Mohamad Taufek Abd Ghani |
Posted: 23 Apr 2013 09:38 AM PDT Saya mendapat SMS yang mengatakan kononnya ada seorang calon satu parti politik yang bertanding dalam PRU-13 di N.Sembilan ini telah menumbuk seorang pegawai tinggi kerajaan di pejabat pegawai tinggi kerajaan tersebut baru-baru ini dan SMS tersebut menyuruh pembaca menyebarnya. Saya menyeru kepada yang menerima SMS tersebut atau apa-apa SMS berkaitan agar menyemak dulu kesahihan SMS tersebut. Sekiranya SMS tersebut benar sekalipun, tugas kita sebagai seorang Islam bukanlah menyebarkan SMS tadi, tetapi hendaklah kita mendoakan agar kedua-dua pihak yang terlibat bermaaf-maafan. Kita hendaklah bermaaf-maafan sesama kita bukan hanya semasa Hari Raya, tetapi juga semasa Pilihan Raya, lebih-lebih lagi jika kita adalah calon yang bertanding apatah lagi para petugas pilihanraya. "Usang-usang diperbaharui. Koyak ditampung, pendek disambung. Panjang dikerat. Yang elok jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan" |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan