:: cina islam | 2011 :: |
- Bubar Parlimen: Najib pilih 4 tahun genap jadi PM
- Anwar sah akan tanding di Perak
- PRU13: MB mengadap Sultan Kelantan esok
- Raja Nazrin perkenan bubar Dun Perak
- PRU13: NGO Tolak kumpul tandatangan tolak BN
- PRU13: Mahasiswa dinasihat terlibat secara sihat
- PRU 13: Bola ‘api’ mula bergolek
- DUN Perlis, Melaka dan Sabah bubar hari ini
- Ceramah pertama lepas bubar malam ini
- Mesin ATM dipecah, RM300,000 lesap
- Saya persiap jentera terbaik - Azizan
- SAMM: Wajah sugul Najib bubar Parlimen beri bayangan hilang kuasa
- PRU13: PAS jangka hari mengundi 27 April
- Pelajar Pondok Nafi Laporan Utusan Kononnya Beliau Sertai UMNO
- Warga emas rayu JKM lulus bantuan
- Abim ajak tolak politik samseng, fitnah dan lucah
- Tanah diteroka: Orang Asli cabar Umno bawa ke mahkamah
- Masalah Bekalan Air Masih Berlaku di Kampung Lusut Jaya 3
- UMUM CALON PRU: PR SUDAH SEDIA
- PAS alu-alukan jaminan peralihan kuasa aman
- "Tazkirah" Najib Mengelirukan
- Bangkai tapir dilapah
- Parlimen Tambun: Melawat bilik hotel Menteri Kewangan Kedua
- Polis Kathmandu lancar kempen tangkap lembu
- Gelagat haiwan dapat ais
Bubar Parlimen: Najib pilih 4 tahun genap jadi PM Posted: 03 Apr 2013 04:16 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - ANALISIS - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan rekod cemerlang yang dibuktikan sepanjang empat tahun menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberi manfaat besar kepada rakyat, kata seorang penganalisis politik. Datuk Dr Kaisan Abdul Rahman berkata, rekod cemerlang Najib pastinya sudah dinilai dan dihargai rakyat jelata yang akan memberikan mandat lebih besar kepada beliau untuk menerajui dan membawa Malaysia mencapai tahap negara maju berpendapatan tinggi sebelum 2020. "Saya yakin rakyat yang berpendidikan dan bijaksana akan memberikan mandat yang besar kepada Datuk Seri Najib. Ini kerana bagi rakyat, yang terpenting ialah masa depan mereka dan generasi muda anak cucu mereka yang lebih terjamin. "Hanya Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dapat berperanan secara sinergistik memastikan masa depan terbaik buat Malaysia. Pembangkang bukanlah pilihan kerana hanya beretorik, memberi janji kosong lantaran manifesto mereka bukan untuk ditunaikan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Beliau berkata kajian rambang yang dilakukannya di Kelantan yang kononnya taksub terhadap Pas sebelum ini, kini menunjukkan trend perubahan yang kian jelas memihak kepada BN lantaran rakyat Kelantan telah bosan dengan ribuan helah dan alasan Pas menutupi kegagalannya sepanjang lebih 20 tahun memerintah. Dr Kaisan berkata lebih 800,000 pengundi di Kelantan telah lama membuka mata dan menyedari bahawa semua projek pembangunan di Kelantan adalah hasil usaha BN dan Najib yang memberi perhatian khusus kepada negeri ini. "Memang benar selama ini ramai berpendapat rakyat Kelantan tidak begitu ketara menyokong Umno dan BN tetapi kini dengan kerja keras dan keikhlasan BN tidak mengenepikan Kelantan, mereka sedar sudah tiba masanya untuk berterima kasih kepada BN melalui sokongan dan undi pada PRU13 ini," katanya. Beliau percaya rakyat Kelantan, terutama puluhan ribu pengundi muda dan pengundi pertama kali juga akan mengundi BN kerana mereka mahukan peluang pekerjaan yang lebih baik, taraf kehidupan yang setanding dengan rakan mereka di negeri lain dan keyakinan terhadap kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan mereka. "Bukan sahaja penduduk Kelantan tetapi juga rakyat Malaysia seluruhnya sangat merasai kasih sayang yang dicurahkan Najib melalui pelbagai program dan program transformasi nasional. Semuanya dilaksanakan merata tanpa meminggirkan mana-mana pihak termasuk penduduk di negeri pembangkang," katanya. Pesara dan pemerhati politik tempatan Kelantan, Zainab Yusoff pula berpendapat langkah Perdana Menteri memilih mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat setelah genap empat tahun menerajui kerajaan, "rupa-rupanya untuk memenuhi sebaik mungkin tempoh mandat dan amanah memerintah." Beliau berkata usaha Najib menunaikan amanah empat tahun itu memberi kesan besar kepada pola fikiran rakyat terhadap percaturan politik kerana orang lain mungkin akan mengadakan pilihan raya umum secepatnya sebaik menyambung tampuk kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, demi meyakinkan diri. "Saya percaya rakyat kini nampak jelas kepentingan tempoh empat tahun itu yang dihargai Najib sepenuhnya dengan melakukan pelbagai usaha transformasi yang terbaik untuk Malaysia. Kini untuk lima tahun ke depan, wajarlah rakyat memberi pula kepada Najib mandat dan sokongan untuk kepimpinannya sendiri," katanya. Zainab berkata, kalau dalam empat tahun yang penuh cabaran dan dugaan terhadap kepimpinannya serta kedudukan BN tanpa dua per tiga majoriti di Dewan Rakyat, Najib sudah dapat mencatat rekod cemerlang, pastilah dengan majoriti yang lebih besar PRU13 beliau akan memacu Malaysia menjadi lebih cemerlang. Rekod cemerlang kerajaan BN pimpinan Najib juga mendapat perhatian dan sokongan generasi muda khususnya di kalangan mahasiswa yang sedar bahawa peluang yang mereka peroleh untuk menimba ilmu bagi membina masa depan adalah usaha kerajaan BN selama ini. Seorang pemimpin pelajar Universiti Tun Abdul Razak, Afiq Radzuan berkata, pinjaman PTPTN, bantuan baucer buku, kad diskaun pelajar contohnya adalah inisiatif yang membuktikan keprihatinan kerajaan BN bagi kemajuan dan kesejahteraan mahasiswa. Beliau percaya mahasiswa yang merupakan golongan majoriti senyap akan mengundi BN pada PRU13 kerana mereka tidak akan mempertaruhkan negara dan masa depan kepada pakatan pembangkang yang merupakan 'parti politik yang keliru dan mengelirukan'. "Majoriti kami memang senyap tetapi bukan bererti kami tidak berfikir dan menilai baik buruk... kami senyap kerana kami tidak mahu kampus dilanda rusuhan jika berdepan secara keras dengan segelintir mahasiswa yang diperalatkan pembangkang. Tengoklah dalam PRU ini mahasiswa akan mengajar mereka melalui peti undi," katanya kepada Bernama. Beliau berkata Najib bertindak bijaksana mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat hanya setelah membentangkan semua pencapaian kerajaan BN untuk dinilai rakyat dan bukannya hanya dengan cakap-cakap kosong seperti pembangkang. "Malaysia ibarat sebuah rumah yang sudah sangat indah untuk kami, generasi muda, warisi. Takkanlah kami nak robohkannya hanya kerana janji-janji kosong pembangkang kononnya untuk mendirikan mahligai. "Bagi BN, kami yakini janjinya ditepati. Datuk Seri Najib dan Muhyiddin merupakan teladan terbaik buat kami pemimpin masa depan," katanya. - Bernama |
Anwar sah akan tanding di Perak Posted: 03 Apr 2013 04:15 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan beliau akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Menurutnya, pemilihan Perak adalah untuk melonjakkan sokongan rakyat di negeri tersebut. "Saya mengisytiharkan saya bertanding di Perak. Saya mahu melonjakkan semangat rakyat di sana," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini. Sinar/- |
PRU13: MB mengadap Sultan Kelantan esok Posted: 03 Apr 2013 02:33 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V esok bagi mendapatkan perkenaan Tuanku bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan. Tuan Guru berkata, beliau akan mengadap sultan Kelantan malam esok di Istana Telipot selepas menghadiri majlis penutup Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kelantan. "Terserah kepada baginda untuk menentukan bila-bila pembubaran negeri Kelantan," katanya kepada media di sini. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Lajnah Politik dan Piihanraya PAS Negeri, di sini sebentar tadi. Tuan Guru turut memberitahu, beliau juga akan menghadiri mesyuarat bersama menteri-menteri besar dan ketua menteri di bawah Pakatan Rakyat di ibu negara petang esok. Sementara itu, mengulas tentang peluang PAS di negeri itu, Tuan Guru berkata beliau hanya berdoa supaya pemerintahan di Kelantan tetap berada di bawah kepimpinan Islam. Beliau juga berharap rakyat Kelantan akan mengekalkan kerajaan negeri yang ada hari ini. "Kita berdoa kepada Allah SWT supaya Kelantan tetap di bawah pentadbiran Islam," ujarnya. harakahdaily/- |
Raja Nazrin perkenan bubar Dun Perak Posted: 03 Apr 2013 02:29 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA KANGSAR - Dun Perak secara rasmi dibubarkan petang ini selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah sebentar tadi. |
PRU13: NGO Tolak kumpul tandatangan tolak BN Posted: 03 Apr 2013 02:27 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Wakil Tolak memegang kain rentang yang mengandungi tandatangan orang ramai. KUALA LUMPUR: Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) hari ini berjaya mengumpul kira-kira 200 tandatangan orang ramai yang sepakat menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Tandatangan tersebut diturunkan orang ramai di atas kain putih yang dibentangkan di hadapan kompleks membeli-belah Sogo tengah hari tadi sambil NGO tersebut mengadakan pameran tujuh sebab Umno BN harus ditolak. Kira-kira 30 wakil Tolak yang merupakan NGO yang disertai Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) bersama 26 NGI itu berkumpul sambil memegang kain rentang hitam yang bertulis tujuh sebab Umno perlu ditolak iaitu: 1. Umno BN mengamalkan politik lucah, fitnah dan samseng bagi mempengaruhi rakyat demi survival politik mereka. 2. Umno BN gagal mengurus ekonomi negara sehingga membebankan rakyat dengan hutang dan kos sara hidup yang tinggi. 3. Umno BN mengamalkan rasuah dan kronisme sebagai budaya dalam parti dan pentadbiran negara. 4. Umno BN campur tangan daam Institut Pengajian Tinggi dan menyekat kebebasan akademik, mahasiswa dan universiti. 5. Umno BN telah melakukan ketempangan dalam sistem demokrasi negara dan perjalanan pilihan raya. 6. Umno BN telah menafikan hak-hak rakyat dan menggadaikan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera. 7. Umno BN gagal gagal mengangkat martabat kaum wanita dan menunaikan hak-hak atas golongan itu. Pengerusi Tolak, Azan Safar dalam ucapanya berkata, dengan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, mereka bersedia membawa gelombang anak muda untuk menolak Umno pada PRU13. "Seiring dengan pembubaran parlimen hari ini, bermaksud gendang telah dipalu. Kami bersedia membawa gelombang anak muda untuk memastikan umno BN tidak lagi diberi mandat selepas ini. "Kuasa berada di tangan rakyat termasuk di tangan anak muda yang akan turut menjadi pemilih. Jadi saya seru kita sama-sama turunkan tandatangan sebagai bukti kita menolak Umno BN," katanya. Pameran tersebut berjaya menarik perhatian orang yang lalu-lalang menyebabkan mereka berhenti membaca kain rentang dan mendengar ucapan Azan serta merakamkan gambar sambil diperhatikan kira-kira sepuluh anggota polis. Mereka berkumpul di hadapan Sogo bermula jam satu dan bersurai dengan aman pada jam 2.30 petang. Azan yang ditemui selepas itu berkata, beliau berpuas hati kerana dapat menyampaikan mesej kepada rakyat dan mendapat kerjasama yang baik dariapda pihak polis. "Kami berpuas hati kerana hanya ambil masa 30 minit untukkumpul tandatangan orang ramai dan kerjasama polis pun baik hari ini," katanya. Pada Sabtu lalu, Azan termasuk lima aktivis Tolak yang ditangkap di hadapan kediaman perdana menteri ketika mengadakan program yang sama di sana. Menurut Azan juga, tandatangan yang telah dukumpulkan akan dibentangkan dalam program kemuncak pada 14 April ini. harakahdaily/- |
PRU13: Mahasiswa dinasihat terlibat secara sihat Posted: 03 Apr 2013 02:11 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Mahasiswa perlu sebaik-baiknya menggunakan ruang dan peluang berpolitik yang diberikan untuk mengutarakan pemikiran kreatif dan kritis mereka secara sihat. KUALA LUMPUR: Mahasiswa yang ingin melibatkan diri dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dinasihat agar menyertainya secara sihat dan tidak ekstrem sehingga boleh menjejaskan reputasi institusi pengajian tinggi masing-masing. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata mahasiswa perlu sebaik-baiknya menggunakan ruang dan peluang berpolitik yang diberikan untuk mengutarakan pemikiran kreatif dan kritis mereka secara sihat. "Mahasiswa kini bebas berpartisipasi dalam PRU-13, sama ada terlibat dalam kempen atau dipilih sebagai calon politik, persaingan yang sihat dan bersih perlu dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Ke-52 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Seminar Kebahasaan di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini. PRU-13 merupakan venue pertama menyaksikan penglibatan mahasiswa dalam politik setelah kerajaan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membolehkan mahasiswa bergerak aktif dalam politik. Ia sebahagian daripada transformasi politik yang digerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang memahami dan mengiktiraf suara dan peranan mahasiswa. Saifuddin yang juga anggota parlimen Temerloh berkata beliau optimis pengundi profesional dan pertengahan yang kebanyakannya merupakan pengundi atas pagar, akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU-13. Ini kerana katanya, BN melaksanakan pelbagai pendekatan mesra yang bersesuaian untuk menarik sokongan mereka termasuk melalui media sosial. "BN turut memberi perhatian penuh kepada golongan ini melalui pendekatan yang sesuai dengan gaya hidup mereka. "Kita juga yakin dengan manifesto, idea parti serta calon yang bersih untuk bertanding nanti, turut membantu menarik sokongan pengundi golongan pertengahan ini," katanya. - Bernama |
PRU 13: Bola ‘api’ mula bergolek Posted: 03 Apr 2013 02:09 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Perang besar BN dan Pakatan Rakyat bakal tertumpu kepada Johor dan Selangor tetapi tumpuan terarah kepada Anwar Ibrahim. PETALING JAYA: Pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi kuasa kepada rakyat sama ada memilih beliau atau orang lain menerajui kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang. Najib berulang kali mahu mendapatkan mandat sekali lagi bagi meneruskan pembangunan dan khidmat kepada rakyat yang mula diusahakan sejak mengambilalih jawatan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi pada awal April tahun 2009. Manakala bagi pihak Pakatan Rakyat,misi untuk menawan Putrajaya akan digiatkan dengan mengemukakan tokoh-tokoh terbaik untuk menyakinkan rakyat supaya misi itu tercapai. Dari segi pengumuman calon, Pakatan Rakyat mendahului lawannya dengan mengumumkan sebahagian calon pralimennnya di beberapa negeri tumpuan seperti Johor BN dan Pulau Pinang serta Pahang. BN pula masih bersikap menyembunyikan calon-calonnya tetapi umum menjangkakan banyak sekali muka baru bakal diketengahkan kali ini. Ramai juga menteri dan ketua menteri bakal digugurkan jika diramal dari faktor usia dan perkhidmatan mereka. Ramai yang memperkatakan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu dan beberapa bekas menteri kabinet akan digugurkan kali ini. Abdullah, Ku Li digugur? Malah dua tokoh besar Umno – bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Menteri Kewangan – Tengku Razaleigh Hamzah – spekulasi bertiup kencang bahawa mereka digugurkan kali ini. Bagaimanapun, sehingga Najib tidak mengumumkannya, ia sekadar spekulasi semata-mata.Tetapi bolehlah dikatakan bahawa, pilihan raya umum ini hanya untuk parti-parti berkelas besar saja. Pemain utama hanya berkisar kepada Umno, MCA, PAS, DAP dan PKR manakala parti-parti baru dan serpihan seperti parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Parti Progresif Penduduk (PPP) serta beberapa yang lain sekadar pemerhati sahaja. Menjelang hari penamaan calon dan seterusnya pengundian, BN dijangka lebih tertekan kerana harapan besar untuk menebus kekalahan luar biasa pada tahun 2008 di mana buat pertama kali kehilangan majoriti dua pertiga. Barangkali kelemahan pimpinan Abdullah sudah tangani tetapi banyak kerusi yang BN kalah masih berada dalam keadaaan sukar terutama kerusi-kerusi bandar majoriti pengundi Cina. Apatah lagi dengan kempen secara agresif dan berterusan oleh Pakatan Rakyat terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemimpin popular itu sejak lebih setahun lalu telah melondehkan BN terutama beberapa pemimpin utama termasuk Najib serta Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Mata tertumpu ke Johor, Selangor Selangor dan Johor menjadi negeri tumpuan tetapi tidak boleh mengenepikan Pulau Pinang dan Kelantan kedua-duanya negeri diperintah Pakatan Rakyat. Begitu juga Perak yang pernah ditadbir Pakatan Rakyat selama setahun pada 2008. Negeri Sembilan juga menarik kerana dalam pilihan raya 2008 ia hampir jatuh kepada Pakatan Rakyat. Pahang, Melaka, Terengganu serta Sabah dijangka kekal kepada BN walaupun Pakatan Rakyat bermati-matian menyerang BN di negeri-negeri tersebut. Sebagai satu lonjakan moral, banyak sekali tokoh-tokoh baru muncul bersama Pakatan Rakyat, antaranya bekas pegawai polis, tentera serta pegawai kanan kerajaan pusat. Manakala peranan badan bukan kerajaan (NGO) juga elok untuk dilihat seperti Perkasa yang mirip parti politik tertentu. Tetapi tidak syak lagi pilihan raya ini menjadi yang paling diperkatakan oleh rakyat jelata. Adakah rakyat memilih Najib atau Anwar? FMT/- |
DUN Perlis, Melaka dan Sabah bubar hari ini Posted: 03 Apr 2013 02:07 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Dewan Undangan Negeri (DUN) tiga buah negeri - Perlis, Melaka dan Sabah - dibubarkan hari ini ekoran pembubaran parlimen yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengumuman pembubaran DUN negeri-negeri tersebut diumumkan oleh menteri besar dan ketua menteri masing-masing. Di Perlis, Dewan Undangan Negeri Perlis dibubarkan serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan. Pengumuman mengenai pembubaran itu dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis pukul 1 tengah hari. Katanya beliau menyembah maklum kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melalui telefon mengenai perkara itu sebaik mesyuarat Exco berakhir pukul 12.50 tengah hari dan baginda memberi perkenan. Raja Perlis kini berada di luar Perlis dan yang demikian perkara itu disembah maklum melalui telefon kepada baginda, katanya. Bagaimanapun beliau akan memohon menghadap Raja Perlis sama ada malam ini atau esok berhubung perkara itu. Md Isa berkata Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Datuk Yazid Mat juga telah dimaklumkan mengenai pembubaran itu. Mengenai persiapan pilihan raya umum, beliau berkata Barisan Nasional (BN) Perlis telah bersedia untuk menghadapinya dan sedang menunggu senarai calon daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengerusi BN Perlis itu berkata segala persiapan telah dibuat meskipun pengarah pilihan raya BN Perlis belum dilantik. Perlis mempunyai tiga kawasan parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau yang dikuasai BN sebelum pembubaran Dewan Rakyat dan 15 kerusi dewan undangan negeri, iaitu 13 kerusi dikuasai BN dan dua kerusi dikuasi PAS - Simpang Empat dan Sanglang. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan sebanyak 137,349 pemilih bagi negeri Perlis. Malaysiakini/- |
Ceramah pertama lepas bubar malam ini Posted: 03 Apr 2013 02:04 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Selepas Parlimen dibubarkan, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan memberikan amanat penting dalam ceramah pertama selepas bubar malam ini. Beliau akan memberikan ceramah yang bertema 'Amanat Penting PRU13 - Tipu Pilihanraya Turun Padang' di Taman Melewar malam ini mulai jam sembilan malam. Turut serta bersama beliau malam ini adalah Haji Mohamad Nor (Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan), Maria Chin Abdullah (Aktivis Bersih) dan Hishamudin Rais (Aktivis Bersih). Ceramah ini dianjurkan oleh PAS Kawasan Bukit Bintang. Harakahdaily/- |
Mesin ATM dipecah, RM300,000 lesap Posted: 03 Apr 2013 01:15 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Sekumpulan penjenayah dipercayai Geng Oxy bukan sahaja memecah masuk kedai pengurup wang dalam bangunan di Jalan Medan Pasar, di sini, malah turut memecah dua mesin pengeluaran tunai (ATM) dan deposit tunai (CDM) premis, sebelum melarikan wang berjumlah kira-kira RM300,000. Kejadian itu dipercayai berlaku awal pagi semalam, namun hanya disedari penyelia bangunan terbabit pada jam 7.45 pagi. Penyelia bangunan berusia 39 tahun itu, kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pemeriksaan menemui satu lubang pada dinding kedai pengurup wang tersebut. Beliau berkata, kumpulan penjenayah itu mungkin menggunakan tukul besi untuk memecahkan dinding, sebelum masuk ke dalam kedai. "Dua mesin iaitu mesin ATM dan CDM yang terdapat dalam premis turut dipecah menggunakan gas oxy-acetylene. "Wang tunai berjumlah RM300,000 dari dua mesin itu lesap dilarikan penjenayah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam. Menurutnya, berdasarkan modus operandi digunakan, polis tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan Geng Oxy. Sementara itu, dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis. Menurutnya, berdasarkan rakaman itu terdapat dua individu berada berhampiran dengan dua buah mesin tersebut. "Usaha mengesan penjenayah terlibat giat dijalankan," katanya. sinar/- |
Saya persiap jentera terbaik - Azizan Posted: 03 Apr 2013 01:11 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak berkata, beliau telah mempersiapkan jentera terbaik untuk PAS di negeri ini dalam menghadapi pilihan raya akan datang ini. "Saya telah menyiapkan jentera PAS Kedah sejak lima tahun lalu, selepas kita berjaya menerajui kerajaan negeri pada tahun 2008. "Sama ada saya bertanding atau tidak, saya adalah Pesuruhjaya PAS Kedah, itu kewajipan saya untuk memastikan PAS Kedah menang (dalam PRU13). "Selepas menang lagi nanti, saya serahkan kepada PAS Pusat untuk melantik siapa (Menteri Besar). Selaku Pesuruhjaya, saya harus menjalankan tugas yang diamanahkan tanpa menunggu hingga dipilih sebagai calon untuk memulakan kerja (pilihan raya). Ini amanah saya dengan jemaah (PAS)," kata beliau. Azizan berkata demikian dalam wawancara khas para wartawan Harakah dengan beliau baru-baru ini. HARAKAHDAILY/- |
SAMM: Wajah sugul Najib bubar Parlimen beri bayangan hilang kuasa Posted: 03 Apr 2013 01:05 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Najib Razak membubarkan parlimen hari ini dalam keadaan sedih dan dukacita. Apakah yang sebenarnya berlaku? Mengapa tidak ada keceriaan langsung sedangkan membubarkan parlimen itu wajar menjadi satu kepuasan? Di sebalik Najib memerlukan lebih masa tambahan, ingin menunaikan umrah dan melaksanakan 'rasuah-rasuah' pembelian undi seterusnya, ketika yang sama Timbalan Perdana Menteri memberi tekanan supaya parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU dalam bulan ini juga, bukan bulan Mei seperti dijangka. Apakah kesugulan ini memberi gambaran awal betapa sebuah empayar yang memerintah negara selama 57 tahun akan berakhir? Sudahlah dengan wajah sugul, Najib tersasul pula menyebut pembubaran pada tarikh 3 April tahun 2012 daripada sepatutnya tahun 2013. Kesedihan Najib Razak gagal disembunyikan, mengambil kira kemungkinan besar dirinya akan menjadi Perdana Menteri dari Umno yang terakhir dalam sejarah peradaban negara. Jika ini benar menjadi kenyataan maka ia adalah sebuah kemenangan rakyat, kerana perlawanan PRU-13 adalah perebutan kuasa di antara elit pemerintah dan juga rakyat marhein. Rakyat cuba dibeli semahunya. Sepanjang menunggu hari pembubaran, puluhan bilion diumumkan oleh Najib Razak untuk dihabiskan demi rakyat kononnya ia adalah pemberian parti Barisan Nasional. Tetapi ia berlaku ketika hayat pemerintahan Umno dan Barisan Nasional dipenghujungnya, tidak pernah berlaku sejak 57 tahun lalu. Jikapun berlaku, hanya sebulan sebelum parlimen dibubar dan ia dinamakan gula-gula pilihanraya. Walaubagaimanapun, rakyat bukan lagi budak-budak. Rakyat hari ini telah matang dan dewasa, tidak termakan umpan berupa gula-gula pilihan raya. Kejahatan pemerintah tidak dapat disorokkan lagi dengan pemberian penuh extravaganza semata-mata. Bagi rakyat, apa yang diberi adalah tanggungjawab yang selama ini telah tidak dilaksanakan malah seharusnya ia tidak cukup. Justeru itu, kesedihan yang terpacar di wajah Najib Razak ketika membubarkan parlimen sebentar tadi ada asasnya. Najib menyedari kegagalan demi kegagalan berlaku walaupun telah berhabisan 'menjual negara' melalui defesit kewangan yang melampau di era pentadbirannya. Antara cubaan terakhir untuk Najib untuk mengembalikan sokongan ialah dengan menjadi hero di Lahad Datu. Cubaan ini juga sangat gagal apabila kasualti nyawa sepatutnya boleh dielak jika isu pencerobohan Lahad Datu dikendali dengan tegas dan bijak. Najib cuba menjadikan peristiwa Margeret Thacther merebut kepulauan Falkland sebagai rujukan tetapi tetap menemui jalan gagal. Apalagi yang tinggal? Hasrat untuk lewatkan pembubaran hingga ke maksima juga tidak berjaya setelah ditekan oleh Muhyiddin Yassin yang dilihat lebih mengutamakan 'maruah'. Mungkin Muhyiddin merasakan kekalahan itu tidak dapat dibendung maka lawanlah dengan saki-baki maruah yang ada. Lagipun, Muhyiddin tidak akan dihukum gantung jika Barisan Nasional tumbang pada PRU-13. Tanggal 3 April 2013 adalah satu permulaan sejarah, menghampiri sekuel tsunami politik yang akan berlaku dalam masa 60 hari dari tarikh hari ini. Inilah permulaan yang dinanti dengan sabar oleh rakyat, akhirnya tiba juga hari ini. Sesungguhnya, rakyat tidak sabar untuk pembaharuan yang sudah lama ditunggu-tunggu, lima kali 8 Mac itu bagaikan terlalu lama. Rakyat tidak sabar untuk sesuatu yang baru atau lebih spesifik – kerajaan rakyat yang baru. Dengan pembubaran parlimen ini, ayuh kita pastikan tanahair dapat diselamatkan kali ini, hanya kali ini. It's now or never. Percayalah, rakyat akan menang dan tidak akan menanggung azab untuk lima tahun atau 10 tahun atau 50 tahun lagi. Perubahan akan berlaku di umur kita, dan wajah sugul Najib ketika bubarkan parlimen akan tetap menjadi ingatan. Edy Noor Reduan Aktivis Blogger Solidariti Anak Muda Malaysia |
PRU13: PAS jangka hari mengundi 27 April Posted: 03 Apr 2013 12:56 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS menjangkakan tarikh pembuangan undi pilihan raya umum ke-13 pada 27 April, manakala 13 April sebagai tarikh penamaan calon. Justeru, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli menggesa semua jentera parti di setiap peringkat menggunakan tarikh tersebut bagi memandu gerak kerja. Tambah beliau, biarpun PAS sudah lama bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum, dengan tarikh jangkaan ini diharapkan jentera parti akan lebih giat dlakukan. "Tarikh-tarikh ini boleh jadi mungkin akan berubah. Tetapi, sehingga kini, saya seru semua jentera agar bergerak berpandukan tarikh ini," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Dalam pada itu, Dr. Hatta berkata PAS akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada PRU13 ini sebelum tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau percaya, akan ada pengumuman awal bagi calon-calon yang diputuskan, yang dilihat boleh membawa impak positif kepada kempen Pakatan Rakyat. PAS Perlis merupakan negeri pertama yang mengumumkan bakal calon yang akan bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun). Pengumuman itu dibuat kira-kira 15 minit sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen, pada 11.35 pagi tadi. HARAKAHDAILY/- |
Pelajar Pondok Nafi Laporan Utusan Kononnya Beliau Sertai UMNO Posted: 03 Apr 2013 12:55 AM PDT |
Warga emas rayu JKM lulus bantuan Posted: 03 Apr 2013 12:43 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - ROMPIN - Seorang warga emas yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi hidup serba kedaifan selepas kematian suaminya kira-kira tujuh tahun lalu. Esah Shaari, 65, berkata, dia terpaksa bergantung harap dengan bantuan anak-anak bagi menampung kos perbelanjaan barangan dapur dan ubat-ubatan. Menurutnya, dia pernah tiga kali memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi malangnya ditolak. "Permohonan kepada JKM sudah dibuat tetapi ditolak atas alasan saya mempunyai anak yang boleh membantu menampung kos hidup," katanya kepada Sinar Harian. Esah yang mempunyai empat anak berkata, selain menghidap kencing manis dan darah tinggi, dia juga mengalami ketar-ketar pada kedua belah tangan. "Hendak buat kerja pun sudah tidak larat kerana tangan ketar-ketar tanpa henti melainkan ketika waktu tidur sahaja," katanya. Esah yang tinggal bersama anak bongsunya berkata, dengan adanya bantuan JKM, dia dapat mengurangkan beban ditanggung menantunya yang hanya bekerja sebagai pemandu lori ikan. "Kalau ada bantuan bulanan JKM, bolehlah saya membantu membayar air dan elektrik yang tertunggak sejak dua bulan lalu," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Setajam, Muhamad Aw. Kechik berkata, pihaknya sudah menghantar surat sokongan kepada JKM Rompin berhubung permohonan warga emas itu. "Saya akui pemohon memang hidup susah dan berharap JKM dapat memberi pertimbangan dan meneliti sewajarnya permohonan yang dibuat penduduk terbabit," katanya. SINAR/- |
Abim ajak tolak politik samseng, fitnah dan lucah Posted: 03 Apr 2013 12:37 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendesak dengan tegas agar sebarang amalan politik negatif seperti budaya politik samseng, fitnah dan lucah serta pendekatan politik londeh-melondeh ditolak sama sekali oleh parti-parti politik yang bertanding, para penyokong dan rakyat keseluruhannya. "Marilah kita bersama-sama mengamalkan politik bermaruah sebagai landasan terbaik menjayakan pemilihan pemimpin untuk menerajui tanahair tercinta," kata presidennya, Amidi Datuk Abdul Manan. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini. Dalam kenyataan itu, Abim juga mengharapkan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) ini bakal diadakan dengan penuh telus, teratur dan demokratik serta terhindar dari sebarang insiden negatif yang memalukan pengamalan demokrasi di negara ini. Justeru, Abim menyeru agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memainkan peranannya bukan secara efektif dan berkesan mengikut tatacara pilihanraya, bahkan yang terlebih penting ialah memastikan kredibiliti dan integriti SPR itu sendiri tidak diragui sepanjang pengendalian pilihanraya akan datang. Abim, kata Amidi turut berharap agar badan-badan pemerhati dan pemantau pilihanraya yang terdiri daripada pertubuhan masyarakat sivil dapat memainkan peranan penting sebagai badan pemantau dan pengimbang (check and balance) dalam memastikan kelancaran PRU 13. Abim membuat kenyataan ini ekoran pengisytiharan pembubaran Parlimen oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi. Abim, katanya, menilai pengumuman pembubaran tersebut sebagai langkah penting ke arah perkembangan demokrasi yang sihat di negara ini. Pembubaran yang dibuat sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya pada 28 April 2013 ini amat penting demi memastikan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang selaku asas sistem pemerintahan raja berperlembagaan di negara ini tetap terpelihara. "Sesungguhnya pengumuman pembubaran parlimen ini telah meredakan teka-teki dan kekeliruan di kalangan rakyat sejak sekian lama, khususnya selepas Dewan Undangan Negeri Sembilan terbubar pada 28 Mac yang lalu," katanya. Ini ekoran kemungkinan terbubarnya beberapa DUN yang lain andainya pengumuman pembubaran Parlimen ini tidak dilakukan segera. Ini memandangkan pilihanraya ini paling dinanti-nantikan serta bakal disorot dengan penuh minat oleh pelbagai pihak dari dalam dan luar negara. HARAKAHDAILY/- |
Tanah diteroka: Orang Asli cabar Umno bawa ke mahkamah Posted: 03 Apr 2013 12:22 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli di Kuala Betis mencabar para pemimpin Umno dan macai mereka membuat dakwaan di mahkamah jika benar dakwaan mereka tanah Orang Asli dicerobohi. "Saya cabar pihak berkenaan bawa kes itu ke mahkamah kalau benar-benar tanah milik Orang Asal diceroboh bagi pembangunan ladang," kata Pandak Panjang, penduduk Orang Asli di Kuala Betis. Sehingga sekarang, katanya, tiada tanah yang dimiliki penduduk Orang Asal dibangunkan ladang oleh mana-mana pihak. Beliau meluahkan rasa kecewa apabila pihak luar termasuk peguam yang datang ke penempatan mereka untuk melemparkan tuduhan tidak berasas kepada kerajaan negeri. HARAKAHDAILY/- |
Masalah Bekalan Air Masih Berlaku di Kampung Lusut Jaya 3 Posted: 03 Apr 2013 12:21 AM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - LAMBIR - Kampung Lusut Jaya 3 terletak dalam parlimen Sibuti, kebanyakan penduduknya adalah bumiputera dari suku kaum Ulu, Kenyah, Kayan, Iban dan terdapat juga keluarga Melayu. Baru-baru ini PAS Miri buat lawatan bersama Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu untuk meninjau keadaan kehidupan penduduk Kampung Lusut Jaya 3 yang mengalami masalah bekalan air yang sering kali terputus. Menurut salah seorang penduduk di situ yang dikenali sebagai Jimbai ak Sigi, mereka terpaksa mengunakan air tadahan hujan dari tangki yang mereka beli sendiri untuk mendapatkan air bersih sebab air paip tidak dapat digunakan sama sekali walaupun meter air sudah dipasang. Loji Perawatan Air LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara) di Lambir hanya beberapa kilometer saja dari tempat kediaman mereka tapi tekanan air amat rendah sehingga menyebabkan air tidak keluar dari pili air dan yang keluar hanya tekanan angin. Mereka sudah lama memohon bekalan air bersih sejak tahun 2008 dan sebelum itu mereka juga pernah menyuarakan masalah yang sama kepada pihak yang berkenaan tetapi sehingga kini masalah bekalan air bersih masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Walaupun air dari pili tidak keluar, mereka terpaksa membayar bil air setiap bulan RM5 untuk meter air paip tersebut. Mereka merasa rugi kerana terpaksa membayar meter air yang tidak berfungsi serta tiada perkhidmatan yang diberi dan mereka juga amat kecewa dengan sikap pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan bekalan air yang tidak menghiraukan masalah mereka selama ini. Ada juga dikalangan mereka terpaksa mengunakan air tadahan hujan dalam kolam untuk kegunaan harian tetapi apabila musim kemarau, air takungan dalam kolam akan kering dan sudah tentu ini akan menyukarkan mereka untuk mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian. Lagi pun air takungan dalam kolam tidak begitu sesuai untuk membersihkan bahan makanan dan juga tidak selamat untuk diminum, dan ianya paling sesuai untuk pembiakan nyamuk Aedes terutama sekali selepas musim hujan. Antara masalah lain masih ramai lagi penduduk kampung Lusut Jaya yang belum mendapat bantuan tangki air 1Malaysia seperti yang dijanjikan oleh pihak kerajaan BN. Mereka amat memerlukan tangki tersebut untuk menadah air hujan untuk kegunaan semasa musim kemarau atau ketika bekalan air terputus. Kita mengesa pihak LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara), dan pihak yang berkaitan agar segera mengatasi masalah ini dari berpanjangan. Perkara ini sudah pun dilaporkan sebelum ini tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan diambil untuk mengatasi masalah ini. Kerjasama dengan semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan masalah kampung Lusut Jaya 3 ini amat dihargai. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak |
UMUM CALON PRU: PR SUDAH SEDIA Posted: 03 Apr 2013 12:09 AM PDT Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat fenomena keberanian PAS / Pakatan Rakyat (PR) untuk mengisytiharkan calon-calon lebih awal membuktikan Parti dalam PR benar-benar sudah mengatakan kesediaan dan keutuhan kesatuan menjelangnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 yang masih belum diumumkan tarikhnya sehingga kini. Walau bagaimanapun, PR telah melangkah kehadapan selangkah daripada Umno / Barisan Nasional (BN) yang masih belum memuktamadkan calon-calon mereka. Kompetensi calon-calon PR yang telah diumumkan membolahkan rakyat menilai akan kemampuan calon-calon tersebut termasuk atas penilaian perkhidmatan yang telah diberikan serta memperjuangkan isu-isu sedia ada. Ianya juga memperlihatkan dan membuktikan bahawa PR berpandangan jauh dalam memastikan kehendak rakyat bagi memilih wakil mereka dipertimbang sewalnya. Sikap integriti dan bersih sudah tentu menjadi asas utama semua calon-calon PR bagi menggalas tanggungjawab dan amanah yang akan diberikan oleh rakyat kelak. Akhirnya, kami tampil menyokong usaha semua Parti di dalam PR agar segera mengumumkan calon-calon bagi membolehkan rakyat dekat dan mudah bersama sebelum PRU ini nanti. Ianya juga satu peluang dan ruang bagi calon-calon PR bergerak bertemu dengan semua peringkat masyarakat agar memudahkan hubungan dengan mereka nanti. Kami rakamkan ucapan tahniah kepada semua kepimpinan PR yang membuktikan bahawa PR sudah bersedia mengambil alih Putrajaya dengan satu contoh yang tidak mampu ditunjukkan oleh BN kerana kelemahan mereka. Kami juga mencabar Umno / BN untuk mengumumkan calon-calon mereka sebelum pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membuktikan mereka benar-benar bersedia untuk mempertahankan kerajaan mereka di Pusat dan negeri-negeri. Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir umpamanya sehingga hari ini dilihat buntu dan kesah apabila calon-calon PR di Perak telah mula turun ke medan berbanding Umno / BN yang masih tidak ada keputusan kerana ketiadaan calon-calon yang berkaliber dan bersih. DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. |
PAS alu-alukan jaminan peralihan kuasa aman Posted: 02 Apr 2013 11:55 PM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa peralihan kuasa akan berlangsung dengan aman damai selepas pilihanraya umum ke 13. "Pihak PAS juga memberi jaminan bahawa peralihan kuasa ini akan berlangsung dengan penuh aman damai," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini. Kenyataan itu adalah sebagai reaksi balas kepada jaminan Najib ketika mengumumkan pembubaran parlimen pada pukul 11.35 pagi tadi. Tuan Ibrahim juga seluruh jentera dan petugas parti agar meningkatkan gerak-kerja bagi memastikan Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU13 kali ini Selain itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata rakyat tidak akan dibiarkan dalam keadaan rimas selama 2 tahun untuk mengetahui tarikh pilihanraya seperti yang berlaku kini. "PAS bersama Pakatan Rakyat berjanji akan mengumumkan tarikh pilihanraya setahun lebih awal apabila kami diberi mandat memerintah negara selepas PRU13 nanti," tegas Tuan Ibrahim. Sementara itu, pelbagai pihak tertanya-tanya, apa perlunya Najib membuat kenyataan peralihan kuasa akan berlaku secara aman itu. "Ini menunjukkan Najib sendiri terpaksa menjawab bahawa akan ada kemungkinan berlakunya peralihan kuasa selepas pilihan raya ke 13 ini," kata mereka. HARAKAHDAILY/- |
Posted: 02 Apr 2013 11:45 PM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Dalam Berita TV3 ucapan Najib Tun Razak di Masjid Sri Petaling. Beliau begitu lantang memperkatakan tentang menjaga Islam, mempertahankan syriat dan menjaga kalimah suci. Saya pening kerana: 1. Adakah Syariat Islam telah dilaksana di Malaysia? Jika ada mana dia? : a. Undang-undang hudud qisas, takzir dan hisbah kat mana? b. Sistem ekonomi Islam, ihya' mawat, Iqta, haram riba, tiada penswastaan harta awam, cukai hanya daripada orang kaya untuk orang miskin dll, kat mana? c. Isu kalimah Allah bukankah ianya bermula drpd KDN benarkan cetak bible dalam Bahasa Melayu? Yg benarkan ialah KDN yang diterajui umno yang mana presidennya ialah Najib Tun Razak. Sampai hari ini saya masih belum dengar dari Najib: "Kami umno bertegas bahawa penggunaan kalimah Allah dalam bible versi BM adalah salah dan tidak dibenarkan. Tapi yang ada buat statement penegasan ini ialah PAS via Syura statement. 2. Dia bercakap seolah Islam sudah sedia dilaksanakan di Malaysia. Sebab tu saya bertanya di atas, mana!!!! Kalau tidak ada dan jika Najib bercakap seolah-olah ada, bermakna dia berbohong dan lebih dahsyat sanggup menjadikan agama dan syariatnya sebagai bahan kempen. Oleh : Ustaz Zaharuddin Muhammad, Ahli Majlis Syura Ulamak PAS |
Posted: 02 Apr 2013 10:30 PM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - JERANTUT - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab melapah tapir mati di Kampung Ulu Cheka, dekat sini. Pengarahnya, Khairiah Mohd Shariff berkata, Perhilitan sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pihak terbabit yang telah melapah tapir berkenaan yang dipercayai mati dilanggar sebuah motosikal EX5 kira-kira jam 3 pagi . Menurutnya, tapir haiwan hampir pupus yang dilindungi dan masyarakat bertanggungjawab melindunginya untuk tatapan generasi masa depan. "Kami kini menjejaki mereka dan siasatan dijalankan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta 716. "Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. Beliau berkata, orang ramai yang menemui haiwan dilindungi sepenuhnya dilarang mengambil atau menyimpan mana-mana bahagian tanpa permit sebaliknya perlu menghubungi Perhilitan berdekatan untuk tindakan lanjut. "Saya menggesa orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai perkara ini menghubungi pejabat Perhilitan berhampiran bagi membantu siasatan. "Kerjasama orang ramai sangat diperlukan dalam usaha memastikan binatang yang dilindungi terus hidup dalam habitat asalnya," katanya. sinar/- |
Parlimen Tambun: Melawat bilik hotel Menteri Kewangan Kedua Posted: 02 Apr 2013 10:29 PM PDT 22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - "INI bilik favorate Datuk Seri Ahmad Husni," kata pelayan tetamu hotel Kinta Riverview, sebuah hotel yang baru setahun lebih beroperasi di bandaraya Ipoh. Pelayan itu memberitahu penulis apabila masuk ke bilik 806, di hotel yang terletak bersebelahan dengan pusat tumpuan remaja untuk melepak pada waktu malam di bandaraya itu. Bilik yang selalu diduduki Menteri Kewangan Kedua itu adalah 807. Bilik itu berkembar dengan bilik 806 yang diduduki penulis. Apa yang menarik sangat dengan bilik itu sehingga menjadi bilik tempahan tidak diketahui tetapi itulah tempat anggota Parlimen Tambun itu menginap. Yang pasti bilik yang menyimpan pelbagai jenis rahsia itu mengadap Bangunan Perak Darul Ridwan, pusat pentadbiran negeri Perak. Tingkap bilik itu juga mengadap bangunan Majlis Agama Islam Perak. Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah telah merasmikan hotel yang mempunyai menara berkembar itu lebih setahun lalu. Nama Husni adalah salah satu dari tiga nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Datuk Seri Dr Zambry Kadir sebagai MB Perak. (Keputusan pilihan raya 2008 untuk Parlimen Tambun) Dua nama lagi adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno dan Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. "Kita semua tidak tahu sebenarnya apakah ada sungguh ura-ura itu tetapi cara para pemimpin BN menafikan perkara ini menambahkan rasa ingin tahu kita," kata Haji Asmuni Awi, Pengarah Pilihan raya PAS Perak. Ahmad Zahid dan Nazri telah membuat kenyataan terbuka tidak ada sebarang perebutan jawatan MB di Perak. Padahal sebelum itu tidak ada laporan yang jelas tentang adanya perebutan itu. Haji Asmuni (gambar bawah kiri) adalah anak jati kampung Gugusan Manjoi yang terletak di bawah DUN Manjoi, salah satu DUN di bawah Parlimen Tambun yang kini diwakili Husni. Selain Manjoi, Hulu Kinta adalah satu lagi DUN di bawah Parlimen Tambun. Haji Asmuni yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat disebut-sebut akan bertanding di DUN Manjoi dalam pilihan raya kali ini. PKR pula akan meletakkan wakil-wakil mereka di Parlimen Tambun dan juga DUN Hulu Kinta. "Kalau jadilah, ini pertama kali saya bertanding di kampung saya sendiri kerana selama ini saya bertanding di Kuala Kangsar," kata Asmuni ketika ditemui Harakahdaily baru-baru ini. Beliau bertanding di Kuala Kangsar kerana bandar diraja itu adalah tempat beliau praktis sebagai peguam dan juga hakim sebelum ini. Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail (gambar kanan) disebut-sebut bakal bertanding melawan Husni di Parlimen Tambun. Dalam pilihan raya umum lalu, Husni menang di Parlimen Tambun apabila mengalahkan calon PKR, Mohamad Asri Osman dengan majoriti 5,386 undi. Calon PAS, Zulkurnaini Ibrahim pula kalah di DUN Manjoi kepada calon BN, Datuk Nadzri Ismail dengan majoriti 348 undi sahaja. Jika Nadzi bertanding lagi dalam pilihan raya kali ini, ia adalah penggal kelima untuk beliau selepas menang empat penggal sebelum ini. Kawasan utama di bawah DUN Manjoi adalah perkampungan Gugusan Manjoi yang dikira antara penempatan Melayu terbesar di tengah kota di negara ini. Dalam pilihan raya 2008, pengundi Melayu adalah 65.79 peratus dari jumlah 36,036 pengundi DUN Manjoi keseluruhannya. Cina 24.97 peratus manakala India 9.06 peratus dan lain-lain 0.17 peratus di DUN Manjoi ini. Kini Harakahdaily diberitahu, jumlah pengundi DUN Manjoi sudah meningkat kepada kira-kira 46,000 iaitu peningkatan 10,000 pengundi baru berbanding pilihan raya 2008 lalu. "Saya tidak nampak sebarang salah laku dalam penambahan undi di sini kerana kawasan ini kawasan pembangunan yang pesat yang menyebabkan peningkatan undi 10,000 adalah boleh diterima," kata Asmuni. Walau membangun dengan pesat, Asmuni sebagai anak jati Manjoi tidak berpuashati dengan apa yang berlaku. Ini kerana, banyak berlaku pembangunan pincang di sini yang tidak mengambil kira kepentingan dan keperluan penduduk tempatan. "Kami tidak perlukan Mydin (gambar kanan) di sini. Ini kerana bandaraya Ipoh dekat, kami boleh pergi ke sana untuk ke supermarket besar," kata Asmuni. Pembukaan pasaraya Mydin di Manjoi telah menyebabkan kedai-kedai dan pasar milik penduduk tempatan yang kebanyakannya Melayu menjadi lumpuh. Lawatan Harakahdaily ke Pasar Manjoi membuktikan apa yang disebut Asmuni benar. Pasar itu dikunjungi beberapa kerat pengunjung sahaja manakala bangku-bangku pasar terbiar kosong tanpa penjual. "Inilah kesannya apabila mereka buka Mydin di sini," kata Asmuni kepada Harakahdaily sambil menunjukkan keadaan pasar yang lengang (gambar kiri) itu tanpa penjual dan pembeli itu. Keperluan utama rakyat di sini iaitu klinik yang baik juga terabai. Di sini hanya ada sebuah klinik usang yang tidak mempunyai seorang pun doktor tetap. Yang ada hanya doktor pelawat yang datang pada hari-hari tertentu sahaja. Pendekata, Manjoi memerlukan seorang yang benar-benar faham apa yang diperlukan rakyat kawasan ini. Dan PAS mencadangkan satu nama iaitu Asmuni Awi untuk rakyat di sini, bagi mewakili mereka. |
Polis Kathmandu lancar kempen tangkap lembu Posted: 02 Apr 2013 10:20 PM PDT KATHMANDU - Polis di sini melancarkan kempen untuk menangkap lembu-lembu yang berkeliaran di jalan raya. Haiwan-haiwan itu dipersalahkan kerana berlaku kemalangan dan kesesakan jalan raya. "Kita menyaksikan kesesakan jalan raya berlaku kerana pemandu kenderaan cuba mengelak lembu-lembu tersebut," kata seorang jurucakap Polis Metropolitan Kathmandu, Pawan Giri. Menurutnya, kemalangan kerap berlaku semasa para pemandu cuba untuk mengelak lembu tersebut. Beliau berkata, lembu-lembu itu akan ditahan sehingga pemiliknya membayar denda sebanyak AS$60 (RM185.28). Lembu dianggap sebagai haiwan suci oleh penduduk beragama Hindu di Nepal. - AFP |
Posted: 02 Apr 2013 10:18 PM PDT BANGKOK - Haiwan-haiwan di Zoo Dusit di sini diberikan ais bagi tujuan untuk menyejukkan badan ekoran cuaca panas. Pelbagai gelagat yang melucukan dapat disaksikan oleh para pengunjung ketika haiwan tersebut menjilat dan bermain dengan ais pelbagai warna. Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan suhu panas di bandar raya ini mencecah antara 38 hingga 40 darjah Celsius. - Agensi |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan