Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:41 PG

:: cina islam | 2011 ::


PR perintah, pertukaran guru mesra keluarga - Husam

Posted: 24 Apr 2013 06:20 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa berkata, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini, sistem pertukaran guru akan diubah ke arah lebih 'mesra keluarga'.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Husam yang juga Naib Presiden PAS itu berkata, pada waktu ini ramai guru-guru terpisah jauh dari anak isteri masing-masing ekoran sistem pertukaran guru yang tidak berpandukan kepada konsep yang betul.

"Ada pasangan guru dipisahkan, suami di Johor, isteri di Perlis, isteri di Selangor suami di Sarawak. Apa perasaan mereka? Siapa yang akan bertanggungjawab menguruskan anak-anak yang masih kecil?

"Bayangkan ada pasangan muda terpaksa berpisah kerana tiada konsep mesra suami isteri. Ada yang berseloroh, macam mana kalau perdana menteri dan isteri dipisahkan begitu. Saya harap Datin Seri Rosmah dapat faham rungutan kakitangan awam ini," kata Husam.

"Kalau Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir negara, saya berjanji kepada lebih kurang 400,000 guru di Malaysia bahawa kalau ada pertukaran guru, kita akan buat dengan cara mesra keluarga," katanya lagi.


Konsep itu juga ujarnya akan diguna pakai kepada semua kakitangan awam di pelbagai sektor dan bukan khusus kepada guru sahaja.

Sehubungan itu juga katanya, satu forum Debat Putrajaya akan diadakan dan beliau menawarkan diri untuk tampil di pentas debat itu.

Beliau turut mengajak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tampil bersama bagi membincangkan tajuk 'Kebajikan Guru'.

Menurutnya, Muhyiddin adalah individu paling layak memandangkan beliau adalah menteri pelajaran.

Harakahdaily/-

Nasihat Ku Nan sesuai untuk diri sendiri - Husam

Posted: 24 Apr 2013 03:36 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa menyifatkan nasihat Tengku Adnan Tengku Mansor kononya untuk beliau, sebenarnya adalah sesuai untuk dirinya sendiri.

Husam berkata demikian merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung Umno itu hari ini yang menasihatkan Husam jangan bermain dengan politik kotor.

Jelas Husam, sebaik dipilih sebagai calon Putrajaya beliau sudah membuat aku janji bahawa kehadirannya di sini adalah untuk bersahabat dan berpegang kepada politik madani.

"Saya tidak berbuat apa-apa pun lagi, dan tidak akan bermain dengan politik kotor.

"Misal isu Linggam, saya tak sentuh pun! Tetapi nasihat Tengku Adnan ini, saya kira sesuai untuk dirinya sendiri," kata Husam dalam sidang medianya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Husam sudah menjangkakan kempen kotor di pusat pentadbiran kerajaan itu semakin menjadi-jadi apabila ada pihak lawan telah mengedarkan buku fitnah terhadapnya.

Menurut Husam buku yang bertajuk 'Kenali Siapa Husam Musa; Politik Wang dan Kronisme' tidak mempunyai nama penerbit dan percetakan.

Buku tersebut mengandungi 36 muka surat telah diedarkan di Putrajaya seminggu yang lalu.

Setelah mendapat nasihat daripada pihak guaman, beliau dinasihatkan supaya membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Seksyen 11(1) C dan D.

Beliau bersama empat peguamnnya dijangka akan membuat laporan polis berhubung perkara ini di Balai Polis Presint 9 hari ini. 

Seksyen itu menyebut adalah menjadi satu kesalahan rasuah bagi mana-mana calon pilihan raya yang menyebarkan bahan-bahan bercetak yang tidak mempunyai nama penerbit dan pencetak bagi mencapai kememangan dalam pilihan raya tersebut.

Dibawah akta tersebut juga pihak polis boleh menahan orang berkenaan dan boleh di bawa ke mahkamah.

Kesalahan denda RM5,000 atau satu tahun penjara di mana ia boleh menghilangkan kelayakan calon tersebut bertanding.

Harakahdaily/-

Zaid Ibrahim bantu pulih imej anti-Melayu DAP

Posted: 24 Apr 2013 03:34 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



JOHOR Pakatan Rakyat Johor kini mensasarkan kawasan pengundi Melayu dalam suasana kempen yang menjengah masuk ke pusingan kedua, untuk memadamkan persepsi anti-Melayu, khususnya ke atas parti DAP.

Malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri besar sementara, Datuk Abdul Ghani Othman sejak sebelum penamaan calon lagi cuba menggambarkan kempen DAP sesuatu yang akan merosakkan keharmonian antara kaum di negeri itu.

Pakatan tidak boleh memandang mudah monopoli politik BN, selain kelemahan akar umbi dan jentera publisiti Pakatan serta imej anti-Melayu DAP, khususnya ke atas pemimpinnya Lim Kit Siang.

Lalu, DAP bersama PAS pada malam tadi menganjurkan ceramah yang bertemakan perlindungan Pakatan Rakyat ke atas Islam, institusi beraja dan Melayu di Taman Nusantara – satu kawasan dalam kawasan Gelang Patah.

Kawasan kediaman baru itu, yang banyak didiami penjawat awam yang bekerja di pusat pentadbiran Kota Iskandar dan juga golongan Cina yang bekerja di Singapura, termasuk dalam kawasan Nusa Jaya yang ditandingi naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

Turut ditampilkan dalam ceramah kepada kira-kira 1,000 orang yang hadir itu ialah bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid tidak membuang masa untuk membantu memadamkan dakwaan anti-Melayu yang dilemparkan ke atas Lim.

"Saya sudah amat lama mengenali Kit Siang, di dalam dan di luar Parlimen.

"Saya kenal dia sebagai MP yang berani. Saya tidak pernah dengar dia menyerang Islam atau memperkecil-kecilkan pemimpin Melayu di Parlimen, tidak pernah," kata Zaid.

Sebaliknya, Lim akan membangkitkan isu urustadbir, rasuah, katanya.

"Dulu, jika Mahathir (Mohamad) berjaya meyakinkan orang Melayu bahawa Kit Siang menentang hak orang Melayu, itu satu penipuan.

"Bagaimana dia boleh menentang hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan? Tidak boleh," katanya.

Malaysiakini/-

Tiga maut dalam kemalangan di Melaka

Posted: 24 Apr 2013 02:47 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


MELAKA - Tiga maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah van dan lori di Kilometer 191.9 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Johor Bahru dekat susur keluar Ayer Keroh di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian pada 3.30 pagi itu merupakan seorang warga Indonesia bertaraf penduduk tetap Bosimai Tooh, 41, serta dua lagi warga Indonesia Aditiawarman, 37, dan Poniman Zubir, 26.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata siasatan awal mendapati van yang dipandu Bosimai sedang dalam perjalanan dari KualaLumpur ke  Johor Baharu sebelum dipercayai melanggar belakang lori sebaik tiba di tempat kejadian.

"Kita percaya van tersebut mungkin dipandu laju sebelum melanggar belakang lori yang sedang mendaki jalan berbukit di lokasi kemalangan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata akibat pelanggaran itu, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat.

Katanya pemandu lori Che Alfadzilah Isa, 38, yang dalam perjalanan ke Senai Johor tidak mengalami sebarang kecederaan.

- Bernama


82 terbunuh bangunan di Bangladesh runtuh

Posted: 24 Apr 2013 02:41 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


SAVAR (Bangladesh): Sekurang-kurangnya 82 terbunuh apabila bangunan lapan tingkat di luar Dhaka yang menempatkan kilang pakaian runtuh, hari ini. 

Seorang menteri Bangladesh berkata, Plaza Rana yang terletak di bandar Savar, di luar ibu kota negara itu runtuh kira-kira jam 9 pagi tadi (waktu tempatan) dan hanya tingkat bawahnya kekal utuh setakat ini. - AFP 

BN Titiwangsa salahguna dewan orang ramai

Posted: 24 Apr 2013 02:39 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Tindakan itu jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menggunakan premis awam untuk kegiatan gerak kerja parti.
KUALA LUMPUR: PAS Titiwangsa mendakwa Barisan Nasional (BN) menyalahgunakan dewan orang ramai sebagai bilik gerakan untuk  kerja jentera kawasan tersebut.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Titiwangsa Khairul Anuar Abdul Manap berkata, BN Parlimen Titiwangsa menggunakan dewan orang ramai Keramat dan Desa Pandan sebagai bilik gerakan parti.
Menurut Khairul Anuar, tindakan itu jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menggunakan premis awam untuk  kegiatan gerak kerja parti.
"Umno-BN dah salah guna kedudukan dengan menggunakan dewan orang ramai sebagai markas bilik gerakan mereka.
"Harap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab dan menegur BN agar kembali menggunakan bilik gerakan asal mereka,"  katanya kepada pemberita di Pusat Media Parlimen Titiwangsa di sini hari ini.
Calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, alasan calon BN Datuk Johari Abdul Ghani sebelum ini yang mengatakan dewan terbabit digunakan untuk majlis perasmian bilik gerakan tidak dapat diterima.
Malah menurut Ahmad Zamri, Umno telah menggunakan dewan itu sejak sebelum tarikh pembubaran diumumkan.

Pengundi hantu

Sementara itu, beliau turut mendakwa pihaknya dapat mengesan kehadiran pengundi hantu di kawasan Parlimen Titiwangsa apabila golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) didaftarkan sebagai pengundi.
OKU tersebut, Shariffah Shahrida Syed Osman, 26, lumpuh seluruh badan sejak berumur dua bulan menerima kad 'Selamat Mengundi'
daripada Pusat Khidmat Masyarakat BN Titiwangsa.

Di dalam kad tersebut menyatakan Shariffah Shahrida yang beralamat di Jalan Raja Muda Musa Kampung Bahru di sini didaftarkan sebagai pengundi Parlimen P119 Titiwangsa dan Daerah Mengundi Kampong Bharu Selatan serta lokaliti Jalan Raja Muda Musa.
"Shariffah dah 26 tahun terbaring, tidak boleh bangun atau duduk dan beliau dijaga sepenuh perhatian oleh ibunya tapi Umno bagi kad yang ada tempat dia mengundi.
"Mustahil bagaimana kehidupan dia sendiri pun diuruskan orang lain tapi namanya didaftarkan dan ada lokaliti," katanya.
Sehubungan itu, Ahmad Zamri berkata PAS Titiwangsa akan mengemukakan memorandum bantahan ke pejabat SPR di Bangunan Yayasan Selangor di sini pukul 10.00 pagi esok.
Bantahan itu termasuk tekanan isu permit daripada SPR dan polis yang menyekat mereka mengadakan ceramah menggunakan Akta Polis yang sudah tidak lagi dipakai.
Sementara itu, Ahmad Zamri berkata debat "Selamatkan Kampung Baru" pada 28 April ini tetap diteruskan dan harap pihak BN dan Johari dapat menyertainya.
Katanya, beliau kesal dengan tindakan Johari yang gagal muncul dalam program debat OKU Bangkit di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana di sini malam semalam.
FMT/-

Alkisah di kedai kopi...

Posted: 24 Apr 2013 02:36 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Tuan Ibrahim Tuan Man,


Alkisah di kedai kopi...

Masa di kedai kopi bersembang, ada seorang makcik kain biru berkata...

"PR menang Melayu akan tergadai. Percayalah..."
...
Seorang makcik kain oren bertanya kembali...

"Apa buktinya?"

Makcik kain biru menjawab, "Lihat beritalah. Mana-mana sahaja pun lapor. PR menang, Melayu hilang kuasa..."

Makcik kain oren itu dengan nada baik bertanya lagi, "Kak. Betul orang sebar. Tapi kita kena sahihkan dulu sebelum kata berita itu sebagai benar dan kita sebar."

"Makcik tahu itu benar. Tak perlu bukti. Percayalah PR menang, Melayu hilang kuasa," tegas makcik kain biru lagi.

Selepas itu, makcik kain oren tetiba berkata:

"Kak. Mengapa muka kak tiba-tiba pucat?" tanya makcik kain oren.

"Tak ada. Akak rasa ok sahaja," jawab makcik kain biru.

"Semua tengok - betulkan muka kak ini jadi pucat?" makcik kain oren menyuruh kawan-kawan lain di kedai kopi melihat wajah makcik kain biru.

"Kak semalam tak cukup tidur ke?" kata seorang.
"Kak ada rasa pening tak?" tanya seorang lagi.
"Kak baik pergi klinik. Jangan main-main," kata seorang lagi.
"Mengapa tiba-tiba pucat? Kak cukup minum air tak dua tiga hari ini?" tanya seorang pula.
"Kak tadi makan apa. Tersalah makan kot. Pucat sungguh muka," kata seorang lagi.

Makcik kain biru pun mula terasa beliau tak sihat. Beliau cepat-cepat pergi ke tandas mencari cermin melihat.

Masa melihat beliau melihat wajahnya seperti biasa. Tiada yang pucat. Ke beliau sendiri tak nampak? Beliau mula gelisah.

Bila keluar dari tandas...

"Apa kak buat? Muka dah tak pucat dah," kata makcik kain oren tadi.

"Yalah. Hebat kak," jawab orang lain.

Makcik kain biru pun tak faham mengapa. Yang pasti dia tak melakukan apa-apa ketika di tandas. Tapi beliau berasa lega mukanya kembali normal. Beliau kembali ke meja makannya.

Makcik kain oren pun berkata:

"Kak. Maaf saya tadi. Sebenarnya muka kak tak pucat. Saya cuma nak bagitahu kak, bahawa kak sudah terkena racun media tradisional yang ulang-ulang kata bila PR berkuasa, Melayu hilang kuasa. Walhal tiada bukti itu akan berlaku dan sememangnya itu tidak akan berlaku.

Perdana Menteri masih Islam, Sultan masih ada, hak-hak istimewa pun masih ada kerana perlembagaan tak tukar.

Kak percaya kata-kata bahawa PR berkuasa, Melayu hilang kuasa seperti situasi muka pucat tadi... kak ditakutkan... ulang-ulang - sebab tak ada cermin, maka kak tak dapat lihat muka sendiri. 

Tapi selepas ulang-ulang, bila kak tengok cermin, muka sendiri tak pucat pun kak sendiri tak percaya. Itu bahayanya bila kita hanya mendapat maklumat daripada satu belah sahaja seperti ujian kes muka pucat tadi."

Makcik kain biru pun tersentak dengan kata-kata makcik kain oren. Beliau mula melayari internet untuk mendapat maklumat.

Akhirnya beliau menemui data seperti di bawah -- rupa-rupanya "PR berkuasa, Melayu hilang kuasa" hanyalah satu kepercayaan kosong yang tidak disokong fakta, sepertimana beliau mempercayai mukanya pucat kerana orang-orang sekelilingnya mengulang-ulang perkara tersebut.

Senyum.

11 hari lagi.
INI KALI-LAH!

Harakahdaily/-

Ahmad Bashah: 'Tuduhan tidak berasas, jangan reka cerita'

Posted: 24 Apr 2013 02:31 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Ahmad-Bashah

ALOR SETAR - Calon Bebas kerusi Dun Alor Mengkudu, Fadzil Hanafi digesa supaya menghentikan dakwaan tidak benar bahawa dirinya adalah sebagai 'mangsa Bashah'.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, dakwaan yang dilemparkan oleh bekas ahli Umno itu adalah satu kenyataan yang tidak berasas.

Beliau berkata, tindakan Fadzil itu juga dilihat sebagai cubaan untuk menggambarkan bahawa pimpinan Umno lebih teruk berbanding dirinya.

"Itu adalah satu-satunya tuduhan yang tidak berasas. Jangan reka cerita sebab nak ambil simpati orang ramai. Kalau betul dakwaan dia sebagai 'mangsa', dia tidak akan dipilih sebagai exco kerajaan negeri dan wakil rakyat pada suatu ketika dulu.

"Saya bukan boleh tentukan dia terpilih atau tidak sebagai calon mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Tapi ini adalah keputusan daripada pucuk pimpinan parti. Saya pun tidak tahu nama saya tersenarai dalam  pencalonan tersebut, bagaimana mungkin dia boleh tahu nama dia telah tersenarai pula," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahmad Bashah yang juga penyandang Dun Bakar Bata berkata, individu yang bergelar 'ustaz' seperti Fadzil juga tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk memburukkan orang lain.

"Itu cerita dia, saya nak takut apa. Terpulang la kepada rakyat untuk pilih. Pada saya, cerita dia itu sebab terlalu taksub nak jadi calon," katanya.

Sinar/-

Tak puas hati calon punca 30 ahli tinggalkan Umno

Posted: 24 Apr 2013 02:25 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUBANG KERIAN: Tidak puas hati pemilihan calon membuatkan 30 ahli dan penyokong Umno di Kampung Belukar Limbat Dun Pasir Tumbuh meninggalkan parti Melayu itu.

Ekoran itu banyak pos dan bilik gerakan Umno di Kubang Kerian yang dibuka sebelum ini ditutup sebagai tanda protes.

Lebih memeranjatkan lagi apabila kumpulan ahli dan penyokong Umno itu diketuai Mohd Rozi Mat Hussin, 35 menyerahkan borang menyertai PAS malam tadi.

Rozi berkata, pemilihan calon Umno untuk kerusi Parlimen Kubang Kerian, Anuar Safian dan Dun Pasir Tumboh, Mohd Shamsul Yusof tidak disenangi ramai ahli dan penyokong Umno peringkat cawangan.

Malah katanya pemimpin di peringkat bahagian Kubang Kerian juga kecewa terhadap tindakan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed mengenepikan mereka yang sudah lama berjuang.

"Kami tidak akan lagi memberi sokongan kepada calon BN pada pilihan raya umum kali ini. Pimpinan Umno di peringkat negeri dan pusat tidak pernah mendengar cadangan akar umbi," katanya di sini.

Rozi juga berkata, walaupun BN meletak calon lepasan agama, namun pengundi di Dun Pasir Tumboh tahu calon yang ditampilkan sekarang hanya bidang terjun.

"Kami tidak mengenali calon yang diletak mewakili Umno biar pun juga dikatakan seorang ustaz," ujarnya.

Beliau menyerah borang kepada calon PAS Dun Pasir Tumboh, Abd Rahman Yunus. Turut hadir Penghulu Mukim Guntung, Nik Azhan Nik Muhammad.

Manakala di Dun Manek Urai, sebuah keluarga di Kampung Manjor menerima ugutan pemimpin Umno mahu menyodok rumahnya selepas mereka menyertai PAS pada 2004.

Rumah penduduk terbabit dibina di bawah program perumahan rakyat termiskin (PPRT) dibiayai kerajaan pusat.

Bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Lepan Meranti, Kampung Manjor, Aminah Ali, 43 berkata, beliau tetap menyertai PAS biar pun diugut pemimpin Umno.

Ketika ditemui semalam katanya, beliau dan suami, Mohd Sam Yaacob, 46 memilih PAS yang memperjuangkan Islam sebagai wadah baru perjuangan.

"Hasil kesedaran, ceramah dan gerak kerja pimpinan PAS tempatan banyak memberi dorongan kepada kami memilih PAS," katanya.

Seorang lagi penerima rumah PPRT Rahmah Mohd Rashid, 38 dari kampung sama turut menyertai PAS biar pun juga berdepan dengan ugutan pemimpin Umno.

Sementara itu di Pengkalan Chepa sebuah keluarga penyokong Umno di Kampung Pantai Kundur menyertai PAS malam tadi. Zulkifli Ismail menyerah borang kepada calon PAS parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin.

Harakahdaily/-

Lagi gambar sekitar penamaan calon Kuala Kangsar

Posted: 24 Apr 2013 12:47 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



































Khalid nafi Pakatan Selangor robohkan kuil Hindu sepanjang pemerintahannya

Posted: 24 Apr 2013 12:43 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


SHAH ALAM — Penyandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan kerajaan negeri pernah terlibat dalam aktiviti merobohkan kuil Hindu sepanjang lima tahun pemerintahannya  seperti yang dikatakan oleh pengerusi BN baru-baru ini.
Datuk Seri Najib Razak semasa jelajahnya di negeri Selangor pada Isnin mengatakan Pakatan Rakyat (PR) tidak menghormati kaum India kerana merobohkan kuil-kuil penganut Hindu di negeri itu.
"Saya dapati, kenyataan-kenyataan ini, ialah kenyataan yang membesarkan sesuatu perkara yang tidak benar," kata Abdul Khalid dalam satu sidang akhbar di sini, merujuk kepada dakwaan Najib.

"Itu cerita sahaja. Kita mesti tengok insiden-insiden yang sebenarnya," tambah Abdul Khalid lagi.
Menurut penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok itu lagi, kerajaan pusat harus belajar dengan negeri Selangor tentang bagaimana untuk menguruskan rumah-rumah ibadat seperti kuil Hindu.
"Sebenarnya, kuil-kuil ini, kalau dirobohkan, mesti mendapat persetujuan mereka dan diganti.
"Itu Najib boleh buat kajian bagaimana kita menyelesaikan masalah dimana kuil di seksyen 23 dialih dan dibangunkan ke satu tempat yang lebih manfaat dan lebih baik lagi," katanya.
The Malaysian Insider/-

Umno tunduk pada Perkasa - Anwar

Posted: 24 Apr 2013 12:27 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, tindakan Umno tidak meletakkan calon mereka di Pasir Mas bagi memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali dan mencalonkan Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam sebagai takut kepada kumpulan pendesak Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

"Tak pernah dalam sejarah, tak terfikir, Umno takut letak calon lawan ketua Perkasa.

"Siapa ketua Perkasa? Hidup Melayu, ketuanan Melayu, ini negeri Melayu, orang Cina India diam.

"Najib kata ok ok ok, kita sokong dia," katanya dihadapan puluhan ribu hadirin pada cermah di Batu Berendam, Melaka malam tadi.

Anwar yang juga Calon Permatang Pauh berkata, inilah sebenarnya sikap Umno walaupun Najib bila bercakap kepada rakyat mengungkapkan slogan 1Malayisa tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

"Di TV3 (Najib) kata satu Malaysia, di Pasir Mas, satu Melayu.

"Itu tak teruk lagi, di Shah Alam Zulkifli Nordin. (Rakyat) tak boleh terima la, politik apa ini?," soalnya lagi.

Sementara itu Anwar berkata, beliau sangat yakin dengan kematangan rakyat pada hari ini yang tidak lagi menerima amalan politik perkauman.

"10 hari lagi kita tukar peta politik kerajaan kepada yang mewakili rakyat bukan kroni," katanya sambil menyifatkan inilah peluang terbuka untuk rakyat bangkit membuat perubahan.

harakahdaily/-

Semua kaum beri sokongan kepada calon PAS di Jeram

Posted: 24 Apr 2013 12:20 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


BAGUS...Cikgu Rashid (dua dari kiri) bersama dengan masyarakat India.

KUALA SELANGOR: Calon PAS bagi Dun Jeram, Muhmmad Rashid Muhmmad Kassim (PAS) atau lebih dikenali Cikgu Rashid menerima sambutan dan sokongan secara terbuka dari masyarakat India sewaktu program lawatan rumah ke rumah hari ini.

Harakahdaily yang turun bersama Cikgu Rashid mendapati, masyarakat India yang berada di Taman Pekerti, Jeram menunjukkan sokongan mereka untuk terus memilih Pakatan Rakyat (PAS) pada pilihanraya umum nanti.


Keadaan itu tidak ditunjukkan secara terbuka oleh masyarakat Melayu.

Walaupun di rumah mereka mempunyai bendera Bendera Barisan Nasional tetapi sokongan terhadap calon PAS dinyatakan secara senyap.

Jelas Cikgu Rashid, keadaan sedemikian telah lama berlaku tetapi beliau yakin sokongan dari masyarakat Melayu akan memihak kepada PAS.

"Kita lihat sokongan yang diberikan oleh masyarakat India amat baik dan mereka menyatakan secara terbuka untuk memilih kita pada pilihanraya nanti.

"Namun itu tidak berlaku kepada masyarakat Melayu, sokongan dinyatakan secara senyap, walaupun rumah-rumah terdapat bendera BN tetapi sokongan tetap untuk Pakatan Rakyat," kata beliau.

Katanya lagi, sebagai guru sebelum ini memberi kelebihan kepadanya untuk mendekati masyarakat Melayu yang kebanyakan mereka merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar sekolah yang pernah beliau mengajar dahulu.

"Namun ia bukan halangan besar untuk saya sebab sebagai bekas guru, saya mempunyai undi peribadi yang boleh memihak kepada PAS.

"Kebanyakan masyarakat Melayu di sini, anak-anak mereka merupakan pelajar saya dan ini sedikit memberi ruang kepada saya dengan mudah mendekati mereka, sikap hormat mereka masih ada dan ia peluang untuk saya menjelaskan apa yang ingin Pakatan Rakyat sampaikan kepada seluruh rakyat," sambung beliau.

Cikgu Rashid yang akan ditentang oleh Datuk Amiruddin Satro (BN) berkeyakinan dalam tempoh kempen yang hanya tinggal 11 hari lagi dapat memberi ruang untuknya bertemu dengan seluruh pengundi di Dun Jeram.

Malah beliau juga berpendapat majoriti sebanyak 1,470 undi yang dimenangi BN pada 2008 lalu bukan satu masalah kerana sepanjang tempoh kempen empat hari berlaku peningkatan sokongan dari masyarakat Melayu, India dan Cina.

Beliau selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Selangor mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, kemudian Sekolah Menengah Aminuddin Baki sebelum melanjutkan pelajaran ke Mahktab Perguruan Lembah Pantai.

Beliau bukan orang asing di Mukim Jeram, anak jati Kuala Selangor yang dilahirkan pada tahun 1958 itu telah menghabiskan lebih 32 tahun sebagai guru khususnya di Kuala Selangor.

sinar/-

11 keluarga bergantung air sungai

Posted: 24 Apr 2013 12:04 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Jimmy Phua
Jimmy Phua (tengah) menunjukkan gambar sungai yang didakwa digunakan 11 keluarga di Kampung Bukit Batu berikutan tidak mendapat bekalan air.
 
SENAI – Nasib 11 keluarga di Kampung Bukit Batu yang bergantung dengan sumber air sungai untuk meneruskan kehidupan mereka sejak 20 tahun lalu mendapat perhatian calon PRU13.

Calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Batu, Jimmy Phua Wee Tse melahirkan perasaan simpati terhadap dan menyifatkan ia tidak sepatutnya berlaku kerana negara sedang mengalami pembangunan pesat namun masih ada keluarga yang tidak menerima haknya sebagai rakyat Malaysia.

"Saya melakukan tinjauan di kawasan tersebut dalam rangka kerja saya bersama pengundi di Dun Bukit Batu dan agak terkejut dengan apa yang berlaku ini. Saya difahamkan mereka tidak mempunyai saluran paip air.

"Mereka memaklumkan telah mengajukan perkara terbabit kepada wakil rakyat sebelum ini dan pihak yang berkaitan sejak sekian lama.

"Tetapi tiada tindakan susulan dilakukan yang membolehkan mereka menikmati kemudahan berkenaan.

"Memandangkan masalah ini masih tidak dapat diselesaikan, saya menawarkan perkhidmatan saya sebagai seorang peguam untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini,tanpa kira perbezaan pendirian politik tetapi demi manfaat penduduk di  sini," katanya kepada Sinar Harian.

Kampung miliki lebih 100 pasangan kembar

Posted: 24 Apr 2013 12:02 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

NEW DELHI - Sebuah perkampungan terpencil di utara India menggemparkan pakar-pakar kesihatan kerana memiliki lebih daripada 100 pasangan kembar, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Fenomena itu berlaku di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Mohammedpur Umari yang terletak dalam wilayah Uttar Pradesh.

Kampung tersebut dihuni oleh 6,000 penduduk. Lokasi itu tiada jalan raya yang sempurna, sekolah atau pun hospital.

Namun, perkara luar biasa berlaku apabila terdapat lebih daripada 100 pasangan kembar di kampung tersebut sejak 50 tahun lalu.

Menurut beberapa penduduk di perkampungan Dhumanganj yang terletak berhampiran Mohammedpur Umari, bilangan kembar itu mungkin mencecah 200 pasangan jika terdapat sebuah hospital di lokasi tersebut.

Lebih daripada 90 anak kembar yang dilahirkan dilaporkan meninggal dunia sejak kebelakangan ini kerana kesukaran mendapatkan rawatan perubatan.

"Bayangkan betapa indahnya jika semua anak kembar yang dilahirkan menetap di kampung ini," kata seorang penduduk kampung Mohammedpur Umari, Mohammed Asif.

Perkampungan itu mempunyai 80 peratus penduduk beragama Islam dengan 20 peratus lagi penganut Hindu. Namun fenomena kelahiran kembar itu berlaku dalam kedua-dua komuniti tersebut. - Agensi


PAS kecam letupan di ceramah BN

Posted: 24 Apr 2013 12:02 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS mengecam sekeras-kerasnya perbuatan khianat serta provokasi murahan yang cuba diamalkan oleh pihak tertentu sejak sebelum kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bermula lagi.

Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan, berkata sehingga kini beberapa kes di seluruh negara telah dilaporkan berlaku perbuatan khianat termasuk merosakkan markas pilihan raya PAS, merosakkan bendera, menyerang ceramah Pakatan Rakyat dan sebagainya.

Malam tadi pula katanya, dilaporkan berlaku letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran BN Nibong Tebal, yang menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki.

"Kita bimbang, ada pihak lain yang sengaja membuat provokasi, kemudian cuba memburuk-burukkan Pakatan Rakyat," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Menurut Abdul Rahman lagi, jentera Pakatan Rakyat tidak mempunyai banyak masa selain fokus bertemu pengundi bagi menyampaikan maklumat kepada mereka.

Apatah lagi untuk membuat sebarang tindakan provokasi ke atas mana-mana program anjuran parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya kali ini.

Menurutnya, sepanjang kempen ini jentera Pakatan Rakyat khususnya di Nibong Tebal menjalankan kempen secara berhemah, selain mengelakkan sebarang tindakan provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan.

Tambah beliau, rakyat di negara ini juga sudah bijak menilai pihak yang sering menimbulkan provokasi di mana-mana majlis politik tertentu.

Dalam pada itu, Rahman memberikan jaminan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU13 ini, Malaysia akan kekal aman dan sejahtera dan tidak akan berlaku huru-hara seperti yang dimomokkan pemimpin BN.

"Jaminan kami, Pakatan Rakyat, Insya-Allah Malaysia kan terus aman jika memerintah nanti. Sedangkan kita tewas berkali-kali pun kita masih kekal aman, apatah lagi jika kita menang nanti," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua jentera parti yang bertanding, sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat serta bebas untuk berkempen secara berhemah dalam usaha memikat pengundi.

Pada PRU13 ini, kerusi parlimen P047 Nibong Tebal yang dianggap kerusi panas akan bertembung tiga penjuru membabitkan BN, PKR dan bebas.

PKR mencalonkan Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, manakala BN meletakkan Zainal Abidin Osman, sementara bebas diwakili Teng Kok Pheng.

Berhubung insiden letupan malam tadi itu, polis dilaporkan sedang menyiasat punca sebenar kejadian dan tidak menolak kemungkinan ia perbuatan khianat.

Harakahdaily/-

Kenyataaan Zambry tidak masuk akal - Nizar

Posted: 24 Apr 2013 12:00 AM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


IPOH: Calon PAS bagi Dun Cangkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tuduhan Datuk Seri Dr Zambry Kadir yang mengatakan Pakatan Rakyat meniru manifesto BN adalah tidak masuk akal.

Menurutnya, tuduhan tersebut ternyata tidak benar kerana Pakatan Rakyat telah awal lagi melancarkan manifesto sedangkan BN baru sahaja melancarkan manifesto kelmarin iaitu dua hari selepas penamaan calon.

"Kami sudah lancar seminggu lebih awal daripada mereka, adakah masuk awal dakwaan BN yang menuduh kami meniru manifesto mereka?," katanya dalam sidang media di Pejabat Sekreteriat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik, Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boo Chye, Setiausaha PAS Perak, Dr Muhaimin Sulam dan Setiausaha DAP Negeri, Nga Kor Ming.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, Pakatan Rakyat sebenarnya sudah lama menyiapkan draf manifesto selepas rampasan kuasa berlaku pada 2009 lalu.

Menurut beliau lagi, Pakatan Rakyat ketika itu memang sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya kecil negeri akan berlaku disebabkan tragedi rampasan kuasa oleh BN itu.

Katanya, antara kenyataan Zambry yang disifatnya lucu ialah mendakwa Pakatan Rakyat meniru tentang pemberian air percuma.

Jelas beliau, Pakatan Rakyat sudah memberikan air percuma sejak awal lagi ketika mendapat mandat memerintah pada tahun 2009 lalu.

"Macam mana dia boleh cakap kita tiru BN sedangkan kita sudah laksakan janji tersebut ketika diberi mandat selepas PRU12 lalu.

Adakah beliau sedar ketika mengeluarkan kenyataan, saya harap Dr Lee boleh 'chek' dia," katanya dalam nada sinis.

Mohammad Nizar menjelaskan,  pada hakikatnya, BN sebenarnya yang menciplak manifesto Pakatan Rakyat.

Katanya, banyak janji yang dikemukakan dalam manifesto BN adalah tawaran yang ada di dalam manifesto Pakatan Rakyat yang sudah awal lagi dilancarkan.

"Dia (Zambry) tuduh kita tiru tapi pada hakikatnya BN yang banyak tiru manifesto Pakatan Rakyat yang sudah dilancarkan seminggu lebih awal daripada mereka," ujar beliau lagi.

sinar/-

Polis: Letupan di Nibong Tebal dirancang kumpulan profesional

Posted: 23 Apr 2013 11:43 PM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Ceramah anjuran BN Nibong Tebal dicemari insiden letupan

Penyokong-penyokong BN bahagian Nibong Tebal memerhatikan kesan letupan di perkarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di Jawi malam tadi. - Foto Bernama
NIBONG TEBAL - Kejadian letupan berhampiran bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal malam tadi adalah daripada alat letupan rekaan (IED).
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis percaya bahan letupan IED yang diletakkan dalam longgokan sampah di kawasan ceramah itu adalah perbuatan khianat yang dirancang sekumpulan profesional.
Polis menemui dua IED dalam longgokan sampah dan percaya ia bertujuan menakutkan orang ramai dan menimbulkan suasana tidak tenteram serta huru hara di kawasan ceramah, katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian hari ini.
Beliau berkata berikutan kejadian itu, polis menubuhkan satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah bagi menyiasat kejadian itu dan mengesan mereka yang terlibat.
Setakat ini polis telah merekodkan keterangan dari tujuh saksi, katanya.
Dalam kejadian pukul 10.15 malam tadi, seorang petugas keselamatan berusia 35 tahun cedera di kaki kanan terkena serpihan sampah akibat letupan itu.
Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang.
Abdul Rahim berkata kedua-dua bahan letupan sebesar kotak rokok yang disembunyikan dalam sampah itu telah ditetapkan masa berbeza untuk menghasilkan dua kali letupan.
Selepas letupan pertama, sepasukan anggota polis dan forensik polis menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menemui satu lagi bahan IED itu yang kemudian diletupkan pada pukul 3 pagi, katanya.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, bahan letupan itu bukan untuk mencederakan orang tetapi bagi menghasilkan bunyi yang kuat untuk menakutkan orang ramai dan menimbulkan suasana huru hara di tempat ceramah.
Polis memandang serius kejadian itu dan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menimbulkan keadaan huru hara di negeri ini.
"Terdapat kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian tetapi ia tidak berfungsi dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957," katanya. 
- Bernama

PKR mahu SPR beri penjelasan kertas undi awal polis

Posted: 23 Apr 2013 11:38 PM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail
PETALING JAYA - Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwaan yang mengatakan badan tersebut telah mengedarkan kertas undi awal kepada pihak polis semalam.

Sedangkan dakwa beliau, kertas undi tersebut sepatutnya diedarkan hari ini.

"Persoalannya sekarang, mengapa SPR mengeluarkan kerta undi itu lebih awal kepada pihak polis?

"Kami juga mendesak SPR memberi penjelasan apabila kertas undi dikeluarkan, bagaimanakah ia disimpan, siapa yang menjaganya dalam memastikan kertas undi itu tidak dimanipulasikan?" kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, haei ini.

Ketika ditanya media mengenai maklumat mengenai edaran kertas undi itu, Dr Wan Azizah mendakwa beliau mendapati maklumat itu dikeluarkan menerusi laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, dalam sidang media di Bukit Aman pagi tadi, pihak polis telah memberi amaran keras kepada semua pihak supaya tidak menyebarkan fitnah mengatakan pasukan keselamatan itu mengundi awal semalam, bukan pada tarikh yang ditetapkan iaitu 30 April.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohammed Yoosuf berkata, individu yang menyebarkan berita tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

sinar/-

Semakan JPJ sahkan Rosmah Mansor ada saman tertunggak AES

Posted: 23 Apr 2013 11:31 PM PDT

Rosmah Mansor13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA 24 APRIL: KEADILAN hari ini mendedahkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tertunggak berdasarkan semakan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Hasil semakan MyEG itu menunjukkan sebuah kereta bernombor XIASEAN360 didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan Rosmah.
Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Rosmah tidak membayar dua saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013.
Perkara ini didedah Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang juga calon Pandan pada sidang media di ibu pejabat parti. 

Di bawah kenyataan penuh Rafizi mengenai pendedahan itu: 
 
AES adalah salah satu isu utama yang akan menjadi faktor penentu dalam PRU13. Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan bahawa AES akan dihentikan dan semua samannya dibatalkan sekirangan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Manifesto Barisan Nasional tidak menyentuh langsung mengenai AES. Walaupun pelaksanaan masih menjadi tanda tanya buat masa sekarang, saya beranggapan bahawa kegagalan Manifesto Barisan Nasional membuat ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Dato' Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan pelaksanaan AES sekiranya Barisan Nasional terus berkuasa.

Untuk menentukan sama ada orang-orang terdekat dengan Perdana Menteri menerima atau tidak AES, saya telah menjalankan beberapa semakan:

1. Mengenalpasti nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri
2. Mengenalpasti kereta yang didaftarkan di bawah nama Datin Seri Rosmah Mansor
3. Menyemak sama ada Datin Seri Rosmah Mansor membayar saman AES, bagi memastikan keluarga Perdana Menteri betul-betul patuh kepada pelaksanaan AES yang dibawa oleh Barisan Nasional.
Hasil semakan itu membuahkan perkara-perkara berikut:

tempat-mengundi-rosmah

1. Nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor adalah 511210-05-5558. Identiti beliau itu disemak dengan daftar pengundi yang mengesahkan bahawa beliau mengundi di Pekan.

2. Semakan dengan sistem JPJ di MyEG menunjukkan sebuah kereta bernombor XIASEAN360 didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan beliau;

3. Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tidak membayar 2 saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013.

Di negara-negara lain, perkara ini dilihat sebagai satu pertentangan prinsip (double standard) apabila keluarga Perdana Menteri sendiri tidak mengendahkan saman AES, sedangkan beliau (Perdana Menteri) beriya-iya mempertahankan satu sistem yang ditentang oleh rakyat.

Saya mengambil contoh saman AES tertunggak Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi gambaran bagaimana Barisan Nasional mengamalkan double standard dengan menyatakan pelbagai propaganda kepada rakyat biasa untuk mempertahankan dasarnya yang tidak popular, tetapi di belakang-belakang membiarkan keluarga terdekat mereka bebas dari dasar tidak popular yang menekan rakyat itu.

Saya menyeru supaya Datuk Seri Najib Razak menyatakan secara terbuka sama ada Barisan Nasional akan meneruskan pelaksanaan AES sekiranya masih menang dalam PRU13.

keadilandaily/-

Lagi Petugas PAS Pamer Kreativiti

Posted: 23 Apr 2013 11:28 PM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Lagi gambar-gambar menarik sepanjang kempen pilihanraya yang dipamerkan oleh petugas-petugas PAS di sana-sini.

Saksikan dan anda juri, yang mana satu pilihan anda dengan milih kod yang tertera di bawah gambar?















Guna pesawat ringan ke Kutub Utara

Posted: 23 Apr 2013 11:25 PM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

LJUBLJANA - Seorang pengembara Slovenia yang pakar dalam penerbangan ekstrem menuju ke Kutub Utara kelmarin menggunakan sebuah pesawat ultra ringan.

Penerbangan mencabar tersebut bertujuan untuk mengukur tahap pencemaran udara di beberapa lokasi panas pemanasan global.

Dinamakan Green Light World Flight - North Pole, misi tersebut percubaan pertama terbang ke Kutub Utara melalui Eropah dan Amerika Utara.

"Kawasan kutub mempunyai petunjuk penting perubahan cuaca dan adalah amat mustahak lokasi itu diselidiki," kata juruterbang tersebut, Matevz Lenarcic kepada agensi berita AFP.

Misi yang merangkumi kawasan seluas 15,600 kilometer itu dicetuskan pada tahun lalu selepas Lenarcic, 54, berjaya mengelilingi dunia menaiki pesawat satu kipas yang sama, Pipistrel Virus SW914.

Pesawat ringan itu cuma seberat 290 kilogram tanpa muatan. - AFP

Senarai Pemerhati Asing Dimuktamadkan Minggu Ini

Posted: 23 Apr 2013 10:13 PM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


JOHOR BARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memuktamadkan senarai pemerhati asing untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), minggu ini.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata beberapa pemerhati daripada negara Asean turut dijemput untuk memantau proses pilihan raya itu.
Menurut beliau, kumpulan pemerhati itu dari Kemboja, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Filipina selain beberapa pemerhati dari Sekretariat Asean.
Wan Ahmad berkata, negara Asean dan sekretariat tersebut akan menghantar tujuh pemerhati di mana tiga daripadanya akan diberikan status sebagai jemputan rasmi Malaysia.
"Kami menetapkan tujuh pemerhati dari setiap negara walaupun SPR menerima permintaan daripada beberapa negara untuk menghantar 40 pemerhati," katanya pada sidang media di sini Rabu selepas mengadakan taklimat tertutup mengenai jentera pilihan raya oleh SPR negeri untuk kerusi Parlimen Gelang Patah.
mStar/-

Kemarahan dan kesedihan semasa pengkebumian pendaki yang dibunuh

Posted: 23 Apr 2013 09:46 PM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


PETALING JAYA — Orang ramai yang berkabung pada majlis pengkebumian Irene Ong meluahkan kemarahan ke atas pembunuhan ibu berusia 52 tahun tersebut semasa sedang mendaki di Bukit Gasing Sabtu lepas, menambah kemarahan kerana kerajaan gagal melindungi keselamatan orang awam.
Beratus ahli keluarga Ong, rakan, ahli gereja dan ahli kelab Kiwanis hadir bagi memberi penghormatan terakhir di rumah pembakaran mayat Guan Yin di sini pada pagi yang cerah, ramai yang mengalirkan air mata semasa berbaris meletakkan bunga ros putih dan kekwa kuning di keranda.
"Saya rasa ini adalah insiden tragis yang tidak masuk akal," kata Audrey Fernando, 65, kepada The Malaysian Insider di sini hari ini.
"Di sebalik memastikan keselamatan orang awam, wang kerajaan dihabiskan dengan cara yang tidak masuk akal," katanya lagi yang juga merupakan ahli kelab larian Hash House Harriets merujuk kepada langkah kerajaan memberikan bantuan wang tunai.
Audrey berkata mengenali Ong menerusi kelab larian, menggambarkannya sebagai seorang yang pemurah dan sentiasa "senyum lebar".
Kebanyakkan wanita, separuh daripada daftar pemilih pada Pilihan Raya 2013 telah menekankan sebelum ini isu keselamatan adalah keutamaan, dimana mereka menyatakan ketakutan terhadap keselamatan mereka walaupun kadar jenyah dikatakan sudah menurun.

The Malaysian Insider/-

Wan Azizah: 'Rakyat dalam mood nak ubah kerajaan pusat'

Posted: 23 Apr 2013 09:43 PM PDT

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Wan Azizah Wan Ismail

Dr Wan Azizah (dua, kanan) bersama Khalid beramah mesra dengan pengundi Bandar Tun Razak di Pasar Pagi Jalan Jujur.
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) yakin memperoleh mandat yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekali gus menawan Putrajaya.

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya bukan sahaja yakin kekal di Selangor, malah boleh memenangi beberapa negeri lain.

"Kita ada keupayaan untuk lakukan perubahan. Insya-ALLAH boleh kerana rakyat berada dalam mood itu (ubah). Ini kalilah," kata beliau ketika ditemui pada program 'walkabout' bersama calon PKR Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketika ditanya mengenai potensi dan peluang calon PKR menang dalam pilihan raya kali ini terutamanya di Bandar Tun Razak, Dr Wan Azizah memberitahu, keyakinan itu tinggi berikutan mendapat maklum balas yang baik daripada pengundi.

"Saya rasa kita mendapat sokongan yang lebih baik, kerana maklum balas yang diterima positif," katanya.

Di peringkat Parlimen, PKR bertanding di 99 kerusi manakala 73 Pas dan 51 kerusi DAP.

Di peringkat Dun, Pas mendahului dengan 236 kerusi, PKR 172 dan 102 DAP.

Sinar/-

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP