan untuk ditandingi PKR pada PRU13 ini.

Pesuruhjayanya, Mohamad Noor Mohamad berkata, ini sebagaimana yang diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam atas semangat setiakawan dan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, tindakan pucuk pimpinan PAS itu selari dan memenuhi kemahuan rakyat serta menyokong usaha menuju kemenangan ke Putrajaya bagi mengalahkan Umno BN di Labuan.

Jelas Mohamad, PAS berjuang bukan untuk merebut takhta ataupun kepentingan peribadi dan apatah lagi manfaat kebendaan tetapi, PAS berjuang demi kebenaran yang dibawa oleh lslam.

Bahkan katanya, keputusan PAS Wilayah itu memberi gambaran yang jelas kepada Umbo BN bahawa Pakatan Rakyat tetap kukuh di Labuan.

"Kenyataan ini menggambarkan pendirian kita sebagai ahli PAS yang patuh dan taat kepada keputusan pucuk pimpinan," tegasnya dalam satu kenyataan.

Katanya, PAS rela berkorban untuk memastikan hubungan dalam Pakatan Rakyat dan mengharapkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat menghormati keputusan itu.

"PAS akan terus melaksanakan tanggungjawab dan peranan di Labuan walaupun tidak bertanding dalam PRU13 demi meneruskan khidmat kepada masyarakat Labuan untuk memastikan hak rakyat terus terbela," katanya.

harakah/-

Kertas undi pos luar negara akan dihantar esok

Posted: 23 Apr 2013 01:24 AM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


PUTRAJAYA, 23 April — Semua kertas undi bagi pengundi pos luar negara dan pengundi tidak hadir (PTH) untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13), akan dihantar esok.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata kertas undi itu akan dihantar ke 103 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
"SPR memberi jaminan proses penghantaran dan penerimaan balik sampul kertas undi tersebut selamat ... pengundi luar negara tidak perlu rasa bimbang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengundian bagi pemilih di luar negara ditetapkan pada 28 April (Ahad), masa penyerahan dan penerimaan balik sampul ialah dari pukul 9 pagi hingga 8 malam di London, dan Melbourne.

Bagi Pejabat Perwakilan Malaysia yang lain, tarikhnya sama, namun tempohnya lebih singkat iaitu dari 9 pagi hingga 6 petang.

Sehubungan itu, Wan Ahmad menasihati mereka supaya mengundi di tempat sampul kertas undi diserahkan bagi mengelak sebarang masalah.

"Semua ada di sana, pegawai bertangggungjawab, saksi, petak mengundi, peralatan diperlukan, dan boleh terus memasukkan kertas undi ke dalam karung undi pos," katanya.

Wan Ahmad juga berkata pengundi boleh membawa balik kertas undi dan bertanggungjawab menghantarnya sendiri dalam tempoh masa yang ditetapkan.

"Jangan salahkan SPR sekiranya kertas undi itu tidak sampai ke pejabat pegawai pengurus (RO) masing-masing sebelum pukul 5 petang pada hari pengundian," katanya.

Beliau berkata semua beg diplomatik yang mengandungi kertas undi itu dijangka sampai semula di Malaysia seawal-awalnya pada 29 April, dan akan dihantar terus ke pejabat SPR di seluruh negara sebelum diagihkan ke pejabat RO.

Seramai 6,360 pengundi luar negara dan 2,900 PTH akan mengundi pada PRU ke-13.
Di Seremban, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata angka itu tidak termasuk warga Malaysia di Singapura, Brunei, selatan Thailand dan Kalimatan.

Warga Malaysia di luar negara yang ramai mengundi pos pada PRU13 ini menetap di Australia, diikuti United Kingdom dan China, katanya kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat persiapan PRU13 di Pejabat SPR negeri dan bilik gerakan PRU-13 Parlimen Rasah di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban di sini hari ini.

Abdul Aziz juga berkata pengundian awal yang membabitkan anggota polis dan tentera akan diadakan pada 30 April.
Katanya kertas undi pos dan undi awal ini akan dikira pada hari yang sama dengan kertas undi biasa iaitu pada 5 Mei.
"Kertas undi pos dan undi awal mesti dibuka pada pukul 4 petang pada 5 Mei dihadapan ejen parti. Kalau banyak sangat, kita buka awal, tapi mesti dihadapan ejen parti dan pemerhati, sama ada domestik dan antarabangsa," katanya. — Bernama

Idham Lim: Saya akan usahakan bas baru laluan Kuala Kangsar ke Simpang Tiga

Posted: 23 Apr 2013 01:13 AM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA KANGSAR: Kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat akan mengusahakan bas yang lebih baru dan selesa kepada rakyat bagi laluan Kuala Kangsar ke Simpang Tiga Beruas. Demikian antara penegasan yang dibuat oleh Calon PAS Parlimen Kuala Kangsar, Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan ucapan dalam ceramah penerang di Markaz Zon Manong di Pekan Manong di sini.


Tawaran tersebut mewarnai Kempen PRU 13 Parlimen Kuala Kangsar oleh jentera PAS yang semakin rancak dengan pebagai bentuk kempen yang lain.



"Dengan bantuan dari kementerian dan agensi yang berkaitan saya akan usahakan bas yang lebih selesa kepada masyarakat dikalangan pelajar, ibu tunggal dan berbagai lapisan masyarakat yang menggunakan bas itu", tegasnya.



Beliau mendedahkan bagaimana beliau telah menaiki bas syarikat Wai Thong tersebut yang disifatkan terlalu uzur dan merisikokan penumpangnya dikalangan orang biasa dan pelajar sekolah kepada kemalangan.



"Bas tersebut sudah berusia 50 tahun dan selayaknya sudah berada di muzium" katanya.

Kumpulan intelektual pula kempen tolak politik kotor

Posted: 23 Apr 2013 01:03 AM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


 

KUALA LUMPUR: Bimbang dengan budaya keji yang semakin subur dalam politik di Malaysia, sekumpulan ilmuan, sarjana, ulama, sasterawan, budayawan dan penggiat masyarakat menubuhkan Gerakan Intelektual Rakyat (Gatera).

Gatera dari Bahasa Sanskrit yang bermaksud sudut pandangan bertujuan menyedarkan masyarakat supaya memilih pemimpin politik yang memperjuangkan nilai luhur masyarakat yang beradab.

Pengerusinya, Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain berkata, Gatera akan bergerak ke lapangan masyarakat untuk mengajak mereka menolak segala budaya kotor yang diamalkan dalam politik.

"Kami melihat persekitaran politik malaysia kini berada pada tahap yang parah, lebih-lebih lagi pada hari-hari menuju Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.

"Sebahagian daripada para pemimpin, ilmuan dan ulama tidak dapat menjadi penjaga kepada nilai murni masyarakat ini," kata beliau pada sidang media di sebuah hotel di Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Prof Shaharir juga khuatir budaya ini berterusan apabila ada pihak yang ingin meraih kuasa dan mengekalkan kuasa mereka.

"Demi meraih kuasa dan mengekalkan kuasa, mereka menggunakan, membiarkan malah nampak menyuburkan segala kekejian, keganasan, dan penyalahgunaan kuasa bagi menghalalkan rasuah, fitnah, kelucahan, keganasan, kesumbangan, kesamsengan, dengan tid amenghiraukan batasan agama dan budi bahasa yag diamalkan oleh masyarakat bertamadun," tegasnya.

Beliau juga berkata, Gatera akan bergerak secara aktif sepanjang tempoh kempen PRU13 ini untuk menyatakan pendirian mereka.

"Budaya kotor dalam politik inilah yang emnjadi pemangkin kepada kami untuk menubuhkan Gatera ini.

"Jadi kami akan turun ke masyarakat dalam memberikan penerangan mengenai kesan budaya politik kotor ini dan mungkin juga akan duduk sepentas denan ahli politik untuk menyatakan pandangan kami sekiraya dijemput," katanya sambil menambah, program-program Gatera akan berterusan walaupun selepasa PRU13 berakhir.

Sidang media turut dihadiri setiausah Gapaera, Kamaruzaman Mohamad, Setiausaha Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Kassim Muhamad, Penolong Setiausaha Aangkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhammad Faisal Abdul Aziz, Sarjana Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa, Prof Mohd Nazari Ismail.

Harakahdaily/-

Ada lagi pemimpin Umno akan masuk PAS

Posted: 23 Apr 2013 01:01 AM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Kami yakin masa depan sudah tidak ada dalam Umno, kata Tamrin Abdul Ghafar.
KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin veteran Umno Datuk Tamrin Abdul Ghafar mendakwa ada lagi pemimpin tertinggi Umno yang akan  mengikuti jejak langkah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai PAS.

Tamrin berkata, individu itu merupakan seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno senior yang kecewa kerana tidak dicalonkan bertanding  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Dia tak gembira dengan keputusan itu dan ada kemungkinan besar dia akan masuk PAS dalam masa terdekat," katanya dalam sidang  media di sini hari ini.
Anak mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba itu berkata, hasrat pemimpin MT Umno dinyatakan semasa pertemuan  singkat pada minggu lalu.
Katanya, pemimpin Umno itu turut mendakwa ramai rakan-rakannya yang tidak dinamakan bertanding atas tiket Umno sedang  berbincang secara serius untuk memberi sokongan secara terang-terangan kepada calon Pakatan Rakyat.
Sementara itu, dalam kenyataan bersama Muhammad, Tamrin menyeru ahli Umno khasnya 61 pemimpin Umno yang dipecat kerana  bertanding atas tiket Bebas memberikan undi kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13.
"Kami berdua dengan rendah diri dengan ini menyeru semua rakan-rakan yang masih berada dalam Umno untuk bersama-sama kami  membuat perubahan.
"Kami yakin masa depan sudah tidak ada dalam Umno. Dengan corak dan pendekatan politik yang ada, Umno sudah tertinggal di arus
perubahan negara dan dunia," katanya.

Katanya semua calon Umno yang terpilih itu terdiri daripada mereka yang tidak layak, bermasalah dan mempunyai agenda kepentingan  peribadi.
Disebabkan itu, Tamrin menjangkakan banyak kerusi Parlimen yang dimenangi BN sebelum ini akan kecundang ke tangan Pakatan  Rakyat.
Beliau turut meramalkan tindakan BN yang memindahkan Datuk Mukhriz Mahathir daripada Parlimen Jerlun ke kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) Ayer Hitam sebenarnya ingin membunuh karier politik anak mantan Perdana Menteri itu.

"Sepatutnya kerusi yang selamat untuk Mukhriz adalah DUN Kuah di Langkawi kerana ada sentimen Mahathir yang telah membangunkan  Langkawi.
"Kawasan Jitra (Kayu Hitam) itu kawasan kuat PAS. Dua PRU yang lalu PAS menang.
"Memang ada unsur cubaan nak pekena dia sebab ada kumpulan lain yang nak jadi Menteri Besar juga," katanya.
FMT/-

Mencari Orang Hilang

Posted: 23 Apr 2013 12:52 AM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


4 Pemimpin tertinggi Barisan Nasional di dapati Hilang, kehilangan mereka sungguh di rasai di peringkat nasional, yg mana rakyat Malaysia amat merindui mereka utk di buat bahan.

Ketiadaan mereka sebagai calon BOLEH KE MENANG bagi Barisan Nasional menyebabkan berlakunya pertembungan calon BN melawan calon BN di 25 kerusi parlimen dan dun seluruh negara.

Rakyat begitu menagih SIMPATI akan HIKMAT mereka.

by @tiewnama - Hikmat Katak Mengaum. kah3 - Era Pasca

Fitnah: Kain rentang untuk kelirukan pengundi Cina

Posted: 23 Apr 2013 12:50 AM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

MELAKA: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari kesal dengan pemasangan kain rentang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memfitnah PAS.
"PAS Melaka menafi sekeras-kerasnya bahawa kami memasang kain-kain rentang," ujarnya pada sidang akhbar di Pusat Media Pakatan Rakyat Melaka di Pejabat DAP Melaka, Lorong Pandan di sini hari ini.

Jelasnya, PAS tidak pernah mencetak dan memasang kain rentang seperti ini, ianya merupakan provokasi pihak musuh yang sengaja ingin mengelirukan pengundi terutama pengundi Cina.

"PAS yakin ini adalah kerja-kerja musuh politik kita yang sengaja memfitnah dan jumpa mengelirukan rakyat supaya memandang serong kepada PAS," tambah Adly yang bertanding di N.09 Durian Tunggal.

Calon PAS N.17 Bukit Baru, Dr Khalid Kassim juga kesal kerana Dun Bukit Baru menjadi sasaran utama pemasangan kain-kain rentang provokasi tersebut.

"Petugas-petugas kita menjumpai lebih dari 10 kain rentang seumpama ini dipasang di dalam Dun Bukit Baru.

"Jelas lawan kita semakin terdesak sehingga sanggup memasang kain rentang yang memfitnah PAS,"ujar beliau.

Dr Khalid berkata beliau dan jentera Majlis Tindakan Dun Bukit Baru tidak sedikit pun gentar dan takut dengan tindakan provokasi seumpama itu.

"Kami sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa juga kemungkinan. Rakyat semakin hari semakin menerima PAS di Dun Bukit Baru dan kita yakin satu kejutan akan berlaku di sini," tambahnya.

harakah/-

PR isytihar cuti umum 6hb Mei jika kuasai P'jaya

Posted: 23 Apr 2013 12:48 AM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan mengisytiharkan 6hb Mei ini iaitu sehari selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumumkan, sebagai cuti umum jika berjaya menguasai pentadbiran di Putrajaya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata ianya bagi memberi keselesaan kepada rakyat khususnya pengundi di perantauan untuk kembali ke ibu kota bagi meneruskan tugas mereka.

"InsyaAllah, Pakatan Rakyat akan isytiharkan 6 Mei sebagai cuti umum jika Pakatan Rakyat mendapat majoriti untuk bentuk kerajaan di Putrajaya.

"Jadi rakyat tidak perlu untuk tergesa-gesa balik ke tempat kerja masing-masing selepas selesai membuang undi," katanya yang juga calon PAS bagi parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari mengundi PRU13 akan diadakan pada hari Ahad, 5 Mei ini.

Ianya adalah hari bekerja bagi tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Kelantan bagaimanapun telah mengumumkan bahawa tarikh itu dijadikan cuti peristiwa bagi membolehkan rakyat negeri itu keluar mengundi dengan selesa.

Seramai 13.3 juta rakyat Malaysia yang sudah berdafar sebagai pengundi, layak mengundi kali ini.

harakah/-

Semangat abah sentiasa bersama saya - Anis Afida

Posted: 23 Apr 2013 12:44 AM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pemergian seseorang yang disayangi di saat-saat dia diperlukan sebagai pendorong dan tempat bergantung khususnya buat calon Dun Penawar Anis Afida merupakan satu dugaan yang cukup berat.

Ketika calon anak muda PAS ini sedang rancak berkempen menjelang pilihan raya umum 5 Mei ini, Anis dikejutkan dengan pemergian ayahnya semalam kerana mengalami masalah buah pinggang.

"Anis Afida akan kembali dalam masa dua-tiga hari lagi dengan langkah yang lebih ampuh dan semangat lebih kental menggalas tanggungjawab dan amanah abah. Doakan abah dan kami sekeluarga kekal di atas jalanNya!

"Dia telah berkorban segala yang dia ada untuk perjuangan menegakkan keadilan di muka bumi Allah taala ini," ujar Anis melalui laman Facebooknya.

Bagi Anis, arwah bapanya adalah mentornya di mana beliau kini menyambung perjuangan ayahnya yang merupakan aktivis PAS sejak tahun 1986.

Bapa Anis, Mohd Azli Jufri yang juga bekas guru menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu, semalam dan selamat di kebumikan jam 9 pagi ini Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi.

Sementara itu Timbalan Pesruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Anis Afida.

Mazlan cukup mengenali Allahyarham bapa Afida sejak 1986 ketika itu Cikgu Azli bergiat aktif dalam Dewan Pemuda PAS Johor bermula ahli biasa sehinggalah dilantik sebagai exco.

"Arwah adalah aktivis parti yg sangat gigih dan berani, meskipun seorang penjawat awam. Jawatan terakhir yg masih disandangnya ialah Setiausaha PAS Kawasan Pengerang. Bakat kepimpinan arwah dan isterinya Wan Rohani Wan Ahmad, diwarisi oleh Anis," kata Mazlan ketika menghubungi.

harakahdaily/-

Najib belanja RM4,364 setiap pengundi, terbesar di Asean - penganalisa

Posted: 23 Apr 2013 12:22 AM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Seorang penganalisa politik terkemuka rantau Asia Tenggara hari ini membuat penganggaran bahawa Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak telah membelanjakan RM58 bilion atau RM4,363 setiap pengundi untuk PRU13 ini.

Dr Bridget Welsh (gambar), seorang professor madya sains politik menulis dalam artikelnya di Malaysia berkata perangkaan tersebut datang daripada analisa beliau dalam 4,000 sumber berita sejak 2009 dan kajian terhadap tiga bajet dan bajet tambahan dari 2010 sehingga 2013.

"Saya secara konservatif menganggar bahawa pentadbiran beliau (Najib) telah membelanjakan RM57.7 bilion bermula dari hari beliau menjadi Perdana Menteri sehingga sebelum parlimen dibubarkan dalam insentif pilihanraya," tulis Bridget.

Bridget berkata Najib telah membelanjakan RM46.7 bilion dalam pembangunan sasaran berjanji dan RM11.0 bilion dalam program 1Malaysia.

"Dua komponen terbesar ini adalah bersifat pengagihan sasaran politik dan perbelanjaan 1Malaysia. Langkah-langkah ini berunsur politik, kerana bukan sahaja mereka dicanang dalam bentuk politik, ia juga disebarkan sebagai sebab-sebab untuk mengundi BN di peti undi nanti," kata beliau.

Bridget berkata pembelanjaan terbesar bukannya datang daripada RM5.6 bilion yang digunakan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tapi di atas langkah-langkah populis yang lain seperti kenaikan gaji dan pembinaan sekolah menggunakan duit daripada pejabat Perdana Menteri.

"Dalam erti kata lain, anggaran itu mencadangkan bahawa pentadbiran Najib telah membelanjakan kira-kira RM4,363 setiap pengundi setakat ini. Setakat ini, ini adalah pilihanraya termahal di Malaysia. Memandangkan bahawa wang juga diperuntukkan kepada calon-calon untuk kempen, lebih banyak wang akan digunakan," beliau memberikan amaran.

Najib, kata beliau, sekarang boleh dikatakan terlibat dalam pilihanraya termahal di Asia Tenggara.

Sebelum ini, ada satu laporan Maybank bertarikh 19 Mac menyatakan bahawa Jabatan Perdana Menteri telah membelanjakan sebanyak RM36.1 juta untuk menaikkan imej pentadbirannya di mata rakyat menerusi pengiklanan.

harakahdaily/-

Ujian roket swasta berjaya

Posted: 23 Apr 2013 12:16 AM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
 
ATLANTIK, Virginia - Sebuah syarikat yang diupah oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) untuk menghantar bekalan perkakasan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berjaya melancarkan sebuah roket kelmarin. 

Pelancaran itu dilakukan bagi menguji keupayaan roket Antares untuk melakukan penghantaran kargo yang besar ke angkasa lepas.

Kira-kira 10 minit selepas pelancaran dilakukan dari Kepulauan Wallops di Pantai Timur Virginia, syarikat Orbital Sciences Corp. mengisytihar ujian tersebut telah berjaya.

Roket prototaip itu berjaya sampai ke orbit yang disasarkan.

Syarikat dari pinggir Dulles itu dan sebuah lagi firma AS, SpaceX dipilih untuk membawa bekalan kargo ke stesen angkasa, selepas NASA menamatkan program ulang-alik ke angkasa sejak tiga dekad lalu pada 2011.

Agensi angkasa lepas itu mula beralih kepada syarikat swasta untuk tugas penghantaran kerana ia mahu memberi tumpuan kepada misi menghantar manusia ke asteroid dan planet Marikh. - AP

Kakitangan awam, pelajar kolej ditahan parti liar

Posted: 23 Apr 2013 12:10 AM PDT

Mohamad Mansor12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

BENTONG - Keasyikan 42 lelaki dan 20 wanita berpesta liar dalam dua unit apartmen di sebuah resort di Genting Highlands, dekat sini, awal pagi kelmarin terbantut apabila sepasukan polis menyerbu dan menahan mereka.

Mereka yang ditahan berumur lingkungan 19 hingga 29 tahun terdiri daripada kakitangan awam dan pelajar kolej.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong diketuai Inspektor Ng Tee Yian kira-kira jam 1 pagi.

Menurutnya, ketika serbuan, kebanyakan mereka dalam keadaan khayal dan sedang asyik menari diiringi muzik Techno.

"Hasil pemeriksaan dijalankan polis berjaya merampas 74 biji pil eramin 5, satu ketul mampatan ganja, satu peket plastik lut sinar ketamin, tiga peket lut sinar serbuk ecstasy, 70 biji pil ecstasy, 28 biji kapsul mengandungi dadah berbahaya dianggarkan berjumlah RM7,300.

"Berdasarkan ujian saringan air kencing yang dijalankan, 32 lelaki dan 16 perempuan disahkan positif dadah," katanya.

Mohamad Mansor berkata, hasil siasatan awal mendapati, kesemua suspek yang ditahan membayar RM15 seorang kepada penganjur untuk menyertai parti berkenaan.

Katanya, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti penganjur parti itu.

"Kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kini ditahan reman sehingga 25 April 2013 untuk siasatan lanjut.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

sinar/-

Tinggal emak di hentian bas

Posted: 23 Apr 2013 12:06 AM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Johor Bahru: "Tidak apa, biar emak saya duduk di sini, bukannya salah duduk di sini," kata seorang daripada dua anak yang ditanya kenapa meninggalkan ibu mereka yang berumur 60 tahun gelandangan di hentian bas sekitar bandar raya ini sejak setahun lalu.

Dua wanita itu berumur 30-an dan 40-an kini bekerja serta tinggal di Singapura.

Penjaja yang enggan dikenali berkata, warga emas itu dikenali sebagai Raodah menjadi perhatian ramai, malah ada yang memberinya makanan serta wang.

"Anaknya berperwatakan tomboi dan perbuatannya itu ditegur ramai penjaja di sini namun tidak dihiraukan. Mereka datang sebulan sekali untuk meninggalkan sedikit wang belanja.

"Mereka meninggalkannya dengan alasan dia kesunyian di rumah berikutan mereka di Singapura," katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, pihaknya mengenal pasti warga emas itu ketika melakukan operasi mencegah pengemis serta kutu rayau di sekitar bandar raya ini hujung minggu lalu.

"Dalam operasi itu, kami mengenal pasti 11 individu yang hidup gelandangan membabitkan tiga wanita dan lapan lelaki dewasa.

"Amat mengejutkan seorang wanita berusia 63 tahun menyatakan dia hidup gelandangan di hentian bas kerana anak perempuannya bekerja di Singapura.

"Dia memberitahu berbuat demikian kerana dipaksa anaknya," katanya.

metro/-

Tahan sakit demi rakan

Posted: 22 Apr 2013 11:57 PM PDT

Foto12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Putrajaya: Mengalami sakit kepala yang teruk berikutan penyakit akut ketinggian (AMS) menjadi cabaran utama kepada Ketua Pendaki Everest Felda 2013, Siti Hanisah Sharuddin, 23.

Namun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat gadis kental itu untuk terus mendaki sehingga sampai ke puncak Island Peak.

Siti Hanisah berkata, dia masih mampu bertahan kerana tidak mahu masalah berkenaan menggugat semangat dan tumpuan pendaki lain yang turut menjayakan
misi Everest Felda 2013.

MOHD Asyraf dan Mohamad Ashaziq bergambar di puncak Island Peak.
"Pada mulanya saya hanya mengalami sedikit tanda AMS dan masih boleh bertahan kerana ia tidak mengganggu tumpuan saya, bagaimanapun, kesakitan makin terasa sewaktu saya meneruskan pendakian.
"Saya berdoa dan cekalkan hati supaya dapat menamatkan pendakian hingga

ke puncak Island Peak. Alhamdulillah, akhirnya saya selamat tiba ke puncak bersama pendaki lain," katanya melalui e-mel kepada Harian Metro dari Kem Induk
Everest, semalam.
metro/-

Mat Taib : Umno Sudah Kurang Upaya Dan Hilang Konsentrasi

Posted: 22 Apr 2013 11:46 PM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


muhd taib ceramah 22 apr 01
SHAH ALAM 23 APRIL : Umno bukan tiada jasa tetapi kini mereka sudah kurang upaya, ujar bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Oleh itu demi kelahiran semula Malaysia yang lebih baik beliau yang lebih dikenali dengan nama Mat Taib merasakan sudah tiba masanya beliau bersuara membantu Pakatan Rakyat (PR) membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.

Berkhidmat selama 11 tahun sebagai Menteri Besar, Mat Taib menyatakan gabungan PAS, PKR dan DAP mampu memberi erti sebenar makna sebuah pembangunan yang sekian lama didahagakan rakyat di negara ini.

"Saya fikir ini satu usaha orang muda yang boleh meneruskan dan memberi satu penambahbaikan kepada usaha BN sebelum ini.

"Bukan Umno tidak ada jasa tetapi kini mereka sudah kurang upaya, barangkali kerana sudah terlalu tua dan hilang konsentrasi untuk membawa kita ke tahap lebih tinggi.

"Oleh itu, kita perlu ada satu perubahan dan saya yakin tugas ini mampu dibawa PAS, PKR dan DAP," ujar beliau di hadapan lebih seribu hadirin di Dataran Kemerdekaan di sini malam tadi.

Beliau juga berpendapat tindakan PAS meletakkan calon-calonnya di bandar-bandar utama di negara ini sebagai perancangan bijak dalam mengukuhkan kedudukan Islam.

"PAS meletakkan tokohnya di Shah Alam, di Putrajaya, di Pulai dan juga di beberapa bandar lagi.
"Jika dilihat, Nabi Muhammad juga memilih bandar seperti Madinah dan Mekah untuk kembangkan syiar Islam," katanya yang akan menyertai jentera kempen PR di seluruh Selangor.

Semalam, bekas Naib Presiden Umno itu menyerahkan borang keahlian PAS seumur hidup kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Beliau mengambil keputusan menyertai PAS secara rasmi dua hari selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) bagi mengelakkan tuduhan yang beliau menyertai PAS hanya untuk dicalonkan.

selangorku/-

Jalan Lapok masih teruk walaupun sudah dinaiktaraf

Posted: 22 Apr 2013 11:43 PM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
BARAM - Menurut laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini lebih daripada 6,000 anggota masyarakat Orang Ulu dari lebih 350 rumah panjang di Tinjar, Baram pasti akan menikmati jalan yang baik apabila jalanraya yang bernilai RM101 juta sepanjang 35.7 kilometer siap pada tahun 2013 dalam kawasan tersebut.

Keratan akhbar "The Borneo Post" bertarikh 10hb Januari 2009 dengan tajuk "RM150 million allocated for Lapok road: Lihan" juga di rujuk.

Jalan Lapok dari Beluru Bakong ke Tinjar yang dinaiktaraf telah digunakan sejak tahun lapan puluhan lagi.
Keadaan jalan ini masih tidak banyak berubah dan masih dalam keadaan teruk seperti beberapa tahun yang lalu. Inilah satu-satunya cara perhubungan dan pengangkutan darat untuk masyarakat di ulu Baram ke
bandar-bandar di Sarawak.

Sudah bertahun-tahun keadaan jalan ini berlumpur, banyak lubang sebesar periuk dan mudah ditenggelami air semasa musim hujan.  Jalanraya rosak akibat kenderaan berat yang berulang-alik membawa barang muatan yang melebihi had yang dibenarkan.

Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini di parlimen mendapati projek membina dan menaik taraf jalan luar bandar di negeri Sarawak bermasalah malahan terdapat juga projek yang disifatkan sebagai "projek sakit" dan perlu diberikan perhatian.

Laporan itu juga mendapati projek pembinaan jalan yang telah siap tidak mengikut spesifikasi kontrak dan kualiti pembinaan jalan, keselamatan dan keselesaan jalan tidak memuaskan pengguna jalan raya hasil daripada maklum balas yang diperoleh dari orang ramai.

Menurut laporan tersebut lagi "Kebanyakkan projek yang tidak mengikut piawaian tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah seperti jalan terlalu berbukit, turapan bitumen nipis, jalan tidak rata, jalan cepat rosak dan berlubang."

Sejak dua tahun kebelakangan ini, jalanraya ini telah menjalani kerja-kerja naik taraf yang dilakukan oleh beberapa kontraktor. Walaupun terdapat juga sebahagian jalanraya tersebut sudah dibaikpulih tetapi masih banyak lagi yang masih dalam keadaan yang tidak sesuai untuk pengguna jalanraya. Terdapat banyak jalan yang sempit dengan selekoh tajam dan laluan lorong kecil di sepanjang jalan dimana ianya licin, beralun, curam, banjir dan lubang periuk besar.

Walau bagaimanapun, perkembangannya agak perlahan dengan banyak halangan yang lain datang / timbul di sepanjang jalan dimana ianya sangat berbahaya kepada pengguna jalanraya sekiranya mereka tidak berhati-hati.

Penduduk Harap Kerajaan Menepati Janji
Menurut penduduk Baram yang tinggal di ulu Baram, mereka amat menghargai usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menaik taraf jalan tersebut tetapi mereka mahu jalan tersebut siap secepat mungkin dan ini akan mempercepatkan perjalanan mereka yang memakan masa berjam-jam untuk sampai ke bandaraya Miri umpamanya.

Mereka mahu jalanraya tersebut siap secepat mungkin tanpa ada halangan-halangan baru yang diwujudkan, mereka mahu halangan tersebut dapat dikurangkan jika boleh atau perlu dihapuskan segera. Mereka sudah terlalu lama menderita akibat menggunakan jalan yang teruk selama ini. Janji mesti ditepati.

Kita mengesa agar pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan segera membina dan memperbaiki jalanraya tersebut untuk kemudahan penduduk Baram. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Penuhi permintaan Najib, tidak undi Zul Noordin

Posted: 22 Apr 2013 11:33 PM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Masyarakat India akan memenuhi permintaan Datuk Seri Najib Razak supaya melupakan Zulkifli Noordin dengan tidak memangkah beliau di kertas undi.


Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS), S.Barathidasan (gambar) berkata, masyarakat India juga tidak akan menyokong serta tidak akan memilih Zulkifli sebagai calon kerusi Parlimen Shah Alam pada hari mengundi 5 Mei depan.

"Masyarakat India akan menghukum calon yang bertanding kerusi pilihan raya Parlimen Shah Alam iaitu Zulkifli Noordin dan bertekad tidak akan memberikan undi mereka kepada beliau," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) dan masyarakat India di Malaysia berasa amat kesal dengan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak yang mempertahankan calon kontroversi Zulkifli Noordin dan meminta masyarakat India supaya memaafkan serta memadamkan kemarahanan terhadap Zulkifli Noordin ekoran kenyataan Naib Presiden Perkasa menghina agama Hindu.

Malahan paling yang menyedihkan dan menjijikan apabila ada segelintir NGO menyokong serta sanggup mencium Zulkifli Noordin.

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak juga meminta supaya masyarakat India melupakanlah kenyataan yang dibuat oleh Zulkifli Noordin.

Masyarakat India akan memenuhi permintaan Datuk Seri Najib Razak supaya melupakan Zulkifli Noordin dengan tidak memangkah beliau di kertas undi dan tidak akan menyokong serta tidak akan memilih beliau sebagai calon kerusi Parlimen Shah Alam pada hari mengundi 5 Mei depan.

Masyarakat India akan menghukum calon yang bertanding kerusi pilihan raya Parlimen Shah Alam iaitu Zulkifli Noordin dan bertekad tidak akan memberikan undi mereka kepada beliau.

Tapi persoalannya apakah ia hanya sekadar maaf-maafan tanpa apa-apa tindakan?

Sebelum ini beberapa orang selain daripada Zulkifli Noordin, antaranya ketua bahagian Umno Pulau Pinang, Pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Nasir Safar, Pengerusi Perkasa Ibrahim Ali, Ridhuan Tee Abdullah dan banyak lagi terbiar begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan.

Maka MIPAS menggesa agar mereka ini disiasat dan mendakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perasaan permusuhan dan kebencian berkiatan agama.

MIPAS meminta supaya mereka ini patut diberi pengajaran agar mereka insaf dan berazam tidak mengulanginya.

MIPAS berharap agar Pihak PDRM dan Peguam Negara berlaku adil dan telus serta tidak memihak kepada mana-mana parti politik dalam melaksanakan tugas yang diamanatkan. Maka ia akan mempertingkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada pasukan PDRM, penguatkuasaan undang-undang dan institusi kehakiman negara.

Harakahdaily/-

Rafizi sahut cabaran Muhyiddin dalam forum ekonomi

Posted: 22 Apr 2013 11:30 PM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Rafizi Ramli

Rafizi Ramli
SAYA mengalu-alukan cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya saya menyatakan sama ada barangan berjenama 1Malaysia yang kini ditawarkan oleh Barisan Nasional akan dihentikan sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13.
 
Pakatan Rakyat telah menyatakan pendirian yang jelas bermula dari Buku Jingga dan diperincikan di dalam dokumen-dokumen belanjawan serta Manifesto Rakyat.
 
Dalam menangani bebanan sara hidup yang dihadapi rakyat, cara terbaik adalah dengan menyelesaikan dua perkara – pertama, dengan mengawal dan menurunkan harga barang dan kedua, mengurangkan beban hutang rakyat akibat herotan dalam pasaran.
 
Pendekatan Pakatan Rakyat adalah dengan menyelesaikan masalah struktur ekonomi yang menyebabkan harga barang naik dan beban hutang melambung, sehingga mengurangkan pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat. Ini termasuklah menghapuskan monopoli, mengurangkan kos asas perniagaan, mengurangkan kos pengangkutan, memastikan subsidi sampai kepada rakyat dan menghapuskan cukai eksais ke atas kereta yang membebankan rakyat.
 
Pendekatan ini adalah lebih baik dari cara Barisan Nasional yang tidak mahu menyelesaikan masalah-masalah struktur ekonomi ini, sebaliknya hanya menawarkan beberapa barangan yang diberikan subsidi di bawah jenama 1Malaysia. Oleh kerana barangannya terhad dan edarannya tidak menyeluruh ke seluruh negara, pendekatan ini hanya tertumpu di beberapa kawasan sahaja. Ia tidak berkesan dan tidak membantu meringankan bebanan sara hidup setiap rakyat.
 
Oleh yang demikian, saya berbesar hati untuk mengupas isu ini dengan lebih panjang dan menyatakan pendirian sama ada akan menghapuskan barangan 1Malaysia di dalam satu forum ekonomi yang turut disertai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jika beliau berani membuat cabaran terbuka kerana yakin dengan pendekatan ekonomi Barisan Nasional, beliau tidak perlu gentar untuk berdepan dengan saya di dalam satu forum ekonomi agar rakyat boleh membuat pilihan yang lebih baik.

Sinar/-

Sokongan masyarakat Cina luar biasa - Dr Rani

Posted: 22 Apr 2013 11:28 PM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



KLANG: Sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat terus meningkat jika dibandingkan pada Pilihan raya Umum ke-12 pada 2008 lalu.

Tinjauan Harakahdaily bersama calon Dun Meru, Dr Abd Rani Osman di sebuah Pasar Cina Jalan Kedah, di sini mendapati masyarakat Cina menyambut baik kedatangan beliau dan menyatakan sokongan secara terbuka.

Dengan menggunakan istilah 'Ini kalilah tukar' laungan tersebut sentiasa kedengaran di sekitar pasar itu setiap kali Dr Abd Rani bertemu peniaga dan juga pengunjung.

Dr Abd Rani yang dalam program bertemu peniaga dari kaum Cina turut mengedar risalah tentang kejayaan Pakatan Rakyat Selangor dan manifesto Pakatan Rakyat.(Gambar atas)

Beliau memberitahu tinjauan yang dilakukan menunjukkan sambutan serta sokongan yang diberikan oleh kaum Cina amat luar biasa jika dibandingkan pada tahun 2008.

Jelasnya lagi, bukan sahaja kaum Cina, sokongan daripada kaum Melayu dan India turut menunjukkan peningkatan.

"Satu suasana yang tidak pernah saya lihat pada kempen 2008 yang mana menunjukkan peningkatan luar biasa diberikan oleh kaum Cina kepada Pakatan Rakyat.

"Mana-mana tempat kita pergi mereka melahirkan sokongan penuh mereka, malah ceramah yang kita adakan mereka hadir dan tunggu sehingga habis program, ini satu perkembangan yang menarik," jelasnya.

Tambahnya lagi, walaupun terdapat kain rentang mahupun risalah yang diedarkan oleh individu tidak bertanggungjawab mengenai dirinya, perkara itu ditolak oleh pengundi Meru yang telah lama mengenali beliau.

Sementara itu, Tan Ou Kok, 66, memberitahu beliau akan terus memberi sokongan kepada PAS kerana sifat peribadi yang ditunjukkan oleh PAS dan calonnya berbeza dengan Barisan Nasional.

"Saya akan terus menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana bagi saya PAS amat baik dan boleh dipercayai, ini amat berbeza dengan Barisan Nasional.

"Saya pasti orang Cina akan terus menyokong PAS untuk buat perubahan, kita sokongan janji manifesto Pakatan Rakyat yang membela rakyat," kata beliau.

Dalam pada itu Dr Abd Rani yakin masyarakat Meru akan terus memberi sokongan kepadanya bagi terus mempertahankan kerusi Dun Meru yang dimenangi beliau pada PRU12 lalu.

Harakahdaily/-

Idham Lim tawar tempoh setahun jawapan sebenar mengenai Isu Jambatan Manong.

Posted: 22 Apr 2013 11:24 PM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA KANGSAR: Pengundi di Parlimen Kuala Kangsar di beri tempoh selama setahun untuk menerima jawapan sebenar mengenai pemasalahan pembinaan jambatan antara Pekan Manong dengan Kampung Seberang Manong sekiranya Pakatan Rakyat menang di Parlimen Kuala Kangsar dan menjadi kerajaan di Putrajaya. Demikian penegasan yang dibuat oleh Calon PAS PRU 13 Parlimen Kuala kangsar, Drs. Khalil Idham Lim semasa memberikan ceramah di Markaz Zon Manong di Pekan Manong di sini.

"Saya merayu kepada semua pengundi tidak kira orang Melayu, Cina dan India untuk memberi peluang kepada saya untuk membawa suara rakyat Kuala Kangsar di Parlimen" katanya.

Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa hairan dan menganggap tidak munasabah bila program pecah tanah yang telah dibuat tidak kurang 2 kali namun usaha untuk memulakan pembinaan tidak nampak tanda-tandanya.

Selain itu beliau mendedahkan pernah mengajukan soalan menganai isu jambatan itu dalam Sidang DUN Perak namun soalan itu ditolak.

'Mengapa saya pilih Pas'

Posted: 22 Apr 2013 11:00 PM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Muhd Taib / Mat Taib

Setelah melepaskan jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Ketua Penerangan Umno pada 2009, Tan Sri Muhammad Muhd Taib seolah-olah memencilkan diri daripada dunia politik tanah air.

Sejak itu beliau lebih banyak kelihatan dengan kain dan ketayap di surau, masjid dan majlis-majlis berkaitan agama.

Kemunculannya di gerai-gerai untuk menikmati sarapan pagi bersama enam atau tujuh orang rakan selepas menunaikan solat Subuh adalah pemandangan biasa di sekitar Shah Alam.

Beliau jarang kelihatan bercerita, tetapi lebih banyak mendengar perbualan sahabat-sahabatnya sambil tersenyum.

Bagaimanapun, semalam, dua hari selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13, Muhammad, yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Taib atau Mat Tyson, membuat kejutan dalam kalangan rakan parti dengan menyerahkan borang permohonannya untuk menjadi ahli Pas kepada Presiden Parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam temu ramah eksklusif dengan editor dan wartawan kanan Sinar Harian di Kompleks Media Karangkraf kira-kira lima jam selepas majlis penyerahan borang itu, bekas Menteri Besar Selangor (1986-1997) itu meluahkan segala isi hatinya tentang mengapa beliau pilih untuk menyertai Pas.

Ikutilah wawancara lebih sejam dengan beliau itu.

Boleh Tan Sri jelaskan mengapa memilih untuk membakar jambatan lama, adakah yakin jambatan baru boleh dibina dengan baik?

Muhammad: Saya tidak bakar jambatan, ini menambah baik. Umno sudah melakukan terbaik. Semua Umno buat, pembangunan fizikal, pembangunan ekonomi, pembangunan infrastruktur, semua dibuat.
Tetapi saya punya pandangan, bila kita tengok, periksa sekolah, keputusan di bawah tidak seperti yang kita harapkan.

Bila tidak seperti diharapkan, apa maknanya, bagaimana caranya? Adakah yang ada ini boleh terus memenuhi tuntutan ALLAH, tuntutan-tuntutan berdasarkan kepada ajaran al-Quran?

Cuba tengok bagaimana masyarakat kita, macam mana belia, budak–budak yang keluar dari sekolah. Bila kita pilih seorang keluar dari sekolah kebangsaan, jadi imam terus, rata-rata tidak boleh jadi Imam. Rata-rata tidak boleh baca doa. Terpaksa ada sekolah tahfiz.

Bila sampai solat Terawih bulan puasa, kita kena import tahfiz jadi imam  untuk solat Tahjud, solat Terawih. Terutamanya daripada pusat tahfiz, pusat pengajian pondok yang tidak tersusun ini, yang tiada kokurikulum sempurna yang boleh dikatakan 'zero' daripada apa yang kita ada.

Bagi saya negeri Selangor, kemajuan sudah ke tahap negeri maju. Kalau kita hendak jadikan orang kita betul-betul menepati tuntutan Islam, maka kita perlu berjaya. Saya tengok bukan tidak berjaya tetapi boleh dibaiki. Mesti ada satu syiar, baik Umno dan Pas perlu berada di bawah landasan ini baru kita boleh  mengibarkan bendera kita ini.

Adakah Umno buat tidak menegakkan Islam? Tahfiz, ada sekolah yang dibuat kerajaan negeri. Itu semua dibangunkan oleh kerajaan Umno?

Muhammad: Ada, bukan tiada tapi apa yang kita buat tiada perancangan teratur. Saya fikir kalau kita di bawah lambang yang betul berpegang kepada al-Quran dan hadis, ini semua boleh dibuat dengan lebih baik bila semua sekolah kebangsaan itu seolah-olah sekolah Arab. Di situ kita ada pilihan semuanya.

Saya bukan hanya bercakap pasal sekolah, saya bercakap daripada segi sistem.

Shah Alam tempat orang Melayu berkumpul dari seluruh negara. Persoalannya, budak-budak yang keluar dari Shah Alam, banyak masalah. Masalah tingkah laku, masalah sosial, dadah, yang semakin lama semakin teruk dan masuk ke pusat-pusat serenti. Barang kali tidak cukup rohnya pimpinan kita yang dihantar dalam jabatan-jabatan ini untuk kita lahirkan apa sebenar hajat kita. Saya rasa kalau semua berkumpul baik Pas dan Umno, di bawah lambang Islam, kita hendak mencapai 70 peratus penduduk kita umat Islam, kita boleh laksanakan.

Yang keduanya, Shah Alam tempat berkumpulnya orang Melayu dari seluruh negara. Saya tengok, kalau kita tengok sejarah, Nabi menjadikan Bandar Makkah dan Madinah sebagai tempat mengembangkan syiar Islam.

Selangor merupakan negeri urban dan ini metropolis kepada seluruh negara. Lembah Klang, Selangor dan Kuala Lumpur adalah metropolis. Kalau nak jadikan 'trend setter' kena bermula dari bandar. Tidak boleh di kampung, daripada internet, tidak boleh. Internet tidak boleh mempengaruhi metropolis.

Dari segi pakaian, fesyen, set rambut, cara bertudung, mekup semua dari metropolis.
Kalau kita nak wujudkan budaya berteraskan kepada Islam mesti dari bandar. Bandar mesti mendukung cita-cita untuk menjadi pemancar syiar Islam.

Tetapi selepas lima tahun Tan Sri Selangor dipimpin Pakatan Rakyat (PR) yang ada Pas di dalamnya, adakah ia membawa ke arah yang Tan Sri mahukan?  

Muhammad: Kalau pengundi-pengundi hanya meletakkan enam sahaja wakil rakyat Pas di Perak, dan meletakkan 18 DAP dalam dewan, bagaimana hendak letakkan pimpinan Pas itu kuat.

Letak 20 orang Umno sebagai pembangkang, adakah adil, menuduh Nizar (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin) tidak boleh laksana ajaran Islam? Sebagai menteri besar, beliau seorang, ada lapan exco DAP, 'we are sending a weak leader'.

Itu saya kata, kalau kita serius hendak menzahirkan kepimpinan Islam yang bersatu, kita kena menguatkan kepimpinan Islam.

Tanggungjawab pengundi menghantar kepimpinan Islam yang terdorong hatinya mengembangkan syiar Islam daripada yang ramai itu nanti, dia boleh di dalam bidang exco dan yang dipimpin oleh ketuanya yang sama berfalsafah Islam.

Saya pasti ini boleh berlaku. Kita kena bagi peluang kepada jenis kepimpinan ini untuk wujud.

Apa perjuangan Tan Sri menyertai Pas, adakah untuk membawa lebih ramai orang yang mempunyai kuasa, bersuara dan boleh mempengaruhi keputusan?

Muhammad: Selangor sudah sampai ke tahap negeri maju. What next? What next? What next?
Kita seronok dengan apa yang ada? Itu terpulang kepada pengundi-pengundi. Kepada saya, ia boleh ditambah baik.

Bagaimana tambah baik? Kita kena beri tanggungjawab kepada orang yang hendak memperhebatkan peranan ulama dan sebagainya, bagi mereka peluang. Ia akan mewujudkan 'think tank' group, dari segi belia.

Kita sudah ada pakar-pakar yang diwujudkan oleh Umno. Umno berjasa. Sudah ada, tinggal lagi mesti ada tanggungjawab untuk menarik orang ini memainkan peranan. Hari ini kita nampak kurang.

Kita ada banyak masalah sosial. Banyak pensyarah menulis artikel-artikel di akhbar, pakar itu, pakar ini. Maka tinggal kertas sahaja dan tidak digarap dengan baik untuk dilaksana? Mengapa tidak kita bagi peluang.

Adakah Tan Sri rasakan jika masih di dalam Umno, pendapat, idea dan pandangan Tan Sri sudah tidak dipandang?

Muhammad: Saya tengok kumpulan yang berminat dalam bidang ini ialah Pas.

Umno tidak berminat?

Muhammad: Saya tidak kata begitu, saya tidak mahu 'attack' Umno kerana saya lama dalam Umno. Itu tidak adil. Umno sudah buat baik. Saya tidak kata Umno tidak berminat. Saya fikir Pas perlu diberikan peluang. Bagi dia peluang.

Tetapi dengan Pas bergabung dengan DAP dan PKR, DAP macam dominan, Tan Sri ingat Pas boleh melaksanakan?

Mu n the eye of the blind the one I eject can be isolated, that the best hammad: Jangan bagi represent yang lemah. Kalau represent dalam kerajaan lemah, itu tidak boleh. Bagi saya 'in the eye of the blind the one I eject can be isolated, that the best'.

Tan Sri meningkat naik ke Umno hingga ke peringkat Timbalan Presiden, tetapi kemudian tewas. Adakah Tan Sri fikir ada pihak katakan tindakan Tan Sri ini kerana kecewa.

Muhammad: Terima kasih. Barang kali sebab inilah tuhan kalahkan saya. Kita kena percaya qada dan qadar. TUHAN tewaskan saya supaya dalam tempoh lima tahun, saya boleh pergi surau, belajar al-Quran sampai khatam dengan tafsir. Antara guru saya, bekas Pengarah Jais dan di masjid, ada seorang hafiz mengajar saya setiap pagi.

Maka saya menggarap di mana kelemahan bangsa, di mana yang boleh dibaiki. Bolehlah saya lakukan setakat ini.  Tetapi selepas itu, saya kata mungkin tuhan beri saya peranan baru.
 
Saya dikalahkan di situ untuk peranan yang lebih sesuai, maka inilah peranan yang cuba lakukan.

Tetapi mengapa Tan Sri mengambil masa yang lama untuk 'khatam'?

Muhammad: Ya, saya mengambil masa yang lama, 'sit down' muhasabah diri. Saya tengok bangsa saya berpecah belah. Pecah belah teruk, tidak nampak asasnya untuk bersatu.

Saya juga cuba menyumbangkan sekarang ini, mungkin saya gagal, tak apa. Tetapi lebih baik saya bercakap dan menyampaikan daripada saya diam. Ini pada saya satu usaha.

Kalau ini boleh dibuat, peranan ulama kalau kita boleh menjadi pemancar Islam di timur jauh ini, mungkin umat Islam di negara kita ini 'can lead'.

'Can lead' dalam bidang-bidang, kita dah ada bank Islam dan banyak lagi. Tetapi ada bidang-bidang lain perlu ada penambah baikkan.

Bagaimana dengan isu kesetiaan bila penamaan calon, ramai calon mengambil keputusan bertanding Bebas. Adakah 'loyalty' sudah tidak lagi relevan dengan keadaan sekarang?

Muhammad: Loyalty itu mesti ada asas, bukan loyalty maknanya yang tidak berasas. Loyalty itu sampai satu peringkat, ada yang lebih yang boleh menghebatkan lagi.

Dalam parlimen kita ada 222 kerusi, saya tengok dekat dua pertiga boleh bersama, boleh bercantum dan kita boleh jadi kuat.

Orang bukan Melayu dia yakin bahawa Islam itu adil. Yang kata Islam itu tidak 'fair', 'spinning of some people', Islam ganas...Islam jahat. Tetapi jika diulang-ulang, 'especially by western press'

Meletup, 10 orang mati.. 'muslim militant very bad'. Tetapi 50 juta orang putih mati perang dunia, yang dibunuh oleh orang Kristian, berperang antara dia dengan dia, dalam perang dunia pertama dan kedua, dibunuh orang Kristian, tiada satu perkataan militan Kristian pun keluar.

Ini semua spinning. Tetapi kalau Islam, empat orang mati, militan Islam.

'Islam is fair' macam mana orang lain hendak takut . Saya tidak nampak ia menjadi isu yang besar.

Dalam konteks Selangor, kita setuju Tan Sri kata Pas tidak cukup kuat. Tetapi sekarang untuk PRU13 ini, Pas meletakkan 20 kerusi daripada 56 kerusi. Katalah Pas menang semua, tetapi mereka masih tidak boleh berbuat apa-apa, berbanding DAP dan PKR.

Muhammad: Satu permulaan yang baik, satu signal yang dihantar kepada semua orang. Biarlah calon-calon ini berkhidmat dengan baik.

Kalau mereka dapat tunjuk tauladan yang baik, dengan amanah yang tinggi dan boleh dipertanggungjawabkan. Mereka baik dan turun padang dan melayan orang dengan baik.

Saya fikir, orang akan tertarik. Dan yang baik akan menewaskan yang tidak baik.

Sinar/-

Nama Anis melonjak selepas terima nisan

Posted: 22 Apr 2013 09:58 PM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Anis Afida
SENAI – Anis Afida Mohd Azli, 25, merupakan calon termuda dari Johor yang bertanding di N38 Dun Penawar mewakili Pas.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) dari Universiti Teknologi Malaysia ini mula diasah bakatnya menerusi perjuangan penduduk di Pengerang selaku status Pengerusi NGO Gabungan Pengerang.

Keberanian dan kelantangannya bersuara pernah mengaitkannya dengan insiden mengejutkan iaitu penerimaan 'hadiah' berupa batu nisan yang tertera namanya dan dicatatkan tarikh kematian.
Malah kediaman ibu bapanya di Bandar Penawar turut diancam dengan simbahan cat merah menyebabkan kerosakan kereta dan halaman rumah.
Insiden itu secara tidak langsung melonjakkan namanya lalu diangkat Pas selaku calon PRU13.

Menyentuh berkaitan PRU13, Anis yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Negeri Johor menaruh harapan untuk melihat perubahan.

Dia turut mengakui statusnya sebagai calon muda bukan penghalang malah menjadi kelebihan buat pengundi seusia mendampinginya.

"Saya yakin dengan gelombang anak muda, kerana komposisi kaum majoritinya Melayu dan seimbang dari usia. Saya melihat faktor usia bukan kekangan mendekati masyarakat.
"Arwah datuk dan nenek, ibu bapa, adik-beradik dan saudara saya merupakan penduduk tempatan dan amat dikenali dalam masyarakat setempat.

"Saya mendekati pengundi seperti rakan sebaya dan mendekati mereka yang berusia seperti datuk, nenek dan cucu," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, statusnya selaku wanita dan muda akan menjadi kelebihan buatnya malah tidak mencetuskan situasi kurang senang.

"Kedudukan saya mewakili Pas membuktikan calon muda relevan menjadi pemimpin dan diberi peluang untuk memimpin. Kami akan membawa perubahan dari idea dan perjuangan," katanya.

Anis Afida menentang penyandang Hamimah Mansor (BN) di Dun Penawar dengan majoriti pengundi sebanyak 98.36 peratus Melayu, 0.32 peratus Cina, 0.53 peratus lain-lain kaum.

sinar/-

Pas sifatkan tindakan Che Johan petanda awal kekalahan BN

Posted: 22 Apr 2013 09:42 PM PDT

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Mohd Amar Abdullah
Mohd Amar Abdullah
KOTA BHARU - Pas Kelantan menyifatkan tindakan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang tidak menghantar borang pencalonan sebagai menipu penyokong sendiri.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mendakwa ia umpama petanda awal terhadap kekalahan yang bakal dihadapi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei ini.

"Ia (tindakan Che Johan) bagaikan petanda kepada kekalahan BN yang akan hilang satu kerusi di negeri ini kerana amalan politik kotor dalam kalangan ahli dan penyokong parti," katanya dipetik Harakahdaily.net semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan mengejut Che Johan yang tidak menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas walaupun hadir ke Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, kelmarin.

Mohd Amar berkata, seandainya penyokong boleh dikhianati, apatah lagi rakyat di peringkat akar umbi.

"Kalau penyokong sendiri boleh dia tipu, apa lagi rakyat di bawah, lagi senang nak tipu, parti macam ini kepada nak bagi harapan memerintah negara," katanya.

Beliau yang turut menasihatkan penyokong BN agar tidak keluar mengundi kerana mereka tidak ada calon di Pasir Mas kerana pertandingan kali ini hanya akan menyaksikan calon Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz menentang calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali.

Mengulas pengisytiharan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim untuk keluar parti dan melepaskan semua jawatan untuk bertanding sebagai calon Bebas, Mohd Amar berkata ia bukti parti itu tidak menghargai sayap kiri perjuangan parti mereka.

"Tindakan itu membuktikan ada unsur tidak puas hari dalam kalangan pemimpin parti itu terutama dalam isu pencalonan pada PRU13 ini," katanya.

sinar/-

Penyokong pamer aksi lucah tanda BN tertekan

Posted: 22 Apr 2013 09:40 PM PDT

Spender Kuantan12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUANTAN 20 APRIL: Akibat tertekan melihat sokongan hebat penyokong Pakatan Rakyat punca sebahagian penyokong BN di Kuantan mempamer aksi lucah dengan mengibarkan seluar dalam putih bersama bendera parti.

Aksi memalukan pada jam 10.20 pagi itu berlaku di Dewan Wisma Sri Pahang ketika proses penamaan calon sedang berlangsung dan sebahagian penyokong BN mula beredar daripada tempat berkenaan.

Calon KEADILAN Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, perbezaan jelas sambutan penyokong Pakatan Rakyat berbanding BN memberi tekanan kepada puak itu.

"Penyokong kita begitu ramai dan saya yakin ia mencapai enam kali ganda dari penyokong BN. Kalau dilihat pemuda mahupun wanita BN sehingga jam 9 pagi masih belum kelihatan, malah masyarakat Cina langsung tiada di kelompok mereka," katanya kepada Keadilan Daily.

Tambah Naib Presiden KEADILAN itu, antara penyokong BN yang hadir hanyalah anak-anak muda yang diupah termasuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

"Mereka melontarkan kata-kata lucah sambil membawa sepanduk seperti gambar seluar dalam.
"Perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku pada hari demokrasi seperti ini, sebagaimana kita dituntut supaya berpolitik secara matang," katanya.

Fuziah bakal berdepan saingan satu lawan satu dengan calon BN, Datuk Suffian Awang.

keadilandaily/-

Tiada ulasan:

Nuffnang